Wednesday, June 12, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 32 (akhir)

SELESAI menemani mak ngah membungkus nasi lemak dinihari itu, aku terus panjat tangga hendak ke bilik.  Sayup-sayup kedengaran suara azan melaungkan kebesaran Allah yang esa.  Mengajak kita bersama-sama menunaikan solat Subuh dan mengabdikan diri pada-NYA. 

“Mak ngah nak ke surau, Naina.  Kamu berdua jelah solat jemaah,” laung mak ngah daripada dapur. 
Aku hanya mengiyakan saja dan terus tangan aku singgah pada pintu kayu dan menolakknya perlahan.  Sekujur tubuh yang terbaring di atas katil dengan helaan nafas tenang itu aku hampiri. 
Bebayang cahaya daripada luar membantu penglihatan aku untuk terus merenung dia. 
Dia, ya dia… hanya dia lelaki yang ingin aku cinta.  Bukan lelaki yang aku ingin sakit hatinya.  Dia adalah peluang kedua untuk aku.  Dia adalah lelaki yang kekal menjadi seseorang yang aku cinta, buat selamanya. 



TUBUH AKU hampir melurut jatuh melihatkan wayar yang berselirat pada tubuh dan empunya wajah yang cukup aku kenal.  Tiada gerakan biarpun sedikit.  Namun, aku tahu dia masih bernafas.  Airmata aku mengalir lagi.  Jatuh berderai ke pipi tanpa aku pedulikan Amar yang sedang memerhati. 
“Lepas you pitam tempoh hari akibat kehilangan darah, paramedik sampai.  I dengan Tuan Radzi bawa you ke hospital berdekataan sebab kami lebih bimbangkan you daripada segalanya.  Bila you lepas tahap  kritikal dan keadaan you kembali stabil, I dikhabarkan, Nine telah diselamatkan biarpun masa tu denyutan nadi dia sangat lemah dan dia perlukan sokongan mesin untuk terus bernafas,” cerita Amar pada aku.
“Tapi, kenapa you tak cerita awal-awal pada I?”  Aku menyoal dalam esakan. 
Amar papah aku duduk di kerusi di depan bilik khas yang menempatkan Nine. 
“Maaf, Naina… I terpaksa.  Emosi you tak stabil masa tu.  Hari ni, bila I rasa you dah kuat baru I ajak you datang sini.  Tengok Nine.  Dia pun dah okey.  Cuma tunggu waktu dia sedarkan diri je.  Cumanya, dengar kata sebelah buah pinggan Nine rosak teruk kesan tembakan tu.  Satu lagi hampir mengenai jantung tapi syukurlah tak…  Allah sayangkan kita semua,” sambung Amar bercerita tentang apa  yang terjadi sepanjang aku tidak sedarkan diri.
Aku panjangkan leher menjenguk ke dalam cermin.  Aku rasa lena Nine sangat tenang.  Dada dia nampak sedikit berombak dan bibir aku menguntum senyum tanpa dipaksa biarpun wajah masih basah dengan airmata.
“Hari ni, pertama kali I nampak senyuman manis tu pada wajah you, Naina… tapi sayang bukan untuk I.”  Amar berbicara lebih pada diri sendiri.
Cepat-cepat aku pandang Amar.  Mengerti dengan perasaan dia, aku hanya mampu menzahirkan maaf. 
“Maaf, Amar…”  Bicara aku mati.  Jika tiada Nine juga, tak mungkin hati aku memilih dia.  Tak mungkin aku paksa. 
“Tak apa, Naina… I faham.  Soal hati payah nak mengerti.  Apa pun jadi, I nak jadi kawan you dan Nine sampai bila-bila.  Soal perletakan jawatan you tu…”  Kata-kata Amar terhenti.  Kami saling berbalas pandang.
“I memang nak berhenti kerja, Amar.  You tolong eh?”  pinta aku.
Ya, ini janji aku dengan Nine dulu.  Jika tiada dia pun aku yakin hendak berlalu daripada  jawatan aku sekarang apatah lagi bila aku temui yang Nine masih diizinkan bersama aku di muka bumi ini.
Amar menceberkan bibir.  Nampak sedih.  “Kalau itu yang you inginkan, I tolong bagi resign letter you ni pada Tuan Radzi dan berkenaan dengan kesalahan Nine, Tuan Radzi dah buat keputusan untuk buat rayuan pada mahkamah tinggi yang dia telah bantu polis dan akan jadi saksi utama nanti…” 
Aku angguk dan buat pertama kalinya, aku hadiahkan Amar satu senyuman manis yang tak pernah aku ukir pada dia.  Tiada apa lagi yang menggembirakan daripada berita ini.  Tentang kesihatan Nine, aku yakin aku mampu jaga dia sebaik mungkin.
“Terima kasih, Naina…”  Wajah Amar suram dalam senyuman. 
“Terima kasih untuk you kembali, Amar…”  Setelah itu, aku pandang Nine tak lepas dan aku tak rasa aku mampu meninggalkan dia lagi.


“SAYANG?” 
Pipi aku terasa hangat disentuh telapak tangan suam milik Nine.  Dia bangkit dan duduk bersila sambil menarik tangan aku ke dadanya. 
“Kenapa ni?  Abang dah sedar, panggil sayang dua tiga kali, berangan je?  Tak sihat ke?”  Nine sentuh dahi aku. 
Cepat-cepat aku tepis lembut tangan dia dan membalas genggaman jari-jemarinya. 
“Naina okey je.  Nak kejut abang bangkit Subuh tapi…”  Aku sengih. 
“Berangan?” 
Aku geleng.  “Teringat perkara lama.  Teringat abang koma dekat hospital.  Teringat waktu abang sedar.  Teringat bila kita dinikahkan.  Teringat semuanya lebih-lebih lagi masa Naina sedar je dengan hakikat abang mungkin dah tak ada.  Teringat arwah ibu dan ayah…”
“Teringat macam mana Naina cintakan abang,” sambung Nine menyampuk.
Aku ketap bibir.  Hati terasa ngilu lagi.  Aku selak baju T putih yang tersarung pada tubuh sasanya yang aku kira sedikit susut kini.  Parut itu masih jelas.  Kesan peluru itu masih jelas kelihatan. 
“Alhamdulillah, abang ada dengan Naina sekarang,” ucap aku lirih.
Nine angguk.  Terus ditarik tubuh aku ke dalam pelukan dia.  Dibelainya rambut aku yang sudah mencecah belakang.  Dikucupnya lembut menjadikan dinihari ini terlalu hening dan sepi.
“Syukur pada Allah, abang ada Naina menemani hari-hari abang.  Untuk itu, abang nak merayu pada Naina, jangan ingat lagi yang sedih-sedih tu.  Abang ada je ni.  Abang tak ke mana.  Dulu pun ingat dah tak mampu nak jumpa Naina tapi Allah maha kuasa.  Kita siapa nak menolak takdir.  Anggap jelah itu mimpi ngeri.  Lagipun Naina dah tak kerja macam tu lagi, kan?  Tak apalah, kita jalan bisnes kecil-kecil dulu.  Nanti dah besar, dah senang sikit…adalah tu rezeki Allah bagi,” ujar Nine optimis. 
Kepala aku jatuh ke dada Nine.  Setiap helaan nafas dia, setiap degupan jantung dia semuanya milik aku kini.  Dekat dengan hati dan jiwa aku.  Aku belit tubuh Nine erat. 
“Naina sayangkan abang…”
“Abang pun.  Sejak pertama kali nampak Naina, abang dah tahu abang jatuh cinta dan hidup abang bakal terumbang-ambing…”
“Hah?”  Aku angkat tubuh dan meleraikan pelukan cepat-cepat bila Nine berkata demikian.
“Apa maksud tu?  Sebab Naina hidup abang huru-hara?” 
Dia angguk dalam senyuman seorang lelaki yang baru jaga daripada lena dengan rambut yang agak berserabai. Menenangkan pandangan mata.
“Sebab abang yakin masa tu, kita tak ada jodoh.  Abang akan hilang Naina satu hari nanti dan masa tu hidup abang akan jadi tak terurus dah.  Betul macam tu tapi Naina dah kembali semula biarpun agak lambat, abang tetap puas hati,” ujar Nine membetulkan apa yang aku fikirkan.
Tak sedar, aku juga mengoyak senyuman manis.  “Kita sama-sama ada parut tembakan.  Sakit, kan?  Tapi, tak sesakit bila Naina nampak abang terbaring kaku.  Tak sesakit bila Naina sedar yang Naina ni sebenarnya bukan seorang muslimah sejati buat mana-mana lelaki…”
“Tapi, Naina adalah seorang isteri yang abang sayangi.  Sekarang ni semua dah berubah.  Abang bahagia dan teruja bila Naina bertudung, nak keluar pakai baju kurung…”  Tiba-tiba Nine ketawa halus dengan pandangan mata  yang agak jengkel.
“Tiba-tiba abang teringat mula-mula kenal Naina dulu.  Berbeza dengan sekarang.  Kini semua dah tertutup dan jadi milik abang je.  Kita silap, kita betulkan dan jangan ulangi silap tu lagi.  Abang pendosa, Naina juga… mungkin.  Tapi, bila Allah beri peluang kedua, kenapa nak tunggu peluang ketiga, kan?  Abang bahagia macam ni.  Seadanya kita.  Cukup makan pakai, selesa  untuk beribadat dan…”  Wajah Nine rapat ke wajah aku. 
“… untuk dapatkan zuriat.”
Kami saling berbalas pandangan.  Aku senyum tipis membalas senyuman lebar Nine.  Tangan kami saling bersulam lagi.  Aku tepuk belakang tangan dia beberapa kali.
“Terima kasih, abang sebab kembali dalam hidup Naina…”
“Alhamdulillah, Allah masih beri ruang untuk abang rasa kasih sayang isteri abang ni,” sahut Nine sambil mengelus pipi aku lembut. 
Bila saja wajah Nine kian mendekat dengan wajah aku, pintu ditolak daripada luar.  Wajah mak ngah terjengul sikit.
“Mak ngah nak keluar dah ni.  Orang dah Iqamat pun kau tak siap kejut Nine lagi, ya Naina?”  tanya mak ngah menggeleng.
Aku sengih tak bersalah bila mak ngah menyindir.  Bila dia rapatkan semula pintu, aku bangkit dan Nine melelar pergelangan tangan aku pantas. 
“Naina tahu sesuatu tak?” 
Aku menggeleng tanda tak tahu.
“Bila abang sedar daripada koma dulu, abang tak nak buka mata sebab abang tahu Naina tak ada di sisi tapi bila telinga abang dengar ada suara halus memanggil abang dan bila abang nampak Naina dah berubah… dah bertudung dan pakai baju kurung… tak pakai jaket kulit dengan rambut pendek lagi, abang hampir putus nafas… Mungkin abang dah katakan banyak kali sebelum ni tapi abang tak puas nak cakap lagi pada Naina…”  Nine berhenti berbicara.
Nafas dia dihela dalam-dalam. Dia bangkit dan menarik pinggang aku rapat pada dia. 
“… cantiknya Naina tak pernah berkurang dan kasih sayang abang pada Naina tak akan pernah hilang.  Abang adalah lelaki yang akan Naina cinta selalu, Naina adalah wanita yang akan rindui setiap waktu…”
Pelukan Nine aku leraikan.  Mata dia aku pandang dengan renungan yang teramat lembut. 
“Naina tahu tu… tak payah abang cakap, bahasa cinta abang dah buktikan segalanya.  Sekarang ni, pergi mandi.  Kita berjemaah kejap lagi eh… lepas tu Naina sudi dengar abang bermadah berpujangga sekalipun…,” suruh aku sambil menarik tuala dan aku sangkut di atas bahunya.
Nine senyum penuh makna. 



HIDUP INI perit.  Tanda dugaan hidup ini berasa tawar tanpa rasa.  Tanpa cinta hidup ini tidak kurang apa-apa selagi hati kita tegar dan tetap mencintai Allah yang esa.  Namun, fitrah dunia, kita dianugerahkan cinta. 
Peristiwa yang hampir membuatkan aku kehilangan Nine telah mengajar aku erti sebuah  kehidupan.  Aku hampir hilang dia tapi aku rapatkan hati aku pada Allah.  Aku hampir hilang dia lalu aku bawa kisah sedih aku sujud di tikar solat.  Mengabdikan diri pada Allah yang maha merencanakan segalanya. 
Kini, dia depan aku.  Mengimamkan solat dan menjadi pemimpim untuk aku menyelusuri pelbagai kisah lagi di depan hari.
“Sayang?”
Aku angkat wajah dan terus menyambut huluran tangan Nine seusai dia membacakan doa. Bibir Nine hinggap tepat ke dahi aku. 
“Okey ke ni?”  tanya dia. 
Aku angguk.  “Selama ada abang…”
“Abang pun.  Selama ada Naina.  Tiada apa lagi yang abang nak minta melainkan diberi ruang lebih sikit untuk kita terus bersama.” 
Aku buka telekung dan memasang simpuh.  Lalu aku tepuk peha sendiri meminta Nine merebahkan  kepala dia pada riba aku.
“Wahhh… selesanya…”  Mata Nine menyoroti mata aku. 
“Apa pun jadi, kekalkan abang menjadi lelaki yang Naina cinta selamanya…,” pinta Nine separuh merayu. 
Aku senyum.  Tak mampu lagi berkata-kata dan moga keselesaan ini kekal dalam kehidupan kami yang penuh kesederhaan,  mencari bekal untuk kami bersua semula akhirat kelak.
Abang adalah lelaki yang akan Naina cinta selamanya dan Naina tak akan sesekali sakiti abang… itu bisikan hati aku.  Hanya aku dan Allah yang tahu tapi aku yakin, Nine juga mengerti.  


TAMAT

RM : AMbik masa lama nak sambung (padahal tak nak sambung pada asalnya)... dan semoga masing2 puas hati.  Ada masanya perkara tu jadi kerana silap sendiri.  Usah menuding jari sebaliknya beli cermin, tilik diri dulu.  Eh tetiba pulak RM ni eh... apa2 pun terima kasih.  so, we end it here.  RM cool, kan?  hahaha. sila kata RM cool. LOL (sebab kat opis sekarang sgt sejuk)

78 comments:

  1. wahhh......thanx RM... u'r the coolest person ever ...sayang ketat2

    -sj-

    ReplyDelete
  2. Yeay.... I prefer this ending that the previous one...... Pls don't blame me.... I'm a hopeless romantic who just love happy ending... Ya-a-awww....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Should be " prefer this ending THAN the previous one". Jari terbabas... Hihihi....

      Delete
    2. me too, Im fond of a love story with happy ending.. Thanks RM for this ending :)

      Delete
    3. hehe..and me too...I like those story with many obstacles but still the ending must be happy ending..ngee :)

      Delete
  3. hari nie...bibir melakarkan senyum yg tdk putus2....bila ada 3 n3 yg memang mengubat rindu dikalbu....wah...ku sudah jatuh cinta....jatuh cinta pd semua karya RM.. saya RM....

    -sj-

    ReplyDelete
  4. super cool.. thanks!!

    ReplyDelete
  5. love story....akhirnya Nine & Naina mengecap bahagia........RM memang coolllllllll.....hahahaha

    ReplyDelete
  6. uwaaaa akhirnya..nine & naina
    tahniah RM crite yg btul2 menyentuh jiwa...
    senyummmmmm lebar akk kt cni
    bila nk dibuku kan ni...akk x sbr nk tmbah koleksi mini novel RM

    ReplyDelete
  7. marvelous! good job! like it damn much. :)

    ReplyDelete
  8. terbaik lah akak..:)..at last naina and nine together..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..thanks so much RM. sy doakan RM dipermudahkan utk selesaikan mss. and hopefully akan ada novel baru yg keluar nnt

    ReplyDelete
  10. Aduhai terbuai2 perasaan ni....TQVM RM....best sgt2

    ReplyDelete
  11. TERIMA KASIH.. LAMA DUK TUNGGU... :)

    ReplyDelete
  12. RM das beste..Liebe RM..

    ReplyDelete
  13. sayanglah rehan.... ending yg memang ditunggu... sangat best!!!

    ReplyDelete
  14. Tq RM .. akhirnya... terjawab segalanya...best sgt2

    ReplyDelete
  15. What can i say tq very much sebab sambung naskah ini..hehehe skrg dah boleh senyum lebar

    ReplyDelete
  16. Tq....tq....tq sangat sangat....awesome ending. Appreciate sangat efford RM samb cite nih utk readers sume

    ReplyDelete
  17. akhirnya.... Naina dan Nine ... bestttt.. tq RM..

    ReplyDelete
  18. cool..

    ending cmni saya suka..
    thank you so much RM

    ReplyDelete
  19. TERIMA KASIH RM COOL...!! ok tak camnih..hehh..

    ReplyDelete
  20. thank u rehan kerana menjadikan akhir citer ini sebuah kisah bahagia. yeay.

    ReplyDelete
  21. puas hati sangat-sangat!!
    thx kak RM...

    ReplyDelete
  22. akhirnya... suka sangat-sangat...

    ReplyDelete
  23. Rehan dear. A million thanks to you!!!! Truthfully, akak amat kuchewa bila Nine dgn kejamnya dimatikan.Now, sengih sampai ke telinga!!. I'm a sucker fr happy endings. Thanks again fr making us happy.....

    ReplyDelete
  24. yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy tq Rehan ..^_^

    ReplyDelete
  25. mmmmmuuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  26. hoyeah!!!!!!!!!11 i love u forever la kak RM.... :D serious :D hahahahaha happy ending :)

    ReplyDelete
  27. Tak sangka,suprise sngguh endingnya. Thousand,million like.. Happily ever after till jannah..cewah.:-)

    ReplyDelete
  28. wah..akhir nyer bersama....tq RM

    ReplyDelete
  29. cikchomel said : best!!

    ReplyDelete
  30. ending yang cool sangat, se'cool' wajah blog baru nih. comel comel comel... :)

    ReplyDelete
  31. Akak, part ending ni deep sangat. Sentap saya sekejap. Terima kasih untuk karya ini. Sungguh kalau ada orang luar sana yang buat akak 'rebah', masih ada yang sudi 'bangunkan' akak. Salam sayang. :)

    ReplyDelete
  32. SYUKRAN...:)
    hahaha...after all d tears shed....after all d heartbreak...u ended HIKC wif a wonderful ending for our beautiful couple...BUT d tears still refuse to stop... hehehe.. life is definitely not a-bed-of-roses... u win some..u lose some... :)

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah, ending yg tidak menghampakan. Masa RM wat ending terdahulu memang rasa nk marah gak, tapi bila dh dpt ending sambungan ni rasa puashati sgt-2. Thanks RM

    ReplyDelete
  34. Thanks RM...ur r cool...hehe...pernah terfikir kalau rehan buat ruangan utk mini novel plg digemari n plg krg digemari dah sah2 saya pilih mini novel ni utk yg paling x digemari sbb ending yg sedih.... tp dgn yg latest ni rsnya kene fkr btl2 .... -isma-

    ReplyDelete
  35. best best best...terima kasih akak..teruskan b`karya..

    ReplyDelete
  36. RM sgt cooollll!!!! ~nrl~

    ReplyDelete
  37. dengan ending nie senyum sorang-sorang....dengan ending yg terdahulu habis 1 roll tisu..terbaik lah kak rm...teruskan usaha..kami akan terus menyokong......

    ReplyDelete
  38. Thanks 4 da great ending!

    ReplyDelete
  39. Tg sis u sangaaaaaaaaaaaaaaattttttttttttttt cool hihihi (imah)

    ReplyDelete
  40. rmmmmmmmmm............sayang ko....nie dah kemabli..
    leganya akuuuuu...kawin jugak dorang yeee..fuhhhh..hehehehe

    wwannur

    ReplyDelete
  41. Waaaa, finally with nine not amar, lega nya amat sangat, hehe. Again, nice story from RM

    ReplyDelete
  42. hahahaha...wpun dah komen sblm nie....still juga nak komen lg (sbb baca lg skali n3 nieee....)...
    rm, u r my favourite writer...u do....love u...

    -sj-

    ReplyDelete
  43. wow! terujanya. bru lps dri sdih nangis kematian nain n kesedihan nnaina tq utk ending ni. hihi u are vry cool! cheer always!

    ReplyDelete
  44. salam RM,
    thank you...finally...love the ending :)

    -blu4sky-

    ReplyDelete
  45. tq RM... mati2 saya ingat HIUC i RM nak buat sad ending... apa pun RM tetap tip top....

    ReplyDelete
  46. TQ RM..RM mmg terbaekkk...
    ending yg membuat sy tersenyum lebar..

    ReplyDelete
  47. Alhamdullilah. Tamat sudah terima kasih sebab sambung. Comel blog baru ning.

    ReplyDelete
  48. huhu..mmg terbaik la!!
    finally naina with nine! =)

    ReplyDelete
  49. RM sgt cool! maceh sbb sambung...
    xde la emo sgt baca.. :-)

    ReplyDelete
  50. superb..tq akak..really enjoy the ending:)

    ReplyDelete
  51. suwiitt~~~..hehe..thanks kak rehan..i love all you novel and cerpen.. like it's a real life.. hahaha.. **oppsss..terlebih sudah..

    ReplyDelete
  52. Thnks for the sweet ending worth waiting for!!!!! Fr aida Perth

    ReplyDelete
  53. akhirnya nine dan naina bersatu jua....sweeeetnya.... tq RM...

    ReplyDelete
  54. akhirnya nine dan naina bersatu jua....sweeeetnya.... tq RM...

    ReplyDelete
  55. Mmmmm...tq sgt...x sesia bace smpi kol 2am...td masa baca ending 1st mcm nk meraung baca smpi kol 1:30am tp hero mati....ni rase berbaloi tmbh baca lg 1/2 jam...bole tdo n mimpi dgn gembira pasni...
    Tahniah RM!

    ReplyDelete
  56. Thank RM, you r the best writer ever...

    ReplyDelete
  57. nine + naina = happy ending... :-) tahniah RM...
    RM bila nk smbung setiap ada kamu...rindu arayie..

    ReplyDelete
  58. Lirik Lagu Hanya Ingin Kau Cinta – Hafiz

    Di dalam hati ini aku menangis
    Seiring satu luka yang telah kau beri
    Kau tinggalkan ku sakitiku
    Sungguh ku tak percaya semua yang terjadi

    Kau tinggalkan diriku dalam air mata
    Tanpa kau merasakan sakit yang ku rasa
    Sungguh terlalu dirimu kekasih
    Biar aku pergi tanpa sisa cinta

    Aku hanyalah lelaki yang selalu ingin engkau cinta
    Bukan untuk disakiti hatinya
    Perih menahan lelah yang tak terkira oh

    Aku hanyalah setitis embun dalam perihnya cinta
    Tenggelam dalam rejam duka yang ada
    Selalu kalah di dalam bercinta oh

    Aku hanyalah lelaki yang selalu ingin engkau cinta
    Bukan untuk disakiti hatinya
    Perih menahan lelah yang tak terkira oh

    Aku hanyalah setitis embun dalam perihnya cinta
    Tenggelam dalam rejam duka yang ada
    Selalu kalah di dalam bercinta oh
    Di dalam hati ini aku menangis

    ReplyDelete
  59. berulang kali baca pon masih xjemu2...masa 1st time sya baca dulu sya sedih sgt2 bila ingat nine mati tp sya happy sgt2 bla baca bab 32 2 rasa cam nak jerit kuat2 je sbb trllu happy hehe...xnak sambg kisah amar lak ke-readers

    ReplyDelete
  60. You're so COOL RM.....thanks for the happy ending baru puashati yeay!

    ReplyDelete
  61. but actually i want amar with naina...warghh

    ReplyDelete