TUBUH aku
kaku. Sedikit pun tak dapat aku
gerakkan. Terasa lumpuh dan lemah segala
sendiri. Terasa terpenggal segala
anggota bila mak dan ayah menapak ke arah aku yang sedang berdiri di sisi Ariq,
berdepan dengan mummy dan papanya.
TENGAH HARI yang
redup. Boleh jadi hujan akan turun
petang nanti. Aku masih berada di atas
buaian. Menghayunkan buaian lemah. Tempat aku dan Ziyad bersantai di petang hari
sekiranya dia pulang awal dari tempat kerja.
“Kenapa ibu
datang?” Itulah soalan yang terpacul
dari celah bibirku. Soalan yang sedikit
keras dan tegas. Soalan yang menunjukkan
aku berkecil hati.
PINTU kereta di
buka luas. Pemandu yang kemas memakai
kemeja hitam dan juga demim biru gelap itu menunduk sedikit pada Ariq bila Ariq
menjatuhkan kaki ke tanah.
Kali ini aku
yakin yang memang Ariq bukan orang kebanyakan.
Bukan calang-calang orang. Dia
turun dan pintu kereta ditutup kembali membiarkan aku seorang cuba terkial-kial
menolak pintu kereta mewah ini.
SEKUAT mana aku
berlari, aku tetap rasakan langkahku kian perlahan. Sejauh mana aku yakin aku sudah meninggalkan
mereka semua di belakang, aku masih terasa Ariq sedang mengejar aku.
Rasa tak larat
hendak berlari lagi. Tambahan pula hari
sudah malam. Sudahlah datang dengan Izue
dan Alan tapi
kini aku berlari meninggalkan mereka tak ubah seperti dalam drama berharap pada
hero yang datang menyelamatkan. Mengarut.
LAMA aku menanti
Tauke Chin keluar bila mana dia sangat sibuk menguruskan hal pekerjanya yang
lain. Lama setelah itu, dia keluar dan
tersenyum padaku. Tangannya digamit dan
aku bangkit mendekati.
“What brings you here, amoi?” tanya dia tersengih dan duduk di atas di
mejanya.
MAK keluar
mendapatkan kami bila Kak Diah menjerit memanggilnya di depan pagar. Pintu pagar automatic itu terbuka lebar.
Aku sengih tak sabar. Dalam beg
galas sudah tersedia hadiah buat mak.
PLAN
pertama. Bunga. Aku memasuki Maju Junction Mall dulu. Kakiku pantas menapak menuju ke kedai
bunga. Sejambak bunga ros merah aku
dapatkan. Resit aku selit kemas dalam
poket skinny. Helmet aku pakai kembali
dan terus berlalu keluar menuju ke arah motorsial.
TIBA di bawah
rumah, aku terus keluar dari kereta Alan bila aku tetap berkeras tak nak dia
belikan aku apa-apa. Tak larat nak
terhutang budi. Bukanlah risau tergadai
body tapi takut menyusahkan Alan lagi setelah sekian lama aku susahnya
dia.
SETELAH membuat
bayaran, kami berjalan beriringin ke arah kereta Ariq yang terparkir di bahu
jalan. Bila dia hendak membuka pintu
kereta, aku menolak. Tak biasa
begitu. Rasa mengada terlebih nanti.
“YOU’RE late, girl,” tegur Ariq bila aku
sudah sampai dan berdiri tegak di depannya.
Dia berpeluk tubuh dna tersenyum menyenget. Sinis.
Waktu ini aku
hanya mampu tayang riak tak bersalah.
Tersengih sana
tersengih sini. Apatah lagi mengingatkan
permintaanku siang tadi… terasa agak melampau.
Kerja masih belum jalan tapi bayaran dulu aku minta.
MINGGU penamat
resah. Aku melebarkan sengih bila kertas
akhir selamat aku duduki. Tak mudah
hendak menjadi mahasiswi apatah lagi hendak mengekalkan keputusan kita dalam
senarai penerima anugerah Dekan jika tidak berusaha keras.
AKU langsung
tidak berani menentang pandangan mata Ziyad.
Takut, sesal dan malu bercampur gaul.
Sebati dalam hati. Dia tidak
marah, malah langsung tidak dijeling biarpun dengan ekor mata. Layanannya baik malah bertambah mesra dari
hari ke hari.
TUBUH langsing
Kak Diah dilanggar olehku. Tak sedar
bila dia masuk ke dalam rumah. Mujur
masing-masing tidak tertonggeng depan porch. Sebuah teksi sudah menderum laju meninggalkan
perkarangan rumah kami setelah menurunkan Kak Diah.
TANGAN Ziyad
menggamit aku mendekatinya. Tak henti-henti gerakan tangan itu bila aku
buat tidak tahu hinggalah aku terpaksa matikan sterika. Pakaian yang masih belum siap digosok itu,
aku biarkan saja. Langkah kaki mula maju
pada dia yang sedang duduk santai di birai katil.
BAHUKU ditepuk
orang. Aku berkalih ternyata Izue dan
Alan tersengih. Mengambil tempat duduk
di depanku, di Taman Tasik Shah Alam.
Lengang dan agak panas.
Menghangatkan lagi tubuh aku.
Menaikkan lagi suhu badan.
Berdengung kepala. Bengang.
IZUE dan Alan sudah bercekak
pinggang. Aku yang lelah berkejar ke arah
mereka hanya mampu tersengih dan menggaru kepala yang berambut pendek. Tapi tak pendek mana. Dah boleh diikat pun. Sedikit panjang dari ranbut Izue dan lebih
pendek dari rambut Alan. Topi aku betulkan. Aku sengetkan sedikit ke kiri.
HAYUNAN buai
besi dilaman semakin perlahan. Aku duduk
bersendiri sementara menanti Ziyad yang sedang membasuh keretanya. Memerhatikan gelagat Ziyad yang nampak riang, rasa tidak
sanggup hendak berkongsi kisah ini.
MASING-MASING menunduk. Sibuk dengan alat muzik masing-masing. Indi
band yang terdiri daripada tiga orang
termasuk aku. Bila aku angkat kepala,
seorang demi seorang aku pandang.
ZIYAD bercekak pinggang memandang
aku. Renungannya mencerun. Bibirnya menyenget dengan senyuman
nakal. Tubuh yang hanya dibelit sehelai
tuala putih itu nampak sedikit menggigil sesekali. Air juga masih lagi merintik dari helaian
rambutnya yang tidak dikeringkan dengan sempurna.
PINGGANG
Ziyad aku paut dan terus aku merapatkan wajahku ke rusuknya. Bila tangan Ziyad mula memainkan peranan, aku
memejamkan mata. Terasa lega, terasa
lapang sedikit dada.
Setelah kami
sama-sama menunaikan solat sunat hajat tadi, Ziyad terus melakukan sujud syukur
sebagai tanda terima kasihnya pada Tuhan yang maha kuasa atas setiap perjalanan
hidup kami.