Monday, October 13, 2014

Beast and The Beauty - Cp.11

Cp. 11

TAK faham dia.  Memang dia tak faham langsung dengan Benjy.  Benjy boleh suka dia tapi dia tak boleh suka Benjy.  Benjy minta izin untuk cinta dia dan pastilah Benjy tak izinkan dia jatuh cinta pada lelaki tu.  Habis tu, mereka ni kira macam mana?  Ada jugak ke manusia pelik macam tu dalam dunia ni?  Dan kenapa dalam begitu luasnya bumi Tuhan, lelaki seaneh Benjy tu jatuh depan mata dia? 

Sufi menyembamkan wajah ke meja solek.  Tak tercapai dek akal dengan sikap Benjy ni. 
“Sufi?”  Bahunya disentuh orang. 
Sufi angkat kepala.  Wajah mama tersengih.  Terus mama duduk dibirai katil.  Memandang pada anak dara tersayang.  “Sorry tadi balik lambat.  Sufi okey dok rumah sorang-sorang?”  Balik tadi, Sufi dah ada dekat rumah.  Tapi, masa dia nak masuk pagar tadi, nampak ada sebuah Honda Crossroad terparkir di tepi seberang jalan sana.  Entahlah siapa.  Risau juga bila memikirkan Sufi seorang diri. 
“Okey aje, mama.  Jangan risaulah.  Sufi kan dah dewasa…”  Memang dia dah dewasa.  Tak berani nak kata dia dah pandai jaga diri.  Ayat itu masih memberi trauma yang tersangat kuat padanya. 
“Erm… dah makan?” 
Sufi angguk.  Dia senyum.  Tumpuan dia bukan pada mama tapi pada mamat pelik bin ajaib tu ha. 
“Tadi, masa mama sampai mama nampak ada Honda Crossroad seberang jalan depan rumah kita ni.  Mama dengan ayah risau betul.  Tak pernah nampak pulak ada kereta tu kawasan taman rumah kita ni.  Nak-nak memang parking betul-betul depan rumah kita…” 
“Honda Crossroad?”  soal Sufi terkejut.  “Ada lagi ke?”  Memang tak sangka dengan apa yang mama cakap ni.  Tadi, hampir sejam dia balik, barulah mama dan ayah tiba.  Setelah hampir setengah jam, kereta Abang Jo pulak masuk ke porch.  Berapa lama kereta tu ada dekat depan rumah? 
“Entah…”  Bahu mama terjongket.  Tapi, Sufi dah laju melompat daripada bangku dan menyelak langsir biliknya.  Nyata, tempat yang mama katakan dah kosong. 
Birai mata rasa basah.  Dada rasa sebu.  Dia rasa nak marah sangat tapi lebih pada terharu.  Tadi, Benjy sempat sakitkan hati dia.  Dalam pada menafi, Benjy menanti. 
“Awak kata nak balik sangat.  Rumah awak kosong lagi, pergilah masuk rumah.  Kunci pintu.  Saya tak boleh nak tunggu ni.  Berkeras sangat orang kata tunggu ayah dia call, dia tak nak.  Orang keras hati ni, malas saya nak layan…”  Itulah ayat Benjy bila tiba depan rumah dan nyata, rumah masih kosong.
Dia tayang wajah comel penuh berharap.  Nak minta tunggu, Benjy awal-awal dah menolak.  Nak merayu, dia pun ada airmuka yang mahal. 
“Tadi kata apa saja untuk saya?”  duga Sufi.  Saja ingatkan Benjy akan janji lelaki itu. 
“Memang apa saja.  Kan saya cakap, tunggu ayah awal call.  Kita duduk kat kedai makan tadi dulu.  Bukan saya ajak awak check-in mana-mana hotel pun.  Senang, awak balik orang dah ada.  Tak adalah saya risau.  Ini berkeras nak balik.  Okey, saya dah hantar dan sampai depan rumah… cik muda silalah masuk ke rumah, ya?  Encik Bodyguard ni nak balik…”  Benjy sengih.  Cukup sinis.
Tak dapat tidak, Sufi mengalah.  Dia lepaskan tali pinggang keledar dan menolak pintu kereta.  Tak sempat menutup pagar pun, Honda Crossroad milik Benjy dan menderum laju berlalu daripada rumahnya.  Keluhan terlepas dan dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah. 
Tapi, kata-kata mama tadi… “Sungguh ke kereta tu ada masa mama balik tadi?”  Dia masih sukar nak percaya.  Matanya terus memandang tempat tadi.  Seperti nampak Benjy yang tenang menanti.  Jika sungguh, Benjy memang lelaki yang sukar untuk diduga tingkahnya.  Mulut menolak, tapi jasad mendekat. 
“Iyalah.  Kenapa mama nak tipu pulak.  Dia nampak tunggu orang.  Mama ingat kawan Sufi.  Tapi, bila fikir mana Sufi ada kawan sangat.  Kotlah dia dok intip rumah kita ke…”
“Taklah…”  sampuk Sufi menyekat bidikan mama.  Sufi lepaskan langsir.  Memandang pada mama tenang.  “…dia memang tunggu Sufi sementara mama dan ayah balik.” 
Dahi Puan Suriati berlapis kerutan.  Apa pulak maksud anak dara dia ni? 
“Benjy memang tunggu Sufi depan rumah sementara mama dan ayah balik,” ujar Sufi dan kali ini sebutan nama Benjy itu membuatkan hatinya sedikit nyilu. 
Ada rasa yang terbit.  Rasa baru di dalam kamus hidupnya.  Rasa yang dipanggil rindu. 


DIA dah tak boleh nak sekat rasa nak dihubungi Benjy.  Apatah lagi bila mama memaksa.  Sekadar untuk ucapkan terima kasih bagi pihak mama dan ayah kerana sanggup menjadi jaga tak bergaji di depan rumah. 
“Mama suruh call…” 
Benjy senyum senget dengan jawapan Sufi bila ditanya kenapa Sufi menghubungi dia dah hampir lewat malam ni. 
“Okey, kalau mama suruh call, panggil mama.  Biar saya cakap dengan mama awak.  Tak perlu nak cakap dengan awak.”  Lembut dan perlahan suaranya tapi tetap menampar padu pipi Sufi. 
Bibir dia terukir senyuman senget.  Rasa nak ketawa setiap kali dengar Sufi mendengus bila dia menyindir.  Tapi dia, biasalah.  Hanya senyum sendiri.  Menyorok hakikat betapa indah bila dapat dengar suara Sufi. 
“Kejap saya panggil…”  ugut Sufi. 
“Okey.  Saya tunggu…” 
Hah?  Memang dia rasa nak luku aje kepala budak Benjy ni.  Dia hanya ugut tapi Benjy selamba cakap okey. 
“Nanti saya SMS nombor mama.  Awak call sendiri.  Saya nak letak dah…” 
“Nak letak apa?”  tanya Benjy laju.
“Handphonelah… dah awak tak nak cakap…”
“Awak yang kata mama suruh call.  Awak tak nak call saya sebenarnya, kan?”  Pantas Benjy mempersoal kembali tujuan Sufi menelefon. 
“Haih…”  Rengusan kasar mengisi talian.  Dia ni, kan.  Memanglah!  “Okey, memang mama suruh call.  Tapi, saya sendiri yang nak call jugak.  Puas hati?!”  Akhirnya, terpaksa mengaku.  Dengan Benjy, dia asyik kalah aje. 
Kali ini, suara Benjy ketawa memenuhi ruang.  “Okey.  Puas hati.  Jadinya, kenapa cik muda telefon ni?  Ada nak ke mana-mana ke tengah-tengah malam ni?  Saya sudi je temankan…”  Dikerling pada jam dinding.  Dalam samar-samar lampu tidur, nampaklah dah hampir ke jam 12.00 tengah malam. 
“Lagipun, cik muda tak rasa bersalah ke kacau anak teruna orang nak tidur ni?” 
“Hai… kata 24/7?”  soal Sufi menyindir.  Hai, dah lupa janji ya bang?  Dia sengih sinis.  Terkena Benjy sekali. 
“Yeah… 24/7.  So, saya gerak sekarang.  Nak ke mana?”  Suara Benjy bersungguh. 
“Eh, tak…”  Kuat Sufi melarang.  Dia ni, serius pulak dia.  “Saya gurau jelah.  Ni call nak ucap terima kasih…”
“Kasih diterima…” Tawa halus menutup kata. 
“Terima kasih sebab sudi tunggu depan rumah tadi… sampai mama dengan ayah saya balik,” sambung Sufi tak dilayan ucapan kasih Benjy.  Bukan dapat apa pun.  Antara mereka dah ada perjanjian. 
“Oh, sama-sama…”  Barulah Benjy serius.  Boleh jadi mama Sufi bagitahu sebab dia yakin juga tadi orang tua Sufi memerhatikan keretanya.  Kerana itu dia terus berlalu bila orang tua Sufi tiba.  Nanti tak pasal-pasal kena soal siasat.  Ada gaya kena bermalam dalam rumah batu pagar besi nanti.  “Saya kan dah cakap, saya akan jaga awak…” 
“Habis tu tak kan tak boleh nak bagitahu masa saya minta awak tunggu tu?”  Sebenarnya Sufi masih tak puas hati lagi.  Hati dia rasa tersiat jugalah walaupun satu inci. 
Benjy gelak tapi tak lama.  “Okeylah gitu.  Saya tunggu jugak.  Yang lain tak jadi masalah dah rasanya.  So, ada apa-apa lagi nak cakap?”  Dia bukan nak putuskan talian tapi dia sedang tahan sangap ni.  Hari ni sangat letih untuk dia.  Ada kerja gila dia buat.  Agaknya dia betul-betul dah gila. 
“Ermm… tak ada apa…”  Rendah perlahan Sufi menjawab.  Memanglah Benjy pasang benteng yang tinggi antara mereka.  Terlalu tinggi hingga tak mampu dia nak panjat.  “Apapun, terima kasih sekali lagi…”  Terus Sufi matikan talian. 
Benjy pandang telefon bimbitnya.  Nama Sufia ditelek lama.  Cantik namanya.  Secantik orangnya juga.  Bibirnya mengukir senyuman tapi tak lama, bila mata ditarik oleh satu pesanan ringkas yang masuk. 

               Jgn buat saya suka awak!

Kening Benjy berkerut.  Dia ukir senyum tapi tak lama.  Antara mahu mendekati Sufi dan juga rasa ingin melarikan diri – entah mana satu dia perlu ikut.  Bila dia mahu menjauh, kakinya sendiri mendekati.  Bila dia mahu berlari – kenapa arah yang ada Sufi dia rapati?  Dia tak tahu.  Benjy raup wajah. 
Allah… jangan lukakan dia buat kali kedua.  Jangan, Ya Allah.  Tapi, jarinya tetap menari di atas skrin yang cerah.

               Kalau awak kenal saya, awak tak kan nak masuk dekat pun.

Seketika, SMS Sufi masuk lagi.

               Ya, saya tahu sebab awak Beast dan saya The Beauty.

Benjy angguk sendiri.  Memang itu hakikatnya. 

               Tidurlah.  Mimpi indah.  Apa2hal call je.  Ready 24/7.


Ringkas Benjy membalas.  Betullah kata Sufi.  Jika dia menghalang gadis itu jatuh hati padanya, kenapa dia nak buat Sufi jatuh hati padanya?  Cukupkah andai dia saja mencintai Sufi sedangkan gadis itu bagai tak diberi peluang untuk meraih cinta sendiri.  Kerana dia tahu, hati Sufi semakin menjadi miliknya.  

...2bCont...

16 comments:

  1. best sangat citer ni.. citer ni habis kat sni je ke kluar novel??

    ReplyDelete
  2. like.. good job rehan..

    ReplyDelete
  3. Thanks rehan..bula blog rehan utk kli ke 3 hri ..ada entry baru..bestt tp cikit sgt

    ReplyDelete
  4. wwannur,,

    sayu je ati aku ni rehan...kesian kat sufi..beast tu plak terus terang kan senang...sedihhhh hukhukhuk..

    ReplyDelete
  5. arghhh kenapa benjy cakap camtu?
    apa maksud dia
    "kalau awak kenal saya, awak tak kan nk masuk dekat pun"

    "jangan lukakan dia buat kali kedua"

    siapa benjy sebenarnya. dia memang dh kenal sufi ea? dia yang tikam sufi ea?

    hohoho byk persoalan. can't wait for next entry. thanks RM

    ReplyDelete
  6. Senyum sorang2 baca citer ni, sampai da org tegur, haish x sabar nak baca part seterusnya...

    ReplyDelete
  7. Samalah kita pun senyum sorg2 baca citer ni.nasib baik xde org lain kt pantry ni.huh...penangan cite rehan...

    ReplyDelete
  8. eh...geram plak kita dgn benjy ni

    ReplyDelete
  9. salam hangat dari kami ijin menyimak sahabat

    ReplyDelete
  10. No good, no good..benjy.. jgn bg harapan mcm tu..tkt nnt makan diri

    ReplyDelete
  11. Sakit rasa hati
    Bila hati dah mula terdetik utk dia..
    Tapi si dia pula cuba menghalang..
    Pelik..nak halang org dari jatuh cinta dgn dia...to dia buat baik dgn kita pulak..
    Kalau gitu..saya akan semai cinta untuk awak dlm diam Benjy...
    Awak tak payah kisah... 😉

    ReplyDelete
  12. Ala...kenapa kita macam setuju je dengan Sufi.. kalau benjy tak nak bagi Sufi suka dia, jangan buat Sufi jatuh suka.... nanti dua2 sakit...

    ReplyDelete