Monday, October 13, 2014

Beast and The Beauty - Cp.12

Cp. 12

MELIHAT adik termenung, Johan macam dah dapat agak apa dah jadi.  Ni mesti berkait dengan apa yang mama cerita malam tadi ni.  Dia sendiri terkejut lelaki nama Benjy tu sampai sanggup jadi jaga Sufi semalam. 
“Diam je?”  Agak pelik bila Sufi diam sepanjang perjalanan.  Daripada rumah dan ini dah nak sampai ke pejabat, Sufi masih tak berkata apa.  “Ada apa nak share dengan Abang Jo?” 

Pada mulanya Sufi geleng.  Mengetap bibir dan berkira-kira nak ke dia kongsi dengan abangnya tentang hal Benjy.  Tapi, selama ni memang hanya pada Abang Jo saja dia meluah rasa.  Apa saja.  Jika tidak pada Nani.  Cuma kali ini rasanya pandangan lelaki lebih sedap didengar kot. 
Kepala tertoleh pada Abang Jo.  “Benjy tu peliklah…” 
“Okey.  Dia orang planet Marikh ke?”  Johan sengih buat lawak.
“Hish abang ni…”  Sufi sempat cubit lengan abangnya.  “…buat lawak pulak dia.  Maksud Sufi dia tu minta izin nak suka Sufi tapi Sufi tak boleh…”  Suaranya mati di situ.  Nak diteruskan tapi takut terluka hati sendiri.  Semalam pun, SMS mereka berakhir begitu aje.  Memang betullah Benjy memang tak bagi dia dekati lelaki tu. 
“Sufi tak boleh apa?”  Soalan Johan menarik perhatian Sufi semula. 
Dia pusing badan dan memandang semula ke depan.  Tepat pada jalan raya yang sedikit sesak.  “Dia tak bagi Sufi suka dia…”
“Hah?  Ada ke orang gitu?  Dia suka orang boleh tapi orang tak boleh suka dia?  Apa kes?”  Memang Johan rasa lawak tapi kalau Sufi kata Benjy adalah orangnya, adik dia sedang alami penyakit jiwa kacaulah ni. 
“Habis tu, Sufi ada rasa apa-apa dekat dia?”
“Suka… tapi tak boleh…”
“Cinta?”  duga Johan.
“Lagilah tak boleh…”
“BUkan masalah boleh ke tidak, Sufi…”  bantah Johan.  “Tapi, masalahnya Sufi cinta Benjy ke tidak?  Kalau cinta, yang lainnya bukan masalah pada Abang Jo.  Sebab lelaki ni nak bertahan macam mana sangat bila perempuan yang dia suka, dia cinta… turut sama suka dan cinta dia…”  kata Johan dengan keyakinan penuh.  Sebab dia pun lelaki. 
“Sungguh ke gitu?”  Sufi nampak masih curiga.
“Abang lelaki.  Lelaki ni memang begitu ajelah biasanya.  Tak complex macam perempuan…”  Sempat disindir adiknya.  Tapi, bila melihatkan wajah Sufi murah dan serius, Johan menyambung, “Atau Sufi masih takut sebab hal lama?  Atau Sufi masih ingatkan sepasang mata yang menangis masa tu?  Atau masih rasa pelukan lelaki yang tikam Sufi tu?  Sufi rindukan pesalah Sufi tu?”  tebak Johan.
Entah kenapa, setiap kali Sufi bercerita tentang lelaki yang menikam adiknya dulu, dia nampak cahaya dalam mata Sufi.  Ada masa biarpun dalam ketakutan, Sufi bagai tersenyum saat mengingati sepasang mata yang merah dan basah tu.  Dia boleh rasa sesekali yang Sufi sebenarnya jatuh hati pada penjenayah tu. 
“Sufi suka lelaki yang tikam Sufi dulu tu, kan?”  soal Johan perlahan.  Dia nak Sufi jujur kali ini. 
“Abang Jo merepek apalah pulak?”  Sufi ketawa buat-buat.  Tak ada kena mengena dengan penjenayah tu.  Dia tak akan maafkan lelaki tu sampai bila-bila.  Lelaki yang lesap begitu saja biarpun kesnya dibawa ke balai polis tapi polis tak dapat mencari penjenayah tersebut. 
“Sufi tak suka lelaki tu.  Dia yang buat Sufi trauma sampai hari ni…”  sambung Sufi serius. 
“Okey, kalau gitu.  Sufi memang patut trauma tapi dah sampai masa Sufi ubati trauma tu.  Mungkin Benjy boleh jadi ubatnya.  Siapa tahu, kan?  Cayalah, dia tak kan mampu bertahan bila Sufi pun suka dia…”  Kening Johan naik tinggi. 
“Eh, macamlah Sufi cakap Sufi suka dia…”  dalih Sufi.
“Yalah tu…”  Johan tayang wajah bosan.  “Bukan Sufi cakap tapi adik abang…”  Serentak itu dia hentikan kereta di depan Menara TH.  “Dah sampai.  Petang balik call Abang Jo, ya?” 
Laju Sufi angguk bila ada yang nak jemput.  “Sufi masuk ofis dulu.  Abang hati-hati…” 


DIA nampak Sufi berjalan laju menuju ke lobby.  Tak perasan siapa yang hantar Sufi tadi.  Sebaik saja dia berpaling, nampak Sufi dah.  Kakinya laju cuba tiba di hadapan pintu masuk utama.  Sebaik saja dia tiba, langkah Sufi juga mati di situ.  Tepat di depannya. 
“Assalamualaikum…”  Dia menyapa lembut.  Tersenyum tipis.  Senyuman letih. 
“Waalaikumusalam…”  Sufi menjawab sopan.  “Tunggu siapa?” 
Benjy tak menjawab sebaliknya bibirnya terjuih pada Sufi.  “Kata 24/7, kan?”  Lepas itu dia gelak halus dan menapak ke tepi beberapa langkah.  Memberi laluan pada Sufi untuk lalu. 
“Datang ofis pun tunggu?” 
“Dah awak kata tak payah jemput.  Saya tunggu depan ni…”  Ya, Sufi SMS dia supaya tak payah jemput.  Katanya abang akan hantar dan dia lega hati bila ada ahli keluarga yang hantar. 
“Balik nanti, saya hantar?”  Entahkan soalan atau pernyataan, dia sendiri tak pasti.  Tapi, bila Sufi geleng dalam senyuman, hati rasa kecewa juga sedikit.  “Ada orang jemput?” 
“Abang saya jemput nanti…” 
Benjy angguk.  Tak berkata apa, dia terus mengajak Sufi naik ke pejabat.  Tak apalah jika sungguh abang Sufi akan jemput.  Dia tak perlu nak risau terlebih. 
Tengah hari.  Benjy berjalan pada cermin dan menyelak bidai yang tertutup rapat.  Nampak Sufi sendiri sedang menyiapkan kerja.  Yang lain sudah keluar agaknya bila ofis nyata lengang.  Benjy seluk poket.  Ditarik telefon keluar.  Ditekan nombor Sufi.  Sambal mata terus memandang belakang tubuh gadis itu.
“Dah lunch.  Tak keluar makan?” 
“Taklah…”  Sufi senyum.  Malu sebenarnya nak ingatkan Benjy yang lelaki itu dah berjanji nak makan bersama dia.  Dia nak berpaling tapi ditahan.  Dia tahu Benjy sedang mengintai dibalik bidai. 
“Makan dengan saya, nak?”  pelawa Benjy.
Bagai mengantuk disorong bantal, Sufi angguk. 
“Angguk je?”  tanya Benjy bila Sufi tak menjawab sebaliknya dia nampak Sufi angguk. 
“Tahu dah, Encik Benjy intai saya…”  Dia ketawa mengekek.  Perlahan tapi cukup tajam memanah tepat pada hati lelaki Benjy. 
“Seronok dapat kenakan saya?”  soal Benjy datar.
“Sesekali…”  sela Sufi pula.  “…nak makan dekat mana?”  Tak sabar pulak sebab perut dah lapar sangat ni. 
“Dekat bilik saya…” 
“Hah?”  Jawapan Benjy memang buat dia terkejut.  Makan dekat bilik dia.  Sufi berpaling laju.  Nampak wajah Benjy tersenyum dan tangan lelaki itu menggamit dia mendekati. 
Nampak juga Benjy longgarkan tali leher dan membuka satu butang kemejanya.  Nampak halkum Benjy yang bergerak.  Nampak renungan Benjy yang agak menakutkan. 
“Err… saya…”  Sufi kehilangan kata.  Rasa nak diputuskan talian tapi tak mampu.  Fikiran dia dah dihasut dengan yang bukan-bukan. 
“Nak datang sendiri atau nak saya seret awak masuk bilik saya?”  Suara Benjy separuh mengugut.  “Nak menyerah atau nak saya paksa?  Nak sukarela atau nak paksarela?  Pilih?”  gertak Benjy lagi.
Sufi telan liur.  Jangan cakap dia nak makan aku?  Matanya meliar sekeliling ofis. Memang kosong.  Kalau kata Benjy apa-apakan dia, dia hanya mampu menjerit.  Andai pantas, dapatlah dia lepasi pintu kaca tu dah loloskan diri ke dalam lif. 
Telefon dijauhkan daripada telinga. 
“Jangan letak telefon,” ugut Benjy sedikit keras. 
“Hah?”  Spontan.  Sufi lekapkan kembali telefon ke telinga.  “Saya turun makan dulu...”  Serentak itu dia matikan talian.  Dia berpaling dan tunduk sedikit nak capai beg daripada bawah meja dan tak sedar, Benjy dan ada dekat padanya.
Tersengih senget dengan renungan mata yang sangat tajam.  Dalam takut, dia beranikan diri membalas renungan Benjy.  Lama.  Akhirnya, dahi Sufi berkerut.  Matanya terkebil-kebil dan dadanya berdebar kencang. 
Benjy pantas larikan pandangan tapi tak lama.  Kakinya terus merapati tempat Sufi berdiri.  Meletakkan tangan di atas partition Sufi – mengepung kedudukan gadis itu agar tak berlalu. Nafas resah mengeruh. 

Sufi tahu dia kalah.  Benjy lebih pantas.  

..2bCont...

25 comments:

  1. Uiks!!! Berani sungguh mamat ni

    ReplyDelete
  2. Aduisssss ...
    Rehan bikin saspen laaaaa
    Hahahahha
    Sufi jadi bahan benjy aje....
    Seram sejuk sufi... hihihi

    ReplyDelete
  3. giler ugut anak org mcm tu benjy!

    ReplyDelete
  4. iskh...iskh iskh benjy ni...ayat ugut tu...ntah kenapa saya baca saya pun berdebar apatah lagi sufi..hehehe
    apa maksud Abg Jo...benjy tikam sufi...hmmmm

    ReplyDelete
  5. kuat menyakat sggh si benjy ni..

    ReplyDelete
  6. tak sabar..tak sabar..tak sabar..
    nak pecah dada dengan tingkah benjy ni, haish

    ReplyDelete
  7. Adakah Sufi kenal dgn pndgan tajam Benjy????
    Adakah Benjy yg????????

    Saza

    ReplyDelete
  8. best..nk lg..tq krn ada entry baru..sayangg rm

    ReplyDelete
  9. setiap 30 minit buka blog rm ..takut2 ada entry baru..alahai

    ReplyDelete
  10. salam hangat dari kami ijin menyimak sahabat

    ReplyDelete
  11. Rsenya mmg benji lah org yg tikam sufi dulu..knp benji jd cmtu dulu...curious sgt

    ReplyDelete
  12. Brnjy n8 saje je nak kenakan sufi ye..kawan tu dah la trauma....

    ReplyDelete
  13. ohh god.....ben jgn mcm2 erk.....

    ReplyDelete
  14. wow..unik couple,,,apa2pun tahniah cik rehan..selalu terbit dgn idea yg segar...

    ReplyDelete
  15. Sambung yg depa makan b2 bekal yg dimasak oleh benjy kan kak RM???? Hihihi

    ReplyDelete
  16. Mulut dia x mahu kita katuh cinta dgn dia
    Tapi perlakuan dia semua tu...makin lagi menyebabkan jantung kita nak gugur berdepan dgn dia.
    Ish... Kenapa dgn hati ni...dok dendiam boleh tak???

    Benjy... Sejak bila ada tanduk ni???????

    ReplyDelete
  17. mata yg sama..
    pandangan yg sama..
    rasa yg sama..
    mungkin!!

    ReplyDelete
  18. Benjy...mau jatuh jatung sufi tu nnt..haha.. mengusik eh..

    ReplyDelete
  19. Benjy ni....jangan la buat Sufi suka dia...nanti Sufi sakit tau...Benjy ni pun apa kes nak kepung2 anak dara orang niii

    ReplyDelete