Monday, October 20, 2014

Beast And The Beauty - Cp.14

Cp. 14

SENYUMAN Benjy melebar.  Dia terus lekapkan telefon ke telinga.  “Aku ingat kau tak sudi call aku lagi...”  soalnya selepas menjawab salam.  Dan senyuman dia, manalah tak lebar bila dia yakin dengan apa yang sedang terjadi.  Tanpa izin Allah, semua ini tak mungkin berlaku. 

Suara sahabat meledak dengan tawa.  “Mana boleh.  Aku busy sikit.  Ni aku dah tak busy.  Tak kurang sikit jadi driver ni, bolehlah kita jumpa...” 
Benjy angguk.  Shah... driver?  Okey, lucu!  “Sejak bila jadi driver ni?”  Soalannya disambut oleh tawa oleh sahabat baiknya.  “So, nak jumpa dekat mana?”  Mata mengerling pada jam.  Sekejap lagi dah nak masuk Zohor.  Hari minggu daripada tak buat apa, elok juga dia keluar menjalin kembali silaturrahim yang agak lama terbiar – bersawang. 
“Kau cari tempat.  Tapikan...”  Suara sahabat terhenti seketika di hujung talian sebelum bersambung.  “...yang kau happy sangat suara ni, rindu aku gila-gila ke apa?”  Serius, suara kawan dia ni bahagia lain macam.  “Ke nak naik pelamin?”  Tawa terhambur. 
“Aku?”  Benjy gelak.  Menggeleng beberapa kali.  Memanglah dia happy.  Tak pernah tak happy biarpun hati ada kalanya menangis hiba menyesali kisah lalu.  “Aku ginilah, Shah.  Tak ada apa yang nak disedihkan.  Kisah hidup aku memang dah sedih...” 
“Kau kenapa?”  soal Shah.  “Arghh... kita jumpa la baru kau cerita,” sambung Shah.  Tak seronok pulak sembang dalam telefon ni. 
Setelah ditetapkan masa dan tempat, talian mati.  Benjy pandang telefon.  Rasa nak kctawa pun ada dan rasa nak menangis juga ada.  Memang rasa rindu tu ada pada Shah.  Shah yang banyak memberi sokongan.  Sesekali dia dibuli, Shah pasti membela.  Lagipun, nama yang dah lama dia tak dengar. 
Jaemin. 
Ya, Shah panggil dia Jaemin.  Semua orang juga.  Nama zaman kegilaan.  Nama yang tak nak dia ingat lagi tapi bagaimana sedangkan dirinya adalah jasad yang sama dan berharap moga jiwanya adalah jiwa yang lain.  Yang baru – yang hidup. 


PELUKAN bertaut erat.  Jumpa hari tu tak sempat nak berbual lama.  Masing-masing nak cepat dan kali ini mereka masing-masing punyai sedikit waktu.  Bila pelukan terlerai, mata saling merenung.  Tak lama, tawa berhamburan.  Shah duduk.  Benjy juga.  Membawa peha kanan menindih peha kiri.  Shah dah lain.  Nampak berjaya dan dia tahu Shah berjaya. 
“How’s life?”  Soalan pertama daripada bibir Shah terlunjur. 
Benjy menceberkan bibir bawah.  Entah nak mula daripada mana jawapannya.  Dulu, Shah berusaha korek rahsia dia.  Tapi, sampai ke sudah dia hanya menyimpan segalanya sendiri dan cukuplah abah dan Allah mengetahui.  Lagipun, rahsia – jika diberitahu orang dah tak menjadi rahsia. 
“Kalau hidup lepas kau keluar daripada kolej, aku okey aje...”  Ringkas dia menjawab. 
Pada Shah, nampak lagi kesebuan silam dalam mata kawan baiknya biarpun dia tak pernah tahu apa.  “Kau tetap macam dulu, Min.  Tak pernah berubah. Masih berahsia, masih simpan sendiri.”  Shah tunduk ke depan.  Air disisip tenang. 
“Memang gitulah aku, Shah.  Payah nak ubah perangai yang satu ni...”  Senyuman tawar terukir.  Straw dipusing-pusing lantas, dibawa dekat ke bibir. 
Damai.  Dan selebihnya rasa rindu. 
“Tak boleh selalu gitu, Min.  Kau kena bercakap, meluah – kalau tak kau boleh stress.  Tahu ke tak?”  Sejak dulu, inilah nasihat yang diberikan tapi Jaemin pasti menjawab dan dia yakin bila Jaemin buka mulut.
“...siapa kata aku tak meluah, Shah?”  Kelopak mata yang sepet cuba diangkat merenung kawan lama di depan.  Bibirnya tersenyum senget.  “...aku ada Allah untuk jadi tempat aku meluah.  Bukan kata tak perlukan manusia yang bergelar kawan... tidak...”  Kepalanya digeleng beberapa kali.  Risau jugak Shah salah faham tapi ini ayat sejak dulu.  Sejak babah ajar dia tentang segalanya.  Tentang Allah. 
“...aku perlu kawan tapi aku tak ada masa berkawan.  Aku tak macam orang lain.  Aku sibuk mencari Allah.  Terlalu sibuk, Shah.  Sebab aku ni pernah lari jauh daripada Tuhan.  Jadinya, kalau orang lain hanya perlu berjalan tenang menuju Tuhan, aku pula perlu berlari sekuat hati, Shah.  Berharap sangat moga aku tak ketinggalan...”  Mata Benjy berkedip beberapa kali, cuba membendung rasa suam yang mula membasahi birai mata. 
Bercerita tentang hati dan jiwa, dia tahu kekesalannya tak pernah padam.  Api kesal itu masih marak biarpun rasa bergelen-gelen disimbah airmata. 
“Betul tu, Shah.  Memang itulah yang sepatutnya.  Cuma pada aku, kalau kau ada perkara silam yang pahit – yang tak pernah kau cerita dekat aku sejak dulu, aku rasa dah sampai masa kau lupakan.  Jadikan sempadan.  Tak ada guna nak ingat lagi.  Lagipun, pada aku kau bukan kau yang dulu.  Kau dah berubah...”  balas Shah memujuk.  Bukan apa.  Nampak sangat kawan dia ni resah semacam.  Dulu tak macam ni.  Rasanya mesti terjebak dengan masalah lain ni? 
“...atau kau ni cinta dua darjat tak?”  tebak Shah.  “Biasa lelaki yang biasa tenang jadi jiwa kacau ni sebab perempuan yang dia cinta tu...”
Tak sempat habiskan ayat, Benjy gelak.  “Kau ni, kan... macam-macam!”  Benjy menggeleng beberapa kali.  Sungguhlah hati dia tercuit.  Shah tak pernah berubah.  Suka betul jadi ahli nujum.  Ada ke antara dua darjat.  Tapi, ada betulnya juga. 
“Nak kata antara dua darjat tu betul kot...”  Dia menyambung setelah meredakan tawa.  “...memang seorang perempuan yang aku cinta ni dan kami terhalang kerana darjat.  Tapi, aku mula-mula kisah semua tu.  Mungkin sebab hari-hari jumpa, aku macam yakin yang aku mampu tangani masalah darjat ni.  Sampai aku lupa asal-keturunan aku...”  Suara Benjy rendah perlahan. 
Dahi Shah berkerut.  Macam kronik aje ni.  “Sekarang dunia apa, Jaemin kau nak fikir semua tu?  Pada aku tak ada apa yang nak risau sebab darjat ni.  Kita bukan hidup zaman Kassim Selamat...”  Sempat Shah gelakkan kawan baiknya.  Lucu! 
Tapi, Benjy hanya senyum.  Shah tak pernah tahu dan tak akan tahu.  Darjat di sisi Allah adalah satu-satunya perkara yang membezakan antara sesama manusia.  Siapa dia di dunia itu tak menjadi hal tapi siapa dia nanti di akhirat, itu yang dia takutkan.  Darjat dia dan Sufi jelas berbeza.  Sufi terdidik dengan baik.  Tapi, dia?  Dia tak... perlahan Benjy menggeleng.  Di luar sedar. 
“Jaemin?”  seru Shah.  Kemaruk sangat ni.  “Kau jatuh tergolek betul dekat perempuan tu?” 
Benjy angguk.  “Jangan kata tergolek tapi aku terluka bila tergolek tu, Shah.  Aku tak kata dia lukakan aku tapi aku ni haaa... dah tahu tapi tetap berani suka dia.  Jadinya, aku yang lukakan diri sendiri...”  balas Benjy tenang dalam senyuman pahit. 
“Dia suka kau?” 
Benjy jatuhkan kepala.
“Cinta?” 
Mata diangkat.  Tepat merenung Shah.  Tak lama, dijatuhkan kepala sekali tapi cukup yakin.  “Dia cintakan akulah yang buat aku lagi terluka...” 
Tak faham.  Shah berkerutkan kening.  Apa masalahnya?


PANGGILAN babah kejap tadi menenangkan jiwa yang resah.  Seperti biasa.  Manisnya nasihat babah memang sekadar manis-manis buah saja.  Tak mungkin memudaratkan melainkan membawa kebaikan semata-mata. 
Pesan babah,  “Jika itu keputusan yang dibuat, teguhkan pendirian.  Usaha sebelum mengalah.  Melangkah ke depan sebelum berundur.  Ketawa sebelum menangis dan berbahagialah sebelum duka.  Kerana bila datangnya tangis dan duka, kita kena ingat yang sebelum ini Allah dah bagi cukup tawa dan bahagia.  Jadi, yang mendukacitakan itu adalah tujuan untuk kita terus tahu yang kita ni bukan sesiapa tanpa pertolongan Allah.  Tak ada guna walau sebesar zarah...” 
Dia tahu nasihat babah betul.  Babah tak pernah silap dalam mendidik dia.  Hanya dia sesekali gagal mendidik diri.  Esok dah kerja.  Pertemuan dengan Shah memang buat dia bahagia.  Kesian jugak dekat Shah.  Tak pernah dia berkongsi cerita dengan Shah dengan begitu mendalam.  Entahlah.  Bukan tak percaya tapi seperti dia kata, dia ada tempat yang tepat untuk dia meluah perasaan. 
Kepala bertemu bantal.  Berlunjur dengan  helaan nafas yang tenang.  Memandang siling putih yang nampak sedikit tercemar dengan sawang lelabah.  Matanya terpejam.  Minda dan jasadnya perlukan hak. 
Wajah Sufi muncul di tengahnya.  Yang pelik, wajah Sufi yang mengalirkan airmata tanpa tangisan.  Wajah Sufi yang berkerut menahan kepedihan.  Sufi bagai tak bahagia bersamanya.  Dia pula daripada awal mengerti tapi berani bermain api.  Kini, Sufi sedang terbakar dan dia juga sedang rentung. 
Matanya terbuka bersama peluh kecil yang merenik lebat di dahi.  Telefon sedang menjerit bingit dekat dengan telinga.  Sungguh, mimpi dia biarpun bukan sesuatu yang menakutkan tapi adalah sesuatu yang menyakitkan. 
Benjy bawa tubuhnya duduk.  Mengatur nafas yang mengah.  Menelan liur bagi membasahkan rengkung yang dirasakan gersang.  Tangan kanan meraba telefon.  Tak melihat pada skrin, terus ditekap pada telinga.
“Ya, Benjamin...”
“Awak okey?” 
Sufi?  Benjy kerut kening.  Barulah dia pandang skrin telefon sesaat.  Sungguh nama Sufi.  Tapi, kenapa Sufi telefon masa ni?  Dipandang jam pada pergelangan tangan kanan.  Dah hampir tengah malam.  Dia tertidur begitu saja lepas sembang dengan babah tadi. 
“Err... Juliana telefon kenapa, ya?”  soal Benjy resah.  Risau jika ada berlaku yang tak diingini hingga Sufi menelefon dia sekarang.
“Saya mimpi,” jawab Sufi.
Hah?  Nafas berat terlepas daripada celah bibir Benjy.  Mimpi pun nak telefon ke?  “Memanglah saya kata saya stand-by 24/7.  Tapi, tak kanlah mimpi pun nak kena telefon saya?”  Matanya digenyeh beberapa kali.  Sempat lagi disindir Sufi.
“Saya mimpi awak bunuh saya...”  Perlahan Sufi menutur kata.  Airmatanya mengalir perlahan. 

Dan Benjy terhenyak.  

...2bCont...

42 comments:

  1. I can't help but waiting for your next entry, Rehan. It's getting more and more exciting. Good job sis!

    ReplyDelete
  2. Wuaas. Tak sabar nak tau ending sufi-benjy. :')

    ReplyDelete
  3. Best.. nk lg kak rehan.. :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih utk entri ni kak.. Walau rasa agak pendek tapi tak apalah dari takde entri baru langsung :)

    Oh, ya.. Apa khabar Qadr dan Lai? Rindu pulak pada diorang tiba-tiba.. :'(

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. After few times dok jenguk blog RM, ada jugak new n3. This time ai rasa takut lak dgn mimpi si Arjuna Ben n Sufi. Huhu... Makin mendebarkan......tq RM

    ReplyDelete
  6. macam biasa saya #excited

    ReplyDelete
  7. Hmmmm...,,apakah maksud di sebaliknya tu

    ReplyDelete
  8. Hurm... Benjy ke orang yang tusuk dia dulu?

    ReplyDelete
  9. Sgt x Sabar nak tggu next chapter

    ReplyDelete
  10. Cuak nak tau next n3.. #excited

    ReplyDelete
  11. Rehan yang menyengat...xcited tggu next n3

    ReplyDelete
  12. Rasanya benjy org yg tusuk die dulu kan...

    ReplyDelete
  13. kalau ada cinta...pasti bersatu jua....

    ReplyDelete
  14. Sedih la kak RM

    tp kan3 shah ni boleh jadi abang sufi?hehe andaian saya...dan ben org yg tikam sufi dulu..

    ReplyDelete
  15. Huaaa..... berlikunya percintaan mereka

    ReplyDelete
  16. As usual, your writing inspires and excites ohers, brilliantly written...tq

    ReplyDelete
  17. Mengalir air mata kak.

    "Kalau orang lain hanya berjalan tenang menuju Tuhan, aku pula perlu berlari sekuat hati"

    serius ayat ni pahat hati saya. ingatkan diri sendiri bagaimana cara saya menuju Tuhan.

    ReplyDelete
  18. Kau dan aku
    mimpi yg sama
    benarlah jaemin pelakunya
    dan jaemin itu benjy
    ....speechless

    BEST

    ReplyDelete
  19. membaca entry ni sambil dengar lagu sami yusuf-make me strong.. seakan terdengar luahan benjy.. make me strong.. make me strong...

    ReplyDelete
  20. tiap kali ada kata2 nasihat yg terselit...buat saya sebak
    buat saya rasa ada yg menasihati & bagi sokongan
    tima kasih buat kisah seindah ini...
    saya rs saya dpt teka dah knp sufi mimpi begitu

    ReplyDelete
  21. Tq kak...
    mimpi insan yg brlainan jantina, tp mmpunyai maksud yg sama
    apakah yg akn brlaku setrusnya...

    ReplyDelete
  22. Saspen ni, adakah benjy n sufi punya kisah silam bersama?

    ReplyDelete
  23. Hah.....jgn ckp benjy yg tikam sufi.......!!!! Berdebor menanti episod seterusnya....

    ReplyDelete
  24. Allah...
    Aturan Allah yg perfect. sikit2 dh tersingkap si pesalah sufi..

    ReplyDelete
  25. Bertambah saspen dan hangat...ini cerita. Sufi akan tahu juga akhirnya.....rm tak bolehkah mereka bersatu?

    ReplyDelete
  26. apakah...??? adakah... ??? betulkah...??? mengapakah...???

    ReplyDelete
  27. Tensionnye tunggu next entry..cepat ya RM..best sgt cerita ni..

    ReplyDelete
  28. makin misteri dan makin terluka .. besttttt lahh kak rm .. good job. heeee

    ReplyDelete
  29. Harap ia hanya sekadar mimpi sahaja....

    ReplyDelete
  30. ~~~~~> RM, andai saja Benjy@Ben@Jaemin ini wujud ingin kutemu...

    ReplyDelete
  31. Alamak....ni mesti sebab benjy la orang yang tikam sufi kan?

    ReplyDelete
  32. Nice....mmg benjy ke yg tikam sufi dulu tu...?sedih la pulak...

    ReplyDelete
  33. Erkkkjj! Is that him? Ohhh... please dont.. huhuhh

    ReplyDelete
  34. Johan is Shah. Benji is history Sufi

    ReplyDelete
  35. Tak tahu bagaimana nak meluah rasa... Aku terbakar..dia rentung..
    Berat dugaan ini ya Tuhan..

    Sedih😞

    ReplyDelete