Monday, October 27, 2014

Beast and The Beauty - Cp.16

Cp. 16

DUDUK dia memang tak tenang.  Gelisah.  Resah.  Lemah segala sendiri.  Matanya meliar merenung sekeliling tempat.  Tak betah duduk rasanya.  Liur ditelan rasa berbatu.  Rengkung bagai nak rabak.  Dada sasa itu kasar berombak. 

Melihat Benjy yang sedang menyeka renik peluh pada dahi, Sufi kerut kening.  Dah kenapa pulak?  Aircond kemain kuat.  Dia dekati Benjy yang berdiri tak betah di depan pintu. 
“Awak tak sihat?”  Yalah, mana tahu kot-kot demam.  Sebab tu berpeluh.  Rasa bersalah pulak dia ajak Benjy teman dia ke sini. 
“Hah?”  Wajah Benjy jelas terpinga-pinga tapi tak lama.  Dua saat kemudian, riaknya berubah tenang.  Nafas dihela dalam.  “Saya okey aje.  Dah siap pilih?” 
Bibir bawah Sufi mencebek.  “Tak tahu nak beli apa.  Biasa orang lelaki ni suka apa, ya?” 
Bibir Benjy rabak dengan sengih.  Nak jawab betul atau nak usik, tak pasti pulak dalam pada jiwa dia sendiri resah ni.  Tapi apa salahnya.  Sekadar meredakan keadaan.  Tak nak Sufi jadi mangsa keadaan lagi.
“Kenapa sengih?”  Pandangan Sufi meredup.  Mesti nak kenakan aku ni. 
“Orang lelaki biarpun sama jantina, tapi citarasa berbeza...”
“Okey...”  Sufi hela nafas dalam.  Silap perhitungan.  Benjy tak ada niat nak kenakan dia pun.  “...agak-agaklah.  Kalau awak, awak suka hadiah apa?” 
“Saya?”  Telapak tangan Benjy melekap pada dada bidangnya.  Senyuman senget mekar.  “...kalau saya, saya suka hadiah tu adalah awak...” Senyuman sengetnya bertukar manis. 
Pada Sufi, ianya seperti madu!  Madu asli!  Dan, jika sebegini manisnya madu, dia pun sanggup digigit lebah bagi mendapatkan madunya.  Namun, ianya tak semudah itu.  Dia dapat rasa, perjalan dia dan Benjy seperti lebuhraya yang lurus dan lapang.  Terlalu lurus dan lapang hinggakan halaju hati dan perasaannya terbuka pada bahaya dan dia tak mungkin benarkan hati dan jiwanya terluka kerana sesuatu yang dipanggil cinta. 
Bibir Sufi terukir senyuman senget.  Dijeling Benjy memberi amaran.  Jangan berurusniaga dengan hatinya hanya membuat pertukaran dengan ayat-ayat manis bergula.  Boleh kena penyakit nanti.  Cukuplah manis-manis buah.  Itu yang terbaik. 
Mengerti dengan amaran Sufi biarpun hanya dengan jelingan mata, Benjy berdeham panjang.  Wajahnya berubah serius.  Dia jongket kening ibarat memikir.
“Awak bagi apa yang tak pernah dia ada…”  cadangnya. 
“Masalah, Abang Jo tu semua menda dia dah ada.  Dia boleh dapat apa je yang dia nak.  Itu yang susah sikit…”  Sufi mengeluh dihujung kata.  Pernahlah dia bagi koleksi buku Abdul Latip.  Perkisahan tentang lelaki hebat di samping Rasulullah saw tulisan Mahmud Al-Misri.  Semoga menjadi inspirasi buat abangnya menjadi lelaki yang hebat. 
Abang Jo cakap, dia pun mampu beli.  Dia tahu itu Cuma usikan kerana itu sekarang menjadi antara khazanah terhebat Abang Jo.  “Saya nak sesuatu yang lain.  Sesuatu yang mampu buat dia kagum…”  Bibirnya merekah dengan sengih. 
Suasana sepi beberapa ketika.  Sufi membelek wallet kulit di tangan.  Benjy merenung sisi wajah si dara.  Tenang.  Tanpa apa-apa rasa yang songsang melainkan rasa simpati semata-mata.  Dugaan buat Sufi muncul dan dia adalah penyebabnya. 
“Awak tahu sesuatu tak, Juliana?” Benjy memecahkan sepi antara mereka. 
Sufi kalih memandang tepat pada mata sepet itu.  Keningnya yang asli terbentuk indah itu naik.  Menyoal dalam bisu. 
“…saya tak tahu apa yang awak cari dan apa yang abang awak suka.  Tapi, sesuatu  yang saya sangat pasti dan yakin.   Yang saya tahu jawapannya…”  Benjy jeda kemudiannya.  Mencari riak  keterujaan yang lebih pada raut Sufi.  Kerana dia tahu, wajah tersenyum ini boleh jadi akan lenyap daripada pandangan dia sesaat kemudian.  Tak siapa boleh duga. 
“…awak adalah hadiah terbaik buat dia.  Bahagia awak, senyuman awak.  Tawa dan tangis awak – itu adalah hadiah yang terhebat buat dia.  Jika sekali awak pegang tangan dia erat.  Awak kucup dan cakap  yang awak hargai dan bertuah ada abang sebaiknya – itu adalah hadiah terhebat yang dia pernah dapat, Juliana…”  Ya, awak sendiri adalah satu anugerah terhebat untuk saya jugak.  Anugerah yang membawa satu ‘anugerah’ lain dalam hidup saya.  Hati Benjy bersuara tapi hanya diri sendiri yang mengerti dan Allah sajalah yang mendengar. 
Ayat Benjy buat Sufi kaku.  Terus bunga tawanya layu.  Entah kenapa, suara perlahan itu menusuk kalbu.  Tak terasa lukanya dek ketajaman kata-kata tapi mengalir sesuatu yang hangat.  Bukan darah tapi air jernih yang dia gelar airmata.  Hatinya sedang menangis. 
Bukan kerana Abang Jo.  Tapi, dia dapat rasa sesuatu dalam kata-kata Benjy.  Cuma, tak reti dia nak tafsir.  Tak pandai nak menyerkap dalam kesamaran.  Takut telahan dia adalah satu telahan yang pincang. 
“Kalau gitu, saya buat macam awak cakap jelah…”  Sufi tarik senyum menyembunyikan canggung.  “…jimat sikit duit…”  Mata dikenyit. 
Benjy ketawa kecil.  Menggeleng beberapa kali.  Pandai pulak dia buat lucu.  “Tapi, eloknya beli apa-apa je.  Murah, mahal – tak penting.  Janji ada kasih sayang dalamnya.  Ada ingatan yang tak padam…”  cadang Benjy pula. 
Tak bersuara, Sufi hanya angguk.  Terus mereka keluar daripada butik tersebut dan berlalu ke lot kedai yang lain pula. 
Melihatkan Sufi yang ralit menatap gemstone di depan mata, Benjy rasa tak sedap hati.  Dia mengendap keluar kedai.  Kemudian berpaling pada Sufi. 
“Awak tunggu sini kejap.  Saya gi washroom kejap.  Apa-apa pun, tunggu sini…”  Pesanannya tegas dalam kelembutan.  “…jangan keluar daripada kedai ni sampai saya balik sini semula.  Kalau ambik masa sikit pun, kena tunggu sini jugak.  Jangan gerak ke pintu walaupun selangkah.  Faham!” 
“Awak pesan macam nak pergi berperang…”  Pesanan itu buat Sufi ketawa kecil.  Menutup mulut daripada terus berhamburan tawanya.  Okey.  Benjy sangat kelakar!  “Yalah…yalah… saya tahu.  Saya tunggu sini…”  Akhirnya, dia mengalah bila kata-katanya buatkan wajah Benjy semakin serius. 
“Janji…”
“Seumur hidup…”  balas Sufi tenang.
Mata sepet Benjy hampir bulat.  Dia tahu Sufi usik dia.  Sengih resah koyak.  Dia angkat jari telunjuk pada Sufi.  Dah pandai usik orang.  “Jaga diri…” 


LAMA betul Benjy ni.  Tak betah menanti di dalam kedai, Sufi mungkir janji.  Dia melangkah keluar.  Padanya, tempat ini tempat umum.  Ramai orang waktu ini.  Tak mungkin dia akan diculik atau diragut lagi sekali.  Kepalanya tertoleh ke kiri-kanan dan matanya  melilau ke depan-belakang tapi kelibat Benjy tak kunjung muncul. 
Bibirnya diketap kuat.  Manalah dia ni?  Bukan dia takut tapi entah… risau Benjy tinggalkan dia sendiri sebenarnya.  Tinggalkan dalam erti kata yang sebenarnya.  Menangiskah dia jika Benjy berlalu daripada hidup dia yang baru rasa apa itu erti hidup?   Yang baru tahu menikmati alam yang Tuhan hadiahkan dengan sebaik-baiknya.
“Awak kenal Benjamin?”  Soalan yang menyapa tak semena-mena hampir buat Sufi terduduk.  Terkejut.  Jantung dia berdetak laju.  Matanya terkebil-kebil tapi tak lama bila dia berjaya kuasai nafas yang lelah. 
Dia angguk jua.  Memandang pada lelaki yang rendah sikit daripada Benjy tapi wajah lelaki ini tak mesra langsung.  “Awak kawan Benjy?” 
Kening lelaki itu berkerut lebat.  Benjy?  Setelah itu dia senyum sinis.  “Saya tak panggil dia Benjy.  Dulu...  dulu...”  Ditekan perkataan dulu dengan begitu mendalam.  “...orang tak panggil dia Benjy...” 
“Oh, okey...”  Sufi kehilangan kata.  Tak tahu nak berkata apa dah.  Ditegur tiba-tiba oleh lelaki  yang mengaku kawan Benjy, dia sendiri tak tahu nak cakap apa. 
“Tapi kan...” 
Suara lelaki itu membawa Sufi memandangnya sekali lagi.  Kening dia naik memberi laluan  lelaki itu meneruskan kata. 
“...kita macam pernah jumpa.  Betul tak?” 
“Hah?”  Sufi sengih sinis dalam hati.  Ni soalan nak mengayat ni.  Nak mengumpan dan dia tak termakanlah umpan begini.  Tak selera dia.  “Saya yakin tak...”
“Jika saya kata ya?”  giat lelaki itu dalam senyuman senget.
“Gamaknya muka nak serupa...”
“Tapi yang saya kenal tu pun nama Sufi...”
Sufi telan liur.  Hati dia rasa tak sedap mana dah.  “Errr... dalam dunia ni berjuta kot orang nama Sufi...”
“Tapi, seorang aje kot yang...”
“Kenapa dok kat luar?” 
Tak sempat ayat itu disudahkan, Benjy menjerit kuat.  Sufi berpaling.  Nampak Benjy lelah berlari ke arahnya.  “Apa awak buat kat sini?  Saya suruh awak tunggu dalam kedai, tahu ke tidak?  Tak faham arahan ke atau saja nak cabar sabar saya?”  Perlahan Benjy menyoal tapi tetap tajam menikam kalbu Sufi. 
“Err... saya cari awak...”  Dia rasa nak menangis.  Benjy tak pernah macam ni.  “Lagipun, ni kawan...”  Dia berpaling semula ke depan tapi lelaki itu dah lesap.  Matanya melilau ke merata tempat.  Mencari susuk tubuh lelaki tadi tapi tiada.  Tak dapat dikesan.
“Saya dah cakap.  Apa pun jadi, tunggu saya dalam kedai tu.  Saya akan datang pada awak sebab saya dah janji, Juliana...”  Ayat akhirnya terluah bersama lelah dalam dada.  Kenapa sukar sangat Sufi nak faham?  Bukanya dia bertutur bahasa Sanksrit. 
“Saya tak tahu awak nak marah...”
Benjy meraup wajahnya.  Kemudian meramas rambut yang sedikit basah.  Jiwa dia terluka dengan sikap Sufi.  Sufi mungkir janji!  Sufi tak patut keluar.  Hampir terjerit dia bila melihatkan Sufi bercakap dengan seorang lelaki.  Lelaki yang perlu dia halang daripada terus dekati Sufi atau dirinya sendiri.  Tapi, mampu ke dia menolak sejarah sedangkan dia di sini hari ini adalah kerana sejarah? 
“Maaf, Juliana… saya…”  Nyata, dia kehilangan kata berdepan dengan Sufi  yang dah basah birai matanya.  “…saya tak sengaja…” 
Wajah Sufi menekur ke lantai.  Malu bila akhirnya titisan jernih itu menitis setitis.  Ya, dia mungkir janji tapi Benjy tak tahu yang dia risau ditinggalkan sendiri.  Ditinggalkan tanpa kata adalah sesuatu yang menakutkan.  Seperti mana lelaki berperangai binatang itu pergi meninggalkan dia dalam kesakitan suatu ketika dulu setelah menitiskan airmata.  Jika saat itu lelaki  itu menuturkan maaf, dia pasti memaafkan.  Semua yang berlaku, ada asbabnya.  Tak mungkin sia-sia. 
“Saya takut awak tinggalkan saya…”  Rendah perlahan Sufi bersuara.  Nada penuh kekesalan.  “…maaf buat awak risau… maaf mungkir janji…”
“Tak…tak…”  Kepala Benjy bergerak.  Menggeleng.  Menafi maaf Sufi.  Dia yang salah sebenarnya.  Memang salah dia mencari kelibat si jaket hitam itu setelah  yakin kelibat itu terbias di depan mata dan ya, memang pandangannya tajam. 
“…saya minta maaf.  Saya yang salah lama sangat.  Lagipun, saya tak akan tinggalkan awak melainkan awak  yang nak saya pergi, Juliana…”  Yakin Benjy bersuara.  Bukan untuk memujuk Sufi tapi menyatakan rahsia hati yang kian disingkap atau tersingkap – dia sendiri tak pasti. 
“…dah beli hadiah?” 
Sufi geleng.  Langsung tak angkat kepala. 
Benjy senyum.  Rasa nak dipaut wajah itu agar menatapnya tapi dia tahu di mana hak dia sepatutnya.  Lantas, dibiarkan Sufi tunduk saja. 
“Nak beli tak?” 
Sufi geleng sekali lagi. 
“Kalau gitu, kita balik…,” ajak Benjy.  Sufi angguk.  “…lagipun, awak adalah hadiah terhebat buat dia…”  Sempat dibisik pada Sufi yang sedang mengesat hidung. 
Mata mereka bertentangan tapi tak lama bila Benjy alihkan wajah.  Mata basah itu menyakitkan hati dan memorinya.  Airmata yang terbit daripada birai mata Sufi tak ubah seperti asid menitis dan menghakis hati yang baru nak menjadi manusia. 

Dia kesakitan kerana pernah menyakiti gadis ini!  

...2bCont...

RMsays : Take a while.  At least I will end it up in this blog of mine.  So, do enjoy.  Thought you guys can guess what was happened 10 years ago.  I think this remind us to Kuca and Qais.  But Qais forgave and forgot.  What will happen to our Sufi Juliana once she finds out?  Don't guess.  Just expect the unexpected.  

Thanks for being here.  Appreciated it much.  
Love,
Rehan

16 comments:

  1. Kuca an qais dlm novel tajuk apa?

    ReplyDelete
  2. Wahhhhhhhhhh..... terujanya dgn cinta yg tak terucap nih..thanks rehan

    ReplyDelete
  3. Awww...rindu dgn Kuca & Qais...
    Yg ni rasa2 nk kene 😭😭😭😭@ the end ke???

    ReplyDelete
  4. Yela kak, kuca n qais memang best..hopefully Benjy and Sufi pun berkesudahan dengan baik..semoga ada kemaafan diperolehi Benjy.. thankz kak.. :)

    ReplyDelete
  5. Tqvm RM. Very nice n3. Keep it up your good works dear.

    ReplyDelete
  6. sesunggahnya kebenaran itu pahit.
    tapi satu hari nanti kebenaran itu pasti tersingkap.
    semoga ada sinar bahagia untuk bengy & sufi.

    ReplyDelete
  7. Jgn la sufi x terima benjy... meraung saya...huhuuu

    ReplyDelete
  8. RM...best sangat. Jgnlah buat Sufi dan Benjy berpisah. Biarlah Sufi terima Benjy yg sekarang seadanya...

    ReplyDelete
  9. Sufi n benjy akan tabah harungi kebenaran yg bakal tersingkap

    ReplyDelete
  10. Huhu..sedih..
    Bagai dapat rasa perit hati benjy dan sufi..
    Moga kesudahan kisah mereka akan membuahkan senyum dihati.. 😊

    ReplyDelete
  11. Kak Rehan punya jalan cerita buat saya yang susah hati fikir apa ending Sufi-Benjy ni...

    ReplyDelete
  12. Hm ...lain org lain caranya bila berdepan dgn kebenaran yg menyakitkan. Let see next sufi's reaction.

    ReplyDelete
  13. Pilu....perit... arghh semua rasa.. sakitnya rasa bila x boleh nak syg dia.. takut dia Terluka. Huhu

    ReplyDelete