Wednesday, December 17, 2014

Beast and The Beauty - Cp.27

Cp. 27

 
BIBIR tua Haji Dasuki pecah dengan senyuman tipis.  Daripada suara Benjamin pun dia boleh tahun yang anak seorang ini memang benar-benar tenang sekarang. 

“Syukurlah, Ben.  Seperti yang telah Allah janjikan.  Sesudah kesulitan pasti ada kemudahan.  Lantas, kenapa kita nak pertikaikan janji Allah.  Betul tak?”  Tawa halus Haji Dasuki menyapa talian.

Benjamin angguk sendiri.  Dia tunduk dan mengukir senyuman tipis.  Sungguh dia rasa damai tapi untuk selama mana, dia sendiri tak pasti.  Kerana langit tidak akan selalunya cerah.  Nak capai taqwa dan syurga Allah bukan perkara yang mudah.  Sudah tertulis yang dunia ini tempatnya ujian.

“Cuma Ben tak tahu sampai bila ketenangan ini, babah…”  Dalam maksud kata-kata Benjamin. 

Mengerti dengan apa yang Benjamin maksudkan, Haji Dasuki hanya diam.  Hingga beberapa ketika.  Kerana dia tahu masih ada sesuatu yang Benjamin risaukan.  Tentang Benazir.  Dia sendiri tak pernah berjumpa empat mata dengan Nazir.  Pernahlah dia nak ikut Benjamin melawat Nazir semasa hamba Allah seorang itu masih dalam tahanan tapi Benjamin melarang.  Katanya, dia tak nak Nazir bertambah marah.  Memang pada Benjamin, dia adalah seorang ayah tapi dia tetap orang luar pada Nazir dan dia harus akur. 

“Babah tak boleh nak kata apa lagi buat masa ni.  Babah tak pernah kenal dia, hanya Ben yang kenal abang tu macam mana.  Tapi kalau sebelum ni dia pernah haling Ben bersama dengan Sufi, apa yang buat Ben rasa dia akan bagi kalau Ben cakap Ben dengan Sufi dan berbaik?  Sufi dah boleh maafkan Ben atas apa yang dah terjadi dulu?” 

Nyata, Haji Dasuki terlalu risau tentang seperkara itu.  “Payah sangat, Ben… nikah ajelah dengan Sufi tu.  Dia benar-benar jadi tanggungjawab Ben nanti dan babah tak fikir Nazir sanggup rosakkan bahagia korang berdua lagi,” tambah Haji Dasuki. 

Perkara ini sudah lama ada dalam kepala malah dia dah hampir pergi meminang Sufi lepas Aidiladha lepas tapi ada aral melintang tiba-tiba. 

“Alang-alang semua dah selesai, babah rasa elok babah pergi pinang Sufi terus.  Jangan tunggu lama-lama.  Lagipun, nak berkawan sampai bila.  Jujurnya babah tak suka Ben nak berkawan dengan anak dara orang lama-lama.  Tambah pulak, 10 tahun Ben kenal dia dah cukup lama tu…” 

Mendengarkan cadangan Haji Dasuki, Benjamin terdiam lama.  Memikirkan kembali cadangan babah.  Hari tu dia hanya angguk kepala bila babah nak pergi meminang tapi tak jadi.  Kali ini, jika babah suarakan lagi sekali dia juga bersetuju cumanya dia perlu meminta.  Setidak-tidaknya memberitahu.  Pada Nazir.  Nazir juga punyai hak atas hidup dia.  Mana mungkin dia belakangi Nazir. 

“Boleh tak Ben cakap dulu dengan Nazir, babah?” 

“Ben tak perlu berwalikan dia…”  Bukanlah niat nak menyindir atau apa saja tapi hati tua Haji Dasuki risau.  Daripada apa yang dah jadi, Nazir tak mungkin merestuinya malah takut-takut Nazir lakukan perkara yang lebih teruk. 

Tapi, benar kata Benjamin.  Nazir itu abangnya.  Darah daging sendiri.  Biarpun bukan meminta izin, sekadar untuk memaklumkan. 

“Kalau itu keputusan Ben, yakin bila Ben beritahu dia dan dia tak halang, Alhamdulillah.  Pada babah, dia juga perlu tahu.  Cukuplah dia tak halang walaupun dia tak setuju…” 

Kata-kata Haji Dasuki mengakhiri perbualan mereka pagi itu.  Entah bila babah nak balik.  Rasa dalam seminggu lagi baru balik ke Semenanjung.  Dia pun satu hari ni, nak ikut jejak langkah babah.  Menyebarkan Islam ke serata dunia tapi ilmu dalam dada masih pada takuk merangkak.  Nak mendidik diri pun, cukup-cukup makan.  Ini nak menggempur dunia.  Tambah pula nak mendidik anak dara orang dia memang kena perlu lebih berguru. 

 

 

WAJAH manis itu dipandang.  Tetap cantik biarpun masih pucat.  Selamba, Johan mendekati adiknya dan melingkari bahu Sufi yang sedang ralit membantu mama di dapur. 

“Tak kerja?”  soal Johan bila mana jam dah bergerak ke angkat 10 tapi Sufi masih santai dengan baju-T dan track bottom. 

“Eh, abang ni.  Terkejut orang…”  Sufi urut dada.  Mujurlah pisau di tangan tak naik terhunus pada muka abang dia  “…nasib baik pisau ni tak makan orang…”

“Pisau pandai makan orang?”  usik Johan. 

“…oh main-main, ya.  Meh sini…”  Sufi cuba tarik Johan tapi suara mama melarang. 

“Pisau tu, Juliana Sufia… Johan Shah.”  Keras suara mama memberi amaran.  Tangan dibasuh dan dia berlalu ke peti ais mengambil sayur.  “Dengan pisau pun bergurau.  Jadi apa-apa nanti, siapa yang susah…”  Mama terus membebel.

Sufi dan Johan saling memandang.  Terus ketawa terbahak-bahak.  Mama hanya mampu menggeleng kepala.  Tapi dalam hati lega.  Setelah ribut membadai rakus, akhirnya mereda juga. 

“Yang abang ni tak kerja ke?  Masa ni ada dekat rumah lagi?”  Sufi kembali memotong sayur. 

“Abang ada kerja luar.  Kejap lagi nak keluarlah ni.  Malam ni balik lewat sikit…”  Johan tarik kerusi dan melabuhkan duduk.  Kakinya mencuit betis Sufi.  Terus adiknya berpaling dengan kening yang naik tinggi.  “…korang dah okey ke?”  Johan tak mampu lagi sembunyikan sengihnya. 

Terkejut dengan apa yang mama sampaikan.  Tapi, setidak-tidaknya Sufi tak lagi berkurung dalam bilik walaupun masih berkurung dalam rumah. 

“Yang abang sengih lebar sangat tu kenapa?”  Sufi buat muka.  Sah.  Memang mama dah bagitahu Abang Jo ni.  Kalau tidak, mana boleh Abang Jo sengih sampai telinga.  “…apa yang abang dengar, itulah dia.  Tak payah buat-buat muka tak bersalah nak tanya Sufi lagi, ya?”  Amaran tahap jingga dikeluarkan.  Dia dah malas nak bercerita tentang hal yang menyakitkan tu. 

“Cantiklah tu.  So, bila nak akad nikah ni?”  Johan terus mengusik. 

“Mama kalau boleh nak suruh diorang nikah esok, Jo…”  Bukan Sufi, tapi mama yang menjawab dan harapan mama memang menakutkan. 

“Ha, bertambah cantiklah tu, ma.  So, kita kena pergi pinang Jaemin ke apa ni?  Jo nak ambik cuti ni…”  Semakin galak Johan menyakat bila muka putih Sufi sudah merah padam. 

“Abang Jo ni, kan…”  Sufi angkat lagi pisau di tangan.  Tak sengaja.  Tindakan reflex. 

“Mama, Sufi acu pisau dekat Jo…”  adu Johan dengan muka takut tapi sengih yang makin lebar di bibir.

“Juliana Sufia…”  Mama menegur.

Tangan Sufi jatuh.  Dia tunduk.  “…Abang Jo ni haa…” 

“Tak adalah.  Dia usik aje tu.  Tapi, mama bersungguh tadi.  Kalau Benjamin tak nak datang pinang, kita pergi pinang dia…” 

“Mama pun sama…”  Wajah Sufi menebal berinci-inci.  “…mana boleh kita pergi pinang dia.  Terbalik…” 

“Mana ada terbalik, Sufi.  Itu sunnah tu.  Rasulullah pun Khadijah yang pinang apa.  Kenapa pulak nak hirau masyarakat.  Mama tak pelik dengan manusia yang bajet diri tak berdosa semua.  Suka sangat pandang pelik pada tindakan orang.  Lagipun, kita ni semakin jauh dengan sunnah Rasulullah saw.  Apa salahnya, kita hidupkan balik.  Kan Rasulullah dah pesan, telah bagindah tinggalkan dua perkara agar kita tak sesat.  Iaitu sunnah baginda dan Al-Quran…” 

Tu dia… Sufi telan liur.  Johan angkat kening berkali-kali.  Sekali mama bagi tazkirah, segar jiwa.  Betul kata mama.  Dia lebih risaukan pandangan masyarakat.  Yalah, perigi cari timba.  Itu gelaran tapi itu gelaran yang manusia berikan.  Sedangkan dalam Islam, tiada istilah demikian.

“Okey, mama pergilah pinang dia esok.  Kata Sufi nak kahwin hujung bulan…”  Saja Sufi buat nada serius. 

Johan ledakkan tawa.  Dia sepak kaki adiknya.  “Gelojohnya…”

Sufi buat muka serius tapi mama dan Johan tertawa lepas.  Tapi, tak lama bila telefon bimbit Johan menjerit nyaring.  Terus diseluk poket seluar dan menjawab panggilan dengan tawa yang tersisa. 

“Gelak sakan kau.  Tahulah nak kahwin…”  Suara pemanggil penuh sinis.

Johan tak ambik hati langsung.  Dia bangkit dan sedia nak berlalu.  “Kau pun sama apa…”

“Eh, aku pulak…” 

“Yalah.  Dekat rumah aku ni ada sorang anak dara nak suruh mama dengan ayah aku pergi pinang kau.  Tahu tak?”  Sempat dikerling pada Sufi dan tahulah Sufi siapa pemanggilnya.

“Abang Jo!”  Suara Sufi nyaring.  Sufi angkat pisau tapi Johan cepat-cepat melangkah.

Tergelak besar Benjamin bila mendengar suara Sufi menjerit.  Bahagia dengan hubungan dua-beradik itu.  Tak seperti dia dan Benjamin. 

“Sungguh ke weh korang nak datang pinang aku?”  Waa ini sudah bagus.  Baru aje babah sebut pasal nak meminang.  Ni pinangan kelas tersendiri ni.  “Bila nak datangnya?” 

Johan terus ketawa.  “…kau dengan adik aku sama-sama gelojoh.”

Garu kepala Benjamin dibuatnya.  Bila difikir balik tak pelik pun kalau keluarga Sufi datang tapi rasanya, biarlah dia yang mula langkah pertama.  Lagipun, dia lelaki.  Sufi perempuan pasti penuh dengan rasa malu. 

“Kau cakap dekat dia, aku pergi pinang dia minggu depan.  Tunggu babah balik.  Suruh dia tunggu dengan penuh sabar dan sopan,” pesan Benjamin pada Sufi melalui Johan.

Lantas, suara Johan mengaum kuat.  “…Sufi tak payah pergi pinang Jaemin.  Dia kata tunggu dengan penuh sabar dan sopan kehadiran dia menyarungkan cincin tanda kasih sayang cinta juga rindu yang membara dalam dada…” 

Amboi kau, Shah.  Panjang pulak nasi tambah kau.  “…hai, pandai pulak kau tambah ayat aku eh…”  Benjamin berdecit. 

Tapi, Johan hanya ketawa.  “Tak suka ke?”

“Mahu tak suka…”  Benjamin juga terus ketawa.  “…So, jumpa tempat biasa,” sambung Benjamin lagi.

“Deal…”  Johan hanya setuju.  Tanpa sedar, Sufi berdiri dekat di sisi abangnya.  Mengisyaratkan sesuatu.  Tidak dapat tidak, Johan hanya setuju. 

“Shah, nanti kalau kau bawa Sufi datang sekali, okey tak?” 

Johan kerut kening.  “Eh, sabarlah, Min. Korang nak kongsi bilik tak lama dah.  Nanti kau tataplah dia lebih-lebih…”  Mengikut arahan.

Sufi sengih.  Tapi, masih lagi diam. 

“Pulak dah.  Aku ni, rindu betul dekat dia, Shah…” 

“Kau call la dia sendiri cakap rindu…”  suruh Johan. 

“Kau ni, aku kan pemalu…”

“Eleh…”  Bibir Johan mencebek lebar.  “…sejak bila jadi pemalu…”

“Sejak nak jadi suami orang kot…”

“Amboih…”  Johan gelak halus.  Dikerling Sufi di sisi.  Dijegilkan mata.  Puas hati?!  Haih.  Pelik betul dua orang makhluk ni.  Nasiblah Nani tu matang tak macam Sufi ni.  Kalau tak, dia memang cari lainlah. 

“Yalah-yalah.  Aku gurau aje.  Nantilah aku call dia.  Kau tu cepat sikit.  Lagi satu…”  Benjamin ketap bibir.  Nak juga cakap ni.  “…kau gi bisik dekat dia, cakap aku rindu dia…”  Rasanya kalau berdepan dengan Johan Shah ni, rentung dia kena bakar jadi mamat jiwang sangat.  Tapi, kalau bukan pada Johan, pada siapa lagi dia nak mengaku rasa halu sini pada Sufi. 

“Okey.  Kau dah cakap dekat dia sendiri…”  Johan gelak lepas.  “..woi, Sufi dah buat loud-speaker awal-awal tadi lagi…”

“Hah… mati aku!”  Benjamin dah kelam-kabut.  Dia garu kepala.  Jangan cakap satu rumah dengar. 

“Satu rumah dengar woi…”  Johan makin galak mengusik. 

Sufi hanya senyum.  Perlahan, dia dekatkan telefon Johan pada mulutnya.  “Rindu awak juga…”

Lembut dan cukup halus suara itu menerobos masuk ke telinganya.  Benjamin hampir kecairan.  Malunya berterbangan bila dirasakan dirinya ditumbuhi sayap.  Ya, jiwa dia sedang terbang – bahagia.    

 
...2bCont...

RMsays :  Bahagia?  Ya, berbahagialah... ^_^

38 comments:

  1. Bahagianye baca bab ni. RM lagi2. Aduhhhh mesti cair kalau benjy n sufi berdua sj. Ni pun dah rasa sgt bahagia.

    ReplyDelete
  2. yieyyy!.. sgguh bahagia.. harap sgt nazir tak buat hal..

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya baca bab ni...baru nmpk 2-2 dah blh senyum dan ketawa....masih ada halangan lagi kah antara mereka....Benazir

    ReplyDelete
  4. Kak rehannnnnn ..jangan bg saya, sufi dgn benjy nangis dah eh? Please.. Saya nk senyummmmm ja.. Ohhh.. Bahagianyaa :P

    ReplyDelete
  5. Alahai....bahagianya depa.2 ni....sukaaaaa

    ReplyDelete
  6. baca banyak banyak kali dah niii..

    ReplyDelete
  7. Sangat kagum dengan tulisan RM...memang best...bahagia rasa sampai ke dasar hati....

    ReplyDelete
  8. akhir nyer...harap2 x de halangan dh..

    haling -> hilang
    tak seperti dia dan Benjamin -> tak seperti dia dan Benazir
    halu sini - halus ini

    ReplyDelete
  9. best sangat garapan idea RM...tahniah sis

    ReplyDelete
  10. Bahagianya bc bab ni...sengih sorang sorang...jgn ada duka bila bahagia dah menjelma.
    Drp juediva

    ReplyDelete
  11. Ya Allah..bahagianya rasa. Moga segalanya berjalan lancar...

    ReplyDelete
  12. Bahagianyaaa... Please kak rehan. Let them be together smoothly. X mo la nazir kacau lak nnti.

    ReplyDelete
  13. Best...tersengih akk bila membaca bab ni. Cuma bagaimana agaknya penerimaan Nazir? Suspen sungguh...Tahniah RM, semoga writing mojo berterusan hari2. Yg mendpt benefit ialah kami, para pembaca.

    SW104

    ReplyDelete
  14. Bahagia sangat...harapnya nazir x buat hal

    ReplyDelete
  15. Aduhaii .. malu gilaa . Pegi buat loud speaker .. hehehe

    ReplyDelete
  16. wah bahagianya...RM jgn bg nazir jd penghalang yer...dah feeling romantika di amour ni...hehehehe

    ReplyDelete
  17. Kontraktor ubahsuai rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOGFACEBOOK Hubungi: 0182233854 KHAIDIR

    ReplyDelete
  18. rama rama berterbangan ...
    seronok bc bab ni.. :)

    ReplyDelete
  19. Alololo..sweet je. Baru la happy baca bab ni..sonyum lebar

    ReplyDelete
  20. Sayang akak
    Ben tu malu2 kucing plan.errrgh
    Hee

    ReplyDelete
  21. sweetnya....bahagianya...

    ReplyDelete
  22. RM sweeettnya... plz taip laju-2 dh x sabar nk baca sbgan..

    ReplyDelete
  23. lunch saya hari ini sangat la manis...thanks RM!!

    ReplyDelete
  24. ~~~> di hati... debar dalam keterujaan kian sebati rasa resah dalam gelisah tanya meniti hari bahagia.. dan terusnya menemu titik setelah kata TAMAT..
    bahagiakah? tapi yang pasti biar itu yang terbaik buat semua RM.. ;-)

    ReplyDelete
  25. Benjy & sufi....derita bahagia...redha.sweet....next?

    ReplyDelete
  26. knp rsa mcm lmbt je crita ni nk berkembang..

    p/s: sbenanya diri sndri yg x sbr..haha.gelojoh

    ReplyDelete
  27. Akhirnya membaca dengan gembiraaaaa

    ReplyDelete
  28. Alaaaahai...sweetnya. harap Sufi dan Benjamin akan bahagia dan Nazir tidak menghalang lagi....Tahniah RM..

    ReplyDelete
  29. Thanks rm. :-)
    Kalau boleh nk senyum sampai telinga.hehe

    ReplyDelete