Wednesday, April 29, 2015

Seseorang Untuk Aku, Released!!!

Seseorang Untuk Aku



Harga Semenanjung RM25.00
Harga Sabah/Sarawak RM28.00
Diskaun RM5 bagi pembelian di PBAKL sekarang. 


Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.


“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul


“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr



Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.



“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul


“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr



Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.



“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr


“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul


“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr



Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?


--------------------------------------------------------------

MELODI CINTA

Ini adalah kompilasi Cerpen penulis2 Karyaseni/Penulisan2u dan antara satunya termuat cerpen saya bertajuk Awek Spanar (cerpen baru tak pernah ada di mana2 kecuali dalam Melodi Cinta) :)


                                              
Harga Semenanjung RM20.00
Harga Sabah/Sarawak RM23.00
Diskaun RM5 di PBAKL sekarang


Menarik bulan Mei, MELODI CINTA - Antologi cerpen & Mini Novel, dari 10 penulis, 

yang menarik lagi 1 Cerpen sedang ditayangkan di TV9 

iaitu drama bersiri AYUNI SAFIRA.

Ayuni Safira – Zaraa Sofea (Adaptasi Ke Drama)

“Maafkan saya, Ayuni... Kalaulah awak tahu perkara sebenar, mesti awak akan benci saya sampai mati. Maafkan saya… saya tak ada pilihan…”

Love Is Totally Blind – Nuraqilah Syuhaida

“Nasib baik muka mung ni handsome, kalau dok, jangankan jadi pelakong, nok jadi model supermarket Jusco pung orang tak moh.”
“Rupa takkan kekal… Yang kekal hanyalah agama dan personaliti diri. Dan cinta itu buta…”

Isteriku Bukan Tukang Masak – Armisya Syamira (Adaptasi Ke Telefilem) 

“Saya bersyukur sangat selama ni saya tak mintak awak tolong saya masak. Fasal ayam rentung hari tu, saya rasa tu last saya izinkan awak pegang kuali.
“Orait, suamiku malas masak!”

Isteri Solihin– Adah Hamidah 

Ada sesuatu yang aku rasa. Pedih ulu hati. Ya, hanya Gaviscon mampu meredakan pedih hulu hati. Aku pernah tengok iklannya dalam televisyen. Harap benar macam apa yang diuar-uarkan.

Bila Tiba – Qistina Alya

“Bila tiba masanya, Allah akan rawat luka dalam hati Hanis perlahan-perlahan. Bila tiba masanya, Allah akan kirimkan jodoh pilihan Dia untuk Hanis. Dan bila tiba masanya, dua hati akan jadi satu dengan izin-Nya.”

Ada Dia Di Sisiku – Tinta Biru

“Abang dah banyak berkorban untuk Nia. Kalau abang dah tak sanggup jaga Nia, abang hantarlah Nia balik ke rumah orang tua Nia. Nia sanggup, bang. Lagipun selama ni hanya abang yang jaga Nia. Nia tak jaga abang pun. Kalau abang nak cari pengganti Nia pun, Nia rela, bang.”

Aku Suka Hang La! – Umi Kalsom

Gila!!! Hendak saja aku jerit cakap ‘perempuan gila’ dekat minah sewel ni. Tapi sabarkan saja hati. Sudahlah di tengah-tengah kedai Pak Mail ini juga yang hendak dijadikan destinasi lafazkan kalimah cintamu. Hancus betul.

Mahar Cinta Untuk Faiqah – E-Man Sufi 

Lama dia menatap wajah ayu Faiqah. Allah saja yang tahu betapa dia mahukan gadis ini menjadi isterinya. Sudah sedaya upaya dia mengumpul duit tetapi masih juga belum cukup. Hantaran 50 ribu yang diminta Tuan Razlan memang tak masuk akal. Dia bukan hartawan mahupun jutawan. Dia hanya seorang tukang masak.

Awek Spanar – Rehan Makhtar

“Dengan saya hari-harilah awak makan sup spanar, Amir…”
“Oh, tak apa. Sebab saya pandai masak…”

Kerana Dia Untukku – Myra Ameer

“Bunga!”
Shaqir dijeling. Tajam. Kalau bunga itu merujuk kepada bunga ros tak apalah juga tetapi bunga yang dimaksudkan oleh lelaki itu ialah bunga tahi ayam. Apa kelas!




-----------------------------------------------------------------

Ini cerita minggu lepas lagi tapi sebab kekangan kerja luar dan dalam, saya tak sempat nak update blog.  Rasa macam pinggirkan pulak pelayar blog saya.  Tapi, saya yakin kalian dah tahu, kan?  Dekat Facebook Page saya dan Page2 Karyaseni / Penulisan2u sendiri.  


Ini dia.  Setelah 1 tahun 3 bulan, akhirnya kita dapat tengok LailatulQadr keluar.  Ianya satu perjalanan yang sangat panjang.  Apapun, terima kasih saya ucapkan pada yang sejak daripada dulu menyokong saya.  Tak kurang sikit pun.  

#SeseorangUntukAku ini adalah keluaran Karyaseni untuk Edisi bulan JUN.  Saya ulang - Edisi JUN 2015 dan djual khas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Tahun 2015 yang berlangsung pada 24 April - 03 Mei 2015 (sekarang) di PWTC (Bilik Johor, Kelantan dan Kedah) 

Untuk jualan atas talian (online) dan kedai2 buku, dijangka awal Jun baru dibuka.  Jika nak beli dengan saya, buat masa sekarang, tak boleh lagi.  Nanti saya umumkan jika saya ambik order, ya?  

Pada yang dah dapatkan di PBAKL, terima kasih.  Pada yang belum, boleh ke PBAKL atau berkirim2.  Pada yang menanti secara online dan di kedai2 buku, sabar, ya?  Maafkan kekurangan.  

Dan, pada yang dah order Encik Sederhana, penghantaran adalah pada 06 Mei 2015 (ya lambat sikit, saya faham dan saya minta maaf).  Pada yang masih berminat, jika ada stok berbaki lepas PBAKL, pihak penerbit akan buka order lagi.  Saya akan maklumkan kalian, ya?  

Terima kasih sekali lagi atas segalanya.  Tanpa kalian, saya tak akan ada di sini - seperti mana saya hari ini.  

Terima kasih. 
Terima kasih.


Salam sayang, 

RM



19 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Dah selamat abis baca 'Seseorang Utk Aku'. Best sangat2....especially ayat2 yg simple tapi mendalam maknanya. Tahniah Rehan! Hopefully, lepas ni akn ada lagi karya2 yg menarik hasil nukilan Rehan. Good luck!

    ReplyDelete
  3. Sebulan lg nk kene tunggu huhu..#laiqadr..

    ReplyDelete
  4. Isnin Inn Shaa Allah laiqadr akan kedakapan ku. Hmm tak sabarnye

    ReplyDelete
  5. Isnin Inn Shaa Allah laiqadr akan kedakapan ku. Hmm tak sabarnye

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah.sya dah habis baca story LailatutQadr. just one word 'Amanah'.buat sya terpikir amanah ke sya dlm menjalani hidup ni. betul ke cara hidup sya ni. thanks kak RM. Sya syang kak RM n story ni.. Selamat Berkarya

    ReplyDelete
  7. baru goggle karyaseni...tak jumpa pun seseorang utk aku...melodi cinta ada

    ReplyDelete
  8. ok baru call karyaseni...buku ni akan masul on-line list next month (June2015)...so sy kena tunggu next month...huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Tahniah Rehan Makhtar. Best sangat novel ni.Yang penting Cinta kepada yang Esa adalah yang utama..

    ReplyDelete
  10. Cinta yang bertunjangkan janji Allah S.W.T akan membawa kita ke SyurgaNya

    ReplyDelete
  11. Salam rehan... saya nk beli karya rehan yg dah lama release boelh x? dah cari kat kedai semua dah abis.

    ReplyDelete
  12. Macam mana nak beli? Ad lagi x?

    ReplyDelete
  13. Hehehe seseorang untuk aku! Best sgt! beli kt SMO mse otw nk blik GM dari KB. smp umah kul 1pg terus koyak plastik eksaited na bace! Hahahaha. pasni nak cri HURT pulak
    ~faiqa ghani~

    ReplyDelete
  14. Mse merdeka ari tu tgok perarakan..trus teringat kat qadr n laila..#seseoranguntukaku

    ReplyDelete
  15. Assalam...ada lagi stok Seseorang untuk aku?

    ReplyDelete
  16. Nk order novel SUA ni boleh lg x? 🙈

    ReplyDelete
  17. aras brp, lot bep

    ReplyDelete