Tuesday, April 19, 2016

Sugar? 1

MATANYA tunak merenung asap yang berkepul daripada cawan kopi yang baru saja sampai depan mata.  Suasana Café Roma terasa hening.  Hari minggu… biasalah begini.  Dia lebih senang duduk bersendiri.  Katalah dia kera sumbang, dia tak kisah.  Kerana hidup ini bukan selamanya akan berteman.  Sampai masa, dia akan sendiri.  Yang menjadi teman untuk teruskan hidup hanyalah kecekalan.  Kerana itu dia ada di sini biarpun di sini pernah mencipta segaris luka di hatinya. 
Dan, dia adalah wanita yang cekal! 
Kerana dia tahu, pengalaman lalu adalah yang paling jujur untuknya. 

Tangan memaut tangkai cawan.  Birai cawan didekatkan ke bibir.  Sesekali Wahyu pejamkan mata menikmati rasa pahit yang sentiasa menawan hati.  Haruman hitam pekat ini bisa buat dia ketagih. 
Sebaik saja dia kembali letak cawan di atas piring, sepinggan kek diletak di atas meja.  Tepat di depan matanya.  Dahi Wahyu berkerut.  Dah siapa pulak order ni?  Wajah diangkat.  Seorang lelaki yang memakai kemeja putih dengan lengan disinsing hingga ke lengan, siap dengan apron hitam pekat terbelit di pinggang, tersenyum padanya. 
“Saya tak order ni…”  Kepala digeleng dua tiga kali sambil jari telunjuk lurus tajam ke arah sepotong Blueberry Cheesecake.    
“Ya, saya tahu.  Sebab tak order baru saya bawakkan…”
What?  Wahyu kerut kening.  Ada nak kena simbah air ni dekat baju putih tu.  Dia ukir senyum sinis. 
“Itu ayat lapuk nak mengorat, encik,” bidas Wahyu mendatar. 
Dia larikan mata.  Membelek handphone di tangan.  Malas nak layan.  Letaklah dekat situ.  Nak makan nanti, aku makan.  Ingat orang tak boleh bayar ke sampai nak bagi free segala.  Heh. 
Tapi, lelaki itu masih berdiri di situ.  Tak berganjak langsung. 
Wahyu angkat wajah.   “Yes?”  Keningnya naik sebelah.  Wahyu tayang wajah bosan.
“Saya tertanya, kenapa cik pesan kopi tanpa syrupDouble shot pulak tu…”
Homen.  Inilah yang orang panggil busy body ni.  Wahyu tegakkan duduk.  Sepatutnya hari minggu adalah hari untuk dia bertenang dan bersenang.  Tapi, ada yang mengajak jadi lawan. 
“Kalau pahit?”  soal Wahyu.  Sabar. 
“Sugar?” 
“No… thanks…”  Dia koyak senyum dan kembali tunduk memandang telefon di tangan. 
“Okay then.  Rasalah kek tu…”
“Kalau saya rasa nak makan…”
“Kalau tak, membazir nanti…”  balas lelaki itu. 
“..lagipun, kopi pahit kombinasi dia kek yang manis… ianya akan menjadi pasangan yang sempurna.”   Sekali lagi, senyuman terlorek indah pada wajah tenang itu. 
Wahyu tahan nafas seketika.  Mata dipejam beberapa saat.  Mencari sabar.   Saja nak kenakan dia ke macam mana ni.  Nak dikata tiada pelanggan lain, ada jugak dua tiga orang selain dia. 
“Awak ni memang ramah dengan semua customer atau dengan saya aje?” 
Lelaki itu sengih lebih lebar.  Wajah yang penuh ketenangan biarpun si gadis mula tunjuk rasa tidak senang. 
“Dengan yang terpilih aje…”
“Apa dia?”  Wajah Wahyu menyeringai.  Tak faham dia dengan maksud ayat lelaki itu.  Apa yang terpilih? 
By the way, saya Nel…”
“Saya tak tanya,” selar Wahyu geram.
“Sebab tak tanya baru saya cakap…”  Hujung bibir lelaki itu terjongket senyuman sinis dan terus saja berlalu ke belakang kaunter.  Berdiri di belakang mesin pembancuh kopi. 
Baristar ke?  Sejak bila?  Dan, dia pun tak perasan akan wajah ini sepanjang dia menjadi pelanggan setia Café Roma hampir tiga bulan sudah. 
Apalah nasib hari ni.  Lari daripada ngauman singa, dia berdepan dengan senyuman buaya.  Menakutkan sungguh.  Air yang baru ditelan seteguk dua itu dipandang.  Selera dah hilang.  Memandang kopi kegemaran pun dah bertukar jadi racun. 
Wahyu angkat punggung.  Dah sedia nak berlalu.  Beg dicapai dan digantung ke bahu.  Kerusi ditolak semula ke bawah kerusi.  Tanpa berpaling lagi, dia terus melangkah tanpa hala tuju yang pasti. 
Melihatkan gadis tadi angkat tubuh, Nel cepat-cepat ke meja tadi.  Kek yang tak berusik dan jugak air yang masih penuh cawan itu dia capai.  Diletak di atas kaunter.
“Kau tapau ni,” suruhnya pada Adi, salah seorang staff kafe. 
“Eh, abang ni dah kenapa?”  Adi terpinga-pinga tapi diturutkan  juga kehendak Nel.  Sesekali, dilemparkan jauh pandangan pada langkah gadis yang makin hilang daripada pandangan. 
“Awek abang ke?”  Kening Adi naik berkali-kali.  Dihulurkan kotak kek dan gelas air. 
“Sibuklah kau, Di…”  Nel kerling Adi tajam.  Terus dia hayun langkah laju. 
Sebaik saja keluar daripada café, susuk tubuh halus itu dah hilang.  Mana pulak dia pergi ni?  Quill Mall ni dahlah besar jugak.  Nel rapat ke escalator.  Melilau beberapa kali sebelum bibirnya pecah dengan bunga senyum. 
Bingo! 
Dia laju menuruni escalator.  Memegang cermat bungkusan di tangan.  Saat ini, gadis tadi sudah masuk ke butik Top Girl.  Dan, dia tenang menanti di luar.  Mana boleh bawak masuk makanan dalam kedai baju orang.  Ada kena halau karang. 
Ralit dia memerhati.  Apalah yang membelenggu gadis itu hinggakan raut yang begitu comel, nampak sentiasa tegang?  Sejak tiga bulan lalu, wajah itu sentiasa muncul di depan matanya biarpun dia tahu, dia tak langsung menarik pandangan orang.  Well, dia langsung tak kisah! 
Sepasang blouse berbelang hitam putih Wahyu capai.  Diletak ke badan. 
Nel senyum.  Tak sesuai tu dengan awak, cik. 
Bibir Wahyu mencebek dan menggeleng kecil.  Tak berkenanlah dia.  Diletakkan kembali.  Dicapai pula blouse labuh kosong berona turquoise.  Diletak ke badan. 
Kali ini juga Nel menggeleng.  Walaupun wajah itu putih bersih, tapi warna turquoise tu akan buat gadis itu nampak ‘kosong’. 
“Itu pun tak sesuai dengan awak,” ujarnya perlahan. 
Seperti yang dia yakin, blouse itu diletak kembali.  Tangan Wahyu menarik sehelai lagi blouse.  Kali ini, warna royalblue yang nampak mewah biarpun tiada sebarang corak. 
Bingo!  Nel ketik jari perlahan.  Itu hampir sempurna untuk awak, cik.  Dia intai dan sesekali menarik lehernya bila nampak pekerja kedai yang menoleh.  Kantoi! 
“Pakwe cik tunggu dekat luar tak?”  bisik gadis comel itu pada Wahyu. 
Dahi Wahyu berkerut.  Pakwe?  Dia masuk sorang tadi.  Dah kenapa ada pakwe tunggu bagai.  Blouse tadi diletak semula di tempat asal.  Kakinya maju ke pintu Top Girl.  Memandang ke kiri, tapi tiada siapa. 
“Saya dekat sebelah kanan…” 
Terus Wahyu toleh ke kanan.  Dadanya hampir nak pecah.  Mujurlah dia tak melatah.  Disergah begitu oleh lelaki tadi. 
“Nel, kan?”  tanya Wahyu.
Kening Nel naik sebelah.  Dia unjukkan kotak kek dan gelas kertas berisi kopi tadi.
“Tak kan sampai sini awak kejar saya semata nak mengayat?”  sindir Wahyu. 
“Siap bawak air dengan kek lagi…”
“Ini kek dengan air tadi.  Saya mintak dorang tapaukan…”
Hujung bibir Wahyu terjongket sinis.  “Kalau orang dah tinggal tu, maknanya orang taknaklah.  Benda dah jadi sisa.  Faham, kan?”  Dia bukanlah jenis sombong, tapi entahlah… dengan lelaki ni memang rasa nak berlagak aje. 
Jenis tak reti Bahasa.  Perlu ke cakap Bahasa planet Marikh? 
Tapi, Nel tetap tenang.  “Awak ingat lagi nama saya.  Menarik…”
Heh.  Lain yang dia marah, lain  yang Nel balas.  Memang sepsis tak reti Bahasa sungguh.  Setakat nama tiga huruf aje, budak tadika pun boleh ingat. 
“Encik Nel simpan ajelah kek dengan air tu.  Anggap ajelah saya bersedekah…”  Senyuman Wahyu plastik. 
“Ada ke orang sedekahkan sisa makanan dia?”  soal Nel tenang.
Wahyu terngadah seketika sebelum dia kembali ukir senyum.  “Air tu memang sisa.  So, tong sampah banyak.  Tapi, kek tu saya tak usik langsung…” 
“Sebab ianya percuma?  Gitu?” 
“Tak,”  nafi Wahyu.  Siapa tak suka benda percuma.  Semua orang suka. 
“…Cuma saya tak suka benda manis sangat…” 
“I made it… it was just nice.”  Nel laju mencantas.
Wahyu silang tangan ke dada sendiri.  Menapak selangkah mendekati Nel. 
“Encik Nel, saya tak tahu apa yang awak nak daripada saya.  Kalau nak mengorat, ini semua skill lapuk.  Saya memang tak akan termakan dengan umpan awak…”
“Saya tak umpan awak.  Lagipun, awak bukan ikan…”
“Hah?”  Wajah Wahyu terpinga-pinga.  Apa kena dengan mamat ni?
“Awak sihat, kan?”  Kotlah lelaki ni gila.  Dia nak lari laju-laju ni. 
Nel ketawa lepas.  Sebatang gigi taringnya jelas di mata Wahyu.
“Saya sihat.  Normal lagi.  Ini… biasa saya tengok awak minum sampai kering cawan.  Tapi hari ni, awak minum seteguk aje.  Mungkin sebab saya kacau awak.  Saya rasa bersalah.  Itu aje…”  ujarnya sopan.
“Sebab tu saya tanya, awak ni layan semua customer macam ni ke?” 
“Kan saya dah kata, untuk yang terpilih saja?”
“So, saya ke yang terpilih tu?”  Wahyu tenang mata kuyu Nel tajam.
“Awak rasa awak ke yang terpilih tu?”  Nel ukir senyum. 

“Satu lagi, jangan ajar diri membazir.  Jangan dekatkan diri walaupun seinci dengan perangai syaitan…”  Diletak bungkusan itu di atas tapak tangan gadis itu dan dia terus berlalu.  

...bersambung

22 comments:

  1. ermm
    baru bab 1... hehe
    dia nnt 3-4 bab br ghase
    apepun bess, mcm selalu ����

    ReplyDelete
  2. Ohmai....sy suka...sugar tu nel ek

    ReplyDelete
  3. Ohmai....sy suka...sugar tu nel ek

    ReplyDelete
  4. permulaan yang agak kekwat... hehhehe

    ReplyDelete
  5. Sweet secukup rasa mcm selalu from rehan..

    ReplyDelete
  6. Sukalah watak nel ni.
    Ada je jwpn dia nk bg kt wahyu

    ReplyDelete
  7. ok..quill mall yer? hew hew hew
    missh u RM :-*

    ReplyDelete
  8. Apa la yg sbbkan wahyu tu sentap sgt smpai terus blah

    ReplyDelete
  9. Finally jumpe jugak.. Mmg best ..

    ReplyDelete
  10. Novel ni da kluar di pasaran ke.xsabar nye nak baca.

    ReplyDelete