Tuesday, April 19, 2016

Sugar? 2

WAHYU tajam merenung mama dan ayahnya.  Kedua orang tuanya langsung tak nak faham apa yang dia cuba sampaikan.  Bukan dia tak mencuba, tapi apakan daya dah orang tak suka.  Nama baik mama dengan ayah?  Heh.  Habis tu, airmata dia ni macam mana?  Nak aje dia jerit tapi dia tahan kerana dia bukan wanita begitu. 

“Pergi jumpa Haikal sekarang.  Wahyu kena matang dalam hal-hal macam ni…”  pujuk mama.
Wahyu senyum tipis pada diri sendiri.  Matang?  Apa maksud matang yang mama nak sampaikan tu?  Tak cukup matang lagikah dia bila menghadapi karenah Haikal dan keluarga lelaki itu malah keluarga sendiri? 
Dia dah letih. 
“Wahyu dah tak tahu nak matang macam mana lagi, ma…”  Dia pandang mata mama.  Berharap pada pengertian seorang wanita bergelar itu.
Dulu, dia dipaksa terima Haikal.  Dia angguk.  Akur.  Biarpun dua hari lepas bertunang, baru dia kenal batang hidung Haikal, dia juga tak apa.  Dia terima dengan hati terbuka.  Dia belajar untuk mencintai lelaki itu.  Tapi sekarang, salah Haikal.  Kenapa mama dan ayah susah nak nampak. 
“I done nothing wrong, mama…”  Wahyu paut tangan mama.  Tolonglah, ma.  Fahamlah hati Wahyu. 
“Siapa cakap Wahyu tak buat salah apa-apa?”  sergah ayahnya pula. 
Wahyu alih pandangan.  Ayah tajam merenungnya.  Dia juga tak kalah.  Kali ini, apa nak jadi… jadilah.  Dia bukan boneka.  Dia nak jadi manusia.  Yang bergerah atas kudrat dan lenggok sendiri.  Bukan patung yang bergerak mengikut hayunan tali. 
“Jadi, ayah memang nampak Wahyu yang salah?”  
“Ya,” jawab Encik Malik berang.  Menjawab pulak budak ni sekarang.  Sejak bila pandang menjawab ni? 
“…kalau kata Wahyu tak buat perangai, Haikal tak kan semudah tu nak putuskan pertunangan korang berdua…”
“Hah?”  Sungguhlah dia kehilangan kata.
Apalah jampi yang Haikal dah baca pada mama dan ayah hinggakan ayah sebegini sekali nampak baiknya Si Haikal tu?  Dan nampak semua silap dia? 
“Wahyu ni anak ayah…”
“Ya, sebab anak ayahlah ayah kenal perangai Wahyu.  Sejak dulu memang Wahyu tak nak dekat Haikal tu, kan?  Kami yang paksa kamu, kan?  Kau tu jenis tak boleh nak terima aturan orang tua!” 
Wahyu terus angkat tubuh.  Sampai hati ayah tuduh dia macam tu.  Dua puluh lapan tahun dia terima hadap segalanya. 
Wahyu… masuk sekolah asrama penuh.  Dia ikutkan.
Wahyu… jadi arkitek.  Dia ikutkan. 
Wahyu… dah sampai masa bertunang.  Dia angguk.
Wahyu… ayah dah jumpa calon yang sesuai.  Pun dia turut. 
Tapi sekarang… Airmatanya mengalir perlahan.  “Kalau ayah tahu yang Wahyu buat semua tu terpaksa, kenapa ayah tetap paksa Wahyu?”  soalnya keras.
Dahi Encik Maliki berkerut.  Menjawab! 
“Berani kamu jawab ayah sekarang, ya?  Ni dengan siapa kamu belajar ni?” 
“Wahyu tak belajar dengan sesiapa pun ayah.  Inilah perangai buruk Wahyu yang Wahyu cuba simpan selama ni bila orang tua Wahyu nak anak dia jadi sempurna.  Sesempurna yang mungkin.  Inilah ketidaksempurnaan dalam diri Wahyu.  Biar ayah nampak hari ni!”  ujarnya separuh menjerit.
“Wahyuni!”  Serentak itu penampar sulungnya naik tepat pada pipi bersih Wahyu. 
Tubuh halus Wahyu terduduk di atas sofa.  Dekat dengan mama yang gamam tak berkata apa.  Dia toleh pada ayah.  Dibiarkan air jernih it uterus mengalir.  Langsung tak disentuh pipi yang terasa pijar. 
“Ayah tak kira.  Kamu pergi jumpa Haikal hari ni.  Minta maaf.  Selesaikan cara orang dewasa.  Jangan ikut sangat perangai budak-budak kamu tu!”  Arahan Encik Maliki bergema dalam ruang tamu banglo mewah ini.  Terus dia berlalu naik ke atas. 
Sejak bila anak yang dia asuh untuk menjadi yang terbaik itu, berubah sikap sekarang?  Dan dia mula syak… hati Wahyu juga sedang berubah! 
“Hari ni, Wahyu pergi jumpa Haikal, ya?”  suruh mama pula sambil membelai rambut panjang Wahyu. 
“Kenapa mama dengan ayah tak pernah nak dengar penjelasan Wahyu sejak dulu?”  tanya dia mencari jawapan. 
Puan Watiqah gamam.  Tiada jawapan yang mampu dia muntahkan. 
“Kenapa Wahyu tanya macam tu?” 
Senyuman bergayut pada bibir Wahyu biarpun pipinya masih terasa kebas. 
“Tak apalah, ma.  Kalau itu yang mama dan ayah nak.  Wahyu pergi…”  Andai mama dan ayah terus mahu jadikan dia boneka, dia harus akur. 


NEL pandang Adi bila dia berkali-kali di siku lelaki itu.  Nasib tak jatuh cawan kaca di tangan dia sekarang.  Jatuh karang, kalau gaji kena potong, dia minta Adi ganti.
“Kau ni kenapa, Di?”  Dia kembali mengelap cawan dan piring yang siap dicuci. 
“Tengok sana, bang…”  Adi juihkan bibir di satu sudut yang tersorok. 
Sempat Nel angkat kepala seketika.  Seorang gadis manis, bertudung litup, skinny, sneakers putih dan kemeja labuh sedang tunduk bagai menerima pertuduhan yang sedang dibaca oleh seorang lelaki berwajah berlagak di depannya. 
“Jangan sibuk hal orang, Di,” pesan Nel. 
“Eh, kena bang.  Buatnya dorang bercakar dalam café ni.  Masaklah kita…” 
“Haish…”  Nel dah berdesir dengan jawapan Adi. 
“…elok-elok dorang tak bercakar, kau pulak abang masakkan.  Dah, pergi ambik order sana…”  Dia tolak Adi ke kaunter bila ada dua orang pelanggan baru masuk. 
Sebaik saja Adi menjauh, dia kembali mencuri pandang ke sudut tadi.  Dia kenal raut wajah comel itu.  Kenal pada rupa kerana gadis itu sentiasa di sini dan yang pastinya sendiri.  Tapi kali ini, lain pula.  Ada berteman.  Lelaki pulak tu.  Tak mungkinlah kawan biasa. 
Daripada celah rak cawan yang tinggi, dia dapat lihat jelas wajah monyok seorang wanita yang tak berkata apa sedangkan mulut lelaki itu sejak tadi, berbicara.  Tanpa noktah. 
Sah… perempuan jenis lembik ni! 
Dan, bila lelaki itu bangkit… wanita itu kekal duduk.  Tak semena, tangan wanita itu ditarik dan jari lelaki itu melurut pada jari manis wanita comel itu.  Nel dapat agak.  Lelaki itu cabut cincin yang ada dijari manis itu. 
Memang kes serius ni! 
Tapi, cepat-cepat dia buat tak tahu bila lelaki tadi tenang menapak keluar.  Meninggalkan wanita itu sendiri.  Adi memandang dia.  Dia juga sama.  Kemudian, dia jongket bahu.  Lima minit, gadis itu masih tunduk.  Mengesat birai mata.  Nel capai piring dan sepotong kek diletak di atasnya. 
Kakinya maju ke arah di sudut itu.  Diletak kek tadi di atas meja. 
“Saya tak order ni…”  Wahyu masih tunduk.  Mengesat birai mata.  Cuba mengawal nada suara. 
“Oh, ini memang percuma untuk hari ni, cik.  Tadi, lupa nak hantar…” 
“Okey, terima kasih,” balas Wahyu langsung tak angkat wajah kerana kek di depan mata mula nampak kabur. 
Dia menangis lagi. 
“Enjoy the taste of  the sweetness, cik,” ujar Nel sebelum dia berlalu semula ke belakang kaunter.
“Putus cinta ke tu, bang?”  soal Adi separuh berbisik.
“Diamlah.  Buat tak tahu aje.” 
Adi sengih.  “Hari ni mana ada member-card day segala nak bagi kek free?” 
“Well… shut up.”  Adi dikerling tajam.  Sibuklah kau.  Kau apa tahu.  Budak-budak baru nak up. 
Adi terus tersengih mengambil pesanan yang baru.
Sedangkan mata Nel, terus memerhati.  Wanita itu menelan kek itu tanpa kenal apa itu perkataan menikmati.  Ya, dia faham… seperti menelan udara bila hati sendiri penuh kepahitan. 
Moga rasa manis itu mampu merawat sedikit rasa pahit awak tu, cik. 



DAH dua bulan berlalu sejak Haikal tekad menarik cincin pertunangan mereka lepas daripada jari manisnya.  Tak apalah.  Pinggan tak retak, nasik tak dingin.  Orang tak hendak, dia berjuta kali tak hingin.  Tapi yang menjadi masalahnya adalah kedinginan dalam rumah besar ini. 
Mama banyak menyepikan diri.
Ayah juga sama.  Dah sebulan juga dia tak makan semeja dengan orang tua sendiri.  Apa yang dia masak, hanya mama yang makan.  Ayah lebih rela kelaparan.  Kenapa?  Risau dia letak racun gamaknya. 
“Ayah masih marah dekat Wahyu, ma?”  soalnya sebaik saja mama duduk di meja makan. 
Dia sengaja kosongkan jadual dia hujung minggu ini.  Semalam pun, pertemuan dengan lelaki yang entah terjun daripada mana dah buat mood dia hilang langsung.  Eloklah dia ada di rumah.  Dia memang nak masak untuk ayah dan mama.  Tapi, ayah langsung tak turun. 
“Biarlah dia.  Buat tak tahu ajelah…” 
Wahyu senyum.  Senangnya la hai mama cakap.  Buat tak tahu.  Kalau dia adalah jiran, memang dia akan buat tak tahu tapi lelaki itu ayahnya. 
“Wahyu dah cuba pujuk Haikal, ma…” 
“Ya, mama tahu.  Wahyu dah cakap benda tu berulang kali.  Tapi, itulah…”  Puan Watiqah toleh ke tangga.  Dah diajak turun, tapi langsung tak nak turun.  Sanggup berlapar. 
“Tak boleh ke ayah anggap Haikal tu bukan jodoh Wahyu…”  Apa nak kata.  Bertunang dua tahu pun andai Tuhan tak perkenankan, siapalah dia nak menolak. 
“Ayah dah faham tu,  tapi dia perlukan masa…”
“Berapa lama, ma?  Dua bulan dah berlalu.  Ayah nak lagi dua tahun?  Dua puluh tahun?”  soalnya mendatar. 
Nasik dalam pinggan hanya dipandang.  Tak boleh nak telan bila rengkung mula disekat sebak. 
“Bagi ayah masa sikit lagi,  ya sayang?”  Tangan Wahyu diramas perlahan.  Dia faham perasaan Wahyu.  Dia juga bukan suka sangat Haikal tu walaupun anak jutawan. 
Entahlah… tak sesuai dengan Wahyu.  Tapi, mata suami dia benar-benar kabur dengan perangai pijak semut tak mati Haikal tu.  Dia pun tak berani nak bantah.  Kadang-kadang tersepit di tengah-tengah. 
“Kalau itu kata mama…”  Dia kembali tunduk suapkan makanan ke mulut. 
“Tapi, ini mama nak tanya…” 
Wahyu kembali angkat mata. 
“Dalam peti ais ada kek.  Wahyu bukan tak suka manis ke?  Kenapa boleh beli kek tu pulak?” 
“Kek?”  Dahi Wahyu berkerut.  Betullah kata mama.  Dia tak makan manis.  Tapi, bila masa dia beli kek? 
Tuhan… lelaki tu.  “Nel,” keluhnya tanpa sedar.
“Hah?  Nel?  Siapa tu?”  Wajah Puan Watiqah nampak terkejut.  Takkan sangkaan suami dia betul?  Wahyu ada lelaki lain.  Kerana itu membuat onar hingga Haikal putuskan pertunangan mereka? 
“Jangan cakap Wahyu ada teman lelaki…”
“Nama dia Nel,” jawab Wahyu tanpa dia tahu, kenapalah mesti dia sebut nama Nel tu sedangkan dia tak tahu langsung tentang lelaki itu.
“Pakwe Wahyu?”  duga Puan Watiqah masih beriak terkejut.
“Taklah, ma.  Seseorang yang Wahyu…”
“Haa, kan betul abang cakap.  Dia memang ada lelaki lain. Curang dengan tunang sendiri!”  Entah bila Encik Malik muncul, terus menyergah mereka berdua.
Wahyu ketap bibir.  Tak selesai lagi satu masalah, muncul pula masalah baru dan kali ini berkait dengan lelaki yang dia tak kenal pulak. 
Apa saya nak buat ni, Encik Nel… 

Dan, jawapan itu hanya Nel yang ada.  

...bersambung

Sementara rajin.  Nanti takut jadi malas lama.  Enjoy reading.  

17 comments:

  1. Senang citer iyakan aje dengan nel...geram plak dengan bapak wahyu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA.....WE ARE IN THE SAME BOAT....MMG GERAM TAHAP PETALA 3 DGN AYAH SI WAHYU NIE......APA JAMPI SI HAIKAL DAH SEMBUR....

      Delete
  2. Senang citer iyakan aje dengan nel...geram plak dengan bapak wahyu ni

    ReplyDelete
  3. i have done nothing wrong (correction) haha sorry btw nice (y)

    ReplyDelete
  4. Iya kan je la wahyu.. Mgkin Nel jodoh awk.. Dri dituduh bgtu.. Kan bgus kalo jdkan kenyataan.. Nel msti sorg yg lebih baik...

    #Sugar?YesPlease!

    Smbg lg laju2 RM

    ReplyDelete
  5. wahhh xsabar nk tggu entry seterusnya...karya RM selalu buat saya tertunggu-tunggu...keep it up RM

    ReplyDelete
  6. Hesh rasa nak benam kepala bapak wahyu ni dalam lumpur
    Baru dia tau rasa bernafas dlm lumpur cmne
    Nak sgt bermenantukan haikal x semenggah tu

    ReplyDelete
  7. Ehhhh...pak cik nie...kemain!!!! tepuk dahi baru taw!!!1

    ReplyDelete
  8. Tq rehan sian wahyu dok salah sangka oleh parent sendiri....x pasal si nel terjebak pula hihi

    ReplyDelete
  9. kenapa ayah Wahyu jadi mcm tu? x kesian dkt ank sendiri ke

    ReplyDelete
  10. heee... geram sgt bila ayah si wahyu ni dok gilakan si haikal sengal tu.. sian wahyu..

    ReplyDelete
  11. xpe2 ..pelan2 eh..boleh cuba kenalkan dengan apaknya ..haha

    ReplyDelete
  12. Haihhhh bapaknye pulak yg over...sape yg putus tunang ni? 😬

    ReplyDelete
  13. kesiannya kat Wahyu..kes apa sampai si haikal tu nak putuskan pertunangan..?yang si bapaknya pulak..lebih percaya org luar drp anak sendiri?haishh...buat geram jer...entah2 haikal tu yg buat onar...sebut pasai Nel..si bapak x usul periksa..nak main tuuuduhhh jer..isk isk isk..luku gak kepala ni kang..

    ReplyDelete
  14. rasanya versi cerpen dah keluarkan...

    ReplyDelete