Wednesday, April 20, 2016

Sugar? 3

SYUKURLAH tak ramai pengunjung hari ni.  Dia pun tak tahulah  kenapa Haikal boleh ajak dia ke café ni.  Ya, memang ini tempat kegemaran dia tapi kenapa Haikal nak leburkan segala senyuman dia dengan merosakkan tempat  ini dengan kenangan yang menyakitkan. 
“Saya minta maaf awak dengan awak, Haikal…”  Entah kali ke berapa dah dia minta maaf dengan lelaki ini.

Ikut hati, dia tak nak.  Tapi, mengenangkan ayah dan mama, dia paksa dirinya tunduk di depan lelaki ini.  Lagipun, dia perlu selamatkan pertunangan mereka.  Cincin emas ini perlu kekal dijari manis dia.  Dia dah bukak semalam, tapi ayah paksa dia pakai semula. 
“Tak perlu minta maaf, Wahyu.  Berapa kali saya nak cakap, kita jangan jumpa lagi.  Lagipun, saya tak salahkan awak pun…” 
Wahyu pejam mata rapat.  Memang kau tak salahkan aku, tapi mak bapak aku sedang tuding jari pada aku.  Nak aje dia campak kata-kata begitu di depan mata Haikal.  Tapi, ini tempat umum dan dia tak pernah didik dirinya menjadi kurang ajar. 
Mengalah, bukan bermakna kalah!  Petua itu yang buat dia kuat selama ini. 
“Mama dengan ayah saya tak nak kita putus… lepas dua tahun, dia nak kita kahwin jugak nanti…”
“Well, saya faham tu…”  Haikal sengih jengkel. 
Siapalah tak nakkan dia.  Dia anak jutawan kot.  Anak tunggal pulak tu.  Siapa tak nak anak gadis sendiri senang.  Dan kesenangan itu adalah dia. 
“Awak tak faham, Haikal,” ujar Wahyu menentang mata Haikal. 
“Saya faham…”  Tubuh Haikal menunduk sedikit ke depan. 
Dia renung jari manis Wahyu.  Runcing jarinya.  Putih bersih.  Menyebabkan cincin pertunangan mereka itu begitu terserlah di jari manis Wahyu. 
“…saya faham kalau uncle dengan aunty marah.  Tapi, diorang juga kena faham, jodoh bukan di tangan kita.  Betul tak?” 
Heh.  Wahyu ketap bibir.  Nak aje dia hayunkan telapak tangan dia pada wajah jantan Haikal.  Biar faham sikit apa itu erti sebenarnya jodoh.  Jangan jadi bodoh! 
“Dah dua tahun, Haikal.  Saya pun dah lama sayangkan awak.  Saya tak sanggup nak kecewakan hati orang tua saya kalau awak terus berkeras nak kita putus,” tambah Wahyu cuba yakinkan Haikal. 
Biarpun dia juga sedang terpaksa.  Tapi, tak apalah.  Ayah nak gadai bahagia dia?  Silakan.  Dia rela tersadai di pajak gadai milik Haikal.  Biar selamanya tak dituntut.
“Dua tahun ni jugak, saya nampak awak paksa diri sayangkan saya.  Betul tak Wahyu?”  sindir Haikal.
Eleh, dia bukan tak tahu.  Wahyu terpaksa terima dia biarpun dia separuh mati gilakan keindahan pada wajah Wahyu.  Bibir yang lokek dengan senyuman tu benar-benar buat dia tak keruan.  Tapi, setelah dua tahun… Wahyu tetap jinak-jinak merpati.  Susah dia nak ikat.  Lagipun, dia bukan tak laku.  Sekali petik, bersusun perempuan yang sudi temankan dia. 
“Ya, Haikal,” akui Wahyu perlahan. 
“…betul kata awak.  Dua tahun ni jugak saya paksa diri saya sayangkan awak.  Tapi, apa masalahlah sekarang bila saya dah sayangkan awak.  Dah terima awak dalam hati saya.  Dah janji dengan diri saya, awaklah bakal suami saya.  Tapi, kenapa sekarang…”
“Manusia berubah, Wahyuni…”  Haikal hirup air yang masih separuh tersisa. 
Sesekali, matanya mengerling pada baristar yang ada di sebalik rak cawan.  Culas sungguh mata itu memerhatikan dia dan Wahyu.  Dan dia dapat rasa sesuatu.  Kerana lelaki ini gamaknya, Wahyu suka lepak di sini. 
“Jadi awak nak cakap, hati awak pun berubah?” 
Bibir Haikal menceber menolak telahan Wahyu.   “Saya tak pernah berubah…”
“Habis tu?”  Makin tak keruan dia dengan Haikal ni.  Padahal dia dah bawak sabar berlebih.  Tapi, tetap tak mencukupi. 
“Saya tak pernah berubah sebab saya tak pernah ikhlas cintakan awak,” bohong Haikal sengaja menyakitkan hati Wahyu. 
Biar perempuan ni rasa sikit.  Wahyuni – gadis yang dingin, pendiam tapi mampu membunuh secara senyap.  Itulah yang dia rasa selama bertunang dengan Wahyu. 
“Apa awak cakap?”  Wajah Wahyu dah berkerut.  Dia rasa tertipu sungguh.  Segalanya usahanya menyayangi Haikal selama ni bagaikan sia-sia.
“True,” ujar Haikal yakin. 
“…lagipun, saya rasa mama dengan ayah awak nak sangat dekat saya sebab nak tumpang kekayaan keluarga saya aje…”
“What?”  Wajah Wahyu menyeringai.  Birai matanya mula basah. 
Katalah apa saja tentang dia tapi orang tua itu adalah ibu dan ayahnya.  Tergamak Haikal menghina orang tua dia di depan matanya sendiri?  Penumbuk digenggam kemas.  Menahan rasa. 
“They sold you to me…”  bisik Haikal dalam senyuman. 
Kali ini, airmata Wahyu jatuh tanpa dapat dia seka.  Terkejutnya tak terkata dengan tuduhan Haikal.  Tak… ayah dengan mama tak jual dia.  Ayah dan mama mahu menguatkan silaturrahim dengan kawan lama yang dikatakan banyak membantu ayah membina kerjaya. 
Tapi, Haikal…
Tak sempat berkata apa, Haikal menarik tangan Wahyu.  Pertama kali dia sentuh kulit yang mulus itu. 
“Awak nak buat apa ni?”  soal Wahyu cuba menarik tangannya tapi kudrat Haikal tak mampu ditandingi. 
Haikal terus senyum.  Tangannya menyasar pada jari manis Wahyu.  Cincin yang mummynya pernah sarungkan itu, ditarik perlahan hingga jari manis itu kembali telanjang. 
“My regard to your parents, Wahyuni…”  Haikal terus bangkit menapak tanpa menoleh lagi. 
Rasa sakit hatinya selama ini bagai terbalas.  Sempat dia kerling lelaki yang buat-buat tunduk melakukan kerja.  Padahal sejak tadi, dia tahu mata lelaki itu memerhatikan Wahyu. 



SEBAK ditahan.  Di sinilah tempatnya.  Kejadian yang pernah berlaku dulu.  Dan kini, dia kembali lagi ke sini.  Ingatkan dia tak akan ke sini lagi.  Nak-nak setelah lelaki bernama Nel itu jadi penyibuk dalam hidup dia yang sudah bercelaru.  Sengaja nak tambah tanda soal dalam kepala dia.  Tak pasal-pasal mama dan ayah anggap dia  yang curang pada Haikal sedangkan lelaki itu langsung tak ikhlas pada dia selama ini.  Cuma dia aje tak nak burukkan Haikal di depan mama dan ayah kerana dia tahu, semua salah akan berbalik pada dia.  
Sekarang, terbukti.  Wujud Nel. 
Keluar daripada dapur, Nel kerutkan kening.  Eh, dah seminggu.  Tak sangka dia ni datang lagi.  Tapi yang mengejutkan, kenapalah mesti duduk di situ mengenangkan perkara yang menyakitkan? 
Anehnya kaum perempuan.
“Saya ingat dia tak datang dah lepas hari tu?”  soal Adi pada Nel yang sedang menggendang meja.  Memerhati pada wajah pelanggan setia mereka. 
“Ini kedai.  Dah kenapa dia tak nak datang?  Ikut suka dialah…” 
“Eh, manalah tahu.  Dia takut dengan abang ke?”  usik Adi.
“Ha, kau tak takut dekat abang ke?”  Nel tayang wajah bengis. 
Adi kecut.  “Eh, ada customer…”  Laju dia beralih ke kaunter. 
Bibir Nel pecah dengan senyuman tipis.  Adi ni, pengecut betullah.  Baru gertak sikit, dah kecut.  Tangannya mencapai cawan.  Kopi pahit yang selalu dipesan oleh gadis itu dibancuh pantas. 
Sepotong kek diletak atas piring.  Ditatang dulang penuh cermat, hingga berdiri tepat di sisi meja.  Lama-lama, wajah itu terangkat.  Nel ukir senyum. 
“Saya tak order…”  ujar Wahyu tenang. 
Nel ceberkan bibir.  “Sebab tak orderlah, baru saya bawak sini.  Air tu dah kering…”  Dia letak cawan dan piring itu penuh cermat.  Cawan kosong itu diangkat.
“Silakan,” pelawanya dan terus pusing tubuh.
“Encik Nel…” 
Tapi, langkahnya tak dapat bermula.  Dia toleh semula.  “Ya, saya…”  Hujung keningnya terjongket. 
“Boleh saya pesan secawan lagi?”  tanya Wahyu perlahan.  Tanpa senyuman yang pastinya. 
“Okey.  Boleh.  Nak pesan air apa ya, cik?”  soal Nel professional. 
“Apa yang awak suka minum?” 
“Saya tak minum kopi…”
“Coklat?”  duga Wahyu.
Nel angguk tipis. 
“Panas ke sejuk?”
“Dua-dua pun saya layan…”
“Sekarang?”  Mata Wahyu langsung tak beralih pada wajah Nel. 
“Sejuk…”
“Okey.  Bagi satu coklat sejuk…”  Langsung Wahyu tunduk buat-buat pandang skrin iPhone di tangannya. 
Nel berlalu ke kaunter tapi tak lama, dia kembali semula menatang coklat sejuk yang dipesan.  Diletak sopan. 
“Jemput minum…” 
Wahyu senyum tawar.  “Ini untuk awak.  Boleh duduk sekejap minum dengan saya?”  tanya Wahyu. 
Dahi Nel hampir berkerut tapi dia tenangkan  hati.  Sesekali dia menoleh pada Adi yang sedang tayang seluruh gigi dalam mulut.  Dia punya sengih, lain macam sungguh.  Nak kena ni.
“Boleh?” 
“Oh, ya…”  Laju dia mengangguk bila soalan itu sekali lagi menyapa. 
Penuh gaya, Nel tarik kerusi dan labuhkan duduk di depan Wahyu.  Kaki panjang itu dibawa menindih kaki yang satu lagi. 
“Kek satu, cukup, kan?”  tanya Wahyu lagi.
“Ke awak nak tambah?”  Nel mahu bangun tapi sekali lagi Wahyu menahan.
“Kalau cukup, kita kongsi,” ujar Wahyu tanpa perasaan. 
Dia angkat cawan dan dibawa ke bibir. 
Nel pula yang kerut kening.  Kopi itu terlalu pahit tapi kenapalah gadis ini meneguknya tanpa apa-apa riak biarpun pada hujung kening yang indah terletak itu. 
“Saya tak suka manis,” ujar Wahyu tiba-tiba.
Nel diam.  Tak berkata apa.  Sepertinya gadis ini ada perkara yang mahu diluahkan dan dia tak nak menjadi roadblock bila emosi seseorang sedang meluncur laju membelah laluan perasan. 
“Kek yang awak bagi minggu lepas, pun saya tak makan.  Saya bawak balik rumah.  Letak dalam peti.  Saya lupa langsung…”  Bicara Wahyu mati lagi.  Dia angkat tangkai cawan dan dihirup lagi kopi tersebut. 
“…lepas tu, mama saya tanya kenapa saya beli sedangkan saya tak makan manis…”  Kali ini, barulah Wahyu angkat wajah.  Ditenung Nel yang dia tahu, memandang dia tak lepas daripada tadi. 
“Mama dengan ayah saya cakap yang…”  Bicara itu akhirnya terhenti. 
Bukan kerana roadblock dia.  Tapi, boleh jadi kehabisan minyak tenaga.  Nel senyum sendiri.  Dia dah dapat tebak apa yang gadis ini mahu katakan. 
“Perlu ke saya jadi orang tu?” 
“Orang tu?”  soal Wahyu tak mengerti.

“Ya… orang yang mama dan ayah awak maksudkan?”  Nel lebarkan senyuman.  


...bersambung

20 comments:

  1. yes...pls jadilah orang itu wahai nel....
    tq rehan. nak air lagi bagi ilangkan dahaga...

    ReplyDelete
  2. wahhh xsabar...up lg rehan...mcm x keje plak

    ReplyDelete
  3. Saya pun turut tersenyum.hihi syok bce best.

    ReplyDelete
  4. Saya pun turut tersenyum.hihi syok bce best.

    ReplyDelete
  5. Sila nel~
    Silalah jadi orang tu

    ReplyDelete
  6. x pernah x snyum lebar klu baca crta kak rehan..thanks for the smile sis...rasanya smua novel, cerpen sis sye dh khatam..mood sdih pon jd happy..keep writing beautiful stories sis..& may Allah bless..love it!

    ReplyDelete
  7. Yes.. pleaseee nel.. jd la org itu.. sy suka air coklat sejuk jgk.. ehem.. suka nel jgk.. hahaha.. smbg lg laju2 RM..

    ReplyDelete
  8. Yes.. pleaseee nel.. jd la org itu.. sy suka air coklat sejuk jgk.. ehem.. suka nel jgk.. hahaha.. smbg lg laju2 RM..

    ReplyDelete
  9. perlu ke Nel.... heheheheheh suka2

    ReplyDelete
  10. Cik RM..tahniah..idea yg bisa buat kita sedih..happy & ternanti nanti

    ReplyDelete
  11. ngeee..geram kat haikal tu...tak ikhlas..encik Nel, tolonglah jadi org itu untuk menggantikan org yg tak ikhlas mencintai Wahyu...senyum simpul ni..sbb encik Nel mcm paham2 jer..

    ReplyDelete
  12. Akak nak ending cinta..biar saja ada pliss!!!!!

    ReplyDelete
  13. Boleh ajek hehe. Terus pinang pun xpe.

    ReplyDelete
  14. Bagus nel, cepat pick up 👍

    ReplyDelete
  15. bagus Nel ni.. blm pn habis Wahyu bercakap, dia dh dpt tahu

    ReplyDelete
  16. kalau la semua lelaki macam Nel ni kan senang. Tak habis ayat lagi dan tau apa maksud di hati. hu hu.Best, permulaan yang manis...

    ReplyDelete