Wednesday, April 20, 2016

Sugar? 4

BETULLAH apa yang Haikal cakap.  Dan, memang betul jugak apa yang dia teka selama ini.  Sebab itulah Wahyu tu susah sangat nak terima Haikal.  Rupanya, memang ada perasan dekat lelaki lain.

Encik Malik dah tak betah duduk.  Mundar mandir menanti anak daranya balik.  Kata nak pergi ofis.  Dia dah tanya, buat apa dekat ofis hujung minggu?  Kerja urgent katanya, tapi melepak dekat Café Roma tu siap makan kongsi kek satu piring.  Dan, sejak bila Wahyu tu reti makan benda manis? 
Memanglah Wahyu ni dah berubah langsung!  Padanlah suka melawan sekarang.  Dia dah jangka bersebab dan lelaki itulah sebabnya. 
“Cuba abang duduk dulu…”  suruh Puan Watiqah.  Sakitlah kepala dia. 
Orang dah cakap, percaya aje dekat anak sendiri tapi sanggup tu pergi intip Wahyu.  Apalah cenuai yang Haikal ni calit dekat suami dia.  Percaya sangat dekat Haikal tu. 
“Saya memang tak sabar dah nak tunggu budak ni muncul…”
“Dah, kalau dia muncul?  Abang nak tabuh dia ke apa?”  tanya Puan Watiqah geram.  Kali ini, tangan suami dia naik ke wajah Wahyu, dia pun akan mengamuk.  Anak tak salah apa, disakiti pulak. 
“Memang.”  Terjegil mata Encik Malik. 
“…kalau ikut hati saya ni, tadi lagi saya seret Wahyu tu.  Saya siram budak lelaki tu dengan air panas.  Tapi, sebab saya ni sabar lagi… saya tahankan diri.”
“Iyalah tu sabar…”  Sempat Puan Watiqah membidas biarpun separa berbisik.
“Ha, awak pun sama.  Sekarang dah berubah jugak.  Suka sokong perangai tak semenggah Wahyuni tu, kan?  Dulu kemain suka dekat Haikal…”
“Abang!”  seru Puan Watiqah geram.  Melampau pulak suami dia ni.
“Pada saya Haikal tu bukan sesiapa kalau dia tak dapat nak hargai anak kita.  Saya suka dia sebab abang suka.  Wahyu terima.  Tapi sekarang, dia yang tak nak Wahyu, buat apa lagi nak suka orang macam tu…”
“Hey, orang macam tu yang awak cakap tu, anak kawan lama saya.  Yang banyak tolong kita dulu.  Anak jutawan…”
“Jadinya, sebab anak jutawanlah abang paksa Wahyu terima Haikal?”  bidas Puan Watiqah.
Terkulat-kulat Encik Malik mendengarkan.  Dia berdeham panjang. 
“Apapun, saya tak suka dia berkawan dengan budak bancuh kopi tu…”  Duduk dihempas kasar atas sofa.  Sengaja dia alih perhatian kepada surat khabar yang baru saja dia capai. 
Dibidas oleh isterinya tadi, pijar juga dahi! Geram pun ada tapi malas lagi nak berbahas.  Dengan orang perempuan ni, mana pernah menang! 



WAHYU tak mampu lagi menahan ketawa.  Nel ni memang jujur sungguh.  Sampaikan dia pulak yang tolong segan. 
“Betul ni saya tak boleh hantar.  Saya naik monorel aje datang kerja atau ke mana saja.” 
“Eh, saya tak suruh awak hantarlah…” 
“Manalah tahu.  Kotlah awak ingat saya ni macam anak jutawan tu…”  Sajalah dia usik Wahyu.  Nak tengok masuk terusikkah letak duduk gadis ini bila dia sebut tentang hal lalu. 
“Taklah.  Saya tak pandang pun jutawan dia tu.  Dia bukan jutawan.  Bapak dia.  Cuma rezeki dia lahir dalam keluarga jutawan.  Saya memang tak hairan langsung…”  balas Wahyu. 
“Tak apalah kalau gitu.  Kalau lain  kali saya abih kerja awal, bolehlah saya hantar awak naik monorel…” Ya, itu ajelah  pengakutan  yang dia tahu naik.  Itu aje yang mampu setakat  ini. 
“Tak teringin nak beli kereta ke?”  soal Wahyu tiba-tiba.
Dia langsung tiada niat nak jadi meterealistik tapi Nel rasanya boleh jadi kawan untuk dia meluah.  Dia pun tiada apa-apa rasa tentang lelaki ini.  Dia hanya ceritakan apa yang bermain dalam  kepala orang tuanya saja tentang mereka berdua. 
Hanya setakat itu.  Selebihnya, Nel masih tiada hak untuk tahu. 
“Kenapa?  Awak teringin nak saya hantar awak dengan kereta ke?” 
Wahyu geleng dalam senyuman.  Nel terasa hati gamaknya.  “Saya tak kata awak, Encik Nel.  Saya sesekali teringin jugak bila tengok kereta sebelah berhenti, semua kereta mahal dan besar…”   Memang rasa itu ada.  Rasa nak berlagak jugak di depan Haikal. 
Nel peluk tubuh.  “Dan awak tahu tak, bila awak nampak orang sebelah awak naik kereta lebih besar daripada awak, ada orang yang naik motor rasa alangkah eloknya kalau dia ada kereta macam awak.  Dan pada yang jalan kaki macam saya ni akan terfikir benda sama.  Paling tidak, ada motorsikal pun jadilah.  Senang nak ke mana-mana.  Tapi, saya tak lupa… saya patut bersyukur sebab saya masih ada kaki.  Kaki ni boleh ke mana-mana saja andai nak dibandingkan dengan yang kudung.  Betul tak, Cik Wahyu?” 
Bibir Wahyu bergetar.  Dia gamam seluruhnya.  Sistem tubuh dia seperti sedang lumpuh dengan kata-kata Nel.  Pandangan lelaki ini pada dia masih seperti air di kali.  Nyaman lagi menenangkan.  Dan kata-kata itu juga, seperti bisikan yang mampu buat dia sedar, dia sedang berpijak di bumi. 
“Saya minta maaf,” ucap Wahyu tiba-tiba.
Nel kerut dahi.  “Kenapa nak minta maaf?  Awak tak salah apa-apalah…”  Dia hamburkan tawa. 
“Saya takut awak terasa hati dengan soalan saya tadi…”
“Nak terasa hati kenapa?  Betullah soalan awak tu.  Teringin ke tidak?  Keinginan tu selalu ada dalam diri setiap manusia, Cik Wahyu.  Teringin nak jadi kaya, teringin nak kahwin, teringin isteri yang cantik, teringin itu, teringin ini.  Tapi, yang membataskannya adalah… ukur baju di badan sendiri.” 
Sekali lagi, Wahyu terpukul dengan kata-kata lelaki ini.  Dia pandang Nel tanpa riak biarpun lelaki itu kekal tersenyum seperti sejak awal tadi.  Wajah yang baru saya dia perasan ada dalam Café Roma kerana selama ini dia terlalu sibuk dengan urusan sendiri sampai tak pernah angkat wajah melihat pada empunya suara yang menyapa. 
“Pergilah balik.  Kalau rasa nak minum kopi pahit, datanglah.  Saya boleh bancuhkan.  Jangan takat bancuh, saya boleh temankan lagi…” 
Wahyu tak berkata apa.  Dia terus pusingkan bahu dan terus menapak perlahan.  Kata-kata Nel mengaum dalam kepalanya. 
“Cik Wahyu…”  seru Nel tiba-tiba. 
Wahyu hentikan langkah.  Menoleh. 
“Soalan saya tadi, awak tak jawab lagi…”
“Yang mana?”  Entah.  Dia dah lupa. 
“Perlu ke saya jadi orang yang mama dan ayah awak anggap tu?”  ulang Nel. 
Wahyu diam lama.  Tapi, dia senyum kemudiannya.  Terus dia hayunkan kaki tanpa menoleh lagi. 


SENYUM lebar.  Adi sendiri pun tak boleh nak katup mulut lagi dah melihatkan Nel melayan gadis itu.  Kemain.  Kalau dengan perempuan lain, nak ambik order pun takut.  Ini, siap beri layanan kelas pertama lagi.
“Umpan dimakan ke, bang?” 
“Umpan?”  Nel kerut dahi.  Tapi, dia jegilkan mata kemudiannya bila faham akan maksud kata-kata Adi.
“Kau ingat dia umpan?”  Hampir saja tangannya meluku Adi.
Adi gelak.  “Habis tu saya tengok kemain abang layan dia.  Kalau dengan perempuan lain, lari berbatu-batu.  Dengan customer yang sorang ni… ish ish ish…”  Adi geleng buat muka. 
“Eh, mana kau tahu dengan dia aje abang baik?  Dengan orang lain yang kau tak nampak?”  usik Nel. 
Tapi, Adi terus mencebek.  Usah nak momokkan dia dengan cerita begitu.  Dia kenal siapa Nel ni.  Sejak kerja dekat sini tiga bulan lepas, inilah kali pertama dia nampak Nel melayan perempuan.  Yang dingin beku pulak tu. 
“She needs help, Adi.”
“Help?”  soal Adi bingung.
Nel angguk.  Dipandang tempat di mana telah menjadi saksi pelbagai peristiwa sejak kali pertama dia pandang wajah gadis itu. 
“Pertolongan yang dia sendiri tak sedar, dia perlukannya…,” jawab Nel perlahan. 
Entahlah.  Sukar untuk dia jelaskan pada Adi.  Adi tak akan faham.  Ini urusan jiwa.  Pertolongan yang perlu diberi biarpun orang tak meminta.  Tapi, pada waktu-waktu sangat memerlukan.  Ya, pertolongan jenis itu. 
“Abang ni sebenarnya nak tolong masuk dalam hati dia, kan?  Tolong cinta dia, kan?”  tanya Adi langsung tak faham.
Nel ketawa kecil.  “Kau ni Adi… pick-up line kau memang dasyat sekarang.”
“Eh, betul apa…”  Adi dah sengih-sengih. 
“Aku tak kan masuk dalam hati orang sesuka hati aku, Adi.  Sebab aku tahu, bila aku masuk… aku tak akan mampu keluar lagi,” ujarnya penuh makna. 
Sekali lagi, dahi Adi berkerut.  Kata pick-up line orang.  Dia punya pick-up line lagi dasyat. 

Wajah seindah itu, perlu diserikan dengan senyuman ikhlas, Wahyu.  Bukan takat itu, perlu dihiasi dengan jiwa yang reda.  Nel senyum sendiri.  

...bersambung

21 comments:

  1. Dah masuk hati wahyu pasti akan kuar lagi Nel....
    suka2

    ReplyDelete
  2. Masuk hati terus parking la nel. Buat apa nak tggl2 lg

    ReplyDelete
  3. Smbg lg rm.. 😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Smbg lg rm.. 😍😍😍

    ReplyDelete
  5. laaa..bapaknya si Wahyu encik malik tu p skodeng ank sendiri ke?apsal x p join dengaq sekali?encik Nel..mintak izinlah kat Wahyu..nak masuk dlm hatinya..mana tau diterima dek Wahyu..takpe pelan2..

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya.....citer dik rehan ni x penah mengecewakan

    ReplyDelete
  7. best citer ni..cpt2 smbng tau kak..kak rehan ada niat nak bwt nvel jgk ka yg ni??

    ReplyDelete
  8. wahhhh bes cite ni....smbg lg kak rehan...

    ReplyDelete
  9. Akak nak tau ending cinta biar saja ada pliss eehehe

    ReplyDelete
  10. Akak nak tau ending cinta biar saja ada pliss eehehe

    ReplyDelete
  11. It just me @ you? Ayat awak makan dalam RM... Bukan makan dalam yangnsentao tu tapi makan dalam yang bagi kita fikir dalam-dalam....

    Btw, up cite lagi rajin-rajin eh..... >_<

    ReplyDelete
  12. Mmg best, thx rehan 👍 Good luck la Nel utk menembusi tembok besar yg memagari hati wahyu

    ReplyDelete
  13. mendalam sungguh kata2 Nel tu

    ReplyDelete
  14. Best. Penulisan akak tak pernah tak best 😍

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete