Thursday, April 21, 2016

Sugar? 5

DIA dah dapat agak.  Ini yang menanti dia di rumah.  Bukan seharian dia ada dekat Café Roma.  Bukan puluh jam dia berborak dengan Nel.  Nel ada di depan dia hanya untuk sepuluh minit sebelum lelaki itu perlu beralih tempat di belakang kaunter.  Hanya sesekali, Nel temani dia dengan senyuman.  Biarpun dia kerap kali tak membalas senyuman itu. 
Sekarang, ayah tuduh dia lain pulak. 
“Cakaplah kalau ayah tanya ni, Wahyuni?”  jerkah Encik Malik.

Wahyu angkat wajah.  Tadi, tak sempat tutup pintu, ayah dah menyerang hendap. 
“Wahyu memang pergi kerja ayah.  Kan dah cakap ada design nak kena buat balik.  Urgent pulak tu.  Bukan Wahyu pergi tempat bukan-bukan.  Pernah ke selama ni Wahyu tipu ayah, pergi lepak dekat tempat bukan-bukan?”  soalnya bernada lirih. 
“Memang tak pernah tapi sekarang dah reti, kan?  Kan ayah dah cakap, ayah nampak kamu dekat Café tu.  Seharian kamu boleh duduk sana, mengadap muka budak lelaki tu, kan?”  tuduh ayah tanpa bertanya sebaris penjelasan.
Liur ditelan.  Letih dah dia.  Rasa nak aje pindah rumah.  Tapi, ayah dengan mama hanya ada dia.  Mana boleh dia tinggalkan mereka begitu saja.  Rumah besar ini pasti akan jadi padang jarak.  Sekarang pun, dah tak ubah seperti dilanggar garuda.  Hening sungguh hati dia. 
“Ayah terus hentam Wahyu.  Tak boleh ke ayah tanya?  Apa yang ayah nampak tak sama dengan apa yang dah jadi, yah…”
“Apa yang dah jadi?  Hah?  Cuba kamu terangkan.  Ni ayah tanya ni.”  Bulat mata Encik Malik.
Betullah.  Wahyu dah berubah. 
“Cuba bawak bersabar, abang.  Bagi Wahyu terangkan dulu,” tokok Puan Watiqah pula.  Dia pandang wajah mendung Wahyu. 
Tadi, masa mula-mula Wahyu masuk ke rumah, wajah itu nampak sedikit manis biarpun tak ketara sangat.  Tapi sekarang, makin kelat daripada sebelumnya. 
“Kerja Wahyu dah siap?” 
Wahyu geleng.  “Ada lagi suku nak kena siapkan,” jawabnya.  Tahu, mama nak ubah aura kemarahan ayah.  Tapi, manalah ayah ni reti nak sejuk. 
“Yah… Wahyu memang pergi ofis pagi tadi.  Wahyu pergi café tu pun dah petang.  Wahyu lapar dah masa tu.  Itu yang pergi situ.  Duduk sekejap aje.  Dia duduk depan Wahyu pun tak sampai sepuluh minit pun dan dah masa tu ayah ternampak kami.  Bukannya Wahyu daripada pagi dengan dia.  Wahyu ada kerja.  Dia pun ada kerja.  Tak ada masa nak temankan Wahyu ni…” 
“Wah wah… awak dengar tu Tiqah.”  Encik Malik dah cekak pinggang. 
“…nampak tak macam mana dia bela budak lelaki tu.  Tak pernah-pernah dia bela Haikal tu, alih-alih sekarang dia back-up budak tu!”  Marah sungguh dah dia ni. 
“Kamu ni memang jatuh cinta tergolek ke dekat budak tu, Wahyuni?” 
Tuhan… Wahyu raup wajah menerima soalan ayah.  Lain yang dia maksudkan, lain pulak yang ayah faham.  Jauh sungguh ayah tafsir apa yang dia katakan tadi.  Kalaulah ayah tahu dia baru tahu kewujudan lelaki bernama Nel itu minggu lepas, mesti lagi dalam ayah tanam syak wasangka.
“Wahyu memang tak tahu lagi nak terangkan macam mana dekat ayah.  Ikut suka ayahlah nak fikir apa.  Wahyu naik dulu…”  Tubuh diangkat. 
Pegangan mama direnggangkan.  Daripada menanti dan menjadi sasaran penampar ayah lagi, lebih baik dia berundur. 
“Wahyuni!”  larang Encik Malik.
Wahyu tercegat kaku.  Tak jadi melangkah.  Tapi langsung tak menoleh. 
“Kamu memang cinta budak tu, kan?  Sebab tu kamu sanggup putuskan pertunangan kamu dengan Haikal?  Melawan cakap kami?  Kan?”  Suaranya makin berdentum. 
Wahyu senyum.  Senyum kerana teringat akan kata-kata Nel.  Soalan lelaki itu dan jawapan bisunya. 
“Nantilah Wahyu ajak dia datang.  Kenalkan dia secara rasmi dengan ayah dan mama.  Kalau mama dan ayah nak Wahyu kahwin, dialah lelakinya.  Kalau tak, Wahyu tetap akan kawan dengan dia…”  Senyuman tawar diukir.
Kata-kata itu dia tahu, telah menyelar ayah dan mama.  Tapi, andai itu boleh diamkan semua orang daripada kisah antara dia dan Haikal yang tak mampu dia luahkan sebabnya, dia rela. 


NEL tenang menapak setelah turun daripada monorel.  Dan, bila dia tiba di kafe, wajah itu sedang tersenyum pada dia.  Aneh ni.  Kenapa Wahyu ada hari ni?  Tak kerja ke?  Senyuman dia makin lebar sebaik saja wajah itu kian jelas.  Tapi, bila berdepan dengan Wahyu, biarpun bibir itu berukir senyum tapi mata itu begitu malap.  Lagi malap daripada sebelum ini.
“Dah minum?”  soal Nel bila melihat meja Wahyu kosong.
“Barista baru sampai.  Macam mana nak minum,” selorohnya. 
Nel pandang jam.  Dia awal ni dua puluh minit.  Bila dia pandang kaunter, Adi sedang tersengih lebar.  Budak ni la  hai. 
“Jom minum tempat lain…”  ajaknya.
“Awak tak kerja?” 
“Kerja tapi ada lagi dua puluh minit…”  Nel terus pusing dan berjalan perlahan.  Bila dia pusing, Wahyu sudah berjaya saingi dia. 
“Semalam okey ke sampai rumah?” 
“Erm… okey aje…”  Apalah jawapan yang dia mampu bagi melainkan jawapan itu.  Nanti, apa pulak Nel fikir pasal orang tua dia.  Tapi dia, dah libatkan Nel secara langsung dalam hal ini. 
“Encik Nel…” 
“Erm…” 
“Saya mintak maaf…”
Langkah kaki Nel mati.  “Sebab apa?”  Setiap ucapan maaf dah tentu bersebab. 
“Saya tak patut libatkan awak, Encik Nel…” 
Oh, pasal itu.  Nel dah dapat tangkap.  “Don’t worry, Cik Wahyu.  Kalau awak tak libatkan saya pun, saya rela terbelit.” 
Mata Wahyu terkebil-kebil.  Nel tak marah langsung.  Kenapalah Haikal tak seperti lelaki ini? 
“Shall we?”  Nel luruskan tangan.  Meminta Wahyu berjalan dulu. 
Mereka akhirnya duduk di atas sebuah bangku.  Dekat dengan Baskin and Robin. 
“Kata nak bancuhkan saya kopi?”  tanya Wahyu pelik bila Nel mula order aiskrim. 
“Awak selalu sangat rasa perkara pahit.  Saya nak neutralkan rasa pahit awak tu.  Moga awak boleh merasa manis biarpun untuk sedikit…”  jawab Nel sopan. 
Birai mata Wahyu terasa suam.  Dia faham apa yang lelaki ini maksudkan.  Dan, bila Nel menoleh, laju dia larikan pandangan.  Dikesat birai mata.  Dipaksa diri senyum. 
“Awak dah habis kerja ke, Cik Wahyu?”  tanya Nel seraya duduk.
Dia perasan Wahyu sedang tahan tangis.  Sebab tu dia sengaja bertanya tentang hal lain.  Dia tak nak Wahyu mengalirkan airmata di depan dia. 
“Saya half-day,” jawab Wahyu sedikit serak.  
Huluran Nel disambut sopan.  Dia suap sedikit aiskrim itu ke mulut.  Sedap memang sedap, tapi dia tak suka benda manis.  Berkali dia beritahu pada Nel, berkali juga lelaki itu bagi dia makan makanan yang manis. 
Sesekali, matanya mencuri pandang pada Nel yang duduk berjarak semeter di sebelah kanannya.  Lelaki yang segak berkemeja hitam dan dockers putih itu hanya memandang ke depan tanpa menjeling dia seinci pun.  Terus menyuap aiskrim ke mulut dan sesekali, bila Nel menjilat bibir sendiri, bibir dia turut melorek senyum. 
“Dah puas tenung saya?”  soal Nel.
Wahyu terbatuk kecil.  Dia tala pandangan ke depan.  Telinga sempat tangkap tawa halus Nel. 
“Kenapa awak half-day hari ni, Cik Wahyu?”  Seperti biasa, dia tak akan tanya soalan yang sensitif.
“Saja.  Penat… nak rehat.  Hari minggu hari tu kan saya kerja.  Siap kerja hari ni, saya minta half-day dengan bos…”
“Kalau penat, kenapa tak terus balik?” 
Wajah yang penat bertambah lelah.  Nel tak tahu.  Bila dia ada dalam rumah tu, memang tak ubah seperti perang dunia.  Bom dijatuhkan ke atasnya tanpa henti.  Nak menapak pun, dia pasti akan terpijak periuk api. 
“Saya nak minum dulu sebelum balik…”
“Lepas habis airkrim tu, saya hantar awak ke kereta…”  ujar Nel. 
Wahyu ketap bibir.  Saya tak nak balik, Nel.  Saya nak lepak dengan awak.  Walaupun tiada apa yang mampu saya luahkan, tapi saya rasa lega melihat senyuman awak.  Tapi, Wahyu telan sendiri kata-kata itu.  Dia tak boleh nak luahkan. 
“Atau awak nak saya temankan awak sekejap sebelum awak balik?”  Nel toleh pada Wahyu.  Dia jongket tinggi kedua belah kening lebatnya. 
“Apa kata saya ponteng hari ni?”  usulnya. 
Wahyu kerutkan wajah.  “Nanti kena buang kerja…”
“Kena buang kerja tak apa.  Jangan sampai kena buang daripada hati awak…”  Dia terus bangkit. 

Buat tak tahu sedangkan Wahyu sudah tak mampu berdiri.  

...bersambung. 

RM pun pandai jugak suwit... hiks.  

27 comments:

  1. Suweet sangat lah Rehan nieh

    ReplyDelete
  2. Nel and his pick up line yg straight ke hati! 😍😍😍 of course RM pon pndai sweet sawit 😉👍

    ReplyDelete
  3. Alah...si Nel ni bukan main lagi dia ye...

    ReplyDelete
  4. wahhh...RM dh pndai main pick up line skang...chia...chia...chia...

    ReplyDelete
  5. Lg...lg...otak dh pandai duk ingat nel

    ReplyDelete
  6. alahai kesian wahyu...kenapa ayah kejam taknak jadi ayang yang faham selami hati wahyu...anak seorang aje pun....wah...ai suka RM mode manis2...hahaha tq

    ReplyDelete
  7. Dunno lh knpe rase sebak bila baca story yg melted nie kak rehan..dpt rasa kesedihan wahyu tu..being dummed, nobody understand..then jmpe nel..yg sgt2 mmhmi..memg kita akn jd sgt2 emosional..huhu..love 200%

    ReplyDelete
  8. wahhhhh.... sweetnya Nel. sampaikan Wahyu pun x mampu nk berdiri :) :)

    ReplyDelete
  9. ouchhhh...baru satu ayat dah melting rasa....thumps up

    ReplyDelete
  10. Manisssssssnyeeee.... suke sangat

    ReplyDelete
  11. adehhhh...baca smbil tersenyum2..tak sabar nk tggu next ep..waaaa mcm tgk tv drama lak

    ReplyDelete
  12. ooohhhh i love Nel..Nel nak masuk dalam hati awak tu Wahyu..tak payahlah nak keras kejung sangat..

    ReplyDelete
  13. Dasat pickup line Nel

    ReplyDelete
  14. errkk...sakit gigi jap...dasat wooo suwiitt itu:)

    ReplyDelete
  15. Haha..bukan main eh,makin bijak nel ni..trend pickup line sekarang mmg mengena la..hehe

    ReplyDelete
  16. Amvoiiii nel
    pickup line.......hahaha

    ReplyDelete
  17. sweetnya Nel....
    saya plak tersenyum-senyum

    ReplyDelete
  18. Alahai kak rehan jatuh cinta tergolek....

    ReplyDelete
  19. Kak RM, bila nak sambung ni?penat dah tunggu

    ReplyDelete