Friday, January 13, 2017

Maghfirah 23 (end)

DARIPADA jauh, dia melambai.  Sabar dia menanti di pintu rumah.  Dah begini lewat baru sampai.  Apa nak kata, kampung pendalaman.  Sebaik saja Ian keluar daripada kereta itu, tiada apa yang mampu dikatakan.  Senyuman Ian dah cukup menjawab segala pertanyaan. 
Satu anak tangga dia turun.  Dua langkah Ian mendekati. 
Dua anak tangga dia pijak.  Empat langkah Ian ke depan. 
Sebaik saja dia pijak anak tangga terakhir, Ian sudah berdiri di depannya.  Tersenyum ceria biarpun wajah jelas letih. 
“Tak nak tanya abang?” 
“Tak nak…”  Maghfirah menggeleng. 
“Kenapa?”  Saja Ian duga. 

“Senyuman ni…”  Jari telunjuk Maghfirah merayap pada bibir suami. 
“…dah jawab segalanya.  Berita baik atau sebaliknya, selagi bibir ni senyum… bermakna hati sedang redha.  Itu dah cukup jadi jawapan.” 
Ian tak dapat sembunyikan bahagia.  Dia capai tangan Maghfirah.  Betullah.  Isteri dia lagi pandai jadi pakar sakit jiwa nak dibandingkan dengan dia. 
“Abang rasa, semua psikiatri dekat dunia ni susah nak carik makan kalau semua orang macam Firah…” 
“Sebab tu ada Firah sorang aje…” 
Ian ketawa besar.  Tu dia… masuk bakul angkat sendiri.  Tapi, dia memang bahagia.  Dia memang redha.  Dia sedang berlapang dada. 
“Kenapa selama ni Firah simpan sendiri bila tiap-tiap malam abang mengigau.  Malah sejak mula-mula abang ada dekat sini?  Firah banyak benda nak tahu, tapi satu soalan pun Firah tak tanya.  Kenapa?” 
Tak menjawab, Maghfirah tarik tangan Ian.  Duduk dipangkin bawah rumah.  Angin malam ni sejuk.  Bolehlah mintak Ian peluk sikit.  Dah lama tak lepas dekat pangkin berdua sejak kes kena cekup tu. 
“Abang nak tahu ke?”
“Sebab tu abang tanya…”  Loyar buruk pulak bini aku ni. 
“Abang jadi pakar psikiatri rasanya abang tak akan tanya pesakit abang, kenapa… apa dah jadi.  Diorang yang akan cerita dekat abang apa masalah diorang.  Betul tak?”
“Yup.  Memang betul…”
“Jadinya, Firah buat benda sama.  Sebab Firah yakin sangat, kalau tanya pun, abang tak tahu nak mula dekat mana.  Jadinya, yang boleh Firah buat hanya sabar tunggu abang cerita…” 
Tu diaa…. Kena game dengan bini sendiri. 
Bahu Maghfirah dipaut.  Dia renung sisi wajah isteri.  “Betullah Firah ni ada bakat jadi pakar sakit jiwa.”
“Erm… Firah pun rasa benda sama kalau Firah belajar tinggi lagi…”
“Hahahaha…”  Hati Ian bagai digeletek. 
“Firah ni makin abang kenal, makin suka masuk bakul angkat sendiri, kan?” 
“Eh, haruslah.  Banyak lagi yang abang tak tahu pasal Firah.  Lagipun, cukuplah Firah ada sorang pesakit aje.  Firah takut ramai-ramai nanti, Firah pulak yang gila…”
“Oh, nak kata pesakit jiwa tu abanglah, ya?”  Ian tarik muka.
Giliran Maghfirah pulak ketawa.  “Betullah.  Mula-mula datang memang macam orang sakit jiwa.  Ingat lagi masa abang pengsan awal-awal datang sini dulu.  Masa tu Firah dah boleh agak yang abang ada masalah besar…”
“Ya… dan abang ingat jugak macam mana perempuan dingin beku tu jaga abang.  Tapi, akhirnya hampir mengalah.  Nak biarkan abang pergi. Kan?”  Sengaja dia ungkit peristiwa di mana dia dengar Maghfirah sembang dengan ayah.
“Haruslah.  Firah bukan jenis sekat bahagia orang.  Masa tu, Firah tak tahu selebihnya.  Firah rasa abang tak sayang Firah.  Firah rasa abang cintakan perempuan lain.  Tapi, abang sekat hati abang.  Firah tak tahu…”
“Jadi sekarang Firah rasa abang sayang Firah ke tak?” 
Maghfirah julingkan mata ke atas.  Buat-buat memikir.  Dia kerling Ian di sisi.  Ian yang sedang tersengih lebar menanti jawapan. 
“Firah bukan rasa tapi Firah yakin.  Abang memang sayang Firah…” 
“Yakin tu…”
“Yakin sangat.  Tolong abang, sayang…”  ulang Maghfirah.
“Abang cakap macam tu ke?”  Mata Ian bulat.  Haih… malu pulak rasanya.  Itu pertama kali lidah dia ringan biasakan diri macam tu. 
“Bukan abang.  Tapi, Muhamad Nur Furqan.  Abang tahu siapa dia?” 
“Siapa?”  Kening Ian terangkat. 
“Suami Nur Maghfirah…” 
Terus Ian peluk isterinya.  Tak cukup rasanya setiap inci wajah Maghfirah untuk dia kucup. 
“Mana lagi tempat abang boleh cium sayang ni?”  Kedua belah pipi Maghfirah dipegang. 
“Tak ada.  Semua tempat abang dah cium…” 
“Tapi rasa tak puas…” 
“Abang tu la hai… bila pernah puas…”
Ian gelak mengekek.  Damainya.  Kepala isteri ditarik untuk bersandar ke bahunya.  Menikmati hembusan angin malam yang sudah berubah arah monsunnya.  Dah berhembus sepoi-sepoi bahasa. 
“Abang ingat tak, abang pernah mintak Firah temankan abang cari keampunan?” 
“Erm… ingat.” 
Maghfirah tegakkan tubuh.  Ian merenung mata isterinya. 
“Maghfirah ni janji…”  Maghfirah letak telapak tangan ke dada sendiri.  
“…untuk temankan abang.  Kita sama-sama cari maghfirah-Nya.  Demi Tuhan, kita akan sentiasa tabah berjalan.” 
Terharu.  Hati Ian menangis gembira.
“Hey, pakar sakit jiwa abang,” panggil Ian dengan suara yang serak. 
“…berapa kali nak buat abang jatuh cinta dekat awak ni?” 
“Setiap saat, setiap masa.  Firah akan buat abang jatuh cinta pada Firah setiap waktu.  And you can’t resist…” 
“So, you can speak English very well…”
“Hey, Mr. Psychiarist… I am brilliant in my own way.  And my way… is you…  Jalan Firah, adalah abang.” 
“Come…”  Ian depangkan tangan.  Terus dipaut oleh Maghfirah.

Ya… demi-Mu, Tuhan… kami akan tabah berjalan.  


TAMAT 

13.01.2017 2040

RMsays : 
Buat ayah... terima kasih untuk segalanya.  Kerinduan padamu mengajar aku erti kehilangan.  Kerana aku hanya mengerti setelah ayah pergi.  

Moga bermanfaat buat kalian. Maaf atas kekurangan.  

55 comments:

  1. Kakkk hannnn best best besttttt. Terimakasih kakkk. Superbbb la!

    ReplyDelete
  2. Love u rm....terbaik...moga kita semua dpt maghfirahNya...

    ReplyDelete
  3. Love u rm....terbaik...moga kita semua dpt maghfirahNya...

    ReplyDelete
  4. Kak rehan.. thank you sooooo much utk cerita ni dr episode 1 sampai 23.. serius. Sangat2 menusuk jiwa dan buat saya tenggelam dalam ceritera mereka berdua.. thanks akak.. semoga kita pun sentiasa istiqamah mencari MaghfirahNya..

    Lots of love,
    Farah amanina

    **(guna akaun org lain jap...hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi kau..dan dan je guna acc suami eh..

      Btw karehan, berpeluh saya kejar episod akhir ni..kot2 terlepas

      >>k<<

      Delete
  5. Semoga kita semua tabah berjalan.. Allah uji kerana Dia sayang..

    ReplyDelete
  6. Habis sudah.. Citer rehan ni x pernah menghampakan.. Sentiasa mendebarkan dengan ayat-ayat yg sangat mendalami hingga tembus ke jiwa pembaca... Hailah.. Rindu pulak dgn magrigah dan ian...

    ReplyDelete
  7. Syukurlah..dalam saspen, begini akhirnya!
    Love it to the max!
    Tq RM for the great story..

    ReplyDelete
  8. Memang best...terbaik...tq RM...byk pengajaran...

    ReplyDelete
  9. Biar lambat asalkan rasa itu masih ada.gud job.��

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Tq kak..mmg mnusuk kalbu
    Cita kak mmg x menghampakan

    ReplyDelete
  12. Thanks kak..citer yg bnyk msg..bkn kosong..semoga akk diberi kesihatan utk terus menulis..luv u

    ReplyDelete
  13. Cerita2 RM tak pernah tak best, tak pernah tak sweet... watak2 hero sentiasa baik, matang & setia... haihhhhh buat saya melting saja😍

    ReplyDelete
  14. At last..thank you cik RM

    ReplyDelete
  15. Kak Annnnn! Setiap huruf yang ditaip, disambung oleh kak Ann takkan pernah buat saya rasa cukup dengan karya² kak Ann. Teruskan menulis Kak Ann. Saya akan sentiasa sokong penulisan akak. Sentiasa yang terbaik ��

    ReplyDelete
  16. Tqvm RM utk karya yg padat dgn pengajaran berguna 👍👍👍

    ReplyDelete
  17. U are the best kak RM crita kak smua sy jatuh cinta n kdg2 rasa mcm nk jd mcm watak kak create tu ja..haha tahniah kak rm.. sy pminat no 1 kak..

    ReplyDelete
  18. Terima kasih Rehan...
    Utk peringatan mencari maghfirah-Nya.

    ReplyDelete
  19. Kak Rehan tak pernah mengecewakan. Good job kak. Daebakkk!!

    ReplyDelete
  20. Always checking your blog for your update and it's really worth it. I read for leisure but at the same time through your writing, I get to learn something new. Thankyou a lot

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..kak rehan..utk cerita yg superb..tiap kali bc entry hati jd dupdapdupdap nk tau next next cmne..thumbs up sis

    Lots of love: hazwaniey_ghazi

    ReplyDelete
  22. Million 💕💕💕💕💕💕 from me...
    Tq RM

    ReplyDelete
  23. Satu lg karya dr sis rehan yg xmengecewakan....emosi xstabil ku baca cite ni...tq sis rehan...kipidap n keep on writing in ur own way

    ReplyDelete
  24. awwwwwww.sweeeettttttt sangat.
    rasa dah cukup dah.xnak lebih lebih.tak nak tamak.
    thank you.

    ReplyDelete
  25. RM taknak buat novel ke ? Seronok la 😍😍😍

    ReplyDelete
  26. Tahniah kak rehan.
    Superbbb������

    ReplyDelete
  27. Tahniah kak rehan.
    Superbbb������

    ReplyDelete
  28. sapa plak tuang eyemo dlm mata ni..

    ReplyDelete
  29. Allahu.... Tersentuh sungguh jiwa ni....terbaikla

    -Azzna -

    ReplyDelete
  30. Seperti selalu..cerita rehan mmg makan dalam.terbaikk.

    ReplyDelete
  31. Yeahhh.... Karya RM memg tidak menghampakan. Good job dear & kami sentiasa menanti hasil nukilan dr awak...muahhhhhh

    ReplyDelete
  32. Dah habis...terbaik Rehan...bestnya...semoga kita sentiasa mencari maghfirahNya dan mendapat maghfirahNya....dan satu saja kita perlu ingat ....Allah Maha Pengampun Maha Penyayang...

    ReplyDelete
  33. Karya kak rehan tak pernah mangecewakan . Cehhh, Tq kak rehan . Bestttttt !!!

    ReplyDelete
  34. kak Rehan superb...very inspired semua karya kakk.terima kasih kak Rehan..

    ReplyDelete
  35. Semua karya Kak rehan tak pernah menghampakan.semuanya tetap ada mesej yang yang hendak disampaikan.kadang2 rasa terpukul dek tulisan Kak RM.menitis air mata tanpa sedar.teruskan berkarya.semoga sentiasa dilimpahi rahmat Nya.tak sabar nak tunggu novel seterusnya.

    ReplyDelete
  36. Semua karya Kak rehan tak pernah menghampakan.semuanya tetap ada mesej yang yang hendak disampaikan.kadang2 rasa terpukul dek tulisan Kak RM.menitis air mata tanpa sedar.teruskan berkarya.semoga sentiasa dilimpahi rahmat Nya.tak sabar nak tunggu novel seterusnya.

    ReplyDelete
  37. RM....seorang novelis yang berjiwa besar dan jujur dalam berkarya....setiap sentuhan tidak pernah menghampakan malah begitu indah sehingga mampu menusuk ke jiwa...

    ReplyDelete
  38. Terima kasih kak rehan sebab buka balik cerita ni. Tak pernah gagal sentuh hati kita dengan cerita-cerita kak rehan. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk mengejar MaghfirahNya.

    ReplyDelete
  39. Cerpen novel or cerita pendek rehan tak pernah mengecewakan. dah berapa tahun follow blog and novel rehan. Keep it up. #yourfan

    ReplyDelete
  40. Terima kasih........

    Akhirnya berkesempatan membaca bila lama berhenti di 10...ramai geng cerita dah ada sambungan...hari hari belek...tak ada..tetiba bila buka hari ni ada...isk isk..BAHAGIA....tapi tetiba jer rasa macam kupas bawang...he he he

    ReplyDelete
  41. Terima kasih Rehan. Akak pun sama cam Umi tu. Dulu dah stop bab10. Ok la.. tak de rezeki nak baca lagi. Tup tup..ada sampai 23!
    jazakillahol khayr. Semoga terus diilhamkan Allah dengan cerita2 yg membawa pembaca dekat denganNya. Terbaek!!

    ReplyDelete
  42. Berjalanlah dengan penuh harapan
    walau dihatimu tak lagi mampu bertahan
    hiduplah dalam Iman
    walau hari mu dipenuhi dugaan
    #kasehku

    ReplyDelete
  43. briliant... no much stories like yours Sis Rehan Makhtar...
    What everyone looking is something that you can interpret in your stories... the lesson learn from every espect of life... May you continue writing the bombastic stories like this... Thank you... Ivoryginger

    ReplyDelete
  44. Muhammad Nur Furqan... Teringat pulak dekat payeed dgn fiya ��

    -widad amsyar-

    ReplyDelete
  45. Alahai...kencing manis saya kalo ari2 baca penulisan kak rehan...kipidap kak rehan. always love your writing

    -rye- ^-^

    ReplyDelete
  46. Huhuhuhu... Thumbs up! 😊😊😊

    ReplyDelete
  47. semua karya tak pernah menghampakan....semuanya manis-manis belaka

    ReplyDelete
  48. Alhamdulillah.pengakhiran yg baik. Teruskan menulis.

    ReplyDelete