Tuesday, June 20, 2017

Usah Kau Tangiskan 20 (Tamat)

FIQRI hanya memandang Taqim.  Dah tiga hari begini.  Syawal tahun ini adalah yang paling suram.  Sesekali, dia toleh pada Wan.  Menjongket kening tapi Wan juga buntu.  Naik risau dia dibuatnya.
“Qim…”  panggil Fiqri.
Taqim menoleh tapi wajah itu langsung tak bermaya. 
“Kau kena kuat, Qim…”
“Aku memang kuat.  Tak kanlah kau nampak aku lemah?”  Senyuman sinis terukir pada bibir Taqim.
Fiqri telan liur.  Itulah.  Pandai-pandai nak nasihatkan orang.  Habis tu, nak kata apa lagi?  Nak suruh Taqim meraung?  Itu gila namanya. 

“Bang?”  panggil Wan pula.
“Mak minta saya hantar ni.  Dia risau abang tak makan.  Nanti, abang sakit…”  Mangkuk tingkat yang selalu Siratul guna itu, diletak atas meja.
Taqim pandang bekas itu dan tersenyum.  Kaki yang sejak tadi bersila, dileraikan.  Dia capai bekas tersebut dan menghidunya.  Wangiannya sama biarpun ada sedikit berbeza.  Dah tentu beza,air tangan mak dengan anak… mana nak serupa. 
Dia senyum sendiri.  “Susah-susah aje kau datang hantar dekat abang.  Abang boleh aje makan dekat kedai…” 
“Tak adalah susah pun, bang.  Mak tu dah anggap abang macam anak dia…” 
Senyuman Wan terukir kemas.  Hati dia pun sebak dengan apa yang menimpa tapi sejak dulu, mak memang didik dia dan kakak untuk terima apa-apa saja musibah biarpun yang paling buruk. 
“Abang rindu kakak?” 
Taqim tak jawab.  Soalan Wan ni, dah ada jawapan.  Boleh jadi, Wan saja nak berbicara dengan dia.  Lambat-lambat, dia angguk.  Separuh mati dia merindu.  Hingga tak tertanggung.  Tapi, apalah pilihan yang dia ada melainkan sabar dan terus sabar.  Moga di setiap perjalanan yang sukar ini, Tuhan hantarkan kekuatan menemani. 
“Mak tanya, abang jadi ke nak buat tahlil tu malam esok?” 
Sekali lagi, Taqim angguk.  “Nanti abang mintak pak cik Husin jemput kau dengan mak, ya?” 
Wan diam.  Berkira-kira sesuatu dalam kepala.  Nak bagitahu ke tak ni.  Mak larang.  Sebab benda dah jadi.  Pada dia, memanglah dah jadi.  Tapi, kenalah bagi pengajaran.  Tak kan nak biarkan pelakunya lepas bebas lepas apa yang dah jadi. 
“Kau ada apa nak cakap dekat abang?” 
“Err… kalau saya cakap ni, abang jangan bagitahu mak, ya?”
Taqim dan Fiqri saling memandang.  Kemudian, menumpu sepenuh perhatian pada Wan.  Pantas Fiqri duduk di depan dua orang lelaki itu.  Memandang Wan penuh minat. 
“Mak tak nak saya panjangkan hal ni.  Tapi, lepas apa yang dah jadi… tak kan nak biarkan orang tu bebas aje.  Setidak-tidaknya, kena bagi dia pengajaran…”  Wan mula bersuara.
Taqim betulkan duduk.  Menanti dengan penuh sabar akan apa yang bakal Wan katakan.
“Masa balik solat hari raya tu, kad raya yang kakak buat untuk abang tu, jatuh.  Kakak kutip tapi masa tu, tepi jalan aje.  Lepas tu, sekelip mata kereta tu muncul dan langgar kakak.  Saya rasa… eh tak… saya yakin…”  Wajah Wan nampak bersungguh.  Kejadian itu masih menjadi igauan ngeri padanya.  Macam mana dia nak lupa.
“…orang tu sengaja langgar kakak.  Dan, kalau abang nak tahu… orang tu adalah orang yang sama yang buat kacau dekat gerai kakak…” 
“Kau yakin ke, Wan?”  Fiqri terlebih dulu menyoal. 
“Yakin sangat.  Masa saya pangku kakak tu, kakak sempat sebut… Mel… apa entah.  Sebab kakak mana ada musuh sebelum ni.  Sorang tu aje entah mana muncul.  Saja cakap dekat abang ni, bukan sebab dendam.  Benda dah jadi.  Kakak pun…”  Wan diam.  Tak sanggup nak sebut.  Takut lukakan hati sendiri dan lebih-lebih lagi hati Taqim. 
“…saya cuma harap sikit pembelaan aje atas apa yang terjadi…”  Wajah Wan mendung.  Dia tunduk mengesat birai matanya.
Kerana dia tahu, Taqim mampu… dia mengemis sedikit belas demi menuntut pembelaan buat kakak tersayang.
“Kau pasti, Wan?”  Taqim pula menyoal.  Bukan tak percaya dekat Wan, tapi mahukan kepastian.  Sebab Wan tak pernah jumpa Melisa rasanya.  Kot salah karang, dah jatuh fitnah.
Memanglah Melisa tu jahat, tapi nak tuduh tanpa usul periksa, rasa tak adil pulak. 
“Saya memang yakin.  Tak pun abang try la check.  Kereta tu, Merc warna gold tak silap saya.  Plate dia dua angka.  24 rasanya…” 
Dang!  Memang betullah itu kereta Melisa.  Taqim gigit rahang.  Dia kepal penumpuk dan terus bangkit.  Baru nak menapak, Fiqri menahan bahunya.
“Qim, sabar dulu.  Jangan melulu.  Dia tak kan dapat lari.  Kita tak boleh nak ambik keputusan sendiri, Qim.  Kita report dulu.  Mintak laporan daripada hospital.  Rasanya, tentu saksi lain pun ada.  Cuma yang menjadi masalah, nak ke mak Siratul buat laporan?”  Itu yang Fiqri gusarkan.  Melihat pada sikap mak, lebih suka memaafkan. 
Hati Taqim berisgtihfar tanpa henti.  Dia pandang Wan yang mengesat birai mata.  Andai Wan sedih, dia juga sama.  Mak lebih-lebih lagi.  Sudahnya, amarahnya redha.  Baru saja lepas latihan mengawal nafsu selama sebulan.  Tak kanlah dia nak biarkan semua itu kembali menguasai. 
“Kita pergi bincang dengan mak dulu, ya Wan?”  pujuk Taqim.  Namun, pujukan itu lebih untuk dirinya sendiri. 
“Kalau mak setuju, baru kita report.  Kalau mak kata nak lupakan, kita tiada pilihan…”  Dan, perempuan berhati syaitan itu akan terus bahagia! 
Hati Taqim menangis lagi. 



SUARA Melisa yang menjerit nyaring, langsung tak memberi kesan padanya.  Taqim menoleh sesekali.  Rasa belas itu berbisik tapi mengenangkan apa yang dah Melisa lakukan ; pada dia, daddy dan Siratul… bagai tak cukup hukuman yang diterima.  Tapi dia, siapalah mahu menjatuhkan hukuman pada Melisa.  Dia juga pendosa.  Siratul yang buat dia sedar akan hal itu.  Sekarang, dia serahkan segalanya tentang Melisa pada undang-undang biarpun perempuan itu didapati tidak siuman. 
Cinta itu, membinasakan.
Cinta itu, merugikan. 
Cinta itu, menyakitkan.
Itu yang dia nampak daripada cinta Melisa. 
Tapi, bila dia pandang ke depan, dia nampak cinta Siratul.
Cinta yang membahagiakan.
Cinta yang membuatkan hatinya redha.
Cinta yang mencari jalan menuju Tuhan walau apa saja liku. 
Tapi, cinta itu… di mana? 
Mata Taqim basah tiba-tiba.  Dia pandang Wan dan Fiqri.  Dilepas nafas lega.  Seperti jatuh beban yang selama ini menindih bahunya.  Dah hampir rebeh. 
“Kau okey?”  tanya Fiqri.  Sejujurnya, dia tak harap itu juga pengakhiran buat Melisa.  Entahlah… sendiri carik penyakit. 
“Aku okey.  Kau jangan risau…”  Bahu Fiqri diramas perlahan.
“Mak ajak datang rumah, bang.  Dia risau abang tak makan…”  sampuk Wan tiba-tiba.
“Abang nak pergi satu tempat dulu…” 
“Abang nak pergi ziarah pusara…”  Tak mampu teruskan kata, Wan menyepi tiba-tiba. 
“Hurmm… kejap aje.  Nanti dah siap, abang singgah rumah, ya?” 
Kali ini, Wan dan Fiqri tak mampu lagi menghalang langkah Taqim.  Dibiarkan saja lelaki itu berbuat ikut suka hati.  Apa yang memuaskan hati.  Apa yang membahagiakan. 
“Abang Fiq rasa, Abang Taqim tu… akan okey ke?” 
“Jangan risaulah.  Dia dah tua untuk fikir jalan terbaik dalam hidup dia.  Jom abang hantar kau balik…”  Mereka masuk ke dalam Cadillac milik Fiqri. 
Mata Wan masih memandang Taqim berlalu, bagai mengejar sesuatu.  Akhirnya, Wan senyum.  Mustaqim akan jadi setabah Siratulnya. 



SEBAIK saja keluar daripada tanah perkuburan itu, Taqim terus menuju ke rumah Siratul.  Rindu dia kian menggebu.  Dah tak dapat rasa masakan Siratul, masakan mak pun dah membuatkan rindu dia sedikit terubat. 
Sebaik saja tiba di depan pagar, Wan dengan Fiqri dah sedia ada di situ.  Mak tak kelihatan.  Boleh jadi sedang bersilat di dapur.  Hai… budak Wan ni, tak tolong mak ke…
“Mak sorang dekat dapur?” 
Wan senyum.  “Mak kan ada pembantu…” 
“Eh, kotya pun ada pembantu…”  Taqim menggeleng kecil.  Kalau Wan tak tolong, biarlah dia tolong.  Terus dia masuk ke dalam rumah.
Nampak susuk tubuh mak ada depan dapur. 
“Mak?”
“Eh, Taqim…”  Mak senyum.  “Tak siap lagilah… Qim tunggu kejap, boleh?”
“Qim nak tolong mak ni…”
“Eh, janganlah.  Tadi, mak dah halau Fiq dengan Wan keluar.  Ada dekat dapur, kerja mak jadi lambat.  Dahlah dapur mak sempit.  Qim duduk ajelah situ.  Teman mak sembang…” 
Taqim angguk.  Dia tarik kerusi dan duduk di sebelah peti ais.  Meramas jari-jemari sendiri. 
“Kenapa tu?”  soal mak resah.  Rasanya, semua dah selesai.  Melisa dah dapat hukuman.  Malah, katanya kesihatan mentalnya pulak terjejas.  Kesian sungguh.
Hari tu dia berkeras nak lupakan, tapi Taqim lagi berkeras nak bawa Melisa ke muka pengadilan.  Sekarang, semua telah benar-benar selesai.  Tapi, wajah Taqim itu…
“Qim rindu dia sangat, mak…”  luah Taqim tiba-tiba.
“Ya, mak tahu…”  jawab mak penuh makna.  “Tapi, hadiah terbaik adalah untuk orang yang dah tiada, adalah doa.  Doa banyak-banyak moga Allah permudahkan urusan dia di sana.  Nasib kita tak tahu lagi macam mana.  Qim kena kuat…”
“Itulah, kan… Cuma sesekali bila rasa rindu tu datang, macam ribut.”  Sengaja Taqim cipta ketawa.  Padahal, tak kelakar pun. 
“Biasalah tu.  Itu memang perasaan semula jadi manusia.  Tapi, mak yakin sesuatu.  Qim akan ada penyokong selamanya…” 
Dahi Taqim berkerut. 
“Itu…”  Bibir mak terjuih ke belakang, di ambang pintu dapur. 
Laju Taqim toleh.  Dia terus bangkit dan mendapatkan susuk tubuh yang ada di atas kerusi roda. 
“Sayang…”  Laju dia melutut di depan isteri yang dia nikahi lebih sebulan lepas  Tanpa apa-apa majlis.  Hanya akad semata-mata. 
“Pergi mana tadi?” 
“Abang pergi ziarah daddy…”
“Tak ajak pun…” 
“Nak ajak macam mana.  Tengok ni…”  Matanya jatuh ke kaki isteri tersayang.  Kemudian naik ke wajah.  Parut itu masih segar.  Boleh jadi akan tinggal kesan.  Tapi, tak kisahlah.  Langsung tak mengurangkan rasa kasihnya pada perempuan ini.
“Saya dah makin okey.  Abang tu yang risau sangat…” 
“Hey, kenalah risau.  Sayang tak sihat elok lagi.  Abang tak nak benda buruk jadi lagi.  Ya, abang tahu awak nak cakap benda tu kita tak boleh mintak, tapi kita cuba elak.  Kalau dah elak, nak jadi jugak.. itu cerita lain.” 
“Hrmm… yalah…”  Siratul akur. 
Mengenangkan hari raya pertama yang dah hampir dua bulan berlalu, ianya memang mimpi ngeri.  Kaki kanannya patah.  Bila dia jaga daripada lena, Taqim masih terlantar tak sedarkan diri.  Sepertinya, hilang asa untuk terus hidup. 
Kerana itu, dia tekad.  Dia akan jadi isteri lelaki ini biarpun keadaan kaki yang masih bersimen.  Wajah Taqim dielus mesra.  Lama dia nak buat begini.  Memujuk mesra saat lelaki ini kelelahan.  Akhirnya, impian jadi nyata. 
“Nanti dah betul-betul sihat, kita buat majlis kita, ya?”
“Nak buat jugak ke?  Orang tak kata pengantin lama ke?” 
“Orang nak kata, itu hak diorang.  Bukan kita mintak duit diorang.  Lagipun, kita bagi orang makan.  Majlis kesyukuran aje.  Tanda terima kasih pada kasih sayang Allah.  Panjangkan lagi umur awak.  Bagi kita peluang untuk hidup sama-sama lagi.” 
“Iyalah.  Tapi, nampak gaya mahu lagi tiga empat bulan baru boleh bukak simen ni…”  ujar Siratul pula.
“Oh, tak apa.  Simen tu tak bukak, hati abang sentiasa terbukak untuk awak…”  Taqim sengih.
“Amboi… ayat…”  Siratul turut sama senyum. 
“Kenapa?  Tak percaya?” 
“Bukan tak percaya tapi terfikir…”
Dahi Taqim berkerut memandang wajah Siratul.  Isterinya mendekatkan wajah mereka.  Merenung jauh ke dalam anak mata Taqim. 
“Betul ke ni lelaki berlagak dulu jadi suami saya sekarang?”  bisik Siratul.  Tak naklah mak dengar.  Nanti mak marah.
“Abang pun tertanya benda sama.  Betul ke perempuan yang macam batu ni, jadi isteri abang?” usik Taqim pula.  Mana boleh dia kena sorang.  Sama merasa, orang kata. 
“Itulah kan… tapi, apa nak kata.  Bila batu ni terhakis sikit demi sikit dengan titisan cinta abang…”
“Tu dia, kak… fuh, dasyat!  Naik loya Wan dengar…”  Wan yang muncul tiba-tiba menyampuk.  Kakak sekarang, kemain.  Kalau dulu, tak adanya cinta-cinta ni.  Buang masa katanya. 
“Arghh… kau loyar biarlah.  Abang suka mendengarnya.”  Kalau dulu dia pernah minum air daripada gelas Sirat dan dia rasa air putih itu seperti air katira, sekarang ni seperti jatuh dalam perigi madu. 
Tawa mereka bersabung.  Tubuh Siratul didakap erat.  Tak kisahlah depan mak, Wan dan Fiqri pun.  Orang dah rindu sangat ni.  Setiap saat, memang rindu pada Siratul tak pernah padam 
“Abang bawak sayang rehat…”  Taqim bangkit.  Bersedia nak tolak kerusi roda itu keluar daripada dapur.
“Tapi, nak jalan-jalan dekat luarlah.  Boleh?”  pinta Siratul separuh merayu. Dia bosan sangat sehari dua ini. 
“Boleh.  Untuk awak, apa saja…”  Mereka menuju ke pintu.  “Okey.  Dah sedia?”
“Sedia apa?” 
“Menuju jalan yang lurus lagi diredhai?” 
“Hurm…”  Siratul angguk berkali-kali.   
“Sayang?” 
“Ya?”  Kening Siratul terjongket.
“Masa doktor keluar daripada bilik bedah dulu tu, kan… abang memang cuba untuk tak nangis.  Abang ingat pesan awak, usah ditangiskan.  Sebab tu…”
“Abang pengsan?”  sambung Siratul dengan gelak tawa.  Yalah tu tak nangis.  Wan kata airmata menitik tanpa suara. 
Mata Taqim membulat.  “Amboi, mengata abang.”  Ada ke kata lelaki segagah dia pengsan.  Eh, ya ke dia pengsan? 
“Tak kata, itu kenyataan…” 
Taqim sengih sendiri.  Mahu tak pengsan.  Tengok wajah doktor pun, macam nak bagi berita buruk aje.  Dia pulak terlajak letih. 
“Tapi, sungguh.  Apapun, abang kena ingat… jangan ditangiskan. Hidup ini, satu perjalanan…”
“Kita akan terus berjalan, hingga ke garisan penamat,” sambung Taqim.
“Di atas jalan yang lurus…”  celah Siratul pula.
“Jalan yang Allah redhai…”  tambah Taqim.  Dahi isteri dikucup seketika.  Merenung mata itu, buat dia tahu… tak semua cinta itu membinasakan.  Siratul, adalah contoh cinta yang menjadikan dia seorang hamba yang bersyukur atas segalanya. 
Ya Allah… tunjukilah kami jalan yang lurus.  Iaitu jalan yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka.  Bukan jalan-jalan orang  yang Engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.
Mereka berdua terus menyurusi jalan.  Mencari yang lurus, biasanya duri dan onak itu tajam lagi berbisa.  Tapi… Mustaqim lebarkan sekali lagi mengucup dahi isterinya.  Ini adalah penawar untuk segala luka itu.  Kerana, Siratul memang hadir hanya untuk Mustaqimnya.   

Dan, senyuman mereka semakin lebar.    

TAMAT

RMsays : Berjalanlah... kemana saja, dengan sesiapa saja.  Tapi, pastikan ianya jalan yang lurus,  yang diredhai-Nya.  Salam Aidilfitri.  Maaf zahir batin.  

58 comments:

  1. Tq sis.. Suka sgt :) selamat hari raya & may Allah bless you. Always ��

    ReplyDelete
  2. Wow...suspen sungguh!tp best sbb happy ending!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...ending yg best...saspen betul..suka..bahagia dh siratulmustaqim

    ReplyDelete
  4. Akhirnya. Intro je saspen btl tp ending mantap. Tq sis

    ReplyDelete
  5. alhmdulillahh...saspennnnn jek. Happy ending jgk. fuh..lega.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kak Rehan.
    :)

    ReplyDelete
  7. Suspend tau..nsb baik sirat sihat wlupn patah..best ending nye..selamat hari raya aidilfitri RM..

    ReplyDelete
  8. Tq, berdebar baca
    Yessss, happy ending

    ReplyDelete
  9. Tq, berdebar baca
    Yessss, happy ending

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..hepi ending..syukur diberi kesempatan utk baca coretan kak rehan,selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin

    ReplyDelete
  11. Wahhhh......sukanyaa...Alhamdulillah diorang bersatu jugak...tahniah kak rehan...story yg best

    ReplyDelete
  12. Aggghhhhhh tipah tertipu td!!! πŸ˜‚πŸ˜† Akhirnya dpt juga taqim & sirat berbahagia bersama. TQVM RM for the meaningful story best ending, Xkesahla kaki sirat bersimen pon, asalkn diorang kawen πŸ˜€πŸ˜πŸ€—πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Salam aidilfitri & maaf zahir batin utk RM sekeluarga dan semua kipas susah mati RM πŸ˜†

    ReplyDelete
  13. Terima kasih... cerita yg ala-ala suspend tapi happy ending.

    ReplyDelete
  14. Kak rehan.. semput sy baca. Ingt mmg siratul mati. Pape pn mmg superb.

    ReplyDelete
  15. Akhirnya....siratul bertemu mustaqimnye...

    ReplyDelete
  16. thans kak rehan sebab bagi happy ending.. dah la cuaca dekat luar ni sendu je.. tak larat nak baca sad ending. hihi.. :)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih :P
    Taqim dpt jgk siratulnya.
    Melissa pun dpt balasan.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. Tq sis..bnyak pngajaran.. ����

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.. Tq sis..bnyak pngajaran.. ����

    ReplyDelete
  20. Pinishhhhh.....
    lega akhirnya Nur Siratul bertemu Mustaqim...

    ReplyDelete
  21. Salam aidilfitri, satisfied dgn ending ni..thanks kak,hihup sirat, hidup taqim..lulz

    ReplyDelete
  22. Best3... thanks kak RM..
    #usahkautangiskan

    ReplyDelete
  23. Mati2 ingat sirat dah takde, yalah taqim ni boleh pengsan, sedih benar rasanya...tapi..ending dia...

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Amboi buat saspen ingatkan sirat dh meninggal rupanya...apa pun alhamdulillah moga mereka berbahagia hingga akhir hayat...xdak ka edisi raya citer kenduri apa..cadangan aja

    ReplyDelete
  26. Terima kasih RM untuk naskah yang tak pernah menjemu. Selamat hari Raya!

    ReplyDelete
  27. bahagia utk siratul mustaqim ..

    ReplyDelete
  28. terima kasih sis..akhirnya sampai ke garisan penamat. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin....tahniah kak

    ReplyDelete
  29. dan...kita semua pembaca setia pun berjemaah sekali lg tersenyum kegembiraan...TAMAT...
    tq rehan karya yg x pernah menghampakan...kipidap rehan..teruskan berkarya untuk pembaca setiamu ini...
    p/s; sapa komen klise tu meh kita jamu buka posa dgn cabai... hehehehe....

    ReplyDelete
  30. thanks RM..akhirnya Siratul bersama Mustaqimnya..brula blh bersama2 menuju ke jalan yg diredhai-Nya..

    ReplyDelete
  31. ����terbaik sangat kak rehan..apa-apa pun..terima kasih utk karya ini dan slmt hari raya jgk..

    ReplyDelete
  32. best..terbaik cerita. suka ketabahan siratul & mcm mna akhirnya mustaqim boleh berubah :)

    ReplyDelete
  33. suspen je...
    ingat sirat pon meninggal juge td...

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah.... Akhirnye Siratul Mustaqim bersatu.... Aamiin

    ReplyDelete
  35. Happy ending!! Alhamdulilahhhhh... Thnx RM... 😘

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah... akhirnya Siratul bersatu juga dgn Mustaqim nya... Ending yg menarik wlupn beginning suspen... Thanks RM😍😍😍 utk karya penuh pengajaran & penuh keinsafan ini. Sayang Siratul Mustaqim, sayang Rehan, sayang kipas susah mati RM semua...
    Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  37. Dah kata dah. Tulisan rehan tak mengecewakan. Rugi air mata atok. Nangis ingat sirat pun meninggal juga.

    ReplyDelete
  38. Sob3x.... Bestnya tpi dh habis... Thumbs up kan rehan

    ReplyDelete
  39. terimakasih buat cerita yg terbaik ni...😍

    ReplyDelete
  40. Hemmmm...lega sangat siratul masih dengan mustaqim...tak mungkin berpisah...TQ RM...salam Eid MUBARAK

    ReplyDelete
  41. ALHAMDULILLAH..suspense giler...akak ingat sirat dah tak ada...hmmm....

    ReplyDelete
  42. Abis sudah.bole la up cite baru lak. Yg tak klise n cliche gitu. Apa pun selamat berhari raya la yea.

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. huhuhu ingat sad ending tapi ������ best! anyway,terima kasih rm ����

    ReplyDelete
  45. Yuhuuu!! Beh! Beh! Two thumbs up!!

    ReplyDelete
  46. wow, indahnya buah kesabaran...TQ RM,
    Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  47. Well Done!! Keep Writing!!
    Selamat HAri Raya

    ReplyDelete
  48. Terima kasih kak..tahniah...selamat hari raya..
    Neves je baca...ingtkan sirat dh xda

    ReplyDelete
  49. bestyer akak....πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  50. bestyer akak....πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  51. terima kasih ... best..

    ReplyDelete
  52. yeay happy ending..tq sis RM

    ReplyDelete
  53. Jalan cerita yang menarikπŸ‘

    ReplyDelete