Tuesday, February 06, 2018

Kau Bicara Tentang Cinta 13


MATA Zul dan ayahnya bersabung.  Kemudian, dia menggeleng kecil.  Apalah tak kena dengan perangai Si Buya ni.  Geram pun ada.  Menyusahkan orang betul.  Dalam banyak-banyak kes, kenapa mesti dok dalam lokap dah satu malam kerana kes mencabul?  Nak dinafi,  penjaga kepada mangsa itu datang dengan bukti.  Video siap!  Mampus! 
“Macam mana ni?”  soal Zul.  Dia kerling jam.  Dah lepas sepuluh minit masa perjumpaan.  Kejap lagi, ada kena halau.  Masa ni, jangan kata kuasa, wang ringgit juga tak jalan ni. 
Muka polis semua spesis jujur belaka.  Habislah kau, Buya!  Hati Zul mengeluh tak henti-henti. 
“Aku nak duduk sini lagi untuk satu malam.” 

“Buya, kenapa?  Uncle dah uruskan semua dah.  Kita tinggal pujuk keluarga mangsa gugurkan kes.  Kita minta maaf.  Selesai.  Kalau tak, satu hal nak naik turun mahkamah.  Kalau orang tahu, teruk kita…”  pujuk Uncle Malik pulak.
Penat dia sediakan dokumen malah mendapat jaminan polis lagi untuk keluar.  Tapi, budak ni tak nak keluar pulak?  Selesa sangat ke dok dalam ni? 
“Saya nak dok sini lagi semalam, uncle.  Esok pagi saya mintak diorang bebaskan saya.  Lagipun, diorang dah tahu, kan?  Saya dibebaskan.”  Pandangan mata Buya berharap sangat Uncle Malik dapat uruskan permintaan gila dia.
“Kalau gitu, uncle keluar dulu.  Zul, cepat sikit…”  Dengan perasaan kecewa, Uncle Malik angkat tubuh.  Nak kena jumpa pegawai untuk surat pembebasan. 
“Wei, kau apa hal?”  Zul bersuara perlahan.  Barulah hilang rasa tegang bila ayah berlalu.   
“Kau tahu tak siapa pengadu tu?  Kau dah tengok video tu?” 
“Tengok…”  Zul menjeling tajam.  Sejak bilalah Buya jadi sangap ni?  Haih. 
“Kau tahu, lepas dapat call… kami terus ke sini.  Ayah aku cakap tanpa bukti salah nak tahan orang biarpun report dah dibuat.  Boleh jadi itu fitnah.  Kau tahu, sekali polis tu hempas bukti atas meja.  Jegil mata ayah aku.  Nak tanggal rahang aku.  Kau apa ni, Buya… sampai nak rogol anak orang…”
“Eh, gila kau guna perkataan rogol tu.  Kau ingat aku dah hilang akal ke?”
“Habis tu?   Kau nak sauk mulut dia, kenapa?”  
Saat ini, Buya sengih sendiri.  Tak dapat dia lupa kerja gila. 
“Dia cantik, Zul…”
“Habis tu, yang kau jumpa sebelum ni, tak cantik ke?  Aku tengok lagi cun, seksi, menggoda.  Eh semua-semualah.  Tak pulak kau masuk dekat.  Ngelat-ngelat aje kalau date…”  selar Zul geram.  Orang dok fikir masalah dia, boleh pulak dia sengih.
Bengong! 
“Cantik Sera ni…”
“Haa… itu lagi satu.  Ayah aku marah gila bila tahu siapa mangsa kau tu…”
Well, benda dah jadi.”  Buya mencebek. 
“Itu satu hal.  Yang kau cakap esok baru nak keluar ni, dah kenapa?” 
“Ini yang aku nak mintak tolong kau…”  Buya dekatkan wajahnya pada Zul.  Dibisikkan sesuatu.
“Gila kau?!”  marah Zul.  Tak pasal-pasal dia pulak ke dalam.
“Tolonglah.  Apa guna kawan.   Tolong, eh?”
“Eh, kau ni…”  Zul garu kepala tak gatal. 
Masaklah kalau ayah dapat tangkap. 



KAU kena balas balik budi aku ni, Buya!  Zul ukir senyum lega bila telefon bimbit ayahnya tak pakai password.  Password apa bila telefon fesyen lama.  Ayah ni, dok zaman tudor betullah.  Masih pakai Nokia ni ha.  Lepas ditangkap gambar nombor yang tertera, cepat-cepat dia keluar daripada bilik ayah.  Tak sempat dia rapatkan pintu, pintu bilik air terbuka.
Fuh… lemah semangat kejap.  Hanya beza beberapa saaat aje sebelum tertangkap.  Kali ini, rasanya dia pulak ayah sumbat masuk dalam lokap.  Zul pantas menuju ke bilik sendiri.  Panggilan mamanya pun tak dijawab.  Terus dikunci pintu dan melompat ke atas katil. 
Jarinya sedikit menggeletar menekan nombor yang dia ambik daripada telefon ayah tadi.  Ya Tuhan… kau selamatkanlah aku.  Kalau nak kantoi pun, biarlah Si Buya tu!   Sebaik saja panggilan bersambung, Zul hanya sabar menanti. 



DAH dua hari dia tak ke kedai bunga.  Semuanya dia buat dekat rumah.  Bilik dia sudahnya jadi kedai bunga nombor dua.  Mujurlah masih ada masa.  Andai tak, tentu Auntie Jane dah tak percaya pada dia. 
Sera pandang tangannya yang bertampal handplast.  Teringat hari di mana mak su paksa Buya ke balai polis.  Yang peliknya, lelaki itu hanya senyum dan meminta sesuatu yang tak masuk akal pada manusia yang nak kena charge mencabul. 
Buya itu, tak normal! 
“Sera, ini ke 7E tu?”  soal Buya kala itu.
“Hah?”  Sera terpinga-pinga memandang Buya dan mak su silih berganti. 
“Boleh saya masuk sini kejap?”  Tak menanti Sera menjawab, Buya pandang mak su.
“Kau nak buat apa?  Nak lari?” 
“Kalau saya nak lari, tak perlu saya cakap macam ni.  Elok saya terus cabut.  Tapi sebab saya ni lelaki yang pegang kata-kata, saya ikut mak su ke balai.  Jangan risau.  Saya nak beli benda sikit aje…”  Terus Buya masuk ke dalam 7E. 
Tak sampai dua minit, dia keluar semula.  Lengan Sera ditarik membuatkan gadis itu sekali lagi terpinga-pinga.  Buya tahu Sera hampir menangis malah pandangan mak su bertambah tajam.
“Sera luka kena duri ros.  Bagi saya sapu Dettol pada luka dia kejap.  Saya takut dia kena infection.  Macam mana dia nak buat kerja?”  Kepala Buya tertoleh pada mak su.  Melihat mak su hanya menelan liur sendiri. 
Dia kemudiannya, kembali merenung telapak tangan Sera.  Ditekan sedikit pada tepi luka. 
“Tak sakit, kan?”
Sera diam. 
Tak sakit.  Melainkan kaca.  Itu yang Buya putuskan sendiri bila Sera dah seperti kena potong lidah. 
Pembasmi kuman disapu.  Kemudian, ditampal dua handplast.  Dia kemudian lepaskan tangan Sera daripada ribaan dia.  Senyum dan terus senyum. 
“Ini aje saya mampu buat masa sekarang.  Lain kali, pastikan ada first-aid.  Tak pun, saya bawak pergi hospital.  Tapi, paling penting…”  Buya luruskan jari telunjuk menghantar amaran pada Sera.
“…jangan luka, Sera.  Saya sakit,” tambah Buya berbisik. 
Selendang Sera yang sedikit herot cuba dibetulkan tapi masih lagi herot.  Lantaklah.  Gadis ini masih jelita pada pandangannya. 
“Okey, mak su.  Jom kita…”  Janji tetap janji. 
Dah mak su punyai bukti, dia relakan saja dan saat dia mahu menapak masuk ke balai polis, sempat dia berbisik. 
“Tabah ke hati awak tengok saya meringkuk dalam sel tu, Sera?”  soal Buya separuh berbisik sebelum gelang besi itu dipakai pada kedua-dua pergelangan tangannya.
Buya ukir senyum namun, airmata Sera menitis setitis.  Buya yakin.  Airmata itu bukan airmata seperti yang mak su dan dunia fikirkan.  Bukan airmata seorang gadis yang hampir dinodai.  Tapi, airmata itu adalah… 



TELEFON bimbit yang bergetar di bawah peha menghalau pergi ingatannya pada Buya.  Ya, dia menitiskan airmata bila Buya bisik soalan itu padanya.  Dia mahu menafi dan meminta Buya dilepaskan, tapi dia tak berdaya.  Akhirnya, Buya dibawa pergi ke dalam kurungan dengan rela hati dan atas dasar fitnah yang pasti. 
Hingga kini, dadanya masih sebu. 
Panggilan itu dijawab sudahnya setelah dia berjaya damaikan perasaan.  Suara lelaki? 
“Siapa, ya?”  soal Sera perlahan. 
“Err… saya Zul.  Cik Sera tak kenal saya.  Tapi, saya ni anak Lawyer Malik.  Kenal, kan?” 
“Oh.  Uncle Malik?  Ya, kenal…”  Entah kenapa anak Uncle Malik telefon dia malam-malam ni?  Atau Buya dah cakap untuk buat pembatalan pada wasiat itu?  Andai benar, dia sudi terimanya. 
“Kenapa, ya?  Uncle Malik sihat, kan?”  Risau pulak dia.  Manalah tahu tiba-tiba sakit. 
“Eh, ayah sihat.  Mama pun sihat…”  Saja Zul buat lawak tapi tiada langsung gelak di sebelah sana.  Lawak hambar, Zul!  Cuba lagi.  Heh. 
“Sebenarnya,  saya ni kawan baik, Buya…  sejak kecil.”
Dada Sera mula berdebar.  Adakah panggilan ini berkaitan Buya? 
“Dia… okey, kan?” 
“Dia tak okey, Cik Sera.  Dia ada dalam lokap.  Rasanya saya tak perlu cakap lebih.  Cik Sera pun tahu, kan?” 
“Tuhan…”  Sera picit kepala dan meraup wajah.  Menahan titisan airmata. 
Apa yang dia dah buat ni?  Buya tak salah.  Dia yang berdosa.  Patutnya dia yang dihukum. 
“Saya perlukan pertolongan Cik Sera…”
“Saya tak tahu… nak tolong dia macam mana?  Tak kan Uncle Malik tak boleh tolong?  Dia kan lawyer keluarga Buya?” 
 Dah tolong dah.  Budak gila tu carik pasal pulak.  Hai… nak aje Zul luahkan tapi dia tahan.  Karang, Buya tuduh dia belot pulak. 
“Apa kata Cik Sera jenguk dia esok.  Tanyalah apa yang patut.  Lagi elok kalau Cik Sera gugurkan kes sebab saya yakin, Buya tak salah daripada apa yang saya tengok tu…”  Pandai pulak Zul menyerang psikologi Sera. 
“Buya tu, jenis yang tak kan bertepuk sebelah tangan, Cik Sera.  Cik Sera tahu kan, apa maksud saya?” 
Lama Sera diam.  Faham sangat makna kata-kata Zul.  “Ya, saya tahu…”  akui Sera perlahan.  Walaupun wajah dia begitu pijar. 
“Buya tak paksa Cik Sera, kan?”  giatnya lagi. 
Namun, talian sepi.  Dan, pepatah orang tua mengatakan diam itu tanda setuju.  Tapi dalam keadaan sekarang, diam itu bermakna tepatlah telahan dia.  Ini, kalau Buya tahu… mahu lompat sampai bumbung. 
“Lagi satu, dia pesan… luka tu kena letak ubat.  Jangan luka lagi.  Dia sakit…”  Ayat yang Buya beritahu siang tadi disampaikan pada Sera.  Entah apalah cerita yang dah manusia berdua ni karang?  Dialog dan skripnya sangat-sangat aneh dan mengganggu emosi pembaca sepertinya. 
Bibir diketap sekuat hati.  Dalam pada meringkuk kesejukan dalam sel pun, Buya masih risaukan luka di telapak tangan dia yang tiada apa-apa ni? 
“Buya tu memang buat semua tu sebab wasiat arwah daddy dia, Cik Sera.  Tapi, pada saya dia dah berlebih dalam mengikut wasiat tu.  Saya rasa, dia mula buat wasiat sendiri untuk terus jumpa Cik Sera.  Cik Sera faham, kan… maksud saya ni?”  Tu dia… kawan punya pasal.  Aduh! 
Kalah ayah yang dah berpuluh tahun jadi lawyer.  Ini kalau ayah dapat tahu, memang kena seret ke kandang tertuduh jugak dia ni!  Zul picit dahi.  Mampus kau, Zul.  Kalau ayah tahu!  Carik penyakit! 
“Terima kasih…”
Tett… talian mati.  Zul pandang telefon.  Terima kasih?  Itu aje ke perempuan ni boleh cakap?  Tu dia, memang pelik.  Padanlah dapat tarik perhatian Buya. 
Perangai sama pelik dengan Buya.  Si Buya pulak, magnet yang sama kutub itulah yang mampu menarik dia.
Arghh… manusia pelik!  Sampai aku pun jadi pelik sama. 

8 comments:

  1. Zul.. Kita geng zul..

    ReplyDelete
  2. ini mmg buat akak gelak,,,sbb jumpa zul yg menjadi cerita ni lebih menarik...zul yg sanggup derhaka pada ayah sendiri krn tali persahabatan...!!!!

    ReplyDelete
  3. Awww...sweet la Buya ngan Sera nih....😍

    ReplyDelete
  4. Ape lg plan buya ni..sian sera lau perkara sbnr terbongkar nnt..tq sis rehan

    ReplyDelete
  5. Gila zul ni.. sanggup buat apa sj utk best fren.. 😅😂 saje la tu.. buya nk buat sera rasa bersalah 😂thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete