Thursday, February 08, 2018

Kau Bicara Tentang Cinta 18

ZUL tekun mendengar cerita Buya.  Dia sendiri buntu.  Tak tahulah ini sebahagian daripada Plan B atau kenyataan?  Kenyataan yang buat perancangnya tewas dalam rancangan sendiri.  Risau dia makin menjadi-jadi tengok pada keadaan Buya ni.  Sekarang, timbul nama lain pulak dalam novel cinta yang baru nak dikarang ni.  Berbelitlah kalau watak dah banyak sangat. 
“Kau tak tanya Sera apa hubungan dia dengan lelaki tu?”
“Kan aku dah cakap, aku tak nak tahu…”  Buya kerling Zul.  Berapa kali nak tanya soalan sama.  Ada jugak yang jawab dengan penumbuk karang.  Air disisip hingga separuh gelas.  Gila dahaga.  Cuaca panas.  Hati lagilah panas. 
 “Betul kau tak nak tahu?”  Bukan nak menggiat perasaan Buya yang bercelaru sekarang, tapi dia cuma nak tahu. 
Jangan mulut kata A, hati kata B.  Yang susah nanti Buya sendiri. 
“Kalau aku tanya pun, Sera akan cakap itu kawan…”
“Okeylah.  Dia cakap lelaki tu kawan.  Kau percaya dengan jawapan dia, kan?”
Buya angguk.  Biarpun jawapan tepat, tidaklah dia percaya.  Dengan apa yang dah jadi, susah jugak dia mahu letak seluruh percaya pada Sera biarpun bersungguh Sera tegaskan lelaki itu hanya kawan.  Hey… mana ada lelaki dengan perempuan boleh kekal sebagai kawan aje. 
Tengok pada cara lelaki itu pandang Sera pun, dia dah tahu setiap titik rasa dalam hati lelaki itu pada Sera.  Atau Sera aje buta hati.  Sengaja buat tak nampak.  Sama macam yang Sera buat dekat dia.  Dah terang lagi bersuluh… eh… nak jugak pejam mata. 
“Kalau gitu, tak ada masalahlah. Dah memang dia kata lelaki tu kawan.  Cara dia layan pun macam kawan,” putus Zul. 
Menghadap wajah semak Buya.  Peh… dengan jambang dah mula tumbuh.  Rambut dah mula panjang.  Sikit lagi nak tertukar dengan orang utan.  Tongkat siku atas meja. 
“Tapi, cara dia layan kau… aku tak fikir dia anggap kau orang yang dia tak kenal pun.  Aku yakin Sera memang simpan perasaan pada kau.  Boleh jadi cinta pandang pertama.  Kau cuba ajelah lagi.  Dia nak jaga hati mak su dia.  Sebab tu dia terpaksa lukakan kau.  Kau ada fikir macam tu tak?”  Zul saja nak dengar jawapan Buya.
Kalau Buya cakap tak terfikir langsung tentang kemungkinan itu, memang buat malu keturunan ajelah Buya ni. 
“Aku tahu tu…” 
Fuh… lega.  Zul urut dada.  Memang Buya ni kawan baik dia lagi.  Masih Bunyamin yang dia kenal sejak kecik. 
“Habis tu, kau mendesak sangat kenapa?”
“Aku jadi tertanya sangat, apa yang dah pernah jadi sampai mak su benci sangat dekat daddy.  Lepas tu dekat aku sekali.”  Hampir Buya hentak gelas kaca itu kalau tak ingat ini kedai orang.  Nanti tak pasal-pasal jadi tajuk utama berita pulak.  Anak jutawan arwah Dato’Bakri mengamuk pecahkan gelas di restoran orang.  Gila! 
“Kau tak tanya Sera?” 
Buya pandang wajah Zul dengan hujung mata.  “Dia cakap benda dah jadi dan dia nak lupakan…”
“Semudah itu?”  Fuh, kagum gila dengan cara Sera ni. 
“Aku tak rasa mudah pada Sera, Zul…”  Buya meningkah.
“Kalau gitu, tanya ajelah dekat ayah aku.”
“Aku dah pernah tanya…”
Okey.  Kalau itu kata Buya, memang dia tahulah jawapannya.  Ayah tu bab-bab amanah ni jangan.  Langsung tak bukak mulut biarpun diacu parang. 
“Kalau Sera nak lupakan, apa kata kau pun buat benda yang sama.  Tak payah carik sebab apa daddy kau bagi harta tu dekat Sera.  Kau cuma nak dia, kan?  Plan B kita jalan.  Kau dapat dua-dua.  One stone two birds, brother…”  Zul dah sengih lebar. 
Buya ketap bibir.  Setuju dengan kata-kata Zul.  Plan A dah memang tak jadi.  Sekarang, dia sedang jalankan Plan B.  Jika berjaya, dia bukan saja dapat pokoknya saja malah buahnya sekali. 
Bonus! 
“Masalahnya, mak su dia…”  Ada keluhan tersembunyi dalam dada bidang lelaki itu. 
“Bro, cinta ni boleh rentas lautan apilah.  Ini, mak su aje pun.  Janji Sera nak.  Aku tak fikir mak su boleh halang.  Apa kata kau?”  Kening Zul terjongket.  Matanya nampak sedikit jahat. 
“Kau nak aku terus buat muka tak malu?”
“Ini kali pertama kau nak dekat perempuan, Buya.  Apa salahnya kalau buat muka tebal pun.  Setidak-tidaknya, kalah lepas berusaha… kalah bermaruah, bro.  Ingat… kau bukan dapat satu, tapi dua.”  Jari Zul tegak dua batang.  Mengingatkan Buya akan pelaburan ini pulangannya adalah sangat-sangat berbaloi. 
Nasihat Zul, ada benarnya.  Ini kali pertama dia nak kan perempuan.  Kalau nak kalah, biar kalah bermaruah. 
“Kau yakin Sera memang suka aku?”
“Kalau salah, kau boleh buang aku daripada terus jadik kawan kau.”  Zul yakin. 
Buya koyak senyum.  Lebar. 



DAH banyak kali dia call Sera, tapi sekalipun tak dijawab.  Buya mundar-mandir dalam bilik sendiri hingga daun pintu diketuk, kakinya terhenti.  Dia berlalu ke pintu.  Wajah Balqish muncul di depan mata.  Nampak penat dan tak bermaya.
“Kenapa Qish?” 
“Dah banyak hari tak nampak abang.  Abang dah banyak kerja sangat ke?”
Buya angguk.  Melebarkan pintu dan menggamit Balqish masuk ke biliknya. 
“Sorry, Qish.  Abang memang banyak kerja lagi.  Qish okey ke?” 
Balqish angguk.  Duduk dibirai katil milik abangnya.  Keluhan panjang dilepaskan.  Setelah daddy pergi, rasanya sunyi sangat.  Abang pulak busy memanjang.  Dia faham tu.  Dulu, abang kerja dengan daddy.  Sekarang, abang kena uruskan segalanya bagi pihak daddy.  Manalah tak busy. 
“Esok Qish nak ikut kawan Qish pergi bercuti.  Boleh tak?” 
“Mana?” 
“PD aje.  Lexis Hibiscus tu…”
Phew… Buya lega.  Ingatkan manalah Balqish nak pergi.  Dia koyak senyum.  Duduk di sisi adiknya.  Bahu Balqish diusap mesra. 
“Boleh.  Pergilah.  Nanti bila balik, abang ada benda nak bincang dengan Qish.  Harap masa tu, Qish dah betul-betul okey.”
“Penting?”  soal Balqish dengan kerutan.  Gamaknya, tentang hal wasiat arwah daddy.  Jujurnya, dia tak kisah sebab abang bukan jenis akan abaikan dia. 
“Kalau tentang harta daddy, Qish percaya dekat abang.  Kita tinggal berdua aje, abang.  Kalau bukan pada abang Qish bersandar dan menumpang kasih, pada siapa lagi, kan?”  Dia bukan ada kawan baik ramai pun.  Yang ada, hanya sorang dua. 
Teman lelaki?  Jauh sekali.  Teringat akan soalan abang malam tu.  Tentang lelaki.  Siapalah berani hampiri dia.  Semua orang takut nak dekat dengan dia bila tahu siapa keluarganya. 
Lagipun, Abang Bunyamin… siapalah tak kenal.  Sikap tenang abang selalu buat orang lain kecut.  Bimbang andai ketenangan itu terusik, abang boleh bertukar personaliti.    
“Betul tu.  Memang tentang wasiat arwah daddy.  Nanti, abang bagitahu Qish lepas semua dah selesai.  Sekarang ni, Qish pergi bercuti dulu.  Dengan syarat, jaga diri baik-baik.  Ada apa-apa terus call abang atau pun Zul.  Abang banyak benda nak fikir dekat syarikat.  Hal-hal lain pun banyak,”  beritahu Buya. 
Lega sebenarnya bila Balqish mengerti.  Risau jugak dia andai Balqish rasa diabaikan setelah daddy pergi. 
“Qish sebenarnya ada satu benda nak tanya abang…” 
“Pasal apa?” 
Balqish diam beberapa ketika.  Dah banyak hari dia timbang tara perkara ini.  Perlu ke dia tanya abang.  Rasa macam tak nak kacau privasi abang.  Tapi, tak kan nak terus tinggal tanda tanya dalam kepala. 
Bukan sekali dia nampak.  Malam hari pengkebumian daddy.  Sejak awal hinggalah lewat malam itu. 
“Abang ada makwe?” 
“Siapa?”  Buya kerutkan kening. 
“Itu yang Qish tanya abang.  Ada?”
“Abang pun tak tahu Qish maksudkan siapa…”  Muka Buya tak beriak. 
Manalah datang berita ni?  Pernahlah ada makwe yang biasa aje.  Mengisi masa lapang atau bila tertekan dengan kerja.  Makwe itu ke yang Balqish maksudkan? 
“Abang tak pernah pulak serius dengan mana-mana perempuan, Qish.  Rasanya, Qish tahu kot…” 
“Itu Qish tahu.  Sebab tu Qish tak pernah tanya.  Tapi, kali ini Qish dapat rasa abang memang suka dia…”
“Dia tu… siapa?”  Dalam hati Buya dah dapat agak nama siapa yang akan keluar daripada mulut Balqish.
“Tak silap Qish, abang dengan Uncle Malik panggil dia Sera.  Betul ke?  Yang datang rumah kita hari daddy tak ada tu?  Yang tolong kita layan tetamu sampai ke tengah malam?  Yang masak untuk orang dalam rumah ni?  Yang layan abang makan?  Yang mintak tolong Man hantar makanan ke bilik Qish?  Yang abang hantar ke pagar dengan berat hati?” 
Soalan Balqish yang tersusun rapi, buat Buya telan liur sendiri.  Dia genyeh mata.  Apa jawapan yang dia nak bagi pada Balqish ni bila mata adiknya itu dah nampak semua benda. 
“Dia tu, orang yang pernah daddy tolong.  Anak kawan lama daddy yang daddy sangat sayang.  Orang tua dia dah lama tak ada.  Itu yang daddy tolong.  Sekarang ni, daddy nak abang pulak tolong Sera dan keluarga dia,” beritahu Buya. 
“Abang nak ikut pesan daddy?”  Balqish simpan sedikit syak.  Tapi, syak dia berasas.  Mana ada abang suka sangat ikut arahan daddy kalau bukan hal kerja.  Ada aje bantahannya.  Abang jiwa yang bebas.  Yang tak suka terikat.  Biarpun keluarga adalah terpenting pada abang. 
“Tanpa apa-apa perasaan?”  Soalannya bertambah.
Buya picit dahi.  Sakit kepala tiba-tiba diasak oleh soalan Balqish.  Tapi, dia tetap senyum.  Kembali mengusap bahu Balqish.  Lembut. 
“Perasaan itu, rahsia abang.  Qish jangan fikir hal tu, ya?”  Amaran yang dihantar sangat lembut.  Bukan Balqish tak tahu dia macam mana.  Urusan peribadi dia, biar dia yang uruskan.  Segala kecelaruan, biar dia susun sendiri.  Tak payah ambik peduli. 
“Qish mintak maaf…”  Balqish tunduk.  Angguk.  Dia tahu, abang ada sembunyikan sesuatu dan jika abang masih tak sedia nak beritahu, dia akan menanti masa itu tiba. 
“Qish masuk tidur dulu.  Itu…”  Bibir Balqish terjuih pada telefon Buya yang sedang telangkup di atas katil. 
“Ada orang call abang tu.  Handphone nyala…”  Terus dia berlalu.  Merapatkan pintu bilik abangnya dan melangkah menuju ke bilik sendiri.
Balqish yakin.  Abang ada rahsia! 
Sera?  Bibir Buya tersenyum tipis.  Akhirnya.  Setelah dia call Sera berkali-kali, akhirnya panggilan dia berbalas. 
“Ya, siapa ya?”  Suara halus Sera menyapa. 
“Maaf, tadi saya tengah makan.  Tak dengar telefon.  Boleh saya tahu siapa ni?  Macam ada hal penting aje call banyak kali…”  Sera pandang Rizqi dan Naz di depan. 
“Siapa, Sera?”  tanya Rizqi. 
Sera jongket bahu pada Rizqi.  Dia pandang pula Naz yang ada di sisi yang penuh tanda tanya.  Dia pun tak tahu.  Nombor tiada dalam senarai simpanan.  Dah tu, tak bercakap pulak. 
“Err… kalau tak ada orang, saya letak dululah…” 
“Sera…”  Buya akhirnya bersuara setelah dia dengar suara seorang lelaki seketika tadi.  Berderau darahnya.  Dah jam 10 malam tapi Sera masih lagi dengan lelaki itu sejak siang tadi? 
“Sia… pa?”  Mata Sera memandang Rizqi dan Naz silih berganti.  Dia dah tahu pemilik suara itu tapi terlanjur juga menyoal. 
“Awak dengan lelaki tu lagi?”
“Kami baru siap makan…” 
“Sekarang baru makan?”  soal Buya.  Resah.
“Ya.  Kami baru habis kerja…” jawab Sera langsung tak membantah.  Seperti lembu dicucuk hidung.  Dia terkejut sebenarnya. 
“Sampai lewat macam ni, awak masih ada dengan dia, kan?”
“Riz tolong saya siang tadi…”
“Malam pun tolong jugak?”  Soalan Buya kali ini berbaur cemburu.
“Okey.  Kejap.  Saya tak tahu kenapa awak telefon lepas tu nak marah-marah saya.  Saya dengan Riz seharian dekat kedai.  Dia tolong saya siapkan semua tempahan tu.  Itu pun masih tak siap lagi.  Lepas tu, kami datang makan.  Lepas ni, dia hantar saya balik.  Sekarang ni, yang menjadi persoalan… saya pun tak tahu kenapa saya perlu terangkan dekat awak pasal saya dengan Riz…”  Serentak itu, Sera matikan talian. 
Dia pandang Naz.  Berat nafas yang mahu dihela.  Rizqi merapati.  Tak jadi masuk ke kereta.
“Siapa, Sera?”  Naz nampak bimbang.
“Entahlah, Naz.  Malas aku nak fikir.  Malas nak cakap.  Semua malas kalau berkaitan dengan dia…”
“Ya, tapi kenapa kau layan dia macam tu?  Setahu aku, kau bukan jenis tak suka orang.  Lagipun, kau manalah ramai kawan.  Aku dengan Riz aje rasanya…”
“Itulah dia.”  Sera bukak pintu kereta di belakang.  Dah sedia nak masuk. 
“…dia ni anak Uncle Bakri.  Kau tahu, kan?  Yang tolong aku bukak kedai tu dulu.”
“Oh… kau pernah cerita dekat aku pasal anak dia.  Tapi, sekali aje seingat aku.  Tapi, tak ke tak elok kau layan anak orang yang dah berbudi pada kau, Sera,”  tegur Naz.  Tak naklah Sera jadi kacang lupakan kulit. 
Budi baik ni untuk dikenang. 
“Masalahnya, mak su aku tak suka dia.  Itu aje aku boleh cakap.  Selebihnya, aku memang tak nak ingat dan tak nak fikir langsung.  Semak kepala aku ni, Naz…”  Terus Sera masuk ke dalam kereta dan menutup pintunya.
Sebaik saja Rizqi masuk, lelaki itu menoleh dan memandang Sera lama.  Mengerti dengan pandangan Rizqi yang penuh persoalan, Sera tunduk.  Dia tahu, Rizqi mesti marah bila dia rahsiakan perkara ini daripada lelaki itu. 
Baru saja kereta bergerak, Sera pandang telefonnya yang berkelip menerima pesanan. 
Buya! 

            Berdua dengan saya, awak tak selesa.  Tp, berdua dengan Riz, awak suka. 
            Hingga ke malam. 

Hati Sera menderam menahan geram.  Dia tekan skrin telefonnya kasar.

            Dgn dia ada yg ke3 dan yg ke3 itu manusia.  Dgn awak, yg ke3 itu syaitan!


Buya senyum sudahnya bila Sera membalas.  Biarpun bahasanya nampak kasar.  Dia tahu, Sera sedang menahan geram.  

            Esok sy datang tolong.  Boleh? – Buya
            Tak kerja ke?   - Sera
            Kerja.  Kerja dgn awak.  – Buya
            Jgn tunjuk sangat perangai pelik awak tu – Sera
            Sy pelik lps jmp perempuan pelik macam awk – Buya
            JANGAN DATANG!  - Sera

Tu dia.  Huruf besar.  Memang betul tak nak dia datang ni.  Panggilan pada Sera bersambung lagi.  Kali ini, tak lama bila Sera menjawabnya.  Biarpun tiada suara, cukuplah Sera mendengar. 
“Saya cemburu awak dengan dia…”
Sepi.  Hanya bunyi suara lelaki dan wanita lain yang sedang berbual perlahan.  Topik yang tak berapa jelas.  Dia dapat rasa, Sera keluar bertiga dan yang ketiga yang Sera mak sudkan tadi, adalah seorang perempuan. 
“Kenapa kerja sampai lewat malam?  Saya nampak tadi, tangan awak yang luka tu tak baik lagi.  Awak kan sengaja siapkan tempahan tu untuk dapat buat alasan untuk jumpa saya dekat lokap.  Betul tak?”
Diam. 
“Seperti mana awak risau tengok lebam bekas saya kena gari, begitulah saya risau bila tengok tangan awak calar-balar, Sera.” 
Sera gigit bibir bawah.  Memujuk dan terus memujuk hati sendiri agar tak bersuara.  Biarlah Buya saja bercerita.  Dia hanya mahu mendengar dan sampai masa, dia akan putuskan talian.  Tambah pulak, Naz dengan Rizqi sedang memasang telinga. 
“Kita jumpa esok, ya?  Awak nak makan apa?  Saya belikan…”
“Jangan.” 
Akhirnya.  Buya senyum sinis.  Bersuara pun perempuan ni.  Ingatkan nak diam sampai ke kiamat. 
“Kenapa?”
“Saya dah janji dengan Riz…”
“Kawan awak tu ke?”  tanya Buya mencari kepastian.  Lebih pada menyindir sebenarnya. 
“Erm…”  Jawapan ringkas Sera menamatkan perbualan.
Buya ramas rambut.  Rupanya, apa yang dia mahu, tak mudah seperti yang dirancang.  Penting sungguh lelaki itu dalam hidup Sera nampaknya.  

13 comments:

  1. Adeh buya..jeles ke..hahahahahaha....g setel dgn maksu dulu..bru sera le terima ko buya...tq sis rehan..lau jd buku pn xpe sis rehan...stanbynutk masuk list after objection..

    ReplyDelete
  2. buya nie buat semua nie sebab rasa hati sendiri ke sebab ikut plan je...next pliss

    ReplyDelete
  3. Huarghhhhhh, melihat hati budi buya yang sebegini, aq rasa aku dah mula percaya yg buya mampu jaga sera😊😊😊..hopefully all is weel for buya n sera

    ReplyDelete
  4. Tapi buya nak sera sambil tu dpt blk harta dia

    ReplyDelete
  5. Jgn cepat mengalah buya....tak keras mana hati mak su tu

    ReplyDelete
  6. Buya... Buya... Akal dengan hati tak selari yang payah ni!

    ReplyDelete
  7. Buyaaaa... kejor buya kejor sera... Cinta ada bila rasa cemburu.

    ReplyDelete
  8. apa mahumu Buya?, Sera kuatkah benteng perasaan mu?

    ReplyDelete
  9. kenapa sukarnya hidup seorg sera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe... Tak sukar kalu xde buyaaaa..Kihkihkihkih

      Delete
  10. sekali lagi setel marathon dari bab 10 - 18
    apa yek rahsia yang maksu pendamkan... kenapa maksu bertegas dengan harta tu
    alaa kenapa ada rizki dalam buya dan sera...

    ReplyDelete
  11. Hmm.. hebdak seribu daya, buya! 😎 thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete