Monday, February 12, 2018

Kau Bicara Tentang Cinta 20


PANDANGAN Rizqi langsung tak berbalas.  Sera masih tekun menyiapkan sedikit lagi pesanan Auntie Jane.  Tambah pulak hari ni ada ramai pelanggan walk-in.  Hari kekasih apa entah.  Malas nak fikir.  Tak pernah nak ambik kisah pun.  Sekarang, barulah lapang sikit untuk sambung kerja yang masih berbaki biarpun hari sudah hampir lewat petang. 

Satu yang pasti, syukurlah Buya tak muncul.  Jika tidak, dia memang akan pindah kedai semata-mata mahu lari daripada lelaki itu. 
“Kau tak penat ke pandang aku tak kelip-kelip, Riz?”  Sera mengaju soalan tanpa memandang wajah Rizqi.
“Mana kau tahu aku pandang kau?” 
“Aku ada mata ketiga…” 
Rizqi gelak kecil.  Sera buat kelakar tapi rasanya tak kelakar langsung bila wajah Sera nampak tegang. 
“Aku risaukan kau, Sera…” 
Kali ini, barulah tangan Sera terhenti.  Dia pandang Rizqi.  Senyum tipis.  Sudahlah Rizqi banyak kerja.  Dia pulak minta Rizqi datang kedai petang ni.  Nak tunggu Naz, lepas Maghrib baru habis kerja.  Punyalah rajin budak Naz.  Padanlah dia lebih suka kerja sendiri biarpun hasil tak seberapa. 
“Jujurnya, Sera… aku tak boleh agak apa yang dah jadi.”  Rizqi menyambung kata bila Sera sekadar diam dan memandang dia tanpa nampak untuk berkata-kata. 
“Aku memang tahu Dato’ Bakri tu pernah bantu kau.  Kawan lama ayah kau yang kau sendiri tak pernah kenal.  Tapi, bila muncul anak lelaki dia… aku jadi keliru sungguh.  Nak-nak bila aku dah pernah tengok dia sekali.  Pandangan dia dekat kau tu…”
“Rizzzzz…”  Suara Rizqi dihentikan dengan seruan Sera yang meleret. 
Dia tak nak Rizqi fikir seperti yang Naz fikirkan.  Semua itu menakutkan dia biarpun dah terang lagi bersuluh yang Buya itu… argh… dia sendiri pun tak berani nak fikirkan. 
“Jangan kaitkan aku dengan anak dia.  Aku pernah ada kaitan dengan bapaknya saja.  Dengan anaknya…”  Jari telunjuk Sera bergerak kiri dan kanan.
“No.  A big no!”  tekan Sera, memak sudkan kata.
“Okey.  Itu pada kau.  Tapi, bila aku tengok cara dia telefon kau tu…”  Wajah Rizqi berkerut lebat.  “…seram sungguh…” 
Terus Sera ketawa bila Rizqi buat wajah kalut.  Lelaki ini tak pernah tak kelakar.  Tak pernah tak pandai buat dia lega disaat dia keresahan.  Sera tongkat dagu. 
“Sebab tu, kita kena elak dia…” 
“Sejauh mana?” 
Sera angkat tubuh.  Bangku besi itu terbalik.  Rizqi menoleh ke pintu bila mata bundar Sera terarah ke situ.  Suara parau itu berjaya menarik renungannya. 
“Buya…”  Tanpa sedar, nama itu diseru oleh mulut comel Sera.
Bibir Buya terjongket dengan senyum sinis.  Reti pulak panggil dia Buya.
“Sounds good, Cik Sera…”  Kaki Buya mendekati Sera dan Rizqi. 
Rizqi tenang.  Sera yang nampak kalut.  Sekuntum bunga lily ditarik dan disua pada Sera. 
“Sorry lambat.  Saya ada meeting sepanjang hari.  Bila habis kerja, baru teringat saya janji dengan awak nak datang tolong awak dekat kedai.  Tapi…”  Mata kuyu Buya tajam mengerling pada Rizqi.  “…nampaknya awak dah ada teman.”
Hari ini dia tak boleh nak culas langsung.  Makan pun tak sempat.  Sepanjang hari, hanya wajah dan nama Sera berdengung dalam kepala.  Dia tak nak Sera fikir dia pengecut.  Kerana itu, dia datang walaupun lewat.  Dalam hati memujuk resah.  Sera bertiga.  Ada Rizqi dan seorang lagi perempuan. 
Tapi, hakikatnya berbeza. 
Sera berdua!  Dia jadi yang ketiga sekarang ni. 
“Perlu ke saya balik ni?”  Sengaja dia lontarkan nada sarkastik. 
“Well, rasanya tak perlu saya jawab soalan tu.  Lagipun, memang awak tak pernah diundang…”  Dalam takut-takut, Sera menjawab juga.
“Sera…”  Berkerut dahi Rizqi.  Tak percaya dengan kata-kata Sera. 
Tak pernah-pernah Sera begitu sinis dengan sesiapa.  Selama dia kenal Sera sejak sekolah menengah, ini pertama kali.  Selama ini setiap kata-kata Sera begitu lembut  dan sedap didengar.  Kerana itu hati dia masih setia pada cinta yang tak pernah terungkap ini. 
Mata Sera menghantar isyarat pada Rizqi.  Perlahan-lahan dia beralih berdiri di belakang Rizqi.  Mengelak daripada memandang Buya.
“Okey.”  Buya gelak sudahnya.  Malunya berlapis-lapis. 
“Tak apalah tak diundang pun.  Memandangkan saya dah sampai, perut pun lapar… apa kata kita makan dulu.”
“Saya tak boleh.  Saya tunggu kawan saya…” 
“Ini?  Bukan kawan?”  Jari Buya lurus pada Rizqi.
“Bukan dia sorang aje kawan saya.  Ada lagi…” 
“Termasuk saya?”
“Tak.”  Sekali lagi Sera menjawab tanpa banyak fikir. 
“Awak tak termasuk dalam senarai tu.”  Sera lepas nafas berat.  “Macam inilah, Encik Bunyamin…”  Tubuhnya dibawa berdepan dengan Buya. 
Malas nak berdalih.  Lagipun, Rizqi ada.  Dia tak takut Buya kasari dia atau dekati dia.  Riz pun pandai bertumbuk apa. 
“Kali terakhir saya cakap, jangan datang lagi.  Jangan carik saya lagi.  Kalau nak beli bunga sekalipun, cariklah kedai lain yang lebih besar.  Kedai saya ni kecik aje.  Dah berbuih mulut saya cakap yang mak su saya tak suka awak.  Awak nak saya jujur macam mana lagi?”  Susah sungguhlah nak buat lelaki seorang ini faham.  Kalau dia pandai bahasa Tagalog atau Thailand, dah lama dia cakap.  Nanti, Buya pulak terpinga-pinga. 
Sama aje! 
“Saya nak awak jujur yang bukan awak tak suka saya tapi mak su awak,” tekan Buya.
“Sama aje.  Apa yang mak su saya tak suka, itulah yang saya tak suka…”  Nafas berat Sera lepas.  Apa lagi yang tak faham ni?  Sampaikan dia pun dah jadi tak faham jugak! 
“Semudah itu?”  Buya tak puas hati.
“Dah tu, nak susahkan kenapa?”  Pertanyaan Sera hampir membuatkan gadis itu menjerit.  Nafas dia mula turun naik menahan sabar yang kian menipis. 
“Awak yang susahkan, Sera…”
“Apa yang saya dah susahkan?”  Mata Buya ditentang.  Berani. 
“Awak susahkan saya dengan menafi perasaan awak pada saya.”  Buya juga tak kalah.  Lantaklah nak kata dia pipi tersorong-sorong pun.  Dia memang jenis macam ni. 
Suka dia cakap suka.  Tak suka, dia nafi.  Dia tak pernah reti nak berdalih. 
“Perasaan apa yang awak maksudkan ni?”  Nak tergelak rasanya dengan telahan Buya.  Sera ketawa dan menggeleng kecil biarpun matanya nampak berkaca-kaca.
Lelaki ini, makin mendera hati dia.  Menambahkan lagi rasa serba-salah dalam hati.  Nak-nak bila Rizqi hanya memandang tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.  Entah apalah Rizqi fikir tentang dia sekarang. 
“Yang awak cin…” 
“Okey… relaks-relaks…”  Rizqi yang sejak tadi sekadar memerhati, mencelah sudahnya bila melihat masing-masing sudah keresahan.  Tenggelam dalam amarah. 
“Okey.  Aku relaks.  Tapi, aku nak tahu jawapan Sera…”
“Kan dia dah jawab,”  tempelak Rizqi pula.   
Penumbuk sejak tadi digenggam.  Andai Buya berlebih, tangan itu akan terbang mencari sasaran. 
Seketika, Buya diam.  Memandang Rizqi beberapa saat sebelum beralih pada wajah cantik milik Sera. 
Senyum diukir. 
“Sera tipu diri sendiri…”  ujarnya perlahan.  Separuh berbisik tapi cukup tajam menyiat halwa telinga Sera.
“Sera, betul ke?”  Renungan Rizqi beralih pada Sera. 
Dia pandang Sera dalam mencari kepastian akan tuduhan Buya.  Dada dia berdetak tanpa rentak.  Andai Sera angguk, entah macam mana dia mahu hadapi semua ni. 
Kecewa?  Sudah pasti! 
“Jangan risau, Riz.  Aku tak akan tipu diri sendiri.  Kau kenal aku, kan?”  jawab Sera pada Rizqi biarpun mata terus memandang Buya.  Menghantar mak sud yang dia memang berkata jujur. 
Rizqi angguk lambat-lambat.  Ya, sebab kenallah hatinya begitu gelisah.  Dia pandang Buya yang masih merenung Sera tak lepas.  Kemudian, beralih pula pada Sera yang sepertinya sengaja melarikan pandangan. 

12 comments:

  1. Thanks RM..wpun pendek mampu mengubat rindu menanti...

    ReplyDelete
  2. Ohhhh buya dan sera...
    Hangpa buat pembaca kerdil ni tertunggu2...

    ReplyDelete
  3. hari buka blog nie tggu update kak rehan
    huhuhu

    aishah

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Yuhuuuuu, sera..takpe , pelan2..buya ni ganas la..cer berlembut sikit ish3..haha

      Delete
  5. Heheheh..xsuka tp pndg xlepas ya sera..hehehe...tq sis rehan

    ReplyDelete
  6. Boleh tak saya jadi tamak..
    .nak lagi.....

    ReplyDelete
  7. Hishhh Buya ni,,,main paksa2 plak,,Si Sera tu plak,,alahaiii,,,malu kat Rizki la tu,,,papun tq Karehan

    ReplyDelete
  8. sbb selama ni kenal sera lah riz percaya yg apa buya kata tu benar... wahhhh ai is drama

    ReplyDelete
  9. Haihhhhh klu dh tipu.. Xkan dia nk ngaku dpn org pulak kan 😉😜😜😂 thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete