Tuesday, February 13, 2018

Kau Bicara Tentang Cinta 21

MAKAN malam sepi.  Naz sesekali menyiku Sera tapi dia hanya buat tak tahu.  Nasik dalam pinggan disuap lagi ke mulut.  Dikunyah laju dan ditelan saja.  Langsung tiada nikmat makan malam dia bila ada tetamu yang tak diundang ini bersama.  Perang mulut antara dia, Rizqi dan Buya tadi berakhir bila Naz masuk kedai memberi salam.

Hingga saat ini, kerutan pada dahi Naz masih lagi jelas dan nyata.  Langsung tak mahu tegang. 
“Saya hantar awak balik lepas ni, Sera…”  Buya mencelah bunyi kebingitan kawasan gerai.
Tak pernah dia makan dekat tempat macam ni.  Dia tahu masakan tepi jalan ada masanya lagi sedap.  Tapi, dia tak suka persekitaran.  Bunyi bising.  Yang meja sebelah ketawa tak ingat dunia.  Hingga nak bercakap pun, dia perlu menjerit.  Haih.  Rasa nak terbalikkan meja pun ada. 
“Sera, dia tanya kaulah…”  Peha Sera dicubit perlahan.
“Aku dengar,” balas Sera selamba pada kata-kata Naz. 
Mungkin dia perlu bercakap berdua dengan Buya.  Dari hati ke hati.  Agar Buya benar-benar mengerti dan tak mendesak dia lagi.  Dia tak boleh terus tolak Buya dan mencalarkan maruah lelaki gagah ini di depan dua orang kawannya.  Dia tak tahu.  Boleh jadi Buya menyimpan dendam padanya kerana terasa dimalukan.  Dia jugak yang dapat penyakit nanti. 
Dia angkat wajah.  Senyum pada Buya yang ada di depan mata. 
“Riz, kau hantar Naz, eh?” 
“Habis tu… kau?”  Rizqi gelisah. 
“Aku balik dengan Encik Bunyamin.”
Mata Rizqi mengerling Naz.  Susah dia nak percaya akan apa yang Sera katakan sekarang.  Tapi, baru dia nak melarang… Naz memberi isyarat agar dia terima saja keputusan Sera.    Sera tentu sedang fikirkan sesuatu untuk kebaikan. 
Usai makan malam, Sera mengekori Rizqi dan Naz ke kereta.  Dia pandang wajah risau Rizqi.  Membiarkan Buya membayar harga makan.  Biarpun mereka melarang, dah Buya berkeras… biarlah.  Bukan mahal sangat pun makan dekat gerai ni. 
“Jangan risau, Riz.  Aku tahu jaga diri.  Lagipun, ada benda penting yang aku nak bincang dengan dia…”
“Ya… aku tahu kau reti jaga diri.  Tapi, makhluk sekor tu tahu ke jaga diri dia?”  Sempat Rizqi kerling Buya yang ada dekat dengan sebuah Hummer warna chrome. 
Berlagak nak mampus!   Kan dah kena maki! 
“Naz, kau pun jangan risau.  Nanti, aku update dalam group…”  Sempat Sera kenyit mata sebelum dia berlalu mendekati Buya dan kereta mewahnya.
“Awak kutuk saya dekat kawan-kawan awak ke?”
“Tak pun.”  Laju Sera menafi.  Ingat orang ni suka sangat ke kutuk dia?  Perasan!
“Saya cuma cakap, jangan risaukan saya.  Saya tahu jaga diri.  Tapi, sebaliknya pulak bila diorang risaukan awak…”
“Risaukan saya?”  Eh, aneh ni.  “Saya lelaki.  Nak risau pasal apa pulak?”  Kot kata Sera nak buat tak senonoh pada dia?  Tak logiklah dia tak mampu kekang gadis halus ini. 
“Itulah jawapannya.  Sebab awak lelaki.  Saya harap awak jaga perangai awak kali ini.  Dan, jujurnya Encik Bunyamin… saya setuju awak hantar saya balik ni hanya kerana satu sebab…”
“Apa?”  Kedua-dua belah kening lebat Buya terjongket. 
“Saya nak dengar semua rasa tak puas hati awak pada saya.  Apa yang awak nak.  Apa perlu saya buat.  Saya harap, kita boleh capai kata sepakat.  Dan lepas tu, keputusannya tetap sama.  Kita tak boleh jumpa lagi.  Harap awak tahu, saya letak tali gantung dekat leher sendiri bila setuju nak balik dengan awak ni…” 
Buya angguk perlahan.  Dia faham apa yang Sera cuba sampaikan.  Lantas, pintu kereta dibuka dan sekelipan, kereta mewah itu bergerak perlahan meninggalkan perkarangan medan selera. 
“Awak ada masa lima belas minit aje, Encik Bunyamin.  Kenapa tak bercakap?”  Sera pandang jam yang menyala pada dashboard kereta. 
“Susah saya nak susun soalan…”
“Kalau gitu, awak tak akan ada peluang lagi lepas ni…” 
Tak semena, Buya memberi isyarat dan terus berhenti di bahu jalan.  Sera telan liur.  Mengerling Buya. 
Tali pinggang keledar dibuka.  Buka angkat kaki kirinya naik ke atas kerusi.  Menoleh empat puluh lima darjah pada Sera. 
“Okey… sekarang ni, kita dua aje.  Tak boleh ke awak mengaku yang awak pun rasa sama dengan yang saya rasa?”  Kali ini, soalan Buya kedengaran sedikit mendesak.
“Kan saya dah cakap.  Rizqi jadi saksi.  Awak nak jawapan yang macam mana lagi?” 
“Yang jujur daripada awak…” 
“Saya dah jujur…”
“Jangan tipu diri sendiri, Sera…”  Buya dekatkan sedikit wajahnya ke arah Sera.  Digenggam tali keledar Sera.  Biarlah gadis itu lekat di situ selamanya.  Kerana dia yakin sesuatu.  Sera memang ada perasaan padanya.  Dia dah kenal ramai wanita.  Semuanya mudah mengaku cinta dan dia sekadar terima.  Dengan gadis ini, sekuat mana Sera menafi, sekuat itu juga dia yakin akan rasa yang dah wujud dalam hati Sera untuknya. 
“Saya jujur…”
“Walaupun, awak jatuh cinta pandang pertama dekat saya?”
“Hah?  Apa yang awak mengarut ni?” 
Senyuman Buya lebar.  “Saya tahu.  Awak sama macam saya biarpun saya menyerang awak kali pertama tu.  Kalau tak, tak kan awak layan saya dengan baik lepas tu…”
Tawa Sera meledak.  Serius.  Buya memang pandai buat kelakar.  Dia yang tak pernah gelak lepas macam ni pun, tergelak sudahnya.
“Cinta pandang pertama ni, dongeng.  Tahu ke tak?”
“Kalau dongeng, kita jadikannya realiti,”  sela Buya serius.
Mata saling bertentangan.  Wajah Buya kian rapat.  Sera cuba bergerak namun tubuhnya terkunci oleh tali keledar yang dipegang kuat oleh tangan kekar Buya.
“Awak tahu sesuatu, Sera…”  Buya makin lebarkan senyum.  Sengaja dia dekatkan wajahnya ke wajah Sera yang nampak pucat.  Seluruh raut itu dijilat dengan pandangannya tanpa rasa puas.  Sera cantik. 
“…setiap kali saya pandang awak, dalam ni…”  Buya letak telapak tangan ke dada sendiri.  “…tak boleh saya nak cakap.  Paling sukar saya nak kawal, keinginan saya…”  Mata Buya terpejam. 
Bila dia buka mata, wajah mereka kian mendekat.  Hujung jarinya naik menyentuh birai selendang Sera. 
“Ada rambut keluar sikit…”  jelas Buya bila Sera menepis kasar.  Dia senyum melihat Sera membetulkan selendang yang senget.  Orang cantik.  Senget-benget pun, tetap nampak menawan. 
“Salah ke saya rasa sesuatu yang memang Tuhan berikan untuk kaum macam saya ni bila tiap kali pandang awak?  Rasa yang saya tak pernah alami bila saya pandang perempuan lain.  Tapi, awak…”  Kata-katanya terhenti lagi. 
Tubuhnya kian dirapatkan hingga dada bidangnya menyentuh bahu Sera.  
“…salah ke saya cakap saya cinta awak, Sera?” 
Menerima soalan Buya, Sera gamam di situ.  Langsung tak bergerak.  Tidak berusaha untuk mengelak atau mendekati.  Hanya tegak merenung mata kuyu Buya bila wajah itu kian hampir pada wajahnya.  Hampir hingga hidung saling menyentuh dan nafas hangat Buya mengelus wajahnya. 
Sera pejam mata.
Buya ukir senyum. 
Bibir yang masih mekar dengan senyum itu kian menghampiri bibir merah milik gadis itu.  Ya, dia makin yakin.  Sera suka dia. 
Hanya satu inci sebelum ulas bibir mereka bertemu, Buya hentikan tingkah.  Lama dia begitu hingga Sera buka mata.
“Saya nak tapi, saya tahu awak tak suka.  Bukan masanya lagi.  Sampai masa, saya nak awak sendiri menyerah pada saya.  Dan, masa yang saya cakap tu… tak akan jadi tanpa kehendak awak, Sera…”  Sejurus itu, Buya kembali ke posisi asal.
Dia nampak dada Sera yang turun naik.  Menghela nafas lega barangkali. 
“Saya tak kan cemarkan sesuatu yang saya sayang, Cik Sera.”  Mata dikenyit.
Perbincangan mereka tamat.  Persetujuan nampaknya telah dicapai. 
Bila sampai di depan rumah, Buya sekali lagi menarik lengan Sera. 
“Ada banyak lagi tempahan?” 
Seperti patung hidup, Sera angguk. 
“Kalau saya habis meeting awal esok, saya datang makan tengah hari dengan awak, ya?”
Sekali lagi, kepala Sera jatuh. 
Buya ketawa kecil.  “Kenapa ni?  Angguk aje?” 
“Ya, datanglah…”
“Saya datang.  Masih banyak kisah bunga yang saya nak dengar daripada awak…”  Buya kenyit mata.

Tangan Sera dilepaskan.  Melambai dan meninggalkan Sera berdiri di pintu pagar memandang pada dia.  Perasaan Sera pada dia masih loading.  Tapi, dah sampai tahap Sembilan puluh peratus.  Sikit saja lagi.  Hujung bibir Buya terukir dengan senyuman yang cukup tajam.    

31 comments:

  1. Lg citer yg best dr RM...x sabar nak tunggu next entry...tqvm love


    ReplyDelete
  2. Buya in the game ke camne ni? Cube nk husnuzon...tp tase dia tgh jln kan plan B kot? Haiyakk! 🤦🏼‍♀️

    ReplyDelete
  3. Jahat....
    Tapi pasti buya yg tersungkur jugak nanti ni

    ReplyDelete
  4. Haip Buya,,,,jatuh tersungkur nnti,,,RM ni suka buat cerita mcm ni,,,,,tp saya sukaaa,,,thee thee thee,,,tq,,

    ReplyDelete
  5. I hate sera nur..
    Look like she very stupid..
    I dont know why...

    Noriatul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Nmpk mcm mnyerah ja.. next n3 plz��

      Delete
  6. Buya jgn dekat dgn sera juz atas alasan nk sesuatu yg xikhlas...kang merana bdn bila sera dpt tau...nyesal xsudah nnt...tq sis rehan

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nak tunggu next episod..

    ReplyDelete
  8. Kak Rehan....nak lagi..plezzz

    ReplyDelete
  9. Tipikal women...pantang org ckp syg terus lembik..bila tau kebenaran meroyan konon kena tipu.. .

    ReplyDelete
  10. weii serius ah. takkan sera kena tapau cenggitu je. ehhhhhh ni tak boleh jadi. Buya serius ah nak kan sera bebetul. buanglah niat jahat tu. pleaseeeee

    ReplyDelete
  11. Plez Sera Nur..jangan tunduk pada perasaan dulu..jual mahal sikit..biar Buya usaha lebih..biar dia tahu tak semua manusia tamak harta..sekadar kongsi rasa :)

    ReplyDelete
  12. senyuman buya mencurigakn..dia yg akan tersungkur nnti...

    ReplyDelete
  13. adakah niat buya untuk merampas segalanya akan terus di semat
    atau adakah akan ada rasa lain nanti yang membatalkan segalanya

    ReplyDelete
  14. Aduhaiiiii buya ni... klu ikhlas Xpela.. tp klu ada niat jahat.. jgnla teruskan.. mesti sera kecewa sgt nti 😢 thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  15. Tq RM..tak sabar tunggu apa episode seterusnya

    ReplyDelete
  16. jgn fikir nak buat sesuatu yg akan melukakan hati sera tu buya..nnt hati buya akan sakit 100kali ganda ...

    ReplyDelete
  17. sera !!!!!! jangan laaa loading lama sangat. buka buya je tertunggu tunggu. dengan atok sekali dok ternanti nanti.

    ReplyDelete
  18. Mana buya ni.....sibuk.makan limau ke....tolonggg nak sambungan lagi...plszzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buya sakit tekak...banyak makan limau...rm plszzzz sambungan nya....

      Delete
  19. RM... plsssss. Habiskan dkt sini shja

    ReplyDelete
  20. rm.. please update.. rindu......................

    ReplyDelete
  21. atok rindu sangat sangat dah pada sera n buya.rehan cuti lagi ke!!!! hhhuuuuuuaaaaaa !!!!!

    ReplyDelete
  22. wahhh..x sabar..x sabar..makin mengujakan dah ni..

    ReplyDelete
  23. Xhabis raya lagi ke buya ni...xsabar dah ni..

    ReplyDelete
  24. Karehan...plz update soon...����

    ReplyDelete