Monday, April 09, 2018

Kau Bicara Tentang Cinta 29

MAJLIS berlangsung dalam serba-sederhana.  Hanya kawan rapat Buya yang hadir dan juga pekerja syarikat.  Dan dia, bahagia melihat senyuman Naz, Rizqi dan mak su yang setia menemani daripada majlis akad nikah pagi tadi dan hingga majlis mala mini.   
Airmata Sera meniti pada alis yang panjang dan lentik.  Dia pandang Naz. 
“Aku tahu segalanya tak akan sama seperti sebelum ni, Naz.  Aku harap aku boleh jalankan tanggungjawab aku pada Buya sebaik mungkin dan aku juga pada mak su…” 
“Insyaallah, Sera.  Kau akan dapat buat yang terbaik.  Lagipun, kalau kau tak sempat, aku dengan Riz boleh aje jenguk mak su.  Tapi, kau tak cuba ajak mak su tinggal sini ke?”  Iyalah, rumah Buya ni besar kot.  Tak jejas apa pun kalau mak su datang tinggal sini.

“Aku dah cakap.  Buya pun dah ajak.  Tapi, kau tahulah… mak su selesa dekat rumah kami tu.  Dia kata dia akan okey.  Tapi, aku yang risau terlebih…”  Airmata Sera terus menitis. 
Entah kenapa, saat ini rasa seperti mahu meraung.  Padahal saat dia sah diangkat menjadi isteri pada seorang Bunyamin, dia hanya tersenyum.  Tak seperti pengantin lain yang menitiskan airmata tanda syukur.  Bukan dia tak bersyukur, tapi saat itu dia lebih mahu tersenyum. 
Tapi, kala ini… segalanya seperti berbeza.    
“Jangan macam ni, Sera…”  Tangan Naz laju mengelap airmata Sera.  Tak mahu merosakkan wajah indah terletak itu di hari bahagia Sera.
“Mak su akan okey, kan Naz?” 
“Mestilah.  Dia orang tua, Sera.  Dia tahu jaga diri…”
“Tapi, selama ni aku ada dengan dia.  Malam ni, lepas ni… dia akan sorang-sorang.  Aku takut mak su sunyi…” 
“Siapa cakap mak su sunyi?”  Entah daripada mana, mak su muncul.  Tersenyum tipis.  Baru dapat lepas daripada tetamu.  Malah ada yang dah lama dia kenal.  Yang dah lama kerja dengan arwah Bakri dulu. 
Kepala Sera yang berbalut selendang dan viel diusap mesra. 
“Mak su sayang, Sera.  Mak su akan jaga diri  mak su.  Mak su tak akan buat Sera risau.  Senang-senang, baliklah jenguk mak su.  Lagipun, Sera kan ada kedai bunga tu lagi.  Tak akanlah dah dapat bunga tahi ayam, bunga lain nak lupa?”  gurau mak su.  Saja gelarkan Buya tu bunga tahi ayam. 
Sera ketawa.  Naz juga. 
“Bila sebut pasal bunga tahi ayam ni, Sera pun rasa Buya tu jenis tu…” 
“Tapi, bunga tahi ayam yang tak wangi itulah yang Sera nak, kan?”  Mak su mencebek.
Sera juga sama.  Buat-buat nak menangis.  Pelukan bertaut.  Mak su hela nafas lega.  Syukurlah… semuanya dipermudahkan biarpun dalam masa yang singkat. 
“Sera Nur… mak su doakan yang terbaik buat Sera dan Buya.  Daripada saat ini, sampai syurga.  Dan andai satu hari Sera luka, baliklah.  Mak su ada.”  Airmata mak su juga mengalir kali ini. 
Tak dapat lagi dia tahan. 
Andai Sera rasa resah, dia lebih lagi.  Bagaimana penerimaan orang dalam rumah ni pada Sera?  Dia benar-benar bimbang.  Dia tolak bahu Sera.  Air jernih yang masih mengalir itu diseka.  Dia senyum lebar. 
“Sera dah sah jadi isteri Buya.  Sera milik dia.  Tapi, selamanya Sera anak mak su.  Sera jangan sedih macam ni.  Berat hati mak su nak lepaskan Sera nanti…” 
Sera angguk berkali-kali.  Diseka airmata sendiri.  Apatah lagi bila wajah Buya muncul bersama Zul dan juga Uncle Malik.  Senyuman Buya nampak manis lebih daripada biasa. 
Mak su lepaskan tangan Sera.  Dihulurkan pada Buya yang segak berbaju Melayu putih senada dengan anak buahnya.  Naz memeluk bahu mak su erat.  Mengusap perlahan. 
“Sera okey?”  soal Buya perlahan. 
Isteri yang baru dia nikahi siang tadi hanya angguk namun airmata itu masih jatuh. 
“Saya sayang Sera…”  Serentak itu, bahu Sera ditarik lalu membawa wanita itu ke dalam pelukan yang erat tanpa menghiraukan mata memandang. 
“Saya sayang awak, Buya,” bisik Sera perlahan buat pertama kalinya. 
Nafas Buya beralun tenang.  Wanita ini milik dia akhirnya setelah penat dia susun kata hati yang bercelaru antara cinta dan nafsu. 



WAJAH resah Uncle Malik dipandang.  Dokumen itu sudah bertukar tangan.  Dia akan sign di depan Buya kejap lagi.  Ini adalah hadiah untuk suaminya sebagai tanda keikhlasan dia dalam mencintai Buya.  Ya, cinta pandang pertama yang dia rasa ianya dongengan semata tapi Buya minta jadikan ianya kenyataan.
Hari ini, segala yang Buya mahu telah dia tunaikan.  Kisah dongeng itu menjadi kisah realiti.  Bibir Sera pecah dengan senyuman.  Baju nikah masih bersalut pada tubuh.  Berada dalam bilik baca milik arwah Dato’ Bakri. 
“Sera yakin?”   Sekali lagi, Uncle Malik menyoal. 
“Erm… ini keputusan saya, uncle.  Mak su tak pernah kisahkan semua ni.   Jadinya, saya berhak tentukan semuanya…” 
Riak Uncle Malik sedikit bimbang.  Tapi, apa nak kata.  Andai ini kehendak Sera, dia hanya sediakan apa yang patut seperti yang Sera pinta tempoh hari. 
“Sera tak kesal?” 
Hanya gelengan menjadi jawapan pada soalan Uncle Malik. 
“Kalau gitu, uncle doakan moga Sera sentiasa dalam lindungan Allah, nak.  Dahlah.  Pergi rehat, ya.  Sera dah penat sangat daripada pagi membawa ke malam layan tetamu.  Mak su dah balik ke?” 
“Belum lagi.  Ada dekat bawah.  Sera pun nak turun kejap lagi, ambik beg baju.”
“Nanti uncle minta Man hantarkan mak su dengan Naz, ya?” 
“Hrm… terima kasih, uncle…”  Riz awal-awal dah balik sebab esok kena out-station ke Singapore.  Itupun, jenuh dia pujuk hati bila Buya tak sudah-sudah mengerling Riz sejak di masjid pagi tadi lagi. 
Risau dia.  Bertumbuk karang, satu hal pulak.
“Sera akan baik-baik aje.  Percayalah cakap uncle…” 
Dahi Sera berkerut dengan kata-kata Uncle Malik.  Tak berapa faham.
“Sera masih simpan surat arwah yang uncle bagi bersama dengan salinan wasiat tu?” 
Sera angguk. 
“Sebelum ni, arwah pernah cakap.  Tapi, masa tu Sera hanya rasa dia main-main.  Tapi itulah… doa dan harapan orang tua… Tuhan perkenankan.  Rasanya nak cakap dekat Buya tentang surat tu nanti bersama dengan dokumen ni…”  Sera goyang sampul warna coklat itu di depan Uncle Malik.
Lelaki itu ketawa perlahan.  Memang tak salah pilihan Dato’ Bakri.  Sera Nur memang baik.  Tak ubah seperti arwah orang tuanya.  Tapi, kebaikan orang tua Sera pernah dikhianati dan harapnya, Buya tak ulangi silap itu. 
“Kalau gitu, uncle keluar dulu.  Selamat pengantin baru, Sera Nur.  Moga yang terbaik saja buat Sera dan Buya…”  Perlahan-lahan, Uncle Malik bangkit.  Berlalu ke pintu yang sedikit terbuka dan meninggalkan Sera sendiri.
Andai mampu, dia nak pujuk Sera ubah keputusan tapi dia tak boleh bertindak lebih daripada itu biarpun dia tahu sesuatu.   Sesuatu yang boleh jadi hanya kerisauan dia semata. 
Dokumen itu dibaca.  Sera peluk ke dada. 
Ini bukan tanda cinta aku kerana cinta aku padamu tak ternilai harganya, wahai suami.  Aku pulangkan kerana ini adalah asal kepunyaanmu.  Aku kembalikan sebagai hadiah pernikahan kita kerana aku tiada apa lagi yang mampu dipersembahkan buatmu melainkan keikhlasan dan kasih sayangku semata-mata. 
Sera bangkit.  Menuju ke bilik.  Pintu yang tak rapat itu mahu ditolak tapi tangannya mati bila terdengar suara berpadu.  Entah suara siapa. 
“Ini bilik abang, Qish.  Tak sesuai nak cakap.  Kejap lagi Sera masuk.  Buatnya dia dengar…” 
Sekujur tubuh Sera mula terasa kejang.  Pembuka kata yang dia dengar itu, sepertinya ada petanda tak baik.  Ya, Buya dah cakap padanya, Balqish sukar nak terima pernikahan mereka dan Buya harap dia sabar.  Balqish anak yang manja. 
Sera senyum.  Dia dah janji dengan Buya untuk layan Balqish sebaik mungkin.  Dia akan anggap Balqish sebagai adik sendiri.  Bukan adik ipar. 
“Betul tu, Qish.  Mari kita keluar dulu.” 
Suara Zul.  Sera masih tenang. 
“Dia pergi mana?” 
“Dia hantar mak su dia balik.  Ada dekat bawah.  Kejap lagi dia naik.  Baik Qish keluar.  Zul, kau pun…”
“Yalah…” Zul menyahut. 
Senyuman Sera kian lebar.  Zul dengan Buya, memang macam isi dengan kuku.  Seperti yang Uncle Bakri ceritakan.  Dua-dua tak boleh percaya.  Mereka saling menyembunyikan silap masing-masing satu waktu dulu.  Kelakar.  Lepas ni, mesti Zul rasa sunyi. 
“Qish tak nak keluar.  Qish nak jawapan sekarang.  Sebab apa abang buat semua ni?  Dan kenapa daddy bagi semua dekat bini abang tu?  Apa hubungan dia dengan daddy?  Dan macam mana abang boleh terima bulat-bulat semua tu?”    
Alunan nafas Sera bertukar rentak.  Dia dah tahu Balqish masih tak terima dia.  Tapi, dia langsung tak terfikir harta itu menjadi salah satu sebabnya. 
Kerana ini… dokumen dalam pelukan dia sekarang. 
Bibir Sera koyak dengan senyuman.  Dia dah bersedia nak pulangkan semuanya.  Andai Balqish persoalkan, dia tak pernah ralat untuk serahkan semua ni.  Janji semua orang senang hati dan mereka akan hidup bahagia sebagai satu keluarga. 
Ini milik Buya dan Balqish.  Dia tak pernah punya hak.  Dia hanya mahu menumpang kasih Buya.  Cintanya pada lelaki itu luhur. 
“Okey.”  Buya mengalah dengan kedegilan Balqish sekarang.  Dia rendahkan suaranya. 
“Qish jangan macam ni.  Abang tak nak Sera dengar nanti.  Qish ingat senang ke abang nak pujuk Sera kahwin dengan abang?  Dengan mak su dia tak suka kita.  Tak suka abang.  Abang dah begitu tebalkan muka tau untuk jumpa Sera.  Abang sabar sebab abang yakin semuanya akan baik-baik aje.  Abang ni, nak bernafas pun tak lepas lagi.  Qish dah desak abang macam ni.  Tak boleh ke Qish sabar sikit lagi?”  Kesal sungguh Buya dengan Balqish sekarang.
“Qish kata Qish percayakan abang?  Macam ni ke cara Qish tunjuk percaya Qish tu?  Dengan syak abang macam-macam?  Soal abang macam ni?  Malam nikah abang pulak tu?”  Buya menggeleng kesal. 
“Qish nak percaya.  Tapi, Qish tak yakin bila Qish nampak cara abang pandang dia…”  
“Apa yang Qish nak tahu sekarang?”  soal Buya tenang. 
“Kenapa abang nikah dengan dia?” 
“Apa yang Qish rasa?”  Buya pulangkan soalan. 
“Abang yang Qish kenal tak akan tewas macam ni sebab seorang perempuan.  Qish tak boleh terima kalau sebab cinta abang terima dia…” 
“Kenapa Qish boleh cakap macam tu?  Tak percaya yang abang pun boleh jatuh cinta?” 
Senyuman Sera mekar bila dengar suara Buya menyoal Balqish.  Rasa lega bila lelaki bergelar suami it uterus membela dirinya. 
“Qish tak percaya.  Qish kenal abang…”
“Kalau kenal, Qish tak akan buat benda ni.  Soal abang macam-macam…” 
“Ya, Qish minta maaf.  Tapi, Qish tahu sebabnya…” 
“Kalau dah tahu sebabnya, kenapa Qish nak persoalkan lagi?” 
“Sebab Qish nak dengar daripada mulut abang…”
“Yang abang jadikan dia bini abang untuk dapatkan balik hak kita.  Hak Qish.  Nak dapatkan balik semua duit kita tu?”  caras Buya. 
“Itu jawapan yang Qish nak dengar, kan?  Sekarang, puas hati dengan jawapan tu?  Qish nak dengar apa yang Qish nak dengar, kan?  Jadinya, sekarang…” 
Belum sempat Buya menyuruh Balqish berlalu, pintu biliknya terkuak lebar. 
Zul kejung. 
Balqish gamam.
Buya tercengang. 
Sera!  Hanya hatinya menyebut nama itu.  Lidah sudah tidak mampu bekerja apatah lagi melihat pandangan mata Sera yang berkaca-kaca merenung dia, mencari jawapan.  Mata basah itu tunduk ke lantai beberapa ketika sebelum kembali memandang dia. 

Tak kumenduga, kau berlalu pergi.
Tinggalkan semua mimpi dan janji.
Terluka... aku menangis
Tersedar... kau hilang di hati.  

Bibir Sera koyak dengan senyuman.  Sekelip mata, sepertinya Buya telah hilang daripada hatinya namun dia masih tercari-cari.  

Tapi, kenapa senyuman itu tak ubah seperti belati tumpul yang sedang menoreh hati?  

32 comments:

  1. Adoiiiii...x sbar nk tgu next n3..plz abiskan kt sini je RM..

    ReplyDelete
  2. Xguna kau buya!!!!!!!...p jauh bwk diri srra..bru buya n qish tu menyesal xsudah 😤😤😤😤😤😤

    ReplyDelete
  3. Wow..malam pertama..apa agaknya sera nak buat

    ReplyDelete
  4. Peargh...berdebar baca

    >>k<<

    ReplyDelete
  5. Mak aiiii.... suspen nihhh.

    ReplyDelete
  6. Haishhh...
    Tak tau nk kesian atau nk padankan muka si sera ni..

    Noriatul

    ReplyDelete
  7. Woho..balqishh, hmmm, insyaAllah sera kuat kan . Ok ja

    ReplyDelete
  8. huwaaaaaaaa....... ishhh kenapa kene ada sesi ni, sesi dimana akan terbongkar dan sera akan berjauh hati atau?????

    ReplyDelete
  9. Huwaa....x sabar nak tau....sabar sera, buya x sekejam tu rasanya

    ReplyDelete
  10. Sedih...kesian sera...

    Teringat lagu que sera sera

    ReplyDelete
  11. Alahai.. Sedihnya.. Bkn senang la buya nk explain dan menangi hati sera balik... Balqis pun...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. next kak. ��������

    ReplyDelete
  14. agaknya apa yang sera buat lepas tu??

    ReplyDelete
  15. Tp tu buya kata, apa yg qish nk dgr.. buya X kata itu yg lahir dr hati dia.. blh X nk simpan sikit percaya pd buya.. siannya sera 😓😢 Xsabar nk tau sambungan.. tabahla sera.. thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  16. Buyaaa . Sampai hati buat sera gitu . Pada hari pertama perkahwinan pula tu . Tq update kak ❤

    ReplyDelete
  17. Ayuh tinggalkan dia Sera ��

    ReplyDelete
  18. Tercalar kepercayaan sera buat buya.
    Bawalah hatimu sejauh mungkin duhai sera😢

    ReplyDelete
  19. Kak rehan.. Please update next chapter..please2

    ReplyDelete
  20. kak rehan pls update nxt cerpen.. xsbar nk bce ni.😍😍😍

    ReplyDelete
  21. kak rehan. mana bab seterusnya? ataupun this story akan di publish kan?

    ReplyDelete
  22. Knp buya hancurkan hati sera..eeeeeee..😭😭😭😭

    ReplyDelete
  23. sis, plzz smbng ������

    ReplyDelete
  24. Rehan...bila nak sambung niii...hukhukhuk.

    ReplyDelete