Sunday, July 15, 2018

Kau Bicara Tentang Cinta 32

WAJAH mak su merah padam bila Sera sampai di rumah bersama Riz dan Naz seketika tadi.  Wajah itu begitu Suram dan tubuhnya nampak sangat tak bermaya.  Paling menyakitkan hati, Sera heret bersama bagasi yang dia bawa semalam. 
Bila ditanya, Sera langsung tak bersuara.  Malah, Naz dan Riz juga tak tahu menahu.  Sejak masuk kereta, Sera hanya diam.  Telinga disumbat dengan earphone tapi tak tahulah ada muzik atau tak.  Boleh jadi itu hanya cara Sera untuk lari daripada sebarang soalan. 
“Sera tidur ke, Naz?”  soal Riz tak sabar bila Naz keluar daripada bilik Sera. 
Naz jongket bahu.  “Mata pejam tapi airmata dia menitik.  Aku pun tak tahu apa dah jadi, Riz.  Aku nak paksa dia cakap dekat aku, tapi Sera ni bukan macam Sera yang kita kenal.  Tak kan dalam satu malam, manusia tu boleh berubah macam ni sekali?”  Naz ketap bibir. 

Seperti tak percaya dengan apa yang terjadi.  Terkejut usah dikata bila Riz menelefonnya mengajak ke rumah suami Sera.  Biasa Sera akan telefon dia dulu.  Entahlah.  Tanpa fikir panjang, dia hanya ikut.  Boleh jadi, Riz tak nak Buya salah faham kalau pergi sendirian. 
“Masa dia call kau, dia tak cakap apa-apa ke?”
Riz geleng.  “Dia Cuma cakap, tolong ambik dia.  Dia nak balik rumak mak su.  Terus dia putuskan talian.  Aku call balik, tak berjawab.  Aku dah risau sangat, itu aku ajak kau terus pergi aje…”
“Semalam lepas mak su balik, korang berdua ada lagi dekat situ?”  Mak su mula mencelah. 
Naz geleng.  Riz diam.  Dia balik lagi awal daripada mak su semalam.  Jujurnya, sukar untuk dia buat-buat gembira melihat Sera menjadi milik lelaki lain.  Cuma dia tiada pilihan. 
“Apa yang dah jadi sebenarnya?”  Naz menyoal.  Lebih pada diri sendiri. 
“Perlu ke kita call Buya ni, mak su?”  Riz bangkitkan pendapat. 
“Mak su rasa biar mak su call…”  Telefon ditarik tapi tangannya disapa orang. 
Entah bila Sera muncul dengan wajah pucat tak berdarah. 
“Kenapa, nak?” 
Sera senyum dan menggeleng tipis. 
“Sera balik sini, untuk temankan mak su…”  Matanya redup memandang mak su, Naz dan Riz silih berganti. 
“Selamanya…” 
Tiga jasad di depannya tercengang.



ANDAI tak ingatkan Zul di depan mata, dia memang dah lama menangis.  Jangan kata menangis, dia akan meraung sekuat hati bagi menzahirkan betapa jiwa dia menderita dengan apa yang telah terjadi. 
“Betul ke keputusan aku untuk izinkan dia balik rumah mak su dia, Zul?”  Buya mengerling Zul sejak tadi diam. 
Dia faham, dalam hal begini… Zul tak mungkin dapat banyak membantu.  Setidak-tidaknya, bila Zul dengan dia… dia dah lega. 
“Untuk masa sekarang ni, aku rasa itulah yang terbaik, Buya.  Bukan apa, kalau kau paksa dia ada dalam bilik kau… dengan keadaan dia macam tu, aku takut benda tu akan memudaratkan Sera.  Kalau kau halang, aku yakin Sera tu tak akan lari senyap-senyap.  Tapi, memang akan buat dia jadi mayat hidup.  Dengan Balqish lagi.  Biarpun kemungkinan untuk dia balik sini semula adalah sangat tipis, tapi dia masih isteri kau.  Kalau dah teruk sangat nanti, kau guna ajelah kuasa kau sebagai suami. Paksa dia balik… masa tu…”
“Aku yakin dia akan balik, Zul,” cantas Buya.  Tersenyum pahit pada kawan baiknya.  Zul pun kena tempias semalam. 
“Tapi, macam kau cakap… kalau yang balik tu mayat hidup, buat apa.  Aku perlukan dia sebagai seorang perempuan dan isteri dalam hidup aku.”
“Habis tu, kau rela lepaskan dia kalau dia nak kau lepaskan dia?”  duga Zul.
Kening lebat Buya berkerut.  Dia menggeleng perlahan.  Biarpun dia seperti dapat agak daripada kata-kata Sera semalam, dia tetap mahu tolak kemungkinan itu. 
“Apapun jadi, dia kena hidup sebagai isteri aku seumur hidup dia.  Dia nak atau tak…”  tegas Buya.
Zul telan liur.  Lain macam ayat Buya.  Dalam sungguh Buya terjemurus dalam cinta Sera.  Kan dia dah cakap, Plan A ke mana, Plan B juga sama.  Sudahnya, Buya yang kalah teruk dan Sera menjadi mangsa. 
“Okeylah.  Aku faham perasaan kau pada dia.  Tapi, kau kena tahu dia dah anggap kau perhargakan cinta dia sebab semua duit tu.  Sekarang, aku nak tanya kau… sejauh mana kebenaran kata-kata kau pada Balqish?”
“Kau kawan dengan aku dah lama, kan?” 
Zul angguk.
“Jawapan tu ada pada kau Zul…”  putus Buya dan dia terus rebahkan tubuh di atas katilnya.  Memejamkan mata.  Membayangkan betapa pedihnya malam pernikahan dia dan Sera.  Dia dah musnahkan bahagia mereka dengan tangan sendiri. 
“Aku dah lama tahu, Buya… Plan A gagal.  Plan B jahanam.  Cuma sekarang, macam mana kau nak jayakan Plan C pulak.”  Lutut Buya ditepuk perlahan. 
Zul yakin sangat yang Buya tahu apa Plan C yang dia maksudkan.  Kerana lelaki ini juga dulu pernah menyebut.  Mereka ada rancangan daripada A sehingga Z.  Andai A gagal, B masih ada.  Sekarang, B juga gagal… mereka perlu beralih pada C.  Namun, jauh di sudut hati, Zul tetap rasa resah. 
Bimbang.  Andai segala rancangan mereka sehingga Z dijalankan, segalanya masih temui kegagalan.  Waktu itu, Buya akan menderita. 
“Kita akan jayakan Plan C dengan segera, kawan…”  tambah Zul lagi sebelum dia bangkit dan berlalu membiarkan Buya sendiri.  Telinga dia masih perlu menerima maki hamun ayah atas apa yang telah terjadi ni. 



BARU saja dia mahu menarik daun pintu, suara Balqish menahan.  Zul koyak senyum.  Hambar dan tawar.  Tiada lagi senyuman nakal yang menghias wajahnya.  Entah kenapa, dia nampak Balqish masih seorang anak-anak yang begitu manja dan suka berbuat mengikut hati tanpa memikirkan kesannya. 
Sejak dulu, Balqish memang begitu tapi sekarang, Balqish dah cukup dewasa.  Manja tak salah.  Rasa kehilangan bila Buya memiliki Sera, juga tak salah.  Itu perkara biasa bagi adik yang cukup manja seperti Balqish.  Tapi, kenapa pertimbangan Balqish begitu tersasar daripada usia yang patutnya sudah cukup matang. 
“Qish nak cakap apa-apa dekat abang?”  soal Zul lembut.  Tak guna nak bebel pada Balqish.  Nanti dia pun kena bebel dengan ayah.  Arghh… mahu pecah gegendang telinga ni. 
“Abang Buya, okey?” 
“Qish tanya abang, abang tak ada jawapan tu, Qish.  Qish naiklah jenguk dia sendiri.”
“Qish takut…”  Wajah indah tu menunduk.
Zul koyak senyum senget.  Cukup tajam dan penuh sindiran.  Tahu takut.  Macam tak kenal perangai Buya tu macam mana.  Tidak ke selama ini Balqish tahu sangat yang Buya memang pantang orang campur tangan urusannya.  Kerana sejak dulu, Buya akan tanggung sendiri kesan atas perbuatannya.  Tak pernah heret sesiapa termasuklah dia. 
Kerana itu dia setia menjadi sahabat Buya dalam pelbagai keadaan sampaikan ayah sendiri pun susah nak percayakan dia. 
Zul memandang Man yang masih setia bersama mereka.  Rumah ini begitu sunyi setelah kejadian malam tadi.  Semua orang Buya bagi cuti.  Mungkin kerana tidak mahu pekung di dada terus terbuka padahal baunya sudah begitu menyengat.  Busuk! 
“Kalau takut, kenapa Qish buat Buya macam tu?”  Zul seluk kedua belah tangan dalam poket seluar.  Menanti jawapan daripada bibir yang masih bergetar; entah apa yang Balqish mahu katakan. 
“Qish tak sengaja…”
“Itu bukan perbuatan tak sengaja, Qish.  Itu adalah sikap tamak Qish yang dah rosakkan semua perkara…” 
“Abang Zul pun salahkan Qish?  Kau pun, Man?”  Mata Balqish mula basah.  Dia pandang Man, tapi lelaki itu terus tunduk. 
Sejak dulu, Man memang macam tu.  Hanya kata-kata Buya yang masuk ke telinga Man.  Suara orang lain, seperti tidak berbunyi. 
“Tak ada siapa salahkan Qish.  Buya sendiri tak sebut langsung yang Qish salah.  Ini semua silap dia.  Kalau dia tak tamak, semua ini tak kan jadi…” 
“Abang Buya tamak?”  Raut wajah Balqish jelas meluahkan yang dia tak faham dengan kata-kata Zul.
“Ya.  Dia jadi sangat tamak bila niat dia pada asalnya nak dapatkan balik hak dia dalam harta arawah uncle dan kedudukan dia dalam syarikat tu; bertukar arah.  Dia nak dapatkan lebih lagi.  Yang tak ternilai.  Yang tak boleh dibandingkan dengan duit ringgit.  Yang bernama Sera Nur, Qish.  Sebab tu abang cakap, Buya yang salah.  Dia yang tamak.  Kalau kata dia ikut aje plan yang abang susun untuk dia, semua ni tak kan jadi.  Malam berdarah tu tak akan berlaku.  Qish akan dapat hak Qish dan Buya boleh jadi sekarang, sedang berseronok dengan abang dekat mana-mana entah…”  Kata-kata Zul jelas berbalut sindiran.
Balqish tahu. 
“Kiranya, betullah yang abang tu tipu Qish…” 
“Apa yang abang tipu?”  Entah bila, Buya muncul.  Berdiri di atas anak tangga terakhir.  Soalannya kedengaran sangat tenang tapi Buya sedang tahan sabar dengan adik sendiri. 
Balqish telan liur.  Zul tenang.  Man berundur beberapa tapak. 
“Abang tipu Qish kata abang tak cintakan dia,” jawab Balqish.  Dalam berani, takut masih menguasi sebenarnya.   
“Abang tak tipu, Qish.  Memang abang tak cintakan dia masa Qish persoalkan semua tu.  Entah bila, Qish… abang rasa hidup abang jadi lengkap dengan dia.  Buat abang rasa yang abang ada segalanya.  Usah kata nilai yang daddy bagi dekat dia, malah abang dapat pulangan lebih daripada itu.  Terasa seperti pelaburan jangka panjang yang daddy sediakan untuk abang tu, memang sangat lumayan.  Abang rasa, abanglah orang yang paling kaya di dunia bila melihat senyuman dia.  Dia yang abang nak panggil isteri, tapi abang malu sebab abang adalah suami yang dah sakitkan hati isteri sendiri dengan begitu kejam,” luah Buya dalam emosi yang cuba dia kawal sebaik mungkin. 
Benar kata Zul.  Dia jadi tamak.  Benarlah kata pepatah.  Orang tamak selalu rugi.  Tak ubah seperti anjing dan bayang-bayang. 
“Kiranya, abang bagi jawapan pada Qish tu…”
“Jawapan yang Qish nak dengar,” sambung Buya laju.
“Sebab buat pertama kalinya, abang seperti tak boleh nak kawal dua orang perempuan yang abang sayang.  Abang sayangkan Qish sangat sebab Qish adik abang dan abang sayangkan Sera sebab dia satu-satunya manusia yang abang anggap wanita dalam hidup abang…”  tambah Buya.  Ikhlas dan jujur. 
Tiada apa lagi yang mahu dia rahsiakan daripada semua orang.  Soal cinta ini, sangat memenatkan. 
Andai diberi pilihan, dia mahu kembali ke asal.  Dia tak kuat untuk simpan cinta di hati.  Tapi, kan dia dah kata… soal hati ni susah untuk dia kawal.  Cuma sekarang, dia telah terlajak mencintai perempuan itu yang boleh jadi sedang bina tembok benci antara mereka. 
Balqish mengeluh.  Tunduk dan menitiskan airmata.  Dia faham makna wanita yang abang maksudkan.  Tapi, entahlah.  Biarpun abang berkata sayang pada dia namun sepertinya, dia tiada tempat lagi di hati abang.  Dalam rumah ni.  Sejak awal, dia memang tak suka pada Sera.  Tiada sebab.  Cuma, perasaan dia tak selesa melihat kebaikan Sera yang boleh jadi lakonan semata-mata. 
“Abang nak bawak dia balik sini?” 
“Dia akan balik nanti.  Sebab abang suami dia…” 
“Kalau dia balik, Qish akan keluar…”  putus Balqish.  Langsung tak fikir panjang. 
“I need at least a reason, Balqish.”
Suasana kembali sepi.  Empat pasang mata saling memandang.  Zul jongket bahu pada Buya.  Makin tak reti dengan permainan Balqish.  Sementelah pula Man.  Memang langsung tak angkat wajah. 
“Bagi abang satu alasan kenapa Qish tak suka Sera,” gesa Buya.
“I don’t need a reason to hate her, abang.  Sama macam abang.  Kalau Qish tanya abang, abang ada sebab kenapa abang cintakan dia.  Mesti abang tak boleh jawab, kan?  Sama juga dengan Qish.  I don’t have even partially of the answer, abang.  I just don’t like her…” 
Buya ketap bibir.  Malas dia nak mengamuk tak tentu hala.  Hari pun dah malam.  Dia benar-benar letih.  Sudahlah telefon Sera tak bersambung langsung.  Mahu ke rumah mak su, Sera larang.  Katanya, mereka saling perlukan waktu.  Sampai bila?  Dia sendiri tak tahu. 
“You’re wrong, my dear…”  Buya bangkit.  Balqish dihampiri.  Bahu adiknya diusap perlahan.
“Kalau Qish tanya sebab kenapa abang suka dia, abang boleh bagi, Qish.  Usah kata satu, tapi sejuta sebab.  Sebab yang abang yakin Qish tak akan faham sebab abang sendiri pun tak faham, Qish.” 
Mata mereka bertentangan.  Balqish mencuka.  Buya senyum.  Tawar amat.  Dia duduk tepat di depan Balqish.  Memegang erat tangan adiknya. 
“Abang takut bila Qish buka mulut sekarang.  Abang takut bila Qish minta sesuatu yang abang tak boleh nak tunaikan.  Membiarkan Qish sendiri dan melepaskan Sera, dua-dua perkara tu sangat susah pada abang.  Memang salah abang sebab banyak berahsia dengan Qish sebelum ni.  Abang tak ambil peduli perasaan Qish.  Memang silap abang.  Sejak awal.  Abang tak pernah ikhlas dengan sesiapa.  Termasuk isteri sendiri.  Tapi sekarang ni… abang…”  Buya ketap bibir.  Tak boleh dah dia nak bersuara. 
Terasa seperti beratnya bongkah batu yang menghempap dada.  Susah sangat untuk dia tolak.  Semua itu masih menghimpit dan terus menghimpit.  Dia tercungap-cungap menahan nafas yang kian pendek. 
“I need her, Balqish,” akui Buya antara dengar dan tidak. 
Harus bagaimana dia perlu terangkan untuk Balqish faham.  Dia cipta hubungan baru bukan untuk hancurkan hubungan lama.  Dia mahu mereka bahagia.  Bersama. 
“I love her…”  bisik Buya lagi. 
“I love her…”  Saat ini dia tertunduk sendiri.  Airmatanya jatuh setitis.  Tepat di atas tangan Balqish.
Kerana dia tahu, Sera sudah begitu terluka dengan kata-katanya dan dia juga tahu, Sera tak mungkin kembali ke sini bila ada yang membenci. 
Buya angkat wajah.  Merenung mata Balqish.  Buat pertama kali dia melutut di depan seseorang demi menagih kasih dan simpati.  Dia perlukan isterinya.  Dia mahu bidadari itu kembali.  Dia tak perlukan walau sesen harta daddy. 

Dia hanya mahukan berlian yang sedang malap itu.  

30 comments:

  1. Thanks CikRM������

    ReplyDelete
  2. I cried bila baca part ni...awatlaaaa balqish ni ketegaq sgt aih..tq sis rehan

    ReplyDelete
  3. Allahu..kesiannya dua2 sama tersiksa,,huhuhu...tq RM..semoga terus diberi idea untk dilorekan kisah buya&Sera Ni😆

    ReplyDelete
  4. Kesiannya buya.... Kesiannya sera... Kerasnya hati balqish

    ReplyDelete
  5. Bila lah nak sedar balqish ni.

    ReplyDelete
  6. kenapa Balqish begitu...terlalu selfish and spoilt brat...

    ReplyDelete
  7. Ohh...sedihnyaaa..����

    ReplyDelete
  8. Akhirnya Buya akui hebatnya sebuah cinta. Kagum bila rehan dapat menimbulkan kematangan karekter Buya. Moga Sera nanti dapat menghargai dan cinta Buya menghidupkan hati Sera yang hampir mati

    ReplyDelete
  9. Sedihnya 😢😭😭😭 klu la zul tu rakam.. blh bg sera tgk sendiri.. nilai sendiri keikhlasan buya😓 Balqish tu pon.. pergila intai sendiri klu hati tu rasa sera buat baik sekadar lakonan😟 tqvm RM for the update 🌹🌷 moga idea mencurah2 utk terus berkarya ☺👍

    ReplyDelete
  10. ���������� sedihnya

    ReplyDelete
  11. Menyampahnya dgn sikap balkish yang manja dan keanakan.

    ReplyDelete
  12. Rasanya Balqish tu bukan tak suka sbb anggap sera tu berlakon but it's more tu tak boleh terima kenyataan terpaksa berkongsi kasih dgn org lain. Selama ni kasih Buya hanya utk dia kan...hmmm

    ReplyDelete
  13. Sedihnyaaaa..

    -WidadAmsyar-

    ReplyDelete
  14. sedihnya...buya pi la pujuk sera..

    ReplyDelete
  15. Nk jadikan novel ke cerita ni RM..sbb tu sooo lmbat stp n3..hari2 bkk blog nk bca n3 bru..ingt bleh bca abis kt sini je

    ReplyDelete
  16. Bila la nk ada n3 baru..hrp2 pnulis appreciate la skit pmbaca kt blog ni..mnyepi tnpa khabar

    ReplyDelete
  17. Sebulan dh sis..bila nk update new N3..

    ReplyDelete
  18. Kak rehan bila nak update? Writer’s block lagi ke?

    ReplyDelete
  19. Setahun dah ni? Bila lah nak update

    ReplyDelete
  20. Aiii...cik pnulis..x kan snyp je..bila nk up n3 bru..rmai yg ttngu ni..bgtau la spatah dua..

    ReplyDelete
  21. Sis dh berkurun dh ni...xda lg ke????

    ReplyDelete
  22. Adoiiiiiiii...bila lg ni..dh mkn bulan snyp je ni..nk mnulis ke idokkk

    ReplyDelete