Thursday, January 03, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 40

LEGA.  Itulah yang Buya rasa.  Tak perlu dia nak bersusah-payah bila Balqish memberitahu akan pulang ke rumah.  Silapnya kerana berfikiran singkat hingga mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah.  Benar… tak sampai beberapa ketika dia mula rasa sukar.  Namun, janji Sera telah menjadikan segalanya mudah.  Balqish simpan senyum bila pelukan abang lepas. 
“Qish jangan buat macam ni lagi, ya?”  pinta Buya sambil mengusap kepala adiknya.  Riak risau di wajahnya sudah begitu jelas berbicara.  Tak perlu dia nak luahkan lagi.  Sesekali, dia pandang Zul, Man dan Uncle Malik serta pembantu rumah yang turut sama risau. 
“Qish jangan buat perangai remaja lagi.  Kami semua kemain risau,” bebel Zul.  Umur berapa nak lari daripada rumah.