Wednesday, March 27, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 50 (TAMAT)

PASSPORT dan boarding pass digenggam kemas.   Dia benar-benar tak sangka yang Sera benar-benar melarikan diri.  Tak… membawa diri sejauh ini.  Matanya dipejam rapat.  Mencari bayang isteri dan zuriat yang belum nampakpun namun kasih sayang itu telah hidup subur sejak hari pertama dia tahu. 
Dan, saat dia buka mata wajah itu muncul di depannya.  Adakah ini mimpi.  Tak… ini kenyataan barangkali.  Itu memang Sera Nur.  Mustahil dia lupa wajah itu.  Usah kata wajah, malah bayangnya juga dia akan cam. 
“Sera!”  Dia memanggil nama Sera sambil kaki terus dihayun laju bila nampak Sera mahu pergi dan menghilang daripada pandangannya. 

Kau Bicara Tentang Cinta 49

SERA tahu dia sakit.  Sera tak mahu terus menjadi petualang.  Kerana itu Sera berikan dia segalanya termasuk abang?  Tapi, benarkah ini yang dia mahu?  Asalkan bersamanya, tak kisahlah abang menderita?  Tapi, abang dah beberapa hari tak muncul.  Abang ada di rumah Uncle Malik. 
Dan dia… diburu kesal tak berkesudahan.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.  Seperti kata abang.  Andai dia mampu dapat keduanya, kenapa dia hanya mahukan satu dan yang satu itu juga terlepas sudahnya. 
“Qish nak apa?”  soal Sera malam tu.  Tersenyum tipis seperti langsung tiada kesalan dalam dirinya. 
“Kau dah ada jawapan tu…”  balas Balqish.  Keras dan mendatar. 

Sunday, March 17, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 48

TANGANNYA cuba menggapai, tapi Sera menepis kuat.  Buya keliru.  Kenapa?  Apa salahnya?  Dia berlari sekuat hati mengejar langkah Sera yang tak berapa gagah itu tapi kenapa masih tak mampu dia saingi?  Kenapa kian jauh jasad itu daripadanya. 
Sera!!!  Dia menjerit tapi Sera langsung tak menoleh. 
Saat ini, Buya buka mata.  Dadanya berpeluh biarpun pendingin hawa begitu sejuk mencengkam.  Dia angkat tubuh.  Mengucap panjang.  Mimpi itu serasa seperti nyata.  Dia pandang jam.  Empat pagi.  Sera tiada di sisi.  Dia pandang seluruh bilik dalam kesamaran lampu tidur.  Pakaiannya Sera terdampar di sisi.  Pakaian dia juga.  Tapi, mana Sera.  Dia tolak selimut dan baru nak jatuhkan kaki, pintu bilik terkuak daripada luar. 

Kau Bicara Tentang Cinta 47

RASANYA dia nak dakap Balqish tapi dah lama dia tak buat begitu sejak adiknya itu menginjak dewasa.  Buya kesat birai mata bila Balqish akhirnya muncul di depan mata. 
“Abang tak nak tanya apa-apa.  Janji Qish balik, abang dah okey.  Yang jadi, abang tak nak fikir.  Janji Qish balik.  Sihat.  Abang okey…”  Buya hampir menangis saat ini. 
Kalau Sera balik nanti dan lihat Balqish ada, isterinya itu akan jadi orang yang paling gembira. 
“Ini, kalau Sera tahu dia akan jadi orang paling gembira.  Kalau Qish nak tahu, dia tak dapat tidur dua tiga malam dah risaukan Qish.  Abang tanya kawan-kawan Qish, mana Qish pergi?  Qish buat kami semua risau…”  Seboleh-bolehnya, Buya cuba untuk bersikap biasa dengan Balqish.

Kau Bicara Tentang Cinta 46

TIDAK dapat tidak, Buya perlu masuk pejabat hari ini dan saat ini, Sera ambik kesempatan balik ke rumah mak su dengan izin Buya yang pastinya.  Inipun Razman yang hantarkan.  Buya tak nak dia penat atau tak nak dia susahkan Riz atau Naz datang jemput.  Jauh sekali nak dia guna Grabcar atau apa saja pengangkutan awam lain. 
Sebaik saja dia tiba, Riz, Naz dan Uncle Malik dah ada menanti.  Sera duduk di sisi mak su.  Tangan tua itu dipegang kemas bersama ulas senyum yang nampak sedikit tawar.  Dia tahu semua orang dah tahu.  Tiada apa lagi yang dia mahu sorok atau ceritakan.  Berkali-kali dia buka cerita pun, segalanya tetap sama.  Tiada apa yang berubah tapi dia yakin sesuatu… dia akan mampu ubah sesetengah perkara agar kerosakan itu masih dapat dibaiki biarpun mungkin tak sama seperti sedia kala. 

Kau Bicara Tentang Cinta 45

SEBAIK saja keluar daripada kereta, Balqish terus berlari masuk.  Rasa rindu pada abang bukan sikit.  Kata daddy abang balik hari ini, tapi macam sunyi aje.  Biasa kalau sampai, dialah orang pertama yang abang akan hubungi.  Perlahan-lahan, dia tolak pintu yang tak tertutup rapat.
Memang betul senyap.  Mana pergi semua orang. 
Dia letak beg di atas sofa dan terus berlalu ke bilik baca.  Dia tahu daddy ada di situ.  Pasti abang dekat di situ juga bersama Uncle Malik dan Abang Zul sebab nampak kereta Uncle Malik dekat luar tadi.
Senyuman Balqish lebar.  Perlahan-lahan dia mahu menyapa bila suara Uncle Malik menyoal daddy yang nampak tak sihat.  Malah, terbatuk tanpa henti.  Dia haluskan pandangan di celah pintu. 

Monday, March 11, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 44

MATA Balqish tajam merenung Zul dan Man.  Dia syak sesuatu kerana itu dia datang ke rumah Abang Zul tapi terkejut bila hanya Man sorang ada.  Mana abang.  Dah dua hari abang tak balik dan abang tak pernah macam ni melainkan ada kerja dekat luar.  Ini, kerja pun tak ada.  Ofis pun tak masuk. 
“Abang Zul tahu kan…”
“Apa yang Qish maksudkan?”  Dah lah muncul tiba-tiba ni.  Dia baru nak pergi heret Buya daripada rumah Sera nak bawak masuk ofis.
Orang gila tu tak nak masuk kerja.  Tak kisah kena kick katanya.  Sera masih pemegang saham terbesar.  Isterinya orang paling berkuasa dalam syarikat ni.  Haih… memanglah, gila!  Nak aje dia maki masa jumpa Buya malam tadi.  Tapi, mak su pulak ada.  Mahu sampai ke telinga ayah, dia pulak kena maki biadap depan orang tua.

Sunday, March 10, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 43

MATANYA mengikut pergerakan Sera.  Sejak mula Sera angkat pinggan hingga tubuh itu hilang daripada meja makan.  Dia nak tegur, tapi berat lidahnya mahu berbicara.  Sudahnya, dia hanya telan sisa makanan yang ada atas pinggan.
“Sikit betul dia makan, mak su.  Memang hari-hari dia makan macam tu aje ke?”  Tak dapat nak sembunyikan rasa risau tentang Sera, dia menyoal akhirnya.
“Taklah.  BOleh jadi dia penat.  Hari ni kan dia baru bukak kedai.  Itu yang dia makan sikit…” 
“Kenapa saya rasa sebab saya?  Selera dia hilang…”  Ada bayangan kesal terbias pada wajah Buya.
“Boleh jadi jugak.  Tapi, tak kebulurlah dia.  Kau jangan fikir sangat.  Tapi yang kau ni… Mak su rasa baru berapa hari aje Sera keluar daripada rumah tu.  Kau nampak tak terurus betul,” komen mak su seraya meneguk air putih.

Monday, March 04, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 42

WAJAH Maksu gamam.  Bukan seminit tapi lama jugak.  Andai Sera tak bersuara, rasanya mak su kekal kaku di situ.  Sera tahu, siapa pun akan terkejut.  Mak su lebih-lebih lagi dengan makhluk yang menumpang motornya malam ni. 
Ikut hati dia nak aje suruh Buya turun daripada motornya.  Cuma tadi…
Dia sampai di kedai makan.  Tak jauh pun cuma perjalanan itu sedikit mengambil masa kerana dia membawa penumpang.  Yang jauh lebih besar daripada dia.  Nak pulas minyak lebih sikit pun risau.  Sebaik saja dia berhenti di depan kedai, mujurlah tak tergolek.  Kaki dia masih kuat.  Syukur.  Bila dia kejut, tangan Buya terkulai layu.  Nak kata Buya buat-buat tidur, tak.  Memang lelaki itu tertidur atas motor.  Siap dengar dengkuran halus lagi.

Sunday, March 03, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 41

SEJAK tadi, Riz hanya memandang Sera.  Dipandang aje makanan tanpa dijamah sedikitpun.  Air pun tak diminum.  Padahal Sera yang beria nak makan dekat gerai ni.  Tempat mereka bertiga selalu lepak.  Kali ini tanpa Naz.  Naz tak boleh nak keluar.  Banyak kerja urgent.  Naz yang memberitahunya Sera perlukan teman.  Mujurlah dia kerja luar.  Habislah awal sikit.   
Riz tahu.  Sera malu dengannya.  Setelah apa yang terjadi dan setelah Sera pertahankan perasaannya pada Buya.  Entahlah.  Dia tak tahu nak cakap apa dah sekarang.  Pada mulanya, dia memang nak tuding seluruh jari pada Buya tapi beberapa hari lepas, segalanya berubah biarpun tak sepenuhnya.
Dia lelaki.  Jadi, dia tahu perangai lelaki dan dia dapat baca perasaan Buya di sebalik pandangan mata yang basah.