BILA NAK SAKSI
Pertemuan pertama Jelita dan Usop membuatkan gadis itu
merungut tak henti-henti. Pertemuan demi
pertemuan yang sudah dirancang itu
berjalan rapi. Dalam tak sedar, ada
sayang dan cinta yang hadir biarpun bibir kerap mengatakan benci pada
Usop. Bila wanita ego, dia menidakkan
rasa hati. Tertipu oleh hati sendiri kerana tandus ilmu tentang cinta.
“Jatuh awak
boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak
bertanggungjawab?” - Usop
“Ikut hatilah
nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita
Tanpa sedar, Jelita sedang menimbus rasa asing yang terlalu
indah itu dari berdiam di dalam hati dan jiwa wanitanya bila dia yakin, Usop tidak pernah bersungguh dalam
mencintainya hingga membuatkan Jelita semakin menafikan bisikan hati.
“Awaklah
cetek ilmu daripada saya. Memanglah
semua tu sama je. Melainkan suami. Sah untuk digauli. Untuk bermanja. Kalau setakat pakwe, teman lelaki, kekasih,
jantung hati ke, jantung pisang ke.... err, jantung pisang tu sedap kalau celur
cicah dengan sambal belacan....” - Usop
Akhirnya, setelah dia mengetahui salasilah hidup Usop,
Jelita mula berlembut sedikit hinggalah pada satu hari Usop hadir mengakui diri
sebagai suaminya, membuatkan Jelita melopong sendiri.
“Ya
Tuhan, macam mana abah boleh tak perasaan budak Usop ni letak mas kahwin free?
Eii, memanglah main marah je.
Orang perhatikan betul-betullah.
Nampak sangat surat
nikah tipu!” – Jelita
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan
kita daripada keluarga awak, Lit? Bila
nak saksi awak menyerah?” – Usop
Abah pening, mama menangis. Abang dan kakak iparnya diam. Jelita termangu sendiri. Indahnya sebuah perkahwinan uniknya sebuah
pernikahan. Hanya Usop yang mengerti
segala kisah hati ini namun benarkah Jelita itu adalah isterinya dan
bagaimanakah hubungan itu terpatri? Tiba
masanya, Usop mahu saksikan Jelita menyerah biarpun tidak begitu mudah.

sukalah bila hero & heroin ni berwajah kemelayuan takde la agung2kan wajah korea, thanks RM
ReplyDeletehehe..sama2..k Rm mmg tak suke sgt korean ni..suke tgk cite2 dia tp nak pilih hero korean tu mcm tak sesuai sbb kita kat malaysia..pakai wajah2 logik sudahlah..hehe..
ReplyDeletesy sokong..tp jelita tu bkn org msia,,plus waja dia terlmpau lembut untuk perawakn kasar..tak leh nk bygkan
ReplyDeletekembang sari..sy pon tak tau la sape nk letak.hehe..ade cadangan tak..
ReplyDeletesalam kak rehan...erm...komen saya tentang citer nie....
ReplyDeletejalan citer nie menarik 1st baca mmg seronok nk tau sape usop......sbb misteri sgt.......
suke watak jelita.....sbb jrng ade cerita anak perempuan selalu kene kongkong kebebesan....sampai nk kluar sendiri mmg mak ayah x pecaya.....
mmg terkejut sgt bila tau die dah nikah....mula konpius gak...mcm mane leh nikah hehehe.....time 2 mmmg nk tau la knp......part 2 membuatkan rasa ingin thu membuak3 hehehe
tp bila jelita asyik merajuk je dgn usop naik rimas gak...sebab geram bila owg dah terang byk kali x mau paham hehehe.....rase nak hempuk3 jelita 2 hehehe...pas2 bila laki die merajuk baru padan muka die hehehe...baru die tau ap yg laki die rase...part 2 best hehehe
apa pon keseluruhan cerita nie....best.....mmg x sbr nk tggu buku nie kak rehan.....tahniah... thumb up.....
bila nak keluar dalam bentuk novel ni....kalau rita rudaini as a JELITA ok tak RM?
ReplyDeleteha ahlah. bila agakny buku nk kuar ya? x sbr lak nk bli.
ReplyDeletecongrats
ReplyDelete