“Pergilah ke mana saja, Ziki! Andai kau kehujanan, jika kau kepanasan, aku akan sentiasa ada untuk payungkan kau,” beritahu Shadiqah pada teman baiknya, Zikri. Si lelaki tersenyum bangga mempunyai teman sebaik Shadiqah.
Cinta Shadiqah pada Zikri tidak pernah surut sejak dari zaman kanak-kanak. Jatuh cinta pada anak jirannya merupakan perkara yang paling indah kala itu. Namun, makin menginjak dewasa, rasa cinta itu mula menjadi parasit yang menghisap segala kebahagian dan ketenangan Shadiqah.
‘Pergilah jua pada siapa saja, andai itu menjadi kebahagian buatmu. Tapi, andai kau kesakitan, kalih pada aku, Ziki! Aku mahu menjadi penawar buat kamu!’ Desis hati kecil Shadiqah pedih. Pedih dengan perasaan yang makin menghentak dada namun si jejaka tidak sedikitpun terpijak dengan ketulusan kasihnya.
“Aku harap kau sentiasa ada untuk payungkan aku, Shaq. Dalam susah senang aku, dalam sakit sihat aku,” pohon Zikri pada si gadis tanpa mengetahui hakikat sebenar kewalahan hati Shadiqah dengan perasan yang bertapak sejak lama dulu.
‘Kau adalah teman terbaik aku, Shaq. Andai Allah terbalikkan hati aku lalu menyintaimu, aku memang berharap begitu!’ Getus hati Zikri. Wajah jelita Shadiqah dipandang tenang tapi gelora dalam dadanya sering berperang tentang perasaan.
Zikri keliru. Cintakah dia pada Shadiqah? Atau sekadar sayang seorang teman? Andai benar cinta, adakah ruang di hati si gadis cantik itu untuk dirinya? Sayang teman, cinta kekasih besar jurangnya.
"Saya cintakan awak, Iqa. Andai awak kembali, awak adalah tercipta untuk saya dan andai tidak, saya tak akan kekal menanti awak di sini," luah Yuzaimi pada Shadiqah.
'Kerana cintaku pada Tuhanku lebih hebat dari cintaku padamu, Shadiqah,' desis hati Yuzaimi tenang.
Sudahnya, Zikri akur bila hati itu bukan hak dia sepenuhnya. Tatkala cinta ada, dia sedar yang Shadiqah juga punya hak yang lain bila Yuzaimi hadir.

hheeehe... jenguk SAPK plak..hhihih
ReplyDeleteterbaiklah ayat zaim tuhhh!!
ReplyDeletebila novel ni nak kuar?
ReplyDelete