Jiwanya mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu
memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri. Menyeka airmatanya dengan jari sendiri,
memeluk tubuh sendiri kala kedinginan dan menongkah arus hidup bersendirian
juga bila dia tersisih dari lelaki yang harus bertanggungjawab padanya. Pemergiaan ibu tercinta membuatkan airmatanya
kering dan tidak menitis lagi. Dalam
mindanya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Usu dan juga Syed Ahmad Budriz
apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez dari dirinya yang sepi.
“Aku akan jadikan hidup
kau lagi teruk dari neraka, Budriz! Aku
akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini. Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat
kecundangan kau di kaki aku!” - Nur
Syaima
Syed Ahmad Budriz akur
bila menerima kebencian daripada seseorang yang dianggap adiknya sendiri. Kasih yang terdetik di hatinya sejak pertama
kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja.
Malah semakin menebal dan bertukar
arah. Namun, kerasnya hati Nur
Syaima tak mampu dibendung lagi hinggakan dia menikahi adik tirinya itu. Mahu tidak mahu, dia sanggup menerima cercaan
dan maki hamun seluruh keluarganya kerana dia tahu, nenda yang menjaga darah
pasti membantah. Tapi, hati lelakinya
berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi
menghidupkan kembali jiwa yang mati itu.
“Abang minta maaf. Tapi, yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang
sendiri…” – Syed Ahmad Budriz

salam kak RM .. ni novel ke mini-novel ?
ReplyDeletemelihat pada sinopsis ni, mkin x sbr la nk tggu kesudahannya.
ReplyDeletebla nk kuar nie
ReplyDelete