JAM
pada dashboard dah menghampiri enam suku.
Willa turunkan cermin kereta.
Hari Ahad yang tenang tapi hari dia merusuh. Sesekali, dia menahan batuk. Tak nak Reza yang sedang lena, jaga dengan
bunyi batuknya.
"Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :.
Friday, February 19, 2016
Aku Telah Mencintaimu 1
DUA
kali dia baca pesanan itu. Mata yang
tadi layu kembali bersinar. Telefon diselit
dalam poket jeans. Terus saja dia panjat
motorsikal dan berlalu ke tempat seperti alamat yang dibaca. Tak lama.
Kurang setengah jam, motorsikal sudah berhenti tepat di depan sebuah kelab
malam ekslusif.
Bibir
Willa pecah dengan senyuman. Dia dah
tahu ini tempatnya tapi entahlah… apa yang merasuk dia datang ke sini… padahal
dia dah janji…
Wednesday, January 06, 2016
#HURT 10
MENGGIGIL
seluruh tubuh Aatiq. Rasanya, jika
ditoreh sekarang, pipinya mesti tak berdarah.
Penat dia usap kedua belah tangan tapi jari-jemarinya tetap
terketar-ketar saat turun daripada kereta milik Raqib tadi. Masuk aje ke dalam rumah, dia bagai dah tak
berpijak di bumi nyata. Segala sendi dia
terasa begitu lemah. Sebaik saja dia
menutup pintu bilik, jasadnya terkulai – longlai di belakang pintu.
Tuhan… dugaan
apakah lagi?
#HURT 9
DIA tak pernah
rasakan dunia ini tidak adil. Tak pernah
sekalipun, melainkan dia yang tak pernah adil dengan diri sendiri. Jika dikata dia dizalimi, tidak. Dia yang zalim pada diri sendiri. Dan, segalanya seperti satu hukuman.
Sijil di depan
mata dipandang. Dia tak ada sijil
SPM. Dia tak berkesempatan untuk
menduduki peperiksaan penting tu atas beberapa sebab biarpun sekolah tempat dia
belajar tentang hidup buka peluang pada yang layak. Yang menjadikan dia terhalang adalah, dia tak
layak.
#HURT 8
MALAMNYA tak
pernah tak terganggu. Hampir setiap
malam, malah kian kerap pula sejak akhir-akhir ini kejadian itu menghiasi
mimpinya. Seluruh tubuhnya perlu dibasuh
dengan wuduk.
Dia tidak
tenang. Dada dia tidak lapang. Dan, hanya pada Pencipta udara inilah dia
perlu pinta sedikit ruang untuk bernafas dengan tentang. Saat dia membasuh kedua belah tangan, bagai
mengalir darah merah itu daripada kedua belah telapak tangan namun kenapakah
darah itu tak pernah mahu kering?
Tuhan…
#HURT 7
BAHU Aatiq ditolak
kasar. Nasi yang ada di tangan jatuh ke
lantai. Pecah bungkusannya. Tumpah isi yang ada. Mata Aatiq berair melihatkan rezeki yang
rosak. Ditambah pula dengan perut yang
berbunyi meminta diisi, rasa mahu dimaki wajah bekas kawan sekelasnya ini.
“Kau ni apa lagi
yang tak puas hati dengan aku, hah?”
Direnung wajah gadis manis di depan dengan perasaan yang bercampur
baur.
Nak aje dia
menjerit. Biar berdentum suaranya
seluruh sekolah tapi ditahan. Dia masih
bertahan atas tiket sabar yang dia kira, kian menipis. Sudah mahu rabak.
#HURT 6
IKUTKAN hati,
dia suruh aje Johan lenyek Aatiq biar lunyai jasad itu tanpa mampu dapat
dicam. Tapi, Aatiq tak boleh mati
semudah itu. Aatiq tak boleh pergi tanpa
izin dia. Dia tak akan benarkan Aatiq tinggalkan
dia. Tambah pula, mati adalah satu
hukuman yang cukup mudah untuk Aatiq.
Sangat mudah. Sedangkan, Aatiq
perlu melalui penderitaan yang lebih dalam daripada dia.
“Bos?”
Raqib angkat
wajah. Fail yang ada gambar dua wajah
tersayang itu ditutup kasar. Dicampak ke
sisi.
“Bos nak balik
ofis?”
#HURT 5
SATU demi satu
pintu yang dia lepasi, tapi dia tetap keluar dengan rasa yang hampa. Bukan dia tak tunjuk sijil kursus yang dia
ada tapi sijil itu begitu menakutkan orang ramai. Letih menapak, Aatiq labuhkan duduk di
perhentian bas. Mencari arah mana yang
patut dia tuju sekarang. Segalanya
seperti jalan mati buat dia padahal dekat kawasan Greenwood ini begitu banyak
restoran besar.
Penat sungguh
hari ni. Semangat yang berkobar-kobar dan
menyala serasa mula malap bila permohonannya ditolak tanpa sempat diberi
peluang. Dia hanya minta satu saja lagi
peluang. Bukan dua tapi hanya satu.
#HURT 4
PAGAR automatic rumah Haji Razali terbuka
lebar. Sebaik saja kereta itu menjalar
masuk ke porch, Mak Yam terus
berdiri. Bila pintu kereta dibuka dan
Haji Razali turun, tahulah Mak Yam yang anak lelaki Haji Razali ada bersama,
bukan saja Johan seperti kebiasaannya.
“Assalamulaikum,
Tuan Haji,” sapa Mak Yam bersama huluran senyum.
“Waalaikummusalam. Dah lama sampai, Yam?”
#HURT 3
SEMALAM, dia
belot pada keletihan diri. Johan memandu
tenang mengekori sebuah bas sehingga ke destinasi akhir dan Johan jugalah yang
menaiki LRT menjejaki apa yang dia cari.
Setelah itu, Johan kembali menemui dia di tempat kerja. Waktu itu, langit gelap biarpun hari masih
lagi petang.
Memasuki kawasan
perumahan kos rendah ini tak pernah buat dia rasa tak selesa. Namun, wajah yang
nampak terlena di bawah langit yang terbuka itulah yang buatkan letak duduk dia
panas.
“Semalam, pukul
berapa dia masuk rumah, Jo?”
#HURT 2
USAI Asar, Haji
Razali naik ke atas. Nak-nak bila ruang
tamu berada di tingkat paling atas. Letih
betul rumah sampai tiga tingkat ni. Masa
muda dan bila anak-anak ada, seronoklah turun naik. Terasa lapang rumah ini untuk empat beranak
tapi sekarang, terasa kosong. Bukan lagi
lapang malah kosong. Tambah pula anaknya
jarang benar pulang.
“Tak berhenti
lagi buat kerja, Yam?” soal Haji Razali
pada pembantu rumahnya.
“Eh, dah siap
dah. Nak angkat kain aje sikit. Lepas tu saya nak balik dah. Tuan Haji nak minum ke?” soalnya lembut.
#HURT Prolog I,II,III & Bab 1
PROLOG
Andainya
aku tahu apa yang telah terjadi
Tak
mungkin aku lepaskanmu daripada pelukan
Akan
aku buang jauh kesakitan di hati
Terima
kasih atas apa yang telah kau lakukan
Dan,
aku maafkan segala kesilapan
Andai
ada satu hari lagi,
Akan
aku laungkan betapa rindunya aku setelah kau pergi
Maaf…
kerana menyalahkanmu
Dan,
aku begitu terluka kerana melukakanmu… - RAQIB
Subscribe to:
Posts (Atom)


