Thursday, May 23, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 22


BAB 22

KAMI saling berpandangan sewaktu minum petang di Prater Biergarten.  Tak jauh daripada Iranische Straße.  Lebih kurang 4.9km saja dan mengambil masa lebih  kurang 10 minit saja pemanduan. 

Ayie senyuman aku pada aku.  Aku tayang wajah selamba sambil kembali melilau ke sekitar taman yang memang hanya ada kerusi dan meja berwarna kuning.  Tak ada warna lain.  Kuning semata-mata sama juga seperti perhentian bas dia. 
“Cantik, kan?”  Sepatah aku memuji.
“Ya, sangat cantik...”  Ayie tilik wajah aku lagi.
“Kenapa dulu Arya tak mohon belajar kat sini eh?”  Aku dah buat andaian tak masuk akal. 
Padahal dalam hati nak menyambung, kalau tak mesti Arya dah jumpa Ayie awal-awal. 
Ayie senyum menyenget sebelum dia letakkan cawan mocha panas di atas meja dan membawa siku menongkat di atas  meja.
“Ayie tahu apa Arya nak cuba cakap... kenapa Arya tak belajar kat sini dulu.  Kalau tak boleh kita jumpa awal-awal lagi, kan,” duga dia.
Tepat. 
Tak tersasar.
Kena dekat dahi aku seketul.  Rasa nak tertonggeng ke belakang.  Cepat-cepat aku tarik white coffee depan mata dan terus aku dekatkan birai cawan ke bibir. 
Hehhh... panas.  Padan muka aku. 
Rasa nak meletup bibir. 
Mata Ayie bulat.  “Panas tu.  Berasap.  Boleh dia main minum je?”  sindir dia.
Aku tahu dah kejap lagi keluarlah ayat mengusik dia tu.  Bukan boleh percaya sangat budak ni. 
“Bibir dah merah...”  Jari Ayie naik menyentuh bibir aku tapi aku mengelak sedikit. 
Dia sengih makin lebar.  “Patut ke Ayie sejukkan?” 
Ohmai, soalan itu sangat membunuh okey.  Dia tak tahu ke dia hampir bunuh aku nak-nak dia angkat tubuh dia sedikit dan dekatkan wajah dia pada wajah aku.
Tapi, terhenti. 
“Tempat umum.  Bahaya.  Karang ada yang ambik gambar sampai ke rumah kita pulak.  Jenuh diorang paksa bagi cucu payah...,” ujarnya kembali duduk dan bersiul senang.
Hek eleh...
“Err... tapi sungguhlah memang cantik, kan?”  soal aku buat muka teruja sambil membuang jauh pandangan ke tengah taman. 
Sebelah sana ada kawasan bunga-bunga.  Sebelah sini ada tasik.  Warna kekuningan musim luruh ni memang memberi impak yang sangat luar biasa pada bumi Allah di Jerman ni.  Serius. 
“Memang cantik,” puji dia bersetuju.
Mata aku beralih pada Ayie.  “Bertuah kita dilahirkan ke bumi sebagai anak ma dengan pa kita, sebagai hamba Allah dan  umat Nabi...”
“Dan jadi suami pada Aryana binti Mohd Mukhlis,” sambung Ayie tenang.
Aku jegilkan mata memberi amaran, jangan menyampuk bila orang matang bercakap.  Tapi, dia terus senyum.  Killer grin dia tu. 
“Nanti cuti weekend Ayie jadi tour guide Arya jenjalan tengok keindahan buana eh?”  pinta aku teruja.
Dia angguk sesaat kemudian  menggeleng dan menceber.
“La... tak sudi ke?  Heh, kalau tak sudi I join a trip then...,” kata aku.
Kecewa la pulak. 
“Bukan tak sudi tapi keindahan depan Ayie ni adalah keindahan paling hebat di dunia yang telah Allah anugerahkan.  Arya nak cari keindahan yang macam mana lagi?” 
Bicara Ayie aku terima dengan bibir yang bergetar.  Dia puji aku ke?  Dia cakap keindahan tu, dia maksudkan aku ke? 
“Err... kat sini dah tengok.  Ayie kata selalu datang.  Kita pergi tempat yang Ayie tak pernah pergilah...,” ujar aku sedikit merayu.
Ayie tetap menggeleng.
“Ayie tengah nikmati keindahan yang ada pada wajah seorang Aryana,” ujarnya buat aku lebih lagi kelu.
Mata kami bertentangan lama.  Dia kedipkan matanya sekali dan terus menggariskan senyuman sampai ke langit. 
“Aryana adalah antara keindahan dunia yang pernah Ayie lihat... sejak pertama kali dulu,” sambung dia.
Aku telan liur seketika tapi tak lama bila aku juga turut mekarkan senyuman.  Yalah, nak buat apa lagi.  Nak loncat buat lompat bintang?  Nak golek-golek macam dok atas katil?  Nak peluk dia tengah-tengah  umum?
“Mengayat eh?”  soal aku dengan pandangan yang redup.
Dia senyum.  “Lebih kurang...”
“Lebih ke kurang?”  Aku saja main-mainkan Ayie. 
“Tak lebih tak kurang.  Orang kata sederhana.  Islam cakap qanaah.  Allah sukakan kesederhaan.  Qanaah.  Kita akan hidup dalam qanaah tapi diberkati Allah,” ucap Ayie matang.
Aku mengangguk.  “Kalau Arya nak lebih?”
“Malam nanti...”
Huh, selamba dia jawab aku macam tu.  Ada ke patut budak ni.  Membahang muka aku dalam sejuk ni. 
Dan, aku memandang Ayie sambil menolak wajah dia  yang sejak daripada tadi tak lepas pandang aku.  Ya... ya... aku tahu dia mula nampak aku ni perempuan.  Mungkin.  Dan dia pun mula rasa dia lelaki agaknya.  Mungkin jugak. 
Namun, Ayie pantas bangkit dan tersenyum ke belakang aku sambil menghulurkan tangannya hendak bersalaman.
“Lama tunggu?”  soal seorang lelaki.
Aku turut kalih dan memandang ke belakang.  Ayie menarik tangan aku meminta aku duduk di sebelah dia.  Kali ini jelas di depan aku, ada Khai dan juga seorang lagi Khai.
“Lamalah jugak.  Sempat bercinta dengan Arya,” balas Ayie sambil menjeling pada aku.
Khai yang tinggi tu aku pandang.  Dia senyum.  Setelah itu aku pandang pula Khai yang pendek, yang dikatakan kekasih songsang Ayie dan dia masam.  Dah aku agak.  Nak expect apa pada dia.  Pandangan pun penuh cemburu. 
Ayie genggam tangan aku di bawah meja.  Dia senyum dan mata dia berbicara.  Dia dekatkan bibir ke telinga aku dan berkata-kata.
“We settle this first, then kita balik eh... Arya dengar je tau jadi hakim...” 
“Okay, guys... make it faster and easier...,” pinta Ayie tenang.
Khai yang agak kasar badannya itu senyum dan  memandang Khai di sebelah dia tu. 
“Are you okay?”  soal Khai pada Khai.
Khai yang dok pakai topi tu mengangguk dan menunduk.  Serius wajah dia sangat sugul. 
“Tentang gambar tu?”  tanya Ayie secara terus.
“Aku minta maaf.  Pagi lepas kita lepak buat assignment tu, tergolek sama-sama, kan kita sedar dah dekat tengah hari.  Abang pun tak sedar dah siang.  Lepas abang bangun, Khai ada dekat rumah.  Nak-nak kita lena dekat ruang tamu je...,” cerita Khai kedua.
Ayie angguk.  “You took our picture, Khai?”  soal Ayie pada Khai pertama pulak. 
Khai tu mengangguk. 
“You hantar ke alamat rumah I kat Malaysia dengan harapan apa?”  tanya Ayie sedikit berang.
“Nak suruh parent I halau I daripada rumah dan buat I balik Jerman tagih kasih you, macam tu?” 
Serius, Ayie dah meninggikan suara sikit.  Khai tu dah tersedu dah pun.  Aku genggam tangan Ayie dan meminta dia bersabar.  Kot ya pun nak bersihkan nama daripada fitnah, jangan marah-marah.  Benda dah jadi.  Kena sabar. 
“Benda dah jadi, Ayie... sabar sikit eh,” pujuk aku sambil mengusap belakang dia.
“Thank God I have you here...,” balas Ayie pula. 
Aku sengih.  Tak boleh nak tahan weh... bangga sangat masa ni.  Kemenangan besar sekarang dah jadi milik aku. 
“Sabar, Ayie... abang minta maaf dari pihak dia...,” rayu Khai pula.
Ayie angguk dan aku dengar dia beristigfar. 
“Khairulidza...,” seru Ayie.
Aku hampir tertanggal rahang daripada mulut.  Nama siapa Ayie sebut?  Nama apa?  Itu bukan nama perempuan ke?  Atau aku yang mereng?  Telinga tersumbat?
“Ayie...”
“Syhh...”  Ayie meminta aku diam.
“I know what are you trying to ask...” 
Nak tak nak aku diam memberi laluan Ayie menyudahkan puzzle ni.  Aku pandang Khai yang dipanggil Khairulidza oleh Ayie tadi. 
“Ieza dah cukup dewasa dan dah reti untuk Ayie bimbing.  Ieza dah belajar semuanya dan Ayie dah berkali-kali tekankan yang perasaan Ieza pada Ayie tak salah tapi yang silapnya, Ayie tak ada perasaan pada Ieza selain rasa macam nak bantu adik je.  You are too young.  Ieza memang dah tak boleh nak suka kaum sejenis Ieza.  Ayie bantu.  Tapi, Ayie tak pertaruhkan hati dan cinta Ayie.  Ayie bantu sebab Khai minta tolong.  Dia ceritakan yang Ieza berubah jadi pengkid.  Kenapa?  Ieza sekeluarga dah lama dok sini.  Tapi, jangan lupa siapa Ieza.  Ieza perempuan sejati, muslimah... ada iman dan agama...  cumanya, Ayie agak kesal kenapa Ieza fitnah Ayie?”  tanya Ayie setelah membuat pernyataan  yang agak  panjang.
Huh, aku hela nafas berat.  Terkebil-kebil aku pandang mereka.  Rupa-rupanya Khai yang tidur dengan Ayie tu memang lelaki dan itu kawan dia.  Nama Khairulizam dan dikatakan suka Ayie tu adalah Khai jugak tapi Khairulidza, adik pada Khairulizam. 
Dan dialah tukang fitnah tu.  Dialah tukang tangkap gambar tu.  Semudah ABC masuk ke rumah sewa diorang dan curi-curi tangkap gambar Ayie dengan abang sendiri.  Fitnah Ayie songsang demi tagih kasih Ayie? 
Ohmai...
Menarik rancangan budak ni.  Tapi aku, seperti yang pernah Ayie katakan.  Kami lebih percayakan rancangan orang tua dan juga perancangan Allah yang satu dalam setiap urusan kami.
Apa nak jadi dengan dunia hari ni?  Aku pandang Khairulidza.  Ada rasa sayu tiba-tiba.  Boleh jadi sebab pergaulan atau juga sebab patah hati.  Apa-apa saja boleh jadi penyebab kena dia tukarkan diri dia menjadi pengkid dan jumpa pulak dengan ustaz Ayie, jatuh cinta pada ustaz...
“Ieza cakap dekat diorang.  Kenapa Ieza boleh fitnah abang dengan Ayie macam tu sekali?  Kenapa Ieza sanggup pos gambar jauh ke Malaysia nak suruh parent Ayie percaya?  Buat dia kena balik kampung tergesa-gesa dan…”
“Khai, please…”  Ayie mencaras.
Dia menggeleng pada Khairulizam dan lelaki itu mengeluh berat sambil menggaru kepala. 
“Jangan…,” larang Ayie. 
Huh, jangan apa?  Jangan cakap pada Ieza  yang dia balik tergesa-gesa dan kena paksa kahwin?  Dengan isteri yang tujuh tahun lebih tua daripada dia?  Orangnya aku?  Okey, aku dah mula bau hanyir setelah berhari-hari tak bau.  Sungguh aku rasa nak merajuk.  Nak lari jauh-jauh bila Ayie macam tak nak mengaku di depan Ieza ni. 
Aku tarik tangan aku daripada genggaman Ayie.  Apa-apa hal jadi senang untuk aku cabut lari.  Nak kena penampar oleh Khairulidza atau ditarik tudung ke, aku sempat buka langkah seribu dan selebihnya rasa nak lari daripada Ayie.  Tak nak bagi dia tengok aku yang mula rasa nak menangis ni. 
Ayie pandang mata aku.  Dia senyum dan tangan dia menggagau kembali mencari tangan aku dan digenggamnya erat. 
“She knows…,” beritahu Khairulizam pada Ayie.
Ayie angguk.  “Ya, aku tahu dia datang jumpa aku dengan Arya kat hotel hari tu.  Mana dia dapat tahu aku tak tahulah… dan dia tahu aku dan Arya suami isteri.  Aku tak usik kulit perempuan tak halal untuk aku…” 
Nada Ayie dah lain macam.  Suara dia juga.  Terlebih macho dah.  Cara percakapan dia dengan Khairulizam pun dah lain macam.  Tak ada nama biasakan nama.  Sekarang ada aku kau je dan aku rasa nak duduk bawah meja sebabnya, malu.
Terlupa langsung hari tu Ayie dah mengaku pada aku yang kami ni suami isteri di depan Khairulidza.  Airmata tak jadi mengalir.  Jadi, aku lebarkan senyuman.  Kebetulan pulak, Khairulidza mendongak dan mata kami berlaga. 
“I love him… I love your husband and I don’t mind to become the second one.” 
Dup…
Hambik. 
Sekali dia bersuara terus keluar perkataan yang amat bernas.  Aku terpaku.  Khai dah cubit lengan adik perempuan dia.  Padanlah susuk tubuh dia lebih kurang aku je.  Yang membuatkan aku tak cam dia perempuan adalah jaket masing-masing yang memang tebal.  Terlindung segalanya.  Lagipun, dia selalu meletakkan topi pada kepala dia.  Manalah aku cam. 
Ayie bulat mata.  Khai tak usah cerita. 
“Apa Ieza merepek ni?  Kan kita dah bincang panjang semalam.  Ayie tak mungkin.  Abang tahu dia.  Abang kenal sangat!”  marah Khai pada Ieza. 
Gadis tu merengus.  “I don’t care!”  bentak dia agak kuat.
Huh, hingga burung pun berkicau.  Pandang orang tak payah nak ceritalah.  Aku tahan wajah.  Tak pernah-pernah aku lalui fasa macam ni dalam hidup aku.  Kalau kata zaman gila-gila remaja bolehlah.  Ini aku dah nak lepasi fasa dewasa dah pun. 
“Ieza… apa ni?  I thought you wanna ask me for a forgiveness, aren’t you?”  tanya Ayie cuba berlembut. 
Tapi, rahang Ayie dah turun naik. 
Abang Khai paksa.  Ieza tak nak.”  Ieza dah hentak meja dan berdiri tegak.  Airmata dia merembes keluar.
“Ieza tahu Ayie tak cintakan dia.  Ayie tak sukakan dia.  Ayie balik dan kena paksa kahwin…”
“And I should thank you for all this.  Ayie boleh jumpa Aryana…”  balas Ayie masih dengan nada yang lembut.
Aku faham kedudukan Ayie.  Yalah, tak kan nak menjerit tengah-tengah orang ramai.  Dah tu pulak, Ieza ni jenis jiwa lemah.  Boleh jadi dia kembali terpesong.  Sia-sia je. 
Khairulidza menggeleng tak percaya.  Airmata dia memang macam jeram dah.  Laju je terjun.  Dia menarik topi dari atas kepala dia dan rambut yang sudah agak panjang tu bebas. 
Cantik.  Hanya sepatah itu hati aku berdesis.  Padanlah hari tu aku terfikir kalau dia jadi lelaki memang kacak gila.  Jadi perempuan pun cantik. 
“She’s older than you, Ayie!”  marah Khairulidza dan kali ini tubuh aku pulak menggeletar.
Huh, keluarga kami tak kisah okey… kenapa awak nak kisah?  Tapi, aku hanya mampu sinis dia dalam hati je.  Tak nak keruhkan suasana.  Aku akan tebarkan jala tepat pada masanya nanti tapi bukan sekarang. 
“You told her?” 
Khai angguk menerima jawapan Ayie.  “Terlepas cakap…” 
Ayie sengih dan menepuk tangan Khai.  “It is okay.  Better that way…”  balas Ayie tenang.
Tangan yang sedari tadi digenggam Ayie dibawa ke atas meja. 
“I don’t care…!”  jerit Ieza lagi.
Kali ini dia duduk menunduk dan menggeleng.  Kesal.  Aku pulak capai tangan dia yang ada di atas meja.  Mula-mula dia menepis tapi bila aku berkeras, dia biarkan saja aku menggenggam tangannya yang masih lagi dibaluti sarung tangan kulit. 
“You don’t care… it’s up to you.  But I care.  I do care.  Kami kahwin bukan dipaksa, Ieza.  We got married because of Allah’s will.  Allah dah rancangkan  untuk kami dan Dia adalah sebaik-baik perancang.  Awak percaya dengan perancangan Tuhan pada awak?”  soal aku lembut.
Semua nampak terpempan. 
“Arya…”  Aku dengar Ayie menyeru nama aku tapi setakat itu sajalah.
“Awak berubah kerana Allah, Ieza.  Bukan kerana Ayie.  Dia adalah penyebabnya tapi tujuan dan destinasi awak yang sebenarnya adalah Allah yang Esa.  Tak kisahlah awak dilahirkan di Jerman, UK, Jepun atau kutub sekalipun.  Selagi awak Islam, awak wajib tinggalkan perkara yang dilarang dan awak wajib patuh pada yang disuruh.  Being a pengkid, that is wrong.  Very wrong, indeed…,” nasihat aku lembut.
Yalah, takkan aku nak sepak pulak budak Ieza ni.  Ikut hati jahat nak je aku campak dia dalam tasik taman ni tapi itu bukan aku.  Aku anak mama.  Mama seorang yang sabar.  Amat sabar.  Kata pa dan nenek.  Jadi, dalam diri aku ada darah dia jadi aku akan jadi sabar biarpun tak sehebat mama. 
“Punca awak jadi macam tu tak penting tapi jalan untuk awak serta destinasi awak seterusnya amatlah penting, Khairulidza.  Perbuatan awak salah.  Mencintai kaum sejenis juga salah…”
“Sekarang I dah cintakan lelaki.  A man and you stole him!”  bentak dia.
Aku senyum lagi dan memandang Ayie dan Khail sekilas.
“Tapi lelaki yang you cinta tak cintakan you.  Macam mana?”  soal aku sedikit sinis.
Mata kami beradu.  Ieza nampak kehilangan kata.  Dia pandang Ayie tapi Ayie setia merenung sisi wajah aku. 
“Kalau kata cinta tu bukan untuk awak, percayalah… Allah sedang rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk awak,” pujuk aku terus.
Biarpun aku yakin yang dia memang tak akan makan pujuk punya.  Tapi, apa lagi cara aku ada setakat ni.  Nak karate tak pulak belajar karate. 
“You izinkan dia nikah dengan I…”
“That things is not that simple, Khairulidza… you are a big girl now.  Kena fikir dalam-dalam.  Let say awak sayangkan Ayie… yeah you’re deeply in love with him.  Then you guys nikah.  Ayie tak adil.  I sedih tak halalkan pernikahan  you.  Tiap-tiap malam I menangis.  Atau pun you yang menangis dan rasa Ayie tak adil… both of us will be a reason untuk Ayie terhumban ke neraka dengan mudahnya dan I yakin, you sendiri tak nak berkongsi.  Sampai satu masa, you akan paksa Ayie lepaskan I.  I pun akan buat perkara yang sama mungkin sebab…”  Aku berjeda setelah lama berkata-kata.
Ieza, Ayie dan Khai nampak pegun mendengar kata-kata aku.  Ieza nampaknya dah berhenti mengalirkan airmata.  Kira okey jugaklah ceramah perdana sulung aku di Berlin ni.  hehh..
Tiba-tiba je kan jadi penceramah bebas. 
Semuanya tiba-tiba. 
Memanglah dalam hidup aku ni banyak perkara yang tiba-tiba.  Yang Ayie pulak bukan nak beritahu aku dia janji dengan dua orang adik beradik Khai petang ni. 
“... sebab kita berdua adalah wanita, Ieza.  You Khairulidza, dan I Aryana.  Even I baru kenal you both just a couple days ago, I think we can get hook together as long as you jadi diri you yang sebenar,” sambung aku lebih lembut daripada tadi.
Bak kata orang lebih lembut gigi daripada lidah.  Barangkali anak penulis jadi aku pun pandai jugaklah mengayat orang. 
“I tak boleh lupakan dia…”
“You boleh!”  balas aku sedikit tegas. 
Serius aku ada bakat jadi penceramah bebas. 
“You boleh lupakan Ayie dan I sekalipun tapi you tak boleh lupakan parents you dan yang pastinya Allah swt.  You have to try.  Ayie not belongs to you.  Dan I tak cakap dia milik I for sure tapi Allah beri kami waktu untuk bersama dan I tak harap sekerat jalan.  I nak sampai ke syurga,” ujar aku pada Ieza penuh ketulusan.
Ayie melebarkan senyum. 
“I prove it to you, guys… Keine Worte können beschreiben, wie viel sie mir bedeutet,” ujar Ayie pada mereka berdua.
Khairulizam nampak mengoyak senyuman lebar.  Aku juga biarpun kepala aku memang tak faham langsung.  Nak google  masa ni, aku sendiri tak tahu nak eja macam mana ayat yang Ayie sebutkan tu untuk kali ke-empat dah.  Ini je aku kira. 
Tapi, Khairulidza pula masam macam makan prun dijeruk dan ditambah cuka serta asam jawa.  Yang pasti tanpa gula.  

~~> RM kata : terlerai sudah.. eh dah terlerai ke atau makin terbelit... hehh.. santai story je.. layan, komen dan like2 share2.. sayang semua.. 

48 comments:

  1. Makin berbelit lidah.... kisah hati ....indahnya perancangan Allah....

    ReplyDelete
  2. puzzle dh solve....ayie bukan gay....yeahhhhhh

    ReplyDelete
  3. ada lg konflik ni

    ReplyDelete
  4. "no words can describe how much she means to me"......ohmai....

    ReplyDelete
  5. dah terjawablah kak rm...teka teki dunia nie....terangkat bangu tempat duduk baca n3 nie..

    ReplyDelete
  6. kak Rehan nak lagi... sweet sgt... nak ayie...

    ReplyDelete
  7. Arya...good. I like. RM pls more. Ayie pls just fall for arya and not khai.

    ReplyDelete
  8. mmg wanita tu sungguh lembut bicaranya
    cepat diserap jiwa.. hope sgt si ieza tu
    lupkan ayie..
    best sungguh aryana bagi ceramah..
    hehe.. =) good2 kak rehan

    ReplyDelete
  9. tak de perkataan, guna perbuatan le ayie, kan!!..

    ReplyDelete
  10. best sangat...

    ReplyDelete
  11. Sweet sgtAryana mmg tegas & amat matang.Ayie.u are vet lucky.tq RM.KH

    ReplyDelete
  12. "Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa dia bermakna kepada saya".....
    Rasa jatuh cinta dgn ayie dh ler mcm nie....so cute, so nice, so romantic.....

    ReplyDelete
  13. kalau dah anak penulis tentu ada kata-kata yang boleh menyumbang untuk menjadi penceramah bebas ya Arya.... hehehe... kaka-kata Arya membuat Ayie rasa bangga kan... lebih-lebih lagi depan 2 beradik Khai ni.... besttttt

    ReplyDelete
  14. Tapiiiiiii.... RM...... mana yg scene habis tu .? X de pn dlm chap ni....... berkali baca......n baca...... still x de....... mood romantika di amore......

    ReplyDelete
  15. so sweetkan ayie ni. rasa macam nak duduk kat tempat aryana je.

    ReplyDelete
  16. owh...tu kesah nye...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh...ingatkn si khai tu laki...rupenye pompuan.
      nk dptkn ayie dgn fitnah ayie dan abg die gay pastu hope yg ayie kne buang keluarga pastu blk jerman..
      haiya,pndk akal sungguh si khai yang pompuan tu...

      Delete
  17. ahhh...nak gugel tak leh copy ayat tu..malas nk type...hehe

    ReplyDelete
  18. No words can describe how much she means to me...cayalah ayie

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo......... itu ke maknanya? tq sbb translate utk kami.

      Delete
  19. ler....dua2 sonsang kah? aiya...mujur la arya cool je..klau dia campak dua2 dlm tasik...abis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyakkk....ieza je yg songsang....yg lain..still straight

      Delete
  20. ok..serius stiap kli bce tkot nk scroll smpi bwh sbb x rela dh nk smpi hjung crta..x puasssss kak rehan!gud job..next n3 post bnyk2 eh...hehehee

    ReplyDelete
  21. Ayie: "No words can describe it that how much she means to me..."


    -sj-

    ReplyDelete
  22. Fuh...lega....cian plak kat 2 khai tu.cayaaaaaa la aryana.kasi tabik spring dgn ayat ceramah dier....menusuk g2...cinta xbbalas....adoiiii

    ReplyDelete
  23. No words can describe how much she means to me.... Tp dugaan tetap akan ada utk mereka....

    ReplyDelete
  24. Adoyai...si Khai nie suka suki je nk rembat laki org...huhuhu
    Arya basuh budk khai tu ckup2...*^▁^*

    ReplyDelete
  25. tiba-tiba rasa cinta berputik semula.....ohmai

    ReplyDelete
  26. ayie bukan gay!.yes!

    besten!

    ReplyDelete
  27. no words can describe how much she means to me... ohmai!

    ReplyDelete
  28. hahhahha...tipah tertipu.... huhuhuhuuhhuhu.... nice garapan..mcm2 spekulasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tertipu.... dn pnjelasan yg logik, tk trfikir dek minda, tp buleh dtrime akal... bagus, bagus,

      Delete
    2. tu la.... ayie tu la..xnak xplain betul2..kan dah fitnah..hahahah emo2 lak

      Delete
  29. sweet xleh control~

    ReplyDelete
  30. aduh mak....cair x dapat dikesan la kalo cam ni gayanye ayie mengayat....arya sila cepat sikit tnye en gegel okies....rugi owh lambat pick up line neh...si arya pon wat ayie sampai speechless 2 ohohoho...bahaya2...karang ayie meningkatkan tahap mengayat dia utk arya plak ngeeee

    ReplyDelete
  31. bagus aryana..apa lg yg blm terlerai ye

    ReplyDelete
  32. Best. Nak lagi kak

    ReplyDelete
  33. Best sgt2...nak lg...♥♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
  34. No words can describe how much she mean to me. Lbh kurg la kot mksdnye.hehe

    ReplyDelete
  35. Best2........nk lg rm. Minggu depan dh cuti utk baca novel, study 4 exam 1 jun nanti. Doakan sy yer. In sha Allah

    ReplyDelete
  36. adoiyaii..mmg terbaik la RM..tiba -tiba jd camni,yg ni mmg xjangka langsung..semua pun tiba-tiba..hehe
    ingatkan arya dah tgk gamba tu..patut la dia xcam khai tu.. ;)

    tqvm RM..best!

    ReplyDelete
  37. Pg2 dok check blog hijau...kot2 ada n3 23...x sbr pya psl...rehan hbskn kat blog cite ni ye..

    ReplyDelete
  38. ohohohohh. bagi dia dengan aryan.

    ReplyDelete
  39. tu la..ksian kat Arya..nak ingat apa yg Ayie ckp. nak eja ag..susa tu..meh sini la kat blog hijau kalo nak tau mkna

    >>k<<

    ReplyDelete
  40. moral of d story:: Betapa besarnya kuasa fitnah...heheheheh

    ReplyDelete
  41. nasib baik..arya tidak mengamuk atau meroyan..giler betu si Khai tu...mefitnah abang sendiri..dan abangnya tersangatlah coolnya..spt meredakan perbuatan adiknya..

    ReplyDelete
  42. alhamdulillah, arya memang cool, tenang, releks , tq rm x sbar nk peluk SAK dlm bentuk cetakan,

    ReplyDelete