Thursday, July 12, 2012

Untuk Dia [10]

BAB 10

ZAFRIN diam memandu.  Sepatah ayat pun dia tak sebut.  Hanya sesekali aku dengar dia menggumam lagu kegemaran aku.  One Direction jugak.  Aku kerling dia tapi dia tenang memandu. 
“Err…”

“Jangan risau… aku akan bertanggungjawab atas kau, Mi,” pangkas dia. 
Aku merengus kuat.  “Apa pulak tanggungjawabnya?  Kau melalut apa ni?”
“Kot lah sebab aku tercium kau tadi kau suruh aku bertanggungjawab ke?”  sela dia. 
“Ter kau cakap?  TERCIUM?”  tanya aku geram. 
Dia angguk dan sengih.  “Aku tercium.  Cikgu aku cakap dulu, kalau ter ni tak sengaja jadi kau tak bolehlah marah,” ucap dia loyar buruk. 
Aku genggam penumbuk tapi agaknya Zafrin perasan, dia terus menutup sebelah wajahnya mengelak dari terkena tumbukan padu aku. 
“Kau ni kan…” 
Huh, tak mampu aku nak sudahkan ayat aku.  Boleh bikin hangat dengan mamat ni biarpun terasa dingin setelah hujan reda dan penghawa dingin yang dipasang. 
“Tapi aku nak tanya kau ni… yang kau cakap gilakan aku tu apa hal?  Atau kau nak cakap aku gila?” 
“Itulah yang aku cakap.  Payah sangat ke kau nak faham?”  tanya dia. 
“Aku tak faham langsung!”  Sengaja aku buat-buat tak faham sebab nak dia mengaku yang dia memang sukakan aku.  Payah sangat ke. 
Teringat bila aunty mengaku pada aku sebelum aku balik tadi.  Macam tak percaya je.  Nak-nak bila Anaresa sahkan segalanya.  Hanya menanti kata-kata hikmat tu keluar dari celah bibir Zafrin je dan aku akan terima dia seadanya dia. 
“Kau faham jelah sendiri.  Kata pandai.  Nak pergi luar Negara bagai.  Kelepet aku.  Faham-faham sendiri sudah…”  Dia meleretkan suaranya. 
“… dan aku, minta maaf sebab sentuh kau kali ketiga dah.  Yang berlapik toksah cerita la.  Nampak gayanya memang aku kena bertanggungjawab sungguh la sebab dah buat kau macam tu,” sambung dia kali ini lebih tenang dan serius tanpa segaris senyuman pun.
“Aku tahu tu… kau semua tak sengaja.  Lepas tu salah aku.  Kau langsung tak pernah salah.  Yang aku nak tahu sekarang ni, apa maksud kau kata gilakan aku tu?  Atau kau memang saja nak kenakan aku lagi?”  Aku ulang lagi sekali soalan yang sama dan kali ini lebih keras dan tegas. 
“Kau faham apa?”  soal dia semula. 
Suka jawab pertanyaan aku dengan soalan.  Sudahnya aku diam dan memandang terus ke jalan raya. 
“Kau mesti rasa aku nak kata kau yang gila, kan?” 
Aku diam lagi.
“Mi… kau ni slow sangat kenapa?  Kau tak boleh beza ke antara ‘gilakan kau’ dan ‘kau kan gila’ tu?” 
“Kau tu bukan boleh kira.  Aku faham lain, karang kau maksudkan lain.  Dari aku malu sendiri, baik aku tanya!”  Dia aku jeling lagi.
“Emm… kalau macam tu, better kau faham dengan cara kau jelah, Mi.  Tak payah kau fikir panjang.  Mudah, kan?”  Zafrin jungkit kening dengan wajah kelat dan dia terus memandang jalan raya tajam. 
Aku mengeluh dalam hati.  Niat nak pancing dia tapi tak jadi pulak.  Akhirnya, dia diam aku lagilah diam. 

**

WAJAH aunty merah.  Aku telan liur dan Zafrin hanya selamba berlalu tapi sempat dicubit lengan sasa itu oleh jari tua aunty
“Sakit, ma…”  Dia mengaduh sendiri. 
Aunty menjeling tajam pula.  “Tahu sakit.  Tu mulut tu nanti lagi pedih kena bakar dengan api.  Pandai-pandai cium anak dara orang kenapa?”  tegur aunty keras. 
Sampaikan aku pun terasa sama sebab pipi aku yang menjadi mangsa Zafrin tadi biarpun hanya ciuman tipis dan rasanya di angin lalu saja.  Aku pantas genyeh pipi yang disapa bibir Zafrin tadi dengan wajah menekur ke lantai.  Memang malu. 
“Rin minta ampun,” ucap Zafrin.
“Minta ampun dengan Allah!”  sindir aunty dan Zafrin terus berlari naik ke atas. 
Aunty berlalu mendekat pada aku dan menarik tangan aku untuk duduk semula di kerusi.  Dia senyum tapi aku telan liur.
“Mi minta maaf…”
“Bukan salah Mi tapi Si Zafrin tu.  Dia memang lain dari Zafran.  Mungkin sebab dia anak tengah kot… tegas sikit, gatal terlebih la pulak,” komen aunty sambil menggeleng. 
Hati aku tercuit sikit dan nak ketawa, tak mungkin.  Jadi, aku tahan saja hingga hampir bergegar seluruh tubuh. 
“Mi tahu kenapa Rin macam tu?”  soal dia kemudiannya.  Aku pantas menggeleng tanda tak tahu.  Malas nak teka meneka. 
“Rin beritahu aunty, dia sukakan kamu.”  Itulah jawapan aunty pada soalannya sendiri yang membuatkan aku membulatkan mata sendiri.
“Err…”
“Memang betul  pun, Mi…”  Anaresa menyampuk tiba-tiba.  Dia duduk di depan aku bersebelahan dengan mama mertuanya.  Mereka sama-sama memandang dan tersenyum sesama sendiri.
Bila aku pandang Anaresa, dia senyum dan angguk lagi.  “Yang selama ni, bukan aku suruh pun dia pergi jemput kau.  Yang malam kau sakit tu, dia  yang beria-ia desak aku dengan Abang Zaf pergi,” akui Anaresa. 
“Yang kat padang tu?  Kes bertumbuk tu?”
“Yang kat padang tu dia memang intip kau.”  Anaresa menjawab pantas.
“Budak tak ada kerja.  Ada kerja tapi banyak main.  Dok tunggu nak sambung master tapi banyak main.  Kerja despatch macam dia tu, macam tulah Mi,” tokok aunty pula. 
Aku angguk sendiri.  Aku dah agak yang pendidikan Zafrin bukan calang-calang tengok kepada Abang Zafran dan Zafrina sendiri.  Tapi, baru hari ini aku tahu apa kerjanya.  Padanlah boleh ke sana-sini sesuka hati.  Penghantar surat je pun.
“Tapi dia cakap kau…”
“Dia nak tutup ego dia lah tu,” cantas Anaresa. 
Aku tepuk dahi.  Aduhai… macam-macam hal Zafrin ni.  Kan mudah kalau dia berterus terang je.
“Yang kes hospital tu?”  Aku pandang aunty pula.  Entah  kenapa, aku  yakin perkara ini berkaitan dengan dia. 
Dia senyum lebar.  “Itu plan mama.  Mama minta Resa bagi tahu Mi yang Rin sakit.  Saja nak tengok kesungguhan Mi sebab mama yakin Mi memang suka Rin, kan?” 
Aduh… mana aku nak sorok wajah comel aku yang berwarna merah jambu ini bila aunty membiasakan dirinya mama?  Mana juga kau nak sorok wajah aku ni bila aunty sebenarnya sudah dapat menebak rasa hati aku pada anak terunanya? 
Aku tahan sengih dengan mata terkebil-kebil.  “Err… Mi… Mi…” 
Sudah… aku mula gagap.  Hilang kata.  Anaresa ketawa tapi tak lama bila Abang Zafran muncul dan duduk di sisinya.
“Budak macam Rin tu  kena ajar sikit, Mi,” cadang dia dan aku hanya tersengih sumbing lagi.  Tak tahu nak kata apa. 
Eleh, Zafrin… selama ni sebab Anaresalah, sebab mamalah tapi padahal sebab hati dia memang suka aku tapi selagi belum terbit dari bibir yang merah sensual lelaki itu, aku tak mampu nak percaya.  Sikap Zafrin yang berubah sekelip mata itu menjadikan aku kurang yakin dengan kata-kata makhluk bertiga di depan aku kini. 
“Haih…”
“Mengeluh nampak?”  Pertanyaan Zafrin membuatkan aku tersentak dari perbualan kami lewat tengah hari tadi. 
“Sikitlah…”
“Mengeluh adalah perbuatan yang Allah tak suka.  Mendekati sikap putus asa,” ujarnya.
Aku senyum.  “Bertaubat dah kau, ya?” 
“Kenapa?  Tak boleh?  Aku bukan malaikat yang tak ada nafsu bila lihat perempuan.  Aku bukan malaikat yang boleh sekat tindakan aku yang kadang-kadang aku sendiri tak tahu kenapa aku buat begitu.  Contohnya macam…”  Kata-katanya terhenti seketika.
“… emm.. sudahlah.  Malas nak ulang.  Tadi dah minta maaf sebab buat kau macam tu.  Itu bukan stail aku tapi dengan kau tak tahu kenapa.  Maaf-maaf,” pintanya lagi dengan nada yang mendatar tanpa perasaan. 
“Memang kau bukan malaikat dan aku bukan pari-pari…,” selaku antara dengar dan tidak. 
“Tapi, kenapa aku sedangkan kau cakap kau tak sentuh perempuan tak halal.  Eleh… konon je kan?”  telahku. 
Dia menggeleng dan menjeling aku seketika sebelum kembali fokus pada jalan raya. 
Kan aku dah cakap tadi.  Aku manusia biasa.  Aku tersalah tadi tu.  Aku janji tak sentuh kau lagi.  Memang aku berdosa.  Biasalah darah muda.  Dengan orang orang aku tak cinta pun boleh ter…”  Dia sengih dengan riak tak bersalah sedangkan aku terhentak, terhenyak dan terkedu. 
Sudah aku katakan, dia memang tak cinta aku.  Andai sekadar telahan aunty, Anaresa dan Abang Zafran saja, memang tak boleh dipercayai.  Terkecil hati satu lagi aku hampir tertinggal.  Memang aku terasa. 
“Aku pun tak adalah nak jatuh cinta dekat kau, Rin…”  Aku menjawab lemah.  Nampak sangat aku kecewa.
“Cinta aku mahal… untuk  yang berhak je dan tunggu jelah hari tu nanti,” balas Zafrin tenang. 
Dia senyum tapi tidak aku kaku. 

**

PELAWAAN Zafrin untuk menghantar aku ke atas, aku tidak ambil endah.  Bila dia bertanya lagi, aku tetap diam hinggakan wajah itu bertukar merah padam pada petang yang redup ini.
“Kau ni kenapa?” 
“Kenapa apa?  Terima kasih dah ucap… kau nak duit upah ke?”  soal aku lemah.
Memang lemah dan tak ada semangat.  Lepas ni aku tak nak jumpa dia dah.  Menyakitkan hati aku je. 
“Lemau je kau ni.  Aku hantar pun kau lemau.  Dah tu kau nak balik dengan siapa sebenarnya?”  soal dia agak kasar. 
“Tak ada siapalah.  Apa-apa pun terima kasih sekali lagi hantar aku balik.  Kirim salam dekat keluarga kau.  Assalamualaikum,” ucapku dan terus saja aku berlalu tanpa mempedulikan panggilan dia.  Malas nak layan. 
Kaki ini aku angkat berat memanjat anak tangga.  Sampai di tingkat dua, ada suara memanggil aku kuat dan ternyata lelaki itu lagi. 
Langkah aku mati.  Aku pandang dia.  “Kau nak apa lagi?  Aku tertinggal barang ke?”
“Nah...”  Dia ajukan sehelai kertas buat aku.  Kertas  yang terlipat kemas.  Sehelai kertas A4 putih dan nampak agak comot. 
Aku sambut dan sumbat ke dalam poket seluar.  Seluar Zafrin dan juga baju dia.  Rasa nak buka kat sini terus dan campak ke muka dia.  Geram aku.
“Tak nak baca?” 
Nantilah.”
Dia mengeluh.  “Memanglah kau ni bukan perempuan.  Keras hati sungguh!”  cemik dia dan terus saja dia berlalu turun bersama jampi serapah dia pada aku.  Baru hendak berpaling, Zafrin memanggil lagi. 
“Mi… tunggu jap.”
“Malaslah.  Kau baliklah Rin… aku penatlah!”  Aku angkat tangan tanpa berpaling. 
Malas hendak melayani hati yang sakit, aku berlari mendaki anak tangga dan akhirnya tiba di pintu rumah.  Bila aku raba poket seluar, kunci tiada. 
“Ya Allah… kunci rumah dalam pojet jeans la pulak…”  AKu tepuk dahi dan mengutuk diri.  Macam mana boleh lupa.  Aduh…
Telefon bimbit aku capai dan nombor Aziana aku tekan tapi sayang bila Aziana tidak menjawab.  Hendak diketuk, waktu ni yang lain masih belum pulang.  Sudahnya aku terduduk bersandar pada pagar tangga menanti sesiapa kembali secepat yang mungkin. 
Lama aku di situ hinggakan aku terlelap.  Mujur rumah di atas sekali dan tiada sesiapa lalu lalang dan penghuni bujang di sebelah rumah ni pun senyap je.  Andai tidak, mahu aku kena bahan. 
Bersimpuh di depan pintu rumah sewa sendiri di atas simen bersandar pada pagar yang sudah berkarat ni membuatkan aku rasa teringat dekat mak dan ayah tiba-tiba.  Pesan mak terngiang-ngiang, jaga adab sopan sebagai perempuan tapi aku masih macam ni.  sudahnya, lelaki yang aku suka langsung tak pandang aku malah tak dianggapnya aku perempuan. 
Amanat ayah juga berdengung dalam kepala.  Jaga diri, jaga maruah jaga kulit tapi sudahnya, bibir Zafrin sempat juga menyapa pipi aku biarpun sekilas.  Tahu dek ayah, memang dia paksa Zafrin nikah dengan aku dan akulah yang paling gembira.  Bezanya aku tak akan bahagia biarpun Zafrin pilih aku masa tu, tapi hati dia pada orang lain buat apa.  Menderita! 
Aku mengeluh lagi tanpa sedar.  Masa fokus pada peperiksaan akhir sudah tiba.  Lupakan cinta yang terjatuh tiba-tiba tu.  Tak ada kepentingan. 
Orang panggil dia buat tak tahu je.  Tak pasal-pasal mengemis depan rumah sendiri.” 
Aku pantas berpaling bila ada suara yang menegur.  Zafrin lagi.  Entah apa yang dia nak, aku pun tak tahu.
“Kau nak apa?” 
“Nak temankan kaulah!”  Dia labuhkan duduk di atas anak tangga setelah mengambil selipar aku dan dibuatnya alas duduk. 
“Toksah!”  Aku berkeras tapi dia buat muka selamba. 
“Kau degillah.  Keras hati tak macam Kak Long.  Tadi aku panggil nak cakap pasal kunci, kau tak nak dengar.  Mujur aku tak balik tinggal kau sorang-sorang macam ni,” ujar dia menggeleng tanda kesal. 
Aku diam seketika.  Rupanya hal kunci dia panggil aku tadi. 
“Mana kau tahu kunci aku tertinggal?” 
“Mama call bagi tahu.”
“Dah tu yang kau tak balik-balik lagi ni kenapa?  Ada aku suruh kau teman?  AdaAda?”  tanya aku kasar.  Siap angkat wajah lagi macam pendekar.
Zafrin sinis.  “Ikut hati aku tak nak teman pun.  Tapi, mama aku suruh jangan balik selagi kau tak selamat masuk rumah,” jawab dia senang. 
“Eleh… dah mama kau suruh, kau ikut jelah?”
“Selagi tak menentang hukum syarak, aku wajib ikut.  Syurga aku ada dengan mama aku.  Lainlah kau… andai bersuami, syurga kau ada dengan akulah…” 
Hujung suaranya agak perlahan membuatkan aku mengerutkan dahi.  Bimbang tersalah dengar lagi.  Huh, tiba-tiba kena sound oleh mama dia, berubah langsung.
“Dengan siapa?” 
“Haih… dengan laki kaulah!  Kenapa?  Kau dengar aku cakap apa?  Dengan aku?  Memang kau ni mamai dah, Mi,” ujar dia lagi menyindir. 
Tapi, aku rasa aku tak salah dengar.  Aku  yakin itu tapi macam mana nak buat dia mengaku. 
“Habis tu kau nak teman aku bertunggu bertangga ni sampai bila?  Tak nak balik kalau kata diorang balik lambat pun?  Macam tu?” 
Zafrin tongkat dagu dan menjeling pada aku lain macam je.  Dia jongket kening lebatny itu dan menggariskan senyuman. 
“Kau nak aku teman kau sampai bila?” 
“Sampai bila kau berani?”  cabar aku pula. 
Tapi, Zafrin diam dan memejamkan matanya dalam senyuman, tanpa jawapan membuatkan aku  berfikir lagi akan kata-kata dia.
Say it out aloud!  Itu yang aku nak dia buat.  Dan aku… sengih jahat.

~~> bersambung

39 comments:

  1. best..
    hari2 tunggu smbungan crite ni..> <

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...sama la,asyik refresh je blog ni nk tgk smbungnnya....
      > <

      Delete
  2. haish susah beno nak ngaku ye zafrin

    ReplyDelete
  3. best..
    tp macam pendek sangat je..

    ReplyDelete
  4. ngehehehe..xnak mengaku lagi si zafrin tu..

    ReplyDelete
  5. best2..hehe...ske zafrin n mi ni...

    ReplyDelete
  6. hahaha aduii zafrin,, zafrin...ego..ego...

    ReplyDelete
  7. best.....best..............best.

    ReplyDelete
  8. rehan jangan post teaser 11 ye.. terus keluarkan je bab 11.. tak sabar nak tgk budak ego tu mengaku cintakan Haqmi... hihihihihi

    ReplyDelete
  9. Ya Allah Zafrin! pleaselah! cakap je lah. Haduiii. Ego sangattttt :p Good job kak rehan, loveyou! Nak bab 11 asap :)

    ReplyDelete
  10. hehe, khas RM, buat yang bace sengih2, gelak2, nangis2 time bace, sukeeee.

    muda13

    ReplyDelete
  11. apa kes zafrin nih...sian haqmi...

    ReplyDelete
  12. zahrin oh zafrin...ego tingginya nk ngaku...isk isk..kesian haqmi tunggu... ape pun sesuai sgt hqmi ngan zafrin... tahniah RM...!!!

    ReplyDelete
  13. hehehe! bestt sangattt! sambung lagi kak ann! ego benor mu ni rin. tapi, I suka! like!like!like! :D

    ReplyDelete
  14. Allah jadikan manusia itu berpasangan untuk berkasih sayang. Jika diletakkan pada yang `halal` hidup terasa aman. Di datangkan pula rasa cinta dalam pelbagai cara. Tidak pula boleh di katakan cinta siapa yang hebat dan sejati. Kerana cinta kepadaNya sahaja yang terAgung.

    ReplyDelete
  15. 1 hr klu x bace n3 tbaru u,cam x lengkap je schedule harian.lbh2 lg cite UD...gelagat slambe dorg prencah cite ni.pe kes ngan STK? rindu kt Syaima n Budriz

    ReplyDelete
  16. nakal bebeno zafrin nie...hehehe tq rehan

    ReplyDelete
  17. say it rin..ksian kat anak dara orang tu..terseksa jiwa

    >>k<<

    ReplyDelete
  18. hurmm Rehan ce bagi Zafrin tu ngaku terus kat Mi huhu takuwt Mi tawar hati hehe best la...... usma

    ReplyDelete
  19. Cerita yg menarik. Klu dibukukan mesti meletop
    ..aa..

    ReplyDelete
  20. Cik Penulis ~~~~> Dearest RM, cite lite susah ya? No dear, you've proved that you can. Ni best ni! Sisi romantic comedy yang akak impikan selama ini dari Rehan Makhtar. Teruskan!! Alahai... hari ni senyum lagi. So sweet couple ni.. Kalau Resa kembar tahun ni gamaknya kembar triplet kut.. Ha! Ha! Indahnya dunia comel Mi & Rin! Senyum lagi... :-)

    ReplyDelete
  21. timekasih semua..baru balik dari kursus 3 hari tapi malam ada kt umah just penat sikit..tu slow je nulis.. apa2 pun sy sgt2 hargai.. komen2 yg membina yg memberi teguran n mengingatkan..alhamdulillah..

    mmg cite ni lite..macam jugak KSC..lite amat..takde konflik atau garapan beremosi pun..tp ttp cuba..kata nk jadik versatile..hehe.. sisi romantic comedy ya..haha..cite sengal kisah budak2 je..haihh..hehe..moga ada ikhtibar biarpun sy tak pasti penilaian pembaca semua mcm mn..

    apa2 pun sekali lagi nk ckp..sy hargai..sgt2 hargai.. teruskan sokongan..sayang kamu semua..

    andai ada yg silap ke apa ke..harap tegur..kita betulkan sama2 ye..

    ReplyDelete
  22. btw.. zafrin akan cakap pada mi...tp dgn cara yg lebih romantik daripada zafran..hehe... kita tggu n lihat ek..kan mama dia kata..Rin lain sikit dari Zafran.. miang pun terlebih..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sifat anak nombor dua macam tu kot?

      Delete
  23. Cik RM, timakaseh utk n3 ini, sukke bangat!Mi & Rin....waiting for nxt n3..

    ReplyDelete
  24. Itu yg nak tunggu
    Sebab saya pun berteman dengan anak nombor dua. Memang keras kepala lebih sikit, gatal pun ada jugak. :)

    ReplyDelete
  25. huishh!!!zafrin nih~mengada bebeno..berat ,u;ut sungguhlh!

    ReplyDelete
  26. hahaha.. kelakar la diorg ni.. actually, zafrin ni sweet orgnyer w/pun dia suke berkias2...hehehe

    ReplyDelete
  27. best... memang ngada2 sangan zafrin nih....

    Hairiah

    ReplyDelete
  28. zafrin n zafran.. uish.. depa ni berbeza sangat kot..
    tp mmg suka sngatlah dia,..
    hmm... watak haqmi tu pun lain..
    sebab besenya tomboi lg payah jtuh cinta..
    tp ni tomboy versi hati selembut kapas.. ahaksss

    ReplyDelete
  29. Dah agak dah .... Mama dan Kak Long x suruh ... tapi hati sendiri yang nak suruh take care.....Rin Rin ..... x mahu kalah.... hehehe

    ReplyDelete
  30. tingginya ego c zafrin...hehee

    ReplyDelete
  31. best!!! bagi la lama sikit zafrin luahkan...kasi tambah adegan2 gaduh2 manja ni..hahaha baru la thrill. =P

    ReplyDelete
  32. best kelakar la zafrin main tarik tali

    ReplyDelete
  33. best2... cepat sambung .... heheheh

    ReplyDelete
  34. yg benar nye bunga2 cinta zafin dh kuar........tk leh nk tlg dh.terperangkap n memerangkap ati d jiwa sndri.

    ReplyDelete
  35. zafrin ni laaaa.haih.kita yg bc ni mengucap dah dgn tingkah dia.

    ReplyDelete