Saturday, May 19, 2012

Suami Tak Kuhadap 4

BAB 4

KISAH baru bermula lagi namun sayang bila aku tak mampu keluar dan menjauh dari kisah silam. Membawa hidupku meniti titian usang yang kian rapuh dek dendam dan kebencian.

Kala ini, tahulah kau, hati ini sebenarnya tidak pernah rela mencintai namun kala Faez berkata tidak pada hubungan kami, bohong andai aku katakan langsung tidak terkesan di hati ini. Tapi, untuk melarat sendiri, itu bukanlah aku.

Hari ini, permulaan pagi yang agak tenang. Rambut yang lepas bebes aku kuak ke belakang sikit. Baju kurung dari jenis kain kapas berona hitam ungu yang membaluti tubuhku, aku usap lembut.



Langkah ini maju ke arah pintu kaca yang tertera nama Mesra Holdings Sdn. Bhd. Hari pertama melapor diri dan aku harus yakin dengan penampilan diri biarpun berat kepala dihempap masalah dan kisah lalu.

Receptionist aku rapati. Bibir ini tersenyum dan dia angkat tubuh kala menyambutku tiba di depannya.

“Cik ni…”

“Saya Syaima. Nur Syaima binti Syakri. Saya report duty hari ni,” beritahuku pada dia.

Dia angguk dan tersenyum lagi. “Untuk bahagian mana, ya? Jawatan apa tu, cik?” soal dia lagi penuh tertib.

“Administrative, sebagai kerani je.” Aku hulurkan surat tawaran itu pada dia.

Setelah surat itu dibacanya seketika, dia mengangkat gagang telefon. Setelah berbicara seketika di talian, dia kembali memandangku.

“Cik duduk dulu. Puan Sarimah, ketua bahagian admin tak masuk lagi. Cik kena lapor diri pada dia nanti, ya.”

Aku angguk bila wanita ini meluruskan ibu jarinya sopan meminta kau duduk di sofa yang telah disediakan. Punggung ini aku labuhkan perlahan. Mata ini melilau mengintai sekitar pejabat yang nampak kemas dan teratur.

Setelah hampir sejam aku duduk di situ, akhirnya aku dipanggil untuk bersua dengan ketua bahagian.

“Cik jalan sampai hujung sana. Tolak pintu tu, cik akan nampak bilik Puan Sarimah, ya?” ujar wanita yang tertera tag namanya sebagai Najwa.

Aku senyum dan berlalu pantas. Fail di tangan aku bimbit kemas. Berbekalkan sijil SPM yang agak baik, aku mampu meraih jawatan ini dan ini sangat memuaskan hati. Pintu bilik aku ketuk sekali dan terus saja ada suara yang melaung kuat dari dalam.

Daun pintu aku tolak dan di depan mataku kini ternyata ada seorang wanita anggun di depanku. Agak berumur nampaknya namun masih bergaya dan sihat.

“Syaima ke?” soal dia.

Aku angguk dan dia mengisyaratkan aku agar duduk saja di depannya. Penuh sopan, aku tarik kerusi lantas aku labuhkan duduk.

“Perkenalkan diri?” pintanya ringkas.

“Saya Nur Syaima binti Syakri. Boleh panggil Syai je dan terima kasih atas kesudian puan menerima saya bekerja di sini,” ujarku bersungguh-sungguh.

Dia senyum biarpun dahi itu nampak berkerut sedikit. Tudung Ariani yang dipakainya, ditolak ke belakang sikit bersama keluhan.

“Syaima Syakri?” tanya dia. Aku angguk lagi dan dia terus melebarkan senyum lantas mengangguk.

“Okeylah. Saya ketua kamu kat sini. Apa-apa hal kamu boleh cakap dengan saya terus dan kamu boleh keluar. Nanti minta Najwa tunjukkan tempat kamu, ya? Yang lain pun kamu boleh minta tolong Najwa,” ujarnya lalu dia hulurkan salam buatku.

Aku menyambutnya tenang dan terus berlalu namun senyuman Puan Sarimah nampak lain macam. Nampak pelik saja. Namun aku hanya mampu menggeleng kecil menuju ke pintu kaca itu hendak bertemu dengan Najwa.

“Cik Najwa,” seruku agak perlahan. Tidak mahu mengganggu kakitangan lain yang sedang kusyuk bekerja.

Dia panggung kepala. “Oh, Cik Syaima.”

“Panggil Syai je dah okey,” ujarku pada dia.

“Puan Sarimah minta awak tunjukkan tempat pada saya,” beritahuku lagi dan dia hanya mengangguk lalu bangkit menarik lenganku mengikut langkahnya.

“Okey, ini tempat awak, Syai. Awak boleh mulakan kerja. Tapi, rasanya hari ni awak free seharian kot. Nanti kalau ada kerja, mesti Puan Sarimah bagi pada awak. Sementara tak ada kerja ni, awak bolehlah belek-belek fail yang ada atas meja awak tu. Berkenalan dulu dengan skop kerja awak,” ulasnya mesra.

Aku terus melabuhkan duduk di atas sebuah kerusi dan menyentuh beberapa peralatan yang terletak kemas di atas meja.

“Terima kasih, ya… Cik Najwa.”

“Panggil je Najwa. Tak payah cik-cik. Kita kawan. Saya sambung kerja dulu, tengah hari nanti saya belanja awak makan, ya? Tanda meraikan staf baru.” Dia terus saja berlalu ke tempatnya setelah berkata demikian.

Tidak sempat aku menolak dan berkata apa-apa lagi. Komputer di depan mata aku tekan suisnya. Beberapa fail yang ada di depan mata aku belek-belek saja. Syukur, untuk rezkei ini. Ucap hatiku lega.

Tengah hari itu, aku dipelawa oleh Najwa untuk bersamanya makan tengah hari. Tidak dapat tidak, aku angguk saja memandangkan kerja juga masih tidak banyak. Hanya perlu menyesuaikan diri di tempat baru. Tidak sudi hendak berhenti kerja lagi dan mencari kerja baru. Biarlah aku kekal di sini selagi rezekiku ada.

“Nak makan dekat mana?” tanyaku pada Najwa setelah kami sama-sama tiba di bawah lobby bangunan Mesra Tower.

Dia senyum. “Kita makan dekat Restoran Ukhuwah, nak?”

“Kat mana tu?”

“Seberang jalan sana je. Kat sana macam-macam ada. Nasi campur sampailah ke pencuci mulut. Cendol pun ada. Sedap juga,” jawab dia ramah.

Aku menggariskan senyuman dan mengangguk saja. Langkah kami maju menuju keluar bangunan dan kami akhirnya sama-sama melintas jalan raya yang agak sibuk menuju ke tempat yang Najwa maksudkan.

Mata ini melilau ke dalam sebuah restoran yang Najwa katakan. Agak lengang dari pengunjung. Mungkin juga masih agak awal. Sekurang-kurangnya, aku tidaklah serimas mana.

“Ini restoran layan diri ke, Najwa?” soalku pada dia setelah dia menarik aku untuk beratur hendak mengambil makanan.

Najwa angguk. Dia terus mencapai pinggan dan dihulurkan kepadaku dan dia mengambil sebiji lagi untuk dirinya pula. Setelah itu, kami sama-sama duduk di tempat tadi bersama gelas air yang sudah tersedia di situ.

Sedikit demi sedikit, aku paksa diriku menelan nasi yang ada di dalam pinggan. Tekak menghalang namun, aku perlukan kudrat untuk melalui hari demi hari dalam hidupku. Aku perlukan kekuatan hati untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang akan datang tanpa mampu aku duga bila dan di mana tempatnya.

Sebenarnya, agak tidak selesa bila berteman setelah sekian lama aku didik diri ini hidup sendiri kerana pengalaman lalu banyak mengajar aku erti sesebuah perhubungan. Perhubungan darah yang ternyata dipersiakan oleh seorang lelaki bergelar bapa.
Betapa peritnya jalan yang telah aku lalui hinggakan aku sudah tidak mampu mempercayai sesiapa lagi.

Baru saja aku suakan suapan kedua ke mulut, bahuku di cuit Najwa. Bila aku memandangnya, dia menjuihkan bibirnya sedikit ke arah depan membuatkan aku turut melarikan pandanganku ke depan.

Sungguh, demi terpandangkan wajah itu aku hampir bangkit dari duduk. Terkejutnya bukan kepalang. Baru seketika tadi, aku menduga dan dugaan itu benar-benar hadir mendekat denganku.

Dua orang lelaki tegak berdiri di depanku. Wajah salah seorangnya memang amat ku kenali. Wajah yang aku temui seminggu sudah, kini hadir semakin dekat denganku. Tersenyum mesra bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

“Syai buat apa kat sini?”

“Beli kereta, kenapa?” sinisku. Bodoh! Dah tahu dekat kedai makan, haruslah makan. Bisik hati ini benci.

Budriz nampak menelan liur. Dia senyum pada Najwa dan temannya juga senyum pada Najwa. Menyembunyikan rasa malu bila aku menyindir barangkali.

“Abang tahu Syai makan. Tapi, kenapa sampai ke sini? Syai kerja area sini ke?” tanya dia lagi.

“Aku kerja area sini ke tidak, kau apa peduli, hah? Ada aku kerja dengan kau ke?” soalku kembali dan sedikit membentak.

Sedaya upaya aku masih cuba mengawal suaraku agar tidak terus berdentum. Najwa nampak pegun saja. Suapan dia juga terhenti.

“Memanglah tak. Abang Cuma tanya sebab abang pun kerja area sini juga. Tak pernah pulak kita jumpa sebelum ni, kan?” Dia tersenyum lagi.

“Aku tak tanya pun,” selaku dingin.

“Hidup mati kau tak ada kena mengena dengan aku. Apatah lagi kerja kau. Hilang kau dari dunia ni pun, tak bergoyanglah bumi ni, Budriz,” sambungku lebih sinis.

Malas hendak bermesra dengan lelaki yang terlalu hebat bersandiwara ini. Andai kamu adalah musuh, tak usah berlagak baik denganku. Aku benci.

Air muka Budriz berubah. Tampak memerah. Mungkin malu dengan kawannya kerana sikapku. Dari senyuman yang manis terukir, kini bibir itu diketap kejap. Rahang itu nampak turun naik dan aku hanya mampu menjeling saja.

“Siapa ni, Riz?” tanya yang seorang lagi.

“Adik aku….” jawab Budriz sedikit perlahan namun masih mampu menyapa peluput telingaku.

Berkali-kali aku tegaskan, aku bukan adiknya. Malah takdir juga tidak akan membawa kami menjadi adik beradik, jadi untuk apa Budriz nyatakan hal itu berkali-kali?

“Bila masa aku jadi adik kau?” sergahku pantas. Aku tolak pinggan ke tepi. Wajah Budriz aku renung semahuku.

Mahu saja aku tampar mulut itu. Sesenang itu dia menggelarkan aku adiknya selepas dia merampas segalanya dari aku. Setelah berpuluh kali aku nafikan kata-kata itu.

“Mind your word, Budriz. Aku bukan adik kau. Kita tak pernah ada hubungan. Jauh sekali hubungan darah.” Suaraku sudah makin meninggi hinggakan beberapa pelanggan lain sudah kalih ke arah kami.

“Syai kenapa? Nak jerit-jerit tak tentu pasal!” Budriz cuba menarik tanganku dan aku lebih pantas menepis.

Aku angkat tubuh begitu juga dengan dia. Lelaki di sebelahnya sekadar terlopong melihat kami yang dibadai marah tiba-tiba. Najwa juga nampak terkejut. Hari pertama perkenalan kami, begini akhirnya. Musnah lagi anggapan orang padaku angkara dia setelah dia mengambil ayah, menghalau Faez menjauh dan hari ini, Najwa pula.

“Malu la sikit, Syai,” tegurnya lembut.

“Eh, kau nak cakap soal malu dengan aku, Budriz? Eh, kau patut cakap soal ni dari dulu lagi. Sebelum bonda kau rampas ayah dari kami,” bentakku lagi. Aku lihat wajah Budriz semakin merah padam.

“Berapa kali abang nak tegaskan, itu bukan salah abang. Cuba Syai percayakan takdir,” desak dia memujuk. Aku menggeleng.

“Memang bukan salah kau pada pandangan masyarakat. Tapi bagi aku, kau adalah pesalah aku yang utama. Apa punya malang la nasib aku hari ni terserempak dengan perampas macam kau ni sekali lagi, Budriz,” sinisku.

Dia ketap bibir. Aku tahu dia sedang dilanda rasa malu yang maha hebat. Tapi aku tidak kisah. Dia tersilap langkah kerana terlalu ramah hendak menegurku tadi.

“Syai tu yang tak boleh nak terima kehendak takdir!” tekannya separuh berbisik.

Aku mendekatkan sedikit wajahku ke wajahnya. Menyaingi ketinggian susuk tubuhnya itu.

“Takdir aku, aku punya sukalah,” bantahku keras.

“Kenapa? Kau ke yang atur takdir aku selama ni? Sampaikan kau boleh rampas segalanya dari hidup aku dulu dan hari ni jugak? Hebat sangat ke kau sampaikan aku kena tunduk akur dengan permintaan kau, Budriz?” sambungku pula.

Sengaja menyakitkan hati dia. Aku menggariskan senyuman sinis di hujung bibir. Tanpa ku duga, Budriz memaut daguku kasar. Mujur saja pengunjung tidak terlalu ramai kala ini.

Lelaki di sebelahnya sudah mula menarik lengan sasa Budriz dari terus mencengkam daguku.

“Riz, dahlah tu. Malu kat orang ni,” pujuk kawan dia.

“Kejap, Man. Aku nak ajar perempuan kurang ajar ni dulu,” tekannya dengan mata yang masih memandang tajam ke dalam anak mataku.

“Eh, Syai. Abang tegur Syai dengan cara baik tadi. Hari tu pun sama. Abang memang maksudkan yang abang cari Syai selama ni. Yang payah sangat Syai nak percayakan kata-kata abang kenapa? Yang Syai sengaja nak malukan abang depan kawan abang ni, kenapa?”

Tangan kasar itu aku tolak keras bersama dengan tawa kecil. Tawa yang ku buat-buat.

“Kau tu yang malukan diri sendiri. Tapi, aku rasa, kau tu memang layak dimalukan. Bukan sekarang je tau, tapi dari dulu lagi. Kalau aku mampu, dah lama aku gantung jasad kau tanpa pakaian kat tengah-tengah umum dan itu pun tak akan dapat memuaskan hati aku, Budriz!” ujarku separuh berbisik.

Dia mengeluh berat. Seberat apa yang terbuku di dalam hatiku kala ini. Seberat rasa rindu pada arwah ibu yang sedaya upaya cuba aku bendung.

“Abang tak tahu kenapa Syai boleh jadi semakin teruk dari dulu. Dulu pada abang, Syai adalah seorang anak remaja yang kuat memberontak hatinya. Tapi hari ini, Syai bukanlah tujuh belas tahun, tapi Syai dah dua puluh tujuh tahun dan Syai masih di takuk lama, tahu tak?” bisiknya lagi.

Ada keluhan tipis yang terbit dari celah bibirnya. Agak resah dan kesal wajah itu. Nampak dia kecewa dengan segala pertemuan kami setelah sekian lama tidak bertemu.

Namun, aku tidak peduli. Bencinya aku pada dia semakin menggunung tinggi. Sudah terlalu sukar hendak kutarah menjadi rata. Malah semakin tebal dan tidak mampu aku kikis agar menipis.

“Di takuk lama atau baru, hidup dan zaman lalu aku tak akan kembali, Budriz. Yang tinggal hanyalah sejarah yang sentiasa aku galas menjadi teman hidup aku.” Aku terus bertegas.

Malas hendak menghadap wajah tampan itu lagi, aku terus mengangkat tubuh untuk berlalu keluar bila Budriz lebih pantas melelar pergelangan tanganku.

Spontan itu, aku mencapai gelas yang berisi sirap limau yang masih belum luak dan aku simbah tepat ke wajahnya. Genggaman di lenganku terlepas. Dia jelas terperanjat dan aku sekadar menghadiahkan dia segaris senyuman sinis. Puas!

“Kalau rasa tak puas bermandikan Coke minggu lepas, dan hari ni bermandikan sirap limau pulak, kau nak aku mandikan wajah kacak kau tu dengan acid ke, Budriz?!” gumamku dekat ke telinganya lantas aku berlalu.

“Syai… Syai!!” Suara Najwa kuat melaung namaku namun langsung tidak aku kalih lagi.

Tiada guna lagi aku di situ. Seleraku sudah lama hilang sejak pertama kali suara itu menegurku tadi. Hancur segalanya.

***

WAJAH Puan Sarimah aku pandang seketika kala dia mendekat ke arahku. Sejurus itu aku langsung bangkit tanda hormat padanya.

“Tak balik lagi, Syai?” tanya dia sambil mengerling jam di pergelangan tangan.

Aku juga mengintai jam di dinding. Sudah menghampiri 6.00 petang. Ajakan Najwa tadi aku tolak sopan dan dia yang nampak takut-takut mengangguk saja lantas berlalu meninggalkan aku sendiri menghadapi kerja pertama yang Puan Sarimah berikan.

“Saya ada kerja sikit lagi, puan,” jelasku.

Dia senyum. “Esok jelah kamu siapkan. Lagipun, client kita dalam bangunan ni je pun. Apa-apa hal kalau terlambat bagi surat tu, saya boleh call dia dulu esok. Kamu masih baru. Nampak agak kekok lagi. Ambil masa kamu belajar, ya? Tapi, bukan sampai dah lewat macam ni, kamu tak balik lagi. Balik dulu. Esok kamu sambung,” nasihat dia ramah.

Sejuk rasanya hati. Rindu pada arwah ibu. Ibu juga begini lembut menasihatiku. Arwah ibu juga sebegini lembut senyuman dan sebegini redup renungannya.

“Syai balik, ya?” suruh Puan Sarimah lagi dan aku hanya mampu mengangguk dan aku hantar langkahnya dengan pandangan yang agak sebu. Bertahan demi sebuah rindu ini.

Setelah susuk tubuh yang masih kekal langsing itu hilang di balik pintu kaca, aku cepat-cepat tekan SAVE pada hasil kerjaku, menutup komputer lalu aku capai beg tangan dan terus berlalu ke pintu.

Kaki ini melangkah perlahan menuju ke arah lif. Sekelipan, pintu lif ternganga dan aku terus menekan punat P1. Hendak terus menuju ke tempat letak kereta. Agak penat hari ini. Berhadapan Budriz buat kali kedua. Bagaikan takdir itu sengaja menolak aku mendekat kembali dengan mereka.

Lemah rasanya langkah ini. Longlai sekujur tubuhku dan pasrah sudah rasanya jiwa namun hendak beralah, itu bukanlah aku. Tak mungkin dan tak akan pernah!

Tiba saja di P1, suasana agak gelap dan suram. Kereta juga sudah agak lengang. Ada rasa resah mengetuk pintu hati tiba-tiba lalu aku lajukan langkah menuju ke arah Kelisa berwarna perak metalik itu.

Tangan ini ligat menari di dalam beg tangan, menggagau kunci kereta dan setelah tercapai dek tangan, punat hijau aku tekan. Alarm berbunyi agak kuat dan cepat-cepat aku tarik pintu tapi sayang, belum pun sempat pintu aku kuak lebar, tanganku di genggam erat.

Pintu kereta ditendang dan alarm ditekan kembali. Aku berpaling pantas. Gemuruhnya dalam dada. Kecutnya perut ini kala memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi.

“Janganlah!” tempikku bila dia menarik tubuh ini mengikut langkahnya.

Bila aku berjaya melonggarkan genggamannya pada lenganku, dia meraih pinggangku pula belakang tubuhku rapat pada tubuhnya.

“Jangan melawan kalau rasa nak selamat!” ugutnya berbisik dekat di telingaku dan aku hanya mampu menelan liur bila pelukannya semakin erat.

~~> bersambung

36 comments:

  1. haaaaaaa..... sapa tu???? Faez ker Budriz ker??? oh tidakkkk

    KI

    ReplyDelete
  2. siapa agaknya? budriz ke? hehe

    ReplyDelete
  3. best lerrr tak sbr tunggu nx n3 suspen niii.. tp rs mcm budriz jer yg peluk syai tu

    ReplyDelete
  4. kerja sapa ni??..mesti budriz ni..

    ReplyDelete
  5. agak2la siapa yg ugut syaima 2










    xsbr nk 2ngu smbngan crta ney........
    nmpk mcm mkin mnarik........
    nk thu jgak apa yg brlaku seterusnya hubungan syaima dgn budriz????????/

    ReplyDelete
  6. sape tu... cpt2 sambng

    ReplyDelete
  7. saspens la...budriz ke 2?ala nk lg..
    x sbr nk thu nie.....

    ReplyDelete
  8. budriz la yg peragai mcm tu..eeeee geramnya tp suke..hehe

    ReplyDelete
  9. sape tu...msti budriz kan...huhu...
    geram pasal kne siram ngn sirap...hahaha

    ReplyDelete
  10. Kurang ajar betul Si Syai ni. Bila Budriz nak lempang dia pulak?

    ReplyDelete
  11. ala...suspennye!! >,<

    ReplyDelete
  12. takkan si lembik faez kot...atau org gila tiba2 si budriz tlong selamatkn, suspennnn

    ReplyDelete
  13. mak aihhh , garangnya syai nie , kesian kat budriz asyik kene simbah dengan air je , ape lar nasib. hehehe. tapi siapakah gerangan itu? jeng3.

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  14. mesti lepas ni kene tangkap basah then kawen...adushhh

    ReplyDelete
  15. best..best..rehan sambung lagi nanti ...he..he..good luck

    ReplyDelete
  16. rsa mcm faez je sbb syai x mrah mcm biasa...
    budriz akn dtg tlong ke?

    ReplyDelete
  17. Rehan.... nape Syai tak lawan? dia kan garang? smbung lgi k. tak sbr nk baca new entry. syafriyana.

    ReplyDelete
  18. hah...siapa tu... tak sabar nak tau....
    rehan... sambung lagi.
    kalo boleh petang ni boleh tak...tk

    ReplyDelete
  19. Harap2 yg "penyerang" tu adalah org luar dan bukan Budriz dan Budriz dtg utk menyelamatkan keadaan...

    Kalau Budriz, makin menambahkan kebencian Syaima kpdnya....

    ReplyDelete
  20. kejap2, yg time mkn tu rsa lebiih kurng lah ayat dy dengn time Syai terjumpa Budriz kat kedai mkn jugk. bab 1 xsilp kan? eh, ke sy yg sil ? huhu btw best, tak sbr nak thu siapa yg tngkp Syai. rasanya Budriz ? hehe

    ReplyDelete
  21. rekan tolong nikahkan budriz dngn syai yer...hehehe suke3

    ReplyDelete
  22. rasa mcm budriz jk ni...ala xsbr ni...hehe

    ReplyDelete
  23. rasa mcm budriz jk ni...ala xsbr ni...hehe

    ReplyDelete
  24. mendera mental lah kak rehan klau bace ni byk2...hehe. lmbt lagi ke dorang nak disatukan??? heeeeeeee

    ReplyDelete
  25. adoii..penat tul baca citer ni..termengah2 dg ble baca syai tu marah2 jer..hehe...suspen ni..xsabar nr bc lg..

    ReplyDelete
  26. jeng3..sp kah itu...hahaha ade hero selamatkan x? arap2 la budriz...

    ReplyDelete
  27. jeng3..sp kah itu...hahaha ade hero selamatkan x? arap2 la budriz...

    ReplyDelete
  28. Msti budriz la ni yer...ker org jahat pas tu budriz dtg slmtkn

    ReplyDelete
  29. STK 4 back on the graph....n3 yg yang agak best..hehehe cuma sikit2 kesilapan ayat kot...
    thank cik rm...

    ReplyDelete
  30. dahsyatnye trauma Syai ni...
    sape ye tu? Budriz ke? @ mmg betul2 org jahat kut, nnt Budriz dtg menyelamat. he3...

    ReplyDelete
  31. syai nie. serius menakutkan.

    ReplyDelete