Sunday, March 18, 2012

Ku Ingin Milikimu [10]

BAB 10

BAJU Melayu putih bersih milik Mukhlis itu aku sangkut di dalam almari setelah siap menggosoknya. Bibir ini menguntum senyum tanpa sedar bila mengingatkan dia yang hanya memakai sehelai kemeja dan sepasang jeans dan bersongkok saja kala kami akad nikah dulu.

Biarpun begitu, aku puas hati. Aku sayang dia dan aku tak perlukan apa-apa daripadanya kerana aku sendiri sudah cukup kala dia hadir dalam hidupku. Hati yang sepi terisi, jiwa yang kosong mampat sudah dengan cinta dan kasih sayangnya.

Aku tahu dia kaya segalanya tapi bagiku, suamiku itu tidaklah kaya harta kerana segala yang ada ini adalah milik orang tuanya. Pendidikan juga tidaklah sehebat mana. Bekerja bersama abah dan Alongnya sesekali menampaknya dia penat besar. Terkejar ke sana, terkejar ke sini.

Seringkali aku dihambat gundah bila dia berada di luar. Bimbang dia terlupa makan dan tidak menjaga dirinya dengan baik.
Baru saja aku rapatkan daun pintu almari, telefon bimbitku menjerit nyaring. Cepat-cepat aku dekati katil dan menggapai telefon itu dan aku lekapkan ke telinga bila nama Mukhlis tertera pada skrin Sambung Galaxy itu.

“Sayang buat apa?” soal dia mesra.

“Baru sudah kemas pakaian abang. Abang dekat mana. Dah dekat nak Maghrib ni. Tak balik lagi ke?” tanyaku sambil mengerling ke arah jam di dinding.

Sudah hampir Maghrib tapi dia masih berada di luar. Aku tidaklah pelik kerana boleh dikatakan, sehari dua saja dia tiba di rumah lewat petang, andai tidak pastilah membawa ke tengah malam.

“Abang tadi dari Klang, ni singgah dekat Bukit Raja kejap, nak makan. Abang sampai lewat sikit,” jawabnya.

Aku angguk saja mengerti. Masa untuk kami semakin suntuk. Hujung minggu ini, Mukhlis akan menikai Jeslina dan aku benar-benar ingin serahkan segalanya pada dia, memberi dan menerima cintanya selama masih aku miliki dia seorang.

“Oh, tak apalah. Ann dah masak sebenarnya. Lepas Maghrib nanti, Ann turun hidanglah. Abang tak ada, Ann layan mama dengan abah abang jelah makan.”

“Nayli mana?”

Soalan Mukhlis mengingatkanku pada adik iparku yang seorang itu. Entah ke mana perginya aku sendiri tidak tahu. Biarpun sudah lama kau berada di dalam rumah banglo besar ini, sekalipun Nayli tidak pernah menegurku secara baik.

Rasanya, dia lebih menganggapku sebagai orang gaji di dalam rumah ini dan aku hanya mampu tunduk menerima arahan mereka demi menjaga keharmonian Mukhlis dan keluarganya.

Aku tidak sudi andai Mukhlis membentak dan memarahi Nayli kerana aku tahu, dari caranya dia haruslah sangat menyayangi Nayli dan aku juga amat sayang pada anak gadis itu.

“Ada kot. Masa Ann balik kerja tadi, dia tak ada lagi. Mama dengan abah abang je ada dekat laman. Ann masuk naik solat, lepas tu terus turun masak. Ann masak lauk kegemaran abang, tak tahu pulak abang balik lambat,” ucapku lembut.

Mukhlis ketawa. “Tahu, sayang mesti masak lauk kegemaran abang, kan? Tak apalah. Abang makan sikit je. Nanti kita makan dekat rumah, ya. Sayang tunggu abang tau.”

Aku senyum lebar. Bahagia sungguh bila dia tidak pernah mengabaikanku seperti mana yang telah dia janjikan sebelum ini.

“Yalah. Tapi, balik cepat sikit tau. Ann tak makan lagi dari pada,” aduku manja.

“Erk… kenapa tak makan? Ann buat apa? Abang tak sukalah sayang macam ni. Masa makan jaga sikit, yang. Jangan buat abang risau. Abang bukan ada selalu dengan Ann. Nak kerja lagi nak melayan…”

Tiba-tiba saja, suara Mukhlis mati. Aku tahu apa yang cuba dia sampaikan padaku. Pastilah dia mahu menyebut nama Jeslina kerana sejak akhir-akhir ini mereka kerap berdua demi majlis yang bakal berlangsung.

“Abang dengan Jes ke?” soalku tenang.

Mukhlis kekal diam saja. Hanya nafasnya saja yang menderu turun naik menyapa peluput telingaku.

“Abang dengan Jes tu, kan?” tebakku lagi.

Mukhlis masih diam tapi tidak lama aku dengar satu suara wanita menyapanya agak keras.

“You ni, keluar dengan I pun nak bergayut ke? Kata nak makan?”

Aku tahu, itu suara Jeslina, bakal isteri kepada suamiku dan kini tahulah aku dia bersama Jeslina tapi tiada salahnya kerana Jeslina itu adalah tunang dan bakal isterinya.

“Emm… tak apalah, bang. Jes tunggu abang tu. Nanti lepas hantar Jes balik, terus balik rumah tau. Ann tunggu abang. Assalamualaikum, abang.”

Tanpa sempat menunggu Mukhlis membalas salamku, aku matikan talian. Bukan sakit hati tapi aku tidak mahu dia bertekak dengan Jeslina kerana aku. Biarlah begini. Aku beralah tak bermakna aku kalah.

Kala ini, azan Maghrib sedang berkumandang lantas aku segera berlalu ke bilik air hendak membersihkan diri.

Setelah siap menunaikan fardhu Maghrib, aku terus bergegas turun ke bawah setelah membelit selendang pada kepala. Kala itu, Tan Sri sedang elok saja duduk di sofa membelek akhbar. Puan Sri pula entah ke mana.

Setiap hari, pulang dari pejabat, terus menyinsing lengan masuk ke dapur. Begitu juga di waktu pagi apatah lagi bila Mukhlis tiada di sisi ini, Puan Sri bagaikan sengaja mengarah itu ini, menjadikan aku orang gaji tidak berbayar pada dia. Inilah rutin harianku. Bibik juga kalah dengan tugasku.

Baru hendak menapak ke dapur, mataku bersabung dengan pandangan mata milik Nayli. Bila aku senyum dia mencebik.

“Memang peliklah abang ni. Macam mana dia boleh jatuh cinta pada kau, ya?” tanya dia sinis.

Aku telan liur. Bukan aku yang kejar cinta abangmu, tapi dia yang mengejarku hingga lelah jasad ini, lemas jiwa ini, jawab hatiku pedih. Namun, hendak membentak, itu bukanlah aku lantas aku lebarkan senyuman.

“Puan Sri mana? Nayli panggil Puan Sri dengan Tan Sri, ya. Kak Ann hidangkan makan malam,” ucapku lembut lantas aku berlalu.

“Huh, memang selayaknya jadi orang gaji dalam rumah inilah,” cebik dia dan terus saja dia berlalu ke atas.

Aku ketap bibir kuat. Anak mata ini aku halakan ke siling putih berhias dengan warna-warni ukiran yang menghiasi siling kapur itu, berharap agar airmataku tidak murah sangat kala ini.

Tanpa memikirkan masalah itu, aku terus menggapai pinggan mangkuk dan terus aku bawa ke depan. Menyusun penuh cermat pinggan berjenama itu di atas meja makan. Tanpa ada bunyi berdecit sedikit pun. Bimbang mengundang kemarahan Puan Sri.

Kemudian, aku terus kembali ke dapur hendak mengangkat mangkuk lauk pauk pula tapi mata ini tertancap pada bibik yang sedang menyenduk lauk ke dalam mangkuk.

“Eh, bibik buat apa ni?” soalku cemas.

Senduk di tangannya aku capai lembut dan aku menolak dia menjauh dari dapur tapi langkah itu keras di tepi peti ais yang besar itu.

“Ngak kenapa-kenapa, ibu. Inikan kerjanya bik. Sejaknya ibu datang ka famili ini, bibik udah ngak ada kerja. Kesian ibu, udahnya ke kantor, pulangnya terus di dapur. Hari minggunya juga di kebun, ngak ada masa untuk liburan,” ujarnya dalam dialek dia sendiri.

Aku senyum dan menggeleng. “Tak apalah, bik. Ini memang amanah Puan Sri pada saya. Saya dah biasa. Kalau bibik tak mahu saya dimarahi Puan Sri, bibik keluar je. Biar saya buat je. Bibik keluar, ya.”

Tubuh bibik masih pegun. Dia memerhati wajahku dengan renungan yang serba salah.

“Bibik keluar kalau bibik kesiankan saya,” ucapku lagi.

“Ibu mudanya cantik bangat. Baik kok. Tapi, kenapa ya Puan Srinya ngak mahu terima ibu muda?” tanya dia tanpa ku duga.

Aku ketawa kecil. “Satu hari nanti, Puan Sri akan sayangi saya, bik,” gumamku lebih pada diri sendiri.

Dia mengangguk dan terus berlalu keluar meninggalkanku sendiri di dapur meneruskan kerja-kerja yang tertangguh.
Bila aku angkat pinggan lauk terakhir, aku lihat Puan Sri, Tan Sri dan Nayli sudah duduk di meja makan. Aku mempercepatkan langkah.

Cepat-cepat aku sendukkan nasi ke dalam pinggan dan aku letak di depan mereka satu persatu.

“Kenapa lambat, Ana?” soal Puan Sri mendatar.

“Err… maaf, Puan Sri,” pintaku perlahan.

“Emm… Mukhlis mana?” soal dia lagi.

“Err… tadi dia telefon kata ada dekat Bukit Raja dengan Jeslina,” jawabku jujur.

Kala ini, aku terperasaan akan jelingan dan senyuman sinis Nayli padaku. Hanya Tan Sri yang diam menikmati hidangan makan malam yang aku siapkan.

“Emm… hujung minggu ni kamu nak ke mana, Ana?”

Aku tersentak. Ke mana? Apa maksud Puan Sri? Tanya hatiku sendiri. Sudahnya aku menggeleng saja.

“Ingatkan kamu nak bawa diri masa Mukhlis akad nikah dengan Jes?”

Nayli ketawa menyambut kata-kata mamanya. Wajah Tan Sri berkerut seribu. Suapannya terhenti.

“Nayli, nak ketawa kenapa? Lucu sangat ke? Yang awak pun mamanya, Anahara nak pergi mana. Inikan rumah keluarga suami dia. Kamu jangan ke mana-mana Ana. Duduk je rumah. Kalau betul nak keluar, cakap pada Mukhlis sendiri,” ujar Tan Sri tegas.

Ada rasa kemenangan sedikit bila jelas Tan Sri bagaikan melindungiku dari terus diserang dengan kata-kata dan sindiran dua beranak itu.

Aku menyembunyikan senyum dan terus menjalankan tugasku melayani makan malam mereka. Setelah itu, aku berlalu ke dapur semula tapi tidak lama setelah itu, sedang aku mengelap dapur, namaku diseru kuat.

“Anahara… tengok siapa dekat pintu tu?” laung Puan Sri kuat.

Terkocoh-kocoh aku keluar ke depan dan sedang elok mata ini terpaku pada susuk tubuh Mukhlis yang nampak kepenatan. Aku kembali ke dapur untuk mencuci tangan dan setelah itu, aku terus berkejar kepada dia.

Beg di tangannya aku capai. Jemarinya juga aku sapa dan aku kucup lembut. Aku tahu dia penat bila dia terus saja melangkah ke arah sofa dan menghempaskan tubuhnya kasar.

Aku duduk melutut di hujung kakinya. Stoking itu aku buka perlahan. Mata Mukhlis rapat terpejam. Bila aku hendak bangkit, dia menarik tangaku membawa aku terduduk rapat di sisinya.

“Abang rindu Ann. Rindu sangat,” gumam dia dengan nafas yang hangat.

Aku tepuk peha itu lembut. “Jom naik mandi, lepas tu makan. Kita tidur. Esok abang nak kerja lagi.”

Aku angkat tubuh dan menarik tangan Mukhlis sama. Bila kami bangkit, aku rasa lengan Mukhlis memaut pinggangku berjalan dengan langkah yang longlai. Kami sama-sama menapak ke atas dan kala tiba di bilik dan aku rapatkan pintu, pinggangku diraih dari belakang.

Dia menyelak selendang yang aku pakai dan membenamkan wajahnya di leher. Membiarkan bibirnya menari-nari di sekitarnya.

“Abang pergi mandi dulu. Ann tunggu abang, ya?” ujarku lembut.

Dia menggeleng dengan wajah yang masih begitu. Nafasnya kian mendesah. Bila aku cuba leraikan pelukannya di pinggangku, dia semakin menarik erat. Dalam hati, ingin juga bertanya, bagaikan terlalu awal dia pulang setelah keluar bersama Jeslina tapi rasa tidak sampai hati pula. Pasti ada yang tidak kena.

“Abang…,” seruku mesra.

Belum sempat berkata, Mukhlis membalikkan tubuhku menghadap dia. Rapat tubuhku pada dada bidangnya. Sungguh wajah itu nampak penat dan aku menguntum senyum berharap agar kepenatan dia berkurangan.

“Abang rindu Ann,” ucap dia sekali lagi.

“Ann pun rindu abang,” sahutku pula.

Tanpa berkata sepatah pun lagi, dia menarik aku mengikut langkahnya. Kemeja itu dilonggarkan.

“Eh, kata nak mandi. Kejaplah Ann keluarkan tuala dengan kain pelikat dulu,” ujarku cuba mengelak.

Mukhlis berpaling. “Lepaskan rindu abang dulu, then kita mandi dan solat Isyak sama-sama,” ujarnya lembut dan penuh berharap.

Aku senyum saja bila tubuhku rapat berada di dalam pelukan Mukhlis. Tak mungkin ku elak dia, kerana saban masa hati ini juga berharap akan hadirnya dia selagi hanya aku miliki dia tanpa perlu aku kongsi.

~~> bersambung

Cik Penulis : Bab baru.. ditambah.. layan komen n sikit lagi kita masuk sambungan KIM2 ya..siap2 pecah2 bab KIM1 ni..sabar2..hehe

10 comments:

  1. cpatla KIM2.. da x sbar nk bca.. huhu

    ReplyDelete
  2. tak suka Mukhlis! eeiiiii.. lambatnya zhafran nak muncul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero ensem.. kaya pun takmo ke?

      Delete
  3. terbaik! dah lama tak komen. saya sangat la busy. hehehe

    ReplyDelete
  4. rehan bes sgt... adik beradik TK nie... berderai lagi la air mataku. tq rehan...

    ReplyDelete
  5. best.. rehan, nanti jgn wat ending cam cerpen yer.. tak suka ending camtu... hehehehehe.kesian kt ann... byk dugaan yg perlu dihadapi utk mengecapi bahagia....

    ReplyDelete
  6. best2..tp jgn bt ending mcm kt cerpen..tp nak ann dgn mukhlis jgk tw..;)

    ReplyDelete
  7. x mau dgn mukhlis...tngal je laki mcm 2.......

    ReplyDelete
  8. maaf...terlalu mendera hati saya...sy terpaksa hentikan membaca KU INGIN MILIKIMU. yang lain2nya saya masih akan baca sekiranya tidak terlalu berat..

    ReplyDelete
  9. Mukhlis rs apa la time tu yer.akk yg bc ni dh x t'telan liur.rs pahit,payau.Ann pulak tabah betul.

    ReplyDelete