Friday, November 18, 2011

Terlerai Kasih 54

BAB 54

JAM sudah menghampiri ke angka 9 malam. Ilham masih belum pulang. Hati ini berasa risau pula. Langsung aku terlupa akan layanan dinginnya padaku pagi tadi. Makan tengah hari juga tidak nampak batang hidungnya. Bila aku telefon Fatehah, gadis itu tidak menjawab. Sementelah pula menelefon Ilham sendiri, telefon itu pula dimatikan.

Hanya Iqram yang ada waktu makan tengah hari tadi. Abah dan Izham juta tiada sama. Mungkin sibuk dengan urusannya tapi mama mengeluh juga. Penat memasak tapi hanya Iqram yang menemani kami makan tengah hari.

Aku keluar daripada bilik setelah memasang niat hendak menunggu kepulangan Ilham dari nanti. Aku mahu dia rasa aku sentiasa ada untuknya. Tak akan aku pergi meninggalkannya selagi jasad dihuni nyawa.

Baru hendak turun, aku dipanggil oleh mama. Langkah aku bertukar arah. Aku terus menapak ke arahnya.

“Fiah nak turun ke? Nak tunggu Am?” tanya mama. Aku mengangguk saja.

“Lambat tu kot. Iz pun tak balik lagi ni. Baru kahwin dah sibuk dengan kerja budak Am ni. Fiah tak payahlah sedih, abah juga sama je macam ni dulu. Mata tu lagi la, mama duduk seorang kat rumah,” pujuk mama yang mungkin perasan dengan riak risau yang terpancar di wajahku.

“Fiah call dia tak?” tanya mama lagi.

“Ada call tapi tak berjawablah, ma. Setiausaha dia pun tak jawab jugak,” jawabku.

Mama mengusap bahuku lembut. Dia menggariskan senyuman manis. Hilang seketika resah di hati bila melihatkan kebaikan mama melayaniku sebagai ahli keluarga yang baru.

“Dia sibuklah tu. Dulu pun lagi teruk. Nanti dia baliklah tu. Fiah jangan risau, ya?” Mama senyum lagi padaku Dia lantas menarik aku membawa aku menapak ke biliknya.

“Kenapa, ma?” tanya aku pelik.

“Duduk sini,” arah mama padaku.

Aku duduk di birai katil dekat pada dia. Bila dia menarik tanganku dan mengusap belakang tanganku perlahan, hati ini mula tidak senang.

“Mama nak tanya ni?” ucap mama memulakan bicara. Aku angguk memberi laluan pada dia agar berbicara.

“Fiah dengan Am okey je, kan?” Riak mama jelas menunjukkan dia risaukan kami.

“Kami okey je. Kenapa mama tanya macam tu?” tanyaku kembali sambil tertawa kecil.

“Hati mama rasa lain macam je pasal kamu berdua. Fiah, betul ni tak ada apa-apa?” tanya dia buat kali kedua.

Aku terdiam sejenak. Pastilah ada apa-apa kerana Ilham sudah lain macam sejak dari semalam lagi sebenarnya. Aku sudah tertangkap dengan perubahan layanannya padaku, tapi aku tetap memujuk hati mengatakan dia begitu dek badan yang lelah.

Baru saja turun dari pentas persandingan, inai juga masih merah di jariku, hangatkan pelukan dia masih lagi terasa tapi dia berubah pula. Aku tidak tahu, apakah aku harus menyatakan perkara sebenar pada mama dan membiarkan hati itu risau sepanjang masa?

Atau aku hanya terus mengukir senyum dan membuahkan tawa biar dia langsung tidak dihimpir risau? Aku sesungguh tidak tahu apakah pilihan yang tepat buatku kali ini.

“Kenapa diam?” tanya mama. “Ni mesti ada apa-apa, kan?”
Kali ini, sepantas kilat aku menggeleng. Padanya aku berikan senyuman yang paling manis. Senyuaman yang selama ini ku ukir tatkala bersama Ilham saja.

“Tak ada apa, mama. Jangan risau, okey,” pujukku.

“Betul ni?” tanya mama buat ke sekian kalinya. Bila aku angguk dia menghela nafas lega.

“Mama memang harap sangat rasa hati mama ni silap. Alhamdulillah kamu berdua tak apa-apa. Jangan kata Am buat perangai sudah. Inai kat jari Fiah tu tak pudar sikit pun lagi,” ucap mama sambil mengurut dadanya.

“Tak adalah. Abang Am layan Fiah baik je.” Seperti sebelumnya, aku kembali berbohong.

Andai dulu pada mak, kini pada mama pula. Apa bezanya pada mak atau mama kerana berbohong itu adalah satu dosa dan aku sedang menambahkan timbangan dosa di bahu kiriku lagi.

Naluri ibu sememangnya benar. Andai dulu, bila mak menebak keadaanku, segalanya benar tapi bila aku menidakkan, mak bulat-bulat menerima pengakuanku dan hari ini juga sama. Naluri mama juga tepat, tapi aku harus juga menidakkannya.

Niat aku tekad untuk menyelesaikan segalanya sendiri. Baru saja terurai simpulan yang membelit diri, kini terbelit lagi akibat sikap Ilham terhadapku.

“Err, pasal Aqam ni macam mana, ma?” tanyaku cepat-cepat mengubah topik.

“Ya Allah… padahal mama tarik Fiah ni nak bagi benda lain lepas tu nak cakap pasal budak Aqam ni. Haish…” Mama tepuk pipinya sendiri. Aku ketawa kecil.

Dia bangkit menuju ke almarinya. Setelah seketika dia kembali semula bersama dengan sebuah kotak baldu berwarna biru muda. Dia hulurkan padaku.

“Apa ni, ma?” Lambat-lambat aku menyambutnya.

“Bukalah,” arah mama tenang.

Bila kotak itu aku buka, ternyata seutas gelang tangan emas disaluti emas putih terpancar kilauannya terbias di mata.

“Apa ni, ma?” tanyaku lagi.

“Gelanglah,” jawab mama.

Dia mengambil gelang tersebut dari tanganku lalu dia tarik pergelangan tangan ini. Gelang yang berukir indah itu dia pakaikan ke pergelangan tangan milikku. Cantik! Desis hati ini sendiri.

“Ni untuk Fiah. Untuk menantu sulung rumah ni. Mama dah belikan tiga bentuk macam ni. Cuma yang Fiah besar sikit dan mahal lebih sikit daripada yang dua lagi tu. mama beli memang khas untuk menantu-menantu mama sebagai hadiah. Kalau kata nak bagi rumah, itu tanggungjawab suami masing-masing. Jadi, ini sajalah yang mampu mama hadiahkan buat Fiah, Faralina nanti dan juga bakal isteri Izham satu hari nanti,” beritahunya.
Kala ini, airmataku hampir saja menitis. Benar-benar rasa terharu. Tidak mampu aku ungkapkan kata kecuali memeluknya sahaja.

“Terima kasih, ma,” ucapku dengan perasaan yang gembira. Gembira kerana dihargai oleh mama biarpun Ilham sentiasa bermain tarik tali denganku.

Bibir mengatakan cinta namun tindakannya pula menunjukkan sebaliknya. Bila bibir mengatakan benci, tindakannya pula menggambarkan yang lain.

“Ini semua anak-anak mama tak tahu. Abah je tahu. Kamu menantu dan isteri yang baik Fiah. Mama tahu walaupun baru beberapa minggu kamu jadi menantu dalam rumah ni. Dari cara kamu melayan Am dan adik-adik ipar kamu, mama tahu Fiah memang baik. Mama harap Faralina pun sebaik Fiah dalam melayan Aqam tu,” ucap mama tenang.

“Faralina yang Fiah kenal memang baik, ma. Fiah berani jamin sebab kami dah lama kenal. Takdir Allah aturkan memang cantik. Kuatkan persabahatan kami hinggakan Allah nak sambung pula persabatahan kami tu menjadi persaudaraan,” balasku pada mama. Dia senyum lagi.

“Pasal Aqam ni macam mana, ma?”

“Emm, tak sabar dah budak tu. Dia kata nak beromantik macam Abang Am dengan Kak Fiah. Haish, macam-macam budak seorang tu. kerja pun belum. Mama ada tanya Fara, dia kata tak kisah. Keluarga dia pun tak kisah. Nak tak nak, kena masuk meminang jugalah sebelum Aqam balik KK pulak,” keluh mama.

“Tak apalah, mama. Dah dia nak, kan. Fara tu memang jenis tak kisah. Lagipun tak lama dah Aqam dah habis belajar, kan? Nanti suruh je dia kerja dengan IF Group tu. Fiah fikir tak akan jadi masalah pun,” pujukkku.

Teringat juga pada permintaan Iqram padaku agar memujuk mama dan abah. Rasanya abah jenis yang tidak kisah. Mungkin mama kena pujuk lebih sikit.

“Mama bukan apa Fiah. Memanglah Faralina dan keluarga dia tak kisah. Tapi, itulah. Mama ni ha, ibu kepada anak teruna yang risau. Mama takut Aqam tu tak boleh nak bela Faralina tu baik-baik. Fiah tengoklah, perangai macam budak-budak lagi. Padahal sebaya Fiah je. Hai…” Mama mengeluh lagi.

Berat benar dia hendak melepaskan Iqram menikah dengan Faralina hanya kerana anak itu masih lagi belajar.

“Tak apalah, ma. Dah dia nak sangat. Anggap jelah jodoh dia dah sampai. Fara tu pandai nanti sama-sama jaga rumahtangga dia.” Aku usap bahu mama. Dia senyum kelat.

“Lain yang mama suruh kahwin, lain yang nak kahwin. Yang Iz tu mama ada tanya juga, bila nak bawa calon… dia kata calon depan mata. Pening mama dengan budak seorang tu.”

“Calon depan mata?” Aku tersentak sendiri.

“Kata dialah. Depan mata mama ke, depan mata dia ke, mama tak tahulah. Semalam bila Fiah tak balik, dia gelisah je. Katanya ada perkara nak beritahu Fiah. Bila mama tanya dia cakap pasal orang yang dia suka tu ha. Bila mama tanya lagi, tu yang dia jawab depan mata. Agaknya budak pejabat tak? Fiah ada kenal sesiapa tak?”

Pertanyaan mama aku biarkan sepi. Lama aku mencerna kata-kata mama. Aku tidak tahu pula siapakah yang menjadi pilihan hati Izham kerana aku tidak pernah kenal dengan sesiapa di IF Group kecuali Fatehah seorang.

“Entahla, ma. Fiah pun jarang ke pejabat IF Group. Baru beberapa kali rasanya. Yang Fiah kenal setiausaha Am je kot.”

“Macam-macam. Pening mama. Jangan Izham tu suka bini orang sudah. Memang mama marah nanti,” ucap mama lagi.

Aku rasa lain macam saja. Hendak aku tanya mengapa Izham menelefonku malam tadi, rasanya tidak elok pula jika aku menimbulkan prasangka buruk antara anak beranak itu.
Dalam pada aku berfikir dan menilik gelang di tanganku, aku dengar pintu besar dibuka dan ditutup semula. Berdentum juga bunyinya. Kami sama-sama tersentak. Aku pandang mama dan dia memandangku.

“Hah, tu mesti Am la tu kalau berdentum pintu tu. Ada la tu tak kena kat tempat kerja tu bawa balik ke rumah,” bebel mama lantas bangkit.

Aku jua terus mengikut langkah mama menuju ke bawah. Ternyata benar, Ilham sedang duduk bersandar di sofa.

“Assalamualaikum, bang,” ucapku lembut. Jemari itu aku raih lalu aku kucup lembut biarpun dia bagaikan tidak merelakan.

“Lambat balik, Am? Mana Iz?” tanya mama.

“Iz kat pejabat lagi. Am suruh dia siapkan kerja tu hari ini. Am tak ada sambil lewa je dia buat kerja tu. patutlah ada mesyuarat kecemasan hari ni. Dialah punya pasal ni luluskan permohonan perunding tu kenapa?” marah Ilham tiba-tiba. Dia melonggarkan tali lehernya. Keluhan berat di lepaskan.

“Kot ya pun Iz silap tak kan lah dia kerja kerja sampai esok pulak. Yang Am ni kerja pejabat tak payahlah heret sampai ke rumah. Tu, inai kat tangan isteri kamu tu merah lagi ha… Cuba jadi seorang suami yang bertanggungjawab sikit. Kalau lambat balik, telefon supaya orang tak risau,” ucap mama lembut.

“Macam-macamlah kamu adik beradik ni. Yang abah dengan Aqam ni pun tertidur dekat masjid agaknya. Masa ni tak balik-balik lagi.” Mama terus membebel seraya berlalu naik ke atas.

Aku duduk di sisi Ilham dengan rasa takut-takut. Perlahan-lahan, aku pegang tangannya sekali lagi.

“Abang dah makan?” tanyaku mesra. Dia mengangguk.

“Emm, mari naik atas. Mandi dulu, solat lepas tu rehat,” ajakku. Dia diam juga.

“Err, tak apalah. Fiah naik dulu siapkan baju abang.”

Aku angkat tubuh dari sisinya dan terus berlalu ke atas. Fuh. Aku hela nafas lega bila masuk ke bilik. Kecut juga melihatkan kemarahannya sebentar tadi. Seperti biasa, aku keluarkan sehelai t-shirt dan kain pelekat buatnya dari dalam almari. Baru hendak berpaling, tubuh Ilham sudah tercegat di belakangku.

“Fiah mengadu dekat mama ke pasal abang?” tanya dia. Aku menggeleng.

“Nak mengadu pasal apa?”

“Fiah jangan buat tak tahu. Tadi mama cakap abang suami tak ada tanggungjawab. Fiah mengadu apa?” tekan dia lagi.

Malas hendak menjawab soalannya, aku tutup pintu almari terlebih dahulu. Pakaian itu aku hulurkan pada dia tapi dia buat tidak tahu saja. Dia terus merenungku saja sedari tadi. Bila dia jatuh ke pergelangan tanganku, wajah itu makin keruh.

“Fiah tak cakap apa pun. Mama bukan maksudkan macam tu pun. Dia risau sebab abang tak jawab telefon seharian ni,” ucapku lembut.

Dia melemparkan beg bimbitnya ke sofa. Tali leher yang sudah terungkai itu ditanggalkan daripada leher.

“Fiah ingat sesenang tu abang nak percaya Fiah. Cuba sekali je Fiah berterus terang dengan abang. Betul ke Fiah mengadu kat mama tentang kita sampai mama boleh cakap abang suami yang tak bertanggungjawab?”

Aku menggeleng. “Tak, abang. Fiah tak mengadu apa pun.”
Aku sudah mula kecut dengan sikapnya. Rahangnya sudah turun naik. Giginya diketap hebat.

“Fiah tahu tak apa makna kalau suami tak bertanggungjawab ni? Tanggungjawab apa lagi yang Fiah nak dari abang? Tak cukup nafkah zahir batin yang abang berikan sampai Fiah bercakap soal ni dengan orang luar?” tanya dia kuat.

Airmataku menitis laju. Dia benar-benar berubah lagi. Dalam usaha aku mengekalkan keharmonian rumahtangga kami, dia tetap juga berubah.

“Fiah tak cakap, bang. Sungguh Fiah tak cakap,” ujarku membela diri.
Dia sebenarnya salah faham dengan kenyataan mama tadi. Aku tidak pernah mengadu langsung tentang kami.

“Tanggungjawab apa lagi yang Fiah nak dari abang? Kalau Fiah rasa tak cukup tanggungjawab yang abang berikan selama ni, mari sini…,” ucap Ilham seraya menarik tanganku memaksa aku mengikut dia ke katil.

Aku semakin takut tak kecut bila aku dapat menangkap apa yang dia mahu buktikan sekarang.

“Tak, abang. Fiah salah. Fiah minta maaf. Abang bagi cukup pada Fiah. Terlalu cukup dah,” rayuku bila Ilham mula menanggalkan kemejanya.

“Kenapa? Fiah tak sudi nak terima tanggungjawab abang ni? Tak sudi nak terima daripada suami sendiri? Atau Fiah tak dapat segalanya daripada lelaki lain?” herdik dia dengan senyuman sinis.

“Abang!!” jeritku agak kuat. Aku sudah tidak kisah andai mama mendengarnya.

“Kenapa dengan abang ni? Kenapa buat Fiah macam ni lagi? Boleh bilang dengan sebelah jari berapa hari abang berubah dan hari ni berubah lagi malah lagi teruk daripada dulu? Apa yang abang nak sebenarnya?” tempikku lagi.

Ilham pantas menghampiri lalu dia tekup mulutku secara kasar. Matanya merah menahan marah.

“Mulut tu boleh tak perlahan sikit, perempuan. Kau nak suruh satu isi rumah ni dengar yang kau sedang kurang ajar dengan suami sendiri? Inai kat jari kau tu tak hilang lagi, tau tak?”

Aku tolak jemari kasar itu dengan linangan airmata yang semakin lebat membasahi pipi.

“Fiah tak kisah kalau semua orang tahu. Tapi, Fiah lebih nak tahu kenapa abang berubah macam ni. Dalam sekelip mata. Selepas apa yang kita lalui bersama. Apa masalah abang? Abang yang buatkan abang jadi macam ni? Malah lebih teruk daripada dulu.”
Ilham sekali lagi menarik lenganku lalu dia mencampakkan aku ke katil. Bila dia menghampiri, tudung yang aku pakai dia renggut kasar. Rambut yang aku ikat kemas terurai sudah.

“Kau nak tahu apa sebab aku berubah lagi? Kau nak tahu, ya? Mari sini aku tunjuk.” Ilham mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket dan dia terus saja melompat naik ke katil.

Rambut yang baru saja dia katakan cantik itu, dia tarik kasar memaksa aku melihat pada skrin Sambung Galaxy miliknya itu.

“Kau baca ni…” Dia terus menolak kepalaku menghala pada skrin.

Aku diam. Langsung tidak dapat melihat dengan jelas apa yang terpapar pada skrin kerana mata yang sudah ditakungi air jernih sedari tadi. Bila aku diam, Ilham mendekatkan bibirnya ke telingaku.

“SMS ni aku forward daripada telefon kau semalam. Jantan tu cakap tak kisah mana kau nak pergi, dengan siapa sekali pun, tapi jangan tinggalkan dia dengan bayangan kau saja. Dia cakap dia tak boleh hidup dengan hanya memeluk bayangan kau saja. Dia nak peluk kau. Apa maknanya semua ni Fiah?” bisik Ilham dalam ketegasan.

“Fiah tak tahu abang. Fiah tak jumpa pun SMS macam tu dalam telefon Fiah,” protesku lembut.

Ya, benar. Aku perasaan juga akan getaran malam tadi tapi rasanya tiada apa-apa SMS pun yang masuk. Macam mana Ilham boleh berkata demikian sedangkan aku sendiri tidak tahu.

“Kau memang tak tahu sebab aku awal-awal dah buang mesej tu dari telefon kau. Aku tunggu kau berterus terang semalam. Tapi, kau buat tak tahu je. Sampai bila kau nak sorok lelaki yang ada dalam hidup kau selain aku, Fiah?” Ilham mencengkam bahuku erat.

“Fiah tak tahu. Kalau kata abang tengok mesej tu, kenapa tak call balik?” tanyaku lagi cuba memberanikan diri.

“Memang aku call dan suara lelaki menjawabnya, kau tau tak? Belum sempat aku bertanya, dia awal-awal dah putuskan talian. Kalau macam ni caranya, kau aku fikir apa? Kau nak suruh aku buat apa?” sergah dia keras.

Cengkamannya pada bahuku semakin kemas. Sakit dibahu usah ku ucap bila dicengkam oleh jemari kasarnya namun sakit di hatiku makin tidak tertahan rasanya. Aku menggeleng lagi bersama air mata yang kian lebat.

“Abang tak perlu buat apa-apa, bang. Abang hanya perlu percayakan, Fiah. Selepas Fiah serahkan segalanya buat abang, macam ni abang bayar Fiah? Macam ni sekali abang curiga Fiah lagi kali ini? Mana janji abang selama ni. Berapa jam abang berubah dan ini berubah lagi?” tanyaku dalam esakan. Mata itu aku renung jua dalam kekaburan pandanganku menahan air mata yang makin galak mengalir.

“Aku dah cuba percaya kan kau, Fiah. Bukan sekali malah berkali-kali. Aku boleh terima bila orang terpegang tangan kau. Aku boleh terima bila orang renung kau sebab kau memang cantik. Kecantikan yang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata sampaikan orang mengatakan aku berkahwin dengan seorang bidadari. Tapi, bila aku nampak SMS macam ni, aku rasa kau bukan bidadari aku, Fiah. Tapi, kau adalah syaitan yang bertopengkan manusia. Yang merosakkan kebahagiaan aku. Yang merosakkan hidup aku!” Ilham mengeluh berat. Dia menggeleng kesal.

“Sampai hati abang cakap Fiah macam tu? Betapa payah Fiah kembalikan keyakinan buat abang, nampaknya Fiah silap lagi. Semua orang silap. Kak Anah juga silap menilai tentang abang. Kalaulah Fiah nekad dengan perjanjian kita dulu, tentu Fiah dah bahagia sekarang….”

“Bahagia dengan lelaki yang hantar mesej untuk kau ni?” cantas Ilham dengan wajah yang merah menahan marah.

Aku senyum di dalam tangisan. “Kalau sekarang Fiah kata kan yang Fiah tak tahu siapa lelaki tu, pasti abang tak percaya. Jadi, rasanya elok kalau abang bersihkan diri dulu, tenangkan fikiran dan Fiah harap abang akan dapat berfikiran rasional. Jangan cepat menuduh, bang. Jangan ulang lagi kesilapan abang. Jangan buat Fiah serba salah lagi. Fiah sayangkan abang,” ucapku lembut dan terus turun daripada katil.

Tudung yang direnggut tadi aku capai. Rambut yang kusut masai itu aku ikat kemas lalu aku sarungkan kembali tudung ke kepada hendak berlalu keluar daripada bilik yang mula membahang. Hanya beberapa ketika saja aku dijengah bahagia, kini bahagia itu hanya melintas pula depanku dan sudah bersedia hendak berlalu pergi.

“Mungkin betul cakap kau Fiah. Seeloknya kita kekalkan perjanjian kita dulu. Janji di mana aku akan lepaskan kau selepas kita menikah dan selamatkan maruah keluarga kau”
Langkah kaki ku terhenti lagi. Seluruh tubuhku bergetar hebat mendengarkan Ilham mengungkit kembali perkara itu. Tidak mampu berpaling menghadapnya, aku kakukan tubuhku di situ saja menanti butir bicara dia yang seterusnya.

“Aku terima kata-kata kau dulu, Fiah. Aku selamatkan keluarga kau dan kau terhutang budi pada aku. Kali ini, kau selamatkan maruah keluarga aku, dan budi itu aku kira terbalas di sini,” sambungnya. Tenang saja suara itu masuk ke telingaku.

Aku pejam mata erat. Tanganku meraba lengan dan mencabut gelang yang mama hadiahkan sebentar tadi, sempena aku menjadi menantunya. Rasanya gelang itu harus aku pulangkan nanti. Mungkin tidak hari ini tapi aku pasti satu hari nanti yang akan menjadi pasti.
Tapi, yang ternyata itu bukan rezekiku. Tiada rezeki juga hendak bersaudara dengan Faralina dan bukan rezekiku juga hendak menjadi ibu pada anak-anak Ilham selepas dia meminta zuriat semalam.

“Setelah apa yang kita lalui bersama, abang masih sanggup berkata begitu?” tanyaku bersama keluhan. Perlahan-lahan aku pusingkan badan menghadap dia yang sudah bangkit dari katil.

“Benar, kan? Lelaki baik untuk wanita yang baik dan lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat. Kalau nak pilih isteri, pilihlah berdasarkan keturunannya. Itu adalah salah satu syarat dalam agama kita, kan?” Dia ketawa.

“Aku silap Fiah. Silap membuat penilaian kerana buta dengan cinta pandang pertama pada kau tanpa aku tahu terlebih dahulu siapa kau? Sesungguhnya kau dari keturunan yang tidak baik Fiah. Aku menyesal kerana memperisterikan perempuan macam kau ni,” ucapnya tenang.

Kala ini aku bawa telapak tanganku ke dada. Mencengkam erat dadaku ibarat memegang hati yang terlalu sakit kala ini dengan kata-katanya. Hendak ku pertahankan diri rasanya tiada guna lagi. Perkara ini pernah terjadi kepada kami dan dia juga tidak mahu mendengar penjelasanku. Dan hari ini juga sama malah lebih hebat bila dia menghina darah keturunanku.

Aku pejam mata seketika. Pada Yang Satu aku bermohon petunjuk agar aku terus bersyukur atas apa yang telah dia anugerahkan padaku selama beberapa hari yang lalu. Mungkin terlalu sedikit untuk aku kumpul sebagai kenangan, tapi terlalu banyak untuk aku jadikan pengalaman.

“Maafkan saya kerana dah biarkan awak sentuh perempuan sehina saya ni. Perempuan yang dari keturunan yang bukan-bukan seperti saya ni. Maafkanlah kerana telah mencela keturunan awak dengan memaksa awak menikahi saya dulu. Dan andai perjanjian dulu boleh dikira semula, syaratnya tetap sama. Saya tak mahu mak saya tahu dan kali ini, mama juga tak boleh tahu,” ucapku tenang.

Sesungguhnya aku tidak sanggup melukakan hati mak dan hari ini, tidak mampu juga aku melukakan hati mama. Benar kata Ilham, biarlah kami menjadi suami isteri bersyarat. Tiba masanya, bila mak dan mama mengerti, aku akan berlalu dari rumah ini. Berlalu jauh daripada hidup Ilham Fitri dan aku tak mungkin menoleh lagi.

“Dan, jangan sesekali minta sebuah kemaafan daripada saya lagi,” tekanku memaksudkan makna yang mendalam.

“Terima kasih sebab sudi jaga perasaan mama. Dan kalau kau rasa menyesal kerana serahkan segalanya pada aku sedangkan kau lebih rela serahkan tubuh kau pada lelaki lain, aku akan bayar semula harga layanan kau pada aku dan aku tak akan minta maaf dari kau lagi,” tekan Ilham lantas dia berlalu ke bilik air.

Aku terkedu sendiri. Perlahan-lahan aku terduduk di atas permaidani. Hingga begini sekali Ilham meletakkan harga dalam diriku.

Kak Anah salah. Semua orang salah menilai Ilham. Hanya aku yang benar pada mulanya. Tapi, aku pedih kerana aku juga silap menilai juga pada akhirnya. Silap menerimanya kembali dan membiarkan hati ini dilukai sekali lagi malah tak mungkin sembuh kali ini.

Kenapa hati ini tidak sudah-sudah menipuku? Patutlah bahagia itu datang menderu kerana dia bawa bersama duka yang akan kekal berpanjangan. Biarpun bahagia itu hanya datang melintas dalam sekelip mata, tapi kepedihan itu tetinggal bersamaku dan entah bagaimana harus aku hadapinya.

Puas aku seka air mata dan bila aku dengar pintu bilik terkuak sedikit ditolak dari luar, aku berpaling dan saat itu melihat wajah Izham yang sedang mengalirkan airmata dan dia terus berlalu.

~~~> bersambung

55 comments:

  1. ishhh kejamnye ihham nie..mcm nak sepak2 je..lps nie kalo dah mnysl mmg x brguna dah lgi..

    ReplyDelete
  2. Puaslah hati Iz kan buat semua porak peranda...
    Kasiah Fiah....

    ReplyDelete
  3. geraaaammmmmnyaaa..............

    ReplyDelete
  4. adoiy,xsbr2 nk bace next..heheh..

    ReplyDelete
  5. betul la...kasih akan terlerai juga akhirnya nanti..rasanya sapa yg anta msg tuh..fazlee @ izham..eeeiii rasa nak bom jek ilham ni sampai besepai...sakit ati ngan jantan mcm nih..

    ReplyDelete
  6. hu hu hu siannya fiah.

    sampai hati ilham.

    kenapa mesti ikut nafsu bila cakap.

    Tak sabar for the next entry.

    ada thrill lah.....

    ReplyDelete
  7. tolong lah buat aty fiah berubah arah..dah x dew gune setia pde yg x sudi..izham lebey layak untuk jage fiah..

    ReplyDelete
  8. lelaki ni mmg sekecil2 kesalahan isteri la yg paling myakitkan ati die tp kesalahan die yg besar buat tak tau je..dgn muka xmalu minta maaf..sesenang biar je la dowg bercerai..xamik iktibar lansung..biar ilham nyesal xsudah..

    ReplyDelete
  9. benci gila kat ilham .
    tolong la caye kat fiah tu .
    memang cite ni last2 dorang tak bersama dah ke ?
    cam kena ngan tajuk je .
    takmo la terlerai kasih .
    bg fiah jual mahal betol2 dah la .
    sampaikan ilham betol2 insaf .
    jangan sampai kalau fiah pregnant , ilham taknak ngaku sudah ?
    memang nak kena sepak laju2 . grrr~ geram tau .
    sambung lagi eh kak rehan . sgt best .
    tak sabar nak tau lagi . thumbs up ! :)

    [aya]

    ReplyDelete
  10. Aduh, pelik btul la ilham ni.
    Nak je aku tembak dia biar b'sepai.
    Geram btul aku. Mcm ada mslh mental je. Hish

    ReplyDelete
  11. Rasenya izham tau ilham mmg ada double personality...tu yg dia asyik tny fiah bahagia ke tidak...skrg dah terbongkar...ilham mungkin ada masalah mental. Sy rase izham cuba warning fiah tp masa tu fiah tertipu dgn keromantikan ilham...& rase cinta yg mendlm pd ilham. So sbnar izham mmg cintakan fiah...adakah lps ni izham akan dptkan fiah utknya....wah makin bertambah konflik ni....

    ReplyDelete
  12. eh geram betul dgn ilham ni,kuat cemburu. kali ni fiah jangan pedulikan ilham tu baik pilih izham baru padan muka ilham siapa suruh.....

    ReplyDelete
  13. pergh..dik..kata kata ilham tu mmg makan dalam dik ooi..akak yg baca ni pun..rasa masa nak kasi one good slap kat mamat sengal tu..
    fiah..pack your thing and bla..tak ada gunanya ko tunggu dan biaq diri diperlakukan beigitu.. masalahnya kenpa izham sibuk ganggu rumahtangga abang longnya macam da tak ada perempuan lain yg dia nak ngurat.. Dik harap ada E3 lagi ek..jagnlah kasih ni terlerai sebab ia merupkan cinta terulung fiah untuk sang suami.. apa juga yg dicari oleh suaminya..tidak kah bila meniduri fiah ilham dah tahukan fiah masih suci lagi .. dia giler ke apa..akak mmg tak puas hati..Akak berharap biarlah fiah mengandung..

    salam
    kak ida

    ReplyDelete
  14. menyampah betullah ilham itu...sakit hati betul dengan perangai dia yang suka tuduh tanpa usul periksa... saya tahu mesti izham yang hantar message itu, kan??? JAHAT izham sebab ROSAKKAN kebahagiaan abang dia sendiri!!! benci Izham!!!!tak pasal-pasal, Fiah yang menderita... tapikan kalau-kalau Fiah berpisah dengan Ilham... boleh ke Fiah terima Izham bila dia dapat tahu yang Izham penyebab keretakan rumah tangga diorang???? aku benci betul IZHAM!!!! dan tapi lagi... kalau ILHAM yang ada Prob, Silalah penulis pastikan IZHAM yang dapat FIAH... waktu itu, barulah boleh cakap SAYANG IZHAM...hehehe

    ReplyDelete
  15. puaslah hati Izham ya. Klu ko kemaruk sama Fiah jgn la hantar message mcm tu tak fikir ke abg dia terbaca. Dah la tau abg dia mmg pantang org leh usik hak dia. Mula la nk mengamuk. cam dulu pun dia guna bmx ilham, ilham mngamuk n belasah dia. Skrg Fiah plak. Izham mmg tak serik. Dia mmg jenis yg suka apa yg Ilham suka kan??? Masalah psiko ni. Ya Allah plz cik writer save Ilham n Fiah married. Ak tak suka fiah jatuh pada manusia bernama Izham. Manusia yg pentingkan perasaan sendiri. Tak fikir perasaan abg dia n fiah. pdhal dia mmg tau ilham n fiah sama2x sayang n cinta. Klu betul ko suka fiah ko akan reda dgn kebahagian fiah dgn abg ko n takkan mganggu gugat. tgk la apa yg ko buat, ko hadiahkan diah keperitan ats perkara yg ko buat. Ini ke yg ko nak??? bahalo n laknak punya adik. Ilham pun satu cuba la siasat dl, ni suka bt kesimpulan. Mmg susah bila laki ni ada ego dia n bila dah cemburu buta. Hope Ilham cepat sedar sebelum terlambat. Lgpun kisah sebelum ni harus dijadikan pengajaran. Jgn la cepat nk melenting n lps beberapa hari br nk sedar n fikir dgn rasional. cuba pd waktu kejadian bfikiran rasional dl., Tgk skarg ko kalah dgn org yg nk ganggu gugat keharmonian ko suami isteri. Hati fiah kmungkinan akan keras semula. n pd Izham jgn harap dia dapat sentuh hati fiah. Harap fiah akan bg pengajaran pd Izham bila dia tau msg tu sebenarnya dr Izham. Belasah dia habis habisan. Aduh cik writer ni sll ja nk gawatkan perasaan kami thdp hubungan fiah n ilham. ;D anyway keep up continue. cant waiting what happen next.

    ReplyDelete
  16. gila izham ni jeles melampau.bagilah fiah kat iz.aku rasa iz akan layan fiah lagi baik dari ilham.rasa nak sepak2 je ilham ni.gila kejam.

    ReplyDelete
  17. wait fiah..i'm coming 4 u....

    ReplyDelete
  18. am ni betul la tak belajar dari kesilapan yg lalu.kan fiah dah kata tiada maaf untuk kali kedua.tension,tension....fiah bawak diri jauh2 dari am ya,biar am rasa pedihnya bila ditinggalkan.

    ReplyDelete
  19. Hish!! sakit hati dengan Ilham... tolonglah jangan nak buat keputusan terburu2... jangan biarkan pisang berbuah 2 kali... Ilham ni memang tak sedar diri lagilah... Geram betull... Memang Izham ke yg hantar mesej tu?? kalau betul memang teruklah...

    tak sabar nak baca sambungan...

    ReplyDelete
  20. sengal r ilham nie... wat sakit ati jer.. geram neyerrrr!!!!! fiah tinggalkn aje am tue, biar pdan muka dye.. cmbru x tntu psal... iz tue plak xde org laen ker nk suke... smpai nyer hati nk rosakkn umah tngga abg sndri.. eeiii... x suke nyer!!!!

    ReplyDelete
  21. perhh..semua komen geram..ishh..sy pun geram ngn si ilham tu..rase nk ketuk2 jek kpala die, knapa die x bleh brfikirn waras..btul k iz yg antr sms 2??

    ReplyDelete
  22. herm... knp izham yang menangis e?
    harap2 izham ni baik, berusaha selamatkan rumahtangga abang dia~

    ReplyDelete
  23. good job RM! huru-hara pembaca dibuatnya.. :D buatnya RM stop smpi #54 je, mahu ramai memberontak nanti..hehehe..adei...mahu kuhempuk2 dan kuluku2 juta2 kali kapla jingga si Am nih! Memang HABES la AM kali ni...jgn harap dia boleh simpulkan semula hati Fiah yg terlerai tu. Sekali terlerai, ok lagi. Dua tiga kali? That's it...

    ReplyDelete
  24. rasanya bukan izham yg hantar sms tu tapi fazlee lelaki tak guna tu...sebab izham sayang sangat dekat fiah.

    ReplyDelete
  25. Good job RM.Ramai dah geram kat Ilham & Iz.KH rasa Ilham Ini Ada penyakit.mood swing & split personality .dia yg buat SMS tu nak buat Fiah bersalah.Next N3 yet.KH book tau novel Ini nanti.5 star

    ReplyDelete
  26. dah rasa semacm je...baca part nie...myb izham yang hantar sms tu...yg ilham tu jgnlah terlalu cemburu buta...janji bukan main....plz..jgn runtuhkan rumahtangga dioarg ye....tak mau sedih2 hati dah sakit dan sebak membaca n3 kali nie....

    ReplyDelete
  27. ok Cik RM..
    skrg boleh hentikan pos dan terus siapkan TK dan hantar ke penerbit. nanti kitorg paksa penerbit cetak cepat2 sbb tak larat nak tunggu. Ilham tu psikotik...hahahaha...(aku plak yg rasa cam psiko skrg)

    ReplyDelete
  28. knapa sume nvel asyik wat hero ni wat prgai mcm ni? geram tol la..

    ReplyDelete
  29. saya harap writer buat Fiah tu larikan diri dari Ilham, then diorang bercerai... lepas tu Fiah bahagia dengan lelaki lain, adesss terlebih pulak.... heheh (^___^)

    ReplyDelete
  30. Saya bersetuju ngan ivoryginger..actually Izham tu yg psiko..dia x layak utk Fiah coz kalau dia sygkan Fiah dia kena redha demi kebahagiaan org yg dia syg.. Hope Fiah tau yg Izham yg gila sebenornya...

    ReplyDelete
  31. Alaa Izham pun apesal tak tlg kalau dh Ilham
    tu dah mcm setan bertopengkan manusia. Fiah
    tinggalkanlah rumah yg macam neraka tu tak
    payah lagi nak fikirkan pasal org lain lg kalau
    hidup bersuami isteri pun dh terlalu terseksa.
    lebih baik berterus terang saja pd mak Fiah takkan lah seorg ibu masih sanggup lihat ank sendiri hidup terseksa kerana bimbang kata org sekeliling. Bangunlh Fiah dari ikatan yg sememangnya menyeksakan dan keluarlah dari suasana yg sgt memilukan ini. Masih ada lagi kebahagiaan diluar sana sekiranya tabah menghadapinya. Jgn dibiarkan maruah seorg isteri yg tidak bersalah dipijak dgn caci maki seorg suami yg dh lupa pada janjinya. Carilh penyelesaian yg terbaik sekiranya Fiah keluar dari ikatan ini. cukuplah berpura-pura bahagia didepan keluarga utk menjaga hati-hati org yg kita sayang sdgkan hati sendiri sudah dicarik carik dgn perbuatan seorg suami yg mental dh terganggu.

    ReplyDelete
  32. rasa2 nya macam izham yang buat onar .... dia nak jugak kat fiah .. dia cuba buat ilham ceraiakn fiah .. then dia nak kawen dgn fiah pulak .. huhuhuhuhuhuhu ..... sian nya fiah ...

    kalau i lah ... w/pun dah cerai dgn ilham ... tak de kuasanya aku nak awen dgn adik beradik dia lagi ...

    go fiah go!! senang2 je nak hina maruah pompuan cam tuh .. bini ko plak tu!!! .... apa la ilham .. dasar tuuuutttt

    ReplyDelete
  33. next chptr da kna rmove ke?

    ReplyDelete
  34. oowh tersiksanye jiwa ragaku menanti sambungannye..waaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  35. heheee.. seronok bace komen2 nih....

    tu lah tu... bile bace cite ni, kt dalam dada ni dh mcm tsunami dh... mcm2 cuaca ada..
    hadoiyaiii
    berbadai betol life fiah nih..
    tp tu laaa.. hati ppuan cepat lembut nk nk lgi yg merayu tu suami sendri..

    cuma x paham ngn izham... nape die jadi psiko??

    well done writer..

    smbong laa copek.. heheeee...

    ReplyDelete
  36. perghhhhh.... the best novel ever setakat nihhhh.... cerahlah peluang izham lepas nih....

    ReplyDelete
  37. mula2 sekali..maaf sangat2 sebab TK ni mmg sy hentikan setakat ni sebab sy terikat dengan penerbit..alhamdulillah manuskrip TK dah smpai ke editor Kaki NOvel..doakan lepas penilaian dan dicetak..

    harap anda semua boleh support nanti..mgkin jalan cerita ni agak sentap & sarat dgn konflik dan airmata, tapi percayalah sy janjikan sekuntum senyum yg bakal mekar di bibir semua pembaca di akhir cerita nanti..

    ReplyDelete
  38. ALAAAA.... XDE LAGI LH NI..
    KNE TNGGU NOVEL PLAK LAH.. ADUHHHH... PENANTIAN SEKSAAN TOLL.... HEHEE..

    SENTAP.?? ERKK.... HEHEE
    X SABAR NUNGGUU....

    ReplyDelete
  39. cepat sikit dh x sabar nak senyum balik dh....Rehan makhtar u memang best

    ReplyDelete
  40. sedihhh sangatt.kak RM tolong la bagi ilham dengan wafiah.tak nak diorg bepisah.sedihhh :((

    ReplyDelete
  41. ILHAM jahat..ase nk ketuk2 jek kepala dier...janji nk bahagiakan fiah..

    kak RM...lepas ni jgn bg fiah lembut ati ngan ILHAM...dier harus diajar cukup2 ye...xixixix(gelak jahat)

    ****ra****

    ReplyDelete
  42. uh....sakit jiwa mcm ni...good job penulis..aku dah berkali2 menangis baca cerita ni.tapi seronok pula baca komen pembca kat sini.kih..kih..kih...mcm2...........................

    ReplyDelete
  43. hehe..u all tak tau saya bukak sampai bab 62 komen sume panjang2 giler..hehe..takut nak baca..nak tak saya buka balik bab 62 tu..hehe

    ReplyDelete
  44. RM bukak je bab 62....tu
    sapa yg htr sms tu tak mungkin Iz....jgn lupa pd Fazlee & Zura yg mungkin akan buat onar....
    Tiada maaf kedua buatmu Am... bahagiakan Fiah & Iz...Iz yg trlebih dahulu mencintai Fiah tp dlm diam2...& trlepas coz Am lbih adv...

    ReplyDelete
  45. nak..nak..nak...rasanye kalau citenye bagus pembaca tetap akan beli bukunye tuk buat koleksi mcm acik lana walau pun banyak bab yg dia bagi baca bukunye "aku bukan meisteres" masih meletop tambah penerbitnye Kaki Novel yg sgt disukai olih suri rumah "murah,senang & cepat dapat" ha..ha..ha
    RM akak suke dgn cite RM ni yg bolih buat hati rase nak marah , geram, mendengus2 & keluh kesah.
    Walau macam mana pun akak rasa Ilham bukan seorang suami yg baik untuk jangka masa yg panjang kerana cemburu yg teramat sgt tu. Untuk bersam Iz juga tak munkin leraikan kasih mereka dan ujudkan watak baru untuk Fiah yg baik dan warak. Apa2 pun akak ucapkan tahniah pada RM.
    tak sabar nak tunggu buku kuar....

    ReplyDelete
  46. Betul tu kak mimi semua yg akak cakap tu betul saya setuju 100% ....Kalau tak tak adalah pembaca katam novel berkali2...saya lah tu ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  47. kak rehan.. kasi la lg satu shoot utk citer ni.. yg boleh membahagiakan jiwa saya ni.. adoiiii.. terseksa ni kak..!! geram marah benci sume ade nih... ~mizz acu~

    ReplyDelete
  48. sowi sesangat sbb k rehan terikat ngn penerbit..hehe..sabar ek..ni dlm penilaian dh..mgkin bulan depan dpt feedback dr KN..kalo kate KN tak mo terbitkan, nnt k rehan letak kat blog then u all leh baca..jgn risau..

    ReplyDelete
  49. mmg ilham nie ada mslh mental agknye....

    ReplyDelete
  50. I do not even know how I ended up here, but I thought
    this post was good. I do not know who you are but certainly you are going to a famous blogger if you are not already ;)
    Cheers!

    Feel free to visit my web page ... click here

    ReplyDelete
  51. Apelah bunya bengong ilham nie...skt hti btullah.
    Mne sambungannya apa jdi dgn iz..

    ReplyDelete