BAB 6
HAI... lengan melekap
ke dahi aku malam ni penangan budak Ayie ni.
Kemain dia telefon malam-malam semata-mata nak cakap yang dia dah pilih
cincin. Kot ya pun, tak payah la telefon
dulu. Pening aku memikirkan perangai
dia. Ini baru beberapa hari. Dah kelam kabut. Kalau kata kami duduk sebumbung dan untuk
seumur hidup nanti, kecoh seluruh hidup aku yang selama ini tenang dan nyaman
ni.
“Kakak...” Kepala Aryan terjengul di muka pintu.
Tersengih dan terus
mengatur langkah masuk ke dalam bilik tanpa aku memberi izin.
“Dah Aryan ni kenapa
masuk bilik kakak? Kakak dah nak lena
tau...” soal aku datar.
Aryan sengih. Dia duduk di birai katil dan terus meniarap
sambil menekan-nekan tablet yang ada di
tangan.
“Ayie call eh?”
Aku angguk. “Bukan Aryan ke jawab tadi.”
“Perempuan la tadi
tanya kakak. Kalau suara Ayie, tentulah
Aryan kenal. Kawan dah lama,” jawab
Aryan.
Wajah Aryan aku
jeling. Lengan aku alih dari terus
melekap ke dahi. Berbaring mengiring
memandang adik aku ni. Kacak pulak dia
aku tengok. Serius bentuk wajah dan
perangai dia ikut mama.
“Perempuan? Ayie suruh awek dia menyamar ke apa?” duga aku prejudis.
Aryan berdecit. “Tak baik tuduh Ayie macam tu. Selama Aryan kenal dia kan, tak pernah pulak
dia serius dengan mana-mana perempuan.
Biasa keluar lepak dengan lelaki je dan jangan kakak tak tahu,
kawan-kawan dia paling muda Aryan tau...”
jelas Aryan pada aku.
Oh... aku
mengangguk. Mengerti.
Padanlah citarasa pun
orang berumur macam aku. Memanglah
dijodohkan tapi dah dia pun tak menolak malah tersua-sua, kita aku ni citarasa
dialah. Bibir aku menceber.
“Dah tu yang call tadi
tu siapa? Mama dia?”
Gigi Aryan
terbias. Sengih lebar. Bau hanyir kembali menusuk. Aku balas sengih Aryan penuh curiga.
“I smell something
fishy on you, Aryan.”
Lepas tawa adik lelaki
aku ni. “Kakak dia rasanya...,” jawab
Aryan dalam tawa.
Okey, aku ingat memang
anak-anak Uncle Zaf dan Aunty Resa ada tiga orang. Tapi, sungguh aku ingat-ingat lupa.
“Yang nama Zara tu
eh?” duga aku.
Laju-laju Aryan
mengangguk. “Cuma tak tahu, Zara Aina ke
Zara Auni.”
Oh... lagi sekali
oh. Baru
aku ingat. Itu anak yang kembar
tahun. Tapi dah sangat lama tak
jumpa. Bila mama dan papa menziarah
diorang, aku tak ikut. Bila diorang
datang ziarah kami, aku kat asrama.
“Kenapa kakak macam tak
ada memori pasal diorang eh?” wajah aku
menyeringai. Takut dibidas oleh Aryan.
“Dah tu... siapa suruh
gatal nak masuk boarding school?” cemik
dia.
Dah agak. Memang itu yang akan keluar dari celah bibir
Aryan.
“Kakak kan
berdikari. Mungkin kakak ni lebih macam papa
tapi perangai kakak yang satu ni mama cakap macam dia.
Suka bergantung pada diri sendiri...”
“Heh, tak lama lagi
boleh bergantung pada Ayie la...,” usik Aryan.
Dan dia gelak lagi.
Tergolek-golek atas katil aku
yang tak berapa nak besar ni.
“Aryan ni, behave
sikit. Katil kakak ni. Usik orang eh... yang awak tu apa masalah
dengan dua orang Zara tu?” tanya aku
cuba mencari daripada mana punca bau hanyir tadi.
Aryan mengiring
menghadap aku. Tangannya menongkat
kepala. Mata itu terbelalak
merata-rata. Memikirlah konon.
“Tak ada apa. Tapi, pernahlah jumpa beberapa kali masa
pergi rumah diorang. Itu jelah...”
“Wow... nak suruh pa
dengan ma pinang ke? Zara mana? Auni ke Aina?
Ke dua-dua?” tanya aku buat-buat
teruja.
Wajah Aryan
cemberut. Dia mencemik. “Tak ada nak dua-dua kalau betul nak pinang
pun. Tak larat nak tanggung dosa tak
mampu berlaku adil...lagipun tu adik beradik, haram....”
Huh... masa ni menerima
jawapan Aryan aku teringat kata-kata Ayie.
Dah lepas kahwin dengan aku, kalau kata aku nak sangat dia dengan orang
lain, aku tandatangan borang. Dia nikah
lain.
Budak-budak, suka
main-main soal ni. Tahu nak seronok
je. Dia tak tahu ke tanggungjawab orang
dah kahwin ni berat kalau dipandang mudah dan ringan kalau tak diambil mudah. Masing-masing perlu tahu tugas masing-masing dalam menjadikan sebuah
keluarga yang sakinah.
“Kenapa? Ayie nak nikah dua ke kak? Wah... Ayie tu nampak je macam tu tapi
berkudrat eh?” duga Aryan dengan wajah yang sarkastik.
Aku cubit lengan Aryan
kuat. Biar dia rasa. Ada ke doa kakak sendiri macam tu. Buatnya sungguh Ayie tu duakan aku, tak ke
aku menangis nanti.
“Jangan cakap
bukan-bukan eh... haa pasal Ayie ni, macam mana Aryan kenal dia...”
“Anak kawan ma dan
pa...” Dia menjawab tenang sambil
menggosok lengan dia tempat aku cubit tadi dengan mata menadah siling.
“Kakak tahulah tu...
lainnya. Kakak tak berapa ingat diorang
tu semua. Uncle dengan Aunty tu ingatlah.”
Mendengus jugak aku bantah kata-kata budak Aryan ni.
Mata Aryan menjeling
aku. Dia buat wajah busuk lagi.
“Kakak tahu tak selama
ni kakak hidup dalam dunia kakak je.
Kerja, rumah, ma, pa, atuk, nenek, tok mak, pak ngah dan Aryan... mana
ada keluar berkawan. Tak ada pun kalau
keluar rumah atau pejabat, pergi site,” ujar Aryan.
Kali ini dia
jujur. Jujur sejujur jujurnya. Betulla apa yang Aryan katakan. Barangkali dah terbiasa dekat boarding school
macam tu. Masuk universiti pun, aku
duduk di rumah. Rela berulang alik sebab
sayang nak tinggal bilik sendiri yang aku rasakan, menyimpan segala rasa yang
aku alami sejak dulu.
“Maknanya pa dan ma pun
kenal baiklah dengan Ayie tu eh?” Soalan
lagi. Masih ragu-ragu sebenarnya.
Aryan gerakkan
kepala. “Sangat kenal. Dulu Ayie tu nakal. Sekarang pun rasanya tapi lepas dia pergi
oversea, bila dia balik Aryan rasa nakal dia tu dah berisi. Tak macam dulu, nakal yang rasa nak campak
dia dalam tong dram, lepas tu gantung tinggi-tinggi pakai forklift,” akui Aryan.
Aku ketap bibir. Menahan tawa.
Dah pecah terburai dah tapi aku tahan juga. Tak menahan Aryan mengumpat Ayie, kawan baik
dia tu.
“Teruk sangat ke dia dulu?”
Aryan angguk. “Agaknya.
Dengan perempuan semua dia buat seteru.
Macam dengan kami ni, kami fahamlah dia macam mana. Masa tu dia muda sangat. Lepas SPM dia cakap dia dapat pergi
Jerman. Gila tak terkejut, kak... budak
macam tu boleh pergi oversea...,” ulas Aryan lagi.
Lengan Aryan aku
siku. “Ha... sebab tu la Aryan tak boleh
nak judge orang macam tu je...”
Tapi, Aryan sengih
sarkastik lagi.
“Dah kakak tu, tak
fikir bukan-bukan ke tentang Ayie? Heh,
kakak lagi prejudis dekat dia, kan?”
Mata aku membulat
dengan kata-kata Aryan.
“Kakak haruslah risau,
Aryan... korang kawan je. Tak tidur sebantal, duduk sebilik. Kakak ni nak tidur sebantal makan sebilik
dengan dia. Bakal kongsi segalanya.
Aryan nak kalau Ayie tu sia-siakan kakak? Nak?
Suka macam tu?” tanya aku serius.
Wajah Aryan
berubah. Tangan dia menggawang ke
udara.
“Eh tak nak. Aryan sepak Ayie sampai marikh kalau dia buat
kakak macam tu.” Sengih kambing
lagi.
Huh... patutlah kalau
aku risau. Perancangan keluarga yang
bisa membunuh jiwa kalau tak kena cara dan gaya. Jauh di sudut hati, bersyukur juga kalau Ayie
tu sebaik yang ma dan pa gambarkan.
Kalau tidak... nauzubillah.
Aku lihat Aryan masih
seronok memandang tablet dia. Dah dia
tukar game lain pulak. Tak membina langsung. Kemudian aku capai buku Sodoku yang entah
siri ke berapa dah.
Aku pegang pensel dan
bangkit duduk bersila dengan meriba bantal dan meletakkan buku soduku itu di
atasnya.
“Aryan...,” seru aku.
“Listening...”
Batang pensel aku gigit
sedikit. Kepala dok fikirkan Ayie, mana
boleh nak selesaikan puzzle sodoku ni.
“Betul ke kalau kakak
terima Ayie? Aryan tak segan ada abang
ipar muda macam dia?”
Aryan masih ralit
merenung skrin tablet dia. Tapi, mulut
terbuka.
“Nak segan apa? Mudah sikit sebab Aryan dah kenal dia. Kak, kalau nak tahu, dia satu-satunya kawan
yang tak pernah tanya Aryan nak bawa kereta apa keluar hari ni. Nak pergi lepak mana hari ni. Tak pernah tilik pakaian Aryan tau...,” jelas
Aryan yakin.
Aku senyum tipis. Kira dah lepas beberapa takuk tapisan
tu.
“Kakak terima
jelah. Ma dengan pa pastilah buat yang
terbaik. Mungkin kakak tak kenal
keluarga dia sebab kakak dok kampung terpencil, kan... tak ada coverage dan
teknologi,” sindir Aryan.
“... so sekarang ada
masa lagi nak kenal-kenal. Ayie ponteng
kuliah dua minggu tau semata-mata balik nak jumpa kakak. Tak nak tengok gambar kata dia,” ujar Aryan
lagi.
“Hah, dua minggu?” Terjegil mata aku.
Apa nak jadi
budak-budak sekarang ni? Main-main je
masa belajar. Tak lepas karang, sia-sia je hidup. Buat rugi duit penaja je.
“Assume tu macam study
week la kata dia...” Aryan gelak
halus.
“Study week eh...
tersungkur karang...”
“Kakak kan ada,
sambutlah dia... apa susah,” tukas Aryan cepat.
Ada je nak kenakan aku
budak Aryan ni. Tiba-tiba Aryan bangkit
duduk di depan aku. Kaki dah turun
mencecah lantai. Dah puas menyibuk kat
sini agaknya.
“Atau kakak rasa Ayie
tu tak serius?”
Aku menggeleng. “Dia call tadi cakap dah beli cincin. Dua bentuk.”
Yalah, tak serius apa
kalau sampai dah beli cincin. Cumanya,
aku rasa bau hanyir tu tak nak hilang biarpun penat aku sental dan letak sabun
juga peluntur.
“Dia tak ada agenda
lain, kan?”
Aryan bangkit. Dia diam seketika sebelum tunduk menarik
rambut aku sedikit.
“Jangan fikir
bukan-bukanlah. Masa ni dia nak jadi
budak-budak kenapa?” sembur Aryan pada
aku.
Tak sempat aku nak
cubit tangan dia, Aryan dah berlari keluar bersama gelak tawa. Tapi baru dia sampai ke pintu, aku pula dapat
idea mengusik.
“Aryan nak Aina ke Auni?” jerit aku.
Langkah Aryan
terhenti. “Dua-dua...” Dia gelak lagi dan terus merapatkan daun
pintu.
Senget adik aku sorang
ni.
Ayie pun... biarlah ada
aku je dalam hati dia nanti. Tak ada
dalam hati, dalam hidup dia pun bolehlah.
INILAH hidup. Ada permulaan baru lagi selagi aku bernafas
di atas muka bumi ini. Hari ni, Aryan
terpaksa jadi driver papa lagi. Ada
meeting dekat opis pak long dengan atuk sekali.
Katanya pasal saham syarikat atuk.
Aku pun tak faham dan tak nak buat-buat faham. Itu hal papa.
Baru nak belek fail
pertama, wajah Juita muncul di pintu.
Tersenyum manis dan menatang dulang dengan adanya sebiji mug yang nampak
berasap-asap.
“Milo panas cik.” Gelas itu diletakkan di depan aku dan dia
berdiri tegak menanti arahan seterusnya.
“Hari ni saya nak ke
site. Sediakan kereta ya? Aryan tak ada,” pesanku.
Juita senyum dan
mengangguk. “Lagi?”
“Mungkin petang saya
tak balik dah. Ada hal dengan Ayie
sikit...” Terlajak sebut nama Ayie. Huh, parah.
Aku pandang wajah Juita. Berubah sedikit. Tapi lambat-lambat dia kembali senyum.
“Oh, yang semalam tu,
ya?”
Aku angguk. “Saya panggil dia Ayie je...”
“Not bad...”
Aku senyum sinis
mendengarkan pujian Juita. Agaknya Juita
pun terusik kot dengan Ayie. Yalah,
berkarisma dan yang penting ada aura yang aku masih tak mampu nak rasa.
“Bila cik nak akad
nikah?”
“Tak pasti lagi sebab
Ayie tu belajar lagi. Dia balik dua
minggu ni je. Lepas tu dah nak fly
semula. Saya ikut kata putus daripada
keluarga jelah. Tapi, macam tak sempat,
kan?” soal aku pada Juita.
Tibat-tiba rasa nak
minta pendapat dia pulak. Selama ni mana
ada hal lain selain daripada kerja dan makan tengah hari atau pun dinner
syarikat.
Aku tongkat dagu
memandang Juita. “Bagi dia habis belajar
dululah kot...”
“Eh, dia muda lagi
ke?”
Aku angguk. “Lebih kurang awak kot umur dia...”
Seperti aku jangka,
mata bundar Juita membulat. Nak
terkeluar daripada soket. Yalah, nak
sorok apa. Karang orang tahu jugak. Aku dalam hati mula sedikit riak. Saham masih
mahal biarpun umur dah meningkat.
“Serius?”
Aku senyum saja.
Wajah Juita masih
tegang. “Kalau saya jadi cik, saya
terima je. Lagipun perempuan tak elok
kahwin lambat sangat, cik,” nasihat
Julia.
“Nanti nak bersalin apa
semua, takut memudaratkan...”
Emm... ada betul
berkali-kali kata-kata Juita. Kesannya
pada aku jugak nanti. Bukan pada
Ayie.
“Tengoklah macam
mana.” Aku senyum tipis dan terus
meminta Juita keluar.
Dia berlalu lemah
sambil kepala tertoleh-toleh pada aku. Kagum
ke jengkel, tak tahu lah.
Tengah hari, seperti
dirancangkan lepas makan aku terus ke tapak projek. Kerja-kerja pembinaan menara ni kena tengok
sendiri. Senang untuk aku usulkan kertas
bayaran untuk papa dengan melihat progress di tapak. Nak harapkan Aryan, dia masih tak berapa
mahir dalam selok-belok bayaran. Lebih
kepada lukisan kerja saja.
Seperti biasa,
bingit. Kerja-kerja penanaman cerucuk
entah bila nak siap. Selesai semua hal,
aku terus menuju ke kereta di mana pemandu sedang menanti. Nampak santai bersandar pada dinding
kereta.
“Encik Mat, jom
kita...” Aku mengajak tanpa melihat
dia.
Baru nak buka pintu,
ada tangan yang menahan. Aku pandang
lengan kasar itu sebelum naik memandang wajah pemilik lengan tu.
Ayie!
“Buat apa kat sini?”
soal aku terkejut.
“Arya,” jawab dia
pendek.
Aku mengeluh dan
mengurut dada. “Buat orang terkejut
jelah awak ni.”
Aku cuba lagi tarik
pintu kereta tak nak hiraukan sebab aku rasa kat mana-mana saja kenapa datang
cari aku. Cukuplah tunggu tempat di mana
kami berjanji. Aku ni bukan jenis
mungkir janji. Dia tak tahu ke keturunan
aku ni keturunan berpegang pada janji.
Bukan munafik.
“Nak ke mana? Kan janji jumpa Ayie petang ni?”
“Ya... tapi bukan kat
sini...” Aku menjawab bersulam jelingan.
Topi keselamatan atas
kepala aku buka. Rasa merah padam wajah
pakej dengan peluh yang merintik di dahi dan tepi wajah. Sampai ke dagu. Punyalah panas.
“Dah kenapa tak nak
tunggu kat sana je? Saya dah nak gerak
dah ni.”
Ayie sengih dan dia
buka pintu kereta lalu menarik sehelai tisu dan disuakan pada muka aku.
“Arya berpeluh...”
“Tahu...” Aku rampas tisu tersebut dan lap wajah.
“Kan dah janji kat
sana... kat sini tempat kerja saya.” Aku
masih tak puas hati.
“Datang jemput bakal
isteri sendiri dari tempat kerja, salah ke?”
tanya dia polos.
Aku kerling dia
geram. Mata melilau sesekali mencari
Encik Mat. Mana hilang. Jangan cakap Ayie rasuah dia terus dia lari
tinggalkan aku.
“Salah tu tak... tapi
ini tempat kerja. Bukan tempat
bercinta...” selar aku geram.
Ayie sengih sinis. “Kalau tempat bercinta, dalam bilik atas
katil la, Cik Aryana. Lagi heaven. Ni, mana-mana pun boleh setakat nak jumpa nak
bincang pasal urusan kita tu. Janji depan
orang ramai. Tak menimbulkan fitnah dan
tak buat makhluk ke tiga tu muncul di tengah-tengah bila kita berdua...”
Aku gigit bibir
bawah. Tahan hati jelah dengan budak
Ayie ni. Ada ke patut menyindir je kerja
dia. Jauh betul dia pergi belajar
cara-cara menyindir ni, sampai ke Jerman sana.
“Awak ni, bergurau tak
agak-agak eh... mengata saya je. Saya tolak
pinangan awak tu karang, baru tahu...,” ugutku.
“Tak apa... Kalau last
minutes tolak, setiausaha Arya, kan ada.
Bukan Arya nak kenenkan dia dengan Ayie ke?”
Huh, tak menang aku
dengan budak ni. Bijak sangat.
“Apa-apa jelah. Ni Encik Mat mana?”
“Ayie bagi dia cuti.”
“Hah?!” Terlopong aku dengan jawapan budak ni.
“Are you kidding me?”
Ayie gelak. “Ada lah... sana haa... dia pergi minum. Katanya tak sempat makan tengah hari tadi,”
jelasnya membetulkan keadaan.
Aku angkat semula
rahang. “Bergurau pun, tak agak-agak...”
Senyuman Ayie terukir
mesra. “Jomlah... kita naik teksi. Biar Encik Mat balik dengan kereta nanti,”
ajak Ayie spontan.
Aku kerutkan
kening. Aku, Aryana Mohd Mukhlis naik
teksi? Biar betul? Mana pernah buat. Biasa naik kereta dari rumah, turun depan
pintu destinasi je.
“Ayie datang dengan
apa?”
“Bas...”
“Hadoi... nak ajak
bakal isteri dating pun, naik bas
ke? Kita naik kereta ni la. Minta Encik Mat hantar,” cadang aku.
Tapi, Ayie menolak
lembut. “Kesian dia. Baru nak makan haa... kalau Ayie tak tegur
tadi, dok la sini dia setia tunggu Arya.”
Aku kerutkan kening dan
sengetkan bibir. Kesian jugak. Tak tanya pulak. Biasanya kami makan sama lepas pergi
tapak. Tapi hari ni sebab aku nak keluar
dengan Ayie lepas kerja, aku makan dulu tadi dengan Juita. Kesian Encik Mat. Tak pasal-pasal aku berlaku kejam dengan
pekerja sendiri.
“Lagipun, Ayie bukan
ajak Arya pergi dating. Kita nak dok sembang, bincang pasal majlis
je. Pada Ayie kalau tempat dating, dalam
bilik atas katil tempat paling cool.
Arya tak rasa macam tu?” soal dia
dengan kening yang terangkat tinggi tapi wajah yang... errr.. straight
face.
“Suka sangat atas katil
eh?”
“Tempat rehat, Arya...
situlah paling selesa, kan?” tukas dia
membuatkan aku rasa fikiran aku dah jauh menyimpang daripada cabang yang
sebenar.
Yellow
thinking. Tergores otak
nak hadap budak ni.
Dia melangkah. Aku pun terkial-kial meletakkan topi
keselamatan tadi dalam kereta dan terus berlari-lari anak mengejar langkah
Ayie.
Dia berpaling seketika
bila aku kian menghampiri.
“Nanti dah sah, kita
dating sepuas hati kat tempat paling sunyi dalam dunia ni eh...” Ayie kenyit
mata.
“Huh, kat mana? Dalam
kubur?” Okey, terkasar sikit bahasa kat
situ tapi aku memang menahan geram ni.
Ayie sengih dan
melekapkan telapak tangannya ke dada kirinya sendiri.
“Dalam hati Ayie... di
sini sangat sunyi dan aman. Tanpa
gangguan...” Dia gelak dan terus
berjalan meninggalkan aku dibelakang.
“Such a sweet talker!” Aku
mencebik.
Ayie angkat tangan ‘peace’
pada aku tanpa berpaling.
“Born with it...”
~~> bersambung
Nampak tak trademark SAK? nampak tak nampak tak? hehh... <3 span="">
perghhh...born with it lah....mmg mulut ada gula ini budak...muehehhee...
ReplyDeleteAda bau hanyir ni.. -,-
ReplyDeleteBorn with it ....i likeeeeeeee
ReplyDeletebau hanyir... so, tak nampak tak nampak, namun ada ketikanya ia hadir...
ReplyDeletesuper best... :D
ReplyDeletehahaha... kena ja Aryana dengan budak bawah umur ni.... termasuklah adik sendiri.... so sweettt.....
ReplyDeleteMacam ada bau hanyir je dengan Juita tuh. Hurm...Hurm...
ReplyDeleteape trademark tu RM?
ReplyDeleteborn with it?
ayie mmg sweet talker.
terbaik..nakal-nakal sayang nie
ReplyDeleteBorn with it.........suka2.....sweet talker like his father.......
ReplyDeletehehehe..such a sweet talker.
ReplyDeleteharap3 jumpa yg cm ni. kekeke.
hehehehe... trademark SAK...
ReplyDeletearyana=bau hanyir....ayie=born with it...
apa2 pun RM d' best
Hehehe cairrrrr lah klu camne ........ Next N3 kak RM
ReplyDeletelike father like son..ayie..ayie..
ReplyDeletesengih yo la...
ReplyDeletehuhu
suka time ayie buat peace tanpa berpaling :-)
ReplyDeleteadoyai..RM main pusing2 keluarga 69 nih hehehe
ReplyDelete-chah husain-
Born with it..sweet..hehe
ReplyDeleteohmaiii. ayie... sooooo sweet. tq rehan
ReplyDeletesooo sweeettt
ReplyDeleteOhmai.. Rehaaaan sayg u ketat2 .. B-)
ReplyDeleteDari tadi dok hati kata.. Adalah n3 baru,adalah n3 baru.. Hihi.. Makbul makbul.. Kumawo Rehan.. :-) taip laju2 eh tapi jgan lah sampai jari u lebam.. B-)
senyum memnjg bc.. :-)
ReplyDeletebaca sekali arung 5 n 6..juita terusik hati ke? ke nnti cabaran arya ni juita?...x sbr tggu diorg ni kawin
ReplyDeletea'a la..ttbe terbau smthing hanyir..ttbe balik nak kawen.jgn turn citer krncing manis jdi citer mati dehydrate da la
ReplyDelete>>k<<
like mother like son...suke yg matang :D..mantap ♥ RM..
ReplyDeletesemakin nakal ayie kan?hehe...hishh...aryan ni Xkan nk dua2 kembar tu kot...aryan time kcik2 dulu suka gaduh dgn auni...bg jelah aryan dgn auni pulak slps ni...hehehe...kak rehan nk edit blk psl umur tu,bagus la..X nmpk sngt prbezaan umur diaorang....7 thn,jauh glerr kot...haha..
ReplyDeletehahaha.. born with it..
ReplyDeletemmg anak papa la ayie ni..
best! =)
suka serious suka ayie n plus suka ayh dia jugak hahahahh :) born with it :)
ReplyDeleteHaha..."born with it"
ReplyDelete