Thursday, May 31, 2012

Suami Tak Kuhadap 11

BAB 11

RASANYA sudah hampir sejam aku berteleku di atas sejadah, bermunajat ke hadrat yang maha mentakdirkan perjalanan setiap manusia. Bermohon agar diampunkan dosa. Namun, entah mengapa, aku rasa semakin jauh daripada-Nya.


Semakin resah hatiku dahagakan rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Agung. Semakin tegang, semakin kacau malah terasa putus langsung dari rahmat-Nya.
Betapa kucuba usir resah dan dendam ini dari relung hati, semakin kuat rasanya terpalit dengan kebencian apatah lagi setelah aku sah menjadi isteri kepada anak tiri ayahku sendiri.

Hari ini, aku terpaksa pula berkongsi segalanya dengan dia. Tinggal di rumah yang pernah aku kumpul secebis kenangan dengan arwah ibu dengan insan yang bergelar suami tanpa kerelaanku.

Hanya kerana kepercayaan ayah kuat padanya dan juga kerana ada maruah yang hendak dijaga oleh darah keturunan Syed Syarifah itu. Sedangkan tiada siapa bertanya akan hakikat yang diri ini rasakan.

“Syai…”

Aku dengar Budriz menyeru namaku lembut setelah dia hampir pada katil dan duduk di birainya. Sejak kami dinikahkan siang tadi, wajahnya resah.
Nenda juga tidak ada di majlis kami. Biarpun dia menjatuhkan kepalanya memberi izin, namun restunya tiada. Aku tahu itu. Riak wajah dan bahasa tubuhnya jelas bercerita tentang segalanya.

Soalannya tidak kusambut. Aku angkat tubuh dari sejadah lantas aku angkat sejadah tersebut lalu aku sangkut pada penyidai dan telekung aku buka dan sangku juga pada tempat yang sama.

Aku rapat pada almari solek dan aku duduk di depannya. Menyikat rambut lurus dan panjang milikku seperti kebiasaannya. Andai dulu ada ibu mengikat rambutku sebelum ke sekolah dan akhirnya, aku yang perlu menjaga ibu setelah dia sakit dan hingga kini, aku menjaga diri sendiri setelah dia pergi.

“Syai marah abang?” soal Budriz lagi.

“Orang gila je tak marah dengan apa yang kau buat pada aku ni, Budriz!” bentakku agak kuat.

Mata ini sengaja aku larikan daripada terus bertembung dengan anak matanya dari dalam cermin. Sedaya upaya aku cuba bertenang tak mahu mengamuk sakan pada malam pertama pernikahan kami ini.

“Abang minta maaf, sayang…,” ujarnya lagi.

Sikat di tangan aku letak lantas aku ikat rambutku menjadi tocang satu dan bangkit berlalu ke almari. Beg pakaian tarik dari atas almari dan aku kini sudah bersedia hendak mengisi beg galas itu dengan pakaian milikku.

Tanpa sedar ada tangan yang menyentuh pergelangan tanganku membawa tindakanku terhenti. Pakaian pertama yang aku sumbat ke dalam beg galas itu ditarik keluar secara kasar. Lantas dia campakkan di atas permaidani.

“Syai nak buat apa ni?” tanya dia keras.

“AKu nak keluar dari rumah ni. Ni bukan rumah aku!”

“Rumah kita. Rumah keluarga kita,” jawab Budriz pantas.

“Hey Budriz! Ini rumah kau dan keluarga kau. Aku tak ada hak atas rumah ni lagi setelah apa yang berlaku…”

“Dan abang ada hak ke atas Syai setelah apa yang berlaku hari ni!” tekan dia agak tegas. Genggamannya pada lenganku tak dilepaskan malah semakin erat dan kejap.

“Hak apa yang kau nak cakap ni? Hak atas aku sebagai seorang suami? Suami yang nikahi aku dengan sejuta penipuan pada keluarga? Suami yang nikahi aku setelah mencalarkan maruah aku sebagai seorang wanita? Suami macam tu ke yang kau nak cakap? Suami yang buat aku dihukum oleh keluarga? Macam tu ke?” tanyaku lantang.

Dia merengus pendek dan menarik sebelah lagi tanganku ke dalam genggamannya. Dia nampak segak biarpun hanya mengenakan baju melayu dan kain pelikat namun langsung tidak mampu menjentik rasa di hatiku malah terbelit pula dengan rasa benci.

“Abang minta maaf dengan Syai. Salah abang sebab buat kenyataan palsu pada keluarga tapi itulah satu-satunya cara untuk abang buat Syai ada di sisi abang. Ada bersama keluarga kita,” jawab dia lembut merayu.

Aku menggeleng bersama senyuman sinis. “Cara yang paling hina macam ni? Cara apa macam ni, Budriz? Cara untuk terus buat ayah buang aku jauh-jauh dari hidup dia sebab dia lebih percayakan kau dari aku?”

Budriz tunduk lama menerima soalanku tanpa henti. Namun, tangan kami masih bertaut erat. Betapa aku cuba lepaskan tautan, semakin dia menarik membuatkan aku kalah dengan kudrat lelakinya. Bila dia angkat wajah, mata itu merah dan wajah itu mendung amat.

“Ada ke sekali Syai nak dengar kata-kata abang dari dulu hingga kini? Ada ke sekali Syai nak diam dan terima nasihat abang kalau abang tak pakai cara macam ni? Ada ke sekali Syai nak cakap baik-baik dengan abang biarpun abang cuba berbaik dengan Syai dari dulu sampai sekarang?”

Dia menyoalku lemah.

“Cara macam mana lagi untuk abang buat Syai dengar kata abang? Cara macam mana lagi untuk abang ikat hati sekeras tugu ini untuk ada bersama abang dan keluarga yang lain? Syai ada cara lain? Syai cakap pada abang sekarang?”

Kali ini, aku hampir terkedu. Benar kata Budriz, sejak dari dulu aku tidak pernah sekalipun bercakap lembut dengannya. Tidak pernah sepicing pun aku terima nasihat dan kata-katanya.

Pada pendengaranku, kata-kata dan nasihat dia langsung tidak bernilai. Langsung tiada berharga dan layak dipijak-pijak saja. Langsung tidak pernah berbekas di hati dan minda.

Kali ini, aku rentap tanganku sekuat mungkin hingga terlucut genggaman Budriz. Rasa pedih di pergelangan tangan akibat cengkaman kudrat jantannya.

“Kalau dulu aku tak pernah nak dengar kata kau, kenapa sekarang kau rasa aku nak dengar kata-kata dan pujukan kau?” soalku sinis.

Dia telan liurnya berkali-kali sebelum menjawab. Wajah itu semakin diamuk resah. Aku tahu, dia sendiri sedang berperang dengan keinginannya.

“Sebab Syai tak pernah nak dengar dan abang yakin Syai tak akan pernah dengar walau sepatah ayat abang. Sebab itulah abang ikat Syai di sisi abang dengan cara ni,” jawab dia.

Aku terus gariskan senyuman. “Apa yang buat kau yakin yang kamu mampu ikat aku di sisi kau, Budriz?” Aku menyoal berani.

“Sebab hubungan kita ni adalah hubungan hidup mati. Hubungan jiwa hubungan dua hati…”

“Hati yang mati. Hati yang langsung tak pernah hidup untuk cinta,” pangkasku.

“Abang akan hidupkan. Abang akan kembalikan jiwa dan nafas dalam hati Syai,” akui Budriz bersungguh-sungguh.

Bila dia hendak menarik tanganku sekali lagi, aku pantas mengelak dan membawa tubuhku menjauh dari dia. Menapak setapak demi setapak ke belakang sedang Budriz juga maju selangkah demi selangkah mendekatiku.

“Kau yang bunuh jiwa aku, Budriz. Kau, ayah dan bonda kau yang buat aku macam ni. Kau tahu itu, kan?” Kali ini, aku mengendurkan suara.

“Abang tak salah, Syai…” Dia menggeleng berkali-kali.

“Berapa kali abang nak tegaskan. Jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Abang sayangkan Syai. Dari dulu lagi. Tak mungkin Syai tak nampak kasih sayang abang untuk Syai.”

“Kau tak hebat untuk hidupkan kembali hati aku, Budriz!” Aku ketawa tipis. Tawa yang aku buat-buat.

“Abang tak hebat tapi abang ada keyakinan atau Syai rasa hati Syai mampu hidup hanya dengan Faez? Macam tu?”

Tersentak aku seketika bila lidah Budriz lancar menyebut nama Faez. Jantan pengecut yang ingin aku carik hati dan wajahnya.

“Dia tak ada kaitan dalam hal ni!” ujarku membantah.

“Ada. Sebab dia pernah miliki hati Syai yang mati tu. Atau Faez sendiri tak pernah mampu hidupkan hati Syai dan Syai hanya hidup dengan dia dalam kepura-puraan saja? Sekadar nak mengisi kesepian hati Syai?” tanya Budriz megah.

Wajahnya berubah. Andai tadi keruh resah dan kali ini, wajah itu penuh sinis. Ada bunga tawa yang penuh sindiran pada hujung bibirnya dan pada bening mata yang kain redup itu.

“Sebab hati aku dah mati, tak mungkin kau mampu hidupkan semula, Budriz. Andai Faez tak mampu hidupkan hati aku selama ni dan dia hanya jadi peneman resah seperti kata kau, jauh sekali kau. Kau langsung tak layak untuk miliki hati aku. Dan hati aku, tak pernah menyebut nama kau, Budriz. Dengan kata mudahnya, aku terlalu bencikan kau sampaikan aku dah tak ada kata-kata yang nak diluahkan untuk menyatakan rasa benci aku ni,” beritahuku tenang.

Wajah Budriz nampak berkerut sana sini. Terang terentang kerut pada dahinya cuba mencerna kata-kataku.

“Jangan kau ingat, lepas apa yang kau buat ni kau mampu miliki aku. Kau mampu buat aku ikut kata-kata dan cara kau. Katalah apa saja. Jangan kerana sayang atau kau rasa nak ikat aku bersama keluarga, aku akan terima perkahwinan palsu kita ni, Budriz…” Aku menggeleng berkali-kali menguatkan lagi penolakanku padanya.

“… tak mungkin. Tak akan. Aku akan tentang kau selama aku masih bernafas ni!” sambungku lebih tegas biarpun suara ini separuh berbisik.

“Syai sedang tolak kehendak takdir…,” sela dia.

“Sebab takdir hidup aku dah lama mengajar aku erti sebuah penderitaan angkara kau dan semua orang!”

Budriz meraup wajahnya. Tangan itu naik ke atas kepala dan meramas rambutnya kasar. Mata itu terpejam seketika sebelum kembali merenungku yang telah berdiri tegak di sisi almari solek.

Langkah Budriz juga mati. Tubuh itu nampak kaku di depanku. Tegap berdiri bagaikan sedang menanti aku menjatuhkan hukuman buat dia.

“Jangan cabar abang selagi abang mampu bertahan ni, sayang,” keluh dia sambil meraup wajahnya sekali lagi.

Aku ketawa kecil. “Kalau memang aku cabar kau, apa yang kau boleh buat?”

“Syai tak akan terfikir apa yang abang mampu buat pada Syai,” jawab dia resah.

Nafasnya kian mendesah kasar. Langkahnya juga makin maju padaku. Perlahan-lahan, sedikit demi sedikit.

“Maafkan abang, sayang. Abang tak ada pilihan lain selain buat Syai macam ni,” ujar dia dan kali ini lebih bersungguh-sungguh. Langkahnya mati lagi.

“Aku juga tak ada pilihan lain melainkan buat kau terus seksa selama bersama aku, Budriz. Sekali lagi, aku nak tegaskan… lepaskan aku dengan cara baik dan katakan yang benar pada ayah, bonda dan nenda kau pasal kita. Aku tak pernah terlanjur dengan kau. Kau tak pernah usik aku walaupun pada hujung jari. Kembalikan air muka aku dan aku akan lupakan segalanya. Kita berpisah saja di sini dan aku tak kan muncul depan kau lagi,” tegasku lalu aku angkat tangan menyilang ke dada dan membawa punggungku berlabuh di birai almari solek.

Telah terluah apa yang terbuku di dalam hati sejak siang tadi. Ada urusniaga yang aku mahu lakukan dengannya. Berharap dia setuju kali ini dan aku benar-benar mahu berlalu sejauh mungkin dari mereka. Biar langsung tak terbias dek pandangan mata.

Dia menggeleng tiba-tiba. “Abang tak boleh penuhi permintaan Syai tu,” ucap dia dengan mata yang mula memerah.

“Abang akan akui pada semua yang abang bohong. Abang akan akui pada ayah, bonda dan nenda yang Syai suci. Abang tak pernah usik Syai tapi dengan syarat, kita mulakan hidup baru. Abang suami Syai sekarang. Syai isteri abang, ya sayang?”

Aku tersentak sendiri. Entah bila Budriz sudah rapat padaku dan dia kini sedang mengelus pipiku sebelum turun melelar pergelanganku lalu cuba menarik tubuhku rapat ke dada bidangnya. Perlahan-lahan aku menggeleng.

“Tak mungkin, Budriz! Tak akan!’ tempikku kuat. Bergema seluruh bilik.

Dadanya aku tolak kasar membuatkan di berundur setapak dua ke belakang cuba mengimbangi tubuhnya yang hampir terjatuh.

“Aku jijik nikah dengan abang tiri sendiri!” sambungku lebih kuat.

Budriz ketawa pula. Bermula dengan hanya tawa halus, dia akhirnya meledakkan tawa kasarnya biarpun aku tahu, tawa itu adalah sindiran buatku.

“Baru sekarang Syai nak mengaku yang kita ni adik beradik tiri?” tempelaknya bila tawanya reda. Aku ketap bibir. Sedar akan keterlanjuran mulutku menutur kata.

“Aku tak pernah nak mengaku la, Budriz!” pintasku menidakkan kebenaran. Menegakkan benang yang sudah sedia basah.

“Kalau aku tahu macam ni akhirnya hubungan kita, aku nak je berlakon mengaku yang kau tu abang tiri aku.”

“Toksah nak berlakon, Syai… sedangkan itulah hubungan kita sebelum ni. Dan abang harap Syai jangan sesekali ucapkan perkataan kalau tu. Sebab segalanya dah tertulis yang Syai tu akan jadi isteri abang,” ucap dia.

“Eh, Budriz. Kita suami isteri pada surat nikah je. Bukan aku yang nak sangat nikah dengan kau. Kalau kata kau tak nak mengaku pun yang kau perangkap aku, kau tak perlu nak paksa ayah nikahkan kita sebab aku memang jijik dengan kau!” cebikku kasar.

Budriz tersenyum tawar. “Dan abang tak pernah rasa jijik dengan Syai dan Syai jangan berharap yang abang akan lepaskan Syai. Lafaz Sakinah tu untuk selamanya Syai. Bukan untuk sehari dua,” tegas dia.

“Itu janji abang pada ayah, pada diri sendiri dan yang penting pada Allah, Syai. Janji abang untuk menjaga Syai sebagai amanah abang,” sambung dia agak lirih.

Aku memandang ke siling yang putih. Memandang kipas yang semakin ligat berputar. Andai aku tidak rebah, jatuh pitam beberapa hari sudah, tentu aku telah selamat berjauhan dari mereka. Andai aku berkudrat tempoh hari, sudah tentu akan kusanggah habis-habisan keputusan mereka.

Namun, ketegasan nenda membuatkan aku tak mampu berkata apa. Biarpun aku terlalu kejam melayani Budriz dan Mak Usu serta ayah, rasa hormatku pada nenda dan Mak Long Sarimah menebal juga. Tewas di situ bila Mak Long Sarimah bersuara. Bagaikan ibu memujukku.

“Kenapa aku tak sudah-sudah nak rosakkan hidup aku, Budriz? Apa lagi yang tinggal untuk aku sampai macam ni sekali kau pedajalkan aku?” soalku agak serak. Melawan sebak dan airmata yang makin bertakung di birai kelopak mata.

Angin malam yang menerobos masuk melalui pintu luncur semakin berhembus garang. Bagaikan ada titisan yang akan menyimbah bumi, memberi kenyamanan setelah seharian dilanda kehangatan.

“Sebab…” Suara Budriz mati seketika. Tenggelam dek nafas yang semakin lelah.

“Abang cintakan, Syai. Dari dulu, kini dan insyaalah… selamanya,” akui dia akhirnya.

Mataku terbuntang luas. Detak di dada hampir memecah dan meremukkan tulang rusuk. Tubuhku kaku berdiri. Tegak bagaikan tiang. Rasa terhenti waktu. Bagai terkaku putaran dunia. Hening, sepi melanda diri. Malam yang semakin dingin ini terasa hangat menjalar ke seluruh jasadku.

“A…apa… kau cakap, Bud.. Budriz?” Bibirku bergetar hebat. Seluruh tubuhku menggeletar menahan rasa terkejut.

“Abang cintakan Nur Syaima. Bukan hari saat abang terima nikah siang tadi. Tapi, dah lama. Saat pertama kali abang lihat Syai masa kita kanak-kanak lagi. Memang abang ingat tu sayang abang pada adik. Tapi, lama-lama abang yakin, itu bukan sekadar abang pada adik tapi lebih dari tu, Syai. Abang ada keinginan pada Syai yang abang sendiri tak tahu nak gambarkan macam mana,” luah dia menjawab pertanyaanku.

Budriz nampak menelan liur berkali-kali. Sekejap dia bagaikan kehilangan kata dan sekelipan pula nampak penuh keyakinan. Sukar hendak kutebak lelaki ini. Apakah yang sedang dia katakan ini? Tak sudah-sudahkah dia mahu menduga kesabaranku?

“Kau jangan main-mainkan aku, Budriz! Pengakuan kau tak akan buat aku tunduk mengalah!” bantahku keras.

Dia menggeleng. “Sayang dengar apa yang abang nak cakap ni,” pinta dia membuatkan aku terdiam seketika.

Tanpa terduga, hati ini memberi ruang agar dia terus bersuara. Namun mata ini, terus tajam menatapnya. Tak berganjak biarpun sesaat.

“Abang pernah peluk Syai dan minta Syai nilai dengan hati tentang abang. Bukan dengan dendam dan amarah Syai. Tapi…” Budriz menggeleng seketika.

“… Syai tetap tak dapat rasa apa yang abang rasa. Abang sakit bila lihat Syai bersama orang lain. Memang abang paksa Faez tinggalkan Syai. Memang abang berani mati bila abang akui yang Syai kandungkan anak abang. Memang salah abang sebab jatuhkan maruah kita tapi abang tak mampu halang hati abang untuk cintai Syai. Sejak dulu, Syai satu-satunya. Dan hari ini, Syai tetap yang satu itu. Payah sangat ke Syai nak terima abang dalam hidup Syai?”

Mata Budriz nampak berkaca-kaca. Dadanya juga kian berombak kencang. Ada renik peluh yang menitis di dahinya. Kaki itu juga bergerak sedikit demi sedikit mendekat padaku yang masih terkaku menahan tubuhku sendiri agar tidak terjelepuk mendengarkan pengakuannya.

Aku ketap bibir sekuat hati. Tangan ini aku genggam seeratnya. Bila-bila masa pasti mencari sasaran.

“Aku benci cinta kau, Budriz!” luahku geram.

Jika aku mampu, aku benar-benar mahu toreh wajah tampan di depanku kini. Biar dia merasa pedihnya. Biar dia merasa beratnya beban di bahu dengan pengakuan gilanya itu. Budriz menggariskan senyuman tipis. Kelat seperti biasa.

“Ikut suka Syai lah nak cakap apa pun. Yang penting, tolong jaga sikap Syai sebab abang dah ambil alih tanggungjawab menanggung segala dosa Syai daripada ayah. Lagi satu, abang haramkan Syai keluar dari rumah ni!” tekannya lantas berlalu ke pintu bilik.

“Budriz!!” tempikku kuat mematikan langkahnya.

“Aku tak pernah hadap cinta kau! Dan kau sendiri adalah suami yang aku tak hadap! Tak mungkin dan tak akan aku anggap kau sebagai lelaki yang sah di sisi aku. Tak akan!” bentakku bagaikan hilang pedoman lagi.

Memuntahkan maki hamun pada Budriz yang nampak terpaku memandangku tanpa berkedip. Lambat-lambat Budriz berpaling semula dan menapak gagah ke arahku semula.

Tanpa kata, dia mengcengkam kedua belah bahuku dan membawa belakang tubuhku rapat ke dinding di sisi almari solek. Rambut yang terikat kemas, ditariknya membawa rambutku lepas bebas.

Bila kedua tanganku ditolak rapat ke dinding, wajah itu kian mendekat dan sebelum sempat aku membuka mulut, bibir Budriz mematikan segala suaraku beberapa ketika. Setelah tautan bibirnya terlepas, dia senyum memandangku yang terdiam terkelu menerima tindakan Budriz yang tak terduga.

“Kalau abang tahu abang mampu diamkan Syai macam ni, dah lama abang buat, sayang,” bisik dia mesra.

Tanganku dilepaskan. Dia membetulkan baju melayu dan juga rambutnya lalu membawa kedua belah tangannya mengunci tubuhku di tengah-tengah.

“Sebelum ni kita tak pernah ada hubungan darah tapi tak lama lagi, darah kita akan bersatu. Ini janji abang untuk Syai,” gumamnya sekali lagi.
Setelah itu, dia terus berlalu. Kala daun pintu rapat, barulah aku tersedar apakah yang telah terjadi.

“Aku bunuh kau, Budriz!” tempikku kuat.

Cermin solek itu aku pandang lama. Benci melihatkan diri sendiri kala ini. Aku tenyeh bibirku berkali-kali namun bila aku rasakan ada wajah Budriz yang bersorak sarai mengejekku, tangan yang sedia tergenggam kemas naik mencari sasaran lalu bayangan wajah Budriz berkecai bersama darah merah yang mengalir dari buku limaku.

“Ya Allah, mengapa jauhnya aku dari rahmat-Mu?” tanyaku bersama hati yang pedih. Setitis air mataku gugur jua.

~~> bersambung

Cik Penulis :

1. Maaf lambat update sbb cuti terus lemau
2. Hasil kerja rasa kurang OK sebab hasil kerja penulis kena writer's block ni
3. Harap layan, komen dan maaf atas kekurangan
4. Sayang kamu..

45 comments:

  1. do u mean this chapter last entry

    ReplyDelete
  2. la... last ker???

    ReplyDelete
  3. mmm...mmg layan...dh stop ke??

    ReplyDelete
  4. Best.....tak sabar nak tunggu next chapter...tahniah RM....

    ReplyDelete
  5. huaawwaa....da la rindu x surut2 lg..tetiba da kena stop.hehe...xpe..congrat's

    ReplyDelete
  6. La....last chapter ker.......lama lg ni tggu ni.....he...he...he....

    ReplyDelete
  7. bestnye tp nti dh xde ke dkt blog??

    ReplyDelete
  8. ala dah last ke kak rehan. xmo la stop lg. update la 2-3 n3 lg. huhu

    ReplyDelete
  9. Congrats kak rehan, waiting for next entry, <3

    ReplyDelete
  10. nak cerpen blh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca cerpen cinta yang kau bunuh. ni la idean utk novel stk ni kot. rasenye lah

      Delete
  11. Semoga penulis menyambung lagi dgn entry terbaru....

    ReplyDelete
  12. last chpter ke??
    ala...
    bru nak feel..
    dah stop...

    ReplyDelete
  13. karehan.ada beberapa kesalahan.
    ejaan mencengkam dieja mengcengkam
    pastukan, blh x ganti kedua tu jadi kedua-dua. itu istilah yang betul sebenarnya~.

    tahniah kerana dibukukan. walaupun sepenuh hati harapkan tamat kat blog.tapi rezeki jangan ditolak.tahniah~~!!!

    ReplyDelete
  14. ops lupa nak cakap. rindu gila kat kecoolan Budriz n kegedilan Syai...rindu gilerk

    ReplyDelete
  15. alahhhh...ni yg x best nie....:(

    ReplyDelete
  16. laaa jgn le yg last, nxt n3 plsss

    ReplyDelete
  17. hrp x amik masa lama sgt nk kuar...
    congrats

    ReplyDelete
  18. best lah.. tp takkan en3 smpy sini je.. baru nk hayati,,
    btw,, congrat to the writer...sebab novel2 ni best2....
    #hope ada n3 lg..

    ReplyDelete
  19. Ala akak jgn a stopkan. Tngh best cte ni. Cik writer plesssss!!!

    ReplyDelete
  20. ala,dah last ke...cpatnya..

    ReplyDelete
  21. walauweh, dendam yg x de hujungnyeh da nih kot. hahahahhah. only budriz jeh kot yg dapat kwl syaima

    ReplyDelete
  22. Last entry kat blog ke ni????
    Ala....tambah lah lagi...

    ReplyDelete
  23. wahahaha i like SAB diamkan syai hehehehe...

    ade ke RM tlis kat ctu last n3..xde pun kan..

    xpe la RM lmbt pun..tetap mngu dgn sabar..ari2 cek blog kot ade n3 baru ekeke..

    sayang kamu juga ^__^

    ReplyDelete
  24. kena blocked mungkin akan pulih seperti sediakala dlm masa 2mgu .....
    sabau jeee laa ye!

    ReplyDelete
  25. aiya.. ramai yang salah paham tang block writer tuh.. bukan bermaksud kak an nk stop kan cite nih.. kak an, ok jeh.. x ada y kurang pun.. =)

    ReplyDelete
  26. terbaik RM...
    smbung lg...
    nice...=)

    ReplyDelete
  27. hehe best3 nak lagi..biar gado hari2 tp romantik... syai ngamuk hari2 tau....

    ReplyDelete
  28. nak lagi next n3 baru...jgn la stop lagi hehe...

    ...Dg. Siti...

    ReplyDelete
  29. best.. tlg smbng lg...

    ReplyDelete
  30. best je kak..xde yg kurg pun...terbaik la!!!

    ReplyDelete
  31. Best, hopefully ada lagi sambungannyer.

    ReplyDelete
  32. Haih~ darah tinggi betol la syai ni...tiap2 hari nak ngamuk..hihi :P

    ReplyDelete
  33. Hmm... xde yg kurg pn. bestlah riz dpt kiss syai then wt dia diam. syai tumbuk crmin ke wt tgn dia drh? smbung lg k. i'll be here! still waiting n waiting.

    ReplyDelete
  34. makin best citer ni..
    cpat2 la smbung eyh..

    ReplyDelete
  35. aaa..... x sbar nk tggu nxt n3 .. best!!! nk tau mcm mne SAB nk lembutkn ati syai...

    ReplyDelete
  36. Susah juga nak lembutkan hati Syai yang dah lama beku tu.... kena banyak sabar Budriz .... harap sangat Budriz boleh kembalikan hati Syai dangan belaian dan kasih sayang yang selama ini Syai rindui dari Ayah sendiri ......

    ReplyDelete
  37. cik rehan... awk wat saya nak menangis la... sedey tau.. heheh....
    x de new n3 ke or dh nk jadi buku citer nie???

    ReplyDelete
  38. Best ni! tak sabar nak tunggu novel ni keluar! Kalau boleh cepatkanlah....

    ReplyDelete
  39. Bermula episod permainan emosi syai hehe

    ReplyDelete
  40. padahal enak banget baca nya , ngak ada lanjutannya ?

    ReplyDelete