Sunday, February 10, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 22


BAB 22

ENTAH mengapa, aku tergerak hati hendak menghubungi Alan dan Izue.  Aku tahu mereka merindu dan aku juga begitu.  Merasai rasa yang sama namun seperti aku katakan, ada perkara yang membataskan pergaulan.  Sepatutnya dari dulu tapi agak lambat aku sedar.  

Cumanya pada aku, itu lebih baik dari tak tersedar langsung.  Satu perkara yang pasti, mereka pasti terkejut dengan penampilan aku sekarang.  Boleh jadi terjojol biji mata, boleh jadi juga rahang jatuh ke bawah. 
“Kau gila!  Kat mana kau ni sebenarnya?  Dalam bumi lagi atau dah tercampak ke Marikh?  Nak jauh lagi aku bagi Pluto?  Atau dah tak ada dalam dunia ni?” 
Berdesing telingaku bila dibidas oleh Izue.  Pedih dan terhiris.  Lantang sungguh mulut dia berbicara.  Barangkali nak sungguh lihat aku tiada lagi dalam dunia ni.
“Sedap je mulut kau mengata aku, kan?” 
“Eh, mana ada aku mengata, aku tanya khabar,” jawab Izue lebih menyakitkan. 
Aku diam seketika.  Mencari ayat yang sesuai untuk aku ucapkan pada dia moga marahnya reda.  Aku tahu, dia begitu kerana dia marah.  Marah atas kehilangan aku.  Marah kerana aku pergi tanpa pesan.  Biarpun kami masih dekat tapi aku sebenarnya sudah makin jauh. 
“Korang sihat?” 
“Kau apa kisah kami sihat ke tak?  Kau ikut suka kau je, kan… blah macam tu je?  Tak ada nilai langsung kami ni pada  kau!”  bentak dia masih tak puas hati.
Aku senyum.  “Korang rindukan aku, ya?”
“Aku benci!”  cemuh Izue tapi tetap membuatkan aku tersenyum. 
“Kalau benci, aku letak jelah telefon ni.  Lagipun syiling tak banyak ni.  Lain  kali aku tak telefon lagi.”  Sengaja aku mengugut Izue dan sungguh, dia menahan aku dari meletakkan gagang.
Naqi, wait… we miss you.  Kau pergi mana?  Kat mana ni?  Sihat?”  Suaranya kembali lembut.
Aku menggariskan senyuman yang kian lebar.  Puas hati bila Izue termakan umpan pancingku.
I miss you both… too.  Aku ada je.  Sihat dan bahagia.  Malah semakin bahagia.  Jangan risaukan aku dan maaf…”  Kata-kata aku terhenti di situ. 
Sebak mula mencengkam dada mengingatkan kenangan lalu.  Kenangan bersama mereka dan pastinya… muzik.
“… sebab pergi tanpa pesan.  Sungguh aku perlu cari diri sendiri.  Cari arah tujuan aku hidup dalam dunia ni…”  Aku menyambung perlahan.
Keluhan Izue menyapa telinga.  “So, dah jumpa apa yang dicari?” 
Aku mengangguk sendiri.  Lucu bila aku tahu Izue pasti tak tahu.
“Aku tahu kau dah jumpa diri kau sendiri.  Dah jumpa apa yang kau cari tapi kenapa masih nak menyorok?  Biarkan kami mencari, biarkan keluarga kau merindu dan biarkan Ariq gila bayang?”  tanya Izue. 
Mendengarkan nama Ariq, telapak tangan aku pantas singgah ke dada kiri.  Terasa menyengat di situ.  Tak ubah nama Ariq tu bagai tebuan tanah.  Sengatnya meninggalkan kesan yang mendalam. 
“Aku tak menyorok, Zue… aku ada je.  Sentiasa ada.  Memerhati dari jauh.  Mungkin korang dah tak kenal aku.  Sebab aku bukan lagi Naqi yang dulu.  Aku dah lain dan aku harap perubahan aku ni memberi makna pada diri sendiri dalam mencari cinta… cinta abadi.  Cinta Tuhan,” balas aku lemah.
Izue mengeluh lagi.  “Mencari Tuhan tak memberi syarat untuk kita memutuskan silaturrahim, Naqi.  Kami kawan kau.  Kami dah pernah cakap, kami akan bantu kau tapi kau tetap tak percayakan kami, kan?  Kononnya tak nak susahkan kami, kan?” 
Hati aku menjawab ya bersama anggukan lemah.  Memang begitu pada asalnya.  Aku tak mahu menyusahkan mereka lagi.  Mereka baik tapi sampai bila harus aku bergantung harap pada orang sedangkan keluarga sendiri pernah membuang aku dari hidup mereka.
“Kau tak rindukan keluarga kau, Naqi?  Biar pun kau tak rindukan kami, keluarga kau sendiri, macam mana?”
“Aku keluar dulu sebab mereka tak perlukan aku…”
People change, Naqi.  Everything’s change.  You too… they too.  Aku juga dan Alan pun sama…” sampuk Izue pantas.
Aku mengoyak senyum tipis.  “Ariq too…” ujarku cukup perlahan.
Izue ketawa.
“Ariq lelaki yang sangat setia, Naqiah… dia terlalu baik untuk kau persiakan cintanya.”
Bagai sukar hendak aku percaya bila Izue memuji Ariq.  Mungkin benar Ariq setia pada cinta tak tercapai antara aku dan dia tapi bila dia akan menikahi Kak Diah, di mana lagi harga setia itu? 
“Setia itu ibarat debu, Zue.  Terlalu ringan untuk kita pertahankan.  Ada masanya, setia itu akan terbang begitu saja, menghilang di udara bila ditiup angin tanpa kita sedar bila, di mana dan pada siapa setia itu akan beralih arah.  Ariq pun sama… aku juga,”  ujarku mahu mempertahankan yang Ariq setia tapi setianya bukan lagi pada aku.
“Kau dengan aku jangan nak melankolik sangatlah, Naqi.  Kau terus terang je apa yang cuba kau sampaikan ni.  Kau nak cakap Ariq tu ada perempuan lain?  Mana kau tahu?” 
“Aku tahu!”  bentak aku tak sengaja.
“Aku tahu sebab aku dah dengar dengan telinga aku sendiri.  Dia bakal menikah, Zue dan sayang, pengantin perempuannya bukan aku!” 
Izue diam.  Lama.  Langsung tak membalas kata-kataku.  Hanya helaan nafas halus dia yang menyapa peluput telinga. 
“Bila kau dengar?”  soal dia akhirnya.
“Dalam sehari dua ni,” jawabku.
“Ada masanya yang kita dengar tu tak seperti apa yang sedang terjadi, Naqi.  Boleh jadi kau salah faham…”
“Tak ada yang salah, Izue… semuanya tepat dan benar.  Tapi, tak ada apa yang aku nak kesalkan malah aku bersyukur sebab bila Ariq menikah dengan Kak Diah, setidak-tidaknya aku dapat kakak aku.  Boleh jadi aku akan dapat kasih sayang mak aku jugak seperti mana aku harapkan selama ni,” ucapku dalam gembira yang aku buat-buat. 
Sejujurnya aku agak gembira tapi banyak lagi kecewa.  Ariq mencintai tapi aku tak mampu membalas.  Ariq setia tapi setia itu tak lagi untuk aku. 
“Ya…”  keluh Izue. 
“… kau akan dapat kasih sayang kakak dan mak kau mungkin tapi sayang… in return you’ll have no soul.  Hati bakal mati dan sengsara lihat orang tersayang jadi milik orang lain.  Orang tu adalah darah daging sendiri.  Kita tunggu dan lihat, Naqi… sama ada kau mampu bertahan atau pun tidak waktu tu.  Kalau kau mampu bertahan, memang kau Naqi tapi kalau kau tak mampu bertahan, kau adalah Cinta Nur Naqiah,” putus Izue pada aku.
Aku tahan hati dengan kata-katanya yang penuh sindiran dan sinis yang menyakitkan.  Tapi aneh, biasanya waktu begini dia berdua dengan Alan tapi sejak tadi, hanya dia berbicara dan suara Alan tiada menyampuk.
“Aku rindu Alan jugak,” beritahuku pada Izue.
“Dia busy.  Ada dekat rumah keluarga dia.”
“Dia dah tak menyewa dengan kau ke sekarang?  Dia tinggal dengan family dia ya?  Sejak bila?” 
“Sejak kau pergi… terlalu banyak perkara yang jadi, Naqi.  Terlalu banyak perkara yang tak mampu kau duga telah terjadi.  Aku sendiri tak percaya tapi inilah takdir,” ujar Izue.
Aku senyum.  “Dengar macam banyak sangat berita mengejutkan ni… cuba cerita dekat aku sikit kenapa?  Nak juga tahu cerita kawan-kawan aku yang tersayang ni?”
“Kalau kau nak tahu, kau cari aku dan Alan.  Aku tak suka bercerita dalam telefon ni.  Takut putus… spoil mood aku je.  Nak-nak kau tu call aku pakai public phone je.  Takut aku tahu nombor kau, kan?”
Wajah yang baru hendak ceria, mendung kembali menerima kata-kata Izue.
“Tak sampai masa lagi.  Kau tahu kan… Kak Diah nak kahwin?” 
“Erm…”  Izue membalas pendek. 
“Insya-Allah, aku tunggu kad dari Kak Diah… hari tu aku akan jumpa korang.  Buat masa sekarang aku tak sedia lagi,” beritahuku pada dia.
“Hari yang akan buatkan kau menitis airmata, kan?  Okey… okey… aku tunggu hari tu nak tengok  Cinta Nur Naqiah melalak tengok lelaki dia cinta, naik pelamin dengan kakak sendiri!”  ujar Izue menambahkan garam pada hati aku yang telah lama luka.
“Sampai hati kau, Zue…” 
“Kau pun sampai hati seksa diri sendiri, Naqi.  Listen… muzik dan cinta satu kesinambungan.  Lirik dan lagu juga akan menjadi satu melodi.  Kau tinggalkan muzik, itu tak salah bila kau rasa ia mula melalaikan kau tapi kau tinggalkan separuh hari kau itu adalah sangat luar biasa, Naqi.  Aku tahu, tanpa melodi Ariq, lagu dan lirik yang kau tulis tak memberi makna lagi.  Tanpa lagu dan lirik kau, melodi hidup Ariq semuanya tak kena…”
Termenung aku sendiri menerima kata-kata akhir Izue sebelum aku terpaksa meletakkan gagang bila kehabisan syiling.  Telefon bimbit aku pandang lama.  Rasa hendak menghubungi dia semula tapi aku bertahan.  Bertahan hingga tiba waktu dan saatnya. 



PANGGILAN telefon membuatkan aku terpaksa berhenti dari terus mengikat surat khabar lama tersebut.  Tauke Chin pula sibuk di luar dengan beberapa orang pelanggan lain.  Pekerja lain juga masing-masing sibuk dengan tugas mereka.
Meja Tauke  Chin aku dekati.  Gagang telefon aku capai dan terus aku lekapkan ke telinga. 
“Kilang surat khabar Chin,” jawab aku. 
Suara di hujung talian ketawa.  “What a day.  Bertuah sungguh bila suara ni menjawab.  Ariq here.” 
Aku kejung.  Suara dan nama Ariq berdengung dalam kepala. 
How are you, girl?  Abang ingat Naqi dah lari jauh lepas kes  minggu lepas tu?”  tanya dia lagi.
Aku masih tinggal diam.  Tak ada niat hendak menjawab soalannya. 
“Abang rindu, Naqi,” ukui dia.
Aku masih juga diam.  Ariq juga diam.  Talian sepi.  Hening bagaikan hanya ada aku dan dia dalam dunia ni. 
I call Tauke Chin for you,” ujarku tiba-tiba tapi Ariq menahan.
Nope… abang memang telefon nak cakap dengan Naqi.  Nak dengar suara budak degil ni.  Abang boleh dapatkan nombor telefon Naqi dan alamat tempat Naqi tinggal dengan mudah tapi abang nak Naqi sendiri bagi tahu abang.  Abang tak nak paksa, sebab tu abang nanti.  Ini abang telefon sebab tak tertahan  nak dengar suara Naqi…”
“Suara Naqi tak merdu.  Suara Naqi bukan lagu untuk abang hayati…”  sinisku.
“Ya… suara Naqi semakin dingin dan tiap patah kata Naqi semakin matang tapi sayang… bila Naqi tak tahu suara Naqi tak ubah bagaikan muzik indah pada pendengaran abang.  Kata-kata Naqi yang dingin dan ada masa membentak tu tak ubah bagai puisi pada abang…” jawab Ariq tenang. 
Tenang yang menyakitkan hati dan meresahkan jiwa. 
“Kalau itulah kata abang, baik jangan telefon lagi kalau abang tak nak Naqi lari lebih jauh dari semua orang.  Buatnya Kak Diah tahu yang abang masih cari Naqi… tak ke kecewa hati dia.  Patah riuk jiwa dia…”
“Jiwa abang yang Naqi leburkan ni, macam mana pulak?”  soal Ariq tak sempat aku habiskan ayat aku tadi.
Aku gigit bibir.  “Naqi tak suruh abang leburkan jiwa abang sebab Naqi…”
“Naqi yang buat abang… dan Naqi buat jiwa sendiri lebur.”  Ariq masih bertegas hingga aku kehilangan kata.
“Sungguh ke abang ni akan buat Naqi lari lebih jauh?  Sungguh ke nak bersendiri?  Sungguh ke abang ni tak layak untuk Naqi…”
“Ini bukan soal sungguh ke tipu.  Bukan soal layak atau tak… tapi yang pastinya sekarang, abang dah nak menikah dan dengan kakak Naqi sendiri?  Abang rasa Naqi ni keturunan Hitler ke nak rampas bahagia kakak sendiri dan rosakkan bahagia mak dan ayah Naqi untuk cinta kita?”  bentak aku menahan geram. 
Mata sesekali melilau ke sekeliling.  Risau ada yang memerhati. 
“Cinta kita?  Kita?  Kita tu adakah Cinta Nur Naqiah dan Muhamad Nashriq?  Itu ke ‘kita’ yang Naqi maksudkan?  Sejak bila ada ‘cinta kita’ tu bila dari awal Naqi tolak dan samapi sekarang pun masih menafikannya?”  soal Ariq menyindir.
Aku kaku lagi.  Lidah semakin mengeras dan rasanya sudah tertewas dengan kata-kata sendiri. 
Answer me!”  tekan Ariq memaksa.
I have no answer…”
“Then let me give you the answer… yes… our love.  Our fate.  Our marriage.  Kita.  Kita, Naqi.  Tanpa abang dan Naqi taka da KITA!”  bentak Ariq kuat lalu dia putuskan talian begitu saja.  Tak sempat aku membalas kata. 
Aku pandang gagang telefon lama.  Dahiku berkerut dan tubir mata terasa hangat.  Naqi cintakan abang… bisik hatiku mula tidak betah.  Tidak betah dengan keyakinan cinta Ariq biarpun dia bakal menikah sikit waktu lagi. 
“Naqiah!”  Panggilan Tauke Chin membuatkan aku berpaling ke lain.  Airmata yang baru hendak menitis aku seka pantas sebelum memandang dia.
“Terkejut I, tauke.  Kenapa?  Ada tugas ke?”  soalku ceria.
“Siapa telefon?”
“Err… kawan.”  Aku senyum seraya bangkit dan mendekati dia yang sedang menggamit aku.  Di tangannya ada sekeping sampul yang berwarna perak berkilat. 
“Waaa… surat cinta ke, tauke?” 
Dia sengih.  “Ini yang saya mahu tunjuk sama you.  Sini… sini… mari tengok.  Kad jemputan family you hantar sama saya.  Baru sampai.  Itu driver daddy you hantarkan baru sekejap.”
Senyumku mati.  Huluran kad daripada Tauke Chin  membuatkan aku tak mampu bernafas dengan baik.  Tak mampu berdiri dengan kukuh dan tak berdaya menatap semuanya.  Rasanya, baru seketika Ariq berkata cinta, rindu, sayang… tapi kad ini jadi bukti lagi yang kami memang tak ditakdirkan bersama. 
“You tengoklah… pasti you suka punya.  Bakal dapat abang ipar. Bila mahu cuti?  Saya beri you cuti,” ujar Tauke Chin ceria.
Aku menarik nafas dalam-dalam dan memujuk hati agar bersedia untuk terluka lagi bila menatap nama pada atas kad tersebut.  Sampul berwarna perak metalik itu aku terbalikkan.  Tak payah aku lihat isinya kerana nama Nashriq dan Nadiah sudah tertera… terang terentang tertulis di atasnya dalam pandangan mata aku yang kian kabur.  Majlis yang akan berlangsung sikit masa lagi tapi Ariq masih tak puas mempermainkan hati aku.

~~> bersambung

RM : Tahu nak hangen, kan? Sila jangan hangen dengan RM, neh... LOL

51 comments:

  1. sambut raya cina ka yg boley pos new entry nih? slmt bercuti ....

    ReplyDelete
  2. i love you kak rehan.. muahahahaha
    jangan kenakan naqiah kak pls pls pls
    jom kenakan ariq lagi best hehe

    ReplyDelete
  3. er... tergantung jugakk.. hadoiii...

    ReplyDelete
  4. ariq ni biarle betul sikit .klu nk naqi apesal kad dh edar dgn nadiah???? saspen ni..cpatle sambung

    ReplyDelete
  5. Hati berat menyatakan.... Alan & Diah ada sesuatu!

    ReplyDelete
  6. Alang2 cuti TBC ni.......kasi kaw kaw punya n3 yer rm

    ReplyDelete
  7. Laaaa.....kuciwa nye hati.... ;(

    ReplyDelete
  8. eh xsukalah ariq kawin nfan diah tu..

    ReplyDelete
  9. Ala mesti nadiah dgn org lain tu

    ReplyDelete
  10. mesti alan dgn diah ni kan..hehe..suspen

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mcm ter rasa2 alan dgn diah..

      -che`leen-.

      Delete
  11. rasanya alan tu, alan nashriq kut adik ariq...ni yg suspen RM pleassss nak lg jgn la cuti TBC lama sngt ....cian naqi.

    ReplyDelete
  12. alaaaa .. hati jatuh bedebuk bila naqi sebut cinta kita kat ariq ..

    ReplyDelete
  13. Berjuanglah demi cinta yg sejati, cewah!

    ReplyDelete
  14. fuhhh... sedeyyy.. tp mcm ada supriseeeeee je. ariq memang bestttt... tq rehan..

    ReplyDelete
  15. aduh RM...ariq+diah=hatiku yg kecewa..huhu

    ReplyDelete
  16. Hahaha RM ni sukanya menyeksa jiwa dan raga

    ReplyDelete
  17. Plsssssss RM .bukan Nadiah dgn Nashriq ye......pls tak sanggup........

    ReplyDelete
  18. cepatlah next n3......nak tau cmne...spe yg kawen....

    ReplyDelete
  19. suka.. suka.. suka.. Sambung lagi ya RM.. Hati saya berdebar2x..

    ReplyDelete
  20. Pandangan Naqi dh kabur, dia mesti salah baca tuh...

    ReplyDelete
  21. I hope there is a good ending for them... ARIQIAH ^^

    ReplyDelete
  22. alahai Rehan.....buat suspen je..cepat le sambung

    ReplyDelete
  23. tak tahu nak cakap apa RM...RM buat otak saya tepu jap...
    saya baca maraton dari bab 17-22 ni..RM nak bab 23

    HH_814

    ReplyDelete
  24. ariq n naqiah la..

    kak rehan mmg tau..
    suka bg gntung2..
    mmmm...

    ReplyDelete
  25. Alahaiii Naqi!!!! sentap baca n3 kali ni.
    Bacaler dulu kad jemputan tu.
    Tgk nama pengantin lelaki. Kot2 bukan Ariq.

    ReplyDelete
  26. itu pasti kad kahwin DIAH n ALAN. haha

    ReplyDelete
  27. Semput baca part yg last tu. Hrp nama NASRIQ tu sebenarnya saudara sebelah Ariq..... huhuhu :(

    ReplyDelete
  28. waaahhh... tu mesti kad kahwin alan dgn diah,, sbb alan tgh bz kt rumah family dia.. kn ,, kn ,, kn ?? kak rehan,, plisss, jgn bg ariq kawin dgn diah.. :(

    -athirah-

    ReplyDelete
  29. pepun cpt smng chapter 23. dh tseksa dh jiwa rg kta org ni dgn so may2 question. jwb cpt ya, RM.

    ReplyDelete
  30. stuju org ats.... alan yg kawin dgn kak nadiah... sbb tu alan ad hal dkt umah family dia... hahahah :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  31. yup....tul lol alan & diah

    ReplyDelete
  32. smngm kak rehan x)

    ReplyDelete
  33. ops .. Typo .. Sambungan xD

    ReplyDelete
  34. Takde sambunganke? Huhuhu...atau mini novel?
    # liza

    ReplyDelete
  35. Xde sambungan ke??? 😫😫😫😫 huwaaa kenapa tergantunggggg. 😫😫😫😫

    ReplyDelete
  36. Kak RM bila nak sambung citer ni?????
    dah lama ni...Takkan takde ending????

    ReplyDelete
  37. Akak nak sampai akhir pliss?uwaaaaa

    ReplyDelete
  38. Akak nak sampai akhir pliss?uwaaaaa

    ReplyDelete