Wednesday, November 14, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 9


BAB 9

SEPERTI biasa bila ditugaskan di bahagian kecemasan, aku langsung tak punyai waktu untuk diri sendiri.  Nak harapkan waktu Zayed, dia juga sama.  Sudahnya kami langsung tak bersua. 

Aku pandang Mia di sisi yang sedang sibuk mensterilkan beberapa peralatan yang sudah kami gunakan untuk menjahit luka seorang pesakit kanak-kanak yang baru saja pulang.  Luka akibat terkena pisau.  Mujur tidak teruk pendarahan pada siang hari yang terik ini.  Tanpa sedar, aku melepaskan keluhan kecil.
“Penat ke, doktor?” 
Aku terkebil-kebil bila terdengar suara Mia menegur.  Padanya, kugariskan sekuntum senyum dan menggeleng. 
“Biasa je.  Tapi, saya rasa tak sedap hati la pulak hari ni,” beritahuku ikhlas sambil menepuk-nepuk dada sendiri. 
Mia panggung kepala dan tangannya terhenti dari terus melakukan kerja.  Matanya merenungku  yang masih memandang wajahnya yang nampak sedikit letih.
“Apa  yang buat doktor rasa macam tu?”
Aku sengih dan menggeleng lalu menjongketkan bahu.  “Entah.  Saya pun tak tahu.”
“Ke sebab Doktor Zayed tak bertugas sama?”  tebak dia dan aku mengerutkan dahi.
Mia kembali menyambung tugasnya dengan bibir yang tersenyum tipis.  Nampak seperti senyum sinis.
“Err… apa kena mengena  dengan Doktor Zayed pulak?”  Aku mula rasa tidak sedap hati lalu aku bangkit mendekat pada Mia dan membuka pili air.  Mahu membersihkan tangan sedangkan tali telah kubersihkan.
Mia ketawa kecil dan menggeleng.  “Saya nampak macam doktor dengan Doktor Zayed kawan rapat je?” 
Aku angguk sekali.  “Kalau ya?”  dugaku tapi dalam hati aku menjawab, kami sudah lebih dari itu dan bakal lebih lagi.
“Kalau ya, baguslah tapi…”  Mia meleretkan kata. 
Segala peralatan yang telah siap dibersihkan, disimpan di tempat yang telah dikhaskan.  Sarung tangan getah itu dibuka dan dia memicit sedikit sanitizer ke atas telapak tangannya. 
“Tapi apa, Mia?”  soalku tidak sabar.
Tangan yang basah aku keringkan dan aku pandang Mia sedikit tajam.  Sebenarnya rasa tidak selesa bila Mia yang nampak lembut ini berbicara tentang aku dan Zayed dalam waktu bertugas atau memang silap kami memilih teman di bawah satu bumbung?
“Beberapa hari lepas ada sorang lelaki datang cari doktor?  Masa tu doktor baru tukar jadual.  Dia datang malam tapi doktor masuk pagi esoknya.  Masa tu, saya masih bertugas dengan Doktor Zayed.”
“Lelaki?”  Keningku berkerut lagi menyoal Mia. 
Dia angguk dan mindaku mula ligat berputar.  Mengingatkan setiap kenalan lelaki yang rapat denganku selain daripada Zayed. Tak mungkin dia?  Tak akan, bantah hatiku bila nama itu terlintas di fikiran. 
“Siapa?”  Aku sudah mula hilang sabar sedikit.  Mia yang nampak terkejut memandangku pelik.
“Saya tak tahu tapi dia kata doktor tunang dia.  Sebab tu bila saya dengar cerita doktor dengan Doktor Zayed ada hubungan istimewa, saya jadi pelik,” ujar Mia lancar. 
Gamaknya, mereka semua jenuh dok bergosip tentang aku dan Zayed serta ‘tunang’ yang pandai-pandai menaiktaraf dirinya menjadi tunangan aku.
Aku terus berasa hendak pitam.  Pantas aku paut kerusi dan terduduk di atasnya.  Pening kepala.  Siapakah yang berbesar hati hendak mengadu aku sebagai tunangannya sedangkan majlis aku dan Zayed masih lagi belum berlangsung? 
“Mia, awak jangan buat cerita Mia… naya saya nanti.”  Aku mula berlembut kembali dan cuba memujuk Mia agar mengatakan ini semua dusta. 
Tapi, Mia menggeleng dan aku kecewa.
“Mana ada buat cerita, doktor.  Saya pun terkejut bila dia mengaku macam tu.  Dia cakap nanti dia datang balik tapi sampai hari ni tak muncul atau dia muncul tapi tak terserempak dengan saya, itu saya tak pasti tapi dia nampak bersungguh-sungguh mahu jumpa doktor malam tu,” tegas Mia lagi.
Aku garu kepala yang dibaluti selendang yang entah fesyen apa dah aku pakai ni.  ditambah dengan kepala yang mula menyengat, aku rasa rambut aku mula tercacak. 
“Ya Tuhan… siapa pulak pepandai datang mengaku ni?”  Aku mengeluh sendiri.  Wajah Mia aku pandang lagi.
“Doktor Zayed tahu tak?” 
“Saya tak pasti, doktor.”  Mia jongketkan bahu tanda tidak tahu. 
Fuh… aku hela nafas lega.  Buatnya Zayed dapat tahu perkara ni, terus tak jadi kami tunang gamaknya. 
“Mia,” seruku.
“Hal ni awak je tahu, kan?” 
Dia angguk.
“Biar jelah.  Yang penting saya pun tak kenal siapa lelaki yang datang jumpa awak tu dan kita abaikan je, ya?  Lagipun, awak tak tahu pun nama dia, kan?”  dugaku. 
Mia mengangguk pada mulanya dan baru saja aku mahu hela nafas lega, dia buat muka terkejut. 
“Dia ada tinggalkan kad nama dia pada saya.”  Pantas Mia menyeluk poket seluarnya dan menyuakan kad itu padaku. 
Baru saja kad itu berlabuh di telapak tangan, aku dengar bunyi siren ambulan nyaring menghampiri wad kecemasan.  Kad nama itu entah ke mana dan aku terus saja berlalu keluar bila ada jururawat mula berlari ke pintu wad. 
Mia mengikut langkahku dan bila aku tiba, aku nampak wajah pesakit dibasahi darah.  Separuh wajahnya ditutup dengan kain kasa.  Mujur kain kasa, jika kain batik mahu hilang berliter-liter darah.  Tak usah dihisap oleh drakula, kain itu saja mampu meresap banyak darah. 
“Mia, bantu saya,” arahku pada Mia dan aku terus memasang stetoskop ke telinga.
Ya, degupan jantungnya kian kencang.  Dia diam dengan mata yang terpejam dengan kain yang menutup hampir separuh wajahnya. 
“Dia kenapa?”  soalku pada salah seorang attendant lelaki sambil merenung mereka dengan raut wajah yang sedikit cemas. 
“Kemalangan dengan simpang hospital sana.  Kepala terhentak terkena kaca cermin depan kereta,” jelasnya dan aku mengangguk.
Kemudian, aku berlalu pula pada kepala lelaki ini.  Nampak segak namun tercela dengan darah yang memercik mengenai seluruh pakaiannya. 
Lampu kecil aku pasang.   Kelopak matanya aku tolak dengan lembut dan sinar mata itu memberi tindak balas seperti biasa lalu aku tepuk sedikit pipinya. 
“Encik… encik boleh dengar suara saya ke?”  soalku beberapa kali.
Matanya masih nampak berat untuk diangkat dan kelopak mata itu nampak bergerak-gerak. 
“Encik, boleh dengar suara saya ke?”  Pipinya aku tepuk lagi. 
Kali ini, tangannya bergerak dan matanya terbuka perlahan-lahan.  Bila kain kasa yang menutup lukanya itu mahu dialih, aku memegang tangannya.  Menahan agar dia tidak bertindak demikian. 
“Jangan, encik.  Nanti ada pendarahan lagi,” larangku tapi dia tetap berkeras. 
Matanya memandangku dengan renungan yang kuyu.  Bibirnya bergerak-gerak mahu berbicara. 
Don’t you recognize me?”  Serentak itu, kain tersebut dibuka dan mataku membulat. 
Tubuh yang sedang terbongkok tak mampu aku tegakkan bila tangan Ziyad memaut pinggangku membuatkan kot putih yang tersarung pada tubuh merah dicemari darah dari tangan Ziyad dan tubuhku hampir rebah di atas tubuhnya yang nampak lesu.
Oh godit’s you!”  tekanku sedikit terkejut tapi cepat-cepat aku legakan rasa canggung dalam diri.
Aku pandang Mia dan beberapa orang yang lain yang sememangnya sedang memandangku.  Mia sudah nampak pelik renungannya dan mata dia juga membulat dia dia melihat pada Ziyad. 
“Encik Ziyad… can you recognize me?”  soalku professional. 
Dia angguk dalam kepayahan.  “Yes… you are my angelNo wonder jantung I berdegap kuat.  Rupanya ada sauh sedang menarik agar kapal besar berhenti di tengah lautan,” jawab Ziyad bermadah dalam kesukaran.
Terkejut dengan kata-kata itu, aku terus melepaskan pautan tangannya pada pinggangku dan tapi tak jadi nak marah dia sebab luka pada kepalanya sedang berdarah kembali.
He’s bleeding, Mia.  Cepat tolak dia ke dalam,” arahku cemas dan mereka terus menolak Ziyad ke dalam bilik rawatan. 
Mia sedang ralit memerhatikan wajah Ziyad yang masih dicontengi darah merah.  Rasanya dia tak akan bertindak dengan sikap kasanovanya bila aku sudah menyuntiknya dengan anti-biotik. 
“Kenapa, Mia?”  soalku kehairanan.
“Err… saya rasa dialah yang cari doktor hari tu,” jawab Mia sambil terus merenung wajah Ziyad yang sudah dibersihkan daripada kotoran sebelum dia berlalu mengambil peralatan untuk memulakan proses jahitan. 
Mataku membulat.  “Are you kidding me, Mia?” soalku separuh berbisik bimbang didenagari oleh Ziyad.
Mia mengangguk dan aku melepaskan keluhan.  Lelah jasadku kala ini.  Hati dan jiwa juga rasanya tak mampu bernafas.  Andai bukan kerana tugas, mahu saja aku suntik ubat bius pada Ziyad dan mencampakkan dia ke Sungai Klang. 
“Encik Ziyad, can you hear me?”  soalku bila aku berada tepat di kepalanya. Ziyad mengangguk tenang.  Bibirnya tersenyum. 
“Encik Ziyad… I akan potong baju mahal you ni,” sinisku. 
“Dada you pun ada luka terkena kaca jugak ni,” sambungku lagi dan bila Ziyad tersenyum herot dengan mata yang terpejam, Mia terus menggunting baju T berjenama itu. 
“Okey, Mia.  Awak bersihkan luka kat dada dia sementara saya nak jahit kepala pesakit dan nak betulkan otak dia sikit,” ujarku geram dan serta-merta mata Ziyad terbuka.
How could you?”  soal dia lemah.  Anak matanya nampak berkaca-kaca bagaikan bersedih dengan kata-kataku sebentar tadi. 
“You pun sama.  Sampai hati!” tekanku menyindir. 
Kata profesor dulu, bercakap dengan pesakit adalah cara terbaik bagi mengelakkan pesakit tertumpu pada luka yang sedang dijahit dan mengurangkan tumpuan pesakit pada rasa sakit.  Aku mula menarik kerusi dan lidah ini sudah sedia menyusun kata hendak bersembang dengannya.
Rasa nak ketuk dia sebab buat spekulasi tentang hubunganku dengannya.  Bayangkan jika Zayed tahu… haih.
“Encik Ziyad, I nak jahit luka you sikit.  Tak sakit pun.  Kita sembang, ya?”  ajakku lalu aku mulakan  jahitan pertama. 
Ziyad mengaduh juga tapi dia senyum kemudiannya. 
“Apa yang buat you senyum?” soalku.
“You,” jawab dia dengan jawapan kasanovanya.
Aku mencemik menahan hati.  “Dan macam mana you boleh accident?  You kejar apa?” 
“You,” jawab dia lagi. 
Kali ini, aku mengeluh sedikit. 
“Nasib baik tak teruk.  Tapi, I nasihatkan you buat imbasan MRI.  Risau juga sebab tengkorak terhentak kuat juga ni,” cadangku sambil membuat jahitan kedua.
“Nasib baik I accident sebab dapat merasa you yang rawat I,” balas dia.
Kali ini, aku rasa nak jahit mulut dia sekali.  Biar diam tak menjawab benda yang bukan-bukan.
“Kalau teruk, tak dapatlah you jumpa I.  Barangkali you terus dihantar ke rumah mayat untuk post-mortem,” sindirku menahan geram.
But I’m not.  I ada kat sini dengan you, kan?” 
Haih… ada je jawapan dia.  Sudahnya aku diam.  Malas nak bersuara lagi.  Mia aku lihat sudah tersenyum-senyum.  Bila aku jeling mati terus senyumannya.
“I tahu, you dan Zayed tak ada apa-apa, kan?”
“Akan ada,” pangkasku.
“Tapi tak lagi, kan?” 
Eh dia ni.  Ada saja jawapannya.  Bila jahitan ke dua siap, aku teruskan jahitan ke tiga pula. 
“Jangan borak hal ni, Encik Ziyad.   You are my patient now,” tegasku dalam kelembutan.
Ziyad ketawa halus.  “Mujur Zayed kerja malam, kan?  Huh, laju betul I rushing ke sini bila mama I nak jumpa daughter in-law dia.”
Tanpa sedar, aku terus saja terjahit isi Ziyad.  Sedikit dalam dan membuatkan dia mengaduh panjang.
“Err… sorry, Encik Ziyad tapi apa you cakap?”  tanyaku tidak percaya.
“Zayed tak tolong I pun.  Dia tak tolong pujuk mak long dia tu.  So, I dah cakap, I dah ada calon terbaik buat I.”  Ziyad bersuara dengan mata yang terpejam. 
And…. It’s you, Zafrina.  Be mine please.”  Mata Ziyad terbuka dan kami terus bersabung pandang seketika sebelum aku menyambung tugasku.
Are out of your mind?”  Aku dah tak mampu hendak menahan hati.  Lancar lidahku bertanya dengan tangan yang masih menjalankan tugas.
“Ini bukan tempat untuk lamar orang, Encik Ziyad,” tegurku dengan hati yang membekam menahan geram. 
“Habis tu, kat mana?”  soal dia lagi dan kali ini aku tenyeh sedikit luka dia hinggakan wajah dia menyeringai menahan pedih.
“Kat rumah mayat dan tunggu you dok situ, I pergi doakan you!” 
Saat ini, jahitan kelima siap.  Lima jahitan dengar sikit tapi lukanya agak dalam dan aku telah meminta Mia menghubungi bahagian neurologi bagi menghantar Ziyad menjalani pemeriksaan di sana
“Kenapa nak I mati?”
“I tak minta tapi lain kali hati-hati.  You masih ada parents.  Kesian diorang…”
“Tak sempat nak merasa dapat menantu cantik macam you dan cucu  yang comel-comel,” sambung Ziyad pantas dan aku terus bangkit menghala ke sinki.
We are done.  Tapi, you baring dulu.  kami akan hantar you buat imbasan MRI dulu,” arahku tanpa mempedulikan kata-katanya. 
Tapi, Ziyad degil.  Sangat degil bila dia cuba bangkit tapi Mia pantas melarang.  Aku yang terperanjat juga terus menolak bahunya agar dia kembali terbaring.
“Encik kena baring dulu.  Kami baru bersihkan luka ni,” ujar Mia lembut dan dia menjeling padaku berbicara bahasa bisu yang dia juga geram dengan Ziyad. 
“Encik Ziyad, please.  Jangan jadi budak-budak sangat, okey.  Lain kali carefull.  Kesian your parents.  Ingat diorang insyaAllah kita akan selamat dunia akhirat…”
“Dan ingat you buatkan I rasa bagaikan di syurga,” pangkas dia lagi dan aku hanya mampu mengeluh. 



SEDANG aku dan Mia menolak Ziyad untuk ke Unit Neurologi, wajah Zayed muncul mengah bersama seorang wanita dan lelaki yang kukira sebaya mama dan abah. 
“Eh, Zayed?  Awalnya?”  tegurku lalu aku bersalaman dengan wanita yang ada di depanku ini.
“Oh… thank God you’re fine,” ujar Zayed padaku dan bukan pada sepupunya.
Aku lihat wajah Ziyad berkerut.  “Woi… aku yang accident.   Not her!”  tegur Ziyad sedikit cengeng. 
Aku senyum dalam hati.  Padan muka kau.  Ejekku dan aku pandang semula Zayed. 
“Siapa?”  soalku ingin tahu dan tanpa sempat Zayed menjawab, Ziyad terlebih dahulu menyampuk.
Meet my parent and your P.I.L.T.B,” beritahu Ziyad padaku penuh makna. 
Pada mulanya aku berkerut mahu ditafsirkan maksud P.I.L.T.B itu tapi setelah seketika dengan senyuman jengkel pada raut wajah Ziyad membuatkan aku mengerti dan aku pandang wajah mama dan ayahnya lama. 
He’s fine sir, madam… nothing serious.  Cuma kita nak buat imbasan MRI dulu sebagai pengesahan yang otaknya tak bergegar,” ujarku sopan.
Zayed senyum dan berlalu ke sisiku.  “Mia, you tolak Ziyad ke unit sana.  Biar Doktor Rina balik ke unit kecemasan.  Nanti I menyusul ke sana, ya?”  ujar Zayed pada Mia dan Mia hanya mengangguk tapi Ziyad membantah. 
She’s my doctor, Yed.  Biar dia tamatkan apa  yang dia mulakan,” tegas Ziyad. 
“Ziyad, apa tak kena ni?”  tegur orang tua Ziyad dan dia hanya diam.
“Macam mana nak belajar minggu depan kalau keadaan macam ni?  mama suruh kamu bawa menantu untuk mama bukan suruh kamu langgar pokok.”  Giliran mama dia pula mengeluh.
“Ziyad nak bawalah tapi…”
“Mia, go!”  pangkas Zayed sebelum sempat Ziyad menamatkan bicaranya. 
Mia dengan pantas menolak kerusi roda. 
Thanks a lot, doctor,” ucap orang tua Zayed padaku sebelum mereka juga berlalu mengikut Mia. 
What did he mean by that?” 
Aku terkebil-kebil dengan pertanyaan Zayed.
“Apa?”  Bahuku terjongket dan dahi berkerut tanda tidak faham.  Kakiku pantas melangkah mahu kembali ke unit kecemasan dan aku tahu, Zayed sedang membontoti.
“P.I.L.T.B?”
Parent in-law to be, perhaps?”  dugaku dalam pada masa yang sama memberi jawapan pada pertanyaan Zayed.
Matanya membulat dan saat ini aku sudah menolak daun pintu dan terus berlalu ke katil  yang menempatkan Ziyad tadi.  Baju T Ziyad yang sudah rabak itu aku campak ke dalam tong kuning.  HAZARD!  Dan Ziyad sendiri adalah sejenis hazard untukku.
“Berani dia?”
Of course he is.  He’s your cousin after all…,” sinisku.  Padahal nak cakap, Zayed tu pengecut.  Tak macam Ziyad. 
Zayed merengus.  “Macam mana dia boleh kemalangan?  Punyalah terkejut bila mak long datang rumah tadi menangis-nangis cakap Ziyad kemalangan.” 
“Katanya sebab Rina,”  jawabku.  Sebenarnya aku sengaja mahu mengusik Zayed biarpun itulah jawapan yang diberikan oleh Ziyad.
Apa lagi, semakin bulat mata Zayed.  “Jangan bergurau, Rina…”
“Rina tak bergurau.  Itu hakikat.  Boleh tanya Mia kalau tak percaya…”
“Lepas tu Rina suka?”
“Tak…”  Aku menggeleng dan Zayed mula nampak hendak sengih.
“Zayed dah tahu Rina tak suka tapi Zayed tak sedap hati.  Nak bagi penampar sepupu sendiri.  Nak cucuk racun pesakit…”
“Kalau boleh, Rina buat dulu sebelum Zayed…”
Dia ketawa dan aku buat muka.  “Rina memang dah berikan racun untuk dia pun…” 
“Racun?” 
Zayed angguk.  “Racun cinta.  Sebab tu dia sanggup datang sini dan mencari penawarnya.  Dan penawar itu adalah Zafrina,” ujar Zayed membuatkan aku terlopong.
“Maknanya dia tak bergurau?”  tebakku ingin tahu.  Sungguh, aku ingatkan dia saja mahu test market denganku. 
Nope…”  Zayed menggeleng. 
“Kalau sampai tahap ni, dia tak bergurau.  Setakat perempuan cantik, seksi, dia boleh dapat tiap kali berlabuh kat mana-mana tapi bila sampai accident dan bila mak long dan pak long sudah menyebut nama Rina pada Zayed,  he was damned serious about you and I'm afraid that I can't hold this any longer.
Rahangku terasa jatuh dengan kata-kata Zayed.  Padanlah dia tiba je depan aku tadi terus ditanya aku okey atau tidak. 
What was that supposed to mean?”
“Zayed tak mampu sabar.  Takut penumbuk sulung singgah ke muka dia.  Sebelum dia terus meroyan, better kita kahwin cepat-cepat,” ajak Zayed.
Hai… aku rasa bertuah pula dok dalam bilik di unit kecemasan ni.  Bukan apa, dah ada dua lamaran untuk aku secara langsung dan lamaran pertama tadi sangat menjengkelkan tapi lamaran kedua membawa keindahan. 
“Okey.  Datang rumah.  Rina dan keluarga tunggu,” selaku dan Zayed senyum. 
Your cousin’s there what do we do about that cousin of yours?
Let him be.  Siapa suruh cari penyakit.  Lagipun, Zayed tak on call pun,” ujar dia mudah. 
Ada lori dalam bas rupanya.  Nak sembang dengan aku dan lori itu adalah lori mainan di dalam bas yang betul.  Indahnya hari ini dan rasa tidak sedap hati itu pergi bersama Ziyad ke dalam unit neurologi.  Tiada kapal besar, tiada sauh.  Yang ada hanyalah dia.  Dia yang aku cinta dan stetoskop kami saja menjadi pendengar setia degupan hatiku.

~~> bersambung

RM : Thanks semua atas sokongan dan cadangan.. Nanti kakak editor siap editkan BI, RM up semula yg grammar betul ya bab2 sebelum ni.  RM tak kecik ati malah bangga sangat yu all sudi tegur RM yg kurang reti ni (nak kata tak pandai langsung takut kecik hati sendiri..mieheheh)  now dah ada org sudi membantu RM sudi menerima bantuan.. hehe.. sayang semua n salam maal hijrah... yg berlalu biarkan tapi jgn sesekali dilupakan kerana dari situ kita bermula hanya pastikan jalan yg berakhir nanti... isnyaAllah dengan baik.  

50 comments:

  1. amboiiiiiii....agak dah mesti ziyad....

    ReplyDelete
  2. sukaaaa! akak sambung la. Tak nak rina dengan ziyad. Nak dia dengan zayed

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. aih ziyad sakitsakit pon sempat mengayat,kalau sy jadi rina,cucuk je bg pengsan haha.

    thankz kak.mohon sambungan.n tolong percepatkan nikah zayed ngn rina ni.ziyad ni sungguh membahayakan:D

    ReplyDelete
  5. mcm dapat rasa, ziyad is the hero here.. why? sbb RM suka hero nakal (me like it too) dan hint 'tak sedap hati' tu sangat kuat mengatakan he's the one... damnnn.. how i wish zayed would still b e hero..he's a lil bit naughty too

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana Efryna :sy pown rse mcm tuh..

      Delete
  6. ada lori dalam bas, tiba masa zayed membalas..hehehe......terima kasih daun keladi lain kali RM sambung lg ....

    ReplyDelete
  7. apakata Dr Rina bagi suntik ubt dua tiga dos kat si ziyad tu untuk komakn dia seminggu ...pastu depa bleh nikah dgan aman sentosa....

    ReplyDelete
  8. ape ni ziyad??mngacau je...shuh3!!p main jauh2 nu...nk dr zayed jeeeeee...aaawwwwwwww <3

    ReplyDelete
  9. Lamaran berani mati dari Ziyad utk Rina
    Zayed pula cepatlah bertindak
    bawa tepak sirih ke rumah Rina
    risau2 parents Rina tunggu
    yg. lain pula menyusul

    ReplyDelete
  10. jgn mcm2 ye cik writer tukar Ziyad jdi hero keke,. tpi kdg2 rase gk yang Zayed tu bersungguh nk kawen ngan Rina just bcoz dia tercabar ngan Ziyad bkn sbb btol2 cintakan Rina,. pe2 pon I'm still craving for the next en3 keke,.

    -biena-

    ReplyDelete
  11. owh pleaseeee ziyad....syuhhh syuhhhh....go awayyyyy!!!!my vote are always for zayed..:)

    ReplyDelete
  12. Agreed with sweet potato....ziyad, please don't come near zayed and rina.
    Syuh....syuh...senang. ....senang jer nak potong line yer...suh Mia potong
    Telinga dia kang br tau

    ReplyDelete
  13. hahahha..why my hearts keep telling me that ziyad are really suitable to be the hero..ahhh falling in love with ziyad.. he's really charming..more gentlemen than zayed..hahah..so cruel me..berpaling tdah dah ni..but still want zayed as the hero... keep it up rm....i like all your story...

    ReplyDelete
  14. jeng-jeng-jeng... May the best man wins? Soalan pokoknya adalah siapakah best man nya? Is it Zayed or Ziyad? Hanya RM jer yg tau.... Hahahaha.....

    ReplyDelete
  15. ouh sesiapa tolong pegang aku...aku rasa macam nak terajang je si Ziyad tu...saya nak Rina dengan Zayed pleaseeeeee........

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. jangan jadi macam iam sudah ye kak rehan. saya ni masih kecewa sebab alai bukan dengan adan. jadi sy pinta sgt2 zayed dengan rina.

    ReplyDelete
  18. xnak ziyad!!! zayed zayed zayed :)

    ReplyDelete
  19. Jgn ler jdi pepe kat ziyad....
    Neurologi sggh m'nakutkan.....nnti sesal xsudah rina n zayed...
    RM cecepat kawen kan zayed n rina...

    ReplyDelete
  20. Akhirnyaaaaa...Thanks kak Rehan, oh Zayed cepatlah masuk meminang sebelum si penyibuk yg bernama Ziyad itu memotong line. Tak faham bahasa betullah si Ziyad ni. Haihhh anyway good job, dan sila update selalu. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  21. tiba2 hati terasa sukakan ziyad..hahaha

    ReplyDelete
  22. ziyad memang superb.. berani giler... tp tak pe sekarang kita bagi can pada rina & zayed dulu, lepas nie RM buat cerita untuk ziyad pulak tau untuk budak macho yang nakal tu..mesti bestttt. tq Rehan...

    ReplyDelete
  23. zayed or ziyad sape jodoh yg telah ALLAH peruntuk kn wat rina..terharu gak akn kesungguhan ziyad utk memiliki rina ,so zayed tercabar gak bab rina blm sahih hak sah wat nye...pulang kn pd yg disana pd yg esa kalau berjodoh tk kemane....

    ReplyDelete
  24. hahahaha , rasa nak cucuk racun je kat ziyad tu... biar jadi mayat terus... adoii , super berani mati ziyad ni...
    lekas2 la khawin zayed ....

    ReplyDelete
  25. tiba2 rsa mcm ziyad lg best tp,, nk rina dgn zayed lah.. thanks! * dah habis bca BNS ,, dpt jg w'pun lewat sikit.. hehe .. best! tggu novel akak yg lain plak keluar..*

    ReplyDelete
  26. Ziyad ini meroyan betul lah... dah orang x sudi belah lah...
    nak Zayed dengan Rina...
    sementara Ziyad kt hospt ni biarlah family Zayed jumpa family Rina tetapkan tarikh kahwin terus...
    takut betul dengan cara Ziyad yang x betul tu....

    ReplyDelete
  27. ziyad tu dah pro bab mengorat perempuan, x heranlah berani,macho,gentleman semacam..tapi zayed biasa doktor..nikira ok apa...like dr zayed..

    ReplyDelete
  28. tahniah RM, cubaan yg bagus memaparkan kerjaya di hospital.. just 2 share, for MVA patient the first step n the best imaging is CT Scan.. MRI after that if indicated

    ReplyDelete
  29. nak jugak rina dgn zayed. oh please ziyad. menyampah nyer aku.

    ReplyDelete
  30. haha kakk RM !!!!!!1 bagilah rina dengan zayed . bia lah ziyad tu dgn mia . hahaha :)

    ReplyDelete
  31. knape nampak mcm cool je eh, ziyad tu?
    aww!
    hahak!

    ReplyDelete
  32. nice job rm.. suka sangat dengan citer ni
    hopefully rina will choose someone who really likes and loves her trully and sincerely..
    not someone who only started acting when realised there's a competion starting..
    sometimes true love comes in different manner and method.. if our destiny has been destined with someone that was not expected, then who are we to question allah on his choice for us..
    anyway rm keep up the ideas running and the story flourishing.. along

    ReplyDelete
  33. ziyad ziyad... macho x kene tempat. si zayed ni pun la hai.. bg express nikah la..

    ReplyDelete
  34. -sayang rehan yg comei...hihi-
    Ieja

    ReplyDelete
  35. Zayed tu sweet.. Plezz buat Rina dgn Zayed.. Mesti Zayed sebenarnya nak bercinta lepas nikah.. Takpe takpe klu writter nak buat zayed heartless sgt skang yg penting pas nikah nnt buat dia overdose romantic ye... Slalu je RM bg heroin dgn watak bad hero takpelah plezzz bg hero baik kali ni.. Hehehe pasni buat plak citer utk ziyad.. RM plezzz bg Rina dgn Zayed.. Btw, gud job RM...
    -athia-

    ReplyDelete
  36. alahai zayed.. adorable gitu... ziyad walauponnnn.... tapi suka dia jugak kot? ahakssssss

    ReplyDelete
  37. Ziyad sgt macho... vote for ziyad, sb rsa nya zayed nih lebih rasa tercabar je ngn cousin sndr..ziyad la rehan br la best..

    ReplyDelete
  38. ziyad best dan sgt nakal....best nyer klu end citer nim ziyad dgn rina...lain dari yg lain....sweet couple. suke sgt ziyzd dgn rina..kak rehan tlng lah sy nk rina dgn ziyad. @_^

    ReplyDelete
  39. ermmm....betul tu saya pom suke citer ni lain dari yang lain..suka sgt ziyad dgn rina

    ReplyDelete
  40. ok ziyad...ur turn is coming...just go..best man win...hahaha
    i alwys vote 4 u ziyad..lntak la si zayed tu...biar pun org ckap u kasanova,i ttap skong u ziyad..si zayed tu tcabar je dgan adenye ziyad..sbab tu brani nk prpose rina,klaw x bzaman la die nk buat gitu..
    suke zayid dgn rina..nakal + kasanova ??? i like =D

    ReplyDelete
  41. zayid = nakal + kasanova + cool + macho = best man win

    ReplyDelete
  42. Rasa mcm nk sokong Ziyad sebab kalau dgn zayed mcm tak 'trill' sgt hubungannya dgn Rina.

    ReplyDelete
  43. Ziyaddd.saya suka laki nakal2 nih ahha.

    ReplyDelete
  44. dh btul2 gelabah tahap cipan si zayed ni..ha, baru btul2 nk hantar rombongan pd zafrina..si ziyad ni plak..mmg dh gaya playboy abis ni

    ReplyDelete
  45. ziyad nie x nk give up dkt rina ke... kesian zayed n rina.. tpi zayed tu slow la... da jdi mcm tu bru nk kawin cpat2.. (heheh sory kak rehan emo terlebih... heheh )
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  46. klu x silap sye lah kan... MRI tu kena de appointment, maksudnye x bleh trus wat tuk emergency kes, kecuali atas budi bicara radiologist tuk kes2 yg teruk yg memerlukan MRI... sbb MRI de byk pantang larangnye ~ tp tuk CT scan yes.. bleh wat tuk emergency kes...

    klu x silap sye lah, hihihi ~ maaf klu tersalah info ~

    anyway... nice story sis ~

    ReplyDelete
  47. sibuk ar ziyad ni...kaco daun jek...cepat le zayed anto rombongan...

    ReplyDelete