Thursday, November 15, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 10


BAB 10

ZIYAD terus keluar dari hospital hari tu juga.  Itupun, Mia yang khabarkan.  Ikut hati, tak sudi aku hendak bertanya tapi sebab sikap profesional, aku terus bertanya khabar.  Karang ada yang sentap pulak.  Namun, jauh disudut hati, aku bersyukur dia tidaklah teruk mana.  Pendarahan juga dapat dihentikan.  Jika tidak, bertunggu, bertangga di hospitallah jawabnya budak Ziyad ni. 

Minggu depan, Zayed dan keluarganya akan datang membawa rombongan.  Bukan calang-calang rombongan, tapi rombongan meminang dan kami akan diakad nikahkan dalam majlis yang sama.  Keluarga dia mahu menyatukan kami dengan kadar segera atas permintaan Zayed sendiri dan akulah yang paling lega tapi mama pula yang risau.
“Mama tak boleh nak terima sangatlah, Rina,” keluh mama sedikit tapi tangannya masih ligat menyiapkan persiapan hantaran untuk aku. 
Aku pandang wajah kak long yang sedang menyusukan anaknya dan kak ngah yang turut sama ada membantu mama.  Kak ngah jongketkan bahu tanda tidak tahu nak buat apa.  Kak long pula tersenyum mengerti.
“Kenapa mama tak boleh nak terima?”  Kak long bersuara tanpa aku pinta. 
Mama panggung kepala.  Gubahan pada dulang hantaran itu terhenti dan dia mengeluh kecil sebelum mencuit pipi Zakhri Adha yang sedang rakus menyusu. 
“Entahlah… mama risau takut orang sekeliling cakap apa pulak.  Tak ada ribut taufan, kita buat akad nikah terus.  Tak ada kenduri besar-besar…”
La… itu yang mama risaukan rupanya.  Tapi, kak long senyum padaku dan kemudiannya dia mengesot mendekat pada mama.
“Mama… dulu Resa pun kahwin macam tu jugak.  Abang Zaf datang merisik dan seminggu lepas tu kami nikah.  Alhamdulillah, tak ada apa-apa pun terjadi.  Nak kata buah mulut orang tu, biasalah mama… orang kampung mana boleh tengok orang lain senang.  Macam tak ada tamadun asyik nak prejudis dekat orang tapi insya-Allah… Tuhan akan pelihara maruah kita sekali kita tak melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah, ma,” ujar kak long dan memang betulnya. 
Begitu ringkas dan pantas majlis pernikahan mereka dulu.  Aku masih ingat bagaimana along tak sabar-sabar hendak menikahi kak long dulu.  Sampaikan kak long tak habis sekolah lagi dia dah ajak nikah.  Dahlah kenal baru beberapa hari.  Tapi, kuasa Tuhan tiada siapa tahu… mereka bahagia sampai hari ini.
“Betul tu, ma… Resa dulu kenal baru beberapa hari dan dalam hal-hal macam ni, kita kena percayakan jodoh dan ketentuan, mama.   Mie dulu pun dengan Zafrin dah kenal lama juga tapi Rin bising je bila kami sibuk dengan belajar dan rasanya Rina dengan Zayed lagi lama kenal daripada Mie dengan Rin dan Mie yakin inilah waktu yang sesuai untuk ikat diorang, ma.  Umur masing-masing dah lanjut.  Bila lagi nak timang anak,” tokok kak ngah pula menyokongku dan menyedapkan hati mama. 
Mama diam.  Nampak macam akur dengan kata-kata kedua-dua orang menantu kesayangannya dan aku hanya tersengih sumbing pada kakak-kakak iparku berterima kasih dalam diam.
“Ya tak ya jugak,” akui mama akhirnya.
“Rina ni macam ada dua kisah dalam hidup dia.  Nak nikah cepat-cepat macam kisah Resa dengan Zaf dulu dan dah kenal lama macam kisah Mie dengan Zafrin.  Apa nak kata, dah memang sampai seru.  Biarlah apa orang nak kata, janji Allah tahu apa yang kita buat, ya tak?”  Kening mama naik. 
Kak long dan kak ngah mengangguk.  Aku terus memeluk mama yang masih nampak sebu.  Sebenarnya aku tahu, dia berat mahu melepaskan aku.  kata mama, anak perempuan akan menjadi milik suaminya.   Tak seperti anak lelaki.  Sudahlah dia hanya ada sorang anak perempuan je.  Bila aku menjadi isteri, pastilah Zayed segalanya.  Zayedlah yang terutama dan Zayedlah hidupku namun aku  yakin, Zayed tak akan melarang aku dari terus berbakti pada mama dan abah.
“Rina tahu apa yang mama risaukan,” bisikku pada mama. 
Dia memandangku tidak berkelip dan mengangguk bagaikan mengerti apa yang sedang bermain dalam kepala aku. 
“Memang mama risau.  Rinalah satu-satunya anak perempuan mama…”
“Kak ngah pun sama jugak, kan Rina?”  sampuk kak ngah mengusik dan mama ketawa.
Dia tepuk peha kak ngah dan menyentuh sedikit perut kak ngah yang membulat.  Tunggu masa je hendak meletup tapi masih lagi ke universiti. 
“Betul tu, mama.  Resa pun anak bongsu juga macam Rina.”  Giliran kak long pula mengusik dan kami terus hamburkan tawa. 
Airmuka mama berubah.  Tiada lagi resah yang ada hanyalah kebahagiaan yang terpancar.  Tanpa sedar, ada suara menegur. 
“Hai… meriah nampak?” 
Kami berpaling dan wajah abah serta along dan angah muncul dengan berbaju melayu dan kain pelikat masing-masing.  Baru balik dari masjid.
Along meniarap dekat dengan riba isterinya.  Tunduk mengucup pipi anak-anaknya yang sudah terlena.  Semua sudah rebah macam kena tembak dek tentera Jepun semuanya.  Letih bermain barangkali.   Angah juga duduk bertempek dengan isterinya dan abah, duduk di atas sofa membetulkan urat saraf. 
“Tak dengar pun beri salam?”  tegur mama.
“Nak dengar apa, kemain meriah ketawa.  Sampai jalan besar sanalah dengar?” 
Eleh… nampak sangat abah kelepet.  Sampai jalan sana dengar.  Tak adanya.  Kami baru mula gelak sebab tadi dok buat drama swasta kejap.
Abang tu…,” cemik mama dan abah ketawa.
“Hah… Rina macam mana?  Dah sedia nak jadi isteri?”  soal abah padaku. 
Aku betulkan duduk.  Pautan pada bahu mama aku lepaskan dan aku bangkit duduk di sebelah abah. 
“Insya-Allah, abah… Rina dah sedia.”
“Ermm… jangan minta along sponsor lagi sudah.  Zafrin kahwin dulu pun along tak sempat nak reload balik duit simpanan tu,” gurau along tersengih-sengih menyindir angah tapi angah macam dulu jugak… tetap buat tak tahu.
Alaa… adik lelaki along sorang je…”
“Haa… adik perempuan along dan angah sorang jugak,” pangkasku cepat-cepat dengan sengihan melebar. 
“Korang ni biar betul?”  Mata along membulat dan tak sempat dia nak bersuara, kak long menyubit lengannya.
Abang ni… itu pun nak berkira?” 
Along ketawa mendengar bebelan isterinya.  “Dengan diorang ni kena berkira,  yang.  Tak ingat dulu… ajak Rina teman kita dating pun upah dia sehelai t-shirt Guess.  Itu mujur sekali sebab kita nikah cepat.  Buatnya sepuluh kali, boleh bukak butik budak Rina ni,” bebel along dan aku dan yang lain menghamburkan tawa. 
“Along ni berkira sangat.”  Angah mencebikkan bibir.
“Haa itu pun belum kira kau punya baiki motor lagi angah masa kau accident dengan Mie dulu.  duit along sponsor jugak tu, kan?”
Kah kah kah!!!  Angah kena tibai tak pasal-pasal.  Aku ketawa dalam hati.  Serius along sejak tua ni lain macam sikit perangai dia tapi dia tetap along yang aku sayang.  Abang yang bertanggungjawab pada kami adik-adik dan anak sulung yang menjaga kami sekeluarga dengan baik serta bapa dan suami yang penyayang. 
Kami tahu dia bergurau dan kerana itu, kami biarkan saja dia bila akhirnya along juga ketawa.
“Along gurau jelah dengan korang.  Alhamdulillah, rezeki cukup lagi.  kalau Rina nak along sponsor apa-apa cakap jelah.  Nanti Auni, Aina dengan Adha dah besar, minta mak su sponsor korang pulak,” ujar along pada anak-anak dia yang lena. 
Aku senyum dan mengangguk.  Rasanya duit aku lebih dari cukup.  Zayed sendiri pun tak pernah berbicara tentang soal duit dengan aku.  katanya, segalanya biar dia yang tanggung tapi sesekali, rasa ingin bermanja dengan along itu ada. 
Kalau Rina nak, Rina minta ya?”  balasku pula dan along mengangguk. 
Kami sama-masa ketawa bila melihatkan along dimarahi isterinya kerana mengusik Adha hingga merengek.  Angah juga berbahagia dan hanya aku sedang meniti sebatang titi untuk mencari kebahagian buat diri.  Zayed dan Zafrina… tak ke korang yang baca ni rasa macam sesuai ke?  Atau lebih tepat lagi, kami memang berjodoh sejak dari azali.  Hehehe…


“BILA nak cuti?” 
Soalan Zayed membawa aku memandangnya.  Atas permintaan Zayed, akhirnya kami berpeluang juga makan malam bersama.  Itupun keuy tiow kerang bungkus dan juga sebungkus air untuk kami kongsi bersama.  Indahnya temujanji kami ni ha… sentap hati aku. 
Tapi, asalkan bersama dia, ke gurun pun aku sanggup.  Tapi dengan syarat, bawa bekalan air yang cukuplah.  Jika tidak, minum air mata jelah kami nanti.  Masa tu, cinta ke mana, kami ke mana.  Dalam dunia ini, tidaklah kita perlu menjadi seseorang yang mementingkan material tapi perkara itu merupakan keperluan asas dalam hidup serba moden ini. 
“Zayed pulak?”  Matanya aku pandang dan dia senyum sambil menyuapkan lagi kuey tiow yang aku bawa daripada rumah untuk dia. 
Sedap Rina masak,” puji dia tak menjawab soalanku.
Aku sekadar senyum dan mengangguk. 
“Dah mohon.  Harap-harap tak ada kes-kes berat.  Kalau tak mesti kena reject cuti.”
“Rina pun… dah mohon.  Tapi, rasa macam tak lulus je,” dugaku separuh yakin.
“Kalau tak lulus, kita nikah dekat hospital jelah.  Apa susah.”  Zayed ketawa mengekek tapi aku langsung tak rasa lucu. 
“Awak ni… main-main ek?” 
Tawanya masih tersisa tapi sudah agak reda.  “Mana ada… Zayed sangat serius dengan tiap-tiap ayat yang Zayed ucapkan.  Rina je selalu anggap Zayed main-main.”
“Dah tu… macam mana kalau cuti tak lulus?  Tak pun, kita buat hujung tahunlah.”
“Hujung tahun hujan, Rina… payah nanti.”
“Eh, betul jugak tu.  Payah nak buat kerja nanti…,” sambungku setuju. 
Sekarang ni, bukan macam dulu kala.  Musim tengkujuh sepatutnya kawasan belah pantai timur je dilanda hujan lebat dan banjir tapi sekarang, seluruh pantai barat dan juga wilayah pun sama.  Perubahan cuaca dunia. 
“Tapi kan…”  Zayed tersengih padaku.  Nampak sangat nakal kala ini.  aku angkat kening bertanya dalam diam.
Ada satu kerja yang mudah nak buat musim tengkujuh nanti,” ujar dia.
Keningku berkerut tanda tidak faham.  “Apa lagi  yang mudahnya kalau dah musim hujan.  Tak ke lecak sana-sini.  Nak-nak banjir… orang nak datang pun payahlah, Tuan Doktor,” sinisku.  Haih… main-main je tahu.
“Yang tu tunggu kita sah dululah.  Baru Rina tahu apa yang seronok dibuat musim hujan nanti,” ujar dia lalu dia ketawa besar.
Sekali lagi, aku hanya diam mencuka.  Tak tahu apa yang lucu dan mencuit hati Zayed. 
“Ketawa banyak mati hati nanti,” ujarku sedikit sinis dan Zayed berdeham beberapa kali mengawal tawa yang masih nampak tersisa.
“Okey… okey… pasal yang musim tengkujuh tu nanti, Zayed bagi tahu Rina kemudian.” 
Eh ada lagi hal musim tengkujuh dia.  Aku mengjongketkan bahu tanda mengalah.  Ikut suka awaklah, Zayed.
“Pasal hantaran semua, mama dah uruskan.  Tapi, satu je Zayed tak tahu nak uruskan macam mana ni.” 
“Uiks… orang setenang air dikali macam Tuan DOktor pun ada kerisauan ke?”  dugaku lucu.
Dia angguk.  “Kalau bidadari syurga yang ditakdirkan untuk Zayed dikacau orang, mana boleh tak risau?”  jawab dia menjeling padaku sedikit dan fahamlah aku apa yang dia risaukan. 
“Itu je ke yang Zayed risaukan?” 
Dia angguk.  “Yang lain tak ada nak risau sangat.  Zayed percayakan Rina…”
“Habis tu?”  tanyaku pantas.  Apa lagi  yang dia risaukan jika dia percayakan aku.
“Tapi… I don’t trust him and myself,” jawabnya jujur.
Okey… bila dia kata dia tak percayakan Ziyad, aku boleh terima tapi bila dia katakan dia tak percayakan dirinya sendiri, aku mula berasa hairan.
“Boleh pulak macam tu, ya?”  soalku melahirkan kehairanan.
“Mestilah… takut nanti Zayed pergi tumbuk muka Ziyad tu ha…”  luah dia geram.
Aku ketawa halus.  “So, betullah Rina telah selama ni yang Zayed pinang Rina sebab tercabar dengan Ziyad?  Macam tu?”
Lama Zayed pandang aku.  Kunyahannya terhenti dan dia terus menelan makanan yang berbaki dalam mulut.  Air teh ais itu diteguknya sebelum dia bersuara. 
“Kalau Zayed kata ya, Rina kecewa tak?”  Kala ini, wajah Zayed nampak muram dan aku yakin dia berkata benar. 
Tapi aku… tersenyum saja kerana dari awal sudah kujangka. 
“Kalau macam tu, Rina kena terima Ziyadlah.  Tak bolehlah nak terima Zayed sebab Zayed pinang Rina sebab tercabar dengan Ziyad je, kan?” 
Serta-merta, Zayed berdiri.  Mujur tupperware tu aku sempat sambut.  Kalau tidak terburai bekalan yang aku bawa untuk makan malam kami. 
NO!!!”  bantah dia sedikit kuat.  Matanya tajam menyinar merenungku.
It won’t happen.  Ya, Rina boleh berterima kasih pada dia tapi tak boleh pilih dia,” larang Zayed.
Kalau Rina pilih?”  dugaku.
“Tak boleh!”  Dia kembali duduk.  “Zayed tak benarkan.  Dia tak sesuai dengan Rina.”
“Tapi dia cintakan Rina apa,” dugaku lagi.
“Dan Zayed nak lafazkan akad untuk Rina.  Untuk miliki Rina.  Bukan cinta semata-mata.  Bukan kerana cinta manusia tapi cinta kerana Allah,” pangkas dia serius membuatkan aku pegun.  Keras dan kejung tak mampu berkata apa.
“Err… Zayed… Rin… Rina…”  AKu gagap.  Hilang kata.
“Ya, dia cintakan Rina.  Memang dia cintakan Rina tapi belum pasti dia mahu lafazkan akad dan qabul untuk Rina.  He’s different from us,” ujar Zayed bersungguh-sungguh.
“Kenapa?  Rina tengok dia biasa je.  Accident cedera jugak.  Tak ada pun rupa macam alien ke, apa ke… macam kita-kita je.”  Aku menduga Zayed lagi.
“Hati dia tu macam alien.  Rina tak tahu tapi Zayed tahu…”
“Dan Rina juga tahu Zayed tercabar kerana Ziyad barulah kita ada di sini…”
“And thanks to him.  He woke me up, for me to realize how much you mean to me,” akui dia menyambung kata-kataku.
“Maafkan Zayed.  Tapi, percayalah… kasih kita ni biarlah kasih Allah mendahuluinya kerana Dia yang menjadikan hubungan kita ini sejak dari azali biarpun baru hari ini ianya terbukti.  Zayed tak tahu nak berkata cinta. Kadang-kadang dok termenung fikir, apa cinta tu?  Macam mana perempuan ni cair dengan cinta?  Macam mana seseorang wanita mampu cintakan Zayed sedangkan hidup Zayed hanya hospital dan pesakit je dan yang pasti adalah seorang wanita bersama Zafrina binti Zaini sejak dulu.”  Zayed menjeling padaku seusai berkata-kata. 
Kala ini, airmataku hampir menitis.  Rasanya aku mahu menjerit pada dia.  Usah dia berkata romantik seperti Ziyad kerana dia sememangnya romantik dengan caranya yang tersendiri. 
Aku lihat Zayed senyum dan menggeleng bagaikan menyindir diri sendiri. 
I promise you… our marriage will be happier and more blissful than now,” janji Zayed padaku.
Aku kehilangan kata sudah.  Langsung tak tahu nak berkata apa melainkan hanya mengangguk saja cuba membendung airmata  yang sedang meniti di tubir mata. 
“Kita nikah minggu depan,” ajakku.
“Minggu ni…” Zayed membalas.
“Gelojoh…”
“Bukan gelojoh…”  Dia membantah bersama tawa.
“Habis tu?” 
“Tak sabar nak makan Rina…”
Mataku membulat.  Tapi Zayed tekup mulut bagaikan tersasul cakap.
“Tak sabar nak makan masakan Rina sebenarnya.  Sedap ya Rina masak.”  Cepat-cepat dia suapkan makanan yang tersisa ke dalam mulut.  Nampak gelojoh.
Kurang sabar betul,” sinisku.
“Bukan kurang sabar… Cuma  takut tak mampu bertahan,” gurau Zayed lagi dan dia terus ketawa.  

~~> bersambung

53 comments:

  1. walaupun ziyad nampak mcm macho&terlalu berterustrang++kasanovanya...tapi sya tetap suka cara zayed...simpan romantik+kata2 romantis selepas halal lebih barakah.

    ReplyDelete
  2. auuuuww.banyak manis maa ;D

    ReplyDelete
  3. Wah wah wah Zayed.... skrg lak x mnyabar! Dulu... wat dono je :-)

    ReplyDelete
  4. personaliti zayed dan ziyad berbeza so cara diaorang aproach perempuan pn berbeza.

    ReplyDelete
  5. zayed nakal gak tapi nakal berhemah huhuhu tetap zayed jadi pujjjaaan hatikuuu...

    ReplyDelete
  6. hero citer ni zayed kan??waaaa nak zayed juga :)

    ReplyDelete
  7. hmmm..me prefer ziyad...
    c'mon zayed...rina dah tggu lama kot...we r not talking about br kenal berbulan...bertahun key...peluang pon terbentang luas....yeah yeah yeah..understand profession as a doctor...bz gila dowh..but xkan to tell a gurl that u love her pon x sempat..
    and then ziyad get in their life...wahhhh..tetiba Tuan Doctor Zayed rasa...owhh rina i actually love you...lets get married...mariiii...hmmmm (geram sket dgn tahap keslowan zayed)

    i think ziyad lagi telus dan tulus....hahaha..peace to all zayed lovers :))

    tp apa pon Ms author kita mesti dah ada idea yg menarik tuk IAM neh...may the best man win....

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm...betul tu,sy pom sokong ziyad dgn rina

      Delete
  8. Ohhhhhh, Zayed is making me crazyyyy. Memang terjatuh bergolek hati ni kat Zayed. Good job kak Rehan! Sila update banyak banyak, hihi thanks :)

    ReplyDelete
  9. Baran ker si Zayed ni? Tiba2 jer melenting kat Ziyad... Ker ada rahsia2 tersembunyi yg belum terungkai lagi? Hmm.....

    ReplyDelete
  10. ramai ja lelaki kat luar mcm zayed cthnya suamiku trsayang.sepanjang kenal dan brtunang, kering air mata kenang nasib x mcm kwn2 lain...ada je hadiah,ucapan manis, dating,mcm2 la...dgn dia kalau jumpa pun cakap pasal keja ja..kalau dlm fon ada sikt romatik.birthday kita pun tak tau..haha lepas kawin mak aii romatik habis, ringan tulang, mcm2 la...mana sangka...so kita tunggu keromatikan dr zayed,,nanti takut ada yg kencing manis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auch, sounds interesting. Vain alert kak Rehan!

      Delete
  11. Wah Rehan....sweetnya Zayed mengayat Rina, boleh kena diabetes nih....Rasanya datanglah 10 Ziyad pun, hati Rina tetap pada Zayed kan?

    ReplyDelete
  12. Sikit-sikit Zayed menampakkan sikapnya yg loving kat Rina
    dah jadi halal baru agaknya dia tunjukkan segalanya..

    ReplyDelete
  13. ohmai!!!!! mana nak cari "dr.zayed" nie? feeling pink2 ok!

    ReplyDelete
  14. oh my....mana ziyadku ni...wake up ziyad..
    ziyad cpatlh btindak..memainkan prasaan btoi la RM ni..huhuhu
    wlaupun zayed best,i ttap nk ziyad ok..
    nakal + kasanova + cool = ZIYAD

    ReplyDelete
  15. ciss!zayed neh leh lh plak tersasul ayat 'tk sabar nk makan rina'hehe ade makna tu....

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. cik writer buat sye rse mcm ade smething bkal brlaku betwen zayed, ziyad and rina... ayt zayed yg psl nikah dkt hosp buat sye sntap.. seolah-olah ziyad tu nnti akn jdi sinar bru untuk rina after zayed.. and i like ziyad most than zayed.... but if zayed sdh mnjdik plihn writer for rina.. what can i do... and bg ziyad dkt sye... hahaha(kemarok dgn ziyad)...anyway, best..

    ReplyDelete
  18. comelnya zayed. siap tekup mulut ag. mujur x wak mata besar. ish ish ish

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. SO CUTE ISN'T?! Oh melting disini.

      Delete
  19. dh x mnyempat ye bdk bdua ni keke,.cpt2 tampal new en3 yea cik writer keke

    -biena-

    ReplyDelete
  20. hero dia zayed. ingat lagi teaser kot. kak rehan ada tulis . zayed ckp lafaz cinta hanya akan dia luahkan bila dah halal

    ReplyDelete
  21. yes... yes, i like zayed. hehek. mana menghilang ziyad. kalau terselit dia dlm bab ni best jugak. hehek!

    ReplyDelete
  22. Sukanya smpi dh tak tau nk komen apa..huhu

    ReplyDelete
  23. Cinta dulu pada Allah s.w.t. .... Betul tu bila dah halal baru boleh sebut lafaz cinta... Bila berkawan bukan bererti kita halal untuk bercinta... UCAPAN KATA CINTA lepas halal tu lebih bahagia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasai la yg pilih zayed tu hihi

      Delete
  24. hadoih...... jiwa kacau betol cik RM tolonglsh saya dah angau sangat2 kat dr zayed dah nih......

    ReplyDelete
  25. ada masa lebih suka akan ziyad dari zayed...



    ReplyDelete
  26. tu la zayed... dulu menyombong, x nak ambik pusing perasaan rina, skrg kan dah x sabar2.. gelojoh gitu.. hihihii..

    ReplyDelete
  27. wah .. I loike zayed .. hrp2 takde gangguan masa nikah nnti :)

    ReplyDelete
  28. dh terkena kencing manis dh nehhhh...adehhh...rina amik zayed..i amik ziyad...haaaaaa....adehhhh


    -royal pahang-

    ReplyDelete
  29. arghh.. kencing manis kencing manis ~~~ :D

    ReplyDelete
  30. Zayed is my choice walaupun Ziyad makes more effort than Zayed. Sebab Zayed ambik masa yg lama utk terus-terang and dia sendiri mengaku yg dia tercabar with Ziyad's appearence, so somehow sy rasa Zayed tak serious with Rina. Tapi sy sangat berharap Rina will choose Zayed and I'd really hope that nothing will happen between them. Sangat conflict cerita ni, hehe.

    ReplyDelete
  31. owh dr zayedd... **fallin' in love**
    hihi..

    ReplyDelete
  32. Ntah npe sy prefer ziyad, mayb sbb ia akan menjadikan citer ni lebih interesting? klu rina dgn zayed, bosan la citer ni nnt.. eh.. btul ke kak RM? hehe..

    ReplyDelete
  33. xsabar nak tnggu rina n zayed kawen..;)

    ReplyDelete
  34. i likeeee byk2.. he

    ReplyDelete
  35. baru nmpk sifat sbnr zayed...
    hahaha...rina pn cam x caya

    ReplyDelete
  36. ah sad... i want ziyad with rina...

    ReplyDelete
  37. best entry....tapi sy lebih suke lagi kalau ziyad dgn rina.

    ReplyDelete
  38. auuwch....sad entry,nak ziyad.eei kacau je si zayed ni.kak rehan pleeasssse nak ziyad ngan rina.

    ReplyDelete
  39. hahahahah zayed u are soooo cute.... hehehe thanks kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  40. undi ziyad ngan rina

    ReplyDelete