
BAB 28
KEPALA masih amat
berat. Tapi, bunyi bising telah menyuruh
aku memaksa diri aku sedar dan memasang
telinga biarpun mata masih terkatup rapat.
“Neo... ini tak
kena. Apa yang kau janji dengan aku?” soal suara itu.
Jantung aku berdetak
hebat. Suara siapa pula kali ini. Dalam samar-samar pandangan, aku menangkap
satu susuk tubuh lain selain Naim.
Telinga mendengar tapi otak kurang jelas hendak mentafsir.
“Heh, sejak bila kau
kenal aku sorang yang menepati
janji?” soal Naim keras.
Aku lalok. Lali.
Sepatutnya kloforom ini sudah hilang kesannya lagi rasanya aku diberi
dadah pula tapi dengan kuantiti yang sedikit.
Cukup untuk buat aku pening dan lemah.
“Kau gila, Neo... kau janji dengan aku. Apa semua ni?
Aku lepaskan semuanya sebab janji
kau. Tapi ini kau buat aku? Lepas semua aku lakukan untuk kau, kan?” jerit yang seorang lagi.
Langsung tak aku kenal
suaranya kedua-duanya.
“Heh, kau gila atau aku
yang gila? Kau tu lupa daratan. Tak ingat mana asal usul sampaikan kau boleh
pilih perempuan tu daripada Tuan
Bohari?”
Aku kerutkan
kening. Hati terkejut.
Sungguh. Aku berada dalam genggaman Neo sekali
lagi. Nama Bohari berdengung dalam
kepala. Menyirap darah dalam keadaan
tubuh yang lemah.
“Kau dah janji Neo...
hari tu yang terakhir. Kenapa lagi kali
ni? Tuan Bohari lepaskan aku pergi. Dah cukup aku kena pukul hari tu. Apa lagi yang kau tak puas hati hah,
Neo?” jerit salah seorangnya.
Neo ketawa. Ketawa dan terus ketawa.
“Aku nak lihat kau
menderita. Kau ingat kau semudah tu boleh
lepas dari kumpulan kita dan hidup aman
damai, dengan perempuan tu?!” soal Neo
kasar.
“Dia tak ada kaitan,
Neo... ini hal antara kita. Tuan Bohari
pun lepaskan, kenapa kau tak sudah-sudah nak susahkan aku dari dulu?” jerit yang seornag lagi pula.
Aku angkat kelopak
mata. Nampak mereka saling mencekak
kolar baju. Rasa hangatnya aura
masing-masing.
“Dia merbahaya. Dia akan bongkarkan segalanya...”
“Tak sudah ke dulu kau
bunuh keluarga dia, hari ni dia pulak?”
sergah suara itu kuat.
Hati aku terasa kejung
mendengarkan kata-kata itu.
“Aku bunuh demi Tuan
Bohari bila kau tak boleh nak laksanakan tugas mudah tu!” tempik Neo nyaring.
Kelopak mata aku angkat
lagi.
Mereka menjauh. Yang mana Neo yang masa orang suruhannya itu,
aku tidak mampu kenalpasti.
“Dan bila aku tahu
siapa perempuan ni, lagi aku rasa nak dapatkan dia. Aku nak cerita pada dia macam mana aku
rancangkan kemalangan mak bapak dia dulu dan hari ni dia pulak tempah maut
sendiri,” tokok Neo.
Lelaki seorang lagi
mengeluh. “Kau gila, Neo. Tak pernah tak gila!” jerit dia bagai kehilangan pedoman.
“Kau bunuh aku kalau
betul kau tak puas hati. Tapi, jangan
kau apa-apakan dia. Dia tak ada
kaitan. Dia hanya jalankan tugas dia,
Neo... dan aku... aku tak sanggup lagi nak hadap semua ni. Aku tak nak pilih hidup macam ni. Aku tak nak jadi hamba kau dengan Tuan Bohari
lagi!” Semakin kuat suara itu menjerit.
Berdengung telinga
aku. Siapa Bohari dan siapakah dia yang
sedang menjerit pada Neo ini? Hati aku
berdebar dan debaran sebegini bukan kerana takut tapi debaran begini adalah
setiap kali adanya dia.
Ya, dia...
AKU BUKA mata. Terasa wajah direnjis dengan air. Pipi aku ditepuk perlahan.
“Naina, bangun.”
Suara itu aku
kenal. Tapi, mata berat hendak aku
buka.
Serta-merta peristiwa
dulu terlayar dalam kepala. Aku diculik
lagi buat kali kedua dan suara itu juga hadir juga. Aku mahu buka mata dan melihat wajah dia tapi
mungkinkah?
“Naina, bangun...”
kejut suara itu lagi.
Dengan susah payah aku
angkat kelopak mata. Dalam samar-samar
dan kepedihan menahan pancaran cahaya, aku kembali pejamkan mata.
Aku nampak Nine. Nine seperti biasa datang mempertaruhkan
nyawa dia untuk aku dan aku mahu menangis.
Tangan diikat
kemas. Mulut juga masih sakit kesan
ikatan. Kaki juga terikat sama. Kepala pula hanya beralas lantai yang
kotor. Kot luar pula entah ke mana. Yang ada hanya kemeja putih yang sudah kotor
dan terbuka butang yang paling atas.
“Naina, bangun sayang,”
pujuk suara itu lagi.
Kali ini, aku kuatkan
hati. Biarpun pedih, biarpun kepala
menyengat, aku gagahkan juga.
Bila mata aku terbuka
separuh, aku nampak Nine dekat depan wajah.
Dia senyum.
“Nine...” seru aku lemah.
Kesan klorofom masih
ada di dalam kepala. Masih di bawah
separah sedar biarpun aku nampak Nine di depan mata.
“Are you okay?” soal dia.
Aku menggeleng. Hendak bertanya, aku sendiri lemah.
Bila aku angkat kepala
dan kembali jatuh, telapak tangan Nine menyambut kepala aku. Ditarik tubuh aku ke dalam pelukan dia dan
diusapnya belakang aku lembut.
“What happened to
you? Kenapa you tinggalkan I dan macam
ni jadi keadaan you?”
Mata kau buntang. Suara lain, gaya bercakap juga lain. Aku tolak tubuh itu dengan bahuku kuat.
Biarpun pedih, aku
paksa mata aku terbuka dan dia bukan Nine...
Aku menggeleng.
Aku terkejut.
“You buat apa kat
sini? Macam mana you boleh jumpa
I?” soal aku pada Naim.
Dia mengerutkan
wajah.
“I tahu you kena
culik. I follow kereta yang culik you
tu,” jawab Naim berbisik bagaikan tak mahu ada yang mendengar.
Tapi, kepala dan otak
aku sukar hendak menerima dan mencerna kata-kata Naim. Rasa pelik.
“You lie... I
ingat...” Dahi aku berkerut cuba
mengingati peristiwa sebelum kejadian ini.
“I ingat you ada depan
hotel masa I ada dalam kereta tu. You
tak ikut I pun...”
Susah payah aku
bersuara tapi Naim hanya tenang.
Langsung tak dicuba untuk membuka ikatan pada kedua-dua belah tangan aku
yang terkunci di belakang.
“I memang nak
selamatkan you ni, sayang,” pujuk Naim mengelus pipi aku.
Cermin mata yang ada pada
wajahnya dibuka. Dia duduk bertinggung
dan melepaskan wajah aku yang sedari tadi menerima elusannya.
“I akan cuba kompromi
dengan Neo untuk lepaskan you. I sanggup
buat apa saja untuk you , sayang,” ujar Naim lagi.
Aku kerutkan dahi dan
mengecilkan pandangan. Wajah Naim nampak
sedikit kabur. Wajah dan suara itu,
bagai semakin dekat dengan aku. Bagaikan
dialah pelakon utama pada kejadian penculikan aku dulu.
“You...” Aku bersuara lemah.
Tak sempat aku sudahkan
soalan, kepala aku jatuh tersandar pada dinding dengan pandangan yang
samar-samar dan kian malap namun telinga masih mampu menangkap suara lain yang
masuk ke bilik.
“Jangan usik dia!” bentak seseorang.
“Neo...” seru Naim
takut-takut.
Kali ini aku gagahkan diri hendak melihat wajah yang
dikatakan Neo.
“Apa lagi yang kau buat
cuba buat ni?”
“Err... Tuan Bohari,”
seru Naim sekali lagi.
Aku tahu dia dalam
bahaya.
“Naim, you bukak ikatan
tangan I... kalau macam ni pergerakan I
terbatas,” bisik aku bila Naim
mendekatkan wajah dia ke wajah aku.
Naim hanya senyum dan
dia bangun.
“Lepaskan dia,
Naim!” suruh suara yang dikatakan Bohari
tadi.
“Dia tak salah,”
sambung dia semakin keras.
“Tuan Bohari, kalau
kata tuan lepaskan dia, saya akan hambakan diri saya pada tuan untuk selamanya tapi tolong saya, tuan...
saya merayu...”
Aku dengar lagi suara
itu merayu-rayu. Tapi, kenapa Naim di
sini.
Aku paksa angkat
kelopak mata. Bila mata kau benar-benar
sedia untuk melihat, aku nampak seorang lelaki sedang melutut di depan seornag
lelaki tua. Ada Naim di sisi
mereka.
Aku cam lelaki
itu. Teringat pada gambar tempoh hari,
juga lain. Bukan dia tapi aku yakin
dialah yang dipanggil Bohari. Wajah
kedua-duanya berbeza. Wajah ini
juga.
“Tu... Tuan... Ben...
jamin?” soal aku lemah.
Naim memandang. Neo juga dan aku...
... airmata mengalir
laju melihat wajah Neo dengan begitu jelas di mata. Kabur pandangan tapi kabur dek airmata.
“Nine?” tanya aku.
Nine cuba bangkit dari
terus melutut di depan Bohari atau aku kenali dia sebagai Benjamin, tapi sayang
dia terlebih dahulu tersungkur di depan aku bila ditendang oleh Naim.
Aku sakit melihat dia
sakit tapi aku terluka dengan identity dia yang sebenarnya. Dia sampai ke sudah menipu dan kini dia
adalah Neo? Dia merancang segalanya? Dia dalangnya dan dia membunuh umi dan
ayah?
Dia?
“Nine, awak...” Tak mampu aku sudahkan kata. Tersekat terus.
Airmata mengalir.
Laju.
Naim ketawa.
“Dia sepatutnya jadi
Neo tapi jiwa dia tak sampai untuk jadi Neo.
Dia tak mampu nak bunuh lalat pun, Naina,” sampuk Naim.
Aku ketap bibir.
“Apa maksud you?”
Aku lihat Nine mengesot
cuba mendekati aku tapi lagi sekali perutnya ditendang oleh Naim. Kuat.
Dia mengaduh kuat. Setelah dia bangkit dan cuba melawan, muncul
beberapa orang yang berpakaian serba hitam memegang kuat Nine dari terus
membalas perbuatan Naim.
“Kau gila, Im... kau
gila!” jerit Nine kuat sambil matanya
melilau memandang aku yang tak lepas merenung dia.
Pedih.
Naim ketawa. Bohari diam.
Memandang aku tanpa berkedip. Dia
yang aku lindungi, dia yang paling kami
kehendaki. Dengan berlainan identiti,
kamu ditipu begitu saja.
Langkah Naim merapati
Nine. Wajah Nine ditepuk kuat. Bibir Nine yang sudah nampak merah ditekan
kuat hingga wajah itu menyeringai menahan pedih.
“Kalau kau tak nak aku
apa-apakan, Naina... kau diam je, Nine... bagi aku uruskan apa yang telah daddy
dan aku sendiri mulakan,” bisik Naim tapi masih mampu aku dengari.
Sekali lagi aku
terpaku. Daddy?
“Apa you cakap, Naim?” soal aku lemah.
Naim memandang. Dia mendekati aku pula. Bertinggung di depan aku dan melabuhkan
bibirnya tepat ke atas mulut aku yang
juga sedikit luka.
Nine menjerit
kuat.
“Celaka kau, Neo... aku
bunuh kau kalau kau sentuh dia lagi. Aku
tak teragak-agak nak lakukan pembunuhan buat kali pertama dan terakhir!” jerit Nine sekuat hatinya.
Airmata aku
mengalir. Bukan kerana dicium oleh Naim
tapi terkejut bila di depan aku ini dan selama ini adalah Neo dan juga Bohari,
adalah bapanya.
Nine...
Kenapa semua ni terjadi
dan semakin sukar hendak aku leraikan kemelut ini? Nine bersubahat selama ini. Dia penjenayah dan bagaimana aku jatuh cinta
pada seorang penjenayah besar seperti dia.
Sumpah seranah Nine
pada Neo atau Naim sudah tak mampu aku terima sebagai kata-kata yang hendak
melindungi aku. Segalanya melukakan. Hati dan jiwa aku cedera parah.
Naim menolak pipi aku
kasar, memaksa aku menatap Nine yang sudah melutut dengan kedua-dua belah
tangan dikilas ke belakang.
“Kenapa? Kau nak tengok aku buat lebih dari tu dan
depan kau?” soal Naim gila.
Aku diam. Memejam mata rapat-rapat, menanti saat diri
diperlakukan seperti binatang oleh Naim.
“Jangan Neo... aku
sumpah aku bunuh kau depan daddy kau!”
jerit Nine kuat dan menggelepur cuba melepaskan pegangan.
Naim hanya ketawa mendengarkan
kata-kata Nine. Sekali direntap kemeja
aku rabak. Mujur ada sehelai baju tanpa
lengan di dalam yang masih melindungi. Namun,
bahu yang putih bersih terdedah pada
pandangan mata mereka.
Aku pejamkan mata lagi
bersama gigi yang aku ketap hebat. Bila Naim
cuba mencium aku sekali lagi, wajah itu aku hantuk kepala aku pada kepalanya.
Naim mengaduh dan dia terduduk
ke belakang. Entah bila Nine terlepas
dari pegangan orang suruhan Naim, dia meluru menerkam Naim yang sedang separuh
terbaring.
Ditumbuknya muka Naim
bertubi-tubi. Buku limanya lekat dengan
darah merah biarpun ada yang menghalang tapi Nine bagai kerasukan. Matanya merah. Airmatanya meleleh.
Biarpun ada muncung
pistol diacu, dia tetap begitu. Tak sedar,
Nine menarik sebilah pisau dari tepi kakinya dan diangkat tinggi hendak
dibenamkan pada dada Naim.
“Nine!!!” jerit aku menghalang perbuatan dia.
“Nine, berhenti...
tengok belakang!” jerit Bohari pula.
Tingkah Nine mati. Dia kalih pada aku yang juga diacu dengan
muncung pistol.
Dia mengeluh dan
perlahan-lahan bangkit dari tubuh Naim dan mengesot mendekati aku.
Ditepisnya muncul
pistol tersebut dan terus saja dia memaut tubuh aku ke dalam pelukan dia
kemas. Kepala aku dikucup lama. Aku rasa titisan airmata mengenai wajah
aku.
“Maafkan saya, Naina...
saya buat awak menderita,” bisik dia dan pelukan kian kemas.
Aku kelu dan kaku. Entah apa lagi yang mampu aku katakan pada
dia saat ini. Mata aku merenung Naim
yang bangkit dibantu oleh Bohari dan juga beberapa orang suruhan dia yang lain.
“Maafkan saya, Naina...
awak tak patut ada di sini,” bisik Nine lagi.
Daun pintu terkatup
rapat. Kelibat Naim, Bohari dan
orang-orangnya hilang. Kini, hanya ada
aku, Nine dan kesepian.
Padanlah kali lepas,
dia begitu mudah menjejaki aku bila aku diculik. Semudah itu Neo melepaskan dia. Tersasar tembakan di persidangan dulu. Hanya terkena bahu kerana aku yakin, pembunuh
itu pasti tidak tersasar.
“Kenapa buat saya macam
ni?” Akhirnya, terbit juga soalan dalam
kepayahan lidah aku menuturkan kata.
“Maafkan saya, Naina...” pinta dia lagi.
“Maafkan saya...
maafkan saya.”
Tak henti-henti ucapan
maaf itu keluar daripada mulut Nine. Tapi
aku, mampukah memaafkan dia begitu saja setelah apa yang aku lalui dan dia lakukan?
~~> bersambung
RM : oh apakah pengakhiran mereka... jeng jeng jeng... (muzik debar masuk)
ade salah ckit ejaan..chloroform=klorofom he
ReplyDeletetp cter tetap gempaq..next n3 pls .. @.@
tq penulis
haihhh xtdo ak mlm ni dup tringtkn next entri huhu,. jgnla pisahkan hero ngan heroin cik writer keke,.
ReplyDeletethis is stressful kak rehan. T^T cepat sambung :D
ReplyDeleteTerjawab sudah siapa neo..lega rasa
ReplyDeletewoww RM yg pemalu masa jumpa kat PBKL..siap tutup muka dgn tudung gituu..betoi la stressnya n3 kali ni, good job idea lain dari yg lain...nxt n3 bg cool sikit ye.
ReplyDeletekesian nine..dy terpaksa..
ReplyDeletenaina n nine mesti bsame tau kak RM..
jangan pisahkan mereka.
~ love u kak RM ~
Aduh kak...jgn buat nine n naina mcm tu.ckplah diorg mnderita kak..org dh agak naim tu neo.sbb 1st kena culik tu neo tau suma yg nine nak
ReplyDeleteRM mmg mendera la..tp i likeeee...bgimana perakhiran cinta mereka?
ReplyDeletetiba2 kan nine tu rupanya perisik...xde la naina bengang sgt...hehehe
ReplyDelete#saje nk sedapkan ati#
Hu.hu pedih dan kuciwa inikah pengakhiran cinta mereka.oh tidakkkkkkk.tlg RM ........
ReplyDeletecpt la pasukan keselamatan tngkap si neo n bapak dia tu..jahat sgt..hmm apa nk buat dgn nine ek..nk kena hukum gak ni sbb buat naina terluka..
ReplyDeleteisk..isk..takut tul nak bace..takut meleleh ayaq mata..sob..sob..
ReplyDeleteWHAT!
ReplyDeleteOH MY.......
hah! mendebarkan. puas hati coz dh tau smuanya. Bru tau keja dia org rupanya sludup senjata. Bagaiman akhiran cinta meka RM?
ReplyDeleteBest, lain dari yang lain. Keep up the good work! Thanks cik Author! Nak lagi...
ReplyDeleteaduss..sayang beno2 nine kat Naina yerk..Naina, jgan kau duatai lagi cinta Nine tu.
ReplyDeleten ada salah ejaan aku jadi kau.
>>k<<
punyalah nak fahamkan cerita, setiap ayat diulang berkali2... ohmai!!... tragis!!..
ReplyDeletejangan pisahkan nine dengan naina RM...pls. Semoga cinta naina cukup kuat untuk menerima nine.
ReplyDeleteAri tu say pun nampak ade writer tutup muka. itu RM
nak jugak jumpa tapi anak saya dah meragam tak dapek nak tunggu lama.
Bglh n3 baru.....
ReplyDeleteMakin best ni. Hihihi
well done k.rehan..love it...nxt entry pleaseeee....nk hepy ending between nine n naina:)
ReplyDeleteAlahai akak...
ReplyDeleteSedehnye....
Apa pengakhiranye ek???
Jenfjengjeng??¿¿
walaweh..... terkojat den dpt tau abg nine gua a.k.a neo..... best gila entry nie hahhaha :)
ReplyDeleteSian nine, dia x salah
ReplyDelete