Saturday, July 14, 2012

Untuk Dia [13]


BAB 13

RASA lamanya nak tiba hari Isnin.  Bagaikan berkurun sudah aku jejakkan kaki ke teratak milik keluarga Aziana ni.  Tidaklah tersergam banglo tapi hanya sebuah rumah kampung dengan halaman yang sangat luas.  Seperti mana yang pernah dia ceritakan yang keluarga dia bersederhana.  Memang kaya.  Kaya budi.

Bantal peluk aku tarik.  Usai menolong mak Aziana di dapur tadi, aku terus masuk ke bilik dengan langkah yang cepat.  Bukan apa, nak intai skrin telefon.  Mana tahu ada pesanan dan juga panggilan rindu daripada Zafrin.  Boleh aku ukir senyum lebar-lebar. 
Tapi sayang, memang tak ada.  Seharian hari ni, tak ada langsung panggilan atau paling kurang pesanan ringkas macam sebelum ni.  Sibuk sangat ke?  Aku mula nak fikir macam-macam. 
Skrin Nokia C3 itu aku pandang lagi.  Rasa mahu menelefon dia tapi ada yang menghalang.  Kredit telefon aku ni kena berjimat cermat.  Sudahlah berlainan syarikat telco.  Jenuh nanti nak tambah caj pra-bayar aku ni. 
“Telefon jelah, Mi… yang kau dok tenung skrin tu kenapa?”  Pintu terkuak dari luar dan wajah Aziana muncul basah. 
Aku gariskan senyuman lalu menggeleng.  “Biar dia telefon aku dulu.  Aku tak akan cari dia dulu.”
“Emm… eloklah kau tu, Mi.  Buatnya Rin tengah fikir benda yang sama dengan kau, macam mana?”  tebak dia lalu dia hampir pada penyangkut kain. 
Telekung dia capai dan dia sarung ke tubuh.  Setelah itu kain pula dia ikat pada pinggang.  Telekung yang sama dengan aku.  Berbeza warna saja.  Akhirnya, sejadah dia pagang dan mata itu memandang aku seketika. 
“Kau tak rasa Rin tu tengah tunggu panggilan kau juga ke?”  soal Aziana sambil menghampar sejadah. 
Berkerut dahi aku kala ni.  Boleh jadi juga tapi aku tak ada kredit nak telefon dia.  Setakat pesanan ringkas tu bolehlah. 
“Perlu ke aku SMS dia?”  soal aku polos.
“Sengetnya kawan aku ni.  Kata bercinta?  Kenalah tanya khabar sekali sehari pun jadilah.  Tak menjadi masalah pun.  Lainlah kalau korang berdua masing-masing boleh masuk dalam talian tu.  Haa…”  Jari telunjuk Aziana digoyang padaku.
“… yang tu memang masalah.”  Dia senyum lalu menghamparkan sejadah. 
Tak sempat aku nak menjawab, dia sudah angkat takbir.  Tak sempat aku nak menyerang.  Andai tidak, maut dia aku geletek.  Haih…
Sudahnya, aku bawa tubuh aku meniarap.  Melihat pada tubuh yang dibaluti baju kecil ni, aku ingatkan sindiran Zafrin tiba-tiba.  Tidur pun perlu bersopan.  Tanpa sedar, bibir aku menguntum senyum. 
Patutnya aku dah tahu masa tu lagi yang dia memang sukakan aku.  setiap lelaki akan menjaga apa yang ada pada wanita yang dia sayang.  Alamak… bertuahnya aku.  Cepat-cepat aku pegang pipi yang terasa merah.  Malu sendiri.
“Emm… SMS jelah.  Buatnya betul macam Azi cakap, jenuh aku nanti,” komen aku pada diri sendiri. 
Aku kuatkan semangat dan terus saja melarikan jemari di atas papan kekunci.  Sebuah pesanan ringkas aku hantar pada dia.  Bila aku tekan OK dan ya, selamat sampai sudah.  Tak lama lepas tu, aku terima balasan daripada dia. 

            Hai je ko sms aku?

Erk!  Memang aku hantar ‘hai’ je tadi.  Salah ke?  Itu pun tanda aku ingat dia apa.  Dah tu, dia nak aku tulis apa?

            Hai tu dah cukuplah.  Tanda aku ingat ko.  Bkn mcm ko, tak ingat aku!

SEND!  Dan, dia membalas lagi.

            Aku tggu kata2 cinta dari awek aku ni.  Asyik aku je luah dulu.  Nak juga
            dia ucap dekat aku.

Kata-kata cinta?  Manalah aku tahu.  Tak pernah bercinta.  Ini pun kali pertama dan aku rasa sangat ganas.  Cakap aku kau je.  Mujur tak terkeluar bahasa lagi kesat masa mula-mula kami kenal dulu.  Parah nanti. 

            Tak retilah aku, Rin…

Mudah saja aku mengaku pada dia.  Dia nak terima atau tidak, itu hak dia.  Pada aku, kata-kata cinta memang aku.  Dah lama aku karang dan aku simpan dalam hati ni.  Cuma masa  untuk aku luahkan segalanya masih belum tiba.  Cukuplah dia tahu yang hati aku ada dia. 

            Aku ajarkan, nak? :D

Erk… nak ajar pulak.  Aku pantas menekan papan kekunci telefon bimbit aku ni untuk memberi amaran sikit tapi tak sempat bila Zafrin terlebih dahulu menelefon. 
“Rindu kau, Mi…”  akui dia sebaik saja aku jawab salam.
“Err… rindu nak bertekak dengan aku ke?” 
Dia ketawa halus di hujung talian.  “Rindu segalanya.  Rindu masa kau sakit, rindu kau sengal, rindu kau mengaum.  Semualah,” jawab dia.
Aku ketap bibir menahan tawa.  Takut terhambur nanti hilang kusyuk Aziana yang sedang sujud menghadap pencipta.  Sudahlah aku bercuti. 
“Kau buat apa, Mi?”  soal dia lagi.
“Landing saja.  Tadi tolong mak Azi kat dapur.  Lepas tu, rehat-rehat jelah.  Esok nak balik dah.”
“Azi mana?” 
“Solat…”  Aku menjawab perlahan.  Menjeling sekilas pada Azi yang sedang meraup wajah mengaminkan salam.
“Kau?”  Suara Zafrin kedengaran nakal.
“Aku errr… dah…”
“Tak baik tipu, Mi.  Tergagap-gagap ni mesti kau tak boleh solat, kan?” teka dia tepat.
Aku menahan wajah.  Rasa malu sendiri.  “Kau ni kan…”  Ada nada tak puas hati pada hujung suara aku.
“La… apa masalahnya.  Ini ilmu untuk kaum lelaki ni, Mi.  Dah alang-alang betul… kejap-kejap…”  Suara dia menjauh.  Tapi setelah itu ada semula.
“Aku ambil buku tadi.  Nak tanda tarikh kau cuti.  Mudah untuk aku nanti,” sambung dia lalu dia ketawa lagi. 
“Eii… tak naklah aku cakap dengan kau, Rin!”  marah aku.
Dia ketawa lagi.  “Alaa… relakslah.  Bukan kau yang call aku.  aku call kau.  Aku tahu kau berjimat, kan?  Nanti kita register nombor lain.  Aku tanggung bil telefon kau,” pelawa dia.
“Eh… jangan Rin.  Aku tak nak susahkan kau.” Aku menolak pantas. 
Susahkan apa?  Aku memang nak share segalanya dengan kau.  Atau kau  yang memang tak sudi nak share dengan aku?”  Dia membuat telahan sendiri.
“Tak adalah macam tu, Rin.  Kita baru kawan, kan?”
“Kawan?  Cuba kau bagi definisi kawan tu pada aku?  suruh dia agak tegas. 
Aku telan liur.  Mata Aziana aku pandang dan dia hanya jongket kening dan berlalu keluar bagaikan tahu apa yang mahu aku usulkan pada dia.
“Kawan tu macam kitalah,” jawab aku.
“Habis tu kau dengan Azi dan Jimmy?”
“Kawan jugak,” tukas aku lagi.
“Maknanya aku dengan Azi dan Jimmy tu tak ada bezalah di hati kau.  Macam tu?” 
Mati aku.  Tersalah cakap pulak ke?  Mati kutu sudahnya.  Tak tahu nak kata apa lagi dah melainkan aku hanya mampu hela nafas lelah saja.
“Tak apalah, Mi… aku faham!”  tegas dia lalu dia matikan talian. 
Aku melongo sendiri.  Mana boleh jadi macam ni.   Sudahlah jenuh menanggung rindu.  Bila dia menelefon, tamat begitu saja.  Selaju mungkin, aku dail semula nombor Zafrin.  Sekali tak dijawab.  Dua kali juga sama.  Masuk peti pesanan suara dan sudahnya, kredit aku tiada berbaki. 
Rasa macam hendak menangis.  Rasa hendak pinjam telefon Aziana tapi aku malas nak rendahkan ego sangat.  Biarlah dia.  Aku dah berpuluh kali telefon.  Aku campak telefon bimbit dan menarik bantal menutup muka.  Ada tangisan halus sedikit bergema tanpa aku sedar dan bila aku sedar, telefon aku berdering lagi. 
“Kita kahwin, Mi…,” ajak Zafrin tiba-tiba. 
Tubuh aku terangkat sendiri.  Terkejut bukan kepalang dengan apa yang Zafrin utarakan. 
“Kau…”
“Aku serius,” tekan dia.
“Tapi…”
“Itulah yang akan membezakan aku dengan kawan-kawan kau, Mi.   Kita kahwin.  Macam Kak Long tu… okey je dia kahwin muda.  Aku harap kau sudi,” ulang dia lagi. 
Aku melopong.  Tak mampu berkata apa.  Tadi merajuk.  Bila dia telefon semula, terus ajak kahwin. 
“Kau okey tak?” 
“Tak okey!” jawab dia pantas. 
“Kalau tak okey, pergilah klinik,” cadangkan agak loyar buruk.
“Ubat aku tak ada kat klinik.”
“Habis tu kat mana?”
“Ubat aku adalah kau.  Hanya kamu dan kamu.  Untuk aku!”  Suara Zafrin mendatar tapi penuh kesungguhan. 
“Err… aku kena bincang dengan keluarga aku dulu, Rin.  Aku tak sama dengan Resa…”
Dia mengeluh mendengarkan jawapan aku.  Aku tahu dia agak kecewa tapi perkara ini bukan perkara main-main.  Anaresa tak apalah dia memang tahu segalanya.  Tapi aku, bakar roti pun boleh rentung.  Macam mana aku nak hidup sebumbung dengan dia. 
“Ke sebab aku despatch je kau tak nak aku?”  telah dia langsung tak munasabah.
“Eh kau ni… janganlan duga macam tu.  Suka teka pelik-pelik.  Aku ni tak sama denagn Resa.  Banyak aku kena belajar lagipun, kau sendiri nak sambung belajar lagi, kan?  Aku tak nak halang cita-cita kau,” ucap aku membetulkan telahan dia. 
Zafrin diam.  Hanya desah nafas dia  yang menyapa peluput telinga aku.  Makin resah dan lemah. 
“Kalau macam tu… kita tak boleh jumpa selalulah,” ucap dia akhirnya. 
Dahi aku berkerut.  “Kenapa?” 
Rasa sedih tiba-tiba.  Memang itulah  yang sebetulnya.  Jangan selalu berjumpa.  Nanti tawar cinta dan mudah menjurus ke arah yang tak sepatutnya.  Tapi bila dia berkata begini di awal hubungan kami, rasa macam dia tak ikhlas pulak. 
“Kau kan tahu aku macam mana.  Aku dengan kau tak boleh.  Pandang kau darah menongkah arus.  Andai masa kita bermusuh pun aku berani buat kau macam-macam, cuba bayang apa aku akan buat bila kita berkasih sayang ni?”  tanya dia telus. 
Aku ketap bibir.  Dia ni ada je nak kenakan aku.  Menyesal aku sedih. 
“Kalau macam tu, baik jangan jumpa langsung.” 
“Okey… kita jumpa dalam bilik atas katil je nanti,” sahutnya dan aku telan liur berkali-kali. 
Talian terus mati.  Aku terus rebah ke katil dengan mata yang terkebil-kebil memikirkan semula pinangan Zafrin.  Apa aku nak buat ni.

**

BILA aku tanya Aziana dan Anaresa, kedua-duanya bersetuju.  Nak aku terima cadangan Zafrin.  Tapi, dia masih belum stabil.  Bukan kerana kerjanya tapi dia sendiri ada cita-cita.  Tak tahu nak kata apa lagi. 
Cermin di depan aku pandang lama.   Memang aku lain sekarang.  Serius lain.  Langsung berubah tapi pada dia, aku tetap Haqmi.  Sekalipun dia tak pernah memanggil aku Haqimah. 
“Cantik dah tu,” tegur Aziana semasa dia keluar dari bilik air. 
Aku sengih dan mengangguk.  “Macam tak percaya aku boleh berubah.”
“Kita berubah ni memang kerana Allah tapi harus ada yang mendorongnya, kan?  dan aku yakin… Rin adalah orang yang mendorong kau berubah ni.  Syukurlah sebab kau lagi cun gila bila macam ni, Mi,” puji Aziana pada aku.
Aku ketawa sikit.  Menahan malu.  “Kata Rin dia tetap nampak aku macam Haqmi yang dulu.  Bezanya dah lembut sikit.”
“Emm… betullah tu. Tak perlu nak berubah lebih-lebih. Janji diri sendiri selesa sudah.  Yang penting menutup aurat dan menjaga maruah,” nasihat Aziana lagi.
Dia memang sahabat yang baik.  Tak lekang bibir itu dari menasihati aku dan Anaresa sejak dari dulu.  Sejuk mata memandang dia.  Lega bila Allah bawa dia menjadi kawan baik kami.  Mengingatkan kala kami leka.  Itu yang pasti.
“Ni nak pergi mana?”  soal dia lagi.
Aku jongket baju.  “Entahlah Rin ajak aku pergi mana.  Katanya saja nak jumpa.  Ada hal nak bincang,” jawabku dan berlalu menggapai beg sandang.  Ini pun aku pinjam Aziana punya sebab aku masih pakai beg galas.
“Wah… ada can jadi macam Resa tak korang berdua?”  Aziana angkat kening bersama senyuman sengal. 
“Uiks… jangan cakap wei.  Kau bukan tak tahu aku cita-cita menggunung tinggi.”
“Resa boleh je?”  duga Aziana.
“Itu Resa… aku tak sama dengan dia.  Lagipun, Rin tu tak stabil lagi.  Kan dia nak sambung belajar jugak.  Jadi, aku rasa sedang elok kita habis belajar ni, baru aku fikir macam mana.  Aku tak nak Rin rasa terbeban biarpun aku tahu dia dah sedia,” beritahuku pada Aziana. 
“Kan Rin nak?”
Aku menggeleng.  “Dia kena sabar dulu,” tukasku bersama sekuntum senyum.
“Dia sendiri pun ada cita-cita, Azi.  Aku tak kejam nak sekat cita-cita dia dulu.  Bukan apa… aku takut dia tak mampu fokus bila ada aku nanti.”  Aku menyambung. 
“Tak apalah.  Dah sampai masa nanti, jadi jugak.  Bincang baik-baik,” nasihat Aziana dan aku senyum saja. 
Langkah ini seterusnya aku bawa ke luar.  Zafrin sudah menanti di bawah.  Bila aku dapatkan dia, dia bawa kereta Abang Zafran hari ni. 
“Kenapa bawa kereta Abang Zaf?”  soal aku setelah pintu aku rapatkan dan kereta menderum laju. 
“Saja… nak jalan jauh ni,” ucap dia.  Sengih!
“Mana?” 
“Kampung kau!”  selanya mudah dan aku bulatkan mata. 
What happen? Dan, perjalanan sepi.  Aku bertanya tapi Zafrin menyepikan diri. 
Sudahnya, kami tiba di depan rumah aku.  Sebelah je dengan rumah Anaresa.  Mak yang sedang duduk di serambi bangkit berdiri memandang kami yang masih ada di dalam kereta. 
“Assalamualaikum, mak cik,” laung Zafrin sambil mengisyaratkan aku keluar dari perut kereta. 
Bila aku tolak pintu dan memandang mak, mak bagaikan tak kenal aku.  Mata itu nampak terkebil-kebil merenung aku dan Zafrin silih berganti.
Waalaikummussalam.  Cari siapa ya, nak?”  tanya mak sopan. 
Aku menapak pada dia.  Menggariskan senyuman pada wajah tua itu.  Wajah mak nampak pegun sungguh.  Bila aku berpaling, Zafrin juga menghampiri. 
“Ini Mi, mak,” akui aku. 
Mak menggeleng tak percaya.  Mata itu nampak bergenang sikit lantas dia menyapa aku ke dalam pelukan. 
“Mana motor?” 
Erk… motor pulak mak aku tanya.  Bukannya nak tanya akan perubahan anak dara dia yang seorang ni.  Gilera merah itu juga dia risaukan. 
“Mi kan balik dengan kawan ni,” jawab aku sambil menjeling Zafrin yang sedang menyuakan tangan pada mak.  Hendak bersalaman. 
“Apa khabar, mak cik?”  tanya dia bila salamnya mak sambut. 
Aku menjauh sikit dan duduk di belakang mak.  Macam aku tahu je apa yang Zafrin buat kat sini.  Lebih berani daripada Abang Zafran. 
“Baik tapi kamu ni…” 
“Saya Zafrin.  Adik ipar Kak Long Resa,” jawab dia pantas. 
Mak angguk dan memandang aku.  “Emm… masuklah.  Pak cik tak ada ni.  ke pekan.  Kejap lagi baliklah.  Yang Mi pun tak cakap nak balik.  Tak ada apa nak hiding,” ujar mak lalu kami sama-sama menapak ke dalam rumah.
“Hidang daun kayu jelah mak…,” bisik aku.
“Haih… kamu ingat kawan kamu tu kambing ke?”  Mak menegur aku dan aku ketawa sikit. 
Zafrin yang sedang memerhati yang senyum saja.  Tak tahu yang kami bahankan dia.  Padan muka tapi detak hati aku rasa lain macam sudah.  Aku yakin itu.  Sangat-sangat yakin.
Usai aku hidangkan air  yang mak buat, ayah sedang elok tiba di depan rumah.  Bila salam dijawab, dia menapak dan mata itu bulat memandang aku yang sedang duduk elok di sisi mak. 
“Anak dara siapa ni?”  soal ayah sambil bersalaman dengan Zafrin. 
Aku mencemik. 
“Puteri kayangan turun rumah kita hari ni, bang,” seloroh mak pula dan disambut oleh tawa Zafrin dan ayah. 
“Mak ni… Mi berubah ni mak patut bangga tau,” rengek aku sedikit. 
“Mak bangga…”  Bahuku dipeluk mak. 
“Ayah pun… dan kamu ni…”
“Err… saya Zafrin, pak cik.  Boleh panggil Rin.  Adik pada Zafran suami Anaresa sepupu pada Haqmi…”
“Dan anak saudara pak ciklah Si Anaresa tu, ya?”  Ayah menyampuk. 
Aku ketap bibir.  Padan muka.  Kemain terangkan pada ayah aku.  Macamlah ayah aku tu tak tahu siapa Abang Zafran tu.
Cawan milo panas itu, mak suakan pada Zafrin satu dan ayah satu.  Ayah capai lalu menyuakan bibir cawan itu ke bibir. 
“Mi balik kenapa?”  tanya ayah kemudiannya.
“Er… Mi tak tahu.  Zafrin yang…” Bicara aku mati.  Tak tahu nak bagi jawapan apa lagi pada ayah.
“Hah?  Kenapa?”  Ayah beralih pada Zafrin pula. 
Dia berdehem beberapa kali dan memandang aku dengan mak sekilas.  Cawan  yang dia pegang, dia letak di atas meja.  Dia memandang ayah pula. 
“Er… macam ni, pak cik.  Saya nak minta izin kahwin dengan Mi.  Pak cik izinkan tak?” 
Huh, lancar saja soalan itu terbit dari mulut Zafrin.  Seingat aku, Anaresa cakap, Abang Zafran dulu pun ada wakil yang bersuara.  Ini dia sendiri.  Tepat seperti yang aku telah.  Dia nak guna jalan pintas setelah aku menolak. 
“Boleh tak, mak cik?”  tanya dia pada mak pula. 
Mak dia memandang aku  tanpa riak.  Ayah diam juga.  Senyum dan mengerutkan kening dalam satu masa.  Cawan di atas meja dia capai lagi.
“Kamu berdua dah bincang ke?”  soal ayah pada dia. 
Dia pandang aku dengan renungan yang merayu.  Meminta aku bersetuju barangkali. 
“Dah… harap pak cik izinkan sebab Mi kan belajar lagi,” ucap dia sopan. 
Ayah senyum.  Mak pun.  “Anaresa pun boleh… Mi mesti boleh jugak, kan?”  duga mak tapi aku hanya gigit bibir. 
Nak membantah takut malukan Zafrin depan mak dan ayah.  Sudahnya balik tanpa dirancang.  Main serang je budak Zafrin ni.  Aku pandang wajah dia.  Tenang saja biarpun dapat aku lihat detak dadanya kian kencang. 
“Mi err…”
“Emm… kalau dua-dua dah setuju, kami tak ada halangan.  Lagipun, elok kita nikahkan anak dara awal-awal.  Janji ada ilmu rumah tanggalah,” putus ayah senang.  Ayah menghirup air dia lagi. 
Aduhai… memang ayah aku dan Pak Long, ayah Anaresa sefesyen.  Sama saja.  Pak Long juga mudah menikahkan Anaresa dan ayah juga sama.  Tapi, aku bukan Anaresa. 
“Tapi, nak nikah free dulu, boleh tak?” 
Erk… air yang ayah minum tersembur.  Wajah mak melopong.  Wajah aku lagilah.  Teruja sungguh dengan permintaan bakal imam aku ni dan wajah Zafrin tersengih-sengih menggaru kepala yang tidak gatal.  Apa hal ni?

~~> bersambung

Cik Penulis : Bila Nak Saksi  nak siap2 ni..huhu..

Layan, komen & maaf atas kekurangan.  Saya baca komen2 semua tapi tak sempat nak balas.  Apa yg penting saya sangat2 hargai.  Sayang kamu... Faktanya, saya gilakan cerita2 vampire dan werewolf..jadi lepak tgh TV jap.. ada cite werewolf..hehe.. 

61 comments:

  1. Awwww. I lagi jdi blushing sbb Rin. Hahahha. xD

    ReplyDelete
  2. apa plak nie ?? huahua

    ReplyDelete
  3. hmmmm.... nice,"nak kahwin free bleh tak"..... hahahhah lawak2...

    ReplyDelete
  4. cpt tol la zafrin nie btindak,trus je msuk meminang sndiri..khwin free??

    ReplyDelete
  5. kesian org yg merindu..he he
    wah! hebat tu, gi confirmkan sendiri boleh kawin ke x..
    mintak nikah free lg..ha ha

    ReplyDelete
  6. cemana gaya nikah free tu zafrin...hahahahaha

    ReplyDelete
  7. wow..best..hihi..
    sis,sya cadgkn tgok the vampire diaries s1-s3 n teen wolf...secret circle pn bez gk.. :))
    ~ze~

    ReplyDelete
  8. zafrin sebab u i tersembur my lappy!! ;D' hohoho..

    ReplyDelete
  9. hihi...terasa blushing la sya...

    ReplyDelete
  10. mmg jiwa pink2 la bce cite nie...
    dh berangan jd haqmi tu.

    ReplyDelete
  11. erkkk???? lagi selamber mintak kawen free.
    hahahahaha sengal lag zafrin ni!!!

    hahahahahaaa

    gud job rehan :)

    ReplyDelete
  12. hahaahaha..x leh blah baca ayat last tu...nk kawin free..best la kak REHAN.. tq byk2.. tp nak lagi yer esok....camne agaknya family zafrin nanti yer hihihi..

    ReplyDelete
  13. slumbernya si Rin 2...best!nk lagi...bleh?hehehe;)

    ReplyDelete
  14. haih berani mati betul zafrin ni ckp mcm tu depan ayah mi,hahaha

    ReplyDelete
  15. ud besttttt........hehehe suke

    ReplyDelete
  16. suka sangat - Nurul 88

    ReplyDelete
  17. apa mksud kawen free tu?

    >>k<<

    ReplyDelete
  18. Haha tebal kot muka Rin tu,.sebab tu r berani mntak
    kawen free keke

    ReplyDelete
  19. hahaha.. nasib baik bca kat rumah kalo tngah o9 kat starbucks sah2 kna jeling ne.. ketawa sorang2..! :) "tapi nak nikah free dulu, boleh??" --> haha.. lawak2..

    ReplyDelete
  20. nikah free pon boley rin!!!!!!!haha

    ReplyDelete
  21. nikah free je? amboi Zafrin, dah gatal sangat2 nampak, hehe.

    muda13

    ReplyDelete
  22. Yuuhuuu....
    Caya la rin... Mmg macho la rin...
    Mi... Jgn tolak...
    Tapi x boleh belah nak kawen free...
    Mau x tersembur air bapak mie...
    Adeh la rin.. Rin.. Rin...

    ReplyDelete
  23. Rehan...nanti jangan lupa buat pembetulan... ada typo error...
    gelak... nak nikah cepat tapi kawin free dulu... ada mcm ni ke?.. hahah... boleh bayar down payment & bayar ansuran bulan2x...
    ingatkan zafran yg gila.. rupanya adik dia lagi senget...hahaha..

    ReplyDelete
  24. Alahai Zafrin...
    Kahwin Free...hahaha
    Tak leh tahan betul,nak tergelak je rasa...XD

    ReplyDelete
  25. hahaha...dok bergelak tengah2 malam sowang2..
    kalau cakap dekat ayh saya mcm nie mawnya kena ligan dgn parang nk kawen tp nk free..hakhakhak

    ReplyDelete
  26. Zafrin nie cri maut gan mak dia....
    Berani giler mintak kawen free....gatall....

    ReplyDelete
  27. Hahaha..buat lawak betul lah si Rin ni.., ada ke selamba aje minta nikah free dulu kt bakal mentua mcm tu..mmg betul brutal dia ni..haha..

    ReplyDelete
  28. Nikah free??? Apakah?????? sungguh x bole blah ngn mamat ni haha

    ReplyDelete
  29. Gatal jugak si Zafrin ni, haha. Tak sabar sabar :p ada ke mintak kahwin free, hadoii terang terang pulak tu. Sengal betull. Good job kak rehan :)

    ReplyDelete
  30. amboi2 ko zafrin nak kawen free pulak yer..mengade betol..gatal sgt2 dah la 2..igt dulu zafran jer yg gatal,padahal adek dia lagi gtal..hehehh..
    tq rehan..cepat2 smbung tw..n jgn lupa siapkan STK..

    ReplyDelete
  31. bezala rin ngan abg zaf...mmg straight to da point...siap nk kawen free lg...mst wang xcukup....:-) ---lee

    ReplyDelete
  32. mengong rin ni.. hahahaha....
    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  33. haha..kwen free???..dapt ke???
    kumpul duit dulu bg cukup..
    knduri lmbt lg lh klu cm ni punya pasal..
    -miss A-

    ReplyDelete
  34. hahaha gila apa nk nikah free.... ingt ank ikn ke apa? sengeng ke apa ko rin? hihihi

    ReplyDelete
  35. hahaha. zafrin o zafrin. ko meman gila la...
    ada ke nak kahwin free??

    ReplyDelete
  36. Best, best,best....nak lagi....

    ReplyDelete
  37. kawin free ???hahahhaha kn da teersembur air

    ReplyDelete
  38. hahahahaha... zafrin keberanian sukar dijangka kan...

    ReplyDelete
  39. x sabar nak tunggu smbugan sterusnye

    ReplyDelete
  40. tngah mmbayangkn dri d'tmpat haqmi....apakah???? hehehe memang super duper gatal lah rin...hahahah.....

    ReplyDelete
  41. tp msti dorang lmbt lg kwen kn....kt sp11 KSC kan ckap diorang dah stahun brtunang....lg pun 5 tahun dah tu masa brlalu....aduhlah,,,RM boleh kwinkan trus x dorang nehy???haha

    ReplyDelete
  42. hahahahahaha! sambung lagi kak rehan! sangat best ni! heeee

    ReplyDelete
  43. "nak nikah free dulu" waaaa... aayat gantung leher tuuuu zafrin.tpi....suke3

    ReplyDelete
  44. lawaklh kak rehan!smbung cpat2
    =

    ReplyDelete
  45. bila nak saksi dah nak siap akak..x sbrnya nak baca kisah lit ngan usop plk..hope tahun ni leh kuar novel..

    ReplyDelete
  46. wah zafrin beraninya.....huhu,,xpernh dibuat orang.....hebat penangan cinta mi kt dia....huhu best kak sambg ag

    ReplyDelete
  47. kak rehan, UD makin best....sambung cepat tau, baru semangat nak wat keje pagi2, smpai opis mst bukak blog akak,hihihihi x sabar nak baca UD akak...

    ReplyDelete
  48. hahaha.. boleh pulak mintak kawin free.. haha

    ReplyDelete
  49. kawen free???
    nk kne kejar dgn pedang samurai si zafrin ni...
    haha....
    best...cpt2 update n3 strusnye ya kak..hehe...

    ReplyDelete
  50. best..best.best..
    tak sabar nk tunggu smbungan..
    kak RM cepat la smbung yer..

    ReplyDelete
  51. x pe rehan sambung pelan2. walau apa pun jutaan terima kasih sebab habiskan di blog jugak. tak der la ternanti2.. endingnya. sebab tu la saya hari2 layan blog rehan ni... tak jemu2 sebab tau ada entry baru....

    ReplyDelete
  52. gle trus trng...mnta khwn free 2..haha...lwk la...

    ReplyDelete
  53. nikah free??? amboihhh.. kemain ko zafrin..haha

    ReplyDelete
  54. luntur sudah ego si Zafrin ni... =))

    ReplyDelete
  55. Giler la zafrin siap minta izin nk nikah free hahaha

    ReplyDelete
  56. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete
  57. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete