Friday, July 13, 2012

Untuk Dia [11]


BAB 11

DALAM dewan kuliah, aku diam menongkat dagu.  Habis ujian sebentar tadi, aku hanya memandang kertas putih di depan aku.  Menconteng dengan apa saja yang terlintas di dalam fikiran aku. 
“Kenapa  ni, Mi?”  Aziana menyapa belakang aku lembut.  Suara dia juga lembut.

“Kaulah!”  Aku mencemik. 
“Kenapa?”
“Kenapa kau tanya?  Kalau kau tak tinggal aku dan pergi dengan Jimmy semalam memang aku tak lalu semua ni.”
“Dah nak jadi.  Aku nak kata apa?”  Dia membela diri bersama bunga tawa.
“Tapi… comellah aku tengok Rin terlena dekat tangga tu.  Dan memang comella masa aku dapat tangkap gambar dia selimutkan kau pakai jaket dia tu.  Serius comel, Mi,” beritahu Aziana teruja. 
Dia pantas menarik Canon DSLR kepunyaan dia tu.  Ke mana-mana pergi pun bersama kamera.  Andai Zafrin kembar dengan perkataan sinis, aku rasa Aziana ni kembar dengan kamera. 
Jari runcing Aziana menekan punat pada kameranya.  Setelah dia tekan sana sini sekejap, dia tunjukkan skrin itu pada aku. 
“Cantikan moment ni, Mi?”  tanya dia. 
“Hmm… cantik-cantik,” sahut aku tanpa semangat.  Jari ini masih ligat menconteng pada kertas.  Setidak-tidaknya tidak menconteng arang ke muka keluarga. 
“Tengoklah, Mi…” Aziana menyiku aku. 
“Malaslah, Azi.  Kau jelah tolong tengok.  Aku mana reti fotografi bagai ni.  Tak pandai nak hargai.  Tak berjiwa seni,” dalihku.
Aziana mengeluh tipis.  “Sebab tak pandai hargailah aku nak kau tengok ni supaya kau lebih menghargai minat kawan baik kau ni.  Tengok ni,” desak dia dan terus saja aku talakan mata aku kea rah kamera hitam pekat itu.
Waktu Aziana menekan punat dan menjadikan skrin itu cerah, mata aku juga turut cerah.  Hoh, macam tak percaya. 
“Walawei… kawasan tangga pun nampak macam taman bungalah, Azi.  Gila pandai kau tangkap gambar.  Gila berseni kau ni,” puji aku tanpa melihat sebetulnya. 
Aziana sengih dan mengangguk.  Nampak muka bangga dia. 
“Tapi, kenapa kau tak teruja?”  Sekelipan dahi itu berkerut pula. 
“Aku tak tengok!”  Dan aku hamburkan tawa menyembunyikan resah dalam hati.  Resah kerana seorang lelaki  yang senget. 
Lengan aku dicubit kuat membuatkan aku mengaduh sendiri. 
“Tengoklah!”  paksa Aziana lebih keras dan tegas. 
Aku akhirnya luruskan tubuh.  Duduk tegak dan menyapa kamera yang Aziana suakan dari tadi lagi.  Kala aku benar-benar merenung gambar yang dimaksudkan, hampir terjojol biji mata aku.  Macam tak percaya. 
Aku pandang Aziana dengan mata yang bulat.  Dia sengih dengan bangga diri sambil menepuk bahu dia. 
“Hebat, kan?”
“Gila cantik weh!  Kau memang berbakat la.  Nak-nak model tu adalah aku,” pujiku pada diri sendiri. 
Sungguh aku kagum dengan bakat Aziana.  Anaresa dengan keaktifannya bersukan dan Aziana dengan berseninya dia.  Tapi aku, hanya tahu bawa motor dengan kelajuan membunuh.  Haih…
Mata ini galak memandang gambar itu lagi.  Rasa nak minta Aziana masukkan ke dalam laptop terus.  Mudah aku print besar-besar dan campak dekat muka Zafrin.  Gambar ini berbicara sendiri.  Bercerita tentang perasaan yang sedang Zafrin sembunyikan.  Aku yakin itu. 
“Nanti pergi cuci, ya?”  pintaku pada Aziana. 
Dia sengih dan angguk.  Aku hela nafas yang tak berapa nak lega.  Masih belum yakin dengan sikap Zafrin tu. 

**

NOMBOR telefon Zafrin aku pandang lama.  Dah lama nombor ni ada dalam simpanan aku tapi sekali pun aku tak pernah temui keberanian hendak menelefon dia.  Ada rindu sebenarnya.  Setelah penat berperang dengan ujian dan kuiz segala, aku rasa nak luah lega aku pada dia tapi sudi ke dia nak dengar?
“Aku call Rin boleh tak, Azi?”  Aku jeling Aziana yang sedang mengadap komputer riba Asus miliknya itu. 
“Call jelah.  Apa masalahnya?” 
“Masalahnya dia tu tak suka akulah…”  jawab aku sedikit kecewa. 
“Mana kau tahu?”
“Berkali-kali dia cakaplah!”  tekan aku agak angin dengan Aziana kali ini. 
Dia bukan tak tahu. Segalanya aku cerita pada dia tapi dia tetap yakin mengatakan akulah wanita yang bertahta dalam hati Zafrin sedangkan Zafrin tak pernah pandang aku sebagai wanita pun. 
“Aku berani gigit jari, Mi…” sela dia tanpa memandang aku.
“Gigit buat apa?  Aku potong, nak?” 
“Eh Mi…”  Tarian jemarinya terhenti dari menekan papan kekunci.  Aziana langsung memandang aku sepenuhnya. 
“… aku cakap potong jari karang… buatnya kau yang silap, kudung kau nanti.  Berani?”  cabar dia. 
Aku geleng pantas.  Tak ada kerja cari kerja nak potong jari. 
“Haa… kalau takut, percaya cakap aku.  Sebab tu kita ni kena banyak memerhati Mi… bukan bertindak ikut suka hati kita je.  Tak bercakap banyak tak apa, janji sekali bagi, bernas.  Lagipun, aku rasa Zafrin tu jenis bergaya kot.”  Aziana sengih lebar. 
“Bergaya macam hantu raya?”  soal aku tak puas hati dengan pujian Aziana pada Zafrin.
“Kau pernah jumpa hantu ke?  Nak jumpa hantu raya?  Menyampuk je.  Bagi aku habis cakap dulu!”  marah dia lalu dia bangkit dari kerusi dan duduk bersila di depan aku yang sedang terbaring menilik nombor telefon Zafrin di ruang tamu rumah kami malam-malam yang nian indah ni.
“Aku rasa Zafrin ni tak macam Abang Zaf tau.  Macam Abang Zaf, kita boleh nampak dia sayang gila dekat Resa.  Boleh nampak cinta dia.  Yang Zafrin ni, aku rasa kau kena korek lebih sikit nak tahu isi hati dia.  Biasanya, lelaki macam ni bila dia serius takut kau pulak tak lalu nak hadap.  Ada sense of humour macam ni, okey apa,” sambung Aziana bersama senyuman tapi tidak lama senyum itu bila dia mula lunjurkan kakinya. 
“Tak adalah macam Jimmy tu.  Lawak tu memang lawak tapi aku rasa lawak dia patut aku sepak ke longkang.  Bikin aku geram je manjang.  Kebudak-budakkan sangat!” 
Aku ketawa besar.  Tak puas hati dengan Jimmy rupanya. 
“Kau serius dengan Najmi tu ke?”  Dah lama tak sebut nama betul Jimmy.  Asyik panggil Jimmy je.  Bajet hot kot?
“Tak kot… tak boleh nak masuk.  Kawan-kawan jelah dulu.  Masa lama lagi.  Panjang umur, ada jodoh, ada rezeki adalah.  Apa nak kisah.”  Mudah saja Aziana membuat keputusan. 
Dia bangkit dan kembali duduk di atas kerusi.  Tangan dia menongkat dagu dan aku terus meniarap melangut pandang pada dia. 
“Aku tetap tak yakin dengan lelaki macam tu, Azi,” akui aku lagi.
“Kalau tak yakin, biar dulu.  Kita tengok sejauh mana dia nak main dengan kau.”  Aziana angkat kening sikit. 
So, malam minggu ni jadilah kita ke rumah dia, ya?” 
Bila Aziana menyoal begitu, baru aku ingat akan jemputan Anaresa tu.  Malas nak pergi nak-nak bila Aziana ajak aku balik ke kampung dia kejap.  Ada hal dan yang menariknya, naik kapal terbang sampai ke Senai dan seterusnya balik ke rumahnya di Batu Pahat. 
“Kau kan nak balik kampung.  Tak payahlah pergi.  Nanti bagi tahu Resa.  Lain kali kita lawat dia,” cadang aku.
“Macamlah kau tak kenal sepupu kau tu, Mi.  Lagipun ni kenduri untuk dia dan kandungan dialah.  Kita kena pergi nanti lepas tu kita balik kampung, nak?  Aku boleh cakap dekat mak ayah aku kita lambat sikit.”
“Membazir masa nanti…”
Aziana menggeleng menafikannya.  “Kita balik dengan airbus kot.  Nanti ambil kereta, boleh kita balik ke sini balik.  Lagipun Isnin kuliah petang je satu.” 
Emm… nampak sangat Aziana pun nak heret aku pergi jumpa singa lapar itu lagi.  Sungguh aku tak sudi lagi memalukan diri depan dia biarpun aku diyakinkan akan perasaan Zafrin pada aku. 
“Tak nak dah pergi rumah dia wei…”
“Rumah Resa dengan Abang Zaf la wei…”  tukar Aziana mengingatkan aku yang bukan sebab Zafrin kami akan ke sana nanti. 
“Tengoklah…”  Aku angkat tubuh dan berlalu ke bilik.  Pening-pening. 
Boleh jadi benar kata Aziana.  Zafrin lain dari yang lain.  Tapi, kalau manusia tu, manusia jugak.  Kalau alien mudah aku sepak laju-laju.  Haih…
Malam Sabtu hari Jumaat ni ada kenduri doa selamat di rumah Anaresa.  Aku kumbah segala harta pusaka kain buruk yang aku ada mencari sepasang baju kurung andai bersisa.  Kalau tak ada, semua aku dah tolak balik ke kampung la ni. 
“Jumpa tak?”  soal Aziana. 
Aku geleng dalam kecewa.  “Baju aku pun tak bagi aku pergi,” keluh aku dan duduk di birai katil dua tingkat ni. 
Mata aku dan Aziana bersabung.  “Pinjam aku punya je,” cadang dia. 
“Tak apalah… ada lagi sepasang baju lusuh aku ni.  Terselit ni ha…”  Aku menolak sopan kebetulan sebab aku memang berat hati nak pergi jugak. 
“Janganlah macam tu, Mi… kena pakai cantik-cantik sikit.  Lagipun, kalau tak pergi kecil hati aunty nanti kalau kau tak pergi.  Dia dahlah baik.  Anggap je Zafrin tak wujud dalam rumah tu kalau betul kau nak lupakan dia,” ujar Aziana. 
Aku pandang dia dengan wajah yang sedih.  Sampai hati dia suruh aku lupakan Zafrin dan anggap dia tak wujud tapi dia wujud dalam hati aku.  Itu yang pasti.
“Aku harap aku mampu buang di dari dalam hati aku ni!”  tekan aku antara dengar dan tidak. 
“Kalau kau mampu.  Tapi, sekarang ni… kau pilih baju kurung aku ni.  Malam esok mudah kerja kita.  Jimmy jemput nanti,” pujuk Aziana dan dia terus membuka almari pakaiannya yang sememangnya menjadi milik rumah ni.  Kami masuk dah penuh perabot. 
Pakaian yang bergantung itu aku pandang lama.  “Nantilah aku pilih.  Esok Jumaat ni, aku pakai dulu baju kurung buruk aku tu yang tinggal sepasang je.  Hormat hari Jumaat,” ujar aku.
Mata Aziana bulat.  “Hormat hari Jumaat?”  tanya dia tak percaya.
“Kenapa?  Tak percaya?” 
Dia sengih dan mengangguk.  “Caya… caya…”
Esoknya, sungguh aku kenakan baju kurung entah kali ke berapa, memang aku mampu bilang tapi aku segan nak beritahu.  Hanya rambut ini masih terdedah.  Aku takut hendak berubah drastik bimbang hati aku tak ikhlas atau niat tu semata-mata kerana Zafrin. 
Aku mahu segalanya kerana Allah.  Mahu berubah hanya kerana Dia dan untuk Dia.  Dia yang mencipta aku penuh dengan kehebatan ini. 
Anaresa bulat mata.  Aziana tenang saja sebab pagi tadi dia juga dah letih bulatkan matanya melihatkan penampilan aku hari ni.
“Jangan cakap apa!  Aku hormat hari Jumaat ni.”  Cepat-cepat aku memberi amaran pada Anaresa sebelum dia bersuara.
“Err… tak kata apa-apa, ya.”  Dia mengawang-awangkan tangannya tanda mengelak. 
Sampai di bilik kuliah, semua mata melihat aku.  Rambut yang pendek ini, aku kirai sikit dengan jari.  Nampak cacat sebenarnya.  Agak sememeh dengan rambut yang hampir memijak kelopak mata. 
“Buruk sangat ke aku?”  tanya aku pada kedua-duanya. 
“Tak adalah.  Mungkin tak biasa, itu yang nampak pelik sikit.  Buat-buat biasa sudah,” pujuk Anaresa.  Nampak wajah itu pucat.  Pembawakan budak barangkali.
“Aku takutlah…”
“Nak buat kebaikan tak perlu takut.  Esok-esok kita tutup rambut pulak,” sela Aziana positif. 
Aku angguk dan terus berlalu ke tempat duduk di belakang Jimmy dan beberapa orang kawan lelaki yang lain.
“Cantik kau hari ni, Mi…” puji Jimmy.  Pertama kalinya.  Sebab pada Jimmy, selain Anaresa orang lain tak cantik. 
Aku sengih kerang.  “Terima kasih,” jawab aku cuba bersopan.
Kami terus saja pandang papan putih di depan bila pensyarah mula menapak masuk.  Tepat pulak hari ni dia nak mengajar tapi rasanya, ada ujian.  Mati!
Usai ujian mengejut itu, aku lepaskan lelah.  “Kenapalah tak pernah nak bagi tahu ada ujian?”  tanya aku. 
“Biasalah… janji boleh jawab,” sela Anaresa. 
Aku dan Aziana mengangguk.  Sudahnya kami sama-sama melepak di kafeteria.  Makan di kafe UiTM ni murah sikit. 
“Aku tak fikir nak pergilah malam esok, Resa.  Malas dah jumpa adik ipar kau tu,” beritahu aku memulakan bicara waktu makan kami ni. 
“Sebab?”  soal dia sepatah.
“Tak ada mood.  Dia banyak mainlah,” selaku jelas tak puas hati.
“Rin tu lain sikit, Mi… kan mama dah cakap pada kau dia suka kau?”
“Itu mama dia  yang cakap tapi hati Rin sendiri tak ada siapa tahu jadi jalan selamat, aku ikut Azi balik Batu Pahatlah.  Kalau Azi nak pergi sana, biarlah dengan Jimmy.  Aku tinggal kat rumah pun tak apa,” jelasku. 
“Kau sungguh ke nak pergi ni, Mi?”  Anaresa menyoal. 
“Mak aku dah bagi izin apa.  Ayah pun dah,” jawab aku bila memang benar, mak dan ayah aku dan izinkan aku ikut Aziana ke rumah dia. 
“Kau nak menyerah macam tu je?”
Benda bukan ditakdirkan untuk aku, nak pertahankan buat apa?”
“Tapi, kau janji datang kenduri doa selamat tu nanti,” beritahu Anaresa mengingatkan aku. 
Aku mencemik.  “Tengoklah Resa.”
“Jangan macam tu, Mi… kesian kami.”
Aku pandang wajah sedih Anaresa yang nampak sayu.  Aku gembira untuk dia.  Gembira bila perut itu berisi akhirnya.  Aku bakal dapat anak buah tapi aku tak suka adik ipar dia.  Buat aku menyampah. 
“Datang, ya?”  rayu Anaresa lagi. 
Aku pandang pula Aziana.  “Pergi dulu, Mi… kesian aunty.”
Lambat-lambat, aku mengangguk bila kedua-duanya memaksa.  Tak jadi apa kerja nanti kalau dua orang ni berterusan merengek.
Anaresa senyum dan dia suakan sebuah beg kertas pada aku.  Tiba-tiba saja.  Tak perasan bila masa dia bawa beg kertas itu. 
“Apa ni?”  tanyaku sambil menyambut beg kertas yang dia suakan. 
“Mama hadiahkan,” jawab dia dan aku bulatkan mata melihatnya.  Biar betul?!

**

MERIAH memang meriah majlis malam ni.  Usai doa selamat dan kenduri kesyukuran, abah mertua Anaresa mengatur acara barbeque pula untuk keluarga dan teman-teman rapat. 
Aku sedari tadi mengitai Zafrin yang sedang ralit memanggang makanan di laman.  Nampak ralit je.  Pinggan yang ada di tangan, aku jinjit penuh cermat.  Biarpun mata tak lepas, aku tetap ringankan tulang membantu bila Anaresa tak mampu berbuat apa-apa bila Abang Zafran melarang. 
“Pergilah tegur dia, Mi,” suruh Aziana tiba-tiba. 
Aku menggeleng.  “Biarlah.  Dia tak pernah pandang aku dari mula-mula kita sampai tadi lagi.”  Ada nada kecewa sedikit waktu ni.
“Dia tak cam tu…” sela Aziana. 
“Emm…lantakkan dia sudah.  Malas dah aku.  Dia tak nak mengaku, aku pun tak nak tersua-sua.  Cukuplah!”  tegas aku lalu aku berlalu ke dapur dan bertemu dengan aunty pula. 
“Cantik sangat!”  puji dia bersama seulas senyuman mesra. 
Mata dia memandang aku dari atas ke bawah.  Aku pula naik  segan. 
“Cantik kan, bang?”  soal aunty pada uncle Zaini.  Huh, memalukan bila dah menjadi perhatian ni. 
“Eh… mestilah cantik.  Bakal menantu siapa ni,” sela uncle bangga tapi aku hanya mampu tersenyum tawar.
Anak uncle tu tak suka saya.  Mudahnya andai aku mampu luahkan itu.  Rasanya, biarlah ini kali terakhir aku menatap Zafrin.  Lepas ni nak belajar rajin-rajin, dapat keputusan hebat dan aku benar-benar nak belajar ke luar negara.  Lari jauh dari dia. 
“Tak adalah, aunty.  Terima kasih hadiahkan Mi baju kurung riau dengan tudung mahal ni.  Pertama kali pakai macam ni,” akui aku telus. 
“Pertama kali dan pastikan berkali-kali lepas ni.  Ini Haqimah, bukan Haqmi lagi dah,” ujar aunty lagi. 
Aku senyum menyembunyikan rasa malu dan terus aku minta diri hendak berlalu menghantar pinggan yang kotor ni.  Sedang elok aku menyusun pinggan yang sudah bersih, Anaresa menghampiri. 
“Mi, kau panggil Abang Zaf kejap, Mi,” suruh Anaresa. 
“Abang Zaf kat luar tu ha…”  Aku malas sebenarnya sebab ada Zafrin. 
“Pergilah kejap.  Aku tunggu kat bilik.  Ada hal sikit,” beritahu Anaresa lagi dan kali ini lebih pada merayu.
Aku pandang dia yang penuh mengharap.  Tangan aku basuh dan aku lap bagi kering. 
“Yalah-yalah.  Kejap lagi aku nak balik tau.  Esok kami nak fly dah!” 
Anaresa sengih dan angguk.  Aku pula mengatur langkah ke luar menghampiri Abang Zafran dan Zafrin yang sedang sibuk di depan pemanggang.
“Abang Zaf…,” seru aku agak kuat.  Lepas tu cepat-cepat aku tekup mulut bila sedar akan diri  yang sopan dan ayu hari ni. 
Cantik pakaian yang aunty hadiahkan buat aku.  Tudung Ariani ini juga kau rasa mahal dan yang menariknya, hampir sama dengan Anaresa dan Zafrina serta dia juga.  Beli sedondon ke apa.
“Apa, Mi?”  tanya Abang Zaf sambil menggamit aku mendekati. 
Aku nampak dia berbisik pada Zafrin tapi Zafrin tetap membatu tak nak melihat ke belakang.
“Ingatkan tak datang tadi… tak nampak pun.  Baru sampai kot.  Angah dengar suara dia pun rasa nak…”
“Kau rasa nak apa?  Nak muntah?”  tanya aku sedikit berkecil hati. 
Abang Zafran diam dan tersenyum pada aku.  Zafrin berpaling perlahan-lahan dan bila kami bersabung pandang, mata itu bulat.  Dahi itu berkerut dan penyepit itu terjatuh dari tangannya.
“Eh… siapa awak?”  tanya dia pada aku. 
“Haqimah nama dia, angah…”  jawab Abang Zafran bagi pihak aku.
“Kenapa Mi?” 
“Anaresa panggil,” jawab aku dan aku nampak Abang Zafran berbisik sesuatu pada telinga Zafrin dan dia terus berlalu meninggalkan kau dan Zafrin sendiri. 
Mata Zafrin masih setia merenung aku tidak berkelip. 
“Tadi awak yang datang dengan Aziana tu, kan?”  tanya dia. 
“Awak?”  soal aku kembali.  Zafrin nampak kelu. 
“Ya, saya!”  tekan aku menjegilkan mata sikit pada dia.
“Err… serius Haqmi?” 
“Dah tu?  Kau nampak siapa?” 
“Err… tapi kenapa…”  Jari telunjukkan diluruskan dari atas ke bawah. 
“Tak boleh?” 
“Boleh tapi… cantik sangat.  Aku takut,” akui dia dengan wajah yang semakin berkerut sana-sini. 
“Memang payah dengan kau ni, Rin.  Tak apalah.  Aku datang ni pun sebab Resa.  Yang pasti, kali terakhir kita jumpa sebab aku nak fly dah esok.  Maafkan aku selama ni banyak susahkan kau,” ucap aku serius dan terus saja aku berlalu ke dalam rumah.
“Err… Mi tunggu dulu…”  Dia sudah mendapatkan aku yang baru hendak masuk ke rumah. 
Wajah itu aku pandang.  “Kenapa?”
“Kau nak pergi mana?” 
“Kenapa?”
“Err…aku... aku...”
“Tak ada kaitan dengan kau, okey!”  cantas aku dan aku tepis bahu dia sikit lalu masuk ke dalam rumah.  Puas hati aku tapi rasa pedih sikit.  Nyilu!

~~> bersambung

30 comments:

  1. Membencilah..tengah-tengah syok baca tiba-tiba ada perkataan...'bersambung'...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, geram je rasa bila scroll down tiba tiba bersambunggg :( haihh

      Delete
    2. huhuhuhu!!! sambung lagi!! huhuhuhu!!!

      Delete
    3. lebih baik bersambung daripada tulis dah HABIS.. =p

      Delete
  2. mesti cantik haqimah 2 smpai zafrin x tntu arah..haha

    ReplyDelete
  3. mesti tangkap cinta dah zafrin ..lagi2 mi nak fly...fly ke mana 2...uwaaaaaa

    ReplyDelete
  4. haa...baqhu hang tau...skli haqmi brubh jd haqimah mau tkr "saya" "awak" yer Zafrin..msti trkjut kalhkn beruk kna?hahahaha..nyway best la RM..u always the best...

    ReplyDelete
  5. ala....rasa nyilu jugak !
    kak rehan bab 12 yerk !
    suka sgt nie !

    ReplyDelete
  6. hehe...mesti dh terpikat sgt bla tuh zafrin tu..sweet..

    ReplyDelete
  7. nasib baik sempat bace, dh nak balek tempat berlajar dh hehe..

    ReplyDelete
  8. hahaha...pandai Haqimah! setakat fly nak gi JB jer pun, bunyi macam nak fly gi obersea plak kat telinga 'Angah' tu :)

    ReplyDelete
  9. Aduhai... Apasal la slow sangat si rin nie.. Bg tau je la..
    Mi kalau setakat nak g batu pahat tu...
    Bukan nya jauh sangat pon... Hehehehehe...

    ReplyDelete
  10. Kita tengok Rin buat apa lepas ni.... nak mengaku x???... sambungggg...

    ReplyDelete
  11. Nak lagi! Nak lagi! Please! Please! Please! kak rehannnnn!!!!

    ReplyDelete
  12. cepat sambung !!!!!!!!!!!!
    tak sabar nk tgk si rin ni meroyan takut mi fly

    ReplyDelete
  13. Cik Penulis ~~~~~> Sokong Mas Ayu 200%. Hi Hi baru dia tau bila Haqmi dan transform jadi Haqimah.. psst.. RM.. adik betul-betul mengingatkan kat akak scene masa kenduri kat rumah Resa.. masa tiba-tiba Rin MIA time family dia nak balik, Zaf tangkap dia kat dapur.. ralit khusyuk masyuk tengok Mi membasuh sampai 'Uncle' cakap ''Hah! Aku nikahkan dikau Zafrin....' Dah berangan akak dibuat RM. Love ulah sayang!

    ReplyDelete
  14. Wow. Mesti Rin gelabah gila bila Mi ckp dia nak fly. Hahahha.

    ReplyDelete
  15. Laaaa.... Sambung lagi, tak sabar la nak tengok apa tindakkan si Rin.

    ReplyDelete
  16. best sgt...xsbar nk tnggu bab strusnyee...
    cpt update ye cik pnulis...

    ReplyDelete
  17. nak lg smbungnyerr.

    ReplyDelete
  18. kak annnnnnnn! cerita akak memang debommm! sukaa! sambung lagi akak! sayang kak ann many-many! ^^

    ReplyDelete
  19. mesti zafrin ingat yang haqmi betul2 nak pergi belajar luar negara.. walawehh.. mesti ada adengan kejar mengejar di KLIA..hahaha..

    ReplyDelete
  20. suka sangat..tq kat rehan - Nurul88

    ReplyDelete
  21. terkelu n terkedu zafrin............

    ReplyDelete