Sunday, November 27, 2011

Kau Dipaksa Aku Terpaksa

TUBIR mataku terasa suam. Aku menekur pandangan ke lantai bagaikan pesalah kepada kedua ibu dan papa serta Aunty Pah dan Uncle Fuad. Pedih hati bila papa menjerkah. Bingit telinga bila ibu membebel.

“Ibu tanya ni kamu ni Maifara. Fara setuju tak dengan cadangan kami ni?” tekan ibu lagi. Aku diam saja. Hendak menerima, hati tidak sudi, hendak menolak, aku tidak sampai hati. Apatah lagi wajah Aunty Pah sudah basah dijeruk air mata sedari tadi.

“Maifara,” seru papa pula. “Ibu tanya tu. Cuba Fara jawab.”

Aku panggung kepala. Menatap bening mata ibu dan papa silih berganti. Menghantar rayuan dalam diam agar mereka menolak cadangan ini.

“Apa pilihan yang Fara ada, bu?” tanyaku sebak. Memang sebak bila merasakan ibu dan papa sedang menjatuhkan hukuman pada aku di atas kesilapan orang lain.

“Pilihan Fara satu je. Nikah dengan Payed. Tolong dia,” tekan papa bertegas.

“Fara tolong terima Payed. Kalau kata Fara tak cintakan dia pun, Fara belaskanlah dia. Dia tak tak berupaya Fara,” pujuk Aunty Pah pula dalam tangisan.

Aku pandang mata tua itu. Perlahan-lahan airmataku mengalir. Entah mengapa, hati ini tersayat bila ungkapan cinta itu ditukas oleh mama kepada lelaki yang aku cintai selama ini. Ya, mereka tidak pernah tahu yang cintaku pada Payed sudah lama mekar malah tidak pernah layu dan lelaki itu juga sama, tidak pernah merasakan cinta antara kami kerana dia sendiri telah mempunyai pilihan hati. Tapi, kenapa bila dia berkeadaan begini, harus aku yang menjadi pengganti?

“Tolong Payed, Fara. Dia perlukan sokongan Fara untuk terus bangkit. Fara kan kawan baik dia.” Ibu usap belakang tanganku.

“Tapi, dia lumpuh bukan sebab Fara, bu. Kenapa mesti anak yang terpaksa berkorban?” Sudahnya aku terpaksa beranikan diri menolak kehendak mereka ini. Aku benar tidak sanggup. Rasanya tidak mampu aku melayan lelaki sebongkak Payed biarpun dengan aku yang bertahun menjadi temannya.

“Memang bukan sebab Fara Payed kemalangan, tapi kami ni minta tolong Fara jaga Payed. Papa rasa satu-satunya cara yang terbaik adalah Fara menikah dengan Payed. Lagipun, kamu berdua dah lama kenal, kan? Sepatutnya tak ada masalah.” Nada papa kali ini jelas menunjukkan dia sedang memaksa.

“Memang kami kawan baik tapi papa tak akan tahu sikap Payed tu. Dia tak suka Fara. Dia hanya anggap Fara kawan dia je,” bentakku sedikit kuat. Airmata makin deras mengalir. Aunty Pah juga sudah terkulai di dalam pelukan Uncle Fuad.

“Jangan membentak, Maifara. Kalalu macam ni lah sikap Fara, papa tak perlukan jawapan Fara. Nak tak nak, Fara kena kahwin dengan Payed jugak,” ucap papa tegas. Dia sudah bangkit bercekak pinggang dengan mata yang tajam memandangku.
Aku angkat tubuh yang tiba-tiba terasa lemah. Longlai segala sendiri bila papa sudah menegakkan keputusan buatku. Keputusan yang akan menghancurkan seluruh hidupku kelak kerana papa tidak tahu, aku pernah diherdik oleh lelaki bernama Payed tatkala aku meluahkan isi hati ini padanya.

“Kenapa papa dengan ibu paksa Fara? Berapa harga yang papa dengan ibu dapat dengan jual Fara pada Aunty Pah dengan Uncle Fuad ni?” tanyaku dalam tangisan.

“Maifara!!” jerkah papa kuat. Tangan kasar itu hampir mengena pipiku andai tidak ditahan oleh ibu.

“Tak apalah, MOkhtar. Kalau betul Fara tak nak, kami tak boleh nak paksa. Mungkin dia ada sebab dia tersendiri,” ucap Uncle Fuad pada papa.

Aku yang mendengarnya tidak sampai hati pula. Aku pandang wajah Uncle Fuad dan Aunty Pah yang penuh mengharap biarpun bibir itu menyatakan tidak pada papa dan ibu.

“AKu bukan apa, Fuad. Aku dah anggap Payed tu macam anak aku sendiri. Kita bukan ada anak lain pun. Kau sorang, aku sorang. Kalau kata Maifara tak menolong, siapa lagi yang boleh kau nak harapkan jaga Payed waktu ni?” Suara papa jelas menunjukkan dia tidak puas hati.

Peliknya, bagaikan Payed itulah anaknya. Terasa bagaikan Muhamad Fared itulah lebih penting daripada aku Maifara, anaknya. Titisan airmataku semakin lebat.

Bila aku pandang ibu, dia merenungku kembali dengan mata yang penuh merayu. Aku tahu kerana dia adalah ibuku. Titisan airmata ibu benar-benar menjadi racun di hatiku kala ini. Sebagai anak, aku tidak mahu menderhaka. Pahit ku telan, kelat juga terpaksa aku telan kerana aku tahu, manisnya belum tentu ada.

~~~> akan bersambung.. pada yang dah pernah baca cerpen ni, versi asal saya telah edit dan tambah plotnya dan anda akan jumpa cerpen ini dalam versi cetak nanti..insyaAllah...

41 comments:

  1. xsabar nk bce cerpen nie..hehe ^^

    ReplyDelete
  2. alamak bru je maw nek kali tue bsmbung pula hihihih...tapi tidak apa...will wait...

    ReplyDelete
  3. ala ......slalu mcm ni...

    ReplyDelete
  4. aishh...
    kahwin paksa ke???
    ok2.. akan menunggu..
    tgk intro pun dah tau kene sediakan tisu..
    huhuhu

    SSG=)

    ReplyDelete
  5. hehe..maap kalo sy bagi intro je dulu.. dh terbiasa dgn cara sifu ar..hehe..takpe2..nanti akan ade ni..jgn risau..& buat cik SSG..tak pyh tisu kot..hehe

    ReplyDelete
  6. ape terjadi lepas tu?hahaha.persoalan ye disitu.tak sabaq nak baca!

    ReplyDelete
  7. kau terpaksa menulis... aku kene paksa membace.. ciss...

    ReplyDelete
  8. huaawwaa...tngah best baca tetiba smpi kat bawah...
    hehe...chayok2...sy menanti sambungan ceta ni:)

    ReplyDelete
  9. aduh seksa ye penantian ini..huhuhuu

    ReplyDelete
  10. Payed lumpuh? tak kn fara pulak yg terpaksa menjga!.... ooooo jgn terima fara NOOOOOOO fara ..... heheeee biarkn lah payed dasar menghina fara dulu - hmmmm mesti fara terima jugak ahirnya kan? kan?

    ReplyDelete
  11. gud job RM!!
    tp knape sume cite lebih kurang je sikap heronye.. panas baran..
    tkot plak sy nk kawen mcm nie..hehe
    apepn, sume cite RM best2..;))

    ReplyDelete
  12. best..part last lawak la..tp berkuping tu apa? maklumlah belajar b.m tak habis..hehe

    ReplyDelete
  13. ok...tp still xleh wat aku ngis...ke aku yg mereng...pnat wat asgmnt....

    ReplyDelete
  14. hehe..best.akhirnya dpt baca full cerpen.

    ReplyDelete
  15. hmm....kawin paksa tapi sweetnya.....

    ReplyDelete
  16. sangat best . terbaek la kak rehan .

    [aya]

    ReplyDelete
  17. so sweet~~~

    sabar betul fara.. kalo dpt bini yg xpenyabar memang kene tendang dah si payed ni... huhu~~

    ReplyDelete
  18. kuat efek cerita ni..asyik berdebar je bila baca..

    gud job RM!!

    ReplyDelete
  19. rase nk sepak2 je payed tu..ish~
    emo jap..hehehe

    ReplyDelete
  20. Kak RM cuba la buat cerita sedih~ hhuhuhu

    ReplyDelete
  21. cerpen ini telah saya edit dan tambah plotnya..lain dari yang asal kerana cerpen ni akan diterbitkan nanti..

    ReplyDelete
  22. klau terbit cerpen dia dlm buku apa??

    ReplyDelete
  23. Cerpen ni akan diterbitkan oleh Karyaseni insyaAllah..JBHA2 pon..kompilasi cerpen 5 penulis penulisan2u.my..harap anda semua menyokong..

    ReplyDelete
  24. ble ea agk2 cter nie kuar kt KS ti nk beli lah kt KS ....
    bgtau y klau dh kuar .

    ReplyDelete
  25. cerpen ni akan dilancarkan pada pesta buku tahun 2012..

    ReplyDelete
  26. cena nk bca full cerpen nie?
    [najwa]

    ReplyDelete
  27. warggghhh, xpernh baca cerpen ni...
    so, kene tggu buku la...
    xpe, sabo2...

    mmm, siannye fara nk kene korbankan hidup kpda org yg penah tolak cinta...
    hu3, sakitnye ditolak...
    tp mesti ada indah selepas tu kan...
    tp klu payed tu xinsap jugak kena sepak ke parit la jawabnya...ngeh3

    ReplyDelete
  28. akak RM mcm mane nak bce full cerpen ni...diorang dpt bce ai tak dpt bce pun

    ReplyDelete
  29. macam mana nak baca sambungan?

    ReplyDelete
  30. Macam mana nak baca yg full? Serious i xreti nak cari. Please anyone? T-T

    ReplyDelete
  31. Kak RM nak jg smbung cerpen bleh ye?

    ReplyDelete
  32. Macam mana nak baca yg full..penat cari tak jumpa..sobsob

    ReplyDelete
  33. Macam mana nak baca yg full..penat cari tak jumpa..sobsob

    ReplyDelete
  34. Sekarang ni buku tu masih ada ke , Nk baca sambungan dia ..... 😔😔🙏🙏🙏🙏🙏

    ReplyDelete