Saturday, March 16, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 8


BAB 8

ARE you okay?” 
Soalan itu aku ajukan pada Nine sambil menolak tubuh dia perlahan daripada terus melekap pada tubuhku.
Dia menggeleng.  “I rasa sakit!”  Dahinya berkerut. 

Aku betulkan posisi sendiri sebelum mengangkat Nine.  Amar yang baru saja meletakkan plastik berisi makanan itu juga menghampiri.  Hendak membantu.
“Apa jadi?”  soal dia mendatar sambil memaut lengan Nine.
“Dia nak jatuh…I sambut,” jawabku jujur.
Amar ketap bibir.  Dia menjeling pada aku tapi tidak lama bila dia mengangkat Nine naik ke katil.
“You jangan terlalu banyak bergerak, Encik Nine.  Nanti luka you kembali koyak,” pesan Amar sedikit tegas.
Nine senyum sinis.  “I dah biasa…”  Perlahan saja suaranya tapi masih mampu singgah pada gegendang telingaku.
“Apa yang biasa?”  tanyaku pula.  Juga perlahan bila tanganku menarik selimut untuk dia.
“I dah biasa jatuh, terluka… bangkit balik.  Jatuh lagi, terluka lagi… bangkit balik.  Terluka lagi, terjatuh tapi buat pertama kalinya tak sempat menyembam lantai.  You sudi hadang dengan tubuh you…,” jelas Nine lalu dia pejamkan mata. 
Meninggalkan aku dengan kening dan wajah yang berkerut seribu cuba mencerna sebaik mungkin apa yang cuba dia sampaikan. 
Amar yang sedang duduk di atas sofa mula merebahkan dirinya.  Tangan naik ke dahi dan kakinya disilangkan.  Aku juga melabuhkan duduk di sisi Amar.  Bungkusan makanan aku capai.  Air kotak aku cucuk.  Aku sedut hingga separuh bagi menghilangkan dahaga.
“Siang tadi I nampak you buat CPR pada dia.  Malam ni you sambut dia dengan tubuh you pulak.” 
Tak jadi aku hendak mulakan suapan pertama bila Amar bersuara. 
“I hanya jalankan kerja I je, Amar.”
“Sebab dia Nine?  Kalau orang lain…”
Orang lain pun sama, Amar.  Pada you sekalipun… I akan buat perkara sama kalau tak ada pilihan.  Nine nak jatuh tadi.  Daripada biarkan dia terus luka, lebih baik I cuba sedaya-upaya,” jelasku perlahan dan menjeling pada Nine.  Melihat dia yang nampaknya mula terlena.
Amar buka mata.  Mengeluh berat sudahnya.  Dia cemburu tapi tersilap orang.  Bukan pada aku sepatutnya dia cemburu kerana aku bukan sesiapa pada dia.  Kami hanya rakan sekerja dan aku mula rasa tidak selesa jika Amar terus begini.
Sorry, Naina… entah kenapa I rasa tak selesa bila nampak you dengan Nine.  Jenuh I cakap pada diri I, you berdedikasi jalankan tugas tapi ada masanya I tak boleh nak terima jugak,” jawab Amar pada persoalan yang berlegar dalam kepala aku.
Suapan pertama sampai ke mulut.  Aku kunyah perlahan dan aku telannya dengan penuh rasa syukur kerana masih ada rezeki untuk aku hati ini.  Tersilap langkah siang tadi, boleh jadi kata-kata Nine menjadi nyata.  Aku akan menerima kaliber itu bagi pihak dia.
“Tak apa, Amar.  I tak tahu kenapa you rasa macam tu.  Tapi pada I, selagi I ditugaskan untuk kerja ni, I akan jalankan sebaik mungkin.  Buat masa sekarang, keselamatan Nine yang terumata.  You tahu, kan?” 
Amar mengangguk dan matanya kembali terpejam. 
“You makanlah.  Tak tahu sedap ke tidak.  I nak lena kejap.  Apa-apa hal, you kejutkan, ya?” 
Amar terus mengiring ke kanan.  Mengadap belakang sofa.  Membelakangi aku yang sedang merasa makanan.  Tak daya hendak aku telan, tapi aku paksa juga demi meraih kembali kudrat yang hilang sepanjang hari. 
Malam semakin sepi. Suapan juga semakin perlahan tapi nasi masih banyak berbaki.  Helaan nafas Amar sesekali kasar.  Menandakan dia benar-benar terlena. 
Aku bangkit dan membetulkan jaket Amar yang tersingkap.  Melihatkan dia mengerekot, aku tahu dia kesejukan.  Bila aku pandang pada katil Nine, dia sedang bersandar pada kepala katil dan tersenyum dalam kesamaran bilik yang hanya diterangi oleh lampu malam.
“I lapar,” ujar Nine tiba-tiba.
“You kena pantang, kan?” 
“I teringin nak makan apa  yang you makan,” ujar dia tanpa mempedulikan kata-kataku.
Aku pandang nasi goreng kampung yang berbaki.  Kemudian memandang Nine semula. 
“Makanan ni tak sesuai untuk orang sakit macam you…”
Don’t worry, Naina… I ni sakit ke apa ke, I makan je kalau I rasa nak makan.  Jangan risau, body I…I lebih tahu keadaannya.  Satu hari nanti mungkin you akan kenal body I macam mana.  Tapi buat masa sekarang, I ajar you sikit-sikit tentang keadaan body I…,” ucap Nine sambil mengenyitkan mata padaku.
Aku sedikit terngadah.  Mengerti dengan kata-kata tersirat yang Nine cuba sampaikan. 
“Ini tak sesuai.  Luka you masih baru lagi!”  tegasku tapi Nine menggeleng. 
“Kalau you tak bagi I makan nasi tu, you nak suruh I makan you ke apa?”  Nine serius.
Aku spontan angkat kedua belah tangan menutup dada.  Nine ketawa halus dan aku mengeluh bila yakin, aku terkena dengan usikan Nine.
“Kenapa tak tidur?” 
“I dah hampir lena tapi I nampak you dengan Amar.  Seronok pulak tengok Amar tidur situ dan you tunggu situ,” jawab Nine.
Aku capai bekas nasi dan mendekati katilnya.  Kerusi aku tarik dan duduk dekat dengan katilnya.
“I dok dalam bilik ni sebab you.  Bukan sebab sesiapa.  Sepatutnya Amar sorang yang bertugas tapi dia letih.  Dia ajak I temankan dia.  Arahan pihak atasan.  Dia tak boleh nak bantah dan I tak boleh nak biarkan rakan sekerja I letih sorang-sorang,” jelasku biar terang pada kekaburan fikiran Nine.
“I ingatkan you sorang tadi…”
“Tak…”  Aku menggeleng. 
“I sepatutnya rehat tapi ingatkan Amar… itu yang I kat sini,” sambungku lagi.
“He likes you,” tukas Nine ringkas.
Aku berpaling pada Amar bila Nine mencebirkan bibirnya ke arah Amar sebelum aku kembali memandang wajahnya.
“I like him too.  Dia baik.  Rakan sekerja I lagipun…”
“Itu saja?” 
“Ya, Encik Nine… dah jangan sembang lagi.  You rehat.  Sehari dua lagi kami nak dapatkan statement you.  Better you get well soon.”  Aku bangkit cuba menurunkan bantal Nine tapi dia menarik tanganku dan diletakkan di dadanya. 
Jaket tadi sudah hilang entah ke mana.  Hanya tinggal baju singlet yang membaluti tubuh. 
“Kenapa?” 
“Mujur tembakan tu tak kena kat sini.”  Dia bawa telapak tanganku menepuk dada kirinya.  Pada hati.
Mataku memerhati.  Jiwa aku merasa dan hati aku berkata-kata dengan sendiri.
“Kalau kena tapi Tuhan masih panjangkan umur you, you akan tetap selamat, Encik Nine,” pujuk aku bila mengerti akan trauma yang sedang dia alami. 
Sesiapa saja pastilah trauma.  Tembakan yang mampu membawa maut melalui tubuhnya.  Apatah lagi dia orang awam biasa saja. 
“I tak kisah apa-apa tentang nyawa I… tapi I risau, kalau I kena kat sini, I survive dengan hati yang luka, pasti I tak mampu rasakan perasaan ini tentang you,” jawab Nine menyusun kata yang mampu membuatkan berdirinya aku agak goyah.
Mata bertentang lama.  Nine meredupkan matanya.  Bibir pucatnya terukir dengan senyuman manis biarpun nampak tidak bermaya. 
“You sedang mengayat I ke?”  Jujur saja soalan itu aku usulkan.
Nine ketawa halus.  Dia menggeleng. 
“I tak mengayat…I nak cakap I suka pada you.” 
“Terima kasih,” ucapku mudah.
Wajah Nine berkerut.  “Terima kasih je?” 
“Dah tu?” 
Lama kami diam.  Nine mengeluh tipis.  Dia meraup rambutnya yang sedia terpacak itu belakang.
I expect more… tapi tak apalah.  You pergilah rehat.  I tahu you penat.  Jangan risaukan I… I nak tidur jugak ni,” suruh Nine. 
Dia menghulurkan jaketnya tadi padaku. 
“Baju you nampak nipis.  Selimut pakai ni,” suruh dia. 
Jaket itu tidak aku sambut.  Hanya memandang dengan pandangan kosong dan penat. 
“Ambillah dulu jaket ni.  I ada selimut.”  Bibirnya Nine nampak tersenyum nakal.  Tersungging kemas pada hujung bibirnya. 
“… ambil jaket ni, Naina… tunggu I dah sihat dan satu hari tu tiba, you tak perlukan jaket tu dah.  Biar I je hangatkan you biarpun kita tercampak ke kutub,” seloroh Nine.
Darah merah menyerbu ke muka.  Aku tahan nafas yang mula tak lancar.  Hujung jari aku menggeletar.  Menggeletar lebih daripada saat aku didenda berlari dengan menjunjung M16 dulu kerana kesilapan salah seorang pelatih.  Saat itu, aku rasakan peluru adalah perkara menakutkan tapi tajamkan kata-kata Nine mampu memberi tembakan yang tepat dan mendalam pada hati aku.
Mujur saja suasana bilik suram, jika tidak aku tak tahu hendak aku sembunyikan wajah aku di mana. 
Good night…,” ucapku tapi Nine cepat menyambung.
“Mimpi I.”  Dia kenyitkan mata dan terus memejamkan mata tapi bibirnya masih tak lekang dengan senyuman. 
Huh… aku mengeluh berat dan terus menapak duduk semula di atas sofa, dekat dengan Amar terbaring.  Kepala aku lentokkan sedikit tapi mata tak mampu aku pejamkan bila tiba-tiba nama Neo menerjah minda dengan rakus. 
Di mana kau, Neo?  Siapa kau dan apa kau nak daripada Nine?  Soalan yang tak mampu aku jawab buat masa ini.



SARAPAN pagi.  Aku dan Amar sama-sama berada di dalam bilik Nine.  Tak sesaatpun kami biarkan Nine tanpa pengawasan.  Apatah lagi setelah Amar menerima panggilan daripada Tuan Radzi Subuh tadi mengatakan yang Tuan Benjamin meminta kawalan pada anak angkatnya ini diperketatkan. 
“Pasal kes ni kan… apa you rasa, Naina?”  tanya Amar setelah dia meletakkan gelas Nescafe di atas meja. 
Aku menjeling Nine yang nampaknya masih lena pulas.  Wajah Amar aku pandang kemudiannya. 
“Laporan you dah buat?”  tanyaku pada Amar kembali.
Amar menggeleng.  Roti bakar dia suap ke mulut. 
“Kena siapkan secepat mungkin sebelum Tuan Radzi bising lagi.”  Nafas berat aku lepaskan sebelum menyambung. 
“I rasa kes ni memang dirancang dari awal lagi.  Kedatangan Tuan Benjamin dan ahli deligasi lain adalah rahsia.  SDCC pun dikosongkan tanpa apa-apa event hari tu.  I berani kerat jari…I rasa salah seorang daripada delagasi tu adalah perancangnya.  Cuma, I tak pasti siapa.  Kata Nine, pada asalnya langsir itu tertutup dan dia tak sedar bila langsir itu diselak masa dia buat pembentangan,” jelasku pada Amar.
Kening Amar naik.  “You percayakan Nine?”  Perlahan saja suara dia. 
Aku mengangguk.  “Tak ada sebab untuk I tak percayakan dia.  Semuanya logik.  Kaliber sampai hari ni tak jumpa.  Entah dah tembus ke mana.  Tak jumpa lagi, kan?” 
Giliran Amar pula mengangguk. 
“Tapi, you tak pelik ke… biasa penembak tepat ni dia akan tembak tepat pada sasaran.  Sekali shoot, sharp.  100%... mangsa terus jalan tapi ini…”
“Kata Nine dia selamatkan Tuan Benjamin…”
Kerut sudah terentang pada dahi Amar.  “Tuan Radzi kata Neo buru Tuan Benjamin.  Pasti bersebab.  Sekarang ni, Neo pun kita tak tahu siapa dan kat mana dia sekarang.  Setahu I, gambar Neo I kita dah hantar ke semua lapangan terbang, malah jalan darat dan air pun kami dah edarkan gambar.  Macam mana dia boleh lepas dekat KLIA?” 
Dalam hati aku mengiyakan kata-kata Amar.  Penjenayah telah dikenalpasti dan gambarnya juga diedarkan dalam senarai dikehendaki tapi masih boleh terlepas sekatan.
“Dia pasti menyamar, Amar.  Kita tak tahu nama sebenar dia dan I yakin, Neo tu nama gelaran je.  Nama passport dia kita tak tahu.”
“Erm… betul jugak tu.  Macam-macam perkara boleh jadi.  Dah nama penjenayah.  Apa-apa pun boleh janji dapat lepaskan diri,” sokong Amar. 
Kepingan roti terakhir dia suapkan penuh ke mulut.  Amar bangkit dan hendak berlalu ke pintu.
“You nak pergi mana?” 
“I nak pergi Surau kejap.  Nak tukar baju.”
“Eh, bilik ni kan besar…” 
Amar sengih.  “You ada.  Tak selesa.”
“Bilik air?” 
“I nak telefon Tuan Radzi kejap.  Nanti I datang balik.  Nine pun tidur tu.  You makan dulu.  Kerja makin memenatkan ni,” pesan Amar prihatin.
Aku mengangguk.  Kembali duduk menikmati sarapan pagi biarpun hanyalah roti bakar yang disediakan oleh pihak hospital.  Setelah siap, aku angkat pinggan tersebut ke bilik air.  Saat ini, aku nampak Nine masih lagi lena. 
Setelah aku membasuh pinggan dan mencuci tangan serta muka, aku terdengar suara Nine yang bertutur dengan seseorang.  Pintu bilik air yang sememangnya tidak tertutup rapat membawa suara Nine yang perlahan itu singgah tepat ke telingaku.
“No, uncle.  Jangan risau.  Saya tahu jaga diri dan semuanya.  Tak… tak… tak ada siapa tahu pun.  Saya okey je kat sini.”
Aku memasang telinga.
“Naina dan Amar ada semalam tapi ni tak nampak.  Mungkin dah balik atau keluar.  Erm… saya balik secepat mungkin ke sana.  Tak apa uncle tak hantar private jet pun.  Saya balik dengan MAS,” ujar Nine lagi.
Dia diam seketika sebelum berkata-kata lagi.
“Luka sikit je uncle.  Janji semuanya selamat, saya mampu tanggung semua ni,” jawab Nine sopan.
Aku tarik sedikit daun pintu dan aku lihat dia sedang bangkit.  Menjatuhkan kakinya ke sisi katil dan cuba berdiri biarpun dalam keadaan susah payah.  Wayar yang ada di lengannya, direnggut agak kasar.  Darah merah dia tekap dengan selimut hingga titisan darah itu terhenti. 
“Hari ni jugak, uncle…”  Nine mengerutkan wajahnya. 
Entah kenapa, aku nampak kepedihan yang bermukim dalam dadanya.  Setelah talian mati, dia mencampakkan telefonnya di atas katil.  Baju tanpa lengan itu dia buka.  Terdedah tubuh sasa Nine di mataku. 
Dia menapak ke arah almari dan mengambil beg galasnya.  Sehelai kemeja hitam dia pakai dan tanpa memikirkan kebarangkalian aku ada di dalam bilik ini, dia membuka seluarnya dan aku cepat-cepat menyorok di balik dinding.  Terasa malu amat biarpun tak sempat terbias pada mata akan diri Nine yang tidak sempurna pakaiannya.
Beberapa ketika, aku mengintai kembali dan Nine sudah siap berpakaian.  Beg galasnya disangkut pada bahu.  Dia mengilas ke seluruh bilik.  Kasut disarung.  Dia terus menapak keluar daripada bilik tanpa kebenaran doktor dan tanpa dimaklumkan pada aku terlebih dahulu.  Hati aku curiga.  Kenapa dia begitu tergesa-gesa?

~~> bersambung

30 comments:

  1. kak rehan.. tak baik aw citer separuh jalan hakhak. sambung sambung

    ReplyDelete
  2. Wahh . nak lagi kak RM . hihi .. Misteri la Nine nii .

    ReplyDelete
  3. Siapa nine ni sbnrnye ek? Ermmm...

    ReplyDelete
  4. si Neo menyamar????
    Doctor = Neo
    Neo = Doctor....hihihi
    _aniesue_

    ReplyDelete
  5. Uncle mn yg tpon tu?benjamin? Xkan dia x tau nine tgh sakit..

    ReplyDelete
  6. Saya rasa Nine nilah Neo dak? Ekekeke.

    ReplyDelete
  7. Woww sempat lagi mengayatt tueee.... Ermmm who's Nine??
    Something smells fishy here....
    Great story sis,always make me smile with nine >____<

    ReplyDelete
  8. Neo tu Naim kot???....jeng..jeng....nk kena siasat nie...nyway tq rehan...

    ReplyDelete
  9. Jgn nine=neo...huuuuuu

    ReplyDelete
  10. x mo la nine tu neo,,sedih plak hati kte ni,,

    ReplyDelete
  11. Nine tu neo kot

    ReplyDelete
  12. huh......semakin mendebarkan....RM nak lagi...

    ReplyDelete
  13. Nak lagi sgt mendebarkan apasal nine wat cam tu huhu x sbr nye

    ReplyDelete
  14. Nak lagi dan lagi dan lagi......... ;)

    ReplyDelete
  15. adehhh sakit dada weishhh ...... siapa si nine nie...adooiii misteri2 ...huhuhuhuhuhu............ nak lagi....

    ReplyDelete
  16. Mcm Nine tu Neo je. Misteri la. Something totally different fm RM. i like.

    ReplyDelete
  17. Salam, RM citer semakin meletup ni. Rasanya Nine kenal Neo, mungkin dia ni undercover tak? Nine kena menyusup keluar bagi mengelakkan diketahui oleh Naina n keluarga Benjamin tak? Suspennyer...

    ReplyDelete
  18. alohh... nak lagi..best2..thumb up! =)

    ReplyDelete
  19. Saya rasa Nine=Neo
    Sebab dia buru tuan benjamin mungkin ada kena mengena dengan mak ayah dia yang hilang tu, mungkin tuan benjamin ke yang menyebabkan kematian mak ayah dia

    ReplyDelete
  20. Sy yakin nine ngan tuan benjamin mesti ada jalankan kwgiatan haram

    ReplyDelete
  21. kesian mamat tu kan..siapa nine sebenarnya..kenapa bila dia menerima panggilan talipon tu..dia terus berlalu pergi..sedangkan dia masih dalam pengawasan Dr..dan lukanya belum sembuh lagi..Siapakah yg sebenarnya menalipon dirinya..adakah itu dari bapa angkatnya ..dan kenapa perlu tergesa gesa berlalu..tanpa meninggalkan pesan..pada 2 pegawai polis yg sedia mengawalnya..

    ReplyDelete
  22. apakata RM jdkan cter ni novel? i mean dlm versi cetakkan... BEST sgt!!!!!

    ReplyDelete
  23. ok..sy rase ade betulnye pndpt reader yg lain.. nine tu adalah neo..dan die ingin balas dendam kat tuan benjamin..mgkn ada sbb yg trsndiri..bg mengaburi pihak polis..die buat la plan kene tembak tu..tp lastly mgkn die x jd nk buru tn.benjamin sbb die sygkan naina..mcm aq plak yg jd polis ni..-far-

    ReplyDelete
  24. erk!!!! Nine nak g mne?? kelam kabot nie.... :D
    a'ah saya pon rse Nine tu Neo... tpi time dia nk bunuh benjamin tu msti dia x smpai hati tu yg die defend benjamin... or

    tu mmg plan Nine bila dia jdikan dri dia kne tembak so nnti org x suspect die tu yg jdik Neo......

    hahahhaha.... bnyak gila prediction :D

    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum :)

    Saya suka dengan karya awak, cukup menyentuh hati, dan suka lagi saat awak menyentuh harapan kepada Allah, saya tahu awak cuba menyerapkan islam (menyerah diri kepada Allah saat rasa lemah menemuh kehidupan) kepada para pembaca, semoga Allah memberi ganjaran atas niat itu, tapi saya rasa karya yang ini agak tergelincir sedikit daripada landasan itu. Mungkin kalau awak perbaiki lagi akan menjadi satu lagi kebaikan buat kita semua dan karya yang membahagiakan buat awak di akhirat kelak. :) selamat berkarya

    -Maria-

    ReplyDelete