Monday, May 07, 2012

Kerana Sekali Cinta [17]

BAB 17

MALAM yang agak tenang. Aku renung penampilan diri dalam cermin. Lengkap dah. Siap rambut tersikat rapi dan berkilat lagi. Tapi, segan nak keluar sebab nanti mesti Zafrin dengan Zafrina ketawakan aku. Tak pun lebih parah, mama dan abah pun sama.

Beratnya kaki nak menapak keluar tapi jam terus berdetik. Pesanan ringkas terakhir tadi, Anaresa dah sedia menanti. Ponteng kuliah dan aku rasa kalau mama tahu, haruslah aku kena ketuk laju-laju.

Bila aku tanya, dia selamba menjawab, Aziana dan Haqmi tolong dia tandatangan kehadiran. Kelentong kehadiran dah isteri aku ni dan akulah yang galas dosa dia. Siapa suruh dia ponteng? Padan muka aku.

Nak tak nak, aku beranikan diri menapak keluar bilik. Hadiah Anaresa aku bimbit di dalam sebuah beg kertas yang cantik. Beli dekat Memory Lane dekat bawan pejabat tadi. Siap dengan kad berwarna merah jambu lagi. Tak sempat nak tanya dia suka warna apa dan bagi aku, dia perempuan, semestinya warna merah jambu menjadi pilihan hati.

Aku rapatkan daun pintu dan aku jinjit barang yang perlu lalu aku menapak turun ke bawah dan kala ini, abah, mama, Zafrin dan Zafrina sedang menonton berita. Aku hanya tenang dan terus menapak ke arah mama dan abah.

“Ehem… ehem…” Aku berdehem beberapa kali mahu menarik perhatian mereka dan serentak itu mereka berpaling padaku.

Zafrina tahan gelak. Zafrin terlopong. Mama dan abah pulak senyum saja. Aku seperti biasa, tayang wajah tampan lagi macho ni. Tidak beriak sebaliknya aku hulur tangan pada mama hendak bersalaman.

“Nak pergi mana?” soal mama.

“Dinner,” jawabku sepatah.

“Annual dinner syarikat Along lambat lagi, kan? Biasanya hujung tahun, kan?” tanya abah pula.

“Eh, apa pulak dinner pejabat. Dinner dengan Resa.” Aku menjawab tenang.

“Tampan anak mama ni. Berkilat rambut. Macam iklan minyak rambut pulak. Siapa tu? Yang lelaki tu. Lari-lari hantar beg duit perempuan model tu. Siapa dah Rina?” soal mama pada adik perempuan aku tu.

Mata Zafrina bulat. Wajahnya teruja. Telapak tanganku bertaut sesama sendiri. Galaknya mata bulat itu memang dah ku agak dia nak jawab siapa.

“Ala mama ni. Abang Rem…”

“Emm… mamat bangla tu la, mama,” sampukku pantas. Zafrina buat muka.

“Berapa mahu isi adik manis… seploh, doploh, penuh…” Zafrin pula menokok buat gaya bahasa mamat bangla kerja dekat Shell.

Menjerit Zafrina bila Zafrin mengejek Remy Ishak. AKu pun pelik betul dengan dia. Mamat tak sudah tu jugak dia nak. Tapi, ikut suka dialah. Jangan dia pergi ajak pelakon tu kahwin sudah. Pitam kami semua.

Zafrin dah ketawa tapi akhirnya tertahan-tahan bila abah menegur sebab Zafrina dan mula mengada di riba abah. Merajuk.

“Gelilah Along tengok kau, Rina,” cemikku pada dia tapi dia hanya buat tak tahu.

“Eleh, Rina lagilah geli tengok Along pakai macam tu!” kutuk dia pula.

Aku senyum. Mama pun. Kena kutuk dekat Zafrina aku dah biasa. Kutuk manja tapi satu kampus dia canang, dia ada abang tampan macam aku. Hakikat aku tampan itu anugerah tapi hati aku milik Anaresa. Itu juga anugerah.

“Geli apa. Tampan kan, ma?” tanyaku pada mama lantas aku bangkit.

Mama angguk. “Sangatlah tampan tapi tak pelik ke pakai macam ni?”

Mama tenung aku dari atas ke bawah. Nampak pelik sangatkah? Langsung aku pandang susuk tubuh sendiri. Sempurna dah ni, ujar hatiku yakin.

“Tak adalah.” AKu geleng.

“Along nak pergi dinner mana macam ni?” tanya abah lagi.

“Concorde.” Sepatah aku menjawab sudah cukup memberikan kepuasan dalam diri mama dan abah.

“Nak ikut….” Tiba-tiba, Zafrina merengek nak mengekor.

Aku merengus. Mama pandang dia penuh amaran dan abah juga. Zafrin dia mencebik. “Penyibuk la kau!” ujar Zafrin.

“Boleh. Tapi, jalan pergi sana dulu,” arahku pada dia sambil menunjuk ke arah dinding rumah.
Zafrina memandang aku pelik. “Itu dinding. Buat apa kat situ?”

“Yalah, kalau ke pintu, abang dating dengan Resa. Kalau ke situ, langgar dinding ke alam barzakh lah jawabnya,” usikku lalu aku lepaskan tawa dan terus berlalu sebelum mama tazkirah pula sebab bergurau macam tu dengan Zafrina dan aku dengar Zafrina menjerit kuat. Marah la tu!

Aku masuk ke perut kereta dan beg kertas yang satu lagi tu aku pandang dan bibir ini menguntum senyum. Tak dapat aku bayang si dia dibaluti itu. Haruslah meleleh kecairan aku nanti.

Perjalanan aku mulakan dengan doa dan sudah, aku terus membelah lebuhraya Sprint menuju ke Shah Alam dari Selayang. Tak sampai setengah jam, aku tiba di Seksyen 7. Pernah bawa Anahara ke sini dulu atas maklumat Mukhlis tapi sudahnya, ke sini lagi aku untuk Anaresa. Kenapa kala tu tak bersua dengan budak yang dah jadi isteri aku ni? Andai tidak, tak adalah parah aku tahan hati kejar Anahara masa tu biarpun aku tahu, hati dia buat Mukhlis. Yang pasti, percaturan Allah sangat cantik. Syukur sangat!
Aku tarik telefon bimbit keluar dari poket bila aku sudah menghentikan kenderaan di hadapan bangunan rumah Anaresa. Tapi, tak sempat nak buat panggilan, cermin kereta diketuk orang.

Bila aku kalih, Si Haqmi dan Aziana sedang senyum dan mengangkat kening. Aku pantas turunkan cermin kereta.

“Eh, dari mana? Resa kata ada kuliah?” soalku pada keduanya.

“Kami ponteng jugak.” Selamba je mereka menjawab.

Aku geleng kepala. “Boleh pulak?”

“Bolehlah sebab tu kami kat sini,” jawab Haqmi. Budak ini memanglah. Haih…

“Nak keluar dah ke?” soal Aziana pula.

Aku angguk dan tersenyum pada mereka. “Minta tolong boleh?” pintaku dan aku terus hulurkan beg kertas itu pada Aziana dan bila mereka membeleknya, mata Aziana bulat dan Haqmi melopong.

“Ini untuk Resa?” soal Haqmi tak percaya.

Aku angguk lagi. “Bagi je. Cakap kat dia, suami dia dah sampai. Siap cepat sikit,” suruhku dan terus aku minta budak berdua ni naik ke atas cepat-cepat. Nanti lambat pulak sedangkan aku banyak rancangan malam ni.

Bila Aziana dan Haqmi berlalu, aku senyum meleret. Dalam kepala dok bayang macam mana wajah Anaresa. Sungguh aku teruja.
Setengah jam berlalu, Concorde Hotel dah berkali-kali telefon mengesahkan tempahan, kot-kot aku batalkan tapi mana ada batal. Aku tengah menanti isteri tercinta turun ni.

Sudahnya, aku tekan nombor telefon Anaresa dan tak sampai beberapa kali deringan, dia menjawabnya resah dan ada geram juga di akhir nada.

“Sayang, dah lama abang tunggu ni,” ujarku lembut.

Dia merengus di hujung talian. “Resa tak nak turun!” tegasnya.

“You have to. Janganlah nak spoil rancangan abang macam ni, sayang,” pujukku lagi.

“Nope. You are the one who spoil it, okay!”

Mak aih. Tu dia, sekali dia bercakap Bahasa Inggeris, dasyat isteri aku. Aku senyum saja.

“Apa abang buat?” Aku bertanya tanpa riak salah sedangkan aku tahu apakah yang buat dia rasa macam tu.

“Jangan buat-buat tanya. Resa tak nak turun. Abang baliklah. Hujung minggu ni Resa balik rumah mama,” ucap dia.

Aku mengeluh sikit. “Anaresa binti Abdullah, isteri kepada Zafran bin Zaini. Nak jadi isteri solehah, kena patuh pada suami selagi tidak menentang hukum dan tidak mendedahkan aurat, okey?”

Dia diam seketika sebelum aku dengar suara resahnya di hujung talian.

“Tapi, Resa tak nak pakai ni. Tak kena dengan jiwa Resa!” rungutnya.

“Kena ke tidak, itu permintaan suami. Resa perlu bersiap cantik untuk tatapan suami, kan? Atau Resa tak pernah belajar kat sekolah dulu?” sinisku tenang.

Dia merengus lagi. “Dengan meleret ni… tak suka… tak suka…!”

“Suka ke tak, abang suka. Sayang kena buat untuk abang kalau tak kena denda malam ni,” ugutku.

“Denda apa pulak?”

Aku jarakkan telefon bila suara Anaresa sedikit terjerit. Setelah itu aku dekatkan semula dan bibir ini terus menguntum senyum. Peti simpanan kasih sayang hampir kosong. Aku perlu isian semula agar hati ini tidak dibebani rindu pada dia.

“Tak ada apalah,” dalihku. “Cepat turun, abang tunggu.”

Lantas aku matikan talian dan bibir ini lebar dengan senyuman lagi bila tertangkap juga suara Anaresa hendak menjawab tadi. Aku yakin dia akan turun dan sungguh, selang beberapa ketika, dia memang sedang menapak ke arahku dengan pakaian itu. Cantik dan sangat cantik. Gaun malam labuh itu berona hitam bertatahkan labuci lip-lap itu memang menawan kala tersarung di tubuh langsing itu.

“Cantik isteri abang,” pujiku bila dia masuk ke dalam perut kereta dan dia hanya diam mencuka. Wajah tak puas hati.

“Jom, dinner dengan abang, ya malam ni?” Aku terus tekan pedal minyak dan kereta terus meluncur laju.

Tiba di Hotel Concorde Shah Alam, aku terus biarkan Mazda merah tu di bawa ke tempat letak kereta dan aku heret tangan Anaresa dekat padaku membiarkan dia memaut lengan dan kami sama-sama berjalan seiringin hendak masuk ke dalam hotel.
Datang pada hari bekerja, agak lengang dan inilah yang membuatkan aku selesa. Tak payah nak menyempit.

“Selamat datang, encik,” ucap lelaki yang menyambut kami tiba di pintu masuk hotel.

Dia senyum padaku dan aku hanya mengangguk. Anaresa masih diam saja. Baru hendak melangkah, kaki Anaresa menapak dulu ke dalam dan kala ini, aku hampir nak pitam terlihat pada kaki dia.

Aku dengan gaya macho, bergaya dan maskulin dengan suite kot siap dengan bow merah hati lengkap dengan kasut berkilat, dia boleh pulak merosakkan gaya. Aku tepuk dahi dan penyambut tetamu itu ketawa sikit. Pijarnya wajahku kala ini, hanya Allah yang tahu.

“Kenapa Resa pakai ni?” tanyaku berbisik dengan wajah tak senang.

Dia tayang wajah tak bersalah dan gaun labuh ke kaki itu dia selak sikit dan dia merenung aku kembali.

“Abang tak cakap nak datang sini?” tanya dia pula.

Aku terkedu melihat ke arah sneakers merah itu dan dia senyum pula padaku bagai tiada apa-apa berlaku.

“Sesuailah dengan bow abang tu, warna merah!”

Aduhai, isteri saya yang polos dan comel. Rosak gaya!


***

MAKAN malam sepi. Aku nampak Anaresa gelisah. Duduknya nampak tak senang je. Sudahnya aku letak sudu dan garpu di sisi pinggan. Aku bawa tanganku menongkat dagu. Mata ini aku halakan pada dia sepenuhnya. Apa masalah isteri aku ni?

“Resa kenapa? Resah semacam je?” tanyaku pelik.

Dia angkat wajahnya dan memandang aku dengan riak yang merayu keresahan. Tangannya menarik dan nampaknya dia sedang melonggarkan sedikit selendang yang terbelit kemas di kepalanya.

“Kenapa?”

“Tak selesa.”

Setelah itu, dia tunduk sikit membetulkan kasutnya. Aku intai kaki dia. Rupanya, kasut ke mana, kaki ke mana.

“Apa ni… buka kasut, yang?” soalku sambil mata melilau ke kiri kanan.

Bimbang juga ada yang nampak. Mahu di halau melanggar protokol. Boleh dikira tak bersopan ni.

“Tak selesalah,” jawab dia lagi.

“Itulah… kenapa Resa pakai kasut tu? Dalam beg kertas tadi tu bukan ke ada kasut sekali? Kenapa tak pakai?” soalku pada dia.

Dia mencemik. “Abang nak Resa jatuh tertonggeng?”

“Abang sambut,” sampukku cepat-cepat.

Dia mencebirkan bibir lagi. “Kalau sempat.”

“Tak percaya try jatuh.”

Wajah ini aku rapatkan pada dia bersama senyuman yang aku kira memang cukup menggoda dah. Kalau dia tak tergoda lagi, aku pun tak tahu nak kata apa tapi aku rasa memang dia tak tergoda bila wajah itu menyeringai juga.

“Sayang ni kenapa?”

Dia sedang membetulkan gaun malamnya kini. Ditarik sana, ditariknya sini. Nampak sangat dia tak selesa.

“Resa nak balik,” tukasnya gelisah.

“Kan kita baru makan?”

“Resa tak selesa, abang,” rengeknya dengan wajah yang sedih. Jatuh kasihan pulak aku tengok budak sekolah ni. Rosak juga rancangan aku akhirnya.

“Kejap lagi abang hantar balik, ya?”

“Resa ada periksa esok.” Wajah itu mencuka.

“Pulak dah.” Ada nada tak puas hati dalam suaraku tapi aku tahan saja hati. Malas hendak biarkan dia terus sedih.

“Okeylah. Makan dulu, nanti kita balik, ya?” pujuk aku lagi.

Dia angguk dan terus menghadap makan malamnya. Tunduk saja tak angkat kepala langsung menyebabkan selera aku lari. Sudahnya, aku hadap saja wajah Anaresa yang sedang menikmati makan malamnya.

Entah apa yang tak kena, aku pun tak tahu. Sukar juga hendak aku tebak perangai budak sekolah ni. Sekejap okey, sekejapnya tidak. Pelik.

“Dah siap?” tanyaku bila dia tolak pinggannya ke tepi. Anaresa angguk dan aku terus angkat napkin dan aku letak di atas meja.

“Jomlah.” Aku mengajak dia lalu aku bangkit tapi dia tetap macam tu.

“Tadi kata nak balik? Bangkitlah, abang hantar? Esok Resa periksa, kan?” sindir aku.

Dia ketap bibir dan hanya memandang aku lalu dia luruskan jari telunjuknya ke arah kaki. Bila aku pandang, kasutnya sudah bertukar. Bila masa aku tak tahu tapi yang pasti, bibir aku lebar dengan senyum. Mood hampir rosak pulih kembali.

“Bila tukar ni?” Aku bertanya setelah aku duduk mencangkung di hadapannya.

“Tadi Resa buka kasut tu.”

“Bila bawa high heel ni?”

“Dalam handbag. Resa saja je tadi nak uji abang malu tak dengan isteri budak sekolah abang ni. Lagipun, tak kanlah Resa tak tahu protokol makan dekat hotel berbintang-bintang ni,” ujar dia manis.

Hai, mood dia berubah arah lagi. “Tadi kata nak balik. Betul ke esok test?” Anaresa angguk bila aku bertanya.

“Nak balik sungguh la ni?” soalku tapi dia geleng pula. Bibir itu terus menguntum senyum.

“Kalau tak nak balik…” Aku meleretkan kata. Lantas aku tegakkan tubuh dan mata ini terus menikam tajam anak mata Anaresa yang menyoroti mataku.

“… kita check-in, nak?” sambungku sambil menjungkitkan kening berkali-kali. Mata Anaresa membulat.

“Padanlah suruh Resa pakai cantik-cantik, kan?” soal dia masam. Aku angguk.

Sungguh aku terpegun kali ini tak berkelip-kelip. Dia bukan budak sekolah lagi tapi dia wanita jelita dan anggun. Aku ingin menikmati kecantikan dia malam ni sepuasnya. Hampir terjojol biji mata aku tengok dia malam ni.

Mata Anaresa aku renung dalam-dalam. Cantik dalam gaun labuh dan tudung yang kemas dimasukkan ke dalam kolar cekak musang tu. Pertama kali nak makan malam bersama. Aku tahu dia tak selesa tapi, aku akan jadikan dia selesa.

Bibir merah basah itu benar-benar menggoda naluri aku. Alis yang nampak lentik itu memukau mata. Bila aku paut pinggangnya, dia hanya menurut dan bila aku genggam jemarinya, dia nampak kecut. Aku dekatkan bibirku pada telinganya.

“Cantik sangat isteri saya malam ni,” pujiku.

“Kata suruh cantik untuk suami,” balas dia.

Aku senyum dan angguk. Sejak akhir-akhir ini sudah pandai menjawab. Aku menggariskan senyuman dan menarik Anaresa bangkit lalu aku paut pinggangnya berjalan beriringan dengan aku.

Tiba di kaunter, aku terus mendaftar masuk padahal dari semalam aku dah tempah bilik hotel ni tanpa dia tahu. Rancangan terus berjalan lancar. Kunci bertukar tangan dan aku rasa, beg pakaian sudah ada di dalam bilik. Kotak baldu yang ada di dalam poket seluar aku tepuk sekali. Aku ingin hadiahkan dia bulan madu pada bulan mengambang terang ni.

“Sayang bawa pakaian tak ni?” soalku pada dia bila kami sama menapak ke bilik.

Anaresa menggeleng. “Abang tak cakap nak tidur sini?”

“Tak kan tak boleh agak kalau dah seminggu tak jumpa?” Tangannya aku lepaskan dan aku swap kad pada pintu lalu pintu terkuak lebar.

“Eleh abang tu. Ada niat lain. Tapi, Resa kena balik juga nanti. Esok pagi ada test,” ucapnya sambil menapak melepasi pintu bila aku tarik tangan dia.

Aku angguk dan senyum tapi tak lama bila tiba-tiba, tumit kasut Anaresa tersadung pada depan pintu dan tubuh itu mula terlempar ke depan dan aku pantas menyambut setelah beg tangannya aku campak ke lantai.

Huh, mujur sempat aku mencempung tubuhnya. Andai tak, memang cium permaidani hotel bini aku.

“Hah, mujur abang sempat sambut. Jalan tu hati-hati sikit lain kali.” AKu merungut dengan kepala yang aku geleng berkali-kali.

Risau kadang-kadang dengan sikap leka dan gelabah dia tu. Nampak wajah kalut waktu pertama kali aku menemui dia tu tapi dia hanya senyum lantas dia paut leherku agak erat.

“Resa senyum kenapa?”

“Saja,” sela dia. “Resa saja buat-buat jatuh sebab nak tengok abang sempat tak sambut Resa tadi.”

Aduhai, boleh pula dia nak bergurau macam ni. Buatnya aku tak sempat sambut tadi, memang lebam kot tersembam atas lantai.

“Suka main-main ek?”

Dia meledakkan tawa membuatkan jiwa lelaki aku ni makin bergelojak rasanya. Rindu hadir menderu-deru. Cinta ini menggebu-gebu. Aku tolak pintu dengan kaki kiri dan bila pintu tertutup rapat kaki ini melangkah tanpa aku sedar mendekat ke arah katil bersama Anaresa yang masih rapat di dalam pelukan aku.

Dia mengedipkan matanya berkali-kali namun bila aku dekatkan wajahku ke wajah dia, dia nampak mengelak.

“Kenapa?” tanya aku bila aku letakkan dia di tengah-tengah katil.

Wajah dia kelat tiba-tiba. “Resa takut.”

Berkerut dahi aku. Sikit lagi hampir bertaut kening di tengah-tengah. Apa lagi yang dia takutkan? Bukankah semuanya telah kami lalui? Dan dia sendiri tahu hak aku sebagai seorang suami biarpun perjanjian kami aku mungkiri dan aku tahu dia juga merelakan dirinya waktu itu jadi untuk apa takut ini sekarang?

“Okey, sayang cakap takut apa? Takut nak test esok? Atau takut nak lawan netball minggu depan?” AKu duduk di sisinya lantas aku tanggalkan bow dan aku buka beberapa butang kemeja. Rimas.

“Resa takut nanti…” Suara dia mati. Sekali lagi dia pegang perutnya yang kempis.

Aku senyum. Memang dari awal pernikahan itulah yang dia takutkan dan aku mengerti tapi bukankah aku sudah cakap pada dia tentang hal ini. Dia memang budak sekolah.

“Sayang… dengar sini. Resa isteri, kan?” soal aku dan aku tenung anak matanya dalam-dalam. Nampak berkaca-kaca tiba-tiba. Untuk apa aku pun tak tahu.

Bila mata itu membalas renunganku, aku pegang pipi dia. Tubuh ini membongkok sedikit dan wajah aku, aku dekatkan pada wajahnya. Aku nampak kegelisahan dan rasa bersalah dalam diri dia. Segalanya jelas di balik sinar mata yang nampak berkaca-kaca itu.

“Sayang...,” seruku lagi sekali.

“Kenapa ni?”

“Resa tak tahu kenapa Resa asyik takut fikirkan kalau perut Resa berisi? Resa teruk, kan?” Dia melepaskan lelah.

Aku tidak terus menjawab, sebaliknya aku buka belitan selendangnya yang terlilit kemas di kepala. Biar dia rasa selesa dan bila aku melepaskan ikatan rambutnya, dia hanya membiarkan perbuatan aku. Langsung tak melawan.

“Resa bukan lagi seorang budak sekolah je. Tapi, Resa adalah seorang budak sekolah, seorang isteri, seorang menantu dan juga seorang bakal ibu nanti. Ini hakikat hidup Resa sekarang,” sambungku lembut memujuk.

“Pasal tu, Resa patut ada rasa macam tu. Resa muda lagi, budak sekolah, ada kawan-kawan, ada aktiviti sendiri dan abang sikit pun tak menghalang semua tu janji Resa tahu kat mana hak Resa dan apa hak abang dalam hidup Resa. Jadi, abang mohon sangat… tolong jaga diri, jaga hati, jaga jiwa dan iman untuk abang. Tolong abang jaga semua ni.”

Pipinya aku elus menghalau resah dia. Tiap kali aku mahu menuntut hak, dia mesti begini. Risau sungguh wajah itu.
Mata dia tajam menikam tapi lama-lama makin redup dan titisan air jernih itu mengalir laju. Dia angguk dan tanpa sedar, tubuh itu melekap kemas di dadaku. Teresak-esak. Menangis la pulak. Baru aku ayat sikit dah menangis. Manja isteri aku.

Tapi tak lama lepas tu, dia tolak tubuh aku dan dia turun dari katil membuatkan aku terpinga-pinga sendiri.

“Kenapa?” Rasa kecil hati pula bila dia menjauh bila aku tapi aku telan liur sendiri bila Anaresa tanggalkan zip baju di belakang gaun malamnya itu.

Bibir itu menguntum senyum dan mata itu melirik penuh makna. Bila gaun itu tanggal separuh, jantung aku hampir terloncat keluar dan pantas aku lekapkan telapak tanganku ke dada.

Dia senyum sinis dan menggoda. “Terima kasihlah hadiahkan baju ni untuk Resa,” ucap dia pada aku.

Aku senyum pelik dan turut angkat tubuh mendekat pada dia. Butang kemeja aku tanggalkan habis lalu aku campak kemeja putih aku ni ke atas kerusi di sudut bilik. Sejuk tubuh dijamah penghawa dingin tapi hangatnya dalam diri hanya Allah yang tahu.
Tubuh Anaresa aku paut. Gaun itu aku tolak sikit membawa bahu putih gebu itu terdedak lalu aku labuhkan bibir aku seketika dan dia hanya senyum bila aku menarik dia rapat ke dada.

“Err… sebenarnya abang tak beli, abang sewa je baju ni,” luahku mengusik.

Anaresa menumbuk dadaku manja. “Bencilah abang ni!” marah dia.

Aku ledakkan tawa. Bergurau je pun. Lantas aku tarik kotak baldu dari poket seluar aku dan aku suakan pada dia.
Mata itu bulat bila aku buka kotak baldu itu depan matanya. Mata dia berkaca-kaca lagi.

“Apa ni?”

“Hadiah.”

“Ini kan…”

Aku angguk mematikan suara Anaresa. “Memang yang Resa tengok dekat Poh Kong dulu tu. Abang belikan. Harap Resa sudi terima.”
Dia pegang set barang kemas itu dengan hujung jari lambat-lambat dia mengangguk.

“Padahal tak payah beli pun tak apa,” ujar dia serak.

“Abang dah beli dan memang untuk Resa je,” balasku pula.

Dia ambil kotak baldu itu dan dia tutup lantas dia letak di atas meja solek. Jemariku dia gapai.

“Resa tengah didik diri Resa jadi isteri abang.”

“Abang tahu.” Aku angguk.

“Tapi, barang kemas tu perlukan balasan.” Aku berbisik di telinga dia membuatkan Anaresa cuba lepaskan diri.

Namun, untuk membiarkan dia pergi itu tidak mungkin. Ada rindu yang perlu dia leraikan dulu sebelum aku hantar dia kembali ke pangkal jalan iaitu ke rumah sewanya.

~~> bersambung

29 comments:

  1. alahai, sweetnya zafran ! :) berbunga hati baca.

    ReplyDelete
  2. hahahahhahahhahhha....Zafran oh Zafran....

    ReplyDelete
  3. hamboiii suweettnye...malu i..hehehhe

    ReplyDelete
  4. hmmmmmmmm.....:/

    ReplyDelete
  5. wow...so sweet romatik gler. thank writer. lastly penantian berakhir..lme tggu n3 sunyi tanpa anresa dan zafran..heheh. nak lg2

    ReplyDelete
  6. Rehan..rindu btol ngan anaresa n zafran ni..so..disebabkan PBAKL dh abes,bleh ar update crite ni 2 kali sehari..huhuhu..denda utk rehan coz buat akak demam rindu..huhuhu

    ReplyDelete
  7. gedik kau kan zafran ... hahahahah

    suke suke ... hehehehe ..

    tp na lagi ...

    hotmum

    ReplyDelete
  8. haha...siot gle...ke pgkal jlan konon..

    ReplyDelete
  9. err kak....tadi masa dorg tgh dinner, akak cakap tudung resa masuk dalam baju cekak musang tu..tp kenape lepas tu dlm bilik zafran bukak lilitan selendang pulak? huhu..

    ReplyDelete
  10. errr...malu ai~

    >>k<<

    ReplyDelete
  11. Sangat sweet.....alahai kalaulah anvsry kita minggu depan macam ni kan best........

    ReplyDelete
  12. Sangat sweet.....alahai kalaulah anvsry kita minggu depan macam ni kan best........

    ReplyDelete
  13. hehehe...sangat comel resa ni....emosi b'tukar2...

    ReplyDelete
  14. comel2...pandai jgk resa goda zafran ye kak rehan...hehe

    ReplyDelete
  15. untungnya Resa dapat Zhafran ni!
    hadoiii, sweet gitu :)

    ReplyDelete
  16. Alololo... sweetnya zafran...
    =)

    ReplyDelete
  17. welcome back RM . .... terkenang zaman dulu2, nxt n3 cepat2 sikit ye

    ReplyDelete
  18. amboi zafran nekad betul nak isi peti simpanan kasih syg..;)

    ReplyDelete
  19. Nakal jugak Resa ni ye...#^_^

    ReplyDelete
  20. aduhai...senyum simpul2 bca...hahahha
    romantik de amour..wakakaka

    ReplyDelete
  21. pergh..rehan..rehan membawa kami ke alam percintaan yg halal yg sungguh indah..inilah yg patut diterapkan ..dalam novel adik ni ada pengajaran..betapa indah bercinta selepas berkahwin..kerana nafsu dapat dilempiaskan pada tempat yg halal...

    ReplyDelete
  22. merah muka....chekkk maluuuu...hahahah....

    ReplyDelete
  23. lucu la dgn resa.betul dia tgh didik diri dia tuk jd isteri.isteri kpd llki yg dah gaya ala2 mnja.

    ReplyDelete
  24. adoiiyaaa...ati aye pn b'dbr2 jgak...hikhik..blushing2

    ReplyDelete
  25. Alahai.....dpt bayangkan resa pakai gaun dgn sneaker, merah lg hehe

    ReplyDelete