Thursday, November 17, 2011

Terlerai Kasih 52

BAB 52

USAI bersanding dan makan beradap, aku tidak henti-henti ditarik oleh seorang demi seorang kenalan mama. Hendak bergambar katanya. Tidak pernah berjumpa dengan pengantin secantikku, katanya. Aku senyum saja menerima pujian itu kerana aku tahu, kecantikan ini bukanlah milikku.

Setelah dapat melepaskan diri, aku hanya duduk di kerusi bila mana Ilham sedang melayan teman-teman abah. Tetamu juga sudah beransur kurang sebenarnya memandangkan jam sudah menginjak ke angka tiga petang.

Aku tersentak bila bahuku ditepuk seseorang dan bila aku berpaling, ternyata wajah Suraya dan Fariza sedang tersenyum ke arahku. Serta merta aku bangkit.

“Tahniah, Cik Wafi,” ucapnya dengan senyuman.

“Sama-sama. Terima kasih sudi datang,” ucapku seraya membalas salam mereka erat.

Hati ini melonjak gembira. Tidak tahu bagaimana perlu aku ekspresikan wajah ini. gembira tersangat gembira dengan kehadiran mereka.

“Dah makan ke?” tanyaku. Keduanya mengangguk.

“Cantik Cik Wafi hari ni,” ujar Fariza pula.

“Bukan cik, tapi puanlah,” sampuk satu suara dan sudah semestinya Ilham.


“En, Encik Ilham. Tahniah, encik,” ucap mereka pada suamiku. Bila aku pandang dia, dia hanya tersenyum.

“Sama-sama,” bisiknya tiba-tiba tanpa aku ucapkan terima kasih.

“Cantik Puan Wafi,” puji Fariza lagi.

“Awak berdua pun apa kurangnya. Ke dah nak panggil kami makan nasi minyak ni,” usik aku pula. Fariza ketawa begitu juga dengan Suraya.

“Tengoklah isteri siapa, kan?” Ilham ketawa.

“Abang hantar tetamu jap,” bisiknya lagi seraya berlalu selepas menggariskan senyum buat Suraya dan Fariza.

“Er, maaflah. Dia tu memang macam tu. Kalau hak dia semua cantik. Semua hebat. Padahal biasa-biasa je.”

“Tak adalah, puan. Betullah tu kata Encil Ilham. Puan memang cantik hari ni.” Suraya senyum padaku.

“Err, Puan Wafi, saya nak minta maaf,” ujar Suraya tiba-tiba. Wajah itu nampak takut-takut.

“Nak minta maaf? Kenapa?” Aku mula rasa pelik dah. Seorang demi seorang meminta maaf dariku.

“Pasal kejadian tempat parking masa puan dengan lelaki tu, saya ternampak dan saya…” Suraya berhenti dari berkata-kata.

Aku sendiri sudah dapat dapat menelah apa yang telah dia lakukan. Pasti sahaja dia mengaku perkara itu Ilham. Perkara lama untuk apa lagi aku kenang. Lebih baik biarkan saja menjadi pengalaman yang mematangkan.

“Saya maafkan,” ujarku tanpa bertangguh.
Aku tidak mahu lagi Suraya terus mengungki tentang perkara itu. mereka tidak pernah tahu hukuman apa yang telah Ilham jatuhkan buatku angkara mulut mereka tapi biarlah perkara ini terhenti di sini saja.

Aku bersyukur bila Allah telah tunjukkan segala kebenaran buat mereka agar tidak terus menuding jari ke arahku semata-mata. Mungkin aku pernah menyendiri dan bersikap dingin pada mereka, tapi mereka tiada hak menilai sejauh mana baik dan jahatnya aku ini.

“Saya dah lupakan. Tak nak ingat lagi dah,” sambungku tenang. Mereka tersenyum.

“Emm, bila Puan Wafi nak masuk pejabat?” tanya Fariza pula. Aku ketawa.

“Kenapa tanya? Tak sabar nak kena marah dengan saya ke? Rindu nak kerja dengan saya, ya?” tanyaku mengusik. Mereka berdua ketawa lagi.

“Lusa kot, insyaAllah. Saya nak kena pindah barang dulu. Tak pindah lagi. Hari tu tak sempat,” ujarku telus. Masing-masing mengangguk tanda faham.

“Kerja dah menunggu sampai ke siling dah, Puan Wafi,” beritahu Fariza lagi. Aku buntang mata.

“La, ya ke? Nampaknya awak berdua kena kerja lebih masa la nanti,” balasku pula. Sudahnya kami sama-sama ketawa.

“Gelak sakan nampak?”

Aku, Suraya dan Fariza sama-sama kalih pada Fara yang sedang mendekat ke arah kami. Lambat pulak dia sampai hari ini. Mungkin ada hal yang lain tapi setidak-tidaknya, dia tiba juga dan bila aku jenguk, sudah semestinya Iqram sedang mengekori Fara daripada belakang.

Fara berhenti dia berhenti, Fara melangkah dia melangkah. Bila aku angkat kening pada Fara jungkit bahu.

“Fara!!” seru Fariza dan Suraya hampir serentak.
Terperanjat barangkali melihatkan teman yang sudah lama meletakkan jawatan daripada syarikat kami dulu.

“Lamanya tak jumpa? Kat mana sekarang?” tanya Suraya teruja.

“Saya dekat hulu Sabah. Mengajar kat sana,” jawab Fara lalu berdiri di sebelahku.

“Balik ni cuti ke?”

Fara angguk.

“Bercuti melawat keluarga dan sambil-sambil tu tengok bakal biras saya naik pelamin.” Fara melirik ke arahku.
Fariza dan Suraya buntang mata. “Betul ke ni?” tanya mereka serentak.

“Err, betul. Dia bakal tunang saya. Saya adik ipar Kak Fiah,” jawab Iqram, menyampuk tiba-tiba.

“Aqam, boleh tak biarkan Lin jap. Ni ladies talk la.” Fara dah buat muka pada Iqram.

Lama Iqram berdiri akhirnya dia berlalu dengan keluhan. Aku pun pelik dengan Iqram ni. Mungkin juga sudah menjadi darah keturunan keluarga mereka. Suka berkepit dengan pasangan. Itu mujur saja belum sah lagi, kalau sudah sah rasanya lebih teruk daripada Ilham.

Aku hanya mampu ketawa. Terlalu sukar hendak aku gambarkan indahnya aturan takdir hinggakan Fara yang agak cengeng dan nakal ini ditakdirkan untuk Iqram yang polos dan agak lurus itu. Indahnya takdir memang sukar hendak kita luahkan dengan kata-kata.

“Waa, menariknya kebetulan ni untuk awak berdua, ya?”
Aku menggeleng mendengarkan kata-kata Fariza. Bagiku ini bukanlah kebetulan yang menarik.

“Bukan kebetulan tapi satu takdir yang terindah buat kami,” ucapku tenang. Aku dan Fara saling berpandangan lama sebelum tawa kami pecah.

Sesungguhnya benar kata mak. Segala yang terjadi tidak pernah silap. Aturan takdir Allah adalah yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Hanya kita yang seringkali silap menilai dan membuat tafsiran hinggakan membawa hidup kita ke kancah derita yang pedih.

Dalam hati aku, tidak sudah berdoa agar kebahagiaan kami ini kekal selamanya dan jika terduga juga, aku bermohon agar Allah tetapkan hati aku dengan hatinya untuk kami sama-sama melewati dugaan itu dan terus melestarikan kebahagiaan.
*****
PULANG daripada menghantar keluarga ke KLIA lewat petang itu, azan Isyak sedang berkumandang di radio. Ilham terus saja memandu membelah MMR2 menuju ke Pandan Indah, rumah sewa lamaku. Rumah yang aku tinggalkan hampir berminggu-minggu. Masih banyak barang yang belum aku anggut. Hanya satu bagasi pakaian saja yang sudah berpindah tempat.
Melihatkan Ilham yang sudah sangap berkali-kali, rasa kasihan pula pada suamiku ini. Padahal sudah aku larang dia ke sini. Elok saja kami terus pulang ke rumah memandangkan majlis sebelahnya baru saja berlangsung dan terus berkejar-kejar ke KLIA untuk menghantar keluargaku.

Bila abah dan mama mencadangkan agar Izham dan Iqram saja ke sana, dia tidak setuju pula. Sukar hendak aku lentur sikap keras kepalanya itu. Suka menakluki. Andai dulu rasa rimas tapi kini, aku bahagia ditakluki cinta dan kasih sayangnya. Aku rela ditaklukinya seumur hidup ini.

“Kita balik jelah, bang. Fiah tengok abang tu menguap je dari tadi. Penat sangat tu. Lain kali pun boleh kita angkat barang ni,” pujukku sambil menggosok bahuku.

Ilham memandangku sekilas dan dia tersenyum tawar. Jelas di matanya tergambar kepenatan yang sedang menggigit tubuh.

“Ni nak baliklah ni. Rumah sayang rumah abang juga, kan?”

“Yalah, lepas tu nak balik PJ lagi? Kan penat tu. Dahlah baru je lepas majlis. Mandi pun belum.”
Dia senyum. “Siapa kata nak balik PJ? Abang tak cakap pun nak balik tidur sana malam ni. Lagipun, kat rumah sewa sayang tu mesti ada air, kan? Boleh je mandi,” ucapnya.

Aku mula memandang dia pelik. Pandangan yang penuh dengan amaran.

“Abang jangan cakap nak bermalam kat rumah sewa Fiah tu.”

“Kalau ya, apa salahnya, kan?” Dia jungkit kening.

“Memang tak salah. Tapi, abang tu nak pakai apa? Fiah ada lagi la baju dua tiga helai kat rumah tu, yang abang tu, macam mana?”

Kami memang tidak membawa apa-apa pakaian pun untuk bermalam di rumah sewaku itu. Entahkan bersih entahkan tidak selepas aku tinggalkan beberapa minggu. Makanan pula pastilah tiada langsung.

“Abang pakai jelah baju Fiah. Nak tidur je pun, kan…,” jawabnya tenang.

“Mana abang muat baju Fiah. Semua kecil-kecil je. Nak banding badan abang dengan Fiah ni ha, rasa kerdil je diri ni,” ujarku sambil menilik badanku dan badan dia.

“Ala, tak jadi hal pun. Tak pakai baju pun tak apa,” selanya selamba.

“Yalah abang tu. Tapi, makanan pun tak ada ni. Kalau ada pun maggi cawan je kot. Itu pun kalau tak expired lagi. Abang jangan cakap malam-malam abang lapar. Fiah hidang maggi je nanti.” Aku siap-siap memberi amaran.

Dia bukan boleh ku duga. Kadang-kadang jam 2 pagi dia kejutkan aku kerana dahaga. Pernah di kampung dulu, dia kejutkan aku jam 3 pagi. Ingatkan mahu mengajakku bertahajud, sebaliknya dia mengadu kelaparan. Tidak dapat tidak, terpaksa jua memasak untuknya.

“Malam ni abang nak makan Fiah je, boleh?” tanya dia dengan suara yang semakin lemah.
Aku tersedak air liur sendiri. Malas hendak bersoal jawab lagi sudahnya aku mendiamkan diri dan membiarkan saja dia membelok di susur bertingkat Pandan Indah.

Bila Ilham memberhentikan kereta, aku terus turun. Mujur sahaja kunci rumah itu sentiasa berada di dalam handbag. Kami sama-sama melangkah naik ke tingkat dua. Tubuh Ilham aku lihat sudah terhuyung hayang lalu aku paut pinggangnya, cuba menolong dia mengimbangi badannya yang tampak lesu.

“Kan Fiah dah cakap tadi, biar Iz hantar abang tak nak. Tengok ni ha, dah lembik Fiah tengok,” bebelku perlahan.

Tiba di depan pintu, aku terus memasukkan kuci ke dalam tombol dan bila pintu terbuka, ternyata rumah masih seperti mana aku tinggalkan dulu. Mungkin juga berhabuk sedikit tapi tidaklah seteruk mana.

“Rumah Fiah ni tak ada lif ke?” tanya dia sebaik saja dia duduk di sofa. Aku langsung rapatkan daun pintu.

“Lif apa, lima tingkat je. Maaflah Fiah mampu duduk rumah flat je. Ini pun sewa RM700. Share dengan Fara dulu, lega la sikit. Dekat dua bulan bayar sewa sorang, rasa terkepak juga kepala ni,” beritahuku. Ilham ketawa nipis.
Aku buka pintu bilik yang dulunya aku huni seorang diri. Katil itu masih kemas. Hanya dipenuhi sedikit habuk saja. Almari kecil itu aku buka dan aku capai sehelai tuala yang masih tertinggal.

“Memanglah, yang. Kos hidup dekat KL ni memanglah tinggi. Abang ni bersyukur sangat duduk dengan keluarga, kerja dengan keluarga. Tapi, rasanya abang nak buka company sendirila. Lagipun, IF Group tu bukan abang punya. Abang rasa Iz lagi layak kot nak ambil alih syarikat abah tu sebab selama ni dia yang banyak jaga. Dia juga yang kenal Fiah dulu, kan?”

Aku dengar saja suara Ilham yang perlahan dari dalam bilik. Sejujus kemudian aku keluar, aku melihat dia yang berbicara dengan mata yang tertutup rapat. Memang benar, aku kenali dia melalui Ilham secara tidak langsung sewaktu mesyuarat kami di pejabat Megah dulu. Satu persatu kenangan itu terbiasa di mindaku. Pelbagai peristiwa lucu yang berlaku dan yang paling terkesan ke hatiku adalah tentang ayah.
Bagaimana dia menyindirku kala itu bertanya nama ayah sedangkan aku tidak sudi menyebut nama arwah yang aku galas selama ini. Kerana dialah, aku kembali berpijak di bumi nyata dan membawa rasa benci terhadap arwah jauh daripada hati ini.

“Ikut suka abanglah nak macam mana pun. Tapi, yang Fiah nak sekarang ni, abang pergi mandi dulu. Kemudian solat, lepas tu boleh tidur,” arahku lembut.

Tuala itu aku letak di sisinya lalu aku kembali ke bilik. Beberapa pakaian yang masih berbaki, aku belek satu persatu. Mencari t-shirt yang sesuai untuknya. Hanya ada beberapa helai baju sahaja. Sudahnya aku tarik t-shirt berwarna biru laut itu. Rasanya itulah yang paling besar yang aku ada. Jika aku pakai, t-shirt itu hampir ke peha. Lengan pula cecah ke lengan.

“Yang…” seru Ilham.

Aku panggung kepala dan dia sedang berdiri tepat di muka pintu. Wajah itu keruh. Langsung tiada keceriaan.

“La, kenapa tak mandi lagi. Bilik air hujung sana tu. Kena tolak pintu belakang tu. Sabun mandi semua ada lagi. Pergilah cepat. Muka dah dah lain macam Fiah tengok. Nanti boleh tidur terus.”

Dia diam saja memerhatikan aku mencari seluar untuknya. Langsung tidak berganjak bila aku menyuruh. Aku bangkit mendekati dia bila aku capai seluar track-suit untuknya.

“Abang penatlah, yang,” adunya manja. Wajah itu sememeh. Wajah mohon simpati.

“Ya, Fiah tahu abang penat. Semalam ada doa selamat, siang tadi kenduri lagi, melayan tetamu yang ramai, lepas tu hantar keluarga Fiah balik. Tapi, sekarang ni abang kena mandi juga dulu. Nanti tak boleh tidur, tak selesa nanti. Sembahyang pun belum,” ucapku lembut.

Dia masih begitu. Berdiri menempek ke bingkai pintu dengan mata yang terpejam. Agaknya suamiku ini tidur dalam berdiri tak? Tanya hatiku sendiri bila dia tidak memberi tindak balas.

“Abang..” Aku cuit bahunya. Masih tidak tindak balas.

Bila aku tarik lengannya, kepala itu terus saja terkulai dibahuku. Mujur saja aku sempat mengawal kedudukan badan, andai tidak pastinya kami sama-sama jatuh tersembam ke lantai.

“Abang ni buat-buat tidur, ya?” tanyaku bila dia tidak menjatuhkan seluruh keberatan tubuhnya ke atas bahuku.

“Kalau abang tidur, mampu ke Fiah sambut badan abang?” tanya dia berbisik di telingaku. Aku senyum. Mata pejam, tapi mulut bercakap.

Pinggang dia aku raih lalu aku pimpin dia menuju ke katil. Perlahan-lahan aku tolak tubuh sasa itu dan dia terus rebah bagaikan orang yang sudah tiada bertenaga langsung.

“Abang, ni buat-buat tidur ke, dah tidur sungguh ni?” tanyaku pada dia yang sudah terlentang di atas katil. Sudahlah katil ni masih belum dikebas-kebas lagi. Berhabuk!

“Ni abang buat-buat tidur tapi abang memang nak tidur dah ni,” jawabnya. Aku senyum.

“Mandilah dulu. Fiah dah keluarkan baju ni ha.” Aku tarik tangannya tapi apalah daya kudrat wanitaku hendak menarik tubuh kasar itu.

“Tak payahlah tarik. Fiah tak ada nak laratnya. Karang bukan Fiah tarik abang, tapi abang tarik Fiah nanti, jadi benda lain pulak,” ugutnya dengan mata yang masih terpejam rapat membuatkan aku terus melepaskan tanganku dari terus menarik lengan dia.

“Orang suruh mandi je. Solat pun belum, kan?”

“Sayang pergilah mandi dulu. Nanti dah mandi kejutkan abang,” ucapnya padaku lalu dia tarik bantal dan menutup wajahnya.

Lama juga aku perhatikan dia yang sedang mengereng ke kiri dan ke kanan. Rasanya sudah lena tu. Memang tak mandilah jawabnya laki aku ni.

“Itulah, mama kata tak payah hantar, bagi Iz je hantar, dia degil. Sekarang ni dah jadi macam ni. Nak bangkit pun tak larat,” bebelku perlahan.

“Haa, mengata suami sendiri la tu...” sergah Ilham.

Erk, aku tersedak. Cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik untuk menuju ke bilik air. Ingatkan dah lena, rupanya masih memasang telinga. Aku gelak sendiri sebelum aku rapatkan pintu bilik air.

Selesai mandi, aku masuk ke bilik dengan hanya berkemban. Aku lihat Ilham sedang mengerekot di atas katil. Aku tarik bantal yang menutupi wajahnya dan helaan nafasnya halus saja menyapa telingaku.

Setelah lengkap berpakaian, aku terus menghampar sejadah dan menyarung telekung ke tubuh. Tanggungjawab wajibku yang ke lima untuk hari ini pada Yang Esa masih belum tertunai.

Usai mengaminkan doa, aku lihat Ilham masih lagi lena. Malah sudah kedengaran dengkuran halusnya. Fakta perubatan mengatakan, dengkuran ini hanya akan terjadi jika saluran pernafasan tidak berada elok dan sudah pastinya juga kerana badan yang keletihan.

Aku bangkit dan membuka telekung. Katil itu aku hampiri sebelum tubuh Ilham aku sentuh perlahan.

“Abang, bangun mandi,” kejutku perlahan. Hujung kakinya aku sentuh lembut.

“Abang…,” seruku lagi dan masih tiada sahutan.

Risau juga melihatkan dia yang benar-benar keletihan tapi lagi merisaukan jika dia tidak menunaikan tanggungjawabnya pada Tuhan. Isyaknya masih belum tertunai.

Jenuh juga aku goncang tubuh itu, tapi dia tetap membatu. Sudahnya, aku capai pakaian yang aku sediakan untuknya. Tubuh yang masih dibaluti baju melayu itu, aku sentuh perlahan. Butang bajunya aku buka satu persatu. Tatkala aku menyelak bajunya itu untuk dibuka, terserlah dada bidangnya.

Dia sekadar merelakan perbuatanku itu. Baru saja hendak aku sarungkan pakaian bersih ke tubuhnya, dia terlebih dahulu menarikku rebah di dalam rangkulannya.

“Teman abang tidur sejam. Nanti kejut semula,” gumamnya.
Sedar rupanya. Bisik hati ini. Tapi, tidak mahu menbantah kehendaknya, aku membalas pelukan. Benar rasa melekit tapi, kerana dia suami, aku relakan segalanya.
*****
KEBINGITAN muzik pada telefon bimbitku, membuatkan aku tersedar dari lena. Entah bagaimana aku jua turut sama terlena di dalam pelukan Ilham. Tatkala aku buka mata, kepala Ilham terletak selesa di atas dadaku. Perlahan-lahan aku tolak kepala itu dan aku gantikan dengan bantal. Aku bangkit dan terus saja mencari telefon bimbit di dalam beg tangan.

Izham? Wajahku berkerut seribu. Kenapa pula Izham nak telefon aku malam-malam ni? Bukankah aku bersama dengan Ilham? Jam di dinding aku lihat. Sudah hampir ke angka 11 malam. Sudahnya aku menjawab jua.

“Ya, Iz,” jawabku selepas mendengarkan suara risau Izham di hujung talian.

“Fiah kat mana?” tanya dia.

“Fiah kat rumah sewa. Dengan Abang Am. Kenapa?”

“Ya ke? Kenapa tak balik PJ?”

“Abang Am penat nak bawa kereta. Tadi ingat singgah nak ambil barang, tapi dia dah tak larat nak memandu balik PJ. Mama tanya ke?” soalku kembali.

Risau juga andai mama dan abah bimbangkan kami. Salah aku juga kerana tidak langsung memberitahu mama yang kami akan bermalam di rumah sewaku. Sudahnya, Izham telah menelefon bertanya khabar.

“Err, a’ah. Mama tanya. Tak apalah, Fiah. Nanti Iz cakap dekat mama.” Klik! Talian terus mati.
Aku pandang telefon bimbitku lama. Ada rasa curiga mengetuk hati. Pelik juga kenapa dia tidak menelefon telefon abangnya? Kenapa mesti nombor aku juga yang dia dail?

Aku toleh ke belakang bila terasa Ilham sudah mencelikkan mata, tapi rupanya tidak. Dia masih lena. Aku terus menekan nombor telefon mama. Rasanya lebih elok andai aku sendiri memberitahu tentang ini.
Selepas deringan ketiga, aku dengar suara mama di hujung talian. Dia ceria saja seperti biasa. Langsung tiada riak gusar.

“Mama, ni Fiah,” ujarku memperkenal diri.
Mama gelak. “Mama tahu, ni menantu mama. Kenapa telefon? Am tak suka ke tidur rumah sewa tu?”

Pertanyaan mama membuatkan aku terlopong sendiri. Dari apa yang mama katakan, ternyata mama sudah mengetahui semua ini.

“Errr, Fiah ingat mama belum tahu kami bermalam dekat rumah sewa Fiah.”

“Mama dah tahu. Am dah bagi tahu mama petang tadi. Dia kata nak sambil-sambil nak angkut barang Fiah kat sana. Mama ingat Fiah telefon ni, kot-kot la Am buli Fiah.” Mama gelak lagi dan aku juga dapat menangkap suara abah juga.

“Cakap kat Am tu, nak honeymoon, bawalah ke tempat jauh sikit, ni rumah sewa tu je,” laung abah kuat. Dia ketawa, dan mama juga. Hanya aku yang terkedu sendiri.

“Err, tak apalah, ma. Abang Am dah tidur pun. Fiah nak kemas barang dulu la,” ujarku memberi alasan.
Talian aku matikan dengan seribu satu pertanyaan. Lama aku pandang Nokia C3 itu. Apakah yang sedang terjadi kepada Izham? Aku ingin tahu tapi bila aku bertanyakan pada dia, dia hanya senyum dan sesekali menjawab dengan jawapan yang sukar aku fahami.

“Siapa, yang?” tanya Ilham tiba-tiba.
Bila aku pusing, dia sudah bangkit duduk di birai kati. Terkejut juga aku disergah demikian.

“Abang ni, terkejut Fiah. Bangkit senyap-senyap je.” Aku urut dadaku. Dia aku lihat meramas rambutnya yang agak panjang itu. Wajah itu masih nampak keruh dan kusam ditelan kepenatan.

“Siapa?” tanya dia lagi dan kali ini sedikit mendesak.

“Mama. Fiah ingatkan abang tak bagi tahu mama lagi yang kita tidur kat sini,” jawabku tenang.

Dia aku rapati dan aku tarik tangannya memaksa dia berdiri. Ilham menurut kehendakku tapi renungannya nampak sedikit tawar. Rasa lain macam pula bila renungannya bersahaja, tiada lagi nakalnya lirikan. Sudah pastilah dia kepenatan. Tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan, aku simpul jawapan sendiri.

Tubuh itu aku tarik menuju ke bilik air. Selepas dia masuk untuk mandi, aku kembali semula ke bilik. Katil yang sedikit berhabuk itu aku kebas sedikit. Kemudian, aku belek buku yang menjadi kegemaranku. La Tahzan! Selepas 10 minit, Ilham keluar dengan badan yang masih basah. Seperti biasa juga, rambut itu masih mempunyai titisan air.

Buku itu aku tutup dan aku letak di atas katil. Tuala kepunyaanku tadi, aku capai dan aku dekati dia mahu dilap rambutnya itu seperti biasa. Belum sempat aku menghampirinya, Ilham terlebih dahulu menahan.

“Abang ada wudhuk,” beritahunya mendatar.

Rasa terkilan juga dengan tindakannya dan wajah yang masam itu, tapi memang begitulah andai berwudhuk. Aku senyum saja dan membiarkan dia mengelap kepalanya sendiri.

Ilham terus menyarungkan t-shirt dan seluar trek kepunyaanku. Rasa lucu pula bila pakaian itu agak senteng di tubuhnya. Dia terus berada di atas sejadah yang aku bentangkan dan aku kembali menyandarkan kepala pada katil dan membelek buku La Tahzan sekali lagi.

Selepas Ilham mengaminkan doa, aku tutup buku itu sekali lagi. Dia perlahan-lahan naik ke katil dan terus merebahkan badannya di sebelahku. Lengannya diletakkan ke dahi. Wajah itu kusam saja.

“Abang penat, ya?” tanyaku sambil merebahkan kepalaku ke dadanya. Mendengar degupan jantung yang berdetak hebat. Aku senyum.

“Emmm,” jawab Ilham ringkas. Aku angkat wajah.

“Fiah rindu abang,” ucapku lembut. Sengaja menggodanya agar bibir itu mekar sedikit dengan senyuman. Tapi, sayang bila dia tetap begitu. Hati ini dihinggap rasa terkilan lagi.

Renungan mataku hanya dibalas dengan dengusan yang agak kasar. Aku terima andai benar dia kepenatan, tapi aku tidak suka jika dia menolakku dengan cara begini. Bukankah selama ini aku tidak pernah sekali pun menolak dia dengan cara yang memedihkan.

“Abang penat. Nak tidur. Tutup lampu,” ucapnya lalu dia tolak tubuhku dari dadanya dan terus dia palingkan wajahnya membelakangiku.

Aku terkedu. Benar-benar terasa hati dengan layanannya kali ini. Sedaya upaya aku pujuk hati agar tidak berfikir yang bukan-bukan. Mungkin dia penat sebab itu dia begitu. Pujukku pada diri sendiri. Sudahnya aku bangun jua mencari suis lampu.

Bila lampu padam, aku kembali merebahkan tubuh di sebelahnya. Sengaja aku rapatkan tubuhku ke belakangnya agar dia merasai kemesraan yang aku ingin berikan untukku tapi kelopak mataku terasa berat bila Ilham menolak tanganku yang melingkari pinggangnya.

~~~> bersambung

16 comments:

  1. la..jgn ilham dpt agk yg iz tu suka fiah x..

    ReplyDelete
  2. adoyaiii ilham ni..dia wat lagi prangai cemburu tuh...nak kena cepuk kat pala ni bagi betul sket urat2 cemburu yg terpeleot tuh..sabor jek la wafi ooiiii..dah peel laki hang gituh...

    ReplyDelete
  3. ala, ilham ni asyik2 nak bt perangai je.
    ksian fiah, slalu sgt org slh fhm ka dia.

    ReplyDelete
  4. Aduh!...agaknya Ilham terdengar Wafiah bercakap dengan Izham....cemburulah tu....

    ReplyDelete
  5. ala bkpe plok ni dgn am...ni msti dye dgr iz col fiah...aduh2 konflik dh dtg...hehe

    ReplyDelete
  6. hai ,,jgn le timbul masalah pula...krg ilham ingat wafiah ada pe2 ngn iz pula...x mau le jadi pe2 kt ilham n wafi......izham ni pun.....sian kt dia org nanti......jgn cemburu buta lg ilham.....x mao le ilham n wafiah berpisah lg.....

    ReplyDelete
  7. makin menarik....xsbr nk tnggu n3 baru..:)

    ReplyDelete
  8. Ilham tahu Iz yang calll Fiah...
    Cuba Fiah cakap ja dengan Ilham... jangan buat orang tertanya-tanya...
    susah kalau cemburu ni...

    ReplyDelete
  9. Pindah dr ofis & rumah, kene jauhkan diri dr Iz, dia tu psycho lah

    ReplyDelete
  10. iz punya pasal smua ni...x suke dngn iz

    ReplyDelete
  11. eee..geram sungguh dgn am ni,cemburu tak bertempat,lepas tu makan hati.cubalah luahkan apa terpendam kat hati tu,barulah fiah faham...kesian kat fiah.

    ReplyDelete
  12. alahai..asyik nak tersentap aja kerja mamat poyo ni..kalah perempuan datang bulan!!!! ish..ish..sungguh akak tak faham.. Fiah pun satu hal..cakap aja lah yang Izham call dulu dan lepas tu dia call mama utk bagitahu ..mereka ada dirumah sewa.. ini tak didiamkan saja.. mana tak mamat tu angin satu badan..dah tau mamat tu jenis panas baran/cemburu buta..tahap megabyte..
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  13. eh... ni mesti jeles lg... adoiii... cam nk mintak kene cepuk jew ih=lham ni... kang fiah lari bebtul baru taw... haishhh... geram plaks..

    ReplyDelete
  14. Kenapa Ilham ni?? kesian Fiah... huhuhu..

    ReplyDelete
  15. kan dah cakap ilham tu tdo2 dia pun mesti dgr jer klu berkaitan dgn wafiah.dia dgrla tu izham tel. izham tu pun satu dah jd kakak ipar pun still lg x blh lps last2 wafiah jg yg merana. bak kata cik penulis cinta yng ingin memiliki bukan cinta yg sebetulnya cinta. klu dia cintakan wafiah tentu dia rela lepaskan wafiah hidup bahagia.

    -hanim-

    ReplyDelete