Monday, April 01, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 12

BAB 12 

(a.k.a Sekali Kujanji Padamu)

PINTU lif ternganga lebar di tingkat tujuh.   Aku masih kaku mengenangkan muncung pistol yang masih menekan bahagian pinggang dan lilitan lengan sasa itu pada leher aku.  Sesekali aku menjeling ke belakang tapi wajah itu bertutup separuh.  Namun, matanya bagaikan pernah aku lihat sebelum ini.

Dalam hati sungguh aku merisaukan Nine.  Sepenuh hati aku berdoa semoga dia tidak naik waktu ini.  Andai ada yang perlu menjadi tebusan, biarlah aku kerana dia masih belum sembuh dan ternyata pergerakan kami diekori biarpun aku begitu berhati-hati.  Betapa cuainya aku sebagai seorang anggota keselamatan yang terlatih. 
“Nine tak ada kat sini.  Kau tak akan dapat cari dia!”  ucapku berani.  Tak mahu tewas seperti biasa. 
 “Macam aku cakap tadi, aku tak perlukan Nine buat masa sekarang sebab aku dah dapat nyawa dia jadi jasad Nine akan sendirinya datang pada aku!”  Dia menjawab megah.
Suara lelaki bertopeng itu ketawa halus dekat di peluput telingaku.  Aku ketap bibir.  Memejamkan mata serapatnya bila dia mengucup hangat cuping telinga.  Kucupan yang penuh ghairah dan keinginan. 
“Kau jangan kurang ajar!”  marah aku perlahan.  Mengepal penumbuk kemas. 
“Aku dah cukup ajar tapi melihatkan kau memang aku jadi tak cukup ajar.  Wajah kau ni memang mampu membuatkan aku tak mampu duduk diam.  Tapi, kenapa Nine?  Kenapa musuh aku?  Kenapa dia?” 
Soalannya membawa kerutan dalam kelapa aku.  Berputar ligat otak bekerja cuba mencari makna soalannya itu.
“Kenapa dia?”  tanyaku kembali. 
“Ya, kenapa mesti dia dan selalunya?  Kenapa kau pilih dia?” 
“Ini bukan soal memilih tapi soal amanah.  Dia amanah aku.  Agaknya kau yang lepaskan tembakan pada dia tempoh hari, kan?  Dan hari ni kau datang untuk lenyapkan dia dari dalam dunia ni, kan?”  telahku.
Dia ketawa lagi.  Pinggang aku dipaut semakin kejap.  Semakin rapat.  Pelukan yang amat kemas tanpa ada ruang untuk aku bergerak bila sebelah tangan sudah terkunci. 
“Kalau aku kata aku?”  duga dia.
Kali ini, giliran aku pula meledakkan tawa.  Ketawa yang sinis hingga dia mendengus kasar di peluput telingaku.
“Kalau betul kau, jangan berasa kesal kalau kau meringkuk dalam penjara tak lama lagi!” 
Suasana sepi.  Dia tidak berkata apa melainkan hanya mengemaskan pelukan bila aku meronta.
“Syhh… kau risaukan Nine lebih baik kau duduk diam, perempuan!”  ugut dia keras di telingaku.
Kala itu, pintu lif sudah ternganga lebar di tingkat tujuh.  Aku didorong keluar kasar.  Pergelangan tangan sudah merasa perit.  Bila aku menolak, sesekali rentapannya pada rambut aku memeritkan kulit kepala.  Bila aku cuba berpaling, dia suakan muncung pistol automatic itu tepat di tepi kepalaku.
“Kalau kau mati kat sini, tiada guna sebab aku nak Nine dan kalau kau mati Nine pun akan mati sama jadi tak ada makna bila aku culik kau ni,” katanya lagi. 
Pintu kecemasan dibuka.  Suasana hening dan sepi.  Hanya tapak kasut aku dan dia memecahkan sepi.  Menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa. 
Bila kami sedang menuruni anak tangga untuk ke tingkat lima, tangan lelaki itu yang memaut lenganku kemas berjaya aku rentap dan satu tumbukan aku cuba daratkan pada perutnya tapi dia lebih tangkas menahan.  Namun, kaki masih berfungsi dengan baik lantas aku tendang perutnya sekuat hati.
“Argh… celaka kau perempuan!” 
Dia mengaduh kesakitan dan terdorong ke belakang beberapa tapak dan hampir terlentang ke belakang tapi pantas dia acukan pistol itu sekali lagi tanpa sempat aku sepak menjauh, aku tewas lagi. 
Tangan aku sekali lagi direntap kasar.  Dikilas ke belakang dan tanpa diberi peluang lagi hendak aku lawan kudrat lelaki itu, kedua-dua belah tangan aku digari.  Mengunci segala langkah.
Nafas kami sama-sama lelah.  Peluh kecil merenik di dahi.  Dia juga.  Matanya menyinar tajam.  Dia menapak perlahan.  Tak disangka, penampar daripada tangan kasar itu hingga pada pipi kiriku.  Terkalih ke kanan dan bibir mula terasa pedih.  Terasa ada cecair yang mengalir tapi mata aku tak lepas merenung dia.  Cuba mengingati kembali pemilik sepasang mata itu.
“Berani kau, kan?  Berani, kan?”  gumam dia dekat dengan wajah aku.
“Aku lebih berani daripada apa yang kau sangka!” 
Matanya nampak tersenyum.  “Kalau kau melawan lagi, aku pastikan kau hanya jaga mayat Nine malam ni.  Tengok!” 
Ditariknya rambut aku kasar dan didekatkan dengan cermin di tangga kecemasan.  Aku lihat Nine sedang ada di luar bangunan dan ada sebuah kereta daripada jauh sedang mengacukan laras senapang penempak hendap ke arah Nine membuatkan lutut aku hampir kehilangan tenaga hendak menampung tubuh sendiri.
“Nine…”  Sepatah nama itu aku seru sebelum kembali memandang mata merah itu.
“Jangan apa-apakan dia… kalau tak kau akan kesal!”  Aku memberi amaran keras biarpun dia lebih berkuasa buat masa ini terhadap aku.
“Jangan bagi aku arahan sebab aku yang akan bagi kau arahan!”  bisik dia dan terus menarik tangan aku menuruni anak tangga kecemasan yang ternyata lengang. 
Kami akhirnya tiba di pintu belakang hotel.  Biarpun ada dua hingga tiga orang pekerja yang memandang kami, mereka hanya tersenyum bila mana lelaki ini memeluk pinggangku dan berjalan beriringan bagaikan pasangan sejoli. 
Topinya direndahkan.  Bila kami melalui lobby, langkah dipercepatkan.  Saat kami mahu menapak ke arah sebuah Nissan Elgrand hitam pekat itu, Nine menapak hendak memasuki pintu hotel tapi langkah pegun bila terlihat akan kelibat aku yang kaku. 
Mata aku dan Nine bertatapan.  Aku berbicara.  Bicara bisu tapi Nine bagaikan tidak mengerti.  Renungannya nampak pudar.  Wajahnya berkerut seribu.
“Err… you nak pergi mana, Naina?”  tanya Nine pelik.
“Err… I… I…”
“Cakap kau nak ikut pakwe kau.  Biar dia sendiri,” suruh lelaki ini. 
“Err… I dengan teman lelaki I… you boleh tidur sendiri, kan?”  tanyaku dan sungguh, riak wajah Nine berubah langsung hingga telefon bimbitnya jatuh ke kaki.
Aku terluka.  Hati aku tersayat melihatkan bibirnya yang bergetar tapi tidak lama bila dia berpaling pada kenderaan tadi dan kemudian pada kami semula.  Langkahnya maju.  Lelaki ini mengangkat wajah dan aku perasan dia mengenyitkan mata pada Nine.
“Apa ni?”  Nine menyoal lebih pada diri sendiri. 
“Kau pilih, nyawa Nine atau ikut aku?”  soal lelaki ini berbisik.
“I ikut dia, Nine…,” beritahuku pada Nine.
Langkahnya tak pegun malah semakin laju mendekati kami.  Matanya tak lepas memandang raut aku. 
“Kau siapa?”  soal Nine pada lelaki ini biarpun matanya masih terpanah tepat pada wajahku.
Aku nampak Nine menggenggam penumbuk dan bila dia sudah terlalu hampir, aku membawa tubuhku berada di depan lelaki ini.  Terasa payah dengan tangan yang bergari di belakang.  Tersorok dengan sehelai pakaian.
“You tidur sini, Nine… nanti I call Amar minta dia datang temankan you.  I betul-betul kena pergi.  Nanti I call you,” ucapku pada Nine dan menjelingkan mata sedikit pada lelaki di belakang aku.
“Tapi, Naina… I…”  Nine pada mulanya mengerutkan dahi tapi tak lama bila dia mengangguk.  Tanda mengerti akan apa yang aku mahu sampaikan atau sekarang anggukan semata-mata.  Dia menepi dan aku terus menapak laju menuju ke arah MPV yang sedang menanti.
Pintu kereta ditutup rapat.  Nine hanya memandang dari jauh dan kereta terus meluncur laju meninggalkan dia di belakang dan aku sendiri berada di antara empat orang lelaki yang bertopeng. 
“You memang cantik, Naina… sangat cantik.  Sia-sia you jadi bodyguard Nine… dia ramai musuh,” ucap lelaki tadi yang ada di bahagian depan.
“Sia-sia atau tak, aku sanggup pertaruhkan nyawa aku untuk dia!”  bentak aku tak mampu lagi menahan geram. 
Serentak itu kaki aku naik menendang belakang kerusi lelaki tadi hinggakan orang suruhannya yang ada di sisi aku melepaskan penampar padu tepat pada pipi aku.  Kali kedua menerima tamparan daripada kudrat lelaki, menipu andai aku katakan aku tak hampir pitam. 
“Jangan berani cederakan bos kami!”  marah lelaki di sebelah aku ini. 
Aku renung rautnya tajam.  Bibir yang kian pedih dan perit langsung tak memberi kesakitan lagi kerana hati aku lebih sakit saat dia mengugut aku dengan nama Nine. 
“Kau boleh bunuh aku tapi aku akan pastikan Nine akan selamat!”  jerkah aku lagi.  Berani. 
Mereka bertiga ketawa.  Tawa yang memenuhi ruang kereta.  Lelaki yang mengheret aku tadi berpaling.  Topeng masih belum dibuka tapi semakin terasa akan suaranya yang berdengung tadi.  Bagai kukenali suara itu.
“Kalau macam tu mudah… sekarang bunuh Nine memang payah.  Tapi, kalau kami bunuh kau, Nine juga akan mati sama!”  ujar dia.
“Kalau macam tu, kau bunuh jelah aku!  Tak ada guna kau culik aku sebab Nine mesti dikawal ketat sekarang.  Esok, pasti orang akan tahu aku diculik bila tak dapat dikesan!”  Sengaja aku cuba membangkitkan rasa takut dalam diri mereka tapi sayang, bila mereka ketawa lagi.
Wow… no wonder Nine macam tu sekarang.  It really worth it to have you by his side.  Nine sangat bertuah.  Tak pernah tak bertuah,” ucap dia sambil  menggeleng kecil dan bunyi berdecit sedikit. 
Daripada cara dia menyebut nama Nine, aku yakin dia terlalu memusuhi Nine tapi mengapa Nine sampai ke sudah tak menjawab bila aku bertanya tentang musuh yang dia ada?  Hari ini jelas… bukan saja musuh pada Tuan Benjamin dan Naim tapi pada dia sendiri.  Musuh yang hendak meragut nyawanya bila-bila masa saja.
“Bai, kau pergi belakang.  Aku duduk sebelah cik adik manis ni,” arah lelaki tadi pada orang suruhannya.
“Baik, bos…”  Yang di sebelah aku bangkit membongkok dan berlalu pada tempat duduk yang paling belakang.  Diganti pula dengan jantan keparat ini. 
Your lips is bleeding.”  Daguku dipaut. 
Dia menilik wajah aku kiri dan kanan sebelum memakai cermin mata hitam dan menarik penutup mulutnya jatuh ke bawah.  Menayangkan gigi yang putih bersih yang tersusun rapi. 
Bila aku cuba menarik kepala aku ke belakang, menjauh daripada wajah dia… dia lebih kuat menarik belakang kepala aku dan terus merapatkan wajahnya dengan wajah aku.  Merasai nafas kami yang sama-sama bersatu menjadi satu.
“Kenapa kau nak bunuh Nine?”  tanyaku dengan bibir yang bergetar melihatkan bibir dia yang sedikit merekah dengan senyuman.
“Kau rasa kenapa?”
“Kalau aku tahu, tak adalah aku tanya kau bodoh!”  Sungguh aku tak mampu menahan geram lagi dan bila lelaki belakang menujah kepala aku, dia ditumbuk ketuanya.
“Hoi… kau jangan buat kasar dengan dia.  Aku je boleh sentuh dia!” 
Tertunduk si anak buah bila dijerkah begitu.  Tangannya pantas meraup rambut aku yang sudah kusut masai.
Sorry, sayang… I tak ajar anak buah I dengan baik.  Sini, I lap darah tepi bibir you ni,” pujuk dia cuba berlembut.
Ditarik lagi kepala aku tapi aku tetap mengeraskan diri hingga dia memaksa keras.  Wajah kami semakin rapat dan terus mendekat.  Nafas dia kian hangat dan saat bibirnya menyentuh hujung bibir aku yang berdarah, menjilat kesan darah yang ada, telefon menjerit nyaring. 
Lelaki di belakang yang dipanggil Bai menjawab sepatah sebelum dihulurkan pada ketuanya dan nama yang diseru itu membuatkan aku hampir jatuh rahang.
“Neo ada tuan.”  Telefon tersebut bertukar tangan.
“Kau…”  Suara aku mati bila dia menekup mulut aku. 
“Ya… belum.  Mungkin nanti.  Ya… ya.  Dah dapatkan perempuan yang dia suka ni,” ujar Neo mengerling pada aku. 
Talian dimatikan.  Telefon bimbit dicampak ke belakang.  Dia sengih. 
“Kenapa?  Terkejut dengar nama aku?  Neo?  Ya, aku Neo.  Musuh Nine.  Penjenayah yang dikehendaki atas kes bunuh dan penyeludupan senjata?”  tanya dia tenang.
Mata kami bersabung tapi tak mampu aku lihat mata di sebalik kaca mata hitam itu.  Muncung topi juga sedikit sebanyak telah menutup wajahnya .
“Aku tak terkejut… Cuma aku tak sangka kau datang sendiri serah diri pada kami dan jangan ingat kau boleh lepas sewenangnya lepas masuk ke Negara ni.  Kau tak akan mudah lepaskan diri kali ni!”  tekan aku yakin. 
Neo ketawa.  Ketawa yang pada mulanya perlahan bertukar kuat. 
“Nine dah pernah cium kau ke?”  tanya dia sinis. 
Aku terdiam.  Peristiwa aku memberi bantuan pernafasan pada Nine tempoh hari terbayang di minda.  Nine juga pernah mengusik, aku telah mencium dia tapi keadaan darurat.  Hari ini bila aku daipada mulut Neo yang Nine menyukai aku, jantung ini tak reti duduk diam lagi.  Resah.  Bimbang akan keselamatan dia. 
“Pernah, kan?  Tak apalah aku jadi yang kedua pun… janji aku dapat rasa darah kau manis…,” sambung dia dengan senyuman yang tersungging pada hujung bibir.
“Kenapa kau nak bunuh Nine?”  tanyaku tanpa mempedulikan kata-katanya yang jelas mahu cuba menoreh hati aku.
“Kenapa, ya?  Sebab dendam… mungkin.  Atau juga atas arahan.”
“Arahan siapa?” 
Neo segera berpaling pada aku.  “Arahan hati sendiri sebab aku memang nak Nine mampus!” 
“Dan kau tak akan berjaya hanya dengan mengumpan aku,” bisik aku pula bersama sengihan biasa yang aku pamerkan pada lelaki.  Tambahan pula lelaki sejijik Neo. 
“Kita tunggu dan lihat…”  Telefon diminta daripada Bai. 
Bila telefon bertukar tangan, talian bersambung dan pembesar suara dibuka, aku dengar suara seorang lelaki menyapa. 
“Hello… siapa ni?  Naina?  You ke?” 
Aku ketap bibir.  Airmata hampir mengalir.  Nine. 
“Hello?  You okey ke Naina?  Cakap dekat I you kat mana?  Kenapa you tinggalkan handphone you?”  tanya Nine tak henti-henti.
“Bai…,” bisik Neo dan muncung pistol sekali lagi singgah tepat di belakang kepala aku. 
“Hello, Nine… jumpa lagi kita,” tegur Neo tenang.
“Kau… Na… tak… Neo?”  suara Nine gugup.
Neo ketawa.  “Bodohnya kau sekarang, Nine.  Sebab jatuh cinta, dalam mata nampak Naina je sampaikan mata dah tak tajam macam dulu.  Sekali pandang dah tahu jahat ke baik.  Ini pandang lama pun kau tetap tak kenal siapa aku tadi, kan?” 
“Bangsat kau, Neo.  Kenapa kau culik dia, hah?  Dia tak ada kaitan dalam permusuhan kita!”  bentak Nine di hujung talian.
Aku tahan hati.  Nine sampai ke sudah menyembunyikan hakikat bila aku menyoal siasat dia tapi sudahnya ini natijah yang harus kami tanggung. 
“Ada, Nine… ada.  Sebab kau suka dia dan dia bagaikan nyawa kau sekarang, dia memang target utama.”
“Sial kau, Neo.  Jangan biar aku kesan biar satu kesan calar pun pada tubuh dia.  Kalau tak…” Nine mengugut tapi Neo pantas menyambung.
“Dia dengan aku sekarang and guess what?  Darah dia manis.  Nak-nak darah tepi bibir dia yang luka ni, memang sangat manis, Nine.  Kau dah pernah rasa?”  Neo ketawa kuat.
Nine merengus panjang.  “Bangsat kau, Neo.  Aku cari kau sampai lubang cacing.  Lari Neo, lari… jangan sampai aku dapatkan kau… kau akan kesal lahir ke dunia ni!”  ujar Nine lebih keras tapi ketawa Neo masih tak mati.
“Tempat biasa, Nine… tempat biasa.  If you want her, come and claim her.  Alone, Nine.  Alone.  Aku nak lihat sehebat mana lelaki injurt macam kau ni bertarung,” ucap Neo pula.
“Nine, jangan… dia nak perangkap awak je. Jangan datang.  He will kill me in either way.  Jangan percayakan dia, Nine dan jangan risaukan saya!”  jerit aku kuat.
Sekali lagi hulu pistol singgah ke dahi membuatkan mata aku terkebil-kebil menahan pedih bila aku rasakan ada cecair lain yang mengalir hangat sebelum mata aku terpejam rapat, tak sedarkan diri lagi.
Apa yang sempat menyapa telinga hanyalah jeritan Nine di hujung talian sebelum digantikan dengan ketawa Neo yang berdekah-dekah.  

~~> bersambung

28 comments:

  1. huwaaaaaaaaaa,,,,,neo jahat,,,,,x pe,,,nine msti bleyh selamatkan naina,,,hero kan,,,,,,

    ReplyDelete
  2. hieyerrr!!!... saspennyer... msh tak dpt teka lah, siapa neo ni...

    ReplyDelete
  3. Ishhh.. Ni dah masuk bab brutal!! Sian kat Naina. Nine.. cepat carik Naina!!

    ReplyDelete
  4. mesti naim n neo orang yang samakan? hahah/... dah tahu... td nine mcm nak naim.. tp neo...

    ReplyDelete
  5. what??? oih...makin mencabar ni..ape sbnrnye dendam neo n nine...n sape nine sbnrnye?

    ReplyDelete
  6. rehan..neo ni naim kan...waduh..cepat2 semput nafas dah niii

    ReplyDelete
  7. scary nyer...sian kat Naina..

    ReplyDelete
  8. Sape neo ni?mmg kalangan yg dikenali kan..

    ReplyDelete
  9. ala..besnyer...nk ag...xsbr dh ni..hhhe

    ReplyDelete
  10. ala..besnyer...nk ag...xsbr dh ni..hhhe

    ReplyDelete
  11. sunnguh tak sabar ni... kesian naina....

    tahniah RM.. suka sangat jalan citer ni

    ReplyDelete
  12. waahh best suka watak jahat ni..

    ReplyDelete
  13. siapakah sebenarnya Neo ni ek..adakah lelaki bermotosikal yg naina temui..sebelum ini...dan adakah nine mmg dah jatuh hati pada minah poyo ni..bagaimakah akan dia jejaki gadis ini..adakah dia akan memberhayakan dirinnya kerana seorg gadis..

    ReplyDelete
  14. Salam, adakah Neo tu ikut arahan Naim, sbb Naim mahukan Naina sblm ni? Naim tahu Naina buat CPR utk Nine, huhu suspennya.

    ReplyDelete
  15. woahh, suspen ! nak lagi kak rehann.cepat2laa sambung :)nasib baik neo bukan nine,ingat org same..teruskan kak rm! :D

    ReplyDelete
  16. seram-sejuk baca...cepat smbng!

    ReplyDelete
  17. arghhhhhhh... suspen tul lah....

    ReplyDelete
  18. waahhhh.... Neo pasti suruhan Naim

    cepat sambung kak RM :D

    ReplyDelete
  19. rasa2 neo ni most probably naim ker... just my hunch.. tp cian kat naina.. tak pepasal involved dlm kes nine & neo.. whateer it is harap2 nine akan dpt selamatkan naina and they will be happy together after that.. suka bila nine ni protective and romantik at d same time.. suker dialog "jgn biar aku kesan biar 1 calar pun pd tubuh dia".. cam ner nine nak verify kan yea.. naina kena wat thorough body check up ker nnt dgn nine nnt.. he he he (blushing)

    ReplyDelete
  20. Hadooiii tolong !!! tolong!!! superman, batman, spaideman, atroman, cicakman

    Tolong ini orang, orang ini buta kerna cinta, lalai kerna cinta, semuanya kerna cinta huhuhuhu

    ReplyDelete
  21. kite pn agak neo adalah naim cz naina cm knal sepasang mata milik pnjenayh ni. suara die pn naina seakan knl. atas sb dendam sb ayh die mgkin sygkn nain more then him. n mcm2 lg sb la yg menguatkan hujah yg neo tu adlh naim. cpt smbung.

    ReplyDelete
  22. huwaaaa nape jahat btul Neo neh....

    ReplyDelete
  23. rasanya............ neo adalah NAIM

    ReplyDelete
  24. suspen gila... Nine cepat !!!! :D
    -syira azmi-

    ReplyDelete