Thursday, April 18, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 17


BAB 17

TANGAN aku terketar-ketar. 
Siapa tak menggigil kala orang yang dirindu juga sedang merindui aku?  Tapi, takut mula menyelubungi diri bila mengenangkan kata-kata Amar.  Adakah benar atau telahan Amar jauh meleset memandangkan bukti langsung tiada. 

Di sana, berapa ramai yang menjadi gangster?  Pembunuhan sesuka hati dan pelbagai jenayah lagi.  Apa kaitan dengan Nine jika dia menjadi pekerja setia pada Tuan Benjamin?  Payah hendak aku percaya jika benar mereka terlibat.  Nine jauh sekali. 
Air wajah dia jernih.  Senyuman dia luhur.  Pandangan dia polos dan aku tahu jiwa dia sepi.  Sesepi apa  yang aku lalui selama ini.  Bersendiri. 
Samsung Note itu aku pandang lama.  Membaca lagi, lagi dan lagi.  Merenung pesanan ringkas itu ibarat merenung Nine.  Ada senyuman tapi sayang bila aku menitiskan airmata.  Satu perkataan yang mampu aku katakan saat ini adalah...
Sayu.
Bibir aku ketap.  Jari telunjuk menyeka air yang masih bergantung pada alis bawah mata. 
“Saya rindu awak jugak...” 
Membalas kata-kata rindu Nine bagaikan dia ada di depan mata sedangkan dia jauh daripada aku.  Terpisah latitud.  Tapi masih berbumbungkan langit Tuhan, berpijakkan bumi-Nya. 
Tak sempat hendak aku tekan skrin, mahu membalas pesanan dia yang mungkin sampai mungkin tidak, panggilan daripada nombor  yang sama masuk.  Jantung aku bergendang sendiri.  Irama sumbang, tiada lirik pula. 
Deringan pertama... aku biarkan.
Kedua, aku juga biarkan.
Ketiga, masih aku biarkan.
Hinggalah panggilan itu mati, aku tersentak.  Airmata kering.  Leka atau berat hati hendak menjawab, aku tidak pasti tapi padaku pastilah rindu semakin menggebu nanti.  Satu yang menakutkan.  Lebih  menakutkan daripada peluru-peluru hidup semalam ini. 
... iaitu RINDU.
Lama aku perhatikan skrin itu.  Dalam hati berdoa moga-moga nombor itu muncul lagi.  Duduk aku tegakkan.  Bantal aku tolak ke tepi.  Menyeru nama dia berkali-kali.  Mata aku pejam tapi sayang, tiada lagi deringan setelah panggilan pertama itu berubah menjadi panggilan rindu. 

            Saya hampir gila.


SMS itu muncul lagi di saat aku hendak melayan rasa kecewa.  Serta-merta kering airmata di pipi. 
Jari aku pantas menekan skrin tanpa menanti lagi.  Tak sanggup lagi hendak membiarkan dia bersoal jawab sendiri sedangkan aku juga sedang melalui rasa yang sama.


            Saya juga.


SEND!
Jiwa aku bergelodak menanti balasannya.  Lebih 10 minit, masih tiada balasan.  tapi setelah beberapa saat berlalu, panggilannya naik lagi. 
“Assalamualaikum, Zunaina.” 
Suara itu menyapa lembut.  Jantung aku bergendang laju.  Kali  ini ada irama nan merdu.  Syahdu. 
“Waalaikummussalam, Dzulkarnain.”
Dia ketawa.
Sound weird...”
“Sebab?”  Keningku berkerut.
“Rasa pertama kali dulu je awak panggil saya macam tu,” jawab dia jelas dan terang.  Seperti dia ada di sisi. 
“Pertama kali juga rasanya awak panggil saya Zunaina.” 
“Yeah... nama yang cantik.  Secantik orangnya yang dingin dan beku,” ujar Nine mengusik.
“Airmata tu dah lap belum?  Meleleh dekat pipi tu, lap.  Tak cantik nanti.”
Aku terngadah.  Cepat-cepat aku sapu seluruh wajah.
Kalut. 
Nine ketawa dan aku menggeleng sendiri.
“Awak ni...”  Baru nak merungut, Nine menyampuk.
“You know what, Naina... tiap kali saya rasa hati saya kuat mengatakan yang awak sedang menangis.  Kali ni, saya juga kuat rasa awak menangis sebab...”  Nine diam seketika.
Nafas dihela tenang.  Aku pula menanti penuh debar.
“... awak rindukan saya.”
Tiada jawapan, hanya anggukan saja.  Nine tidak nampak tapi cukuplah dia tahu.
“Are you okay there?  Rasa selamat balik tempat sendiri?”  cepat-cepat aku mengubah hala perbualan.
“Erm... okey.  Tapi,  ini bukan tempat saya.  Saya menumpang.  Tempat saya di bumi Malaysia.  Rasanya dah sampai masa saya balik ke tanah air sendiri.  Sebelum ni saya sorang kat sana.  Rasa sunyi, sebab tu merantau.  Sekarang dah rasa ada seseorang menanti saya.  Boleh tak saya balik menetap di Malaysia, Naina?”  tanya Nine berkias.
Aku gigit bibir.  Tahu siapakah yang dia maksudkan.
“Ini tanah air awak.  Saya tak ada hak nak halang awak pergi atau kembali...”
“Tapi, saya perlukan seseorang temani saya bila saya balik nanti.  Rasa letih hidup dalam kesunyian macam ni.  Entah orang tu sudi ke tidak.  I wonder,” pancing dia lagi.
“Orang Malaysia ni terkenal dengan budi bahasa, Nine... awak balik sini nanti hampir 23 juta penduduk Malaysia sambut awak kembali...”
“Salah sorangnya?”  soal dia laju.
Aku senyum.  Hati berasa lapang.  Terlerai rindu dendam.
“Zunaina binti Zulkifli?”  Nine mengajukan soalan bila aku tidak memberikan jawapan.
“Sebab saya penduduk Malaysia yang berbudi bahasa.”
“Ya ke?”
Dari nadanya, aku tahu dia sedang senyum menyenget.
“Betullah...” 
“Tak kerja?”
“Cuti,” jawabku.
“Kenapa cuti?  Lepas kes culik hari tu terus cuti ke?” 
“Erm....”  Pendek saja jawapan.
“Kata Amar masa dia hantar saya ke airport, awak dah digugurkan dari siasat kes Neo dan kes tembakan hendap hari tu termasuklah kes penculikan tu?  Ya ke?”  SUara Nine berubah serius.
“Awak minta ke?” 
Terdiam seketika mencari jawapan yang sesuai untuk soalan Nine.  Tak mungkin hendak mengatakan Amar yang memintanya bagi pihak aku sedangkan aku tidak mahu.
“Erm...”  Jawapan itu hanya muncul dari anak tekak saja.  Agak kesat hendak terluah.
“... kebetulan awak dah nak balik sana.  Secara otomatiknya tugas saya selesai bila awak dah lepas dari udara Malaysia.  Kes yang ada tu, Amar dan pasukan akan uruskan.  Saya dan beberapa orang lagi, ada kes lain yang kami perlu siasat.  Kebetulan, minggu depan saya ada latihan menembak tepat.”
“Oh, macam tu...,” balas Nine mengerti. 
Kami sama-sama diam buat seketika. 
“Saya rindu awak...”  Secara langsung, Nine mengakui apa yang telah dia SMSkan tadi.
Tubuhku kejung.  Berfikir hendak membalas atau pun tidak. 
“Saya hampir gila merindui awak, Naina...,” tegas dia lagi.
Aku menelan liur beberapa kali.
“Habis tu, saya perlu cakap apa, ya?” 
“Sekali awak cakap, ya... saya akan  muncul depan awak!”  Dia bersungguh-sungguh  menjadikan aku pula takut. 
“Sungguh ni?”  dugaku.  Rasa tak mungkin dia akan muncul sekelip mata.
“Sungguh.  Just say yes!”  pintanya.
Aku pejamkan mata bersama bibir yang menggariskan senyuman.
“Rela tinggalkan segala bisnes, rela tak jadi  orang kesayangan dah, tak hidup mewah dah... bila saya kata ya?” 
Try me.”
Okay then... my answer is yes.  Di sini tempat awak.  Cukuplah berkelana.  Biarpun sendiri, ada masanya lebih baik kita berada di tempat sendiri, kan?”  ujarku.  Menjawab dengan rasa malu. 
Nine ketawa.  Ketawa dan terus ketawa. 
I’ll be there in 10 minutes...”
Stop kidding me!” 
Dia gelak lagi.  “10 hours.” 
Promise?”  Aku menyoal sedikit teruja.
Aku yakin, Nine menetapi janji.  Sementelah pula, pada dia bukanlah masalah hendak kembali ke sini daripada Negara jiran. 
Rasanya, waktu cuti inilah aku mahu bersama dia.  Bukan atas urusan kerja yang menjadi alas tapi kerana kami.  Kami sendiri.  Kami berdua.  Hati kami.  Tak mampu hendak aku fikirkan segala kemungkinan dan juga kes arwah orang tua aku.  Biarlah dulu.  Biarlah aku menikmati waktu kerana aku yakin, masa amat mencemburui kami.  Dia terikat, aku juga terhad. 
“Begitu banyak ke awak rindukan saya?”  Suara Nine lunak dalam talian yang agak kurang jelas saat ini.  Tapi, suara itu masih mampu menyapa telinga.
“Kalau nak jawapan, datanglah sini.”
“Mana?” 
“Kampung saya,” jawabku.
Dia ketawa lagi tapi kali ini lebih lembut.  “Wait for me...” 
“Bos besar panggil bos...”
Tak sempat Nine menamatkan ayatnya, ada suara lain menegur dia.  Aku cuba amati suara itu tapi agak kurang jelas.  Telefon bagai menjauh dari bibir Nine.
“Aku sampai dalam lima minit...”
“Baik, bos!”  sahut lelaki tadi dan suara itu pernah berdengung dalam kepala. 
Siapa?
“Saya ada kerja kejap.  And you, promise me.  Apa-apa pun jadi, tunggu saya,” pinta Nine buat kali terakhir.
“Ya, saya ada...”  Tak dapat tidak, aku menjawab tenang biarpun fikiran kembali bercelaru.
Aku rebahkan kepala.  Menarik bantal menutup muka setelah talian mati.  Rasa lega hati.  Mahu dihalau segala gundah pergi.  Hati aku kembang, jantung aku berdegap kencang menanti Nine kembali dan aku mahu dia di sini selamanya biarpun perjalanan masih terlalu jauh buat kami.






MENIKMATI cuti sedikit sebanyak membuatkan hati aku lega.  Masuk saja ke pejabat, ada tugasan baru yang perlu dilaksanakan dengan segera.  Latihan menembak dibatalkan. 
Arahan Tuan Radzi aku dengar dengan teliti.  Amar juga. 
“Kita dah dapat kesan dalang di sebalik serangan pada Tuan Benjamin dan juga penculikan awak, Naina.  Dia adalah orang yang sama dalam kes kemalangan Sub-Inspektor Zulkifli dulu.  Pihak atasan mahu kita tangkap penjenayah secepat mungkin dan unit risikan baru saja khabarkan lokasi penjenayah bersama seorang tebusan.”  Senafas Tuan Radzi memuntahkan kata. 
Aku mengangguk.  Amar juga.  Kami saling mengeling.  Aku lihat Amar sudah siap dengan pakaiannya.  Aku juga.  Topeng muka ada di tangan.  Tiada ribut tiada angin, aku menerima arahan tapi hendak bertanya, rasanya Tuan Radzi sendiri tiada waktu hendak menjelaskan melainkan  khidmat aku dan Amar sebagai penembak tepat diperlukan segera.
“Kita akan ikut Unit Jenayah.  Naina dan Amar, bersedia di lokasi yang telah ditetapkan...”  Jari telunjuk Tuan Radzi lurus pada helaian kertas yang terhampar.
Peta menunjukkan lokasi penjenayah yang amat kami kehendaki itu.  Aku dan Amar perlu bersedia dari arah bertentangan, di atas bumbung sebuah bangunan tinggi di kawasan pelabuhan. 
“Ready?”  Kening Tuan Radzi naik.
“Sedia, tuan!”  sahutku serentak dengan Amar.
Kami sama-sama menapak.  Tuan Radzi bersama beberapa orang pegawai lain bergerak terlebih dahulu.  Aku dan Amar mengikut Unit Jenayah, menaiki land rover.  Tangan Amar yang sudah memakai sarung tangan hitam menyapa jemari aku.
Are you okay?” 
Aku senyum.  “Tak sangka naik dari cuti terus ada tugas macam ni...” ujarku sambil membetulkan pakaian serba hitam dan juga topi yang ada di atas kepala.
Bukanlah takut tapi sedikit terkejut.  Emosi baru hendak stabil tapi kembali berkocak hebat. 
“Macam mana boleh kesan Neo?  Baru seminggu I cuti tapi macam-macam hal jadi.  Serius I tak sangka...,” sambungku.
Amar tersenyum kelat.  “Penjahat, Naina... kejap je kalau Allah beri jalan.  Kami dah dapat kesan dan I harap kita boleh lakukan tugas ni sama-sama.  I tahu you mungkin gugup nanti.  Pertama kali, mungkin...,” duga Amar bersama senyuman.  Masih lagi kelat.
Aku mengangguk tanpa memandang dia.  Sarung tangan aku betulkan di celah jari-jemari.
“You takut?”  Amar prihatin.
Aku senyum.  Menggeleng pula. 
“Ini tugas I.  Sumpah setia I pada agama, Negara dan anak bangsa, Amar.  Tiada istilah takut,” jawabku.
Apatah lagi mendengarkan kata-kata Tuan Radzi mengenai Neo tadi, aku semakin berkobar-kobar.  Dialah dalangnya dan aku mahu dia menerima hukuman setimpal. 
Tubuh aku tegakkan.  Rifle di sisi aku sentuh dan bibirku tersenyum sinis.  Wajah Nine mendekat.  Wajah kedua umi dan ayah juga.  Neo layak untuk menerima peluru ini jika dia enggan  menyerah.  Aku tekad. 
Akhirnya, kami sama-sama diam sepanjang perjalanan.  Aku berdoa sepenuh  hati moga Tuhan melindungi niat dan hati aku.  Moga bukan kerana dendam tapi kerana tugas.
Dari jauh, aku nampak penjenayah yang dimaksudkan.  Nampak seperti cam tapi matahari yang hangat sedikit membataskan penglihatan. 
Muncung rifle sniper seberat hampir 7kg ini dan sepanjang hampir 41 inci ini aku halakan tepat pada sasaran yang ada sejauh hampir 100 meter.  Jarak  yang terlalu dekat pada seorang penembak tepat seperti aku.
Tango one, ready?”  Suara Amar berdengung. 
In position,” jawabku pula.
Nampak tepat pada sasaran?”
Positive.” 
Mata aku pejam sebelah dan sebelah lagi tepat terhala pada kanta pembesar.  Menjadikan jarak target hanya 20 meter di depan aku. 
Aku nampak target sedang bertekak dengan beberapa orang.  Muncung pistol terhala merata hingga akhirnya target meletakkan muncung pistol miliknya tepat di tepi kepala seorang lelaki separuh umur. 
Aku renung semahuku wajah target  yang terselindung dan bila dia berpusing sedikit, hampir saja kaki rifle terbalik bila tanganku secara tak sengaja, menyentuhnya bahana rasa terkejut yang menggila.
Tango two, betul ke target yang sedang disasarkan?”  Soalan itu sudah kedengaran pelik. 
Aku yakin, Amar tahu tapi aku yang tidak tahu.  Patutlah dia nampak pelik saja hari ni.  Dia nampak risau.  Dalam hati aku berkata, tak mungkin dan ini adalah amat mustahil.
Positive.”  Amar membalas ringkas.  Yakin.
Kaku seluruh jasad dengan jawapan Amar.  Sedaya upaya aku kentalkan hati, kuatkan jiwa tapi mampukah aku? 
Memikirkan tugas yang aku galas, posisi tubuh aku betulkan.  Berharap moga lutut mampu menahan dan menampung tubuh serta keberatan rifle dalam pada hati yang bercelaru.
Tango one, now!”  jerit Amar di hujung lain.
“Amar… I…”
Tango one, shoot… our target is moving!”  jerit dia lagi.
Aku diam.  Tak memberi tindak balas.
Tango one… penjenayah mahu menembak mangsa culik!”  jerit Amar seterusnya tapi aku tetap begitu. 
Hilang kudrat.
“Naina… please… leave all that nonsence behind!”  pujuk Amar.
“Tango one…”  Suara Amar lembut. 
“... shoot.  NOW!” 
Aku pejamkan mata sesaat.  Bila aku buka mata, dia berpaling bagaikan mengetahui yang aku sedang menghalakan sasaranku pada dia. 
Mata itu tersenyum padaku dan aku…
Tembakan dilepaskan.  Tiada bunyi.  Hanya kaliber sepanjang 22cm itu yang bergerak laju.  Sasarannya adalah tepat ke tepi kepala mangsa atau tepat ke jantung.  Tidak memberi ruang  untuk mangsa bernafas sesaat pun setelah peluru daripada rifle ini terlepas. 
“Saya cintakan awak, Naina…”
Aku bagaikan ternampak bibir Nine mengucapkan kata dan dia pejamkan mata dan tersenyum lalu… peluru itu terbenam dalam dadanya.  Tepat ke jantungnya dan dia rebah diiringi tangisanku. 
Macam mana ini boleh terjadi?  Dan airmata aku...
... berjuraian tak terseka.

... bersambung

39 comments:

  1. eerggggg.....sudah confuse...hero mati?!!!!!!

    ReplyDelete
  2. aduh... nine ker yang sebenarnya dalang diseblik senua ni... tak sabar nak tahu next n3... rm please cpt ya...

    ReplyDelete
  3. uik..mimpi kah ini...wake up..wake up..sob..sob..

    ReplyDelete
  4. huwaaaa....knape???? x nak la nine mati...sian die....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. tak senang hati aku dibuatnya si RM ni!!..

    ReplyDelete
  7. Nine jgn pergi dulu.RM x sanggup rasanye nak menghadapi kenyataan ini.huhu

    ReplyDelete
  8. Baru nak happy terus sentap! No Nine!!!!! Waaaaaaa.

    ReplyDelete
  9. Omg...ya Allah!!!...tidakkk...

    ReplyDelete
  10. Hukhuk...napa suma ni jd...ni mimpi kan

    ReplyDelete
  11. mesti nine yang jadi mangsa culik tu..

    ReplyDelete
  12. Yes!!!! Yes!!! Yes!!!!!!
    This is what I want!!!
    Haha bru best police n penjahat!!!!
    Yehaaa

    ReplyDelete
  13. kn nain nk ke malaysia utk jumpa naina? dia org x jumpa lg kn? mcm mn smua ni? cpt smbung. x sbr n berdebar2 yang teramat. plzeeee!

    ReplyDelete
  14. Nine tu neo ke? Alamak.. Dia yang rancang semua ni?

    ReplyDelete
  15. Nine tu neo ke? Alamak.. Dia yang rancang semua ni?

    ReplyDelete
  16. WHAT!!!!



    NINE DIED????


    HOW THIS IS HAPPEN????


    NOOOOO.....

    ReplyDelete
  17. Bla baca td sgt takut nk scroll down..hopefully hanya ilusi, igauan, nightmare or what ever yg sama maksuk..huhu jgn la nine mati..cian naina

    ReplyDelete
  18. rm..please sambung la cepat ckit...;(

    ReplyDelete
  19. oh no....nak nine watak baik...huhu

    ReplyDelete
  20. Ohnomm nine ke Neo.... Ada salah kot?? Why hero leh mati lak...sedihhhh seyhhh n3 nie....

    ReplyDelete
  21. Oh no kak RM...xrela nine mati...next entry plzzzzzzz

    ReplyDelete
  22. Wah suspennya...tapi teringat kata Nine yang dia rela mati peluru dari tangan Naina....huhuhu...dah makin seronok n konfius dibuatnya jahat RM....sambung cepat ya...

    ReplyDelete
  23. betul2 nine pernah berkata...." satu hari nanti, kalau ada peluru nak masuk tubuh I lagi, I lebih suka kalau peluru yang you lepaskan, Naina,"...(chapter 5)

    ReplyDelete
  24. waaaaa.....jgnla jd realiti....minta2 mimpi sj....RM sambung cpt ya...

    ReplyDelete
  25. besssst! chilled-to-d-bones...

    ReplyDelete
  26. Oh NO.......jgnlah ini jadi kenyataan.....RM tolong..... :)

    ReplyDelete
  27. huwaaaa.... :((
    Nine ke yg kena tembak ??
    hu hu hu hu hu... huru hara dah perasaan Naina :(
    baru sj dy rasa happy semalam *_*

    mana chpter 18 ni kak RM ?? :D

    ReplyDelete
  28. oh my.... sngt2 suspen... xkan laa nine 2.... x sbr nk 2gu next entry... superb..

    ReplyDelete
  29. Mesti naina mimpi kn nie, tkkan hero mati......ada panggung kena bako nti hihi

    ReplyDelete