Thursday, February 21, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 1

BAB 1

HIDUP ini memang tidak sukar tapi jangan terlalu ambil mudah.  Ini prinsip hidup aku.  Hidup yang sangat mengujakan setiap kali aku jaga dari lena dan masih bernafas untuk jangka waktu yang aku sendiri tidak tahu bilakah akan berakhir.  Selagi Allah meminjamkan nyawa ini dan juga setiap langkah yang tidak berapa sempurna ini kerana segala kesempurnaan adalah milik Allah  yang maha agung.

Namun, segalanya berubah sekelip mata.  Berubah tanpa aku duga jauh sekali aku meminta.  Merubah jalan hidup dan tujuan aku.  Menjadikan aku sebatang kara tanpa ayah dan bonda menemani hari lagi bila mereka kembali menghadapi Ilahi setelah terlibat dalam satu kecelakaan.  Airmata aku setitis pun tidak mengalir saat aku menatap wajah mereka untuk kali terakhir tapi hati aku meraung hiba.  Bagai hendak pecah dada. 
Hari ini, aku di sini.  Di tempat baru, menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Negara tercinta.  Biarpun mak ngah melarang, aku tetap nekad.  Setelah puas membelek fail yang diletakkan di atas meja aku sebaik saja aku melaporkan diri, aku teringatkan mak ngah. 
“Kau nekad ke nak masuk situ, Naina?” 
Aku mengangguk menjawab soalan pada kakak pada arwah umi.  Tanpa memandang wajah dia.  Aku tahu, dia tak berapa suka dengan keputusan aku apatah lagi bila arwah umi dan abah amanahkan aku pada dia lantas segala keputusan aku haruslah melalui mak ngah.
“Mak ngah bukan apa, Naina… kau tu amanah Kak Sal pada mak ngah.  Apa-apa yang jadi pun arwah nak mak ngah buat keputusan terbaik untuk kau tapi kalau kau bertegas macam ni, mak ngah tak boleh nak buat apa.”  Mak ngah mengeluh berat. 
Dia bangkit dan berlalu ke dapur.  Nampak sangat dia berat hati hendak melepaskan aku pergi.  Bila aku kembali dari menjalani latihan dalam PULAPOL di Langkawi dan terus di hantar ke Bukit Aman dalam Unit Tindakan Khas, lagilah mak ngah resah.  Tapi, ini minat aku.  Tiada siapa lagi yang mampu risaukan aku andai apa-apa terjadi.  Jadi, biarlah aku berbakti pada Negara dan anak bangsa. 
“Mak ngah tak nak kau cedera, Naina.  Kau tu perempuan.  Anak dara.  Kalau kau kerja pejabat je pun, lepas tu kahwin… senang sikit hati mak ngah ni.”  Mak ngah bersuara lagi dari pintu dapur. 
Periuk nasi dikelek dan wajah itu muram memandang aku.  Padanya, aku gariskan senyuman tipis. 
“Naina bertugas mak ngah.  Dah itu yang diarah oleh pihak atasan.  Apa Naina nak buat.  Naina kena turut perintah, mak ngah,” ujarku separuh memujuk lalu pakaian terakhir, aku sumbat ke dalam beg galas. 
Mak ngah melabuhkan duduk di atas tangga hendak turun ke dapur.  Rumah papan separuh dan batu separuh peninggalan arwah umi dan abah buat aku dan mak ngah serta anaknya yang masih ada di universiti setelah mak ngah kematian suami. 
“Tapi, duduk pejabat je dah okey untuk anak dara macam kau tu… mak ngah risau jadi apa-apa nanti…”  Dia masih tak berpuas hati.  Masih cuba memujuk aku agar menukar unit. 
Aku menggeleng sedikit dan ketawa halus.  “Bila lagi Naina nak praktikan apa yang Naina belajar kat PULAPOL dulu, mak ngah.  Ingat mudah ke diorang nak pilih pelatih masuk Unit Tindakan Khas.  Ala… bukan selalu ada jenayah pun dekat Negara kita ni, mak ngah.  Orang dah bijak pandai.  Kalau ada pun, biasanya Unit Jenayah Berat yang uruskan.  Mungkin Naina membantu je.  Atau boleh jadi, Naina buat report je dekat pejabat.  Tak ada apa mak ngah nak risaukanlah.  Naina akan okey je.  Lagipun, tak lama lagi Suryani dah nak habis belajar, kan?  Nanti dia balik temankan mak ngah.  Kalau kata abah masih ada, dia pun seronok Naina ikut jejak langkah dia jadi pegawai polis.  Jangan fikir sangatlah, mak ngah.  Esok pagi Naina nak berangkat dah.  Mak ngah sedih macam ni, buat Naina tak sedap hati pulak,” ujarku panjang lebar dan menapak ke arah pintu menghala ke dapur lantas melabuhkan duduk di atas tangga batu itu. 
Mak ngah berlalu ke sinki.  Dia tunduk sedikit dan tong beras di buka.  Beberapa cawan beras dicedok ke dalam periuk dan dia membuka paip. 
“Mak ngah tahu arwah abah kau pegawai yang berwibawa tapi dia lelaki.  Kau tu perempuan,” tekan mak ngah masih juga tak puas hati.
Aku senyum lagi dan turun menghampiri dia.  Bahunya aku peluk lembut.  Bila dia memandangku, aku gariskan senyuman buat dia.
“Lelaki ke perempuan ke, sama je mak ngah.  Dekat kem dulu, Naina lagi kuat daripada pelatih lelaki tau dan bila Naina satu-satunya perempuan yang terpilih masuk ke UTK, mahu Naina tak bangga.  Semua orang bulat mata tau.  Tapinya, bukan sebab tu Naina terima tapi sebab Naina memang suka kerja mencabar.  Kan dekat sekolah dulu Naina aktif kadet polis wanita.  Mak ngah bukan tak tahu…”
“Itu kadet, Zunaina binti Zulkifli.  Ini betul-betul.  Semua betul.  Senapang betul, bom betul…”
Aku ketawa.  Lucu bila mak ngah buat muka kecut saat dia menyebut bom dan senapang.  Ini zaman apa orang guna senapang.  Bukan hendak menembak tupai di dusun. 
“Sekarang ni guna machine gun, mak ngah.  M16, Lapua, rifel… itu haa… baru ganas.  Lagipun, mana ada perang nak pakai-pakai bom ni… itu zaman Jepun bolehlah.  Lagipun, itu tentera yalah kot… ini polis lain sikit, mak ngah,” pujukku lagi dan mak ngah terus diam membasuh beras. 
“Ikut suka kaulah.  Letih mak ngah nak pujuk kau ni, Naina,” keluh mak ngah berbaur kesal.
“Kalau macam tu, mak ngah jangan pujuk lagi.  Cuma doakan Naina selamat je, ya?  Nanti tiap-tiap bulan, Naina kirim duit untuk mak ngah.  Kalau Suryani nak duit, biar Naina bagi, ya?” 
Saja aku cuba beli jiwa mak ngah dan bila akhirnya dia senyum, aku yakin jiwanya terjual dengan pujukan aku dan akulah yang paling senang hati.  Gembira untuk memulakan tugas sebagai seorang pegawai polis.  Inspektor Zunaina…



DAUN pintu yang sedia ternganga diketuk orang.  Aku mengangkat wajah.  Hilang wajah dan suara mak ngah beberapa hari lepas.  Kini, dia di kampung dan aku di tengah bandaraya. 
“Cik Naina!”  Dia mengangkat tabik tanda hormat dan aku sekadar mengangguk.  Urat leher hampir putus kerana keletihan.
Aku meredupkan pandangan.  Rasa diperli bila dia mengangkat tanda hormat sedangkan pangkat kami adalah sama. 
Ada apa?”  tanyaku pada seorang pegawai yang aku kira hampir seumur dengan aku. 
“Awak tak makan ke?” 
Aku senyum dan menggeleng.  “Banyak sangat fail nak kena belek.  Rasanya kes lain semua dah hampir selesai, kan?  Cumanya yang ni…”  Aku tolak fail setebal setengah inci itu di depan dia yang baru saja hendak melabuhkan duduk di depan aku.
“…kenapa kes ni macam pending je?  Atau sepatutnya kes ni dah tutup?” 
Inspektor Amar memandang aku.  Setelah itu dia merenung pula fail di depan mata dan membeleknya seketika kemudian.  Keningnya berkerut dan hampir bertaut.
Ada masalah?”  soalku lagi.
Dia mengangkat wajah.  “Kes ni memang pending dan  masih dalam siasatan sebab suspek memang payah kita nak jejak.  Ada khabar terbaru dia ada di Thailand tapi bila unit risikan cuba minta pihak polis Thai siasat, memang tak jumpa dan tak tahu macam mana dia menyeberang.  Boleh jadi ikut sungai tapi macam mana dia boleh lepas kastam.  Unit Jenayah Berat pun tak mampu nak handle kes ni sendiri sebab tu dia hantar ke UTK.  Cumanya, kami tak sangka pegawai yang baru tu perempuan…”  Amar senyum padaku.  Senyuman lelaki pada seorang perempuan.
Aku sengih sedikit.  Dalam hati aku sinis, kenapa?  Perempuan tak mampu melakukan kerja-kerja seperti ini?  Tak hebat untuk perangi jenayah?
So far, saya dulu tak sangka juga dihantar ke UTK.  Tapi, kira rezeki sayalah ni.”
Kening Amar naik.  “Rezeki?” 
Aku jatuhkan kepala, mengangguk dan terus bersandar pada belakang kerusi. 
“Pelik tu sebab rasanya tak ada lagi kami terima pegawai perempuan.  Kalau ada tak silap saya dulu, sebelum saya masuk sorang.  Itu pun dia minta tukar lepas dia nak kahwin.  Katanya payah sebab on call je manjang.  Tapi, awak boleh kata rezeki.  Wow… menarik,” puji Amar dalam sinis. 
“Masing-masing punya citarasa.  Pada saya ditugaskan bawah UTK merupakan satu penghargaan besar buat saya.   So, berbalik pada kes ni, saya ada belek berkali-kali fail suspek tapi nampak macam tak adalah berat sangat jenayah dia buat.  Fail pun nipis je.” 
Amar mengangguk.  “Dia orang suruhan je, Naina.  Kita memang perlu tangkap dia dengan harapan, dia boleh bawa kita kepada tekong besar sebab diorang ni dah kita kategorikan penjenayah profesional dan urusan jual beli senjata haram ni,” beritahu Amar lagi.
Aku mengangguk berkali-kali tanda mengerti.  Fail di depan Amar aku tarik.  Aku renung lagi wajah di dalam fail yang ada.  Nampak serabut dengan jambang yang tumbuh meliar.  Gambar yang diambil oleh unit risikan entah bila dan nampak sudah agak lama. 
“Kata pihak atasan, kita kena selesaikan kes Neo ni secepat mungkin sebab bimbang urusan jual beli haram dia dan kumpulan dia di sempadan nanti boleh jejaskan hubungan kita dengan Negara-negara jiran,” tekan Amar meyakinkan aku.
Aku mengangguk lagi.  Mengerti kerana awal-awal lagi pihak atasan telah memberi penerangan tentang semua ni. 
“Neo…”  Nama itu aku sebut sepatah.
“Itu nama gelaran dia.  Setakat ni itu je kita tahu tentang Neo dan dia sangatlah bijak menyusun langkah,” sampuk Amar.
Mata kami bersabung seketika.  Amar senyum lagi dan aku juga.  Tapi tidak lama bila aku melarikan pandangan pada fail jenayah milik Neo. 
“Saya nak solat Zohor kejap.  Nanti kita sit down, study pasal kes ni,” ujarku menghantar maksud agar Amar meninggalkan aku sendiri. 
Neo… Neo…
Berkali-kali aku sebut nama itu dan entah kenapa, aku rasa sesuatu dan aku mahu temui dia secepat mungkin.  Rambut yang sudah mencecah cuping telinga, aku tolak ke atas telinga.  Pada Amar aku senyum dan dia bangkit, sedia meninggalkan aku sendiri.
Usai menunaikan solat Zohor, jam kala itu sudah menginjak ke angka tiga.  Setelah aku kemaskan rambut sedikit dan betulkan jaket kulit yang ada pada tubuh, aku mengatur langkah menuju ke pintu. 
Tak sempat aku menapak keluar, wajah Amar muncul di depan aku.  Tersengih dan menggaru kepala. 
“Uiks… terperanjat saya?  Ada apa, ya?”  soalku sopan pada Amar lantas aku rapatkan daun pintu. 
Berdiri tegak di depan Amar dengan tangan yang menyeluk kocek jaket bagi melindungi kulit tangan yang sudah agak sejuk angkara penghawa dingin. 
“Tuan Radzi nak jumpa,” beritahu Amar tersengih-sengih. 
 “Kalau kata Tuan Radzi  nak jumpa, yang awak sengih-sengih ni kenapa?  Macam pelik je?”  Aku kerutkan kening.  Bibirku herot memandang dia. 
“Eh, tak adalah, Naina…Cuma saya rasa awak ni terlalu cantik untuk berada di UTK…”
“Eh, kira okeylah.  Ada juga penyeri mata saya tuan daripada tengok muka tuan je,” sampuk seorang sarjan yang bakal di unit ini, mengusik Amar.
Aku lepaskan tawa halus dan berlalu tanpa mempedulikan dia.  Aku yakin, Amar mula hendak memasang jerangkap samar tapi aku, tak mudah jatuh cinta kerana cinta pada agama, Negara dan bangsa melebihi segalanya. 
“By the way, kenapa Tuan Radzi nak jumpa saya?”  Aku hentikan langkah dan berpaling semula pada Amar.
“Entahlah, Naina.  Saya tak tanya.  Tadi, saya pergi hantar report, itu je dia pesan,” jawab Amar dengan bibir yang tercebir.
Aku melangkah lagi dan mengangkat tangan pada Amar.  Kaki aku terus  maju menuju ke bilik Tuan Radzi.  Bila aku sudah berdiri tepat di depan biliknya, daun pintu aku ketuk sekali dan bila ada keizinan, aku tolak daun pintu tersebut dan memberi salam.
“Assalamualaikum, tuan!”  Tubuh aku tegak.  Tabik aku berikan tanda hormat.
“Erm… Waalaikummussalam, Inspektor Naina.  Macam mana hari pertama?” soal dia mengambil berat.
Aku berdiri dalam keadaan rehatkan diri.  Tangan di belakang dengan kaki terbuka selebar bahu dan nafas yang aku hela tenang.
“Okey je tuan tapi ada satu fail yang menarik perhatian saya.  Bila saya belek, banyak kes dah selesai tapi satu kes tu masih dalam siasatan.  Saya nak minta pada tuan untuk terus jalankan siasatan hingga kes tu selesai,” jawabku mendatar.
Mataku terkesan akan senyuman pada bibir Tuan Radzi.  Dia berjalan ke belakang dan aku masih lagi tegak berdiri menghadap mejanya.
“Em… kes tu memang dah agak lama.  Payah nak kesan dia.  Unit risikan pun dah beberapa kali terbabas dengan maklumat  yang salah dan saya yakin, kalau awak berusaha kita boleh selesaikan kes tu secepat mungkin tapi ingat… keselamatan awak penting.  Cumanya, buat masa sekarang… kita ada permohonan untuk kawalan keselamatan pada rombongan ahli perniagaan terkemuka dari Thailand.  Saya nak awak dan Amar mengawal keadaan sewaktu persidangan mereka berlangsung beberapa hari ni di Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara.  Maklumat lainnya, awak boleh berurusan dengan pegawai yang ada di sana,” beritahu Tuan Radzi pada aku. 
“Baik, tuan!” Aku hanya bersetuju tanpa banyak fikir lagi.
“Mari, saya kenalkan awak dengan pegawai diorang tu.  Apa-apa hal, deal terus dengan dia.”  Bahuku ditepuk lembut meminda aku berpaling. 
“Encik Dzul?” 
Bila aku berpaling, mataku tepat terpanah pada seorang lelaki muda yang tersenyum padaku.  Kacak dan segak berbaju kot hitam dan  juga cermin mata hitam.  Bibirnya tersenyum dan bila dia membuka kaca matanya, aku menelan liur.  Sungguh mata aku tak menipu.  Terlalu sempurna kejadian Tuhan ini.
“Encik Dzul, ini pegawai baru UTK.  Anything, you just let her know,” beritahu Tuan Radzi pada lelaki yang diperkenalkan sebagai Dzul. 
Yeah… sure, tuan.  Saya Dzulkarnain.”  Salam dihulurkan dan aku menyambut salamnya kemas. 
“Zunaina.  Panggil je Naina…,” balas aku pula.  Serius dan tidak beriak yang pasti. 
 “Dan panggil saya Nine.” Dia senyum lagi dan mengangguk bersama renungan seorang lelaki pada seorang wanita.

~~> bersambung

RM : omai... RM buat cite romantik-aksi-pengorbanan-kesetiaan?  Percubaan bab pertama.  Sangatlah payah tapi bila lagi nak mencuba kan... So, mini novel yang ke... errr 5 ke 6.. Ermm dah lupa tapi apa2 pun ianya dari blog ijo... 

47 comments:

  1. terbuai sekejap.. hilang sikit sakit kepala lepas bace entry akak ni.. saya sokong akak selalu...

    ReplyDelete
  2. romantik n aksi, nine-naina...

    ReplyDelete
  3. Nina & Nine .. padan pulak nama ni
    eh .. Nine ke heronya ?

    ReplyDelete
  4. terbayang drama gerak khas :)

    ReplyDelete
  5. aksi oleh tiga gabungan nama.. nine, naina & neo...

    ReplyDelete
  6. Bestnya nama hero pertama Amar..mcm bff sy plak tp dia TUDM..sure inspektor amar ni orgnya tall, dark, tough n yg pntg hensem..he3

    ReplyDelete
  7. nooooooooooo.....
    dh jtuh cita dhn nine.. oamigod... kak rehan...
    plis smbg...
    sdap nam
    dzulkarnain - zunaina
    nine - nina..
    hehe <3

    ReplyDelete
  8. sudah jumpa hahahah :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  9. omg... bestnya dh jtuh bdgn nine.. smbg kak rehan.. tahniah.. :D

    szulkarnain - zunaina
    nine - nina .
    sweet..

    ~diane~

    ReplyDelete
  10. omg... bestnya dh jtuh bdgn nine.. smbg kak rehan.. tahniah.. :D

    szulkarnain - zunaina
    nine - nina .
    sweet..

    ~diane~

    ReplyDelete
  11. oh my nine n naina.. continue please!! huhu.. like3..

    ReplyDelete
  12. Berdebar-debar tunggu next entry...sebab ader aksi..kan?kan?kan?

    -emn-

    ReplyDelete
  13. Omg...really3 jatuh cinta dgn new entry dr RM...xsabar nk tgu lg n3 terbaru...good luck...jln cerita yg menarik & tertarik...:)

    ReplyDelete
  14. b4 ni jadik tkg baca ja..
    ni baru rasa nk tinggal jejak..hihi
    RM memg x penah hampakan pembaca...always waiting 4 de next entry..:)

    ReplyDelete
  15. wah best la RM..ni yg excited nk tau ni...smbngla cpt2...bestla..hehe

    ReplyDelete
  16. whooaa, RM! mmg takde rest langsung yer? dh ada mininovel baru? tahniah dan semoga Allah sentiasa memberi ilham utk RM berkarya beserta ilmu yg bermanfaat, inshaAllah, amin..like the ideas very much

    p/s: peminat ramlee awang murshid jgak ke?

    ReplyDelete
  17. sape hero?? neo or nine??erm..musykil ni..

    ReplyDelete
  18. erkkk..baru je enroll masuk subjek tuk pensyarah nama dzul..alih2 baca kt cni da nama dzul lah...menarik cita ni,

    ReplyDelete
  19. jgn cakap nine tu neo? hihi. *mudah sangat nak buat andaian. imaginasi terlebih ni.
    anyway, update selalu ye. menarik! :)

    ReplyDelete
  20. bcinta dengan penjenayah nanti akhirnya? atau pun lelaki yang mempunyai skizo.. gila... atau tekanan hidup..tak sabar ending dia..follow u..

    ReplyDelete
  21. Ala... Harap2 nine xde kena mengena ngan neo hahaha... Br bab 1dah rasa saspen semacam

    ReplyDelete
  22. Hm..cite br...masukkn unsur2 thriller ya..mesti havoc

    ReplyDelete
  23. RM, sila teruskan..kak pasti ikuti hingga ke akhirnya....

    ReplyDelete
  24. Yeay.. Always sokong RM ..betol..betol..betol..bila lgi klu tk cuba.. Semangat RM .. "JW"

    ReplyDelete
  25. permulaan yang best. ayah saya pun polis. tak pasti akan ikut jejak langkah ayah ke tak. hehe. Naina yang berani. Suka dengan watak ni. terima kasih kak Rehan. :)

    ReplyDelete
  26. awww,,,,citer polis la,,,,,,mcm gerak2 khas,,,,,,pe2 pun,,,,terbaek,,,dan akk setia follow cite rehan

    ReplyDelete
  27. Romantik & aksi.hmmmm ce cite...ce cite hehehe

    ReplyDelete
  28. interesting!!
    babak aksi lasak! suka! huhu
    =)

    ReplyDelete
  29. PENDEKNYER....

    BARU NK FEEL, NK BAYANG2 NINE N NAINA...

    HUHU

    ReplyDelete
  30. kenapa rasa hati menyatakan yg
    nine n neo adalah org yg sama?? jeng..jeng...

    huhu

    len kan kak rm?? kn3x?


    n suka baca tajuk n tagline cite nie...


    lagu Cinta Kita - Shireen ft Teuku...

    suka lagu tu...

    n kalo fham kn btul2 lirik tu..

    mcm btul je firasat (cewah)
    NEO n NINE org yg sama......


    ReplyDelete
  31. RM sya mmg minat citer yg bersangkut paut ngan PDRM ni..sambung RM.

    ReplyDelete
  32. wwannurr........

    jiwa seorang gadis kental......caiyok rm.......n3 lagiii

    ReplyDelete
  33. baru bca bab ni da senyum sowang2..heheh
    da mula nk membayangkan amar, nine dan neo....

    ReplyDelete
  34. nice story..terhibur..thanks..:-)

    ReplyDelete
  35. waaa... *excited* ninenaina ><

    -athirah-

    ReplyDelete
  36. waaa..excited nk bc sampi abis..gud luck RM

    ReplyDelete
  37. hmmm..nine ni undercover ke??cm dlm cite infernal affairs...menarik...i likeee...

    ReplyDelete
  38. BR NK START MENTELAAH...INTERSTING BEGINNING...

    ReplyDelete
  39. Hihihii..baru nk follow cite gerak khas nie..
    Ehh nama dia mcm ayah kita laaa..

    ReplyDelete
  40. Uihhh...citer aksi dr RM...cayalah..x sbr nk bc :D

    ReplyDelete