Saturday, October 15, 2011

Jahit Balik Hati Aku 2

Sekilas Pandang...

HATIKU dipagut bimbang. Resah melihatkan Hazan dengan Haziq yang tak sudah-sudah merengek. Entah mengapa hati ini berdetak lain macam. Rasa ada bagai yang tidak kena. Tidak pernah anak kembarku yang berusia 6 bulan ini menangis begini. Sakitkah?

Tidak mahu terus berfikiran bukan-bukan, aku sudahnya tinggalkan keduanya di dalam baby cod, mahu dijenguk sama ada suamiku sudah tiba atau belum. Terasa lewat benar dia pulang hari ini. Tidak seperti kebiasaannya.

“Mama, Hanip tak balik lagi?” tanyaku pada mama mentuaku bila kami bertembung di anak tangga.

“Tak ada pun lagi.” Mama menggeleng.

“Kenapa?” tanya mama pula.

“Ana nak solat tapi budak berdua tu tak henti menangis. Risau pulak Ana,” ujarku pada mama.

“Eh, sebelum ni tak pernah pun macam ni?” Riak mama dah berubah bimbang. Dia mula menapak masuk ke bilikku.

“Itulah. Ana pun tak tahu kenapa, ma. Ingat nak ajak Hanip ke klinik. Kot-kot la tak sihat ke. Hanip pun kenapa hari ni lambat sangat?” tanyaku lebih pada diri sendiri. Jam di dinding aku kerling sekilas. Sudah menghampiri Isyak. Mama dah pula sedang mengagah cucu-cucunya.

“Mama pun tak tahu. Call pun dia tak jawab.” Mama menunjukkan telefon bimbitnya padaku.

“Ana ada call dia tak?” Aku angguk menjawab pertanyaan mama.

“Tak ada jawapan jugak, ma.”

“Tak apalah. Hanip banyak kerja tu kot. Kalau kata lepas Isyak ni dia tak sampai juga, mama jelah bawa Ana dengan anak-anak ke klinik,” pujuk mama. Aku mengangguk jua mahu menghalau resah yang mula bermukim di hati. Resah, benar-benar resah.

“Dahlah tu, jangan risau sangat. Hanip tu dah tua. Nanti kita pergi klinik. Ana pergi solat dulu. Biar mama jaga cucu mama ni.
Aku angguk lalu mencapai tuala dan mahu menapak ke bilik air bila tiba-tiba telefon bimbit kepunyaan mama berdering. Langkahku mati.

“Nip kenapa tak balik lagi,” ujar mama selepas dia melekapkan telefon ke telinga. Mata kami bertentangan seketika.

“Ana risau ni. Anak-anak Nip ni tak sihat kot. Merengek je,” sambung mama lagi.
Langkah kaki ini, ku atur juga ke pintu bilik air. Entah mengapa, aku tidak mampu menghela nafas lega. Ditambah pula suara Hazan dan Haziq yang semakin kuat menangis. Seperti dulu juga, aku pasang telinga. Cuma bezanya dulu, di balik pintu dan kini di depan mama sendiri.

“Ya Allah, kamu cakap apa ni Muhamad Hanip?”
Langkahku pegun dek jeritan mama. Aku lihat dia terduduk di sisi katil Hazan dan Haziq. Aku lihat bibirnya bergetar hebat. Aku langsung mendapatkan mama. Jantung ini kian hebat menghentak dada. Ya Allah, jauhkan kami dari musibah. Pantas aku panjatkan doa pada Allah Yang Satu. Sesungguhnya hanya pada dia aku bermohon dan berharap.

“Kenapa, ma?” tanyaku selepas mama aku dekati.

“Hanip, Ana...” Suara mama dah tersekat dek sendu.

“Kenapa dengan Hanip, ma?” tanyaku buat ke sekian kali. Terasa sarat sudah tubir mataku. Takut andai terpaksa menerima berita kecelakaannya.

“Hanip dekat balai…” Berkerut wajahku menerima kata-kata mama.

“Hanip langgar orang ke?” Mama menggeleng.

“Hanip kena tangkap khalwat…”
Terduduk aku menerima jawapan mama. Laju saja air mataku mengalir. Terasa terhenti waktu, terasa gugur jantung ke kaki. Terkoyak lagi hatiku kini

~~~> coming to you soon..

34 comments:

  1. <<marah ngan penulis.. kalo camni. bkn hati rihana jer yang koyak.. hati sya pon koyak.. abis spe nak jahit ati readers ni? haha..
    thumb up tuk penulis..
    <<Ryu Han

    ReplyDelete
  2. aduhhhh....terkoyak balik lah hatiku ini...adess.....

    ReplyDelete
  3. sakit dgn jahitan pertama tidak sama dgn jahitan yg kedua kerana jahitan yg kedua teramat sakitnya...tanpa sbrang ubat bius,terasa sprti hlg nyawa...
    olh itu jgn sesekali ambk mudah utk buat jahitan kedua,lbh baik dibiarkn saja...

    ReplyDelete
  4. hahahha..klakar btul la anonymous ni..ati kalu sik koyak jek, x bleh jahit lg..lunyai dah ati tu..

    ReplyDelete
  5. alaa....kak rehan suka sgt seksa org tau! bg lah yg full :(

    ReplyDelete
  6. hehe..sila bersabar..i am working on it..mgkin sehari 2 lagi..hehe..harap sabar sgt2..takde niat nak seksa..saje uji ketahanan mental...hehe..

    ReplyDelete
  7. ya allah!menitis air mataku..!huh!tak guna betul la suami ana ni,kea ada orng pergkap?

    ReplyDelete
  8. fara..kita tunggu dan lihat ek..rm akan siapkan cepat2..hehe..

    ReplyDelete
  9. alahai..tak serik serik ke mamat tu..apa yg dicarinya..tidak kah ana mencukupi..baru 6 bulan mrk berbaik..apalah masalah mamat poyo tu ek..
    Macam Ana pulak..adakah ia akan berlalu pergi dan sebuah penceraian yg dimintanya..
    Salam
    kak idA

    ReplyDelete
  10. okeyh! sekarang ada mse nak baca. kak rehan!!!!!!!!!!!! sambung lagi..muahaha..best!

    ReplyDelete
  11. RM cepat siapkan!!!..please...

    ReplyDelete
  12. adoyai... betul kate reader y laen..
    kalu mcm ni,,,
    hati kite owg y terlebih rabak..
    mati lah kite owg kak..
    tiap2 ari kene menangis...
    hahhaa

    SSG>>>>>>>>>>>>

    ReplyDelete
  13. memg ar...saje la tu...memg...memg....x mungkin bisa kau jahit hatiku semula kalo gini kak Rehan oiiiii..potong stim tol....

    ReplyDelete
  14. salam kak..cerpen nie blm kuar kat p2u ke?ke dh kluar tpi saye xpsan?

    ReplyDelete
  15. cerpen ni k rm tak siapkan lagi..hehe..so tak masuk p2u lagi..nnt dh siap k rm post ke p2u..

    ReplyDelete
  16. tlong jngan ader sebuah perpisahan .. :'(

    ReplyDelete
  17. aduh RM...
    sungguh terkoyak kembali..
    cepat2 siapkan..
    jahit semula hati yang rabak ni...
    moga luka sembuh kembali...

    ReplyDelete
  18. aaaa !! cepat2lh smbunggg . rasanya teburai hati menunggu entry seterusnyaa . hahaha . :D

    ReplyDelete
  19. hati ku memang terkoyak tika baca 'tagkap khalwat' mampu kah aku untuk tak mnanggis ketika membaca citer nie...sebak sebak..sebak...alaahai RM jgn dera hati ini

    ReplyDelete
  20. guys..utk pengetahuan u all, cerita ni sy dh siapkan & sy tak akan up ke blog dan tak akan masuk ke penulisan2u sebab cerpen ni akan diterbitkan nanti..insyaAllah anda boleh dapatkan dlm versi cetak..hehe..saba tau..

    ReplyDelete
  21. lekah skt rm dh prh sngh ati ni

    ReplyDelete
  22. RM nie mmg tau nk buat aty owg kyak rabak .,...
    hehe
    ti klau dh di cetak gtau awl2 tau ,,
    msti bli cter nie ....!

    ReplyDelete
  23. waaa, nk rabak dh rASA ni =(

    ReplyDelete
  24. kak RM... cerpen nie dh kuar ke blum... x saba nk bca...
    Sedihhhh :( U make me cry...huhuhu
    -mizLolipoP-

    ReplyDelete
  25. RM slain bercetak, nape x wt jek ebook utk memudahkan org yg mls keluar ke kdai buku? kn le ni bnyk leh bli kt kt internet n x pelu tggu lama sgt utk pengeposan. abis byr kt akaun n berikan bukti, leh download ebooknya. hihihi syafriyana

    ReplyDelete
  26. kak rehan , mesti sbb hencik suami d perangkap la tu kan .. heheheh ..,

    ReplyDelete
  27. xde dah ker sambungan dia..sedey nyer cm ni..:(

    ReplyDelete
  28. sodih nyah dennnnn..apo dah jadi nie....macam mn bole....
    sedih sedih...

    ReplyDelete
  29. alamak apa ni....................
    bila ak sambung

    ReplyDelete
  30. asssalamualaikum kak rehan..saya menanti sambungan cerita ini setelah lama...dah berkurun menunggu utk dijahit..

    ReplyDelete
  31. takde sambungan kerr

    ReplyDelete
  32. sambungannye dlm versi ceta
    k 4 ur info

    ReplyDelete
  33. RM takde sambungannye ke ?

    ReplyDelete