Monday, January 21, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 12


BAB 12

MATA Alan aku renung tajam.  Geram dengan dia.  Rasa nak luku je bagi botak kepala. 
“Janganlah pandang macam tu,” tegur Alan, takut. 
“Mahu aku tak pandang.  Heh… kenapa kau cakap dekat Ariq aku tinggal rumah nombor berapa, hah?” 

Nak kata tingkat berapa, aku ada cakap dekat Ariq tingkat paling atas tapi tak pernah bagitahu nombor rumah.  Ini semua Alan punya pasal.  Tak pasal-pasal diserang Ariq. 
Nampaknya dia dah sihat Lan… sebab tu dia boleh marah kita,” sampuk Izue yang seraya menyisip jus orennya. 
 “Kau pun sama!”  Izue juga aku jeling dan serta-merta dia larikan pandangan.  Huh, geram aku dibuatnya. 
Sorry, Naqi.  Dia datang cari aku tiba-tiba masa kami lepak rumah Fendy.  Katanya urgent.  Itu yang dia minta aku call tapi dia yang dengar suara kau.  Lepas tak lama tu, dia bagi balik handphone aku dan terus lari keluar.  Lepas tu aku tak tahu apa-apa lagi sampailah kau cerita yang kau kena langgar dan mujur tak teruk sangat.  Tapi, dengar kata berjahit.  Berapa jahitan?” 
Pandai Alan tukar tajuk.  “Jangan nak tanya pasal luka aku, ya?  Kau tu, kan dah janji tak nak jaja hal aku pada orang lain?”
“Ariq tu orang lain ke pada kau, Naqi?”  Izue kemukakan soalan kontroversi. 
“Apa jenis soalan tu?”  Hati mula berdebar.
Dia senyum menyenget.  “Pada mata kami, tak nampak pun Ariq tu orang lain pada kau tapi nampak macam orang yang penting.  Atau aku salah, kau betulkan,” tambah Izue tenang. 
Senyumnya sinis.  Alan juga.  Mereka saling menjeling dan kembali memandangku.  Apa dah jadi ni?  Apa yang aku dah buat dan apa yang Ariq lakukan sampai mereka begini?  Nampak sangat ke sikap aku melayani Ariq tapi rasanya sudah sangat-sangat biasa. 
“Err… apa korang cakap ni?  Kenapa tuduh aku macam tu?  Dia tu orang lainlah pada aku.  Lainlah korang berdua,” tegasku pada mereka berdua. 
Sudah jauh dari tajuk asal di mana mereka berdua dimarahi aku tapi kini, aku pula dicurigai. 
“Kalau betul kata kau yang Ariq tu orang lain, tak kan dia sanggup pecut dari jauh semata-mata untuk kau?  Tak kan dia merajuk bila kau kata dia tak ada hak dalam hidup kau?”  soal Alan keras. 
“Kami dah nampak, Naqi.  Sejak dekat Lake Garden hari tu lagi kami dah nampak macam mana Ariq tu layan kau.  Mula-mula rasa nak sepak sebab suka-suka dia je main peluk pinggang kau tapi bila Fendy cakap, Ariq tu jenis baik, muka legend tapi hati jambu…setia nak mati, kami abaikan saja kerana kami yakin, kau mampu jaga diri sendiri dengan baik,” tambah Izue tenang. 
Mata kami bertiga berbalas pandangan.  Aku bingung dengan apa yang Alan dan Izue sampaikan kini tapi boleh jadi.  Jika tidak, tak mungkin seorang lelaki semacho dan setampan dia sanggup menanti Cik Lof untuk setengah tahun dah tanpa berani luahkan rasa?
“Aku yakin dia jenis setia tapi sayang… korang salah faham.  Bukan pada aku setia dia.  Aku ni kerja untuk dia.  Dia bayar aku untuk tolong dia dapatkan sorang awek ni tapi yang pasti bukan aku.  Katanya, selagi aku bekerja untuk dia, dia akan jaga kebajikan aku.  Setidak-tidaknya ada juga orang prahatin pada aku, kan?”  jelasku di luar sedar sambil tersengih tawar. 
Sedih sungguh mengingatkan peristiwa beberapa hari lepas.  Rasa nak gantikan otak aku dengan otak king kong sekejap.  Biar aku kuat mengagum pada semua orang yang menyakiti aku. 
What?”  Kedua-dua mereka menyoal serentak. 
“Apa kau cakap tadi, Naqi?”  tanya Izue sendiri.  Aku pandang wajahnya dan mengerutkan kening.
“Kau kata Ariq upah kau untuk dapatkan sorang awek untuk dia?  Dan awek tu bukan kau?”  soal Alan pula bagai tidak percaya. 
Sah-sahlah bukan aku.  Ada ke lelaki upah perempuan tu suruh perempuan tu mengorat diri sendiri?  Getus hatiku bertambahlah geramnya pada dua orang makhluk Allah ni. 
Aku senyum dan mengangguk.  Sekali terlepas kata, malas hendak tarik balik.  Biarlah mereka tahu kerjaku ini.  Bukannya haram.  Cuba menyatukan dua hati hingga terbinanya masjid. 
“Kau gila?” 
“Gila apanya?  Dapat upah.  Okay what…” 
It’s not okay, Naqi sebab aku rasa Ariq tu tak sedar yang dia sedang jatuh cinta pada kau.  Dia tak sedar dia mencari cinta sedangkan cinta itu ada depan dia.  Cinta Nur Naqiah!”  tekan Izue  yakin.
Keyakinan itu membuatkan hatiku bagai digeletek.  Rasa nak guling-guling kalau tak ingat pada luka yang menerima tiga jahitan pakej dengan bebelan panjang seorang doktor separuh umur kerana aku tidak terus ke hospital. 
“Korang ni terlalu tinggi angan-angan.  Dahlah korang tolong berangan untuk aku.”  Aku ketawa lagi. 
Alan membetulkan duduk, Izue menyandarkan tubuh pada belakang kerusi.  Masing-masing menggeleng memandangku.
You’re so naïve, Naqi.  Aku dan Izue lelaki, kami tahu pandangan lelaki pada orang perempuan tau…”
“Tak… korang yang naïve.  Korang tak tahu aku dah mulakan plan pertama.  Hantar bunga dan kad pada perempuan tu cumanya tak sempat nak bersua empat mata lagi.  Plan ketiga ni aku nak atur diorang sampai boleh jumpa empat mata dan lepas tu aku…phewww…”  Tanganku layangkan menggambarkan sebuah kapal terbang yang berlepas.
“… lari jauh-jauh.” 
Lari dari kepedihan kerana tak pernah dihargai keluarga sendiri.  Lari dari kenyataan  yang aku sedang jatuh cinta pada Ariq.  Sambung hatiku pedih namun bibir tetap menguntum senyum. 
He will wake up himself soon… trust me,” ujar Izue meyakinkanku.
“Kalau ya pun masa tu, aku bukan lagi Naqi…”
Tapi Cinta, kan?”  sambung Alan. 
Aku terngadah.  “Aku tak layak dipanggil Cinta, guyseven it was part of my name. Iit doesn’t suite me at all.  Its sound really weird.  Lagipun. aku tak pernah harap orang panggil aku Cinta… cukuplah aku jadi Nur Naqiah kerana aku semakin rasa hidup aku sebelum ni banyak celanya,” balasku pula dengan riak yang sedih.  Kesal sebenarnya. 
“Kalau macam tu kata kau… aku tak paksa.  Apa yang terbaik pada kau, dua kali ganda baiknya pada kami, Naqi tapi aku harap… jangan kau siat hati kau dengan tangan sendiri bila satu hari nanti kau juga tangkap leleh dengan mamat Ariq tu,” nasihat Alan pula. 
Aku senyum pahit.  Kelat pun ada.  Entah-entah masam atau boleh jadi juga tawar tanpa rasa.  Mata kami bertatapan lama.  Izue jongket kening, Alan angkat bahu aku pula lebarkan bibir. 
Entah apa lagi yang harus aku katakan pada mereka.  Hendak menafikan cinta yang mula berputih di hati buat Muhamad Nashriq rasanya tidak perlu kerana Izue dan Alan lebih mengerti akan hatiku ini.  Kadang-kala aku juga tersesat mengemudi hatiku mencari arah. 
Kini semakin tersesat bila hatiku  ini berkeras mahu menuju ke hati Ariq yang sudah dihuni.  Tak salah hati tapi tak salah juga aku dengan layanan Ariq, siapa pun boleh jatuh tergolek.  Mengingatkan peristiwa malam yang dibawanya aku ke Selangor Medical Centre tu, hatiku kian libang-libu. 




PANDANGAN mata Ariq sayu bila aku mengetap bibir bertahan kepedihan bila luka yang sudah sedikit bengkak itu dicuci. 
“Hampir kena infection.  Lambat lagi sehari, memang dijangkiti teruk,” ujar seorang jururawat muda itu sambil  menjeling aku dan Ariq. 
“Dan encik sepatutnya bawa teman wanita cik ni cepat-cepat.  Tak sayang kalau teman wanita yang cantik ni jadi cacat?”  Bicaranya lebih sinis pada aku dan Ariq. 
Aku ketap bibir.  “Err… sebenarnya dia tu majikan saya,” jelasku bila dia jelas salah faham.  Ada ke dikata aku ni teman wanita Ariq.  Huh…
Yeah… majikan dekat rumah sebab dia ni suri rumah sepenuh masa saya.  Maaflah, cik nurse, saya ni out-station.  Balik je baru tahu puan suri rumah saya ni injurt.  Ini pun bertekak dulu nak bawa dia datang hospital.  Dia buruk kaki dia nanti senang saya cari suri rumah lain,” ujar Ariq pula sambil menarik kerusi dan duduk di depan kami. 
Aku mengerutkan dahi.  Jururawat ini juga.  Terus kehilangan kata bila dibidas oleh Ariq.  Tapi, teruk punya gurauan.  Pandai-pandai dia je kata aku puan suri rumah dia.  Ini sudah lebih.
“Ehem… ehem, bang.  Gurau kasar nampak,” tegurku dengan wajah yang masih menyeringai. 
“Naqi yang buat abang gurau kasar tapi setidak-tidaknya abang tak pernah berkasar dengan Naqi, kan?  Lembut je belai,” tambah Ariq dan pedih lukaku semakinlah bertambah.
Abang, pleasebehave!”  tegurku keras bila aku tengok jururawat ini sudah merah muka.  Malu.  Dan aku juga malu. 
Akhirnya, aku diam dan semua diam bila dia mula menjahit luka.  Malas hendak bersuara kerana aku tahu, Ariq ada je nak kenakan aku.  Bila siap, doktor pula membebel manja.  Naik bernanah telinga.  Itupun jenuh bila aku berkeras katakan tak bawak kad pengenalan untuk mendaftar.  Siapa suruh paksa dan Ariq mengeluh juga bila dia tak tahu nama penuhku. 
“Naqi nak makan?”  tanya Ariq bila kami sama-sama ada dalam keretanya.  Kali ini kereta lain.  Sebuah Audi pulak. 
Aku menggeleng.  “Nak balik tidur.”
“Kita tapaukan apa-apa, ya?”  cadang dia tapi aku menggeleng juga dan tanpa memandang dia.  Bimbang hatiku terjatuh lebih dalam padanya. 
“Naqi, marah abang ke?  Marah sebab abang paksa Naqi turun tadi?  Marah sebab abang suruh Alan telefon Naqi bagi pihak abang?  Macam tu?” 
Empat soalan aku terima daripada Ariq dan semuanya salah.  Tak tepat satu pun. 
“Bukan sebab tu…”
“Dah tu?”  tanya dia tak dan-dan.
“Saya tak suka abang bergurau macam tu tadi depan orang.  You make me sick!”  tekanku sambil menjeling padanya.
Sick?”  soal Ariq kembali.  Nada tak puas hati.
Yeah… I’m almost throw up, you know.” 
Kali ini sengih Ariq lain macam bila terbias dengan lampu dari kereta di sebelah sana.  Dia mengjongetkan kening. 
Abang tak usik lagi dah rasa nak muntah?”
“Eiii… stop it otherwise I jump out from your car!”  ugutku menahan geram dan tangan Ariq terus terangkat tanda mengalah. 
Sorry, Naqi.  Abang nak ceriakan wajah Naqi je.  Tak biasa tengok mendung macam ni.  Hati tak senang sebab abang rasa wajah Naqi ni wajah menenangkan.  Especially mata,” puji Ariq. 
Aku sengih sinis.  “Bukan ke wajah cantik Lof yang boleh buat abang tenang?” 
Ariq diam.  Lama.  Akhirnya dia tersenyum sendiri dan menongkat siku pada dinding kereta dan membawa ibu jarinya ke bibir.  Digigit-gigitnya sedikit. 
I like your sinikal face, Naqi,” ujarnya dan kelajuan kereta bertambah. 
Tiba di rumah, Ariq berkeras mahu menemani aku sampai ke atas.  Malas hendak bertekak di malam-malam buta ni, aku biarkan saja dia memaut lenganku.  Tiba di muka pintu, Ariq menahan aku dari terus membukanya. 
Mata kami bersabung.  Bibir Ariq bergetar dan aku mula bimbang jika Ariq buat perangai seperti malam-malam sudah.  Aku menapak ke belakang setapak dan Ariq juga menapak sedikit ke depan hingga aku sudah terperangkap pada pintu, dia juga berhenti. 
Where’s your parents?  Siblings… perhaps?”  Kening lebat Ariq naik. 
Ada tapi dah biasa hidup sendiri,” jawabku cuba bertenang. 
“Tak call diorang cakap Naqi kena langgar?” 
“Sikit je pun.  Tak ada apalah.  Abang je risau terlebih,” jawabku lagi sambil mencebirkan bibir. 
Saya dah terima penawar daripada mak, bang.  Masih terkesan pedih itu pada hati ini biarpun kesannya pada pipi dah lama hilang, sambung hatiku lirih. 
Abang baliklah, bang.  Terima kasih, ya bang.  Sudi bawa saya ke hospital hari ni.  Kalau tak kurang  harga hantaran saya,” usikku tak mahu suasana ini terus tegang. 
Ariq senyum menyenget ke kiri.  “Kalau dengan abang, tak ada kurangnya hantaran Naqi tu…”
“Eleh… macamlah abang nak?”  soaku dengan hati yang semakin resah. 
Ariq berpeluk tubuh dan kolar bajunya dibetulkan sedikit.  “Jangan fikir sangat pasal kerja dan Lof, ya?  Rehat dulu.  Dah siap nanti, baru mula balik.  Abang tak nak susahkan Naqi.  Good night, girl… sleep tight, dream of me.”  Ariq kenyitkan mata. 
Dia menapak ke menuruni anak tangga tapi terhenti seketika dan berpaling padaku. 
“Kalau abang suruh Naqi berhenti kerja dengan abang, macam mana?” 
Aku terhenyak sendiri.  “Err… apa maksud  abang?” 
Aku ketap bibir dan mula hendak menangis.  Rezeki pun tak nak singgah padaku apatah lagi kasih sayang. 
“Saya kan baru mula.  Abang sabarlah sikit masa lagi dan saya akan dapatkan dia untuk abang.” 
Ariq menggeleng.  “Kalau Naqi yakin boleh dapatkan, teruskan.  Kalau tak…” Dia menggeleng. 
“Jangan paksa diri.  You make me feel so uneasy.  Take care, girl,” jawabnya dan dia terus berlari menuruni anak tangga. 
Aku menapak perlahan mengintai ke bawah dan aku nampak Ariq sedang bersandar pada dinding di bawah rumah aku ini saja.  Mengurut dadanya dan meraup wajahnya berkali-kali membuatkan wajahku berkerut seribu. 



“KAU dah sampai mana, Naqi?” 
Aku tersedar lagi  ingatan malam itu.  Dalam kepala dok berfikir, kenapa Ariq begitu?  Ada yang tak kena gamaknya dengan hasil kerja aku yang baru bermula ni.  Atau mungkin kerana aku ini gadis gitar, pemuzik  jalanan, gaya selenga dan tak ubah seperti gadis liar jika sekali pandang, Ariq juga memandang aku semudah itu?  Bingung…
Aku menggeleng pada soalan Alan tadi.  Berangan tak ingat yang dua orang sahabat aku ni masih ada di depan mata. 
Guys… let say aku tak jadi lagi sorang band girl… korang sudi kawan dengan aku lagi tak?”  Tiba-tiba terlintas pula soalan itu dalam kepala.  Nak juga tahu reaksi Alan dan Izue. 
Kerana pada aku, merekalah yang lebih mengenali diriku selama ini.  Apa  yang aku suka, cumanya masalah terpinggir dalam keluarga sendiri, mereka tak tahu kerana aku menyimpan dengan cukup rapi.  Malu sebenarnya aib keluarga hendak kucanang.  Pada pandangan mereka, aku anak orang kaya dan aku miskin.  Miskin dengan kasih sayang. 
“Kenapa tanya macam tu?” 
Kan aku pernah cakap, aku nak berhenti dari terus main muzik…” jawabku pada persoalan Alan ajukan.
Izue menongkat dagu.  Alan menggaru kepala.  Akhirnya mereka sama-sama senyum padaku. 
“Kami takut kau yang tak nak pandang budak-budak jalanan macam kami ni lagi bila kau dah berubah,” ujar Izue lembut.
Aku pantas menggeleng.  “Koranglah tempat aku menangis dan ketawa tak mungkin aku lupa melainkan aku hilang ingatan…”
“Dan Ariq?”  soal Alan pula. 
Aku gariskan senyuman pahit dan menggeleng.  “Aku tak kan izinkan dia singgah dalam hati aku.  Dia amanah dan milik orang lain.  Aku ni penjaga amanah je.”
Mereka mengeluh.  Agaknya tak tahu nak kata apa dah sebab aku sendiri dah kelu.  Air sudah kering.  Perut sudah kenyang dan tubuhku beransur sihat.  Hanya perlu ke hospital semula untuk membuka kesan jahitan. 
Tiba-tiba, aku bangun.  “Aku nak gerak ni, guys.  Hari ni kerja, dah dua tiga hari cuti.  Padahal Ariq dah bayar advance.  Kesian dia.  Nanti aku call semula,” ucapku pada Alan dan Izue dan mereka juga turut sama bangkit bila mahu masuk kerja semula bila waktu rehat telah tamat. 
“Naqi,” panggil Izue mesra setelah kami rapat pada Honda civicnya.
“Kau dan keluarga kau okey je, kan?” 
Aku ketap bibir dan mengangguk.  “Tak pernah rasa se okey ni, guys.  Aku jalan dulu.” 
Pada mereka aku hulurkan seulas senyum dan terus menapak menuju ke arah motorsikal di seberang jalan sana.  Rancangan kedua perlu aku  jalankan.  Tambahan pula aku dah berjanji hendak menemui Ariq setelah sihat dan kerja berjalan seperti sedia kala. 
Sebelum itu, aku perlu menemui Tauke Chin untuk memohon kerja bila teringatkan yang Ariq macam serius saja hendak menamatkan kerja aku ni.  Hampagas…

~~~> bersambung

26 comments:

  1. oh yeah!!! i'm the first :D..... confirm 110% ariq mmg da tgkp cintan dgn naqi.... hewhew..... mcm mne la cil lof dia tu eh??? wondering
    thanks kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  2. alaa,,knp pndek..:(

    ReplyDelete
  3. Ariq is seriously falling in love with Naqi...
    Say goodbye tu Lof lah nampaknye ni.

    ReplyDelete
  4. nape ariq urut dada??dah nak seda ke yg dia suka naqi...

    ReplyDelete
  5. hmm emm! pndeklah RM syg... x puas baca. nk lgi leh? hahaha arik tu x sdr yg dia dh jtuh cinta kt naqi. mgkin skg ni cik lof bkn keutamaan buat dia. sian naqi, kalo benti keja dgn arik kna minta keja len utk smpung diri sndiri. tpi rsnya arik dh sdr yg dia mencintai naqi bknnya cik lof tu cz tulah dia suruh naqi stop keja dgn dia tu. cpt smbung ya, RM. sarinah abd rahim

    ReplyDelete
  6. Sedih nyer naqi..ariq mcm memain plak

    ReplyDelete
  7. Xpuas la..sian naqi,,
    knapa ariq jd cm2?
    Kak rm,bg la n3 byk2 huhu..:D
    seksa jiwa raga nk tggu,,:p

    ReplyDelete
  8. andai betul Cik lof tu Nadia.........makin kesian le kt naqi.....ye le kakak sendiri dia Cuba satukn ngan ariq. ......sbb dia pun jatuh hati kt ariq .....Cuma ariq je x sedar. .......mb betul kita izue...ariq akak sedar soon tp mb dah terlambat sbb naqi dah pegi jauh.......sedihnya........

    ReplyDelete
  9. Ariq dh luahkn secara x sengaja...
    Naqi sabo ye.. pasti bahgia menanti nnti

    ReplyDelete
  10. nk lagi...nk lagi..plizz

    ReplyDelete
  11. kak rehan...... cepat2 ye post yg seterusnya.. serius best!

    ReplyDelete
  12. kalau la kata cik lof tu nadiah, n ariq dgn lof tu dh start bercinta...lepas tu baru ariq sedar dia cuma cintakan naqi n nak berpatah balik mesti keadaan akan jadi laki sukar... dalam keadaan macam manapun mesti naqi yg akan dipersalahkan... kesian dia.... :(

    ReplyDelete
  13. pegi la mengurat lof tu sendiri bro...
    jgn la disusahkan si naqi tu...
    are you nuts mr ariq?
    ~liyahuma~

    ReplyDelete
  14. walaupun dipinggirkan oleh keluarga sendiri, tp naqi bertuah sbb ada alan+izue. rasa2nya alan+izue pn dah blh agak pasal konflik naqi ngan family dia. pengalaman hidup lebih membuatkan naqi matang dan tabah. buat naqi awak blh tipu pd alan+izue tentang perasaan awak terhadap ariq tp tak pada diri sendiri, tlglah jng tambah lg sakit dihati

    ReplyDelete
  15. sian je kat naqi..

    ReplyDelete
  16. nadiah tu terlalu dimanjakan mak dia... x sesuai dengan mana2 lelaki pun... elok duduk bawah ketiak mak dia je sampai tua hahaha.... kalau kawin dengan ariq pun confirm x leh bawak diri punya. harap2 ariq tu bukan anak dato' yg mak naqi nak jodohkan dgn nadiah... statement jahat ni hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe.. tak pe statement jahat ko amatlah disokong.. tapi Nadiah spoiled sbb mak dia.. dah kerna asuhan.. guana la RM ya???

      Delete
  17. boleh tak kalau nak like smua komen diatas...haha:)

    ReplyDelete
  18. the story is getting nicer & hotter.. tp cian kat naqi.. rahsia hati ku simpan sendiri, huhuhu.. tp kan rm.. next time boleh tak minimisekan grammatical error.. tang sedap2 baca terstop kejap.. anyway keep up the good work.. Along

    ReplyDelete