Sunday, January 20, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 11

BAB 11

MAK keluar mendapatkan kami bila Kak Diah menjerit memanggilnya di depan pagar.  Pintu pagar automatic itu terbuka lebar.  Aku sengih tak sabar.  Dalam beg galas sudah tersedia hadiah buat mak. 

Bila kak Diah membuka helmet, disuakan padaku.  Waktu ini, hanya BMW mak saja ada diperkarangan dan juga Honda Jazz yang katanya, dibeli buat Kak Diah.  Cumanya kakak aku tu takut nak memandu.  Kereta ayah pula tiada.  Boleh jadi keluar. 
“Assalamualaikum, mak,” laungku sedikit terjerit. 
Motor aku tongkat cermat.  Helmet aku buka.  Zip beg galas juga aku buka dan tanganku sudah memegang bungkusan kecil itu untuk dihadiahkan pada mak.
“Naqi dengar kata mak naik pangkat?  Waaa… tahniah, mak,” ucapku seraya menyalami mak. 
Dia senyum dan mengangguk.  Sejuk mataku saat ini.  tapi, bila Kak Diah menyalami mak, dia mengaduh sedikit.  Pantas mak memaut tangan Kak Diah dan melihat tapak tangannya yang sedikit melecet.
“Diah kenapa?”  soal mak cemas sambil mengelus rambut Kak Diah.
Kak Diah memandangku.  “Jatuh, mak… Naqi tertolak masa kami nak kena langgar tadi,” jelas Kak Diah.
Mata mak tajam memandangku dan tiba-tiba saja langit gelap biarpun tadi rasanya masih cerah di sini biarpun KL sudah dilanda hujan lebat. 
“Betul kamu tolak Diah?”  soal mak keras.
Aku mengangguk.  “Naqi nak selamatkan…”
Pang… aku pegang pipi yang pedih.  Kak Diah terpempam.  Aku juga.  Kami terus berpandangan sesama sendiri. 
“Mak,” seruku apatah lagi bungkusan di tangan terlepas dari genggaman dan dengar kacanya bagai berderai begitu saja. 
Aku menahan diri.  Tidak bergerak biarpun setapak.  Takut mak bertambah marah lagi bila aku melarikan diri. 
“Kenapa tolak Diah?” 
“Err… Naqi nak selamatkan Diah, mak,” jawab Kak Diah pantas.  Membelaku buat pertama kalinya. 
Aku senyum sendiri.  Akhirnya, ada juga orang nak back-up aku biarpun nampak tidak meyakinkan. 
“Selamatkan apa sampai Diah yang luka dan dia elok je.  Sihat waafiat je mak tengok,” marah mak pada Kak Diah. 
Aku tunduk.  Melihat pada kaki yang luka tapi darahnya tenggelam dengan warna hitam seluar.  Siku yang melecet juga terlindung dengan lengan baju yang panjang mencecah jari. 
“Err… maaf, mak.  Tindakan spontan tadi…”
“Dan mak tampar kau pun spontan sebab cuai.  Tak boleh  harap langsung nak jaga Diah,” cemik mak dan dia terus berpaling menarik tangan Kak Diah mahu masuk ke rumah. 
Aku  hela nafas sedalam mungkin.  Dada sesak.  Tapi, aku tetap cuba membendung airmata agar tidak gugur. 
“Mak…” 
Mak berpaling seketika.  “Tahniah, mak naik pangkat lagi,” ucapku tulus. 
“Ermm… sama-sama.  Dah pergi balik.  Hari nak hujan ni,” ujar mak tak ubah seperti menghalau dan terus menapak masuk. 
Pintu pagar automatic itu sudah bergerak hendak tertutup dan aku terus tunduk mengutip botol minyak wangi yang mungkin sudah pecah dan berlalu menyelit di celah pagar sebelum pagar itu tertutup sepenuhnya.  Duit gaji pertama Naqi ni, mak.  Ucap hatiku pedih.
Guruh menggoncang hiba di hati.  Airmata mengalir bersama air hujan.  Tangisanku bergema tapi tiada siapa yang tahu.  Hanya pada Dia.. ya Dia.  Dia Allah yang satu.  Aku mendongak ke langit.  Memejamkan mata dan membiarkan airmataku lebat menitis buat pertama kalinya. 
Pipi yang sedikit pedih aku raba.  Pertama kali mak menampar aku kerana kecuaian aku menjaga Kak Diah.  Aku akur kecuaian sendiri dan aku harus akur bila mak menampar diri biarpun penjelasan telah diberi.  Luka Kak Diah terlalu sedikit hendak dibandingkan lukaku tapi mak tak pernah nampak dan aku sebagai anak… hanya mampu beralah kerana aku yakin, mengalah tak beerti kalah. 
Helmet aku sarung pada kepala dan terus aku hidupkan enjin motor.  Bila aku melihat ke marmar  yang indah di depan rumah, ada warna merah cair mengalir dari kakinya.  Namun, tak tewas darah yang mengalir pekat dari hati. 
Aku terus memecut motorsikal yang dah tak berapa nak laju ni.  Tapi, akhirnya terpaksa berhenti bila hujan semakin lebat biarpun rumah sewaku sudah agak dekat.  Waktu ini telefon aku berdering lagi.  Amat berharap moga Alan atau Izue pemanggilnya, aku mahu memangis pada mereka tapi sayang bila nam Ariq muncul.
“Naqi dekat mana?”  soal dia cemas. 
Aku kerutkan kening.  “Dekat bus-stop.  Hujan lebat sangat.  Kenapa?”  tanyaku setelah mampu mengawal oktaf suara. 
“Fuh…”  Aku dengar Ariq lepaskan keluhan lega.
Are you okay, girl?”  soal dia.  Aneh.
“Kenapa tanya macam tu?” 
Abang balik dari mall dengan mummy abang tadi, terlena.  Tiba-tiba jaga, mimpi Naqi accident sebab kejar Cik Lof untuk abang dan Naqi parah.  Huh… mimpi ni, menakutkan,” komen Ariq lebih pada diri sendiri.
Aku sengih sinis pada diriku.  Ariq bermimpikan  yang benar.  Aku kemalangan tapi kerana Kak Diah.  Bukan Cik Lof.  Itu yang membezakan.
“Tak ada apalah, bang.  Saya okey je.  Malam ni tak jadilah, bang.”
“Eh, kenapa?” 
“Err… saya ada hal sikit dengan kawan-kawan,” jelasku padanya.  Menipu.  Tak sanggup tapi terpaksa. 
“Betul ke Naqi okey?”  tanya Ariq curiga. 
“Dengar suara lain macam je?” 
Aku kesat hidung dan menjauhkan seketika telefon dari wajahku.  Airmata aku seka lagi.  Air hidung juga. 
“Macam nak kena selsemalah, bang.  Kena hujan ni.  Nanti saya dah okey sikit, baru saya SMS abang, ya?  Lagipun, esok nak minta cuti.  Lusa pulak saya ke sana cari Cik Lof.  Harap-harap ada berita baik sebelum tu.”
Ariq masih tak puas hati.  “Abang datang bawa pergi klinik, ya?” 
“Err.., jangan.  Saya dah minta tolong Alan dengan Izue datang…”
Pap… talian mati lagi.  Ariq buat perangai lagi.  Sudahlah kepala aku sakit.  Minda pula letih.  Jiwa merana, dia pula buat onar.  Malas hendak difikir lagi, aku kembali naik motorsikal dan terus menunggang balik bila hujan sudah agak reda tapi masih lebat.
Abaikan… aku sakit selama ni mak tak pernah tanya.  Satu waktu dulu pernah dikata aku ini buat-buat sakit sebab tak nak pergi kuliah dan sejak itu, aku tak pernah mengadu lagi biarpun pada ayah.  Mudah. 



SEISI rumah mula tiada.  Semua dah balik kampung setelah semester tamat.  Yang tinggal beberapa hari ni juga sudah pulang siang tadi.  Tinggallah aku sendiri di sini.  Bosan apatah lagi bila tubuh terasa sakit dan luka pada lutut masih ternganga.  Tidaklah parah… hanya belahan dalam tiga inci saja dan siku juga hanya luka sepanjang satu  inci setengah saja. 
Sakit tubuh mula menyengat.  Nak pergi klinik, mana ada duit.  Ada pun RM15 berbaki.  Sakitnya, hanya Allah yang tahu.  Senang cerita, aku mengambil keputusan untuk lena agar aku bangkit, sakit tubuh hilang, perit di pipi juga menjauh dan yang paling penting, hatiku juga pulih sepenuhnya. 
Tak sempat hendak memejam mata.  Telefon berbunyi lagi.  Tapi kali ini, adalah Alan.  Aku mengerutkan dahi dan menjawab tanpa ada rasa hendak berselindung lagi. 
Alan,” seruku tapi Alan tetap diam. 
“Lan… kau kat mana?  Datang sini wei… aku nak pergi kliniklah.  Siang tadi aku kena langgar dekat depan Pertama Kompleks masa jemput Kak Diah.  Serius aku sakit, Lan… tak boleh nak bangun.  Budak-budak rumah semua dah balik ke pangkal jalan, Lan… boleh ke tak?”  soalku sambil bercerita tentang peristiwa pagi tadi. 
Biarlah Alan risau.  Aku benar-benar perlukan bantuan.  Tapi sedih, bila talian dimatikan begitu saja tanpa ada kata-kata balas membuatkan airmata aku mengalir laju.  Alan juga singkirkan aku?  Lantas, bantal aku tarik dan terus kutekup muka agar tangisku ini adalah tangis yang akan kudengari sendiri. 


 ( Muhamad Nashriq a.k.a Ariq )

PINTU diketuk bertalu-talu.  Siapa pulak ni?  Ada lagi ke yang tak balik kampung?  Dahlah orang sakit ni?  Nak rehat pun tak boleh.  Nak bangkit tak larat… nak makan tak lalu.  Aku terus mengiring dan menekup telingaku dengan sebiji bantal yang di beli di IKEA dulu. 
Namun, semakin lama semakin kuat pula ketukan pada daun pintu.  Bagai hendak roboh jika aku biarkan untuk sepuluh minit saya lagi. 
“Argh… siapa ni?”  tanyaku geram.  Bantal aku campak ke dinding. 
Dengan kaki yang sudah tak mampu menampung tubuh sendiri, dengan langkah yang kian longlai dan dengan wajah yang berkerut sana sini menahan tubuh yang sakit, aku seret juga kakiku  yang masih luka.  Hanya sehelai tuala aku belitkan pada lutut sebelah kiriku.  Masih lagi berdarah tapi aku biarkan saja. 
Bila tombol pintu utama aku capai, kupulas perlahan dan bial daun pintu terkuak, mataku membulat.  Serta-merta aku berpegang pada dinding bila tubuhku hampir tumbang melihat susuk tubuh ini di depanku.  Di depan rumah sewaku. 
“Err… buat apa kat sini?” 
Matanya tajam.  Rahangnya turun naik.  “Apa dah jadi?”  Matanya dijeling pada lututku yang berbalut dan juga siku  yang berbalut sama. 
Aku menelan liur.  “Alan mana?” 
“What happened?”  tanya dia lagi.
“Err… jatuh.  Izue?”  Keningku naik sedikit berharap moga Izue dan Alan muncul di belakangnya. 
“Jatuh ke accident?”  tanya Ariq keras. 
“Kena langgar,” jawabku mudah.
And how dou you know?” 
Alan.”  Sepatah Ariq menjawab membuatkan aku terfikir berkali-kali akan perbualan sepi antara aku dan Alan tadi. 
And it was you.  Not Alan?  Hrmm…?”
Yeah… abang yang pergi cari Alan… because you didn’t answer my call.  Didn’t reply my SMS and why don’t you tell me?”  Mata Ariq hampir terjojol.
Aku senyum padanya.  Mengedipkan mataku sekali dan bersandar pada dinding dengan wajah yang menyeringai lagi.  Sebelah kaki sudah tak mampu untuk menampung keberatan tubuku yang tak berapa nak berat ni. 
I told you before.  Anything about me, abang tak perlu nak risau.  I’m just fine.  Thanks for your concern,” ucapku lembut.  Menghargai perhatiannya tapi aku tidak perlukan itu semua.  Aku mampu menjaga diri. 
“Dan abang juga dah cakap, selagi task Naqi tak settle, Naqi tanggungjawab abang.  Jadi macam ni pun Naqi nak cakap Naqi okey?  I’m just fine konon,” cebik Ariq padaku. 
Hatiku menggelegak tiba-tiba.  Dahlah orang tak sihat, dia nak buat drama pulak kat sini.  Tak fikir ke, betapa letih aku nak melayan karenah semua orang?  Nak menelan herdikan mak dan nak hilangkan pedih pipi kesan tamparan mak? 
Sorry, bang.  Saya tahu abang risau saya tak lakukan kerja dengan baik, kanBut please… do not worry about the task.  I’m hired.  Saya akan selesaikan semua yang dah saya mulakan.  Pasal keadaan saya ni, esok okeylah.  Abang baliklah dulu.  Tunggu je Cik Lof telefon… mungkin.”  Aku sengih sedikit pada Ariq yang masam mencuka. Apa tak kena pun tak tahu. 
“Buat masa ni, bagi saya rehat dulu, ya bang?!  Saya agak letih hari ni.  Lusa saya siasat lagi siapa Cik Lof untuk abang.  Bagi saya dua minggu je… mungkin.  Kalau saya jumpa dia nanti, semuanya akan jadi seperti yang abang nak.  Abang just doakan yang baik-baik je, ya?” sambungku lagi. 
Ariq masih diam.  Matanya kian tajam dan terus menikam bola mataku membuatkan aku semakin tidak selesa.  Sudahlah rumah ini kosong… sepi tanpa orang lain.  Tingkat atas sekali pulak tu.  Kalau ada orang pejabat agama datang, sia-sia je hidup.  Makin teruk kena maki dek mak.  Makin jauh aku dipulaukan mereka. 
Baliklah, bang.  saya dah terlalu banyak perkara nak hadap hari ni.”  Seraya itu, aku menapak ke belakang sedikit mahu menutup pintu tapi tertahan seketika. 
Wajah Ariq aku pandang lagi.  Masih kaku begitu.  Tetap segak dengan dockers krim dan juga baju T berkolar warna hitam dan juga jaket kelabu yang tersarung pada tubuhnya. 
“… thanks for coming, bang.  Saya terharu.”  Sengih aku ukir.  Sengih palsu bagi menutup kesakitan. 
Pintu aku rapatkan tapi sayang bila telapak tangan Ariq menahan daun pintu dari terus tertutup.  Ditolaknya kasar hingga aku terdorong ke belakang.  Aku memandang dia dengan seribu satu persoalan.  Jika akulah Lof yang dia maksudkan, aku mahu meraih kasih sayangnya dan aku mahu berikan hati ini untuk dia, tapi itu orang lain.  Bukan aku.  Jadi, untuk apa dia berlebih begini?  Buat aku tak selesa dan kini pandai buat aku murka.
“Saya respect abang sebab abang lagi tua dari saya.  Jangan sebab saya selenga macam ni… macam perempuan tepi jalan… abang boleh buat saya macam ni.  Saya memang tak larat hari ni dan saya merayu, abang balik.  Pasal Cik Lof tu saya akan dapatkan untuk abang sikit masa lagi.  Berapa kali saya nak tekan yang saya memang nak rehat malam ni.  tubuh saya sakit dan hati saya lagi sakit, tau tak?!” 
Tak tersangka, aku menjerkah Ariq.  Bila sudah puas memuntahkan kata, barulah aku tersedar dan  menekup mulut kerana berani memarahi majikan sendiri. 
You better leave!”  suruhku dengan suara  yang kembali perlahan namun mata Ariq masih tidak beralih untuk sesaat pun dari merenung mataku. 
“Datang pencegah maksiat, sia-sia abang dan saya hidup atas muka bumi ni.”
Ariq sengih.  Dia kembali beriak tenang tapi kata orang, kelia wata don’t sangka no boya… bahasa apa aku pun tak pasti tapi maksudnya sama.  Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. 
Ariq lelaki.  Berdarah panas.  Aku juga Cuma aku masih sedar di mana aku berpijak dan berbumbung.  Namun, jika Ariq menyerang, mampukah aku menghalang?  Dan jika Ariq membaham, mampukah aku mengelak?  Parah…
“Dah habis cakap?”  soal dia setelah itu mencantas fikiranku yang sedang memikirkan yang bukan-bukan. 
“Errr…”  Aku mengangguk.  Sudah kehilangan kata. 
“Macam ni je boleh keluar?”  tanya dia sambil mengerling pada tubuhku dari atas hingga ke kaki. 
Aku juga turut menilik tubuh sendiri.  Hanya sehelai baju T berwarna hitam.  Agak kecil andai hendak dibandingkan dengan pakaian biasa bertemu dengannya.  Agak menampakkan lekuk tubuh. 
Aku telan liur bila Ariq terus merenung.  Serta-merta wajah terasa pijar bila terasa ditelanjangi oleh mata Ariq yang tajam.
Don’t stare!”  tegurku.
“Dah ada depan mata… tak kan tak nak tengok,” selanya sinis. 
“You!” 
“Jom, pergi hospital.  Luka tu nampak berdarah lagi.  Nanti esok lagi teruk kalau kena jangkitan dan nak lagi teruk, terus kena kerat kaki.  Kudung.  Tak boleh jalan, tak boleh nak buat kerja.  Hilang satu nikmat Tuhan!”  bebel Ariq berbaur ugutan. 
Aku mengerutkan dahi.  Takut juga.  “No need…” tolakku masih tidak mahu ke hospital.
Yes need.  Come,” desak Ariq sedikit keras. 
“Malas nak tukar baju…”
“Perkara mudah.”  Ariq menarik tanganku hingga aku sudah melepasi daun pintu.  Dikuncinya pintu tanpa ditanya mana kunci rumah tapi mujur kunci rumah ada dalam poket waktu ni. 
“Apa ni, bang?” 
Ariq tidak menjawab sebaliknya dia tebarkan jaket kulitnya pada tubuhku.  Setelah aku menyarungkan tangan secara paksaan, dia terus zip hingga rapat ke bawah leher.  Hampir menutup mulutku.
It suite you well.  Boleh jalan?” 
Aku menggeleng. 
“Then abang dukung.”  Selamba Ariq mahu mencempung tubuhku tapi aku mengelak. 
Do not cross the line, bang.  Nanti abang basi tak sempat Cik Lof rasa tapi saya rasa dulu,” tegurku berbaur usikan.  Tidak mahu terus berasa dalam suasana tegang dengan Ariq.  Rasa tidak betah. 
“Kalau Naqi nak rasa abang dulu, masuk rumah balik tapi bukan sekarang.  You’re not fit enough.  Kesihatan kena jaga.  Jom abang pegang lengan.  Kita turun pelan-pelan.  Nanti nak tunggu esok langsung tak boleh bangun.” 
Aku terus terdiam bila Ariq berkata demikian.  Aku yang mahu mainkan tapi aku terkena balik dengan kata-kata nakal Ariq dalam riak wajah yang tiada bernada.  Serata saja. 
Dia memaut lenganku bila aku mahu menapak turun. 
Careful, girl…”
Dan aku, berpaling ke kiri menyembunyikan tangisku daripada pandangan Ariq.  Terharu dengan perhatiannya.  Kalaulah mak sekali bertanya padaku, Naqi okey ke?  Ada luka ke?  Pasti aku tiada di sini hari ini dan bersama lelaki yang mencintai gadis lain dan boleh jadi sikap ambil beratnya padaku hanyalah pada seorang adik… mungkin.  

~~~> bersambung

49 comments:

  1. fuh! berbaloi tgu dpan laptop...why la ariq ni care sgt kat naqi smpai cam 2 skali ea..hmm,, kesiannye naqi..x abes2 dgn derita..sedih dpt mak cam 2...

    ReplyDelete
  2. rehan...sedey..naper mak naqi buat mcm ni kat die..sedeynyeee

    ReplyDelete
  3. RM,bila nk update bisakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bisakah RM dh stopkan... tgh siapkan utk pennilaian..

      Delete
    2. kak rehan...huhuhu...naper yg ni cternya touching sgt n sakit ati sgt

      Delete
  4. aloh la hoh...x puas bca da abih...smkin keliru dgn thap keprihatinan Ariq terhdp Naqi ni...cpt2 la terungkai, x sbar

    >>k<<

    ReplyDelete
  5. Ariq ni...bikin jiwa kacau..hehehehe

    ReplyDelete
  6. Sedihnya..pepagi dh mengalir air mata..tak sangka ada entru baru pagi nih..mmg terbaik

    ReplyDelete
  7. waaaa..sedehnye, ank kandung yg bagaikan ank tiri... DIAH ni mengada toll lah..

    ReplyDelete
  8. bodoh nya mak mcm ni! x memasal jek naqi dpt skit di tubuh dn di pipi. arik ni naper? jap2 cl naqi? smpai sggup cri alan cz nk hp dia cl naqi yg x jwb cl n sms dia. sian naqi trus d hmpit drita akibat kebencian mak sndiri. Hope naqi boleh pergi 1 day. biar mak dia sdar akn kepergian naqi adalah suatu yang menyedihkan krn naqi adalah ank yg berharga senarnya, next RM! nk entry lgi esok ya.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, termeleleh air mata baca entry ni.Mak dia sangat tak patut tau. Kadang-kadang nak salahkan anak-anak yang letak mak dieorang kat rumah orang tua-tua pun tak salah. Mungkin sebab ada jenis mak yang perangai macam ni misalnya. Hukum karma, dapatlah balasan dia nanti. Dia sayang Diah, tak semestinya mak dia susah nanti Diah akan care kat mak dia. Kompem Naqi yang akan jaga. Time tu baru nak menyesal segala bagai.

    ReplyDelete
  10. sentap bca entry nehhh..sedey nye d lyn mak kandung cm 2..seb bek sy m'pnyai sorng mak y penyayang..luv u mom!!..sy ske naqi!!..tabah lah wahai naqi!..RM nk lg.......hehe ^_^

    ReplyDelete
  11. RM,sila teruskan...

    ReplyDelete
  12. Sedih nyer bila mak naqi buat mcm tu..eiiii..geram...
    Ariq ni take care terlbih la plak...ko sukeee sape ni?

    ReplyDelete
  13. sedihnya nasib naqi.....nape mak pilih kasih...bapanya pun blh ikut je rentak mak naqi...kan ke dia imam keluarga???? gentlenya ariq...air mata meleleh juga ni naqi.

    ReplyDelete
  14. Ramai mak2 kat luar sana mcm tu.. Mereka pun manusia ada buat silap tapi sb mereka rasa mereka tu yg lebih makan garam so anak2 kena telan aja even mak buat tak betul dan menyakitkan hati anak2..
    Naqi deserve someone like Ariq yg terlebih care dan penyayangs. Ariq tu tgh confuse atau sebenarnya nak menguji Naqi?.

    ReplyDelete
  15. sedihnya...
    menumpang sayang pada yg bukan milik kita..

    ;(

    ReplyDelete
  16. RM cter ni aknn abis di cni ke? ke akn diterbitkan? Harap2 hbis dicni jelah ye, tk thn menanggung rindu...ha hah hah.....
    -Aysa-

    ReplyDelete
  17. sedih yang amat....sampai hati mak dia

    ReplyDelete
  18. sedih bile tgk nasib naqi..ariq amik berat psl naqi bukan sbgai adik..tp lebih..
    next

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. aku rasa gitu la.. RM ni bab mengoda rasa keliru org mmg mahir.. layan ja la..

      Delete
    2. Terfikir juga could be naqi = unexpected..
      Klu ikut kan macam nadiah juga coz..1
      1.jika naqi xkan ariq xkenal?
      2. Ariq describe cik lof selalu lepas rambut or sanggul instead naqi ikat rambut kan?
      3. Statement ariq about eyes...matanya xsecantik mata naqi.
      4. Panggilan cik lof semua studentyg naqi approach tu kenal, so mmg bukan naqi la kan...

      Hipotesis = cik lof tu absolutely bukan naqi BUT lof aka love aka org yg ariq cinta absolutelyyyyyyy NAQI aka CINTA nur nadiah..

      Hipotesis 2= hipotesis 1 absolutely wrong = expect unexpected, cik lof tu naqi lah...we see how RM twist the plot....

      Pjg dh komen ni...over plak...simpan hipotesis utk next komen..ngeeeee
      MRSJJ

      Delete
    3. Lof tu Nadiahlah. Betul tak tapi sedihlah semua sayang nadiah. naqi tu sape sayang ek?

      Delete
    4. izue and alan sayang naqi =))

      Delete
  20. rasa nye ariq nia nak usha kak diah..betul tak rehan....tapi jgn la. nak ariq dgn nagi la...tq rehan

    ReplyDelete
  21. sian kat naqi..cik lof tu kakak naqi kan?cinta nur nadiah?

    ReplyDelete
  22. Waaaa Sedihnya. .... rasa mau mati pun ada. ....apa punya mak la wehhhh, gila bangang punya mak.....

    ReplyDelete
  23. sedih sampai menusuk kalbu...
    ish sedih betul dapat mak mcm ni..bila la dia nak berubah syg kan naqi lak...jgn smpi hati naqi keras sehingga tidak kisah mak dan family ada tak ada sama shj n tidak ambil tahu langsung pasal family.... nak ckp pun dh tak guna..bak kata peribahasa sesal dulu pendapatan sesal kemudian dah tak guna..

    nak lagi plese...

    ReplyDelete
  24. sentap la ngan mak si naqi nih..smpai hati mokcik..sian ank mokcik tu..wahai mokcik, ank makcik tu siapa adik siapa kakak..siapa patut jaga siapa nih..

    seb baik ada ariq..so caring..

    ReplyDelete
  25. Cian kat naqi. Sampai hati mak dia wat camtu. Si diah tu pun tak sukalah. Pandai bermuka-muka. Tak ikhlas nak back up naqi. Sakit tak seberapa bising aja lebih. Tertawan dgn sikap caring ariq. Semoga naqi dan ariq yg berjodohan.. Along

    ReplyDelete
  26. rehan..bila nak temukan diah ngan ariq...biar ariq rasa ..dia cinta naqi bukan diah :)...
    x sabar sgt nak tggu next n3 hehhe..

    ReplyDelete
  27. sian naqi..huhuhu..nk ending naqi n ariq..

    ReplyDelete
  28. sedih sangat la cite nie..nak entry lagi..rasanya watak naqi tu sesuai ngan lagu breakaway by kelly clarkson..bile baca cite nie n dgr lagu tu rasa mcm kena je...hehe

    ReplyDelete
  29. serius sebak baca cite ni... n nadiah tu pulak, rasa nak kena lempang. nadiah ok je sebenarnya,..mak dia tu. haiseh. ntahpape.

    ReplyDelete
  30. Rasa macam lof tu k.diah la

    ReplyDelete
  31. mak apalah macam tu, rasa macam nak je si naqi tu keras hati merajuk dengan family dia.. takyah mengaku family pun takpe. masa tu biar mak naqi rasa macam mana perasaan naqi yang selama ni tersisih, (hehe, teremo plak)

    ReplyDelete
  32. sedih2. lagi sedih bila terbayang cik lof tu kak diah. apelah akan jadi nanti?

    ReplyDelete
  33. ouh makcik geramnya sy dengan makcik ni.tapi realitinya memang ada mak macam makcik ni.huhu.sedih mengenang nasib naqi.ariq tolong lah sembuhkan kesedihan naqi tu.tak payah dengan cik lof sangatlah ye :D

    kak rehan,
    akak punya karya memang tip top.tak dapat disangkal lagi ;)

    ReplyDelete
  34. terbaik.. stiap karya memang berbeza.. saya suka beli novel kary kak rehan.. watak sangt best..Nurul88

    ReplyDelete
  35. ariq hanya akan jatuh terduduk bila naqi sudah tiada disisi.. bila dia sedar bahawa hatinya ada pada naqi tapi naqi telah pergi meninggalkannya...
    pasal mak naqi pula, saya pun terkejut/sentap bila mak dia selamba ja kata spontan tampar naqi sbb tak jaga diah baik2.. bukankah setiap anak2 adalah amanah ALLAH buat setiap ibu bapa? semoga saya dan en. suami tidak membeza2 setiap anak2 kami. tak nak jadi mcm mak naqi amin...

    ReplyDelete
  36. argh!!!!!! ariq saya da cair..... knapa dia caring sngat!!!!!!!!!! mimpi tdo ariq la mlm nie....
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete